View
300
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
KATA ALUAN
Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Pertama sekali, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas izin dan rahmatnya, kita
semua dapat bertemu pada hari ini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah mendapat
anugerah hasil daripada sumbangan dan khidmat bakti kepada UKM dan seterusnya Negara
tanpa mengenal erti penat dan jemu. Anugerah kecemerlangan universiti yang mengiktiraf Pusat
Tanggungjawab (PTJ) dan staf UKM sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Sarjana Bestari,
Anugerah Kualiti dan Anugerah Inovasi UKM. Untuk tahun kedua Anugerah Bitara UKM
diperkenalkan adalah bersesuaian dengan hala tuju yang baharu, UKM yang diselarikan dengan
enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik UKM .
Sesungguhnya penglibatan dan kerjasama Warga UKM amat diperlukan dan penting dalam
memastikan perubahan dan kemajuan Universiti tercapai dengan menjadikan enam Bidang
Keberhasilan Strategik (KRA) sebagai landasan untuk bergerak ke hadapan. Justeru, saya
percaya penganjuran Majlis Anugerah Bitara ini akan menjadi salah satu medan terbaik bagi
mengiktiraf dan menzahirkan penghargaan Universiti kepada Warga UKM yang telah
mencurahkan idea, memerah keringat dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk
kecemerlangan Universiti.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini kerana tanpa komitmen yang jitu daripada
Warga UKM tidak mungkin Universiti akan berada pada tahap seperti yang kita lihat pada hari ini. Saya juga berharap kejayaan ini
akan menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berinovasi dan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang
diamanahkan. Marilah kita bersama terus bersatu padu dalam meneruskan kelangsungan UKM dengan mencabar kelaziman bagi
memikul tanggungjawab sebagai Pendaulat Amanah Negara yang sentiasa Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Strategi UKM selaku urusetia,Ahli panel pemilih,
semua Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara dan Jawatankuasa Kerja Anugerah Bitara 2017 serta mereka yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung.Terima kasih dan syabas di atas komitmen dalam merealisasikan majlis yang amat
bermakna ini.
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr.
Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor UKM
ANUGERAH BITARA UKM 2017
Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas limpah
kurnia dan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita sehingga kita masih berupaya
berada di sini bagi meraikan rakan-rakan kita yang Berjaya menerima anugerah pada
tahun ini. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan dan juga tanda penghargaan UKM
atas sumbangan tenaga, masa dan idea Warga UKM demi kejayaan dan kecemerlangan
Universiti.
Sebanyak 10 kategori anugerah pada tahun ini termasuk satu anugerah Sanjungan Budi
yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah
menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam enam Bidang Keberhasilan Strategik
(KRA) berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat serta menyumbang ke arah
peningkatan kebolehpasaran graduan, penyelidikan inovasi, perolehan dana serta
penonjolan kekuatan akademik UKM.
Secara keseluruhannya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua ahli panel yang terlibat dalam proses pemilihan dan penilaian pemenang
bagi setiap anugerah. Kepada semua penerima anugerah saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan diharapkan anugerah ini dijadikan motivasi untuk terus
cemerlang serta dapat menyuntik semangat kepada warga UKM yang lain.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Bitara UKM 2017 dan semua pihak yang terlibat
secara langsung.
Terima kasih.
Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd.
Marzuki Mustafa
Pro-Naib Canselor (Strategi &
Pembangunan Korporat)
ATUR CARA
2.00 petang • Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah
2.15 petang • Lagu Negaraku
• Lagu Varsiti Kita
• Bacaan Doa
2.30 petang • Ucapan Alu-aluan Naib Canselor
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Bin
Ghazali
2.45 petang • Penyampaian hadiah kepada Pemenang Anugerah
Bitara UKM 2017
• Jamuan Hi-Tea
• Majlis Bersurai
ANUGERAH BITARA UKMAnugerah ini memberikan pengiktirafan kepada
Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian/Unit UKM dengan mengambil
kira pencapaian prestasi keseluruhan yang merangkumi
bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.
