View
18
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF
TEKNOLOGI AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)
MOHAMMAD FAIZAL BIN NAHARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
29 APRIL 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF
TEKNOLOGI AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS).
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MOHAMMAD FAIZAL BIN NAHARUDDIN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
29 APRIL 2008
Alamat Tetap :
PM. DR. ABD. WAHID MUKHARI
(NAMA PENYELIA) NO 271, TAMAN UTAMA, FASA2, O5150 ,ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN Tarikh: Tarikh: __
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : PM DR ABD. WAHID MUKHARI 29 APRIL 2008Tarikh : ……………………………………..
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TEKNOLOGI
AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)
MOHD FAIZAL BIN NAHARUDDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : MOHD FAIZAL BIN NAHARUDDIN 29 APRIL 2008 Tarikh : …………………………………………
iii
DEDIKASI
Untuk yang tersayang,
Isteri tercinta
Puan Ros Azlina bt Tuan Haji Mat Aji
Putra dan Putriku
Muhammad Faris Hakimi bin Mohammad Faizal
A’inur Hilwani bt Mohammad Faizal
Papa dan Mama
Tuan Haji Naharuddin bin Ismail
Puan Hajjah Salamah bt Yaacob
Terima kasih kerana galakan, semangat, dorongan serta nasihat yang diberikan.
Kejayaan ini adalah milik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur ke hadrat Allah swt diatas limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Prof Madya
Dr Abd. Wahid Mukhari diatas nasihat dan bimbingan ketika proses pembangunan
perisian ini dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan
kajian penyelidikan ini.
Akhir sekali penghargaan terima kasih juga tidak terhingga kepada papa,
mama, isteri, anak – anak, pensyarah – pensyarah yang mengajar kumpulan 4 SPH
serta rakan – rakan di atas nasihat, sokongan dan bantuan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Perkembangan Teknologi Automotif menyumbang kepada perkembangan
pembelajaran. Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian
multimedia interaktif: Anti-Lock Brake System (ABS). dimana keperluan
pembangunan ini adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan pelajar
mengenai sistem ABS. Maklumat mengenai ABS didalam buku rujukan yang
dibekalkan di sekolah adalah sangat terhad dan keperluan untuk mendapat maklumat
mengenai sistem ABS ini perlu sejajar dengan perkembangan dunia automotif
sekarang. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi grafik seperti
Swish Max 2007, Adobe Illustrator CS2, Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge
8 dan Microsoft Office Power Point 2003. Pengujian yang dijalankan terhadap
perisian ini mendapati ianya memenuhi ciri-ciri multimedia interaktif serta
memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan. Dari segi penambahbaikan pula,
beberapa penambahan telah dicadangkan oleh dalam penilaian awal untuk
menjadikan perisian ini lebih menarik, padat dengan maklumat berkaitan dan semasa
serta memenuhi objektif perisian.
