View
254
Download
13
Category
Preview:
DESCRIPTION
pcg
Citation preview
LAPORAN INFRASTRUKTUR BILIK SAINS
Terdapat dua bilik sains di sekolah saya. Dan satu bilik persediaan. Di bilik sains 1
dan 2 terdapat 6 buah meja murid di setiap satu bilik. Terdapat meja guru di setiap
bilik. Bilik sains dapat memuatkan seramai lebih kurang 50 orang murid setiap bilik.
Banyak bangku murid yang telah patah dan pada masa ini bilik sains kami
menggunakan kerusi plastic dan hanya ada beberapa bangku bilik sains yang masih
dalam keadaan yang elok di bilik sains 2 dan manakala dibilik sains 1 pula semua
kerusi yang digunakan adalah kerusi plastic.Murid mengalami sedikit kesukaran
apabila duduk dan menulis dengan menggunakan kerusi plastik ini.
kerusi plastik di makmal sains Bangku makmal
Terdapat satu papan kenyataan yang diletakkan dibilik persediaan makmal. Pada
papan berkenaan ditampalkan jawatankuasa Panitaia Sains dan juga senarai nama
guru beserta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan panitia sains
sekolah untuk makluman guru-guru sains.
Papan kenyataan
Terdapat papan tulis putih yang terdapat pada kedua-dua bilik sains dan disediakan
pemadan papan putih sebanyak 2 pada setiap bilik sains. Tidak rak buku disediakan
tetapi kami menggunakan meja-meja guru yang diletakkan pada bilik persediaan
untuk meletakkan buku-buku rujukan dan majalah-majalah sains.
Papan putih meja sebagai rak buku
Terdapat rak peralatan sains yang terletak di bilik persediaan bilik sains terdapat dua
bilik yang terdapat rak peralatan . Bilik yang pertama diletakkan peralatan dan radas-
radas sains. Manakala bilik persediaan 2 pula diletakkan hasil-hasil murid pada rak
yang telah disediakan itu.
Rak peralatan di bilik sains
Kabinet disediakan pada kedua-dua bilik sains .diletakkan bahan-bahan eksperimen
pada kabinet-kabinet dan ini. Terdapat juga alat pengantung carta yang disediakan
disetiap bilik sains.
Kabinet dibilik kelas Kabinet di bilik penyediaan
Pengantung carta
Pemadam api disediakan disetiap bilik sains berdekatan dengan pintu masuk ke bilik
sains Pelan kebakaran juga ditampal pada setiap bilik sains. Latihan kebakaran
dijalankan setiap 2 kali dalam setahun.
Pemadam api di tepi pintu
Terdapat langsir yang tebal dan berwarna ungu pada kedua-dua bilik sains . Ini
memudahkan murid-murid menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan cahaya.
Langsir bilik sains
Lantai bilik sains diletakkan dengan tiles yang berwarna cerah dan ini menjadikan
bilik sains nampak ceria dan bersih serta kemas.
Lantai bilik sains
Setiap bilik sains terdapat 2 pintu untuk memudahkan murid keluar dan masuk
dengan mudah .Pintu ini adalah luas . Terdapat 1 pintu yang terdapat pada bilik
persediaan dan hanya digunakan apabila diperlukan sahaja. .
Dua pintu yang luas
Bakul sampah disediakan disetip bilik sains.Begitu juga dengan penyapu dan juga
bulu ayam. Terdapat satu peti sejuk yang disediakan dibilik persediaan .Ia
merupakan peti sejuk yang kecil.Ia digunakan untuk melakukan eksperimen dan
menyimpan ais batu bagi eksperimen sains.
Bakul sampah Peti sejuk
Paip air beserta singki untuk kegunaan murid terdapat 3 disetiap bilik sains. Dan
begitu juga dengan bilik persediaan yang terdapat 2 singki air.
Paip air dan singki
KIpas hanya terdapat 4 buah bagi setiap bilik sains. Terdapat lampu sebanyak 8
buah pada setiap bilik sains . Sistem pendawaian yang baik pada makmal sains
kerana tidak pernah mengalami sebarang masalah berkaitan dengan system
pendawaian di bilik sains.Soket dan suis terdapat pada setiap meja dan ini
memudahkan semasa eksperimen dijalankan oleh murid-murid.
Kipas dan lampu Suis di tepi meja
Tidak terdapat komputer atau printer di bilik sains tetapi terdapat skrin dan juga LCD
dalam setiap bilik sains. Terdapat alat OHP yang terdapat pada setiap bilik.
OHP
Sistem pengudaraan yang baik keran terdapat banyak tingkap di kedua-dua
bahagian bilik.
Sistem pengudaraan yang baik
LAPORAN SUSUN ATUR PERABUT BILIK SAINS
Ruang
Dalam susun atur ini terdapat 3 ruang utama iaitu:
a)ruang pertama
ruang untuk belajar
. Pada ruang ini t erdapat suasana fizikal bili k sains dengan susun atur meja murid, , satu
kabinet dibahagian sisi, dua sinki, ada sudut pameran dan modal sains, sudut hasil kerja
murid,satu papan putih pada bahagian hadapan , dua papan kenyataan dibelakang kelas
Alat pemadam api, diletakkan ditepi pintu masuk ke setiap bilik. .Terdapat skrin dihadapan
berhampiran dengan papan putih dan LCD yang diletakkan bertentangan dengan meja guru.