ANUGERAH BITARA UKM
FAKULTI KEJURUTERAAN
DAN ALAM BINA
HADIAH SANJUNGAN
ANUGERAH BITARA UKMFakulti Kejuruteraan & Alam Bina
4 Program disenarai 100 teratas dan 1 program antara 150 hingga 200 dalam
QS Ranking 2017. Bilangan Jurnal terindeks 653 (334 ISI: 200 bertaraf Q1
dan Q2). Nilai 217 projek penyelidikan aktif berjumlah RM33,097,733.98. Ahli
fakulti menerima Anugerah Merdeka, Minda Sains Paling Berpengaruh di
Dunia, Anugerah Elsevier, Malaysia’s Rising Star Award, Anugerah Usahawan
Inovator Baharu 2016
ANUGERAH BITARA UKM
ADVANCE SURGICAL
SKILL CENTRE (ASSC)
HADIAH SANJUNGAN
ANUGERAH BITARA UKMAdvance Surgical Skill Centre
Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) merupakan satu-satunya pusat
latihan kemahiran pembedahan termaju yang memusatkan instrumentasi dan
fasiliti yang berteknologi global di Malaysia. Kepakaran kakitangan ASSC
untuk menjalankan pelbagai jenis kursus dan bengkel yang unik telah menjadi
titik tolak kepada lonjakan reputasi UKM dan Malaysia sebagai hub
pendidikan tertiari.
ANUGERAH BITARA UKM
INSTITUT KAJIAN MALAYSIA
& ANTARABANGSA
HADIAH SANJUNGAN
ANUGERAH BITARA UKMInstitut Kajian Malaysia & Antarabangsa
Kecemerlangan IKMAS pada tahun 2016 mencakupi bidang penyelidikan, pendidikan dan
komuniti merentasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat antarabangsa,
IKMAS telah berjaya menghasilkan dua kertas polisi untuk membantu Laos. IKMAS turut
menjalankan hubungan strategik dengan World Bank melalui UKM-World Bank Research
Internship dan dengan pihak Oxford University-World Trade Institute yang menghasilkan siri
ASEAN Economic Integration Forum (AEIF). Penglibatan komuniti pula adalah melalui Projek
Your Language My Culture (YLMC) yang bermula pada tahun 2015 kini telah mengimpak
seramai 18,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu. Semua aktiviti ini selaras dengan
mantra IKMAS iaitu “Mengilham ilmu, Berbakti pada masyarakat.”
ANUGERAH BITARA PENDIDIKAnugerah Bitara Pendidik bertujuan memberi pengiktirafan kepada
PTJ/Individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti,
menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan
pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada
amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif
dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
ANUGERAH BITARA PENDIDIK
Sastera & Sains Sosial
PROF. MADYA DR. SHAHRUL
MIZAN ISMAIL
ANUGERAH BITARA PENDIDIKProf. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail
Dengan hasrat untuk melahirkan graduan undang-undang yang matang,
cemerlang dan seimbang, projek ini yang merupakan sebuah Disruptive
Innovation lahir sebagai suatu usaha merevolusikan kaedah-kaedah Pengajaran
& Pembelajaran (P&P) kursus Undang-Undang, dengan mengadaptasi kaedah-
kaedah P&P terkini, disamping penggunaan peranti dan aplikasi teknologi
maklumat terbaru. Tujuan utama projek ini adalah untuk membina satu suasana
pembelajaran yang unik, baru, interaktif, aktif, terbuka, menyeronokkan tetapi
mencabar.
ANUGERAH BITARA
PENDIDIK HARAPAN
PROF. MADYA DR. ISA
NAINA MOHAMED
AHLI AKADEMIK HARAPANProf. Madya Dr. Isa Naina Mohamed
Hala tuju peribadi sebagai seorang ahli akademik berteraskan
tiga tunjang utama :
• Kecemerlangan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
• Menghasilkan penyelidikan bermutu tinggi dan berimpak
• Perkhidmatan kepada negera, universiti dan komuniti
ANUGERAH BITARA SARJANAAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada individu atau kumpulan yang menyumbang kepakaran
dan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Penyelidik
(individu/kumpulan) tersebut mampu memberi sumbangan
besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,
masyarakat dan negara.