vi
ABSTRACT
The growth of the automotive contributes to the technology development of
learning environment. The main objective of this project is to develop interactive
multimedia software for the subject Technology Automotive on Anti-Lock Brake
System (ABS) to enhance student’s knowledge about ABS system. The information
provided in the text book about this system is very limited which is not in line with
the development of this technology nowadays. This courseware was developed by
using graphic application such as Swish Max 2007, Adobe Illustrator CS2, Adobe
Photoshop CS2, Sony Sound Forge 8 and Microsoft Office Power point 2003. Initial
evaluation indicated that the software has achieved the main objectives as a teaching
aid for teachers and also to be used as self learning module by the students. However,
there were several suggestions given by the evaluators to further improve this
courseware.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Skop kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Definisi istilah dan konseptual 8
1.7.1 Pendidikan berbantukan komputer 8
1.7.2 Perisian 8
1.7.3 Multimedia 8
1.7.4 Interaktif 9
1.7.5 Teknologi 9
1.7.6 Automotif 9
1.7.7 Sistem Anti-Lock Brake System (ABS) 9
1.7.8 Pelajar tingkatan 4 10
1.7.9 Pembelajaran kendiri 10
1.7.10 Teknologi pendidikan 10
1.8 Penutup 10
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kepentingan teknologi 11
2.3 Kepentingan pendedahan perkembangan teknologi Automotif
di sekolah. 12
2.4 Cabaran perkembangan teknologi dalam pendidikan 14
2.4.1 Perkembangan tenaga kerja pasaran
dan industri 14
2.4.2 Peranan pendidikan terhadap tenaga kerja 15
2.4.3 Peranan pendidikan terhadap pelajar 15
2.4.3.1 Membentuk ciri – ciri sosial individu 16
2.4.3.2 Membentuk individu yang berilmu dan
Berkemahiran tinggi. 16
2.5 Peranan guru terhadap perkembangan teknologi dalam
pendidikan 17
2.6 Penyampaian dalam kemajuan teknologi melalui Pengajaran
Berbantukan komputer (PBK) 18
2.6.1 Kelebihan penggunaan Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPPBK) 19
2.7 Keupayaan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPPBK) dalam memberi pendedahan mengenai perkembangan
teknologi. 21
2.8 Ciri – ciri PBK yang berkesan 22
2.8.1 Teks yang jelas dan mudah difahami 22
2.8.2 Grafik yang jelas, menarik dan realistik 22
2.8.3 Audio yang jelas dan mudah difahami 23
2.8.4 Video yang realistik 23
2.8.5 Paparan latarbelakang yang berkesan 24
2.8.6 Animasi yang menarik dan sesuai 24
2.8.7 Penggunaan teori pembelajaran yang sesuai dalam
PPBK Teknologi Automotif 25
x
2.9 Teori-teori pembelajaran 25
2.9.1 Teori behaviourisme ke dalam reka bentuk pembinaan
perisian Teknologi Automotif. 26
2.9.2 Teori kognitivisme ke dalam reka bentuk pembinaan
perisian Teknologi Automotif. 27
2.9.2 Teori konstruktivisme ke dalam reka bentuk pembinaan
perisian Teknologi Automotif. 27
2.10 Kesan teori pembelajaran konstruktivisme dalam
merekabentuk perisian PPBK 28
2.10.1 Aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam
rekabentuk perisian Teknologi Automotif 30
2.10.2 Konteks sosial didalam teori pembelajaran
Konstruktivisme 30
2.10.3 Galakan autonomi dan pemilihan dalam proses
pembelajaran 31
2.10.4 Kesedaran kendiri dalam proses membina
Pengetahuan 31
2.11 Penutup 32
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Analisis rekabentuk perisian multimedia interaktif Teknologi
Automotif: Anti-Lock Brake System 33
3.2.1 Fasa analisa keperluan PPBK Teknologi Automotif 34
3.2.1.1 Analisis sasaran pengguna/pelajar 35
3.2.1.2 Analisis persekitaran pembelajaran sedia ada 35
3.2.1.3 Analisis kandungan pelajaran 36
3.2.1.4 Analisis maklumbalas pengguna di akhir
pembelajaran 36
xi
3.2.1.5 Analisis matlamat utama pembelajaran 36
3.2.2 Fasa analisa reka bentuk PPBK Teknologi Automotif 37
3.2.2.1 Pembentukan objektif pelajaran 37
3.2.2.2 Pembinaan item penilaian perisian 37
3.2.2.3 Pembinaan carta alir 40
3.2.3 Pembangunan 43
3.2.3.1 Perkakasan dan perisian yang digunakan 43
3.2.3.2 Perkakasan yang digunakan 43
3.2.3.3 Perisian yang digunakan 44
3.2.3.4 Perisian Adobe Photoshop CS2 44
3.2.3.5 Perisian Adobe Illustrator CS2 45
3.2.3.6 Perisian Swish Max 2007 45
3.2.3.7 Perisian Sony Sound Forge 8 46
3.2.3.8 Perisian Microsoft Office Power Point 2003 46
3.2.4 Perlaksanaan 46
3.2.5 Penilaian dan pengujian 46
