View
266
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
1/39
Manifesto KomunisOleh Karl Marx dan Frederick Engels
Keterangan penerjemah
Manifesto Komunis diterbitkan buat kali pertama pada bulan Februari 1848, di London. Ia ditulis olehKarl Marx dan Frederick Engels untuk Liga Komunis, sebuah pertubuhan pekerja penghijrah Jerman di
beberapa negara Eropah Barat. Penerjemahan Manifesto Komunis dalam Bahasa Malaysia ini adalahpenerjemahan kedua oleh Muhammad Salleh. Naskah untuk cetakan ini disediakan menurut Edisi
Bahasa Inggeris, Manifesto of the Communist Party (Balai Penerbitan Bahasa Asing; Moskow, 1959)dan Edisi Bahasa Indonesia (Yayasan Pembaruan Parti Komunis Indonesia; Jakarta, 1959). Nota-nota
dipetik dan diubahsuai dari kedua-dua edisi tersebut (beberapa nota ditambah sendiri oleh penerjemah
edisi ini). Penerjemahan ini disediakan pada bulan Ogos 2003 untuk Parti Sosialis Malaysia.
Pengenalan
Pada tahun 1846, Karl Marx dibuang negeri dari Perancis kerana kegiatan politik radikal. Marx
berpindah ke Belgium, di mana dia mencuba membina sebuah pertubuhan politik yang terdiri daripada
para pekerja yang dibuang negara. Menyedari bahawa pertubuhan-pertubuhan yang serupa terdapat di
beberapa negara lain, Marx menyeru pertubuhan-pertubuhan tersebut berhimpun pada musim sejuk
1847. Di bawah pengaruh Marx, perhimpunan parti-parti pekerja ini mengambil nama Liga Komunis,
lalu membincangkan masalah-masalah mereka berhubungan dengan kapitalisme dan tindakan yang
patut diambil. Sambil kebanyakan daripada wakil parti-parti tersebut mengalu-alukan perpaduan
sebagai penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, Marx pula melaungkan retorik perjuangan kelas,
iaitu bahawa kebebasan manusia hanya dapat dicapai melalui perubahan revolusioner. Lalu, Liga
Komunis memberikan tanggungjawab kepada Marx, dan sahabat karibnya, Frederick Engels, untuk
menulis kenyataan prinsip-prinsip bersama mereka, kenyataan yang kemudiannya dikenali sebagaiManifesto Komunis.
Manifesto tersebut diterbitkan pada bulan Februari 1848, dan diterbitkan dengan laju untuk meletuskan
api revolusi yang membara di benua Eropah. Sambil naskah pertama karya tersebut mula dijual,
revolusi telah meletus di hampir setiap bandar utama Eropah. Apabila revolusi meletus di Jerman pada
bulan Mac 1848, Marx telah kembali ke tanahairnya untuk melibatkan diri dalam perjuangan
revolusioner. Apabila revolusi ini dihancurkan oleh kelas pemerintah Jerman, Marx melarikan diri ke
London. Liga Komunis akhirnya dibubarkan, tetapi Manifesto Komunis telah menjadi warisan terkenal
Liga tersebut kepada dunia.
Manifesto Komunis telah mengalami kehidupan yang panjang dan masyhur. Walaupun ia tidak
diberikan perhatian khusus di kalangan risalah-risalah yang diterbitkan pada pertengahan abad ke-19, ia
kini diakui sebagai salah satu karya yang paling mempengaruhi sejarah intelek dan politik manusia.Lebih-lebih lagi, karya ini sudah lama menarik perhatian pembaca kerana ia dapat menjelaskan
peristiwa-peristiwa dalam masyarakat manusia dengan baik. Ia adalah ini yang mengekalkan
kandungan Manifesto Komunis sebagai sesuatu yang sangat penting bagi masyarakat moden, walaupunbeberapa tokoh dan peristiwa yang dirujuk kepada sudah lama meninggal dunia atau berlalu. Lebih-
lebih lagi, karya ini telah menjadi ilham bagi pelbagai gerakan pekerja di merata dunia, dari Amerika
Selatan ke Eropah, Afrika ke Asia Tenggara. Dari segi intelek pula, karya Marx dan Engels ini telah
mempengaruhi hampir setiap bidang pelajaran dari falsafah ke sains sosial, dan juga sains semulajadi.
Tetapi di kalangan badan kesusasteraan besar yang dihasilkan oleh Marxsisme, Manisfesto Komunismerupakan karya yang unik. Walaupun agak pendek berbanding dengan karya-karya Marx yang lain, ia
berjaya menjelaskan bagaimana sistem kapitalisme mutakhir bangkit dari masyarakat feudal, lalu
meletuskan krisis revolusioner dalam masyarakat ini sambil kelas-kelas baru bertempur dengan kelas
lama. Tetapi ia juga menjelaskan bagaimana pertumbuhan kapitalisme sememangnya melahirkan kaum
yang akan membawa penumbangannya, iaitu kelas pekerja. Kerana kapitalisme memusatkan kaum
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
2/39
pekerja di tempat-tempat bekerja besar, ia memberikan mereka potensi untuk berjuang secara kolektif
demi kepentingan mereka. Ini tidak bermakna bahawa kelas pekerja berjuang menentang kapitalisme
dalam cara revolusioner pada setiap waktu. Sebaliknya, Idea-idea berkuasa dalam setiap zaman
sentiasanya adalah idea-idea kelas pemerintah, Marx dan Engels berkata. Meskipun itu, dinamik
kapitalisme membolehkan kaum pekerja mendalam kesedaran kelas, lalu menciptakan kemungkinan
bagi perubahan revolusioner.
Walaupun perdebatan asas dalam Manifesto Komunis agak mudah untuk difahami, beberapa nota
mungkin diperlukan di sini. Pertama sekali adalah kekeliruan yang seringkali diutarakan berkenaan
dengan perkataan komunis. Bagi Marx dan Engels pada tahun 1840s, komunisme mungkin dapat
disamakan dengan apa yang kini dikenali sebagai sosialisme dari bawah, atau sosialisme revolusioner.
Mereka sendiri berkata, Segala gerakan bersejarah terdahulu adalah gerakan minoriti, atau untuk
kepentingan minoriti. Gerakan proletariat adalah gerakan berkesedaran diri lagi bebas oleh majoriti
demi kepentingan majoriti yang lebih luas. Petikan ini menjadikannya mustahil untuk pihak sosialis
pada hari ini untuk menyamakan wawasan Marx dan Engels dengan masyarakat yang wujud di bawah
Rusia Stalinis, di Negara Cina, Korea Utara, Vietnam mahupun Kuba. Kesemua masyarakat ini tidak
didasarkan pada aktiviti sendiri kelas pekerja dan kesemuanya gagal untuk mengakhiri penaklukan
umat manusia kepada gejala akumulasi kapitalis.
Kedua, cadangan-cadangan yang Marx dan Engels mengutarakan dalam bahagian dua daripadaManifesto Komunis merupakan cadangan bagi gerakan sosialis pada tahun 1940-an. Ia tidak patutdianggap sebagai cadangan bagi gerakan mutakhir, pada masa apabila sistem kapitalis menguasai
seluruh dunia. Akhir sekali, penghuraian jenis-jenis sosialisme yang berlainan dalam bahagian tiga
mungkin tidak dikenali oleh para pembaca. Walaupun kebanyakan kumpulan yang dirujuk kepada oleh
Marx dan Engels tidak lagi wujud, apa yang penting untuk difahami adalah perbezaan yang pengarang
tersebut menekan di antara sosialisme dari atas, iaitu idea bahawa minoriti di puncak masyarakat
dapat mengubah dunia bagi majoriti di bawah, dan sosialisme dari bawah, iaitu bahawa pembebasan
kaum pekerja mesti menjadi usaha kaum pekerja sendiri.
Ia kini tidak lagi dapat dinafikan bahawa ManifestoKomunis adalah di antara warisan dunia yang
termasyhur, yang memberi perangsang kepada gerakan yang dapat mengubah dunia secara radikal,
iaitu gerakan pekerja revolusioner. Seperti yang pernah dikatakan oleh Marx dalam Tesis Mengenai
Feuerbach, Ahli-ahli falsafah hanya telah mentafsirkan dunia dengan pelbagai cara; persoalannyaadalah untuk mengubah dunia.
Muhammad Salleh
London, 15hb Ogos 2003.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
3/39
Keterangan kepada Edisi Inggeris tahun 1888
Manifesto Komunis ini diterbitkan sebagai pelantar bagi Liga Komunis, iaitu sebuah pertubuhan kelas
pekerja, pertama sekali bagi rakyat Jerman, dan kemudiannya bagi rakyat antarabangsa, dan akibat
keadaan politik di Benua Eropah sebelum tahun 1848, sebuah pertubuhan sulit. Semasa mesyuarat
agung Liga tersebut, yang diadakan di London pada bulan November 1847, Marx dan Engels diberikan
tanggungjawab untuk menyediakan untuk penerbitan rancangan teori dan amalan parti yang lengkap.Ditulis dalam Bahasa Jerman pada bulan Januari 1848, manuskrip tersebut dihantar kepada seorang
pencetak di London beberapa minggu sebelum revolusi Perancis pada 24hb Februari. Penerjemahan
dalam Bahasa Perancis dikeluarkan di Paris, sebelum pemberontakan pada bulan Jun 1848.
Penerjemahan ke dalam Bahasa Inggeris yang pertama, oleh Cik Helen MacFarlane, diterbitkan dalam
Red Republican, London pasa tahun 1850, oleh George Julian Harney. Penerjemahan dalam BahasaDenmark dan Poland juga disediakan.
Kekalahan pemberontakan bulan Jun 1848 di Paris iaitu pertempuran besar yang pertama di antara
kaum proletariat dan borjuasi memaksa hasrat sosial dan politik kelas pekerja Eropah ke
latarbelakang, buat sementara waktu. Selepas itu, perjuangan demi kuasa sekali lagi berlangsung di
antara bahagian-bahagian kelas berhart, sebagaimana sebelum revolusi Februari; kelas pekerja dipaksa
berjuang untuk ruang politik sampingan dan dihadkan kepada sayap pelampau pada kumpulan kelas
menengah yang radikal. Di mana-mana gerakan proletariat bebas terus menunjukkan tanda-tandakehidupan, mereka dihancurkan dengan kejam. Maka, pihak polis memburu Majlis Pusat Liga
Komunis, yang pada masa itu bertapak di Cologne. Ahli-ahlinya ditahan, dan selepas pemenjaraan
selama lapan belas bulan, mereka didakwa pada bulan Oktober 1852. Kes Komunis Cologne terkenal
ini berlangsung dari 4hb Oktober sehingga 12hb November; tujuh daripada tahanan itu dihukum
penjara di sebuah kubu, di antara tiga sehingga enam tahun. Sejurus selepas hukuman itu, Liga
Komunis dibubarkan secara rasmi oleh ahli-ahli yang tinggal. Berkenaan dengan Manifesto, ia seolah-olah karya ini tidak mempunyai harapan untuk terbitan.
Apabila kelas pekerja Eropah berjaya merangkul kekuatan yang mencukupi untuk menyerang kelas-
kelas pemerintah sekali lagi, Pertubuhan Pekerja Antarabangsa diasaskan. Tetapi pertubuhan ini, yang
diasaskan dengan matlamat meleburkan seluruh proletariat militan di Eropah dan Amerika ke dalam
satu badan luas, tidak dapat melaungkan prinsip-prinsip yang diteraskan dalam Manifesto secaraterbuka. Pertubuhan tersebut terpaksa mengutarakan rancangan yang cukup luas untuk diterima oleh
kesatuan-kesatuan pekerja Inggeris, oleh pengikut-pengikut Proudhondi Perancis, Belgium, Itali dan
Spanyol, dan oleh pengikut Lassalledi Jerman.
Marx, yang menulis rancangan ini bagi keperluan setiap pihak, berpegang kuat kepada perkembangan
intelek kelas pekerja, yang sudah tentu berkembang dari tindakan dan perbincangan bersama.
Peristiwa-peristiwa dan pergolakan dalam perjuangan menentang kapital, kekalahan lebih daripada
kemenangan, menunjukkan kepada ahli-ahlinya kelemahan pendekatan mereka, lalu menyediakan jalan
bagi pendekatan yang lebih terperinci demi pembebasan kelas pekerja. Dan Marx memang tepat.
