View
260
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan
Citation preview
LAPANGAN On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
KELESTARIAN BANTUAN LUKIS MURAL DI MANSURAH
Projek Gelandangan MRA Akan datang MYCORPS II
Ramadhan semakin hampir
LAPANGAN 27-2013
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
KELESTARIAN
BANTUAN Malaysian Relief Agency (MRA)
merupakan sebuah organisasi bantuan
kemanusiaan yang masih hijau di
Malaysia ini. Kami ditubuhkan pada
tahun 2009 yang lalu, masih bertatih
dalam dunia kemanusiaan yang penuh
mencabar dan penuh dengan dugaan.
Namun sejak dari tarikh penubuhan
MRA, kami terus mengorak langkah,
maju kehadapan, tanpa menoleh ke
belakang dan terus mencari ruang dan
peluang untuk kami beroperasi.
Seperkara yang menarik untuk saya
kongsikan kali ini ialah apa yang kami
sebut sebagai kelestarian bantuan.
Apakah maksud kelestarian bantuan
ini?
Maksudnya ialah memastikan bantuan
yang kami berikan kepada sesuatu
komuniti itu dapat bertahan lama,
berupaya membantu mengubah ke-
hidupan penduduk setempat disamping
mempunyai jangka hayat yang
panjang, serta memberi manfaat
berterusan kepada mereka.
Antara contoh bantuan kami yang
berkonsepkan lestari ialah bantuan
Rumah Syukur MRA di Padang
Pariaman, Sumatera Barat. Sejak dari
bulan Oktober 2009 sehingga ke hari
ini, MRA masih lagi komited dalam
membantu membangunkan rumah-
rumah tersebut.
Walaupun telah tiga tahun bencana
berakhir, MRA merupakan antara
NGO yang masih terus bekerja mem-
bantu penduduk dikawasan bencana
tersebut.
Selain itu, kami turut membantu
komuniti setempat dengan membekal-
kan mereka dengan peralatan Mesin
menjahit, barang mentah termasuk kain.
Sehingga kehari ini projek tersebut terus
berjalan dengan lancar.
Di Pakistan pula, banjir besar 2010 yang
membawa kerosakan skala besar di
seluruh wilayah utara Pakistan telah
membawa MRA untuk berkhidmat di
sana. Selain dari memberikan bantuan
kecemasan dan perubatan, kami telah
berjaya membangunkan Rumah
Syukriah buat 80 keluarga mangsa
banjir yang terjejas teruk . Kami turut
membangunkan puluhan pam air yang
memberikan manfaat kepada puluhan
kampung disana.
Disamping itu, kami turut membantu
membiayai gaji guru-guru di sebuah
sekolah di Batagram (kawasan
pergunungan). Bantuan yang tidak
seberapa ini dalam diam telahpun ber-
jalan untuk tempoh masa hampir 2
tahun.
Selain itu, program lestari kami turut
berlaku di Thailand, Sri Lanka,
Myanmar dan Somalia. Ini tidak lain
dan tidak bukan bagi menyatakan betapa
seriusnya kami dalam melaksanakan
tugasan dan kerja-kerja bantuan
kemanusiaan ini.
Biarlah usaha kami ini berskala kecil
sahaja tetapi memberikan impak dan
ingatan berkekalan daripada para
penduduk tempatan. Ayuh! Mari lestari-
kan bantuan kita kepada ummat.
MOHD SHAHRULAZILAN
Pengarah Eksekutif
Malaysian Relief Agency (MRA) ingin me
rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah
kepada para penuntut perubatan Malaysia di
Mesir yang menggelar diri mereka sebagai tim
`Make Them Smile` - MTS.
Tim MTS ini telah terlibat dalam membantu
menyiapkan satu projek lukisan mural di
dinding sebuah hospital kanak-kanak di
Mansourah, Mesir baru-baru ini.
Projek ini yang mengambil masa 12 hari,
melibatkan lebih dari 30 orang penuntut jelas
telah berjaya menambat hati kakitangan
hospital, termasuk kanak-kanak dan para
pesakit yang mendapatkan rawatan disitu.