3.3 Kaedah perlaksanaan pembangunan perisian 47
3.4 Penutup 47
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB IV PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TEKNOLOGI
AUTOMOTIF BERTAJUK ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)
4.1 Pengenalan 48
4.2 Carta alir keseluruhan perisian 48
4.2.1 Carta alir menu utama tutorial 49
4.2.2 Carta alir tutorial Pengenalan 50
4.2.3 Carta alir tutorial Fungsi dan Kendalian 51
4.2.4 Carta alir tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 52
4.2.5 Carta alir tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 53
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.2.6 Carta alir menu Info 54
4.2.7 Carta alir menu Carian 55
4.2.8 Carta alir menu keluar 56
4.3 Pakej perisian multimedia interaktif Teknologi Automotif 57
4.4 Manual penggunaan perisian 57
4.5 Butang – butang interaksi 57
4.6 Paparan perisian dan interaksi 59
4.6.1 Paparan intro 60
4.6.2 Paparan daftar masuk pengguna 60
4.6.3 Paparan menu tutorial 61
4.6.4 Paparan menu tutorial Pengenalan 61
4.6.5 Paparan menu tutorial Fungsi dan Kendalian 62
4.6.6 Paparan menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 62
4.6.7 Paparan menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan
dan Baik Pulih 63
4.6.8 Paparan menu Carian 63
4.6.9 Paparan menu Informasi 64
4.6.10 Paparan menu Keluar 64
4.7 Penggunaan bahasa 65
4.8 Penilaian 65
4.8.1 Analisis penilaian perisian 65
4.8.1.1 Adakah grafik dan animasi yang direka mudah
difahami serta mampu menarik perhatian
pengguna? 66
4.8.1.2 Adakah kepelbagaian unsur multimedia yang
digunakan mengambil kira teori-teori dan
strategi pembelajaran? 68
4.8.1.3 Adakah interaksi-interaksi yang terkandung
didalam perisian mudah difahami serta teratur 69
4.8.1.4 Adakah audio yang dipilih mampu menarik
minat dan perhatian pengguna 70
xiii
4.8.1.5 Adakah reka bentuk keseluruhan perisian
mampu menarik dan dapat membantu
menyampaikan maklumat yang terkandung
di dalamnya dengan mudah dan berkesan 72
4.9 Penutup 73
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan 74
5.3 Rumusan 76
5.3.1 Ciri-ciri perisian multimedia interaktif Teknologi
Automotif: Anti-Lock Brake System 76
5.3.2 Butang-butang interaktif 76
5.3.3 Teks yang jelas dan sesuai 77
5.3.4 Rekabentuk grafik yang menarik dan realistik 77
5.3.5 Animasi yang menarik 77
5.4 Cadangan peningkatan mutu perisian 78
5.4.1 Penambahan maklumat mengenai ABS 78
5.4.2 Penambahan elemen video 78
5.4.3 Penggunaan audio 78
5.5 Cadangan kajian lanjutan 79
5.5.1 Strategi penyampaian menggunakan kaedah Web 79
5.5.2 Strategi penyampaian menggunakan kaedah video 79
5.6 Kesimpulan 79
BIBLIOGRAFI 81
LAMPIRAN 85
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Aliran Model ADDIE 34
3.2 Carta aliran bagi keseluruhan perisian 43
4.1 Carta alir menu utama tutorial 50
4.2 Carta alir menu tutorial Pengenalan 51
4.3 Carta alir menu tutorial Fungsi dan Kendalian 52
4.4 Carta alir menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 53
4.5 Carta alir menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 54
4.6 Carta alir menu Info 55
4.7 Carta alir menu Carian 56
4.8 Carta alir menu Keluar 57
4.9 Jenis – jenis butang interaksi 59
4.20 Data dalam bentuk kekerapan 67
4.21 Jadual item soalan 1 68
4.22 Jadual item soalan 2 69
4.23 Jadual item soalan 3 70
4.24 Jadual item soalan 4 71
4.25 Jadual item soalan 5 72
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.2 Simbol carta alir 41
4.10 Paparan intro 60
4.11 Daftar Pengguna 60
4.12 Menu tutorial 61
4.13 Menu tutorial Pengenalan 61
4.14 Menu tutorial Fungsi dan Kendalian 62
4.15 Menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 62
4.16 Menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 63
4.17 Menu Carian 63
4.18 Menu Informasi 64
4.19 Menu Keluar 64
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia sekarang ini telah melalui zaman perubahan yang
amat ketara. Kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi telah banyak membantu
di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Keprihatinan kerajaan dalam hasrat untuk
memajukan anak bangsa seiring dengan kemajuan sains dan teknologi telah
membawa kepada beberapa perubahan di dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Dengan wujudnya gerbang Koridor Raya (MSC), teknologi maklumat telah
menuntut konsep pendidikan ke arah kemajuan Negara.