Pertubuhan itu, selepas dibubarkan pada tahun 1874, meninggalkan para pekerja dalam keadaan yang
agak berbeza daripada tahun 1864. Proudhonisme di Perancis, Lassalleanisme di Jerman semakin
Ini biasanya dianggap sebagai Keterangan terbaik Engels. Keterangan edisi-edisi lain terdapat dalamLampiran di hujung penerjemahan ini [Nota penerjemah].
Pada 23-26hb Jun 1949, para pekerja Perancis telah memberontak menentang penindasan kerajaan
Perancis. Pemberontakan tersebut dihancurkan dengan ganas oleh kerajaan Perancis, tetapi merupakan
konflik berskala besar pertama di antara kaum proletariat dan borjuasi [Nota penerjemah].
Pierre Joseph Proudhon (1803-1865) merupakan ahli teori utama bagi aliran anarkisme. Idea-idea
Proudhon sangatlah berleluasa semasa Komun Paris pada tahun 1871 dan juga mempengaruhi
anarkisme aliran Bakunin, yang ditentang oleh Marx dan Engels dan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa
[Nota penerjemah].
Lassalle, secara peribadi, sentiasa mengakui dirinya sebagai seorang pengikut Marx, dan, oleh yang
demikian, berdiri pada dasarManifesto. Tetapi dalam kegiatan awam, di antara tahun 1862-1864, diatidak menuntut isu yang lebih daripada tuntutan bengkel-bengkel koperatif yang disokong oleh
pembiayaan kerajaan [Nota Engels].
Gerakan Lassalleanisme merupakan sesuatu aliran sosialis idealis yang seringkali menentang
Marxsisme dan dinamakan bersempena dengan Ferdinand Lassalle. Mereka percaya bahawa kerajaan
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
4/39
pupus, dan malah kesatuan-kesatuan pekerja Inggeris yang konservatif, walaupun sudah lama
memotong hubungan dengan Pertubuhan kita, semakin maju ke tahap di mana, tahun lalu di Swansea,
presiden mereka dapat berucap sebagai wakil mereka bahawa, Sosialisme Kebenuaan tidak lagi
menakutkan kami. Sebenarnya, prinsip-prinsip Manifesto semakin dipupuk oleh keles-kelas pekerja di
setiap negara.
Maka, Manifesto ini semakin mendapat perhatian sekali lagi. Penerjemahan Bahasa Jerman, sejaktahun 1850, telah dicetak semula beberapa kali di Switzerland, England dan Amerika. Pada tahun 1872,
ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris di New York, di mana ia diterbitkan dalam Woodhull andClaflins Weekly. Dari versi Inggeris tersebut, penerjemahan ke dalam Bahasa Perancis disediakan bagi
Le Socialiste di New York. Sejak itu, sekurang-kurangnya dua penerjemahan ke dalam Bahasa
Inggeris, yang tidak lagi tepat, telah dikeluarkan di Amerika, dan salah satu daripadanya telah dicetak
di England. Penerjemahan dalam Bahasa Rusia yang pertama, oleh Bakunin, diterbitkan di pejabat
Kolokol milik Herzen di Geneva, pada tahun 1863; penerbitan kedua juga dikeluarkan, oleh Vera
Zasulich, juga di Geneva, pada tahun 1882. Edisi Bahasa Denmark dapat ditemui dalamSocialdemokratisk Bibliothek, Copenhagen, 1885; penerjemahan Bahasa Perancis baru terdapat dalamLe Socialiste, Paris, 1885. Dari penerjemahan terakhir ini, versi dalam Bahasa Spanyol disediakan danditerbitkan di Madrid, pada tahun 1886. Cekatan semula dalam Bahasa Jerman tidak terkira terdapat
sekurang-kurangnya dua belas cetakan. Penerjemahan dalam Bahasa Armenia, yang sepatutnya
diterbitkan di Konstantinople beberapa bulan yang lalu, tidak muncul, saya diberitahu, kerana penerbitnya berasa takut mengeluarkan buku dengan nama Marx, sambil penerjemah enggan
menggunakan namanya sendiri. Saya pernah mendengar mengenai penerjemahan-penerjemahan yang
lain, tetapi saya belum melihatnya. Maka, sejarah Manifesto mencerminkan sejarah gerakan kelaspekerja moden; pada ketika ini, ia sudah pasti merupakan karya sosialis yang paling luas disebarkan,
dan yang paling bersifat antarabangsa, lalu menjadi pelantar umum yang diakui oleh pekerja-pekerja
dari Siberia ke Kalifornia.
Namun, pada masa apabila ia ditulis, kami tidak dapat memanggilnya sebuah manifestososialis. Istilah
Sosialis, pada tahun 1847, difahami, dalam satu tangan, sebagai pengikut sistem-sistem Utopia yang
berlainan: pengikut Owen di England, Fourier di Perancis, di mana masing-masing merupakan
kumpulan yang semakin pupus; dalam tangan sebelah, pelbagai penganut sosial, yang melalui pelbagai
cara pemikiran, berjanji menyelesaikan pelbagai masalah, tanpa menghancurkan kapital dan
keuntungan; dalam kedua-dua kes ini, ia diterajui oleh mereka yang berada di luar gerakan kelaspekerja, dan yang mengalih pandangan kepada kelas-kelas berpendidikan bagi sokongan. Bahagian
kelas pekerja yang menyedari kelemahan revolusi politik sahaja dan melaungkan keperluan perubahan
sosial yang meyeluruh, kemudiannya memanggil diri mereka sebagai komunis. Ia adalah sejenis
komunisme yang kasar, dijahit dengan buruk, dan berdasarkan naluri semata-mata; namun, ia
menyentuh tahap penting dan cukup berkuasa di kalangan kelas pekerja untuk menghasilkan
komunisme Utopia Cabet di Perancis dan komunisme Utopia Weitling di Jerman. Maka, sosialisme
pada tahun 1847 merupakan gerakan kelas menengah; komunisme pula merupakan gerakan kelas
pekerja. Sosialisme, sekurang-kurangnya di benua Eropah pada masa itu, merupakan sesuatu yang
dihormati; Komunisme pula bertentangan dengan itu. Dan kerana konsep kami, dari awal lagi, adalah
bahawa pembebasan kelas pekerja mesti menjadi tindakan kelas pekerja sendiri, tidak terdapatnya
keraguan akan nama yang bakal dipilih. Lebih-lebih lagi, kami tidak pernah menafikan konsep
komunisme itu.
merupakan organ hak asasi dan keadilan, dan bahawa kejayaan proletariat hanya dapat dicapai melalui
kerajaan yang sedia ada. Maka, revolusi bukan sahaja tidak diperlukan, tetapi dapat mengancam
kejayaan proletariat [Nota penerjemah].
Walaupun merupakan salah seorang musuh Marx dan Engels dalam gerakan kelas pekerja, Bakunin
memahami kepentingan revolusioner yang terkandung dalam Manifesto Komunis. Diterbitkan di
Geneva pada tahun 1869 (cetakan di Rusia tidak dibenarkan kerana penapisan kerajaan), penerjemahan
Bakunin tidaklah lengkap dan digantikan sedekad kemudian oleh penerjemahan G. V. Plekhanov pada
tahun 1882 [Nota penerjemah].
Engels kemudiannya mengatakan dengan betul dalam keterangan kepada rencana Hubungan Sosial di
Rusia, diterbitkan dalam Internationales aus dem Volksstaat (1871-75) di Berlin pada tahun 1894,
bahawa penerjemah sebenar adalah G. V. Plekhanov [Nota penerjemah].
Akhbar mingguan yang diterbitkan di New York dari bulan Oktober 1871 sehingga Mei 1873 dalamBahasa Perancis. Penerjemahan Manifesto Komunis diterbitkan pada bulan Januari-Mac 1872 [Nota
penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
5/39
Walaupun Manifesto ini adalah hasil penulisan kami berdua, saya perlu mengatakan bahawa prinsip
asas, yang menjadi nukleus karya ini, adalah kepunyaan Marx. Prinsip tersebut adalah: bahawa dalam
setiap zaman bersejarah, cara pengeluaran dan pertukaran ekonomi yang sedia ada, dan pengaturan
sosial yang muncul daripadanya, adalah dasar di mana dapat dibina, dan yang dapat menjelaskan,
sejarah politik dan intelek zaman tersebut; bahawa, akibat ini, seluruh sejarah umat manusia (sejak
pembubaran masyarakat primitif yang memegang tanah dalam pemilikan bersama) adalah sejarahperjuangan kelas, pertandingan di antara mereka yang mengeksploitasi dan mereka yang dieksploitasi,
kelas pemerintah dan kelas yang ditindas; bahawa sejarah perjuangan kelas ini mewujudkan siri evolusi
di mana, pada hari ini, sebuah tahap telah dicapai di mana kelas yang dieksploitasi dan ditindas iaitu
proletariat tidak dapat mencapai pembebasan dari kelas pengeksploitasi dan pemerintah iaitu
borjuasi tanpa, pada masa yang sama, dan buat selama-lamanya, membebaskan masyarakat daripada
segala pengeksploitasian, penindasan, perbezaan kelas dan perjuangan kelas.
Prinsip ini, yang pada pendapat saya, ditakdirkan mengubah sejarah sebagaimana teori Darwin telah
mengubah biologi, telah kami berdua mendekati selama beberapa tahun sebelum tahun 1845. Sejauh
mana saya telah bergerak dengannya dihuraikan dengan baik oleh karya saya bertajukKeadaan KelasPekerja di England. Tetapi apabila saya bertemu sekali lagi dengan Marx di Brussels pada musim
bunga tahun 1845, dia sudah meneliti, dan menulisnya sebelum saya, dalam konsep-konsep yang
sejelas huraian saya di sini.
Dari keterangan bersama kami dalam edisi Jerman pada tahun 1872, saya memetik petikan yang
berikut:
Walau betapa banyaknya keadaan mungkin telah berubah dalam dua puluh lima tahun yanglalu, prinsip-prinsip asas yang diteraskan dalam Manifesto ini adalah, secara umumnya,
setepat pada hari ini seperti dahulu. Di sini atau di sana, beberapa nota terperinci mungkindapat diperbaiki. Pengamalan praktis prinsip-prinsip ini akan bergantung, seperti yang
dijelaskan dalam Manifesto, di setiap tempat dan pada setiap masa, pada keadaan-keadaanbersejarah yang wujud pada masa itu, dan, oleh kerana itu, tidak terdapatnya tekanan pada
langkah-langkah revolusioner yang diutarakan pada hujung Bahagian II. Petikan tersebutsudah tentu, dari pelbagai aspek, dapat dihuraikan dengan berbeza pada hari ini. Dengan
langkah-langkah besar yang telah diambil oleh industri moden sejak tahun 1848, dan denganitu pengaturan kelas pekerja yang diperbaiki dan diperluaskan, dan dengan pengalaman yang
dirangkul, pertama sekali dalam revolusi Februari dan kemudiannya dalam Komun Paris, dimana proletariat buat kali pertama memegang kuasa politik selama dua bulan, isu-isu
terperinci rancangan ini telah menjadi usang. Satu perkara khusus dibuktikan oleh Komun,iaitu berhubungan dengan fakta bahawa kelas pekerja tidak dapat menguasai jentera
kerajaan dan menggunakannya demi kegunaan sendiri. (LihatPerang Saudara di Perancis:Ucapan Majlis Umum Pertubuhan Pekerja Antarabangsa , London: Truelove, 1871, muka
surat 15,di mana isu ini diperkembangkan.) Lebih-lebih lagi, ia adalah jelas bahawa kritikan
terhadap kesusasteraan sosialis tidak memadai pada masa ini, kerana ia hanya merangkumikarya-karya sehingga tahun 1847; juga, bahawa keterangan berkenaan dengan hubungan di
antara Komunis dan parti-parti pembangkang yang lain (Bahagian IV), walaupun secara
dasarnya memang tepat, dari segi amalan adalah usang, kerana keadaan politik telah
berubah, dan kemaraan sejarah telah menghapuskan dari dunia kebanyakan parti-partipolitik yang pernah diasaskan.
Tetapi,Manifesto ini telah menjadi dokumen bersejarah yang kami tidak lagi mempunyai hakuntuk mengubah.