Program ini merupakan suatu program yang
julung-julung kali diadakan oleh para penuntut
luar negara di Mesir. MRA merasa amat ber-
bangga mempunyai tim SAHABAT MRA yang
begitu kreatif, sensitif dan komited dalam usaha
membantu dan menggembirakan orang lain, ini
merupakan satu sifat yang wajar dicontohi.
Sebelum ini, tim MTS juga telah mengadakan
satu kerja amal melukis mural di Sekolah
Komuniti Rohingya kelolaan MRA di Cheras
Baru. Kesempatan bercuti di tanah air bersama
keluarga tercinta di kampung halaman sanggup
mereka korbankan, inilah semangat altruism
yang sangat membanggakan.
MRA mengalu-alukan sebaramg kerjasama
dengan mana-mana pihak yang ingin men-
jalinkan hubungan terutamanya dalam bidang
kesukarelaan dan bantuan kemanusiaan
samada didalam ataupun diluar negara.
Kami bersedia untuk memberikan sokongan
dan nasihat mengikut kepakaran dan ke
mahiran yang kami miliki. MRA adalah satu
organisasi yang sangat mudah untuk dihubungi
dan kami adalah organisasi massa, milik anda
semua.
Pintu kami sentiasa terbuka untuk semua
lapisan masyarakat, kami tidak bersifat elitis
apatah lagi ekslusif.
Make Them Smile 5.0
Menabur jasa dimana sekalipun berada
LAPANGAN 27 helaian 2
mengindahkan dinding hospital
Tim Make Them Smile yang digerakkan
oleh mahasiswa perubatan dari Malaysia
yang menuntut di universiti di Mesir
telah sudi untuk meluangkan masa
mereka menabur bakti dengan meng
indahkan dinding-dinding Sekolah
Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru
tidak lama dulu.
Sumbangan mereka ini telah membantu
menjadikan Sekolah Komuniti Rohingya
kembali ceria dan menarik, penuh warna
warni mendorong anak-anak Rohingya
untuk merasakan keseronokan datang ke
sekolah.
Lukisan yang begitu kreatif hasil cetusan
ide para mahasiswa itu sendiri ditambah
dengan penggunaan serta pemilihan
warna yang menarik menjadikan suasana
di bilik darjah begitu hidup dan selesa.
Selain dari menghasilkan lukisan mural
yang begitu kreatif, mereka turut mengha-
silkan buku ala-ala komik juga t-shirt yang
membangkitkan inspirasi dan semangat
altruism di kalangan anak muda.
Kumpulan ini dianggotai oleh lebih dari 40
orang pelajar perubatan telah terlibat den-
gan beberapa projek lukisan mural didalam
dan diluar negara. Selain dari Sekolah Ko-
muniti Rohingya, mereka telah pernah juga
melukis di dinding beberapa buah premis
dan terbaru ialah di sebuah Hospital di
Mansurah, Mesir.
Walaupun berada jauh dirantau orang, anak
-anak muda ini tahu bagaimana untuk
membawa diri mereka disana. Budi bahasa,
adab sopan serta sikap ringan tulang pasti-
nya akan membuatkan mereka diterima dan
disayangi oleh masyarakat setempat.
Kerjasama berkumpulan asas kejayaan
LAPANGAN 27 helaian 3
Mengenalpasti kerusi yang rosak
Membaiki kerosakan pada kerusi yang dikenalpasti
Bersama kerusi yang telah dibaiki dan dicat baru
Sebahagian dari tim MTS yang terlibat dalam projek ini Masa makan jangan dilupa
Ceria dalam melukis
Sempat berposing dengan tangga Tanpa mengira penat dan lelah Warna yang digunakan
LAPANGAN 27 helaian 4
MENGEMAS BILIK OPERASI MRA
`INCLUSIVE INNOVATION ROUNDTABLE` DI UTM
Bilik Operasi MRA yang terletak di Sekretariat MRA di
Kampung Baru, begitu sesak dengan pelbagai barang,
seperti barangan pameran, barangan sumbangan orang
ramai, peralatan bencana, peralatan pembersihan dan
macam macam lagi. Kesibukan menguruskan pelbagai
misi yang bersilih ganti menyebabkan kami agak lama
tidak mengemas bilik ini.
