View
387
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
MEMBAIKI PAKAIAN
DISEDIAKAN OLEH:
PN ROHANI BT HJ. SEMAN
UNIT TEKNOLOGI RUMAH TANGGAINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS
PERLIS, PERLIS
CONTOH STAIL PAKAIAN
KELIM YANG MERETAS
Di manakah kedudukan kelim?
Bahu, Badan & Tepi seluar
Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik
KELIM YANG MERETAS
JAHITAN KIA
Hampir serupa dengan jahitan mesin jika dilihat dari luar
Dapat menggantikan jahitan mesin
Digunakan untuk memulakan dan mengakhiri jahitan
Lebih kukuh dan rapat jika dibandingkan dengan jahitan jelujur halus
Cara-cara jahitan Kia:
KELIM YANG MERETAS
JAHITAN JELUJUR HALUS
Dapat menggantikan jahitan mesin
Jarak jahitan antara 3 ~ 5 mm
Digunakan untuk membuat kedut atau sulaman
Cara-cara jahitan Jelujur Halus:
KELEPET
Merupakan penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel seperti dihujung seluar, hujung lengan, bawah blaus.
Contoh-contoh kelepet pada pakaian:
Bahagian-bahagian kelepet yang meretas pada pakaian:
Jahitan yang digunakan untuk membaiki kelepet yang meretas ialah:
(a) jahitan sembat susup
(b) jahitan silang pangkah
JAHITAN SEMBAT SUSUP
LANGKAH-LANGKAH
(a) Mulakan jahitan kia di bawah lipatan kelepet dari kanan ke kiri. Ambil beberapa urat benang lapisan bawah daripada kelepet dan tarik jarum keluar
(b) Masukkan jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua urat benang dan selapis fabrik dibawahnya.
(c) Kembalikan jarum ke tempat permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu sepanjang 4 mm – 6 mm.
(d) Ulangi jahitan itu hingga ke hujung kerja dan matikan jahitan dengan jahitan kia.
JAHITAN SILANG PANGKAH
LANGKAH-LANGKAH
(a) Jahitan ini dijahit dari kiri ke kananMulakan jahitan dengan jahitan kia. Susup jarum pada A dan keluar pada B kira-kira 1mm. Kemudian, jarum dan susupkan pada lipatan di C dan keluarkan pada D dengan jarak 1 mm.
(b) Pastikan jarum tidak menembusi bahagian belakang lipatan. Ulang jahitan sehingga siap dan matikan dengan jahitan kia.
JAHITAN LILIT KEMAS Mencantumkan dua keping fabrik.
Digunakan untuk menjahit butang, kancing, cangkuk dan
palang.
Dapat digunakan untuk mengemas tepi fabrik.
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT KEMAS
Langkah 1: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT KEMAS
Langkah 2: Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebelah
luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT KEMAS
Langkah 3: Jahit sehingga selesai. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
JAHITAN LILIT UBI
Digunakan untuk mencantum dua helai tepi fabrik yang berlipat supaya tidak berbulu.
Dapat digunakan untuk mengemas tepi fabrik.
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT UBI
Langkah 1: Lipat kedua-dua tepi fabrik
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT UBI
Langkah 2: Mulakan menjahit dengan meninggalkan 1cm benang di antara dua lipatan di sebelah kanan.
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT UBI
Langkah 3: Jahit dari kanan hingga kiri. Masukkan pada fabrik lapisan bawah A ke arah penjahit dan keluarkan pada fabrik
lapisan B.
CARA MENJAHIT JAHITAN LILIT UBI
Langkah 4: Untuk mematikan jahitan, jahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 jahitan lilit ubi.
JAHITAN LUBANG BUTANG
Hampir serupa dengan jahitan insang pari
Digunakan untuk menjahit butang, butang katup, cangkuk dan palang.
CARA MENJAHIT JAHITAN LUBANG BUTANG
Langkah 1: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
CARA MENJAHIT JAHITAN LUBANG BUTANG
Langkah 2: Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke arah luar fabrik.