Penerjemahan Bahasa Iggeris ini adalah hasil usaha Encik Samuel Moore, iaitu penerjemah sebahagian
besar daripadaKapital, karya Marx. Kami telah mengubahnya bersama, dan saya telah menambahbeberapa nota penjelasan bagi peristiwa-peristiwa bersejarah.
The Condition of the Working Class in England in 1844. Oleh Frederick Engels. Diterjemahkan olehFlorence K. Wischnewetzky, New York: Lovell London: W. Reeves, 1888 [Nota Engels].
K. Marx dan F. Engels, Selected Works, Jilid 1 (Moskow, 1951), muka surat 468 [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
6/39
Frederick Engels
London, 30hb Januari 1888.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
7/39
Manifesto Komunis
Sesuatu hantu sedang mengganggu Eropah hantu komunisme. Kesemua kuasa Eropah lama telah
memasuki persekutuan suci untuk menghalau hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal
Perancisdan polis perisik Jerman.
Dimanakah parti pembangkang yang belum dikecam sebagai bersifat komunis oleh musuh-musuhnyayang memegang kuasa? Dimanakah pihak pembangkang yang belum melontar semula tuduhan
komunisme terhadap parti-parti pembangkang yang lebih maju, serta terhadap musuh-musuh
reaksioner?
Dua perkara timbul dari fakta ini:
I. Komunisme sudah diakui oleh setiap kuasa Eropah sebagai sebuah kuasa tersendiri.II. Ia sudah tiba masanya untuk pihak Komunis, secara terbuka, berhadapan dengan seluruh
dunia, menerbitkan pandangan mereka, matlamat mereka, aliran mereka, dan menentang
cerita kebudak-budakan mengenai hantu komunisme ini dengan manifesto parti tersendiri.
Oleh yang demikian, Komunis dari pelbagai kewarganegaraan telah berkumpul di London dan
melukiskan manifestoyang berikut, untuk diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Flemis,dan Denmark.
Tsar merupakan pemerintah Rusia dari keluarga di-raja Romanoff. Lothar von Metternich (1773-1859)
pula merupakan perdana menteri kerajaan Austria-Hungari, manakala Francois Guizot (1787-1874)
merupakan perdana menteri Perancis [Nota penerjemah].Ini merujuk kepada pihak Demokrat-Republikan borjuasi pada ketika itu, yang menentang
komunisme. Marrast adalah salah seorang daripada pengikut mereka yang terkenal [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
8/39
I. Borjuasi dan Proletariat
Sejarah kesemua masyarakat yang sedia adaadalah sejarah perjuangan kelas.
Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan hamba serf, ahli tukang dan
pembantu tukang, pendek kata, penindas dan yang ditindas, sentiasa berdiri dalam tentangan di antara
satu sama lain, mengusahakan pertempuran yang berterusan, kadang-kala disembunyikan, kadang-kaladiperjuangkan secara terbuka, sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan
semula masyarakat secara revolusioner, atau dalam kehancuran bersama kelas-kelas yang saling
berjuang.
Dalam zaman-zaman bersejarah lebih awal, kita mendapati, hampir di merata-rata, sesuatu penyusunan
rumit masyarakat menjadi beberapa golongan, mengikut kedudukan sosial yang berperingkat. Di Rom
kuno kita menjumpai bangsawan, kesateria, golongan bawahan, hamba; semasa Zaman Pertengahan,
terdapatnya tuan-tuan feudal, orang suruhan, ahli tukang, pembantu tukang, penolong, hamba serf; dan
dalam hampir kesemua kelas ini, terdapat kedudukan-kedudukan yang berperingkat.
Masyarakat borjuasi moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum
membasmikan percanggahan kelas. Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan-keadaan
penindasan baru, bentuk-bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama.
Namun, zaman kita, iaitu zaman borjuasi, menunjukkan sifat khusus yang berikut: ia telah
meringkaskan percanggahan kelas. Masyarakat secara keseluruhan semakin dibahagikan menjadi dua
kem bermusuhan besar, menjadi dua kelas besar yang berhadapan dengan satu sama lain borjuasi dan
proletariat.
Dari hamba-hamba serf Zaman Pertengahan bangkitnya warga-warga kota yang mempunyai hak di
bandar-bandar awal. Dari warga-warga kota ini, unsur-unsur borjuasi mula berkembang.
Dengan borjuasi adalah dimaksudkan kelas kapitalis moden, iaitu pemilik cara-cara pengeluaran sosial
dan pihak majikan bagi tenaga pekerja bergaji. Dengan proletariat adalah dimaksudkan kelas pekerjabergaji moden, yang, tanpa memiliki cara-cara pengeluaran mereka tersendiri, terpaksa menjual tenaga
pekerja mereka untuk terus hidup [Nota Engels, Edisi Inggeris tahun 1888].
Iaitu, segala sejarah bertulis. Pada tahun 1847, pra-sejarah masyarakat, pengaturan sosial yang wujudsebelum sejarah bertulis, belum diketahui. Sejak itu, August von Haxthausen (1792-1866) telah
menemui pemilikan tanah bersama di Rusia, Georg Ludwig von Maurer pula telah menunjukkan
bahawa ini adalah dasar sosial bagi permulaan setiap bangsa Teutonik, dan secara lazimnya,
masyarakat-masyarakat perkampungan didapati adalah, atau pernah menjadi, bentuk masyarakat
primitif dari India ke Ireland. Susunan dalaman masyarakat-masyarat primitif yang bersifat komunistik
ini didedahkan, dalam bentuk biasa, oleh penemuan mahapenting Lewis Henry Morgan mengenai sifar
sebenargen dan hubungannya dengan puak. Dengan pembubaran kumpulan-kumpulan primitif ini,
masyarakat mula dibahagikan kepada kelas-kelas yang berbeza dan akhirnya kelas-kelas bertentangan.
Saya telah mencuba mengikuti proses pembubaran ini dalam: Der Ursprung der Familie, des
Privateigenthums und des Staats [Asal-Usul Keluarga, Harta Swasta dan Kerajaan], Edisi Kedua,Stuttgart, 1886 [Nota Engels, Edisi Inggeris tahun 1888 dan Edisi Jerman tahun 1890 tanpa ayat
terakhir].
Kaum bangsawan dan golongan bawahan adalah kelas-kelas Rom kuno. Kaum bangsawan adalah
kelas pemilik tanah besar yang menguasai tanah dan negara. Golongan bawahan pula adalah kelas
wargakota yang bebas, tetapi tidak memliki hak sepenuhnya sebagai wargakota [Nota penerjemah].
Ketua tukang, iaitu, seorang ahli penuh dalam sesebuah kesatuan tukang, seorang yang bermahir,
bukannya ketua tukang tersebut [Nota Engels, Edisi Inggeris tahun 1888].
Ahli tukang merupakan seseorang yang bekerja secara bebas di bengkelnya sendiri dengan peralatan
sendiri, biasanya dengan keluarganya sebagau pembantu. Kebanyakan mereka terlibat dalam kesatuan-
kesatuan tukang yang mengawal harga barangan di Eropah semasa Zaman Pertengahan [Nota
penerjemah].
Feudalisme merupakan cara pengeluaran utama di Eropah semasa Zaman Pertengahan, dengan
hierarki tuan dan bangsawan yang mentadbir, biasanya dengan raja di puncak masyarakat.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
9/39
Penemuan benua Amerika, pengelilingan Tanjung Harapan, telah membuka kawasan baru bagi borjuasi
yang sedang bertumbuh. Pasaran-pasaran India Timur dan Negara Cina, penjajahan Amerika,
perdagangan dengan negara-negara yang dijajah, peningkatan dalam cara-cara pertukaran dan, secara
umumnya, dalam jenis komoditi, memberikan kepada perdagangan, kepada pengemudian, kepada
industri, sesuatu naluri yang tidak pernah dikenali, dan dengan itu, kepada unsur revolusioner dalam
masyarakat feudal yang semakin runtuh, sesuatu kemajuan pesat.
Sistem perindustrian feudal, di mana pengeluaran industri dikuasai oleh kesatuan-kesatuan tukang yang
tertutup, kini tidak lagi mencukupi bagi keperluan pasaran-pasaran baru yang semakin bertumbuh.
Sistem pengeluaran telah mengambil tempatnya. Ahli-ahli tukang diketepikan oleh kelas pengeluaran
menengah; pembahagian tugas di antara tukang-tukang korporat yang berlainan dihapuskan apabila
berhadapan dengan pembahagian tugas dalam setiap bengkel pertukangan.
Sementara itu, pasaran-pasaran semakin bertumbuh; permintaan semakin meningkat. Malah sistem
pengeluaran tidak dapat menjajari pertumbuhan ini. Kemudian, stim dan jentera telah merevolusikan
pengeluaran perindustrian. Kedudukan pengeluaran digantikan oleh industri moden gergasi; kedudukan
kelas menengah perindustrian digantikan oleh jutawan perindustrian, oleh pemimpin seluruh tentera
perindustrian, oleh borjuasi moden.
Industri moden telah mewujudkan pasaran sedunia, bagi mana penemuan Amerika telah telahmembuka jalan. Pasaran ini telah memberikan kemajuan besar bagi perdagangan, bagi pengemudian,
bagi komunikasi melalui darat. Justeru itu, perkembangan ini telah bereaksi pada perluasan industri;
dan sejajar dengan perluasan industri, perdagangan, pengemudian, rangkaian keretapi, sejajar dengan
itu borjuasi juga telah berkembang, meningkatkan kapitalnya, dan menolak ke latarbelakang setiap
kelas yang muncul dari Zaman Pertengahan.
Maka, kita dapat melihat bagaimana borjuasi moden sendiri adalah hasil jalan perkembangan yang
berpanjangan, hasil siri revolusi dalam cara-cara pengeluaran dan pertukaran.
Setiap langkah dalam perkembangan borjuasi diiringi oleh kemajuan politik sejajar bagi kelas tersebut.
Sesebuah kelas tertindas di bawah kuasa bangsawan feudal, sesebuah persekutuan bersenjata dan
berkerajaan sendiri dalam komunpada Zaman Pertengahan: di sini sebuah republik perbandaran bebas
(seperti di Itali dan Jerman); di sana sebuah golongan ketigayang dikenakan cukai oleh pemerintahandi-raja (seperti di Perancis); kemudian, semasa zaman pengeluaran sebenar, melayani pemerintahan di-
raja separuh feudal atau pemerintahan di-raja mutlak sebagai imbangan terhadap kaum bangsawan,
dan, sebenarnya, batu asas bagi pemerintahan-pemerintahan di-raja besar secara umunya akhirnya
kaum borjuasi, sejak penubuhan industri moden dan pasaran dunia, telah merampas untuk dirinya
sendiri kekuasaan politik eksklusif dalam kerajaan perwakilan moden. Badan eksekutif dalam kerajaan
moden hanyalah sebuah majlis untuk menyeliakan urusan bersama bagi seluruh kaum borjuasi.
Kaum borjuasi, dari segi bersejarah, telah memainkan peranan yang sangat revolusioner.
Kaum borjuasi, di mana jua ia berjaya merangkul kekuasaan, telah mengakhiri segala hubungan feudal,
Komun adalah nama yang digunakan di Perancis oleh bandar-bandar awal sebelum mereka, sebagaiGolongan Ketiga, merampas hak kerajaan sendiri dan hak politik dari tuan-tuan feudal dan
pemerintah-pemerintah mereka. Secara umumnya, bagi perkembangan ekonomi kaum borjuasi,
England diambil di sini sebagai contoh biasa; bagi perkembangan politik, Perancis pula digunakan
[Nota Engels, Edisi Inggeris tahun 1888].
Ini adalah nama yang diberikan kepada masyarakat-masyarakat perbandaran oleh warga-warga kota di
Itali dan Perancis, selepas mereka membeli atau merampas hak-hak kerajaan sendiri dari tuan-tuan
feudal mereka [Nota Engels, Edisi Jerman tahun 1890].
Golongan ketiga merujuk kepada pedagang-pedagang di bandar, iaitu kelas yang membayar cukai
kepada pemerintahan di-raja Perancis, dan dibahagikan daripada golongan pertama dan golongan
kedua, iaitu kaum bangsawan dan gereja, masing-masing [Nota penerjemah].
