Mib jati diri bangsa brunei

Preview:

DESCRIPTION

 

Citation preview

K U M P U L A N A

PENDAMPING : Cikgu Zainol Ariffin

PEMBENTANG : Irma Amira binti Haji Haji

Noor Aziemah AhmadSiti Nurhamizah Izzati binti

Abdul Hajis Azrin Salalu

KANDUNGAN: Konsep M.I.B Jati Diri Bangsa Penerapan Jati-Jati Diri Bangsa Cabaran Mempertahankan dan

Mengekalkan Jati Diri Bangsa. Kesimpulan

KONSEP M.I.B Telah lama wujud dan ianya diterima dan

diamalkan sejak abad ke -15 masehi di NBD. MIB merupakan identity bangsa kita sebagai

bangsa Melayu yang berpegang teguh kepada prinsip ‘Kerajaan Melayu Islam yang bersultan / beraja’.

Melayu Islam Beraja adalah sebuah falsafah yang memberikan keyakinan dan jati diri kepada bangsa Brunei untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia antarabangsa dalam bidang politik dan perdagangan.

Falsafah MIB ini juga adalah landasan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, teknologi dan berbagai kemahiran.

• Memberikan satu kesatuan pefahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara.

•Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran dan pembangunan yang teratur.

•Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang kepentingan bangsa dan Negara seperti ugama, bahasa, budaya, sistem pemerintahan dan pembangunan.

•Sebagai norma dan cara hidup keBruneian.

•Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan peribadi, perwatakan serta identiti Melayu dan dijadikan asas perpaduan bangsa seperti pandangan cara berfikir, bertindak, pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

TUJUAN MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA :

MAKSUD JATI DIRI : Menurut kamus Dewan, 'jati' bermaksud asli,

murni, tulen dan tidak bercampur. Menurut Kamus Dewan (2005), jati diri

memberi pengertian sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama.

Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri itu akan menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa.

Dalam konteks Brunei misalnya, kita mempunyai tiga jati diri yang saling berkaitan, iaitu :

1) jati diri sebagai orang Melayu,

2)jati diri sebagai rakyat sebuah negara Beraja dan

3) jati diri sebagai penganut agama Islam. 

PENERAPAN JATI DIRI BANGSA BRUNEI

Jati diri bangsa boleh diterapkan melalui kehidupan seharian sebagai bangsa Melayu Brunei yang berpegang teguh kepada ajaran Islam .

Dari itu sebagai bangsa Melayu Brunei, kita perlu mengasuh diri kita berbuat yang benar & menolak yang mungkar, disamping membina masyarakat di negara ini supaya tidak leka dibuai arus pemodenan.

Bangsa Brunei berperanan penting dalam membangun & mempertahankan negara yang kita cintai. Oleh itu, rakyat Brunei terutama golongan belia hendaklah diasuh & dididik dari awal lagi dengan nilai- nilai kenegaraan yang tebal & kental pada mencintai raja, negara, bangsa & agama.

PENERAPAN JATI DIRI BANGSA BRUNEI:

Penerapan jati diri bangsa itu boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian bermula dari awal lagi iaitu melalui :

• Institusi keluarga • Pendidikan yang mengajarkan akan kepentingan konsep negara Melayu Islam Beraja•Program belia & kemasyarakatan•Jentera pentadbiran kerajaan•Majlis- majlis ilmu•Majlis rasmi kerajaan •Majlis beradat istiadat•Majlis keugamaan•Majlis perundingan kampung

CABARAN MEMPERTAHANKAN MENGEKALKAN JATI DIRI BANGSA

Zaman globalisasi yang semakin mencabar ini banyak memberi cabaran terhadap bangsa.

Pelbagai bentuk cabaran menghambat setiap sudut kehidupan kita. Contohnya dari kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi.

Masyarakat kita terutamanya remaja/belia mudah terperangkap dgn budaya yang tidak serasi dengan bangsa kita.

Fenomena ini dapat dibuktikan dari segi pergaulan, tingkah laku, cara berpakaian dan pertuturan mereka.

Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah pada 14 November 2006:

“Kadang-kadang kita sampai hilang punca sehingga melupakan jati diri sendiri, seperti tidak menghiraukan lagi batasan agama serta membuat perkara yang boleh dilihat sebagai melampaui adat sopan beraja dan berbangsa, padahal jati diri orang Brunei adalah penuh dengan ‘awar galat’ serta perbuatan ‘suruk langkah’ juga menjadi ukuran penting dalam pergaulan.”

Meningkatkan pembinaan jati diri

Cara-cara mengatasi dan meningkatkan penanaman dan penghayatan MIB adalah melalui Pendidikan.

Dasar Pendidikan.

•Mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

•Memberikan pendidikan Agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamah.

• Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri yang sesuai dengan falsafah negara seperti program Belia Cinta Tanah Air.

•Menyediakan pendidikan tinggi yang berdasarkan keperluan negara dari masa ke semasa.

•Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik- baik mungkin memenuhi keperluan negara.

KELUARGA DAN INDIVIDUAL

Peranan setiap individual dalam pembinaan jati diri.

Bapa – Sebagai ketua rumah memimpin dan mengawal ahli-ahli keluarga.

Ibu- Menolong suami dalam menjaga rumah tangga.

Anak- Seorang anak perlu patuh akan perintah atau ajaran Ibubapanya

TUJUAN PEMBINAAN JATI DIRI Memupuk dan membangunkan budi bahasa dan

nilai nilai murni untuk semua pihak. Untuk membentuk nilai nilai dan norma norma

kebudayaan masyrakat Brunei yang berpusat kepada prinsip MIB

Untuk membentuk pada setiap individual perasaan taat kepada raja, negara dan undang undang.

Untuk mengasuh ajaran Islam supaya setiap menghormati dan taat kepada ugama islam dan menurut ajaran-ajarannya.

Dengan membangun kestabilan berkeluarga ,jati diri masyarakta kita akan dapat ditanamkan.

KESIMPULAN: Jati diri orang Brunei yang sebenar

adalah berbangsa Melayu, beragama Islam dan mempunyai sistem politik Beraja.

Kita hendaklah berusaha membina, mengasuh, memelihara dan memperkasa jati diri selaku orang Brunei dengan bergerak gigih membina negara berasaskan MIB.

Recommended