ANUGERAH BITARA SARJANA
Kategori PTJ / Kumpulan
PUSAT PENYELIDIKAN TEKNOLOGI
PROSES MAMPAN (CESPRO)
ANUGERAH BITARA SARJANAPusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan
Program penyelidikan teknologi sisa sifar adalah penyelidikan translasi-
multidisplin dengan penglibatan langsung pihak industri di bawah Cabaran
Perdana : Malaysia Lestari. Kerjasama penyelidikan bersama Yayasan Sime
Darby, Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan Sime Darby Research Sdn Bhd
telah berjaya membangunkan loji rintis teknologi sisa sifar di Kilang Kelapa
Sawit milik Sime Darby bagi menterjemah teknologi yang dibangunkan di
makmal UKM untuk aplikasi industri kelapa sawit. Penyelidikan ini menerima
dana sejumlah RM21.68 juta dari Sime Darby dalam bentuk endowmen, dana
penyelidikan dan biasiswa.
ANUGERAH BITARA SARJANA
Kategori Individu
PROF. DR. IMA NIRWANA SOELAIMAN
ANUGERAH BITARA SARJANA INDIVIDUProf. Dr. Ima Nirwana Soelaiman
Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang
Tokotrienol ialah vitamin E dalam minyak kelapa sawit. Kajian selama 30 tahun
telah membuktikan ianya dapat mencegah dan merawat osteoporosis. Ini adalah
penemuan yang penting kerana osteoporosis ialah penyakit warga emas
membawa kepada penderitaan dan kos rawatan yang tinggi. Penemuan ini
meningkatkan kepelbagaian penggunaan minyak kelapa sawit dan akan
meningkatkan pendapatan negara.
ANUGERAH BITARA SARJANA
Kategori Sarjana Harapan
DR. HASSIMI ABU HASAN
ANUGERAH BITARA SARJANA HARAPANDr. Hassimi Abu Hasan
Merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Small Water and Wastewater
System Specialist Group di bawah International Water Association. Antara
anugerah yang telah diperoleh adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2016, pemenang bersama Malaysian Toray Science Foundation (MTSF) 2015
dan Anugerah Penyelidik Cemerlang FKAB 2014. Sepanjang berkhidmat
sebagai Pensyarah Kanan sejak 2013 hingga kini, Beliau telah menerbitkan
sebanyak 20 artikel Q1/Q2. Selain itu, terlibat dengan pelbagai kerja
perundingan dengan syarikat seperti Petronas, CRAUN, dan MNI yang
melibatkan kos keseluruhan melebihi RM3 juta.
ANUGERAH BITARA PENERBITANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu
yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai
jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi
sumbangan kepada bidang ilmu.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains Sosial & Kemanusiaan)
PROF. DR. ER AH CHOY
BITARA PENERBITAN MAKALAHProf. Dr. Er Ah Choy
Assessing The Cost Burden of Dengue Infection to Household in Seremban,
Malaysia (Southeast Asian Journal Tropical Medicine and Public Health)
Hasil kajian menunjukkan setiap episod penyakit denggi memberi tekanan dan
beban kewangan kepada isirumah. Penerbitan makalah ini dapat memberi
sumbangan kepada pembuat keputusan dasar tentang impak ekonomi penyakit
denggi terutama daripada segi kos secara langsung dan tidak langsung dan
seterusnya dapat memandu pihak berkaitan untuk merancang strategi kawalan
dan pembiayaan.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Makalah (Sains Teknologi & Perubatan)
PROF. MADYA DR. MOHD FIRDAUS
MOHD RAIH
BITARA PENERBITAN MAKALAHProf. Madya Dr. Mohd Firdaus Mohd Raih
Computational Analysis and Characterization of
Novel 3-Dimensional Motifs in Proteins and Complex RNA Structures
Sistem InterRNA, mengandungi maklumat interaksi komponen dalaman RNA
(RNA bases). Molekul RNA penting dalam pelbagai proses biologi dan
ketidakfungsiannya boleh membawa kepada penyakit. InterRNA berguna dalam
penyelidikan merungkai fungsi RNA dan sebagai asas dalam rekabentuk
struktur-nano RNA sintetik bagi pelbagai tujuan termasuk sebagai penderia dan
pembawa bahan terapi.