Pemerintahan di-raja mutlak merupakan bentuk kerajaan yang biasanya dijumpai di Eropah di antara
abad ke-16 dan ke-18, di mana raja memegang kuasa berpusat dan mutlak.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
10/39
patriarki, perkampungan. Ia telah menghancurkan tanpa belas kasihan pertalian feudal yang
menghubungkan manusia kepada pemerintah semulajadi, dan tidak meninggalkan hubungan lain di
antara manusia dan manusia melainkan kepentingan sendiri dan pembayaran tunai yang kejam. Ia
telah menenggelamkan yang paling suci daripada semangat keagamaan, dari keghairahan kesopanan,
dari sentimentalisme filistin, dalam air perhitungan egotistik yang sejuk. Ia telah menjatuhkan harga
diri sehingga paras nilai pertukaran, dan di tempat kebebasan tidak terkira yang disahkan, ia telah
mendirikan satu-satunya kebebasan yang tidak bersuara hati Perdagangan Bebas. Pendek kata, ditempat pengeksploitasian, yang diselubungi oleh ilusi agama dan politik, ia telah menggantikan
pengeksploitasian jelas, tanpa kemaluan, secara langsung, lagi kejam.
Kaum borjuasi telah menanggalkan kemuliaan dari setiap pekerjaan yang sehingga ini dihormati dan
dipandang dengan penuh pujaan. Ia telah mengubah doktor, peguam, paderi, penyair, ahli sains,
menjadi pekerja bergaji semata-mata.
Kaum borjuasi telah merampas kelubung sentimental dari kekeluargaan, dan telah menyingkirkan
hubungan keluarga sehingga tahap hubungan wang semata-mata.
Kaum borjuasi telah mendedahkan bagaimana dapat berlakunya perihal bahawa pertunjukan kekuatan
secara kasar semasa Zaman Pertengahan, yang begitu dikagumi oleh pihak reaksioner, mendapat
pelengkapan sewajar dalam kemalasan yang tertinggi. Ia merupakan pihak pertama yang menunjukkanapa yang dapat dicapai oleh aktiviti manusia. Ia telah mencapai keajaiban yang jauh melintasi piramid-
piramid Mesir, saluran-saluran air Rom, dan gereja-gereja besar Gothik; ia telah melancarkan
pengembaraan yang telah memalukan segala ekspidisi negaradan perjalanan salibsebelumnya.
Kaum borjuasi tidak dapat hidup tanpa sentiasa merevolusikan peralatan pengeluaran, dan dengan itu,
hubungan-hubungan pengeluaran, dan dengannya seluruh hubungan masyarakat. Pertahanan cara-cara
pengeluaran lama dalam bentuk yang tidak diubah adalah, sebaliknya, keadaan pertama bagi
kewujudan setiap kelas perindustrian yang lebih awal. Perevolusian berterusan terhadap bidang
pengeluaran, kekecauan tanpa berhenti terhadap segala keadaan sosial, ketidak-pastian dan kegelisahan
selama-lamanya, membezakan zaman borjuasi dari zaman-zaman yang lebih awal. Segala hubungan
tetap, beku, dengan prasangka dan pendapat kuno dan dihormati mereka, telah disapu bersih, dan
hubungan-hubungan baru menjadi usang sebelum ia dapat menulang. Segalanya yang berbentuk pejal
melebur menjadi udara, segala yang suci dilucahkan, dan manusia akhirnya terpaksa menghadapidengan perasaan sedar keadaan-keadaan kehidupan sebenar, serta hubungan-hubungan sesamanya.
Keperluan sentiasa meluaskan pasaran untuk barangannya mengejar kaum borjuasi ke seluruh
permukaan dunia. Ia mesti berlabuh di setiap tempat, bertapak di setiap tempat, mendirikan hubungan
di setiap tempat.
Kaum borjuasi telah, melalui pengeksploitasiannya ke atas pasaran dunia, memberikan sifat
kosmopolitan kepada pengeluaran dan penggunaan di setiap negara. Sambil mengecewakan pihak
reaksioner, ia telah menarik dari bawah kaki industri dasar kebangsaan di mana ia dahulunya berdiri.
Kesemua industri kebangsaan lama telah dimusnahkan atau sedang dimusnahkan setiap hari. Industri-
industri lama tersebut digantikan oleh industri-industri baru, di mana pengenalannya menjadi persoalan
hidup dan mati bagi setiap negara bertamadun, oleh industri-industri yang tidak lagi mengerjakan
bahan-bahan mentah peribumi, tetapi menggunakan bahan-bahan mentah dari kawasan-kawasan yang
paling jauh; industri-industri di mana barangannya digunakan, bukan sahaja dalam negera sendiri,
tetapi di setiap pelusuk dunia. Di tempat keperluan-keperluan lama, yang dipenuhi oleh pengeluaran
negara itu sendiri, kita mendapati keperluan-keperluan baru, yang memerlukan untuk kepenuhannya
barangan dari negara-negara dan iklim-iklim yang jauh. Di tempat pemulauan tempatan dan
kebangsaan serta kebolehan memenuhi keperluan sendiri, kita mempunyai hubungan urusan dalam
setiap arah, saling pergantungan antarabangsa di antara negara-negara. Dan sebagaimana dengan hasil-
hasil materialis, begitu juga dengan pengeluaran intelek. Hasil-hasil intelek dari negara-negara individu
menjadi harta bersama. Berat sebelah kebangsaan dan pemandangan sempit menjadi semakin mustahil,
Perpindahan bangsa-bangsa di Eropah dari abad ke-4 sehingga abad ke-6 Masihi [Nota penerjemah].
Perjalanan salib merujuk kepada pengembaraan secara militan dan rampasan tanah di Timur Dekat di
bawah kepimpinan Gereja Katolik dari abad ke-11 sehingga abad ke-13, dengan tujuan membebaskantanah suci di Palestin. Pelbagai kelas feudal mengambil bahagian dalam perjalanan ini, masing-masing
dengan tujuan tersendiri [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
11/39
dan dari pelbagai kesusasteraan kebangsaan dan tempatan, timbullah kesusasteraan sedunia.
Kaum borjuasi, dengan kemajuan pesat kesemua peralatan pengeluaran, melalui kemudahan-
kemudahan komunikasi, menarik kesemua negara, mahupun yang paling mundur, ke dalam
ketamadunan. Harga-harga murah bagi komoditi-komoditinya adalah persenjataan berat yang
digunakan untuk merobohkan tembok-tembok Cina, yang digunakan untuk memaksa kebencian degil
negara-negara mundur untuk ditakluki. Ia memaksa kesemua negara, dengan ancaman kepupusan,untuk mengamalkan cara-cara pengeluaran borjuasi; ia memaksa mereka untuk memperkenalkan apa
yang ia menamakan tamadun di kalangan negara-negara tersebut, iaitu untuk menjadi borjuasi sendiri.
Pendek kata, ia mewujudkan dunia mengikut bayangannya sendiri.
Kaum borjuasi telah menakluki kawasan desa kepada pemerintahan bandar-bandar. Ia telah membina
bandar-bandar besar, telah meningkatkan dengan mendadak penduduk di bandar berbanding dengan
kawasan desa, dan dengan itu telah menyelamatkan sebahagian besar daripada rakyat dari kebiasaan
kehidupan desa. Sebagaimana ia telah menjadikan kawasan desa bergantung kepada bandar-bandar,
maka ia telah menjadikan negara-negara mundur dan negara-negara separuh mundur bergantung
kepada negara-negara maju, Timur bergantung kepada Barat.
Kaum borjuasi semakin menghapuskan keadaan penduduk, cara-cara pengeluaran, dan harta benda
yang berselerak. Ia telah mengumpulkan penduduk, memusatkan cara-cara pengeluaran, dan telahmenyatukan harta benda dalam beberapa tangan. Akibat yang sudah pasti muncul dari ini adalah
pemusatan politik. Daerah-daerah yang bebas, atau hanya dihubungkan secara kasar, dengan
kepentingan, undang-undang, kerajaan dan sistem pencukaian berasingan, dikumpulkan bersama dalam
satu negara, dengan satu kerajaan, satu tata undang-undang, satu kepentingan kelas kebangsaan, satu
sempadan dan satu tarif kastam.
Kaum borjuasi, dalam pemerintahannya yang belum mencapai seratus tahun, telah mewujudkan lebih
banyak kuasa-kuasa pengeluaran gergasi berbanding dengan kesemua generasi-generasi sebelumnya.
Penaklukan kuasa-kuasa alam kepada manusia, jentera, penggunaan kimia pada industri dan pertanian,
pengemudian stim, keretapi, telegraf elektrik, pembukaan seluruh benua untuk pertanian, pemaritan
sungai-sungai, penduduk yang dengan kekuataan sihir dikeluarkan dari tanah abad terdahulu
manakah yang dapat menduga bahawa terdapatnya kuasa-kuasa pengeluaran seperti itu tertidur di
pangkuan tenaga sosial?
Maka kita dapat melihat: cara-cara pengeluaran dan pertukaran, pada dasar mana kaum borjuasi telah
membina dirinya, dijana dalam masyarakat feudal. Pada tahap tertentu dalam perkembangan cara-cara
pengeluaran dan pertukaran ini, keadaan-keadaan di bawah mana masyarakat feudal mengeluarkan dan
menukarkan, pengaturan pertanian dan industri pengeluaran secara feudal, pendek kata, hubungan harta
benda feudal tidak lagi sesuai dengan kuasa-kuasa pengeluaran yang sudah maju; ianya menjadi
belenggu yang begitu banyak. Ianya harus dihapuskan; ianya memang dihapuskan.
Di tempatnya datanglah persaingan bebas, diiringi oleh perlembagaan sosial dan politik yang
diselaraskan untuknya, dan oleh kekuasaan ekonomi dan politik kelas borjuasi.
Sesuatu gerakan yang serupa sedang berlangsung di hadapan mata kita sendiri. Masyarakat borjuasi
moden dengan hubungan-hubungan pengeluaran, penukaran dan harta bendanya, sebuah masyarakat
yang telah mencipta cara-cara pengeluaran dan penukaran yang begitu besar sekali, adalah ibarat
tukang sihir yang tidak lagi dapat menguasai kuasa-kuasa alam ghaib yang telah diutarakan olehnya
dengan jampi. Selama beberapa dekad, sejarah industri dan perdagangan hanyalah sejarah
pemberontakan kuasa-kuasa produktif moden menentang keadaan-keadaan pengeluaran moden,
menentang hubungan harta yang merupakan keadaan bagi kewujudan borjuasi dan pemerintahannya.
Cukuplah untuk mengatakan bahawa krisis-krisis komersil yang diulangi secara berurutan, mengancam
kewujudan seluruh masyarakat borjuasi, setiap kali dengan lebih merbahaya. Dalam krisis-krisis ini,
sebahagian besar bukan sahaja daripada barangan yang sedia ada, bahkan juga kuasa-kuasa produktif
yang diwujudkan dahulunya, dihancurkan secara beransur-ansur. Dalam krisis-krisis ini, sesuatu wabak
meletus, yang, pada zaman-zaman dahulu, sudah tentu dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa
inilah wabak pengeluaran lebihan. Masyarakat dengan tiba-tiba mendapati dirinya dilontar kembali
sehingga keadaan tidak bertamadun buat sementara waktu; ia kelihatan seolah-olah kebuluran,
peperangan kebinasaan antarabangsa telah memotong bekalan dari segala bahan keperluan hidup;
industri dan perdagangan solah-olah dimusnahkan. Dan mengapa? Kerana terdapatnya terlalu banyak
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
12/39
tamadun, terlalu banyak bahan keperluan hidup, terlalu banyak industri, terlalu banyak perdagangan.
Kuasa-kuasa produktif yang dapat digunakan oleh masyarakat tidak lagi dapat melanjutkan
perkembangan keadaan-keadaan harta borjuasi; sebaliknya, ia telah menjadi terlalu kuat bagi keadaan-
keadaan ini, yang membelenggukannya, dan sejurus selepas ia mengatasi belenggu ini, ia membawa
kekucar-kaciran ke suluruh masyarakat borjuasi, lalu merbahayakan kewujudan harta borjuasi.
Keadaan-keadaan masyarakat borjuasi kini menjadi terlalu sempit untuk memuatkan kekayaan yang
diwujudkan oleh mereka. Dan bagaimanakah borjuasi mengatasi krisis-krisis ini? Dalam satu tangan,dengan pemaksaan penghancurkan sebahagian besar daripada kuasa-kuasa produktif; dalam tangan
sebelah, dengan merampas pasaran-pasaran baru, dan dengan pengeksploitasian yang lebih terperinci
terhadap pasaran-pasaran lama. Dalam erti kata lain, dengan membuka jalan bagi krisis-krisis yang
lebih luas dan lebih membinasakan, dan dengan menghancurkan cara-cara melalui mana krisis tersebut
mungkin dielakkan.