CARA MENJAHIT JAHITAN LUBANG BUTANG
Langkah 3: Tarik benang dan susup di bawah jarum seperti huruf ‘S’. Tarik jarum dan terbentuk satu simpulan.
CARA MENJAHIT JAHITAN LUBANG BUTANG
Langkah 4: Jahit sehingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia.
KANCING
Merupakan alat yang berfungsi untuk membuka dan menutup belah pada pakaian.
Bahagian pakaian: Leher Pergelangan tangan Pinggang
KEGUNAAN KANCING
Untuk merapatkan belah pada pakaian
Mengekalkan bentuk asal Kancing biasanya dijahit pada dua
lapisan fabrik Kancing juga dapat dijahit dengan
menggunakan jarum tangan atau mesin.
JENIS-JENIS KANCING
BUTANG Butang berlubang dua Butang berlubang empat
BUTANG KATUP CANGKUK DAN PALANG
JENIS-JENIS KANCINGBUTANG
BUTANG KATUP
CANGKUK DAN PALANG
Jahitan Lubang Butang
Jahitan ini digunakan untuk menjahit butang, butang katup, cangkup dan palang.
Cara Menjahit Butang Mulakan jahitan kia pada tapak butang
yang tertanggal Cucukkan jarum melalui satu daripada
lubang butang
Letakkan jarum peniti di atas butang.Masukkan jarum ke lubang kedua hingga menembusi kain dan keluar pada lubang pertama.
Keluarkan jarum peniti setelah menjahit berulang kali. Keluarkan jarum di antara kain dan butang. Lilitkan benang di sekeliling tangkai butang.
Cucuk jarum ke belakang kain dan matikan dengan jahitan kia.
Menjahit Butang Berlubang Empat
Mulakan dengan menjahit dua mata jahitan kia pada tempat butang.
Letakkan sebatang batang mancis pada butang dan keluarkan jarum pada lubang (a) dan cucuk jarum pada lubang (b).
Pusing butang suku ke kanan hingga lubang (a) terletak di tempat asal lubang (d).
Keluarkan benang pada lubang (b) dan cucuk jarum pada lubang (d).
Tarik jarum dan benang.
Pusing butang suku ke kiri hingga lubang (a) terletak di tempat asalnya.
Keluarkan benang pada lubang (a) dan cucuk jarum pada lubang ( c ).
Tarik jarum dan benang. Sambung menjahit dua atau tiga kali.
Tanggalkan mancis dan tarikkan butang ke atas.
Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat.
Cucuk jarum dan tari keluar ke seblah dalam fabrik.
Menjahit Butang Katup
Butang katup digunakan di bahagian-bahagian pakaian yang tidak terlalu ketat.
Ia adalah cara mengancing yang cepat dan mudah.
2 bahagian dalam butang katup: Conet – dijahit kepada lidah lipatan atas. Soket (berlubang)-dijahit kepada lidah
lipatan bawah. Kedua-dua bahagian butang dijahit 5mm.
Rajah: Menunjukkan cara-cara menjahit butang katup
Cangkuk & Mata
Jahitkan cangkuk kira-kira 3 mm dari tepi lidah lipatan atas dengan jahit lubang butang di sekeliling lubang cangkuk.
Jahitkan bahagian bengkok cangkuk dengan jahit lilit kemas yang teguh.
Lekatkan matanya seperti cangkuk tadi di lidah lipatan bawah tetapi julurkan mata itu kira-kira 3 mm dari tepi belah.
Cangkuk & Rumah Cangkuk
Cangkuk dan rumah cangkuk digunakan di belah-belah yang ada lidah lipatan atas dan bawah.
Rumah cangkuk boleh diperbuat daripada benang atau logam.
Mulakan dengan jahit kia dan jahitkan mata jahitan lubang butang pada setiap lubang dicangkuk dan palang.
Jahitan yang digunakan
Masukkan jarum ke sebelah dalam dan jahit kia untuk mematikan benang.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Recommended