View
940
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
17
Isi Kandungan
1 .................................... Pengenalan/Biografi
2 ...................................Sejarah
3 .....................................Aktiviti Perniagaan
5 ...................................Perkembangan Alam Perniagaan
7 ...................................Sumbangan
8 ...................................Kontroversi
9 ...................................Ciri – Ciri Keusahawanan
12 .....................................Anugerah & Pengiktirafan
13 .....................................Kematian
14 ....................................Perniagaan….Hari Ini
15 .....................................Wajah –Wajah
16........................................Kesimpulan
17
17 ....................................Rujukan & Sumber
17
PENGENALAN
Tan Sri S.M. Nasimuddin adalah contoh seorang
ahli perniagaan Muslim yang gigih dan penuh
dengan ciri ciri korporate muslim yang dapat
bersaing dalam bidang perniagaan yang amat
kompetitif di Malaysia. Monopoli kaum lain di
Malaysia sudah puas di bincang namun Tan Sri
S.M. Nasimuddin membuktikan bahawa
monopoli bukan muslim dapat di pecahkan
kalau kita memahami pasaran dan produk yang
kita hidangkan kepada pasaran terbuka. Tan Sri
S.M. Nasimuddin mempunyai 'passion' kepada
bidang perniagaannya dimana perniagaan adalah
hobi nya begitu juga kereta. Hobi atau passion
atau minat yang mendalam kepada sesuatu aktiviti bila di komersialise kan akan
mendatangkan untung. Minat dan passion akan menyebabkan pekerjaan sudah tidak
menyakitkan lagi. Bekerja dan 'bermain' sudah menjadi perkara yang tidak dapat diasingkan.
Bila perniagaan dilakukan lebih lama, teliti dan berkualiti maka kita dapat memintas lawan
terdekat dan berjaya mendapat lebih pelangan.
LATAR BELAKANG
Nama : Tan Sri SM Nasaruddin SM AminLahir : 25 Januari 1955 di Kuala Pilah, Negeri SembilanPekerjaan : CEO Naza GroupPasangan Hidup : Puan Sri Zaleha IsmaiBilangan Cahaya Mata : 11 OrangTarikh Meninggal Dunia : 2 Mei 2008 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat
terhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Rendah Tunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat
pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
17
SEJARAH
Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank
hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan
perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta
buatan asing. Hasil daripada perniagaan beliau itu, beliau telah meraih hasil sejuta ringgit
pertama beliau dalam masa setahun.
Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Allahyarham merasa diri beliau
berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan
perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang lelaki sentiasa berjimat
cermat dan sentiasa menabung setiap baki wang yang dierima daripada ibu bapanya sejak
zaman persekolahannya, dan daripada apa dia memperolehi membantu bapanya dalam
perniagaan pembinaannya dan kemudian daripada kerjanya seperti seorang kerani.
Pada kos sebanyak RM80,000, Allahyarham telah membeli 20 AP lalu ke Jepun, di mana
beliau terpaksa menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta
Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan.
Allahyarham memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri,
dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan
di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan
menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.
17
AKTIVITI PERNIAGAAN
Automotif
Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd
Naza Bikes Sdn Bhd
Naza Motor Trading Sdn Bhd
NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz)
Naza Wheels Sdn Bhd (Mazda)
Naza-Brabus Motor Sdn Bhd
Naza-Hamann Motor Sdn Bhd
Nasim Sdn Bhd (Peugeot)
Naza Kia Sdn Bhd ( Pengedar Kia terbesar di Asia Pasifik)
Naza Corporation Sdn Bhd
Next Bike Sdn Bhd (Ducati & Lain-lain)
Naza Marine Sdn Bhd (Sea Doo)
El Hyosung Bikes Sdn Bhd
Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua Dealership)
Naza Bikers Dream Sdn Bhd
Perhotelan dan Pembangunan Hartanah
TTDI Development Sdn Bhd
Naza Hotels Malaysia
Ramada Hotel, Torrance, LA
Sheraton Hotel, San Pedro, LA
17
17
PERKEMBANGAN ALAM PERNIAGAAN
Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri – industri
seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti
jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang
telah di wujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk
kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk
kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes -
Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang
bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan
salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur. Tan Sri Nasaruddin dilaporkan
berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta
kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau
berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika
kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikat
tersebut. Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di
Bertam, Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan
melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.
Bilik Pameran automobil yang terbesar di Malaysia
17
Kepelbagaian jenis jenama automobil yang didagangkan di Naza World
17
SUMBANGAN
Petaling Jaya, 16 Julai 2009 - Naza Group Corporate Social Responsibility (CSR), van Kia Pregio diserahkan kepada Rumah Kasih Kampung Ulu Inas, Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan.
