View
332
Download
12
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
1
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM
DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP)
1. SINOPSIS LAPORAN
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah
menjemput saya; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan untuk
memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based Online
menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP (PHP Hypertext Preprocesor)
untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language) sebagai
rekabentuk pangkalan data. Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 13
dan 14 Mac 2013 yang lalu di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3,
Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai
JKDMPP. Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti pelaksanaan program inovasi
Kastam.
Jemputan ceramah kali ini merupakan yang terbesar kerana penyertaan terbuka
kepada semua pegawai kastam yang berminat. Seramai 18 orang peserta dari kuota 20
orang telah menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari
pelbagai bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta
yang hadir dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT.
Peserta Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL sedang menunggu ketibaan Penolong Penolong Kanan Pengarah Kastam I untuk majlis perasmian
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
2
Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi Majlis iaitu Puan Suhaila binti
Mohamad Noor, Penguasa Kastam (PAK), di ikuti dengan kata-kata aluan dan
pembukaan oleh Tuan Zulkifli bin Muhamad, Penolong Kanan Pengarah Kastam II
(PKPK II) selaku penyelaras bengkel dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan
Choong Keng Leong, Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) wakil perasmian
bagi menggantikan Tuan Mohamed Nawi bin Noor, Timbalan Pengarah Kastam Negeri,
Bahagian Perkhidmatan Pertek kerana menghadiri mesyuarat di Putrajaya.
Pengerusi Majlis memulakan majlis.
Penyelaras Bengkel memberi kata-kata aluan pembukaan majlis.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
3
Ucapan Perasmian Bengkel oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I
Setelah itu, bengkel disusuli pula sesi bergambar dan minum pagi. Bengkel
dimulakan sekitar jam 9.30 pagi hingga hampir 5.30 petang pada hari pertama. Pada
hari kedua, bengkel dimulakan seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Sesi bergambar semua peserta bersama Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penceramah.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
4
2. SKOP BENGKEL
Kaedah pengajaran dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal, latihan
praktikal dan amali. Sesi bengkel ini menekankan kepada peserta teknik, panduan dan
bagaimana seseorang itu dapat membangunkan sesebuah sistem berasaskan web
yang boleh dionlinekan dan dapat di akses gunapakai di internet untuk manfaat jabatan,
pelanggan, umum dan masyarakat.
Sesi pengajaran difokuskan dari asas dengan sentiasa berpegang pada ‘back to
basic’ kerana dengan konsep tersebut peserta tidak tersasar dan kukuh diperingkat
asas. Apabila asas kukuh maka peserta dapat secara kreatifnya memanipulasi (reverse
engineering) dan menguasai ilmu tersebut dan menghasilkan produk yang baru dan
berinovasi.
Kemahiran penggunaan perisian dan alat bantu pembangunan sistem juga
ditekankan iaitu XAMPP (Cross platform Apache, MySQL, PHP, Perl), notepad,
notepad++, Dreamweaver, MySQL Manager, web server, FTP (File Transfer Protocol)
untuk berkomunikasi dengan server hosting dan sedikit ilmu rangkaian komputer.
Peserta juga di tambah dengan asas pengaturcaraan HTML (Hyper Text MarkUp
Language) untuk penyediaan interface sistem dan SQL untuk berkomunikasi dengan
pangkalan data.
3. SEKITAR BENGKEL
Penceramah memperkenalkan diri dan memulakan sesi bengkel serta ice breaking
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
5
Penceramah menyemak kehadiran dan mengenali semua peserta yang hadir dengan menyebut
nama setiap peserta dan proses pengecaman rupa parasnya.
Bengkel diteruskan dengan sesi pengajaran secara teori dan amali.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
6
Bengkel dilaksanakan berdasarkan course outline yang dibekalkan dan nota tambahan untuk rujukan peserta serta bahan-bahan kursus lain yang disediakan.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
7
Sesi latihan amali dan semakan.
Peserta yang mengalami masalah ketika membuat latihan dan error
dibantu oleh penceramah dan dibetulkan bersama.
Semakan peserta yang telah berjaya menyiapkan latihan dengan sistem dapat berfungsi dengan baik.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
8
Ramai peserta bertanyakan pelbagai teknik, selok-belok
dan panduan dalam pembangunan sistem web
based online
Peserta kebanyakkannya dapat belajar dari kesilapan error yang dilakukan sekaligus melatih peserta cara troubleshooting syntax dan logic error sesebuah sistem.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
9
4. KESIMPULAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL
Dari jemputan sebagai penceramah ini dapatlah saya memperturun dan
menyumbangkan ilmu serta kepakaran saya kepada orang lain dan pengalaman
memberi ceramah di jabatan lain untuk dimanfaatkan secara bersama ilmu yang
dimiliki di samping mengasah diri saya sendiri dalam menajamkan kemahiran dan
kecekapan dalam bidang ini.
Sesi bengkel jemputan luar seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
imej PTGPP yang mendapat jemputan dari jabatan lain menggunakan kepakaran
ICT yang ada dari PTGPP. Bengkel seperti ini juga akan diteruskan untuk jabatan-
jabatan lain yang mengundang jemputan di samping dilaksanakan di PTGPP seperti
biasa.
Apa yang dapat diperhatikan di sini, para peserta begitu teruja dan penuh minat
mengikuti bengkel ini. Yang menariknya lagi, di kalangan para peserta terdapat
salah seorang peserta berstatus pencen yang berminat untuk mendalami ilmu baru
baginya ini dan berusaha mempelajarinya dengan tekun dan dapat menghasilkan
sistem mudah. Selain itu, terdapat juga peserta yang menghadapi masalah teknikal
tetapi berusaha mengatasi masalah tersebut dan bersemangat sehingga sanggup
menukar dengan komputer sendiri demi mengikuti dan tidak mahu ketinggalan
mengikuti bengkel ini.
Para peserta juga memohon agar akan datang sesi bengkel ini diteruskan untuk
sesi lanjutan (advanced) yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih
mendalam, menambah lagi modul-modul canggih menggunakan kaedah,
mekanisma dan metodologi dalam pembangunan sesebuah sistem online.
Penumpuan bengkel lanjutan juga boleh diberikan kepada secure programming dan
sekuriti yang lebih kukuh dalam aspek keselamatan ICT.
Di akhir bengkel, sesi penilaian bengkel dijalankan dan semua penilaian
disimpan oleh pihak penganjur dan sesalinan kepada penceramah atas permintaan
untuk tindakan post mortem (salinan penilaian bengkel tidak dilampirkan dalam
laporan ini kerana agak terlalu tebal – boleh dirujuk kepada pihak penganjur atau
salinan penceramah).
Laporan disediakan oleh: NORHARDI BIN SABRI Penceramah Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang 28 MAC 2013
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
10
5. LAMPIRAN
A. KAD NAMA PENYELARAS BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
11
B. SURAT BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
12
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
13
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
14
C. TENTATIF BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
15
D. SENARAI KEHADIRAN PESERTA BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
16
E. HANDOUT COURSE OUTLINE BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
17
F. HAND OUT SLIDE DAN MAKLUMAT PENCERAMAH
Recommended