Senjata-senjata yang digunakan oleh borjuasi untuk menumbangkan feudalisme kini dihalakan
menentang borjuasi sendiri.
Tetapi borjuasi bukan sahaja mewujudkan senjata-senjata yang akan membawa kematiannya sendiri; ia
juga telah mewujudkan manusia yang akan menggunakan senjata-senjata tersebut kelas pekerja
moden atau proletariat.
Sambil borjuasi, iaitu kapital, berkembang, maka dengan cara yang sama, proletariat, kelas pekerja
moden, telah berkembang sebuah kelas pemburuh, yang hanya hidup selagi mereka dapat mencari
pekerjaan, dan yang hanya dapat mencari pekerjaan selagi usaha mereka meningkatkan kapital. Para
pekerja ini, yang terpaksa menjual diri mereka secara menyeluruh, adalah sebuah komoditi, seperti
setiap benda perdagangan yang lain, dan dengan itu, mereka didedahkan kepada onak dan duri
persaingan, kepada segala pergolakan pasaran.
Oleh kerana penggunaan jentera yang luas dan pembahagian tenaga pekerja, tugas proletariat telah
kehilangan sifat individu, dan, akibatnya, segala daya tarikan bagi pekerja. Dia menjadi lampiran bagi
jentera, dan ia hanyalah tugas yang paling senang, yang paling membosankan, yang paling senang
dimahiri, yang diperlukan daripadanya. Maka, kos pembiayaan seorang pekerja dihadkan, hampir
sepenuhnya, kepada bahan-bahan keperluan hidup yang diperlukan untuk kehidupannya, dan untuk
perlanjutan bangsanya. Tetapi harga sebuah komoditi, dan maka juga harga tenaga pekerja, adalahsama dengan kos pengeluarannya. Maka, sambil kejijikan pekerjaan itu meningkat, gajinya pula
merosot. Lebih-lebih lagi, sambil penggunaan jentera dan pembahagian tenaga pekerja meningkat,
dengan nisbah yang sama, beban usaha juga meningkat, biarpun melalui pemanjangan masa bekerja,
melalui peningkatan dalam usaha yang diperas dalam masa tertentu mahupun melalui peningkatan
dalam kelajuan jentera, dan sebagainya.
Industri moden telah mengubah bengkel kecil milik tuan patriarki menjadi kilang besar milik kapitalis
perindustrian. Jumlah pekerja yang ramai, dihimpunkan di kilang-kilang, disusun seperti askar. Sebagai
askar dalam tentera perindustrian, mereka diletakkan di bawah pemerintahan sebuah hierarki pegawai
dan sarjan. Mereka bukan sahaja merupakan hamba kepada kelas borjuasi dan kerajaan borjuasi;
mereka, setiap hari dan setiap jam, dihambakan oleh jentera, oleh penyelia, dan terutama sekali, oleh
usahawan borjuasi sendiri. Semakin terbuka kezaliman ini megisytiharkan keuntungan sebagai tujuan
dan matlamatnya, semakin keji, semakin membencikan, dan semakin memahitkan ia menjadi.
Semakin kurang kemahiran dan penggunaan tenaga yang diperlukan oleh pekerjaan manual, dalam erti
kata lain, semakin industri moden dimajukan, semakin tenaga pekerja kaum lelaki digantikan oleh
tenaga pekerja kaum perempuan. Perbezaan umur dan jantina tidak lagi mempunyai erti sosial yang
penting bagi kelas pekerja. Kesemua mereka adalah peralatan tenaga pekerja, lebih atau kurang mahal
untuk digunakan, menurut umur dan jantina.
Sesudah pengeksploitasian para pekerja oleh pihak majikan, buat masa ini, mencapai pengakhiran, dan
dia menerima gajinya secara tunai, maka dia diserang oleh bahagian-bahagian borjuasi yang lain, tuan
tanah, pekedai, penggadai, dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut, lihat pendahuluan Engels dalam karya Marx bertajuk Wage Labour andCapital(1891) dalam K. Marx dan F. Engels, Selected Works, Edisi Inggeris, Jilid 1 (Moskow, 1951),muka surat 66-73 [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
13/39
Lapisan bawahan daripada kelas menengah pihak usahawan kecil, para pekedai dan pedagang bersara
secara umumnya, tukang kraf, dan petani kesemua mereka tenggelam secara beransur-ansur ke dalam
proletariat, sebahagiannya oleh kerana kapital kecil mereka tidak mencukupi pada skala di mana
industri moden dilancarkan, dan mereka tenggalam dalam persaingan dengan pihak kapitalis besar,
sebahagiannya kerana kemahiran khusus mereka dijadikan tidak bernilai oleh cara-cara pengeluaran
yang baru. Maka, kaum proletariat dirangkul dari setiap kelas penduduk.
Proletariat melalui pelbagai tahap pekembangan. Dengan kelahirannya bermulalah perjuangannya
menentang borjuasi. Pada mulanya, tentangan tersebut dilancarkan oleh pekerja-pekerja pada dasar
individu, kemudiannya oleh usaha pekerja di sebuah kilang, kemudiannya oleh ahli-ahli sejenis tukang,
di satu tempat, menentang borjuasi individu yang mengeksploitasi mereka secara langsung. Mereka
menumpukan serangan mereka bukannya pada keadaan pengeluaran borjuasi, tetapi pada peralatan
pengeluaran itu sendiri; mereka memusnahkan perkakas import yang bersaing dengan tenaga pekerja
mereka, mereka menghancurkan jentera, mereka membakar kilang, mereka mencuba mengembalikan
dengan kekerasan kedudukan pekerja yang sudah melesap pada Zaman Pertengahan.
Pada tahap ini, para pekerja masih membentukkan sebuah jisim yang tidak teratur dan diserakkan di
merata negara, dan dipecah-belaikan oleh persaingan sesama sendiri. Jika para pekerja bersatu untuk
mendirikan badan yang lebih sepadu, ini bukanlah hasil ilham mereka sendiri, tetapi hasil kesatuan borjuasi, iaitu kelas yang terpaksa menggerakkan seluruh proletariat agar mencapai kepentingan
politiknya sendiri, dan lebih-lebih lagi, masih dapat berbuat sedemikian buat seketika. Maka, pada
tahap ini, kaum proletariat belum menyerang musuh mereka, tetapi musuh kepada musuh mereka, sisa
pemerintahan di-raja mutlak, tuan-tuan tanah, borjuasi bukan perindustrian, borjuasi kecil. Maka,
seluruh gerakan bersejarah itu dipusatkan dalam tangan borjuasi; setiap kejayaan yang dicapai
sedemikian adalah kejayaan bagi borjuasi.
Tetapi dengan perkembangan industri, kaum proletariat bukan sahaja meningkat dalam jumlahnya; ia
semakin berpusat dalam jumlah yang semakin besar, kekuatannya semakin bertumbuh, dan ia semakin
merasai kekuatan tersebut. Kepelbagaian kepentingan dalam keadaan-keadaan kehidupan dalam
lapisan-lapisan proletariat menjadi semakin sama rata, sambil jentera menghapuskan segala perbezaan
tenaga pekerja, dan hampir di kesemua tempat menyingkirkan gaji sehingga tahap rendah yang sama.
Persaingan yang semakin bertumbuh di antara borjuasi, dan krisis-krisis komersil yang diakibatkanolehnya, menjadikan gaji pekerja semakin tidak tetap. Kemajuan jentera yang tidak terhingga, sentiasa
berkembang dengan lebih pesat lagi, menjadikan kehidupan mereka semakin terancam; perlagaan di
antara pekerja individu dan borjuasi individu semakin mengambil sifat perlagaan di antara dua kelas.
Dengan itu, para pekerja mula menubuhkan kumpulan-kumpulan (kesatuan-kesatuan pekerja) untuk
menentang borjuasi; mereka berkumpul bersama untuk mempertahankan tahap gaji mereka; mereka
menubuhkan kesatuan-kesatuan tetap untuk bersedia untuk pemberontakan-pemberontakan dari masa
ke semasa. Di beberapa tempat, perjuangan tersebut meletus menjadi rusuhan.
Dari masa ke semasa, para pekerja memperolehi kejayaan, tetapi hanya buat seketika. Hasil sebenar
dari perjuangan mereka bukannya terletak dalam hasil serta-merta, tetapi dalam kesatuan pekerja yang
sentiasa berkembang. Kesatuan ini dibantu oleh cara-cara komunikasi yang semakin diperbaiki, yang
dicipta oleh industri moden dan yang meletakkan para pekerja dari kawasan-kawasan yang berlainan
dalam hubungan di antara satu sama lain. Hubungan inilah yang diperlukan untuk memusatkan
pelbagai perjuangan tempatan, kesemuanya dengan sifat yang serupa, dalam satu perjuangan
kebangsaan di antara kelas. Tetapi setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik. Dan kesatuan
tersebut, yang mengambil masa selama beberapa abad oleh warga-warga kota awal dengan lebuhraya-
lebuhraya buruk mereka, dapat dicapai dalam beberapa tahun oleh proletariat moden kerana rangkaian
keretapi.
Pengaturan proletariat ini menjadi sebuah kelas, dan justeru itu menjadi parti politik, sentiasa diganggu
oleh persaingan di kalangan pekerja sendiri. Tetapi ia sentiasa bangkit semula, lebih kuat, lebih kukuh,
lebih gagah. Ia memaksa pengiktirafan dari segi undang-undang bagi kepentingan tertentu para pekerja,
dengan menggunakan pembahagian di kalangan borjuasi sendiri. Dengan cara inilah lahirnya Akta
Sepuluh Jam di England.
Yang dimaksud di sini adalah gerakan Luddite di England dan penenun Silesia di Jerman [Nota
penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
14/39
Lebih-lebih lagi, perlagaan di antara kelas-kelas masyarakat lama memajukan, dengan pelbagai cara,
aliran perkembangan proleteriat. Borjuasi mendapati dirinya terlibat dalam pertempuran yang
berterusan. Pertama sekali dengan golongan bangsawan; kemudiannya dengan bahagian-bahagian
borjuasi sendiri, di mana kepentingan-kepentingan mereka telah bercanggah dengan kemajuan industri;
pada setiap masa dengan borjuasi dari negara-negara asing. Dalam kesemua pertempuran ini, ia
mendapati dirinya terpaksa menyeru kepada proletariat, meminta bantuan daripadanya, dan dengan itu,menariknya ke dalam arena politik. Maka, kaum borjuasi sendiri membekalkan proletariat dengan
unsur-unsur politik dan pendidikan umum tersendiri, dalam erti kata lain, ia melengkapi proletariat
dengan senjata-senjata untuk menentang borjuasi.
Selanjutnya, seperti yang kita sudah melihat, golongan-golongan dari kelas-kelas pemerintah, dengan
kemajuan industri, dicampakkan ke dalam proletariat, atau sekurang-kurang diancam dalam kewujudan
mereka. Ini juga membekalkan proleteriat dengan unsur-unsur segar dalam kesedaran dan
kemajuannya.
Akhirnya, pada ketika apabila perjuangan kelas mendekati saat yang penting, proses kehancuran yang
berlangsung dalam kelas pemerintah, sebenarnya dalam seluruh masyarakat lama, mendapat sifat yang
ganas lagi tegas, sehingga segolongan kecil daripada kelas pemerintah memutuskan hubungannya dan
bercantum dengan kelas revolusioner, kelas yang memegang masa depan dalam tangan mereka. Maka,sebagaimana pada zaman yang lebih awal, sekumpulan bangsawan beralih kepada borjuasi, kini
segolongan borjuasi beralih kepada proletariat, dan khususnya, segolongan ahli ideologi borjuasi yang
telah meningkatkan diri mereka kepada tahap memahami secara teori gerakan bersejarah itu secara
menyeluruh.
Di antara kesemua kelas yang berhadapan dengan borjuasi pada hari ini, hanya proletariatlah yang
benar-benar merupakan sebuah kelas revolusioner. Kelas-kelas yang lain mereput dan akhirnya
melesap apabila berhadapan dengan industri moden; proletariat adalah hasilnya yang khas dan
mustahak.