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori Buku (Sains Sosial & Kemanusiaan)
PROF. MADYA DR. MOHD SAMSUDIN
ANUGERAH BITARA PENERBITANProf. Madya Dr. Mohd Samsudin
Matlamat utama penghasilan buku ini ialah untuk membuktikan bahawa penubuhan
Malaysia adalah mengikut kerangka acuan yang dibuat oleh penduduk tempatan
dan bukannya oleh Britain. Penulisan buku ini berdasarkan penyelidikan
menyeluruh yang dilakukan dalam dan luar negara menggunakan bahan-bahan
daripada Arkib Negara Malaysia, Public Record Office London, The Australian
Archive, Canberra serta Foreign Relations of United States (FRUS) Amerika
Syarikat.
ANUGERAH BITARA PENGKOMERSIALAN PRODUKAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada inovasi yang mempunyai impak yang besar dan
signifikan, yang mampu memberi pulangan kormersil dan
sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan, kemajuan
universiti dan Negara.
ANUGERAH BITARA
PENGKOMERSIALAN PRODUK
PROF. DR. ABD. SALAM BABJI
PENGKOMERSIALAN PRODUKProf. Dr. Abd. Salam Babji
Bioactive Swiftlet Nest Supplement
Bioactive EBN Hydro®peptides is a natural food supplement that is
biotechnologically processed, packed with 80% of superior glycopeptides. This
natural Bioactive EBN Hydro®peptides were scientifically proven to be high in
antioxidant and antihypertensive properties. It is beneficial for those with hectic
lifestyle, and yet concerned with maintaining a healthy lifestyle.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga
UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan
industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan
khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah
pembangunan pembelajaran dan pengajaran, peningkatan kebolehpasaran
graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta
peningkatan keupayaan sosioekonomi industri, pendidikan, kesihatan,
persekitaran, teknologi dan lain-lain.
DAN MASYARAKAT
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Industri (Akademik)
PROF. MADYA DR. MOHD AZLAN
SHAH ZAIDI
BITARA KETERLIBATAN INDUSTRIProf. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
UKM telah bekerjasama dengan EPU dan UNDP dalam menjalankan 8 siri forum
terbuka bersama isi rumah B40 di wilayah utara, timur, tengah, selatan Malaysia
serta Sabah dan Sarawak dan juga bersama masyarakat orang asli dan orang
kurang upaya. Maklum balas isi rumah B40 terhadap isu kos sara hidup dan juga
pandangan, cabaran dan aspirasi mereka membantu EPU untuk menggubal
dasar dan program yang lebih berimpak.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Industri (Bukan Akademik)
ENCIK ABDUL RAHMAN
MOHD. NORDIN
BITARA KETERLIBATAN INDUSTRIEncik Abdul Rahman Mohd. Nordin
Mengadakan khidmat masyarakat di perkampungan orang asli Kampung Cheweh,
Royal Belum, Perak dan rumah kebajikan orang tua sekitar Selangor. Beliau juga
mewakili CUEPACS dalam Mesyuarat Penasihat Buruh Malaysia (NLAC) dan
juga mewakili Malaysia di Persidengan Buruh Antarabangsa Dunia (ILO) di
Geneva pada tahun 2015 bagi menperjuangkan kebajikan pekerja.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Masyarakat (Akademik)
PROF. MADYA DR. MOHAMAD
SATTAR RASUL
BITARA KETERLIBATAN MASYARAKATProf. Madya Dr. Mohamad Sattar Rasul
Bitara STEM UKM telah memperoleh tajaan daripada ExxonMobil selama tiga
tahun berturut-turut (2015-2017) dengan dana berjumlah RM 844,000 bagi
menubuhkan ExxonMobil-UKM STEM Club dan melaksanakan Program STEM:
Science of Smart Communities peringkat kebangsaan. Pelaksanaan program
dengan 500 pelajar dari Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pekan, Pahang
serta melatih 64 guru sebagai STEM Master Trainer dan 480 pelajar daripada 8
daerah di negeri Terengganu.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN
Masyarakat (Bukan Akademik)
ENCIK BISHARUZI OMAR
BITARA KETERLIBATAN MASYARAKATEncik Bisharuzi Omar
Bisha dan basikal sudah tidak dapat dipisahkan. Projek Kayuhan Amal dan
Sihat (KASIH) adalah berkonsep bersukan, riadah sambil beramal dan
disalurkan kepada yang memerlukan dan melibatkan konsep pembangunan
softskill pelajar. Program KASIH merupakan projek tahunan Kelab Berbasikal
UKM dan KASIH 6 diselaraskan bersama Kolej Burhanuddin Helmi, UKM
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN PERKHIDMATANAnugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu
yang telah menunjukkan daya inovasi yang tinggi untuk
memberi perkhidmatan berkesan dan menjadi rujukan pihak
berkepentingan.