Pemaju hartanah NAZA TTDI SDN BHD menderma satu mesin dialisis buah pinggang dan kelengkapan lain bernilai RM69,000 untuk Persatuan Dialisis Touch ( PDT ), satu pusat dialisis di Kota Damansara.
17
KONTROVERSI: Permit Import (AP)
Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila
bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting
yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada
pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan
berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap
tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8,500 setiap satu.[perlu rujukan] Kontroversi ini
dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Akhirnya, kabinet Malaysia
menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.
17
KAITAN CIRI-CIRI DALAM KEUSAHAWANAN
Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan
dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau
menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang
berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan
automobile dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta
sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta
sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal
pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran.
Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu
perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.
Yakin Terhadap Keupayaan Diri
Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan
faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat
beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan
Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata
bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan
Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut.
Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko
yang bakal dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam
bidang bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan
diri. Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai
sesuatu yang dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam
menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran.
17
Kecekalan
Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telah menjadikan
syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri – industri seperti
pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera,
perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah di
wujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat
tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh
menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin.
Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian
bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah
jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau
gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang
dilakukan ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi
perniagaan yang diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau
telah menggunakan kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.
Ketegasan
Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan
pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa
menghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi
permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa
beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit
import yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta.
Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan
kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu.
Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan
beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana,
kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar
automobil baru.
17
Meyakinkan Orang Lain
Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan
orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan
untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan
lain- lain kualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu
perlulah berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
menyifatkan Tan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dimana beliau mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan
dengan bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama
dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah
jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau
mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat
kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih
daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir.
17
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Allahyarham SM Nasimuddin
dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.
Selain itu, Allahyarham pernah menerima anugerah Motoring Man of The Year sebanyak
dua kali, pertama kali pada tahun 2002 dan kali keduanya pada tahun 2006 selain Tokoh
Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, kedua-duanya pada tahun 2006.
Allahyarham juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari
Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana
sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang
meraih anugerah Korea tersebut.
17
KEMATIAN
Allahyarham meninggal dunia akibat barah
paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada
pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan).
Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara
lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan
Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat
pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu
beliau, Salbiah Abdul Majid.
Seakan tahu jangka hayat tidak sepanjang usia
purata rakyat Malaysia, Allahyarham yang
berkahwin dengan bekas jururawat, Puan Seri
Zaleha Ismail 'melatih' kelima-lima anaknya, tiga
lelaki dan dua perempuan untuk berniaga sebaik
menamatkan pengajian di universiti dengan
bekerja di pejabat 'abah' mereka.
Antara amanat terakhir Allahyarham kepada keluarga, "Jagalah keluarga dan terus bekerja
kuat untuk Kumpulan Naza, anggaplah Naza seperti keluarga sendiri dan segala yang
dilakukan haruslah menyumbang semula kepada masyarakat." Semoga roh Allahyarham
dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Al-Fatihah……
17
Perniagaan….Hari Ini
Untuk meneruskan dan mengekalkan usaha Allahyarham selama ini, SM Faisal, iaitu anak
sulung Allahyarham, menguruskan lebih 20 syarikat dalam Kumpulan Naza termasuk
pemasaran kereta Ferrari dan Naza-Brabus manakala adik SM Faisal, SM Nasaruddin dan
SM Faliq turut terlibat dalam membangunkan perniagaan kereta berjenama Peugeot dan
F&B.
17
Wajah-Wajah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
17
KESIMPULAN
Kebanyakan daripada mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum berjaya
sehingga hari ini. Untuk berjaya, mereka perlu melakukan pengorbanan peribadi, mengambil
tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja, kesanggupan membantu
keluarga, rakan-rakan, masyarakat, negara mahupun agama. Kami mendapati Tan Sri SM
Nasaruddin SM Amin mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara dapat
membantu mencapai kejayaan seperti petikkan kata-kata beliau,
“Untuk berjaya anda mesti suka apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda
lalukan. Anda mesti mempunyai rancangan dan mempunyai arah tujuan dan dalam
perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil dan berjalan selangkah demi selangkah.”
17
RUJUKAN & SUMBER
Fakta dari Internet:
http://en.wikipedia.org/wiki/SM_Nasimuddin_SM_Amin
www.naza.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/Naza
http://kereta.info/sm-nasarudin-sm-nasimuddin-as-naza-group-ceo/
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=330290
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1530419
http://almuslimin2.blogspot.com/2008/05/tan-sri-sm-nasimuddin-bukti-monopoli.html
Fakta dari Surat Khabar
"Naza boss honoured", The Star, 07-01-2007.
"Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi", Bernama, 02-05-2008.
"Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir",Bernama,02-05-2008.
Recommended