View
253
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Halaman Lapan BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006
MAJALAH KELUARAN MEI 2006
BH PILIH L8 17 emel
PELITA BAHASA - Wadah Kesempurnaan BahasaISSN 0128-2182RM3.00/B$3.00/S$3.00Langganan seta-hun: RM32.40/B$32.40/S$32.40
SEKOLAH yang selesa dan pelajar yang ceria menyerlahkan kepimpi-nan pengetua atau guru besar yang prihatin, kreatif, penyayang, bijak dalam pengurusan dan berwawasan tinggi. Kepimpinan penge-
tua atau guru besar dalam membuat sesuatu kelainan dan menyediakan kemudahan pemelajaran yang selesa dapat menarik minat pelajar dan menyihatkan pemikiran warga sekolah.
Antara Kandungan Lain yang Menarik: Sari Bahasa: Merealisasikan Konsep “Sekolahku Rumahku” Sari Bahasa: Guru dan Pengajaran Efektif Komentar Bahasa: Bicarawara, Forum, Diskusi Dunia Bahasa: Pemartabatan dan Pemerkasaan Bahasa Melayu
DEWAN BUDAYA- Pemartabat Tamadun BangsaISSN 0126-8473RM5.00/B$5.00/S$5.00Langganan setahun: RM54.00/B$54.00/S$54.00
Paparan Menarik Bulan Ini: Lirik Lagu Cerminan Citra Budaya Bangsa
LIRIK ialah genre puisi yang tersendiri. Dikatakan tersendiri kerana ia tidak mengambil seluruhnya bentuk sajak, satu genre puisi moden. Lirik paling ketara mengambil binaan
baris dan rangkap sajak. Manakala, corak pemilihan diksi dalam lagu lebih polos, dan binaan barisnya sering kali cenderung pro-saik sifatnya.
Antara Kandungan Lain yang Menarik: Fokus: Jati Diri Bangsa dalam Lirik Fokus: Citra Bangsa dalam Lirik Jeling Sejenang: Ajaran Sesat: Satu Gerakan Sosial Kalam Permata: Kedaulatan Undang-undang Ibarat Kuda Liar
TUNAS CIPTA - Sastera Generasi BaharuISSN 1511-9998RM3.00/B$3.00/S$3.00Langganan setahun: RM32.40/B$32.40/S$32.40
Paparan Menarik Bulan Ini: Menjual Karya dalam Internet - Irfan Khairi
IRFAN Khairi juga membangunkan perniagaan dalam talian dengan menawarkan perkhidmatan seperti mereka bentuk laman sesawang, grafik, buku elektronik, mengambil tempahan
hotel dan menjual peta Malaysia kepada pelancong asing yang ingin ke Malaysia. Pelanggannya dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah sehingga Timur Tengah. Dalam usia 25 tahun, anak muda kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor ini berjaya mencapai cita-cita apabila beroleh pendapatan bersih RM 1 juta - pendapatan yang melayakkannya bergelar jutawan.
Antara Kandungan Lain yang Menarik: Rencana: Ilham Perlu Dicari Bukan Dinanti Rencana: Mewariskan Harta Intelektual Teater: Mengapa Teater? Dari Jalur Minda: Penulisan Sebagai Kerjaya
DEWAN SASTERA - Penjana Sastera GlobalISSN 0126-5059RM4.50/B$4.50/S$4.50Langganan setahun: RM48.60/B$48.60/S$48.60
Paparan Menarik Bulan Ini: Menerbitkan Sendiri Karya: Menyemarakkan Industri Penerbitan
MENERBITKAN sendiri karya bukan berpunca daripada keghairahan. Apatah keghairahan yang melulu dan tidak bertempat. Kepuasan sebenar menerbitkan sendiri karya
adalah setelah kita melihat semua tenaga dan perahan akal yang dicurahkan menjadi realiti. Kepuasan sebagai penulis bertambah apabila karya sampai di tangan pembaca.
Antara Kandungan Lain yang Menarik: Daripada Editor: Adakah Tempat untuk Bidang Kesusasteraan
dalam RMK-9? Fokus: Penerbitan Sendiri: Antara Kebajikan dengan
Keuntungan Analisis: Puitika dan Ketertiban Seni dalam Puisi Sorotan: IPM Bawa Sastera ke Masjid
DEWAN BAHASA - Memperkaya Wawasan PembacaISSN 1511-9092RM5.00/B$5.00/S$5.00Langganan setahun: RM54.00/B$54.00/S$54.00
Paparan Menarik Bulan Ini: Nilai Ekonomi Bahasa Melayu: Masihkah Menjanjikan Pulangan dalam Era Globalisasi?
BAHASA Melayu perlu terlebih dahulu menjadi satu jenama yang popular, digunakan dengan meluas atau menyeluruh serta mendapat sambutan. Jika hal ini yang dijanjikan, maka
bahasa Melayu akan menjadi bahasa pilihan pengguna, dan sete-rusnya berupaya meningkatkan nilai ekonominya.
Antara Kandungan Lain yang Menarik: Agenda Bahasa: Pelaburan Bahasa Melayu di Persada Global Agenda Bahasa: Bahasa Melayu Ada Harga Jika.... Bahasa dan Masyarakat: Bahasa Papan Tanda Trafik Bahasa dan Masyarakat: Bahasa Melayu dan Program Realiti
Televisyen
Paparan Menarik Bulan Ini: Sari Bahasa: Sekolah Selesa, Pelajar Ceria
Recommended