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN
PERKHIDMATAN l PTJ
PUSAT KEBUDAYAAN UKM
KEUNGGULAN PERKHIDMATANPusat Kebudayaan UKM
Pusat Kebudayaan Universiti telah berjaya membuktikan bahawa ia merupakan
sebuah PTJ yang mempunyai kreadibiti sebagai sebuah pusat yang relevan, reliable
dan refrence (3R) di peringkat Universiti, Komuniti dan Kebangsaan.
• penganjuran projek berinovasi dan berimpak seperti Asean Art Festival dan
International Audio, Lighting and Technology Exhibiton (INTALEX)
• Pengiktirafan dari Institusi luar antaranya melalui jaringan rakan strategik
• Khidmat komuniti / kesukarelawan di agensi seperti sekolah@UKM, IPT, Universiti
Awam dan komuniti setempat dan antarabangsa.
• Aktiviti penjanaan melalui perkhidmatan persembahan, sewaan ruang, tajaan naik
taraf studio dan sumbangan karya seni lukis
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN
PERKHIDMATAN l Pentadbir Akademik
PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN
KEUNGGULAN PERKHIDMATANProf. Madya Dr. Roslee Rajikan
Dibawah pimpinan beliau, Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni telah
menggerakkan pelbagai initiatif dan inovasi berasaskan kepada pendekatan Strategi Lautan
Biru seperti perlaksanaan projek KESAN atau Kajian Status Evolusi Alumni UKM, pembinaan
dan perlaksanaan sistem i-STAR serta perancangan dan perlaksanaan program 7 domain
Kemahasiswaan. Beliau juga telah terlibat dalam menggerakkan aktiviti kesukarelawan
mahasiswa sehingga UKM dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Sukarelawan dari Institut
Onn Jaffar bagi program Jom Bekfes 2016. Selain itu dibawah pimpinan beliau, Kolej Rahim
Kajai telah dipilih menerima Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi Kategori Kolej Kediaman
UKM 2016. Beliau juga Timbalan Komanden Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)
APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia).
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN
PERKHIDMATAN l Pengurusan & Profesional
ENCIK HARITH FARUQI SIDEK
KEUNGGULAN PERKHIDMATANEncik Harith Faruqi Sidek
Beliau merupakan Penolong Ketua Pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, dengan
latar belakang pendidikan dalam bidang Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib, beliau
komited didalam aktiviti pemusakaan sejarah UKM sehingga kini. Sepanjang 2016, beliau
turut melibatkan diri didalam beberapa aktiviti peningkatan kualiti dan inovasi, antaranya
penyertaan yang membawa penarafan EMAS bersama pasukan K-Rep dalam konvensyen
Team Excellence Wilayah Selatan tahun 2016. Beliau turut mengetuai kumpulan geraknovasi
yang menjalankan kajian berkaitan jati diri dalam kalangan kakitangan UKM.
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN
PERKHIDMATAN l Pelaksana
ENCIK BARUDIN BAHARIN
KEUNGGULAN PERKHIDMATANEncik Barudin Baharin
Merupakan tunjang utama dalam menyediakan bahan edaran dan pameran utama Universiti
seperti HIT UKM, Buletin KRA, Buku KRA, poster-poster pameran di persidangan QS
Rankings. Beliau juga menjadi tulang belakang untuk penyediaan slide semua siri Bicara
KRA, Bicara Naib Canselor, pasca kabinet dan juga slide lawatan rasmi Naib Canselor. Tidak
hanya itu, beliau juga terlibat dalam membangun beberapa Apps dan sistem universiti.
Walaupun bukan dalam bidang Pereka dan Teknologi Maklumat, beliau mampu menjalankan
tugasan di atas dengan baik sehingga menjadi rujukan PTJ lain. Selain menjadi Webmaster,
Pegawai Insiden dan Pegawai Aset, beliau bergiat aktif dalam membangun dan melatih staf
pentadbiran dalam sukan bola sepak.
