View
241
Download
9
Category
Preview:
DESCRIPTION
.
Citation preview
1. Perlis Indra Kayangan
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.
2. Pulau Pinang
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
3. KEDAH
Merah - warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi - negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai - Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
4. PERAK
Warna putih - kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning - kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam - kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
5. SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan - agama islam adalah agama rasmi negeri warna putih-kesucian Agama Islam
6. KELANTAN
merah - kejujuran penduduk, rakyat Raja. putih - itu tanda kesucian Raja negeri ini.
7. TERENGGANU
putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang bermakna rakyat Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
8. PAHANG
Hitam - warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih melambangkan Raja..
9. JOHOR
Anak bulan dan bintang - Raja yang berdaulat. merah - hulubalang yang mempertahankan negeri. Biru tua - Kerajaan Negeri.
10. MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru - warna-warna Bendera Persekutuan anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
11. NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning - D.Y.M.M. Raja. merah - rakyat. hitam - Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
12. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Warna biru tua - perpaduan wargakota - Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan - Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
13. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Warna biru - keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.kuning - warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan - Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru
14. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Merah : keberanian Putih : kesucian, keikhlasan dan kesungguhan Biru : perpaduan rakyat berbilang kaumKuning : kedaulatan Raja Berperlembagaan Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja.
15. SABAH
Warna biru zirkon - keamanan dan ketenteraman, putih - kemurnian dan keadilan, merah cili - keberanian dan keyakinan. Warna biru salji - perpaduan dan kemakmuran warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
16. SARAWAK
Warna merah - keberanian, kesungguhan
Warna kuning - keagungan Perundangan dan Peraturan Warna hitam - kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak
Recommended