Kelas menengah bawahan, usahawan kecil, pekedai, tukang kraf, petani, kesemua mereka berjuang
menentang borjuasi, untuk menyelamatkan kewujudan mereka sebagai bahagian kelas menengah
daripada kepupusan. Oleh kerana ini, mereka tidak bersifat revolusioner, tetapi konservatif. Lebih-lebihlagi, mereka bersifat reaksioner, kerana mereka mencuba memutar balik roda sejarah. Jika secara
kebetulan mereka bersifat revolusioner, mereka hanyalah sedemikian akibat pemindahan mereka ke
proletariat yang semakin mendekati; maka mereka tidak mempertahankan masa mutakhir mereka,
tetapi kepentingan masa depan mereka; mereka meninggalkan pendirian mereka sendiri untuk
menempatkan diri mereka pada pendirian proletariat.
Kelas merbahaya, sampah masyarakat, jisim yang mereput secara pasif, yang diketepikan oleh
lapisan-lapisan bawahan masyarakat lama, mungkin, di beberapa tempat, disapu masuk ke dalam
gerakan oleh revolusi proletariat; namun, keadaan kehidupannya lebih menyediakannya untuk
memainkan peranan sebagai peralatan yang dirasuah untuk melancarkan keghairahan reaksioner.
Keadaan-keadaan kehidupan masyarakat lama secara keseluruhannya sudah ditenggelamkan oleh
keadaan-keadan kehidupan proletariat. Proletariat tidak memiliki harta; hubungannya dengan isteri dan
anaknya tidak lagi mempunyai persamaan dengan hubungan kekeluargaan borjuasi; tenaga pekerja
perindustrian moden, penaklukan moden kepada kapital, yang serupa di England seperti di Perancis, di
Amerika seperti di Jerman, telah menanggalkan daripadanya setiap unsur sifat kebangsaan.
Perundangan, kemoralan, agama, baginya adalah sama dengan segala prasangka borjuasi, di sebalik
mana bersembunyinya pelbagai kepentingan borjuasi.
Kesemua kelas sebelum ini yang berjaya memperolehi kekuasaan berusaha mempertahankan
kedudukan yang dicapainya dengan menaklukkan masyarakat secara menyeluruh kepada syarat-syarat
penggunaan mereka. Kaum proletariat tidak dapat menjadi tuan kepada kuasa-kuasa produktif dalam
masyarakat, kecuali dengan menghapuskan cara-cara penggunaan mereka yang lebih awal, dan dengan
itu, setiap cara penggunaan yang ada. Mereka tidak memiliki harta sendiri untuk melindungi dan
Dinamakan lumpenproletariatdalam Bahasa Jerman. Lumpen menurut maksud sebenarnya adalahkain atau pakaian yang sudah menjadi reput [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
15/39
mempertahankan; misi mereka adalah untuk menghancurkan segala perlindungan dan jaminan bagi
harta individu.
Segala gerakan bersejarah terdahulu adalah gerakan minoriti, atau untuk kepentingan minoriti. Gerakan
proletariat adalah gerakan berkesedaran diri lagi bebas oleh majoriti demi kepentingan majoriti yang
lebih luas. Kaum proletariat, lapisan paling rendah dalam masyarakat mutakhir kita, tidak dapat
bergerak, tidak dapat meningkatkan dirinya, tanpa seluruh lapisan-lapisan masyarakat rasmidihancurkan.
Walaupun bukan dalam kandungannya, tetapi dalam bentuknya, perjuangan proleteriat dengan borjuasi
pada mulanya adalah perjuangan kebangsaan. Proletariat di setiap negara mesti, sememangnya,
menyelesaikan urusan dengan borjuasinya sendiri dahulu.
Dalam menggambarkan fasa-fasa umum dalam perkembangan proletariat, kita telah menggariskan
perang saudara yang lebih kurang diselubungi, yang sedang bergolak dalam masyarakat mutakhir,
sehingga tahap di mana peperangan tersebut meletus menjadi revolusi terbuka, dan di mana
penumbangan borjuasi dengan kekerasan meletakkan landasan bagi kekuasaan proletariat.
Sehingga ini, setiap bentuk masyarakat telah didasarkan, seperti yang kita sudah melihat, pada
percanggahan di antara kelas penindas dan kelas yang ditindas. Tetapi untuk menindas sesebuah kelas,keadaan-keadaan tertentu harus dijaminkan baginya di bawah mana ia dapat, sekurang-kurangnya,
melanjutkan kewujudan penghambaannya. Hamba serf, semasa zaman penghambaan, telah
meningkatkan dirinya menjadi anggota komun, sebagaimana borjuasi kecil, di bawah kok feudalisme
mutlak, berjaya berkembang menjadi borjuasi. Sebaliknya, pekerja moden tidak meningkat dengan
kemajuan industri, tetapi semakin merosot sehingga tahap yang lebih rendah daripada keadaan-keadaan
kewujudan kelasnya sendiri. Dia menjadi seorang pemiskin, dan kemiskinan berkembang dengan lebih
pesat daripada penduduk dan kekayaan. Dan di sini ia menjadi jelas bahawa kaum borjuasi tidak lagi
sesuai menjadi kelas pemerintah dalam masyarakat, dan untuk memaksa keadaan-keadaan
kewujudannya pada masyarakat sebagai hukum maha-berkuasa. Ia tidak sesuai untuk memerintah
kerana ia tidak mampu memastikan kewujudan bagi hambanya dalam kehambaan, kerana ia tidak dapat
mengelakkan hamba itu daripada semakin tenggelam ke dalam keadaan sedemikian, sehingga ia
terpaksa memberi makanan kepada hambanya, dan bukan hambanya yang memberi makanan
kepadanya. Masyarakat tidak lagi dapat hidup di bawah borjuasi ini, dalam erti kata lain,kewujudannya tidak lagi sepadan dengan masyarakat.
Keadaan asas bagi kewujudan dan kekuasaan kelas borjuasi adalah pembentukan dan penambahan
kapital; keadaan bagi kapital adalah tenaga pekerja bergaji. Tenaga pekerja bergaji bergantung secara
eksklusif pada persaingan di antara para pekerja. Perkembangan industri, di mana pendorong tidak
sengajanya adalah borjuasi, menggantikan pemulauan para pekerja, disebabkan oleh persaingan,
dengan gabungan revolusioner, oleh kerana kesatuan. Maka, perkembangan industri moden memotong,
dari bawah kaki borjuasi, dasar pada mana borjuasi mengeluarkan dan menambahkan hasil. Maka, apa
yang dihasilkan oleh borjuasi, terutama sekali, adalah penggali kuburannya sendiri. Penumbangan
borjuasi dan kejayaan proletariat tidak dapat dielakkan.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
16/39
II. Proletariat dan Komunis
Dalam hubungan apakah kaum Komunis berdiri berkenaan dengan kaum proletariat secara
menyeluruh?
Kaum Komunis tidak membentukkan sebuah parti tersendiri yang menentang parti-parti kelas pekerja
yang lain.
Mereka tidak mempunyai kepentingan tersendiri dan terpisah daripada kepentingan proletariat secara
menyeluruh.
Mereka tidak mendirikan apa-apa prinsip sektarian tersendiri, yang mungkin digunakan untuk
membentukkan dan mengelolakan gerakan proletariat.
Kaum Komunis hanya dibezakan daripada parti-parti kelas pekerja yang lain dengan ini:
1. Dalam perjuangan kebangsaan proletariat di negara-negara berlainan, mereka menunjukkan
dan mengutarakan kepentingan bersama seluruh proletariat, secara bebas dari
kewarganegaraan.
2. Dalam pelbagai tahap perkembangan yang harus dilalui oleh perjuangan kelas pekerja
menentang borjuasi, mereka sentiasa dan di setiap tempat mewakili kepentingan gerakan
tersebut secara menyeluruh.
Maka, kaum Komunis, dalam satu tangan, secara amalannya adalah bahagian yang paling maju dan
paling tabah daripada parti-parti kelas pekerja di setiap negara, bahagian yang menolak ke hadapan
setiap bahagian lain; dalam tangan sebelah, dari segi teori, mereka mempunyai kelebihan ke atas
proletariat kerana mereka memahami dengan baik garis perjalanan, keadaan-keadaan, dan matlamat
umum terakhir gerakan pekerja.
Tujuan jangka masa pendek bagi Komunis adalah sama dengan setiap parti proletariat yang lain:
pembentukkan proletariat menjadi sebuah kelas, penumbangan kemaharajalelaan borjuasi, rampasan
kuasa politik oleh proletariat.
Kesimpulan-kesimpulan teori kaum Komunis sama sekali tidak didasarkan pada idea-idea atau prinsip-
prinsip yang telah direka, atau dijumpai, oleh salah seorang pembaharu dunia.
Ia hanya meluahkan, secara umum, hubungan-hubungan sebenar yang timbul dari perjuangan kelas
yang sedia ada, yang timbul dari gerakan bersejarah yang berlangsung di hadapan mata kita sendiri.
Pembasmian hubungan-hubungan harta yang sedia ada bukanlah sesuatu ciri yang istimewa bagi
komunisme.
Segala hubungan harta pada masa dahulu sentiasa tertakluk kepada perubahan bersejarah yang
bergantung kepada perubahan dalam keadaan-keadaan bersejarah.
Revolusi Perancis, misalnya, telah membasmikan harta feudal demi kepentingan harta borjuasi.
Ciri istimewa komunisme bukanlah pembasmian harta secara umumnya, tetapi pembasmian harta
borjuasi. Tetapi harta swasta borjuasi moden adalah peluahan terakhir dan paling sempurna bagi sistem
yang mengeluarkan dan menambahkan hasil, yang berdasarkan kepada percanggahan kelas, pada
pengeksploitasian golongan ramai oleh golongan kecil.
Dari segi ini, teori Komunis dapat disimpulkan dalam satu ungkapan: pembasmian harta swasta.
Kami, kaum Komunis, telah ditegur bahawa kami ingin membasmikan hak memiliki harta yang diraih
hasil usaha seseorang itu sendiri, harta yang didakwa sebagai dasar bagi segala kebebasan, aktiviti dan
kemerdekaan peribadi.
Ini merujuk kepada Revolusi Besar Perancis yang bermula pada tahun 1789 dan yang menumbangkan
pemerintahan di-eraja mutlak dan kekuasaan kaum bangsawan Perancis [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
17/39
Harta yang diperolehi dengan membanting tulang, yang dirangkul sendiri, yang diraih dengan sah!
Adakah anda maksudkan harta tukang kecil dan petani kecil-kecilan, sesuatu bentuk harta yang
mendahului bentuk borjuasi? Itu tidak perlu dihapuskan; perkembangan industri sudah menghancurkan
kebanyakan daripadanya, dan terus menghancurkannya setiap hari.
Atau adakah anda maksudkan harta swasta borjuasi moden?
Tetapi adakah usaha bergaji mendatangkan harta benda bagi pekerja? Tidak sedikit pun. Ia
menciptakan kapital, iaitu jenis harta yang mengeksploitasikan tenaga pekerja bergaji, dan yang tidak
dapat meningkat kecuali dengan syarat bahawa ia menghasilkan bekalan tenaga pekerja bergaji yang
baru bagi pengeksploitasian baru. Harta, dalam bentuk mutakhir, didasarkan pada percanggahan di
antara kapital dan tenaga pekerja bergaji. Biarlah kita mengkaji kedua-dua bahagian percanggahan ini.
Untuk menjadi seorang kapitalis, seseorang bukan sahaja harus mempunyai kedudukan peribadi, tetapi
juga kedudukan sosial dalam pengeluaran. Kapital adalah hasil kolektif, dan hanya melalui tindakan bersama oleh kebanyakan ahli-ahli masyakarakat, malah pada peringkat terakhir, hanya melalui
tindakan sepadu oleh semua ahli masyarakat, dapat ia digerakkan.
Maka, kapital bukanlah sesuatu kuasa peribadi, ia adalah kuasa sosial.
Maka, apabila kapital diubah menjadi harta bersama, menjadi harta kesemua anggota masyarakat,
dengan itu harta peribadi tidak diubah menjadi harta sosial. Ia hanyalah sifat sosial harta benda yang
diubah. Ia kehilangan sifat kelasnya.