Usaha – usaha membudayakan teknologi pendidikan ini sebenarnya sudah
bermula secara tidak rasmi di awal tahun 1940an lagi (Naim Haji Ahmad, 1991). Ini
menunjukkan bahawa teknologi di dalam pendidikan telah lama bertapak di dalam
sistem pendidikan kita dan ianya berjalan seiring dengan arus perkembangan
teknologi semasa. Kita boleh lihat beberapa matapelajaran di sekolah rendah telah
menggunakan sumber – sumber berteraskan ICT di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, guru – guru juga haruslah mempunyai sekurang – kurangnya
sedikit kemahiran di dalam menyediakan sumber – sumber yang berteraskan IT
untuk dipersembahkan kepada pelajar mereka.
Bidang Automotif yang telah diperkenalkan di dalam sistem pendidikan di
Malaysia sebagai salah satu mata pelajaran pilihan Pendidikan Teknikal dan
Vokasional juga mengalami perubahan yang amat ketara akibat kesan perubahan
teknologi. Perubahan yang drastik ini terjadi disebabkan persaingan di antara
2
pengeluar – pengeluar kereta di dunia yang menginginkan teknologi yang tinggi di
dalam produk keluaran mereka. Penggunaan teknologi oleh pengeluar – pengeluar
kereta perlu diketahui oleh pelajar – pelajar yang mengambil subjek Teknologi
Automotif supaya mereka tidak ketinggalan jauh. Keperluan untuk mendapatkan
informasi seiring dengan kemajuan sains dan teknologi amat perlu pada masa dalam
memastikan guru dan para pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang
tekini seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.
1.2 Latar Belakang Masalah Teknologi Automotif merupakan satu bidang yang memerlukan penelitian
dan kemahiran yang tinggi di dalam melahirkan pelajar – pelajar yang mempunyai
potensi yang tinggi untuk memasuki pasaran kerja di bidang automotif. Kita dapat
lihat kandungan buku – buku yang digunakan didalam subjek Teknologi Automotif
di semua sekolah Teknik dan Vokasional di Malaysia masih lagi di anggap
ketinggalan. Ini disebabkan isi kandungan di dalam buku tersebut masih lagi
menggunakan kaedah – kaedah dan juga gambaran yang agak lama dan ketinggalan
dari segi teknologi. Guru – guru juga terpaksa mencari kaedah yang lain dalam
memastikan pelajar – pelajar tidak ketinggalan dengan penggunaan teknologi–
teknologi yang baru. Di dalam salah satu topik dalam sukatan mata pelajaran
Teknologi Automotif iaitu Sistem Brek, memerlukan pengamatan dan simulasi oleh
pelajar – pelajar bagi memastikan para pelajar ini memahami konsep dan proses
pembelajaran yang dijalankan. Pendedahan kepada para pelajar tentang sistem brek
jenis Anti-Lock Brake System (ABS) ataupun Sistem Brek Anti Kunci perlu di
dedahkan bagi memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri mereka dengan
penggunaan Sistem Brek jenis ABS.
