View
269
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN
POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
Matlamat utama penyediaan Laporan Aktiviti Perpustakaan Politeknik Balik
Pulau 2010 adalah untuk memaklumkan tentang aktiviti—aktiviti yang diadakan
dengan jayanya oleh unit perpustakaan. Selain itu, laporan ini juga membuktikan ba-
hawa Perpustakaan Politeknik Balik Pulau begitu bersungguh—sungguh dalam men-
jalankan aktiviti—aktiviti galakan membaca walaupun mempunyai kekangan ruang
perpustakaan yang terhad. Akhir sekali, diharapkan aktiviti—aktiviti yang dijalankan di
Perpustakaan Politeknik Balik Pulau dapat dikongsi bersama.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA PELAJAR BARU
Taklimat perpustakaan kepada pelajar baru diadakan pada Minggu Suai Kenal pada setiap sesi
pengambilan pelajar baru. Bagi sesi Januari 2010, taklimat diadakan pada 13/01/2010, sesi Jun
2010 taklimat diadakan pada 23/06/2010 dan sesi November pada 3/12/2010. Sesi taklimat ini
dikendalikan oleh Pustakawan, Pn. Nor Asma bt Mohd Boniyamin dan dibantu oleh Penolong
Pegawai Perpustakaan Cik Normawati bt Md Zain serta dua orang Pembantu Perpustakaan iaitu
Cik Faizatulsyima bt Merikan dan Pn. Safinah bt Che Man.
Taklimat ini antara lain bertujuan untuk :
a. Pendaftaran keahlian
b. Mendedahkan pelajar baru tentang peraturan, bayaran denda serta kemudahan dan
perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan.
c. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat di perpustakaan dengan ce-
pat dan berkesan.
d. Mendidik disiplin pelajar semasa berada di perpustakaan sekaligus melahirkan rasa
tanggungjawab di kalangan pelajar.
PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2010
1.0 PENGENALAN
Program Galakan Membaca 2010 merupakan program yang diadakan bagi melaksanakan
Dasar Negara Bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat. Di peringkat Politeknik Balik
Pulau, aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan sasaran pengguna iaitu
terdiri daripada pelajar dan staf politeknik.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
2.0 OBJEKTIF PROGRAM GALAKAN MEMBACA POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
Pelaksanaan program ini di Politeknik Balik Pulau adalah untuk memenuhi objektif – objektif
Berikut:
Memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan staf politeknik, sekaligus membu
dayakan minat membaca di dalam kehidupan masing - masing.
Mempelbagaikan aktiviti perpustakaan sebagai medium penyampaian maklumat yang
berkesan kepada pelajar.
Menjadikan perpustakaan sebagai medium perkongsian ilmu dengan kaedah yang menyer-
onokkan.
Mengeratkan silaratulrahim di antara staf perpustakaan dan warga politeknik.
Melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan bekerja secara berpasukan serta
menghormati pandangan orang lain
3.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
PERADUAN TEKA BERAT BUKU
27/4/2010— 30/4/2010 KUIZ INFO HUNT 03/05/2010
PERTANDINGAN CONGKAK 08/05/2010
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010
1.0 PENGENALAN
Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan se-
luruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini
menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah di-
capai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih men-
jadi bangsa yang maju dan moden. Bersesuaian dengan tema kemerdekaan ke 53 iaitu 1Malaysia
Menjana Trasformasi menjadi langkah pertama bagi warga hari ini mencipta kejayaan dalam pel-
bagai bidang baik dari segi intelektual mahupun spiritual. Menyedari hakikat ini, maka Unit Per-
pustakaan mengambil langkah pertama dengan mengadakan Program Bersama Menghayati Ke-
merdekaan 2010.
2.0 OBJEKTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010
Beberapa objektif telah digariskan antaranya ialah:
Meningkatkan nilai patriotisme dalam diri warga Politeknik Balik Pulau (PBU)
Mengukuhkan jatidiri dan semangat perpaduan di kalangan warga PBU
Memperkasakan semangat kesukarelaan di kalangan warga PBU dalam hal—hal kemasyarakatan
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
3.0 AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIJALANKAN
KUIZ KEMERDEKAAN 2010
Seramai 23 orang pelajar telah menyertai Kuiz Kemerdekaan 2010 yang diadakan ber-
mula 18/08/2010 hingga 26/08/2010. Soalan kuiz yang disediakan adalah merangkumi
10 soalan objektif dan struktur yang mana berkisarkan tentang Negara Malaysia. Ia
juga bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan kuiz ini iaitu memberi pengetahuan kepa-
da pelajar tentang sejarah penubuhan Malaysia sekaligus memupuk rasa cintakan
tanahair.