Biarlah kita kini mengkaji tenaga pekerja bergaji.
Harga purata bagi tenaga pekerja bergaji adalah gaji minimum, iaitu jumlah bahan-bahan keperluan
hidup yang diperlukan untuk mengekalkan kewujudan pekerja sebagai seorang pekerja dalam
kehidupan sekadarnya. Maka, apa yang dimiliki oleh pekerja melalui usaha-usahanya hanya mencukupi
untuk memanjangkan dan melanjutkan lagi kehidupan yang sekadarnya itu. Kami sama sekali tidak
ingin membasmikan permilikan peribadi ke atas hasil-hasil tenaga pekerja, sesuatu pemilikan yang
digunakan untuk mempertahankan dan melanjutkan kehidupan manusia, dan yang tidak meninggalkan
lebihan yang dapat digunakan untuk menguasai tenaga pekerja orang lain. Yang ingin kamimembasmikan hanyalah sifat melarat permilikan ini, di mana para pekerja hanya hidup untuk
meningkatkan kapital, dan dibenarkan hidup selagi kepentingan kelas pemerintah memerlukannya.
Dalam masyarakat borjuasi, tenaga pekerja yang hidup hanyalah cara untuk meningkatkan tenaga
pekerja yang diakumulasi. Dalam masyarakat komunis, tenaga pekerja yang diakumulasi adalah cara
untuk meluaskan, untuk memperkayakan, untuk memajukan kewujudan pekerja.
Maka, dalam masyarakat borjuasi, masa yang lalu menguasai masa kini; dalam masyarakat komunis,
masa kini menguasai masa yang lalu. Dalam masyarakat borjuasi, kapital adalah bebas dan mempunyai
sifat individu, sambil manusia yang bekerja adalah tidak bebas dan tidak mempunyai sifat individu.
Dan penghapusan keadaan sebegini dikatakan, oleh borjuasi, adalah penghapusan keperibadian dan
kebebasan! Dan sememangnya begitu. Penghapusan keperibadian borjuasi, kebebasan borjuasi, dan
kemerdekaan borjuasi adalah apa yang disasarkan.
Dengan kebebasan adalah dimaksudkan, di bawah keadaan-keadaan pengeluaran borjuasi yang sedia
ada, perdagangan bebas, penjualan dan pembelian bebas.
Tetapi jika penjualan dan pembelian melesap, penjualan dan pembelian bebas juga melesap. Desas-
desus mengenai penjualan dan pembelian bebas, dan segala kata-kata gagah lain dari borjuasi
mengenai kebebasan secara umumnya, mempunyai maksud, jika ada, hanya jika dibandingkan dengan
penjualan dan pembelian terhad, dengan pedagang-pedagang terbelenggu dari Zaman Pertengahan,
tetapi tidak mempunyai maksud jika dihadapkan dengan pembasmian penjualan dan pembelian secara
komunis, pembasmian keadaan-keadaan pengeluaran borjuasi, dan pembasmian borjuasi sendiri.
Anda berasa ngeri dengan keinginan kami membasmikan harta swasta. Tetapi dalam masyarakat anda
yang sedia ada, harta swasta sudah dibasmikan bagi sembilan persepuluh daripada penduduk;
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
18/39
kewujudannya bagi beberapa orang hanyalah kerana ketidak-wujudannya dalam tangan sembilan
persepuluh itu. Maka, anda menegur kami kerana kami ingin membasmikan sesuatu bentuk harta, di
mana keadaan asas bagi kewujudannya adalah ketidak-wujudan apa-apa harta bagi majoriti besar
daripada masyarakat.
Pendek kata, anda menegur kami kerana kami ingin membasmi harta anda. Memang tepat; itulah yang
kami inginkan.
Sejak ketika apabila tenaga pekerja tidak lagi dapat diubah menjadi kapital, wang, atau sewa, menjadi
kuasa sosial yang dapat dimonopolikan, iaitu, sejak ketika harta peribadi tidak lagi dapat diubah
menjadi harta borjuasi, menjadi kapital, dari ketika itu, anda berkata, sifat individu telah hilang.
Maka, anda harus mengakui bahawa yang anda maksudkan dengan individu adalah tidak lain
daripada seorang borjuasi, seorang pemilik harta kelas menengah. Orang ini mesti, sememangnya,
disapu bersih dari jalan dan tidak diberikan peluang untuk wujud.
Komunisme tidak menghapuskan kemampuan seseorang untuk memiliki hasil-hasil masyarakat; apa
yang dilakukkan hanyalah untuk menafikan seseorang itu kuasa untuk menakluki tenaga pekerja orang
lain di bawah kuasanya dengan cara permilikian seperti itu.
Ia telah dibantah bahawa dengan pembasmian harta swasta, segala usaha akan tergendala, dan
kemalasan umum akan bermaharajalela.
Menurut pendapat ini, masyarakat borjuasi tentunya sudah lama manjadi binasa kerana kemalasan
semata-mata; kerana ahli-ahlinya yang bekerja tidak mendapat apa-apa, dan mereka yang mendapat
sesuatu tidak bekerja. Seluruh bantahan ini hanyalah perluahan lain bagi kata-kata yang sama
maksudnya: Bahawa tenaga pekerja bergaji tidak dapat wujud apabila tidak wujudnya kapital.
Kesemua bantahan yang diutarakan terhadap cara mengeluarkan dan memiliki harta benda materialis
secara komunis telah, dengan cara yang sama, diutarakan terhadap cara pengeluaran dan permilikan
hasil-hasil intelek secara komunis. Sebagaimana bagi kaum borjuasi, kelesapan harta kelas adalah
kelesapan pengeluaran itu sendiri, maka kelesapan budaya kelas baginya adalah sama dengan
kelesapan segala budaya.
Budaya tersebut, yang kehilangannya dia meratapi, adalah, bagi majoriti besar, hanya latihan untuk
bertindak sebagai jentera.
Tetapi janganlah bertikam lidah dengan kami selagi anda mengenakan, kepada pembasmian harta
borjuasi yang kami inginkan, anggapan-anggapan borjuasi anda mengenai kebebasan, budaya, undang-
undang dan sebagainya. Idea-idea anda itu hanyalah cabang dari keadaan-keadaan pengeluaran borjuasi
dan harta borjuasi, sebagaimana ilmu perundangan anda hanyalah kehendak kelas anda yang dijadikan
undang-undang untuk semua, kehendak yang sifat serta tujuannya ditentukan oleh keadaan-keadaan
kehidupan ekonomi kelas anda.
Anggapan mementingkan diri sendiri yang menyebabkan anda mengubah bentuk-bentuk sosial yang
timbul dari cara-cara pengeluaran dan bentuk permilikan harta anda yang sedia ada hubungan-
hubungan bersejarah yang bangkit dan melesap dalam pergerakan pengeluaran menjadi hukum alam
dan hukum akal abadi, anggapan terpesong ini anda berkongsi dengan kesemua kelas pemerintah yang
telah mendahului anda. Apa yang anda melihat dengan jelas dalam kes harta kuno, apa yang anda
mengakui dalam kes harta feudal, anda sememangnya dilarang mengakui dalam kes bentuk harta
borjuasi anda sendiri.
Penghapusan keluarga! Malah pihak yang paling radikal turut naik darah dengan cadangan terkenal
Komunis ini.
Pada landasan apakah keluarga mutakhir, keluarga borjuasi, didasarkan? Pada kapital, pada hasil
swasta. Dalam bentuknya yang telah berkembang sepenuhnya, keluarga ini hanya wujud di kalangan
borjuasi. Tetapi keadaan ini menjumpai pelengkapnya dalam ketiadaan keluarga di kalangan
proletariat, dan dalam pelacuran awam.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
19/39
Keluarga borjuasi akan melesap dengan sendirinya apabila pelengkapnya melesap, dan kedua-duanya
akan melesap dengan penghapusan kapital.
Adakah anda menuduh kami dengan keinginan menamatkan pengeksploitasian kanak-kanak oleh
ibubapa mereka? Kepada jenayah ini, kami mengakui bersalah.
Tetapi, anda akan berkata, kami memusnahkan hubungan-hubungan yang paling mesra, apabila kamimenggantikan pendidikan rumah dengan pendidikan sosial.
Dan pendidikan anda! Bukankah itu juga pendidikan sosial, dan ditentukan oleh keadaan-keadaan
sosial di bawah mana anda mendidik, ditentukan oleh campur tangan, secara langsung atau tidak
langsung, oleh masyarakat, oleh sekolah-sekolah dan sebagainya? Kaum Komunis tidak menciptakan
campur tangan masyarakat dalam pendidikan; mereka hanya berusaha untuk mengubah sifat campur
tangan itu, dan untuk menyelamatkan pendidikan dari pengaruh kelas pemerintah.
Perbincangan terpesong borjuasi mengenai keluarga dan pendidikan, mengenai ikatan mesra di antara
ibubapa dan anak, dijadikan semakin menjijik oleh tindakan industri moden, segala hubungan
kekeluargaan di kalangan proletariat diputuskan, dan kanak-kanak mereka diubah menjadi perkakas-
perkakas bagi perdagangan dan peralatan untuk tenaga pekerja.
Tetapi anda Komunis ingin memperkenalkan kasih sayang percuma,jeritnya seluruh borjuasi serentak.
Borjuasi memandang isterinya hanya sebagai peralatan pengeluaran. Dia mendengar bahawa peralatan-
peralatan pengeluaran akan digunakan bersama, dan, sememangnya, tidak dapat tiba pada kesimpulan
lain kecuali bahawa nasib dipergunakan bersama itu akan menimpa seluruh kaum perempuan.
Dia sama sekali tidak menduga bahawa sasaran sebenar yang diingini adalah untuk penghapusan
kedudukan kaum perempuan sebagai peralatan untuk pengeluaran.
Bagi yang lain, tidak terdapat apa-apa yang lebih melucukan daripada keberangan borjuasi kita
terhadap kasih sayang percuma, yang, mereka berpura-pura, akan diwujudkan secara terbuka dan rasmi
oleh Komunis. Kaum Komunis tidak perlu memperkenalkan kasih sayang percuma; ia telah wujud
sejak awal-awalnya lagi.
Borjuasi kita, tidak puas dengan mempunyai isteri-isteri dan anak-anak perempuan proletariat untuk
kegunaan mereka, apatah lagi dengan pelacur awam, sangat gemar menggoda-goda isteri satu sama
lain.
Perkahwinan borjuasi adalah dalam realiti sebuah sistem isteri-isteri bersama dan maka, paling sekali,
apa yang Komunis mungkin dituduh adalah bahawa mereka ingin memperkenalkan sebuah sistem
kasih sayang percuma yang sah, untuk menggantikan sistem yang disembunyikan secara hipokrit. Bagi
yang lain, ia adalah jelas bahawa pembasmian sistem pengeluaran yang sedia ada sudah tentu akan
membawa pembasmian kasih sayang percuma yang mengalir dari sistem tersebut, iaitu pelacuran dari
segi awam dan peribadi.
Selanjutnya, Komunis dituduh dengan keinginan membasmikan negara-negara dan kewarganegaraan.
Para pekerja tidak mempunyai tanahair. Kita tidak dapat mengambil dari mereka apa yang mereka
tidak memiliki. Oleh kerana proletariat pertama sekali mesti mencapai kekuasaan politik, mesti bangkit
menjadi kelas yang memimpin sesebuah negara, mesti mewujudkan dirinya sebagai negara, maka ia,
setakat ini, bersifat kebangsaan, walaupun bukannya dalam erti kata borjuasi.
Perbezaan dan percanggahan kebangsaan sedang melesap setiap hari, akibat perkembangan borjuasi,
akibat kebebasan perdagangan, akibat pasaran sedunia, akibat keseragaman cara-cara pengeluaran dan
keadaan-keadan kehidupan yang selaras dengan itu.
Dalam Bahasa Jerman, perkataan ini adalah Weibergemeinschaft, yang dapat diterjemahkan sebagaiisteri bersama. Edisi Bahasa Inggeris menggunakan ungkapan community of women atau masyarakat
perempuan untuk menghuraikan perkataan Jerman tersebut [Nota penerjemah].
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
20/39
Kekuasaan proletariat akan menyebabkan ianya melesap dengan lebih laju lagi. Tindakan bersatu,
sekurang-kurangnya oleh negara-negara bertamadun, adalah salah satu daripada keadaan utama bagi
pembebasan proletariat.