ANUGERAH BITARA PENDANAANAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada PTJ/Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam
penjanaan daripada hasil perkhidmatan, kepakaran dan aset.
ANUGERAH BITARA PENDANAAN
Kategori PTJ / Kumpulan
MAKMAL BIOSERASI,
CRIM UKM
ANUGERAH BITARA UKM :Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Makmal Bioserasi memberikan perkhidmatan pengujian serta kepakaran kepada
pelbagai organisasi kerajaan dan swasta dalam bidang kebioserasian dan
toksikologi. Pendanaan purata tahunan Makmal Bioserasi menghampiri
RM500,000 setahun bagi lima tahun kebelakangan. Terkini, Makmal Bioserasi
telah dianugerahkan RM 8.5 juta bagi penaiktarafan ke Good Laboratory
Practice (GLP) untuk mengembangkan lagi perkhidmatan makmal ke peringkat
antarabangsa.
ANUGERAH BITARA REKAYASA PRASARANAAnugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada PTJ/Kumpulan/Individu yang menghasilkan prasarana
dan persekitaran yang kondusif serta sistem perkhidmatan
yang berkesan.
ANUGERAH BITARA PENDANAAN
Kategori Kolej Kediaman
KOLEJ TUN SYED NASIR
ANUGERAH BITARA UKM :Kolej Tun Syed Nasir
Kolej Tun Syed Nasir telah melalui proses transformasi fizikal yang drastik sejak
bermula dari tahun 2015 sesuai dengan moto “Committed to Success”. Dalam
usaha memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, KTSN telah
bergerak maju sederap melawan kelaziman untuk meningkatkan kualiti
kemudahan infrastruktur agar dilihat lebih berdaya saing dan moden di samping
mengekalkan identitinya sebagai sebuah kolej yang lestari di tengah bandaraya
Kuala Lumpur.
ANUGERAH BITARA PENDANAAN
Kategori Fakulti/Institut/Pusat
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
ANUGERAH BITARA PENDANAANFakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Fakulti secara berterusan bekerja memastikan persekitaran P&P yang kondusif
dan selesa kepada pelajar. Mesyuarat secara berkala diadakan dan usaha baik
pulih dilakukan segera. Fakulti telah menyelenggara dan ubahsuai Surau dan 6
buah Bilik Siswazah, pertukaran pintu bilik pensyarah dan pembinaan laluan
OKU. Sumbangan luar diperoleh sebanyak RM 320,000 (iaitu 48% dari
keseluruhan kos fakulti )
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYUAnugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi
pengiktirafan kepada PTJ/Individu yang cemerlang dalam
memartabatkan Bahasa Melayu.
PROF. DR. NOR HASHIMAH
JALALUDDIN
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU
Kategori Akademia Bahasa Melayu
AKADEMIA BAHASA MELAYUProf. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
Aktiviti kebahasaan telah diterjemahkan dalam bentuk penyelidikan sehingga
menghasilkan penerbitan yang boleh dibaca oleh khalayak. Ilmu tersirat mengenai
dunia Melayu mesti disingkap dan membantu memberi kefahaman kepada pembaca.
Sumbangan kepada negara dan peringkat antarabangsa demi memartabatkan
Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan. Pelantikan sebagai pakar rujuk bahasa
di Singapura dan Pengerusi Persidangan Alam Melayu di London menyerlahkan lagi
sumbangan pemenang dalam membitarakan Bahasa Melayu.
PROF. MADYA ROU SEUNG YOAN
@ ABD. AL-RAHIM
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU
Kategori Ahli Akademik (bukan warganegara
Malaysia) yang Memartabat Bahasa Melayu
BITARA BAHASA MELAYUProf. Madya Rou Seung Yoan @ Abd. Al-rahim
Menyandang jawatan Pengarah King Sejong Institute, menghasilkan beberapa
buku dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Korea untuk warga Malaysia,
Sejarah Politik Korea dan Golongan Pemerintah dalam Masyarakat Tradisi Korea.
Sepanjang perkhidmatan di UKM, beliau berusaha untuk memartabatkan Bahasa
Melayu dan meningkatkan persefahaman antara Malaysia dan Korea. Sumbangan
beliau telah diiktiraf apabila dilantik sebagai hakim akhir dalam Pidato
Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri 2016.
Recommended