MERDEKA CORNER
Merdeka Corner merupakan pertandingan yang terbuka kepada semua staf politeknik
untuk turut serta dalam menyediakan sudut kesedaran di aras masing – masing. Per-
tandingan tersebut dinilai berdasarkan kerjasama antara kakitangan, kreativiti dan nilai.
Merdeka Corner diadakan bermula dari 16/08/2010 hingga 30/08/2010.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PERADUAN TEKA BENDERA
16/08/2010 – 23/08/2010 – Telah berlangsungnya Peraduan Teka Bendera yang diada-
kan di ruang legar Perpustakaan Politeknik Balik Pulau. Peraduan yang dilaksanakan
secara santai itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar. Ini
kerana seramai 70 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar politeknik iaitu
150 orang telah mengambil bahagian. Peraduan Teka Bendera yang bertujuan antara
lainnya menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan dan memupuk semangat
persaingan secara sihat dikalangan peserta turut mendapat sambutan baik oleh staf
dan pensyarah politeknik.
TAYANGAN GAMBAR KEMERDEKAAN
18/08/2010 – 20/08/2010 – Berlangsungnya sesi Tayangan Gambar Kemerdekaan yang
diadakan oleh Unit Perpustakaan telah berjaya mencuri minat pelajar Politeknik Balik
Pulau. Sesi tayangan berkenaan diadakan selama 3 hari dengan menayangkan 3 buah
filem yang berkisarkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Filem Embun, Filem
Sergeant Hassan dan Filem 1957 : Hati Malaya.
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
PERSIAPAN TEMPAT DI SURAU AN— NUR, SUNGAI NIBONG
ANTARA TETAMU YANG HADIR KE
MAJLIS PELANCARAN KELAB RUKUN
NEGARA, SAMBUTAN KEMERDEKAAN
2010 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ………...
TIMBALAN PENGARAH,
PENGARAH , PENYELARAS
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
2010 DAN PENASIHAT KE-
LAB RUKUN NEGARA
DOA DIBACAKAN OLEH
EN SYAIFUL ANAS BIN IBRAHIM
PELAJAR MENYANYIKAN
LAGU TANGGAL 31 OGOS
SEMUA HADIRIN MENONTON TAYANGAN
KEMERDEKAAN DENGAN PENUH MINAT
UCAPAN ALUAN PENGARAH
EN. MOHD SOPIAN BIN
BAHAUDDIN
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010
Ucapan Aluan
Pengarah PBU
Ketibaan para
jemputan
Penyampaian hadiah Merdeka Corner:
Gambar 1 : Pemenang tempat per tama
Gambar 2: Pemenang tempat kedua
Gambar 3 : Pemenang tempat
ketiga 3 1 2
Pemenang Peraduan Teka Bendera.
Hadiah disampaikan oleh Dr. Mohd
Zahari bin Ismail ( Timb. Pengarah
PBU)
1 2
3 4
Gambar 1: Pemenang tempat
pertama Kuiz Kemerdekaan
Gambar 2 : Pemenang tempat
kedua Kuiz Kemerdekaan
Gambar 3 & 4: hadiah
penyertaan Pertandingan
Melukis Poster
Penyampaian
Cenderati kepa-
da Timbalan
Pengarah
Penyampaian
Cenderahati kepa-
da Pengarah
SEKITAR MAJLIS PELANCARAN KELAB KEUSAHAWANAN, SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN
HADIAH SAMBUTAN KEMEREDEKAAN 2010 PADA 8/10/2010
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
(NORMAWATI BT MD ZAIN) ( Dr.MOHD ZAHARI BIN ISMAIL )
Penolong Pegawai Perpustakaan Timbalan Pengarah
Politeknik Balik Pulau Politeknik Balik Pulau
Pulau Pinang. Pulau Pinang.
Tarikh : ……../……./2011 Tarikh : ……../……./2011
Recommended