Sistem Brek jenis ABS ini merupakan salah satu sistem brek yang amat
popular digunakan oleh pengeluar – pengeluar kereta pada masa kini. Ini disebabkan
ciri – ciri keselamatan yang terdapat pada sistem brek jenis ini menjadikan ianya
lebih popular penggunaanya daripada penggunaan sistem brek jenis servo.
Penggunaan sistem ini menuntut umum yang ingin menceburi bidang ini sebagai
3
salah satu kerjaya supaya mempunyai kemahiran dalam mengendalikan sistem brek
jenis ini. Sistem jenis ini perlu didedahkan kepada pelajar sebelum mereka
memasuki alam pekerjaan dan memilih bidang Automotif sebagai salah satu kerjaya.
Berbekalkan pengetahuan dan bantuan informasi dari internet, guru
seharusnya menjadi lebih peka terhadap perubahan semasa yang berlaku di dalam
bidang automotif. Rujukan buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan tidak
sepatutnya menjadi sumber sepenuhnya disebabkan input yang terhad. Perlu ada
inisiatif dalam memberi pendedahan kepada para pelajar ini tentang teknologi –
teknologi yang berlaku dan digunakan.
Penggunaan sistem brek jenis ABS perlu diselitkan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bawah topik Sistem Brek. Pelajar – pelajar juga akan
dapat membuat perbandingan di antara kedua – dua jenis sistem brek ini. Oleh itu
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) diperlukan sebagai salah satu sumber
Pengajaran dan Pembelajaran dalam memperkenalkan subjek Teknologi automotif.
Kenyataan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Dr.
Tengku Mohd. Azman Shariffadeen, percaya bahawa dekad depan lebih tertumpu
kepada perkembangan industri maklumat dan bergantung kepada kandungan yang
dimuatkan di dalam perisian (Berita Harian, Ogos 6, 1997). Kenyataan ini
menunjukkan bahawa pendidikaan pada era sekarang amat bersandar kepada
kemajuan IT. Kepelbagaian sumber yang boleh di muatkan di dalam PBK menjadi
pilihan utama para guru sebagai salah satu alat bantu mengajar di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Subjek Teknologi Automotif ini juga menuntut supaya
sebuah perisian yang dibangunkan di mana ianya dapat memuatkan kepelbagaian
media atau lebih dikenali sebagai multimedia interaktif. Perisian yang bercirikan
multimedia interaktif di perlukan bagi membantu dan mendorong pelajar untuk
mempelajari dan memahami dengan lebih jelas mengenai isi kandungan sistem brek.
Multimedia interaktif adalah kaedah penyebaran maklumat yang
direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar – gambar pegun dan
4
bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama – sama dengan keupayaan interaktif
sesebuah komputer (Nor Iadah Yusop, 1995). Oleh itu, siri informasi mengenai
sistem brek ABS ini perlu dibangunkan menggunakan multimedia dengan
mengambil kira kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus
menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat
pelajar dan juga guru. Ini amat penting disebabkan topik sistem jenis brek ini
memerlukan gambaran yang benar dan sejelasnya dan dapat membantu para pelajar
membayangkan diri mereka berada di dalam situasi yang sebenar.
Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak kita menerima
maklumat daripada deria – deria kita, menyusun semula maklumat itu dan memberi
makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan
pengamatan, kita tidak sahaja memberikan perhatian terhadap sesuatu rangsangan
tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan – rangsangan yang tiba
pada deria – deria kita (Ee ah Meng, 1994). Sesuatu pembelajaran yang berjaya
bergantung kepada pengamatan yang serius dari pelajar – pelajar. Daya tarikan
memainkan peranan yang penting dalam menarik pengamatan pelajar – pelajar.