Sambil pengeksploitasian seorang individu oleh seorang yang lain diakhiri, pengeksploitasian sesebuah
negara oleh negara yang lain juga akan diakhiri. Sambil percanggahan di antara kelas-kelas dalam
sesebuah negara melesap, permusuhan sesebuah negara terhadap negara yang lain juga akan diakhiri.
Tuduhan-tuduhan terhadap komunisme yang dikemukakan dari pendirian keagamaan, falsafah, dan,
secara umumnya, dari pendirian ideologi tidak memerlukan kajian serius.
Adakah ia memerlukan naluri yang mendalam untuk memahami bahawa idea-idea, pandangan-
pandangan dan konsep-konsep manusia, pendek kata, kesedaran manusia, berubah dengan setiap
perubahan dalam keadaan-keadaan kewujudan materialisnya, dalam hubungan-hubungan sosialnya
dalam kehiduapan sosialnya?
Apatah lagi yang dibuktikan oleh sejarah idea-idea melainkan bahawa pengeluaran intelek mengubah
sifatnya sambil pengeluaran materialis juga diubah? Idea-idea berkuasa dalam setiap zaman
sentiasanya adalah idea-idea kelas pemerintah.
Apabila orang berbicara mengenai idea-idea yang merevolusikan masyarakat, mereka hanyalah
meluahkan fakta bahawa dalam masyarakat lama, unsur-unsur masyarakat baru telah diwujudkan, dan
bahawa peleburan idea-idea lama berjalan selangkah dengan peleburan keadaan-keadaan kehidupan
yang lama.
Ketika dunia kuno sedang mendekati akhir hayatnya, agama-agama kuno ditakluki oleh agama
Kristian. Apabila idea-idea Kristian ditakluki pada abad ke-18 oleh idea-idea rasionalis, masyarakat
feudal memperjuangkan pertempuran terakhirnya dengan borjuasi yang ketika itu bersifat revolusioner.
Idea-idea kebebasan agama dan kemerdekaan suara hati hanya memberi perluahan kepada kekuasaan
persaingan bebas dalam bidang ilmu pengetahuan.
Tanpa dapat dielakkan, ia akan diperkatakan, idea-idea keagamaan, moral, falsafah dan ilmu
perundangan telah diubahsuai dalam aliran perkembangan bersejarah. Tetapi agama, kemoralan,falsafah, sains politik dan undang-undang sentiasa selamat dari perubahan ini.
Selain daripada itu, terdapatnya kebenaran-kebenaran abadi, seperti Kebebasan, Keadilan, dan
sebagainya, yang serupa bagi kesemua keadaan masyarakat. Tetapi komunisme menghapuskan segala
kebenaran abadi, ia menghapuskan segala agama, dan segala kemoralan, dan bukannya mendirkannya
pada dasar baru; maka, ia bertindak dalam cara yang bertentangan dengan segala pengalaman
bersejarah yang lalu.
Apakah jadinya dengan tuduhan ini? Sejarah segala masyarakat lalu terdiri daripada perkembangan
percanggahan kelas, percanggahan yang mengambil bentuk berbeza pada zaman-zaman yang berbeza.
Tetapi walau apapun bentuk yang diambilnya, satu fakta adalah serupa bagi setiap zaman yang lalu,
iaitu berkenaan dengan pengeksploitasian satu bahagian masyarakat oleh bahagian yang lain. Maka,
tidak menghairankan bahawa kesedaran sosial zaman-zaman dahulu, meskipun kepelbagaian dan
keanekaan yang ia menunjukkan, bergerak dalam bentuk-bentuk tertentu yang serupa, atau dalam idea-
idea umum, yang tidak dapat melesap sepenuhnya kecuali dengan kelesapan sepenuhnya percanggahan
kelas.
Revolusi komunis adalah pemutusan yang paling radikal dengan hubungan-hubungan harta tradisional;
tidak menghairankanlah bahawa perkembangannya melibatkan pemutusan yang paling radikal dengan
idea-idea tradisional.
Tetapi marilah kita mengakhiri perbincangan mengenai bantahan-bantahan borjuasi terhadap
komunisme.
Kita sudah melihat di atas bahawa langkah pertama dalam revolusi oleh kelas pekerja adalah untuk
meningkatkan proletariat ke kedudukan kelas pemerintah, untuk memenangi pertempuran demokrasi.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
21/39
Proletariat akan menggunakan kekuasaan politiknya untuk merampas, langkah demi langkah, semua
kapital dari borjuasi, untuk memusatkan kesemua peralatan pengeluaran dalam tangan kerajaan, iaitu
proletariat yang disusun sebagai kelas pemerintah; dan untuk meningkatkan jumlah kuasa pengeluaran
dengan secepat mungkin.
Sememangnya, pada permulaannya, ini tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan jalan-jalan masukyang tidak berbelas kasihan menuju hak-hak pemilikan harta, dan menuju keadaan-keadaan
pengeluaran borjuasi; maka, dengan tindakan-tindakan yang kelihatan tidak mencukupi dan tidak
dipertahankan dari segi ekonomi, tetapi yang, sepanjang gerakan tersebut, melintasi dirinya sendiri,
membawa keperluan bagi jalan-jalan masuk baru munuju susunan sosial lama, dan tidak dapat
dielakkan sebagai cara untuk merevolusikan sepenuhnya cara-cara pengeluaran.
Tindakan-tindakan ini sememangnya akan berlainan di negara-negara yang berlainan.
Namun, di negara-negara yang paling maju, yang berikut secara umunya dapat diamalkan.
1. Pembasmian harta dalam bentuk tanah dan penggunaan segala sewa tanah bagi kegunaan
awam.
2. Cukai pendapatan progresif atau berkecuraman berat.3. Pembasmian segala hak kewarisan.
4. Rampasan segala harta penghijrah dan pemberontak.
5. Pemusatan kredit dalan tangan kerajaan, melalui sebuah bank kebangsaan dengan kapital
kerajaan dan monopoli eksklusif.
6. Pemusatan peralatan komunikasi dan pengangkutan dalam tangan kerajaan.
7. Perluasan kilang-kilang dan peralatan pengeluaran yang dimiliki oleh kerajaan; penggunaan
tanah tandus untuk pertanian, dan pembaikan tanih secara umumnya mengikut rancangan
bersama.
8. Tanggungjawab yang sama bagi semua untuk bekerja. Pengasasan tentera-tentera
perindustrian, terutamanya bagi bidang pertanian.
9. Penggabungan pertanian dengan industri-industri pengeluaran; pembasmian perbezaan di
antara desa dan bandar secara beransur-ansur, melalui pengagihan penduduk di merata negara
yang lebih rata.10. Pendidikan percuma bagi semua kanak-kanak di sekolah awam. Pembasmian tenaga pekerja
kanak-kanak di kilang dalam bentuk mutakhir. Penggabungan pendidikan dengan
pengeluaran perindustrian, dan sebagainya.
Apabila, dalam aliran perkembangan, perbezaan-perbezaan kelas telah melesap, dan segala
pengeluaran telah dipusatkan dalam tangan sebuah persekutuan luas dari seluruh negara, kuasa awam
akan kehilangan sifat politiknya. Kuasa politik, menurut maksud sebenarnya, hanyalah kuasa tersusun
salah satu kelas untuk menindas kelas yang lain. Jika proletariat semasa pertempurannya dengan
borjuasi dipaksa, oleh tekanan keadaan, untuk mengatur dirinya sebagai sebuah kelas; jika, melalui
jalan revolusi, ia menjadikan dirinya kelas yang berkuasa, dan, dengan itu, menghapuskan dengan
kekerasan keadaan-keadaan pengeluaran yang lama, maka ia akan, bersama-sama dengan keadaan-
keadaan ini, menghapuskan keadaan-keadaan bagi kewujudan percanggahan kelas dan kelas secara
umumnya, dan dengan itu akan menghapuskan kekuasaannya sendiri sebagai sebuah kelas.
Di tempat masyarakat borjuasi lama, dengan kelas-kelas dan percanggahan kelasnya, kita akan
mempunyai sesebuah persekutuan di mana perkembangan bebas bagi setiap individu menjadi syarat
bagi perkembangan bebas semua orang.
8/9/2019 Manifesto Komunis - Karl Marx Dan Frederick Engels
22/39
III. Kesusasteraan Sosialis dan Komunis
1. Sosialisme Reaksioner
a. Sosialisme Feudal
Oleh kerana kedudukan bersejarah mereka, ia telah menjadi kerjaya bangsawan di Perancis danEngland untuk menulis risalah-risalah menentang masyarakat borjuasi moden. Semasa Revolusi
Perancis pada bulan Julai 1830, dan dalam gerakan reformasi Inggeris,bangsawan ini sekali lagi
tertakluk kepada orang yang tiba-tiba menjadi berkuasa lagi dibencikan itu. Sejak itu, perjuangan
politik yang serius sama sekali tidak dapat dipertimbangkan. Hanya perjuangan kesusasteraanlah yang
tidak mustahil. Tetapi dalam arena kesusasteraan pun, seruan-seruan lama dari zaman pemulihantelah
menjadi mustahil.
Untuk membangkitkan rasa simpati, kaum bangsawan tersebut terpaksa berpura-pura melupakan
kepentingannya sendiri, dan merumuskan pendakwaan mereka menentang borjuasi demi kepentingan
kelas pekerja yang dieksploitasi. Maka, kaum bangsawan membalas dendamnya dengan menyanyikan
lagu-lagu penyindiran terhadap pemerintah mereka yang baru, dan membisikkan ke telinga pemerintah
itu ramalam-ramalan buruk mengenai malapetaka yang akan datang.
Dengan cara ini timbullah sosialisme feudal: setengah keluhan, setengah penyindiran; setengah gema
dari masa yang lalu, setengah ancaman masa depan; kadang-kala, dengan kritikannya yang pahit,
cerdas, dan tajam, menusuk borjuasi tepat pada hatinya; tetapi sentiasa melucukan dalam kesannya,
kerana ketidak-mampuan sepenuhnya untuk memahami perarakan sejarah moden.
Kaum bangsawan, untuk menghimpunkan rakyat jelata di sekeliling mereka, melambai-lambaikan beg
pengemis proletariat di hadapan sebagai panji-panji. Tetapi rakyat jelata, yang sering-kala mengikuti
mereka, melihat di belakang mereka lambang kebesaran feudal yang lama, dan meninggalkan mereka
sambil berketawa kuat dan mengejek.
Sebahagian daripada Pengesah Perancis dan England Mudamempamerkan pertunjukan ini.
Dalam menunjukkan bahawa cara pengeksploitasian mereka adalah berlainan daripada cara
pengeksploitasian borjuasi, pihak feudalis melupai bahawa mereka mengeksploitasi di bawah keadaan-
keadaan dan syarat-syarat yang agak berbeza, dan yang kini telah menjadi kuno. Dalam menunjukkan
bahawa, di bawah pemerintahan mereka, proletariat moden tidak wujud sama sekali, mereka melupai
bahawa borjuasi moden adalah anak kelahiran bentuk masyarakat mereka sendiri.
Bagi yang lain, mereka hanya sedikit menyembunyikan sifat reaksioner kritikan mereka sehingga
tuduhan utama mereka terhadap borjuasi adalah seperti berikut, bahawa di bawah rejim borjuasi,
Bahagian dalam Manifesto Komunis ini mengutarakan kritikan terhadap aliran-aliran sosialis pada
hujung tahun 1840-an. Di sebalik tabir sebahagian besar daripada gerakan-gerakan tersebut,
tersembunyinya kepentingan kelas yang sebenarnya memusuhi proletariat [Nota penerjemah].
Revolusi Julai di Perancis yang menumbangkan kekuasaan tuan-tuan tanah besar dan menyerahkankekuasan itu kepada borjuasi besar (kerajaan bulan Julai tersebut diketuai oleh Louis Philippe dari
dinasti Orleans). Di England, Akta Reformasi pada tahun 1832 menandakan pemindahan kekuasaan
kepada borjuasi besar yang menguasai perdagangan dan industri [Nota penerjemah].
Bukannya Pemulihan Inggeris dari tahun 1660 sehingga 1689, tetapi Pemulihan Perancis dari tahun
1814 sehingga tahun 1830 [Nota Engels, Edisi Inggeris tahun 1888].
Pengesah Pe
Recommended