Meja murid berbentuk oktagon 6 meja murid panjang d an lebar ini disusun tiga-tiga. Sebuah
meja memuatkan 6 orang murid dan mempunyai ruang dibawah meja (berlaci) untuk
menyimpan alat tulis atau buku ketika amali dijalankan, sesuai untuk semua murid tahap 1 atau
2.
Ruang belajar
Ruang kedua
Ruang bilik persediaan. Dalam ruang ini terdapat kabinet yang dilengkapi dengan dua alamari
yang merupakan tempat diletakkan bahan-bahan seperti kacang,garam tuala dan sebagainya
yang sesuai. Pada ruang ini juga terdapat dua bilik peralatan yang dilengkapi dengan rak
peralatan. Bilik yang pertama diletakkan dengan peralatan sains dan bahan-bahan sains dan bilik
yang kedua diletakkan hasil-hasil murid yang menarik. Juga diletakkan peti sejuk pada tepi
kabinet berhampiran dengan singki. Terdapat dua meja guru yang dijadikan sebagai rak buku
untuk tujuan rujukan guru dan bahan bacaan untuk murid-murid berkaitan dengan sains.
Terdapat satu rak buku ynag dikhaskan untuk diletakkan buku peka murid dari tahap yang
berbeza.
Ruang ketiga
Ruang ketiga ialah bilik setor tempat penyimpanan peralatan-peralatan sains terdapat setor .
Setor yang pertama ialah tempat penyimpanan peralatan sains manakala setor kedua ialah
tempat penyimpanan hasil-hasil yang telah disediakan oleh murid berkaitan dengan sains.
Setor peralatan
Meja Guru
Terdapat didalam bilik persediaan untuk digunakan oleh guru dalam tugas harian mereka dan
satu lagi diruang pertama dibahagian hadapan kelas mempunyai sinki adalah untuk guru
melakukan demonstrasi eksperimen semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iii.
Meja guru
LAPORAN NOTIS AMARAN DAN PERATURAN
Notis amaran ada dipaparkan diatas papan putih . Selain itu notis amaran juga
ditunjukkan diatas papan kenyataan yang diletakkan dibelakang kelas.
Selain itu amaran agar tidak masuk ke bilik persediaan juga telah dilabelkan.
Peraturan-peraturan makmal juga ditunjukkan dihadapan kelas. Ini memudahkan
murid untuk melihat peraturan makmal selalu dan mematuhinya setiap kali berada di
kawasan makmal sains.
Pembuangan sampah
Arahan semasa kebakaran Arahan pada murid
Arahan-arahan yang terdapat dalam bilik sains
LAPORAN KEKERAPAN PENGGUNAAN UNTUK PdP
Kekerapan menggunakan makmal ditunjukkan dengan mencatatkan penggunaan makmal
didalam buku yang disediakan. Guru yang menggunakan makmal akan mencatatkan kelas,
masa, peralatan yang digunakan dan tandatangan pada buku berkenaan selepas akhir PdP
dijalankan. Buku itu akan diletakkan di atas meja guru.
Buku penggunaan bilik sains
LAPORAN PENGURUSAN ASET
Terdapat banyak peralatan yang terdapat di makmal. Terdapat 8 buah meja dalam setiap bilik
sains. Terdapat 4 bangku di bilik makmal sains 1 dan yang lainnya ialah kerusi plastik. Manakala
dalam makmal sains 2 terdapat 38 buah bangku kayu dan 15 buah kerusi plastik.
Meja dan kerusi
Terdapat 4 kipas dan 12 lampu pada setiap bilik sains.
Lampu dan kipas
Terdapat banyak peralatan yang terdapat pada bahagian setor bilik sains antaranya ialah terdapat
12 bikar besar , 17 bikar sederhana besar dan 15 bikar kecil. Terdapat 12 silinder penyukat.
Terdapat 8 dulang kecil dan 8 dulang besar. Terdapat 15 batang termometer makmal.Penunu
bunsen pula terdapat 23 buah.
Peralatan yang terdapat di bilik sains
Terdapat 2 rak menyimpan peralatan. Terdapat 1 meja penyediaan bahan beserta 2 almari kaca
dan 2 singki pada bilik penyediaan. Terdapat 1 kabinet yang panjang dalam setiap bilik sains.
Terdapat satu peti sejuk
Peralatan di bilik sains
BORANG NOTA MINTA
Perkara:______________________
NO Nama Alatan Kuantiti Harga Jumlah
1 Solar stimulator 1 set RM290.00 RM290.00
2 Model pergerakan bumi ,bulan dan
matahari 1 set RM270 RM270
3 Periskop 5 set RM180 RM900
4 Kitar hidup haiwan 1 set RM380 RM380
5 Tiga warna primer cahaya 1 set RM280 RM280
6
7
8
9
10
Jumlah keseluruhan RM2,120
Disediakan oleh: Disahkan oleh
…………………….. …………………………………
Pn Shela a/p Tanggapan) En Rimi b Abd Jalil
GPK1 SKSJ
Isi KANDUNGAN
1 Isi kandungan
2 Biodata
3
Borang maklum balas Kerja Khusus
4
Penghasilan alat pentaksiran pemerhatian
5
Penghasilan produk
6 Penghasilan analisis
7 Lampiran
Recommended