Perisian yang mempunyai gabungan multimedia yang menarik dapat menarik fokus
pelajar dan seterusnya dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih
menarik. Suasana sebegini seterusnya dapat memberikan input yang banyak kepada
pelajar yang mengikutinya. Rekabentuk yang dihasilkan seharusnya mengambilkira
teori-teori pembelajaran bagi menjamin proses pembelajaran dapat disampaikan. Kita
boleh melihat kebanyakkan perisian – perisian yang dijual di pasaran pendidikan
pada masa kini tidak mengambil faktor – faktor dan teori – teori pembelajaran yang
sesuai dan boleh menarik minat pelajar. Kebanyakkan perisian yang dijual hanyalah
semata – mata bersandar kepada keuntungan sahaja daripada memikirkan samada
ianya memberi kesan kepada pelajar ataupun tidak.
Tidak dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang
besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan
teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang lebih
penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut
5
dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan
pembelajaran. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih
menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kelebihan penggunaan multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah dijadikan sebagai satu elemen
utama dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meransang perkembangan
pengajaran dan pembelajaran yang seiring dengan keperluan dan kepesatan teknologi
semasa.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian Pengajaran
dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Mata pelajaran Teknologi
Automotif Tingkatan 4 : Sistem Brek Anti-Lock Brake System (A.B.S). Penghasilan
perisian ini dibangunkan dengan mengambil kira konsep asas reka bentuk aplikasi
multimedia pendidikan. Pembangunan perisian ini bertujuan untuk membantu guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga membantu pelajar mengenali
dan memahami konsep sistem brek ABS dan perbezaan diantara sistem brek jenis
servo memandangkan kandungan maklumat sistem brek jenis ABS kurang didapati
di dalam sukatan mata pelajaran teknologi automotif. Kajian ini juga bertujuan
membina satu perisian yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia interaktif
bagi menjadikan perisian ini mempunyai daya tarikan dan pelajar dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian multimedia
interaktif bagi membantu guru – guru yang mengajar matapelajaran yang Teknologi
Automotif. Objektif kajian ini adalah :
1. Menyediakan satu informasi mengenai sistem brek ABS interaktif
lengkap dengan maklumat terkini meliputi grafik dan animasi yang
mudah difahami serta mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya
menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.
2. Menggabungkan kepelbagaian unsur multimedia seperti audio, grafik,
grafik animasi dan menggunakan versi Bahasa Melayu yang mengambil
kira teori – teori dan strategi pembelajaran dan memberi peluang kepada
pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara
pembelajaran kendiri.
3. Menerapkan konsep pelajaran yang menyeronokkan dengan interaksi-
interaksi yang mudah dikendalikan dan difahami.
4. Menyediakan sebuah perisian yang dengan audio tutorial sebagai tutor
serta audio latar belakang yang mampu menarik minat dan perhatian
pengguna.
5. Merekabentuk sebuah perisian informasi yang menarik dan dapat
membantu menyampaikan maklumat yang terkandung didalamnya
dengan mudah dan berkesan.
7
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ini akan memfokuskan kepada pembangunan perisian
multimedia interaktif dengan menggunakan media komputer bagi mata pelajaran
Teknologi Automotif bagi pelajar – pelajar tingkatan 4 di bawah tajuk Sistem Brek.
Perisian ini dibangunkan dengan mengikut garis panduan pembangunan perisian dan
mengikut sukatan pelajaran teknik dan vokasional Teknologi Automotif tingkatan 4
2003 dibawah topik 3. Kemahiran Menservis dan Penyenggaraan Berkala Automobil :
Sistem Brek
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan
brek yang terkini digunakan oleh pengeluar – pengeluar kereta di dunia. Namun apa
yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk mempelajari teknologi
tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan
pembelajaran. Buat masa kini, guru perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan diri
bagi mendedahkan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan.
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan
komunikasi aktif antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya perisian ini dapat digunakan sebagai
bahan tambahan dan pemudahcara kepada guru atau individu yang mengajar tajuk
yang berkaitan dengan kaedah perisian ini.
Recommended