Satu program pembersihan Bilik Operasi telah dirancang
bagi memastikan bilik ini kembali kemas dan teratur.
Justeru itu, sekumpulan SAHABAT MRA telah tampil
menawarkan bantuan dan tenaga mereka untuk membantu
mengemaskan bilik tersebut.
Kerjasama mengemaskan bilik operasi MRA
ini amat kami hargai dan sanjungi. Semangat
yang ditunjukkan oleh SAHABAT MRA amat-
lah membanggakan, mereka telah membantu
menjadikan secretariat MRA kembali ceria dan
kemas.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua SAHABAT yang terlibat,
semoga bantuan yang kalian berikan mendapat
keredhaan dan ganjaran dari Allah SWT.
MRA telah dipelawa untuk turut serta dalam per
temuan meja bulat bagi membincangkan berkaitan
isu inovasi keterangkuman (inclusive innovation)
anjuran UTM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-
baru ini.
Keterlibatan MRA dalam pertemuan ini adalah berdasarkan
rekod pembabitan kami dengan kerja-kerja bantuan kepada
para pelarian didalam dan diluar negara. Kami pastinya akan
mengetengahkan ide yang bernas dan bermanfaat bagi perbin-
cangan meja bulat ini.
sepahnya
Nasib baik ada SAHABAT yang muda bertenaga
LAPANGAN 27 helaian 5
MRA telah dijemput oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk turut
serta meraikan kunjungan oleh MRSM Alor Gajah ke IIM. Kami telah
dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai aktiviti bantuan ke-
manusiaan yang kami lakukan didalam dan diluar negara kepada para
peserta yang hadir dalam kunjungan tersebut. Kami turut menerima
Sijil Penyertaan sempena program `Integrity Champion Challenge` yang
diadakan baru-baru ini di Muar, Johor.
HARI TERBUKA
Cik Farhana dan Cik Siti Zaharah telah sudi meluangkan lapang mereka untuk membantu MRA menjaga booth ini sepanjang program berjalan, terima kasih kami ucapkan atas komitmen yang diberikan.
Masjid Saidina Ali, Kg. Pandan
SOCIAL PROJECT MRA
FA
RH
AN
A
SITI Z
AH
AR
AH
LAPANGAN 27 helaian 6
Projek GELANDANGAN
Sekumpulan 30 orang anak muda telah sanggup meluangkan masa mereka untuk sama-sama
terlibat dalam program gelandangan MRA di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka
telah turut terlibat dalam proses penyediaan makanan seperti membeli, membersih termasuk
memasak makanan yang bakal diedarkan kepada pihak gelandangan malam hari nanti.
Menyiapkan lauk pauk
Membungkus lauk pauk
Menyusun ikut lokasi penghantaran
LAPANGAN 27 helaian 7
Sdr. Rezaidi sedang menyusun makanan bermasak yang telah
s iap dibungkus . Makanan ini akan diagihkan kepada para gelandangan yang bakal ditemui disekitar kawasan Pasar Tani.
Sdr. Johari sedang memberikan taklimat akhir kepada semua
SAHABAT MRA yang terlibat sebelum mereka memulakan
program edaran makanan kepada para gelandangan malam tersebut.
Sdr. Khairil dan isteri,
Puan Hashimah turut hadir membantu dan
bersama-sama dengan SAHABAT MRA meng edarkan makanan b e r m a s a k y a n g disediakan disekitar kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur.
prihatin
tekun
ikhtiar
LAPANGAN 27 helaian 8
MELATIH IBUBAPA GERAKERJA TERAPI PERGERAKAN
MYCORPS membantu Sekolah Pelarian SOMALIA di Setapak
MRA sekali lagi tampil menganjurkan kelas khas bagi melatih senaman dan gerakerja un-
tuk membantu ibubapa dalam melatih anak-anak mereka untuk bergerak.
MRA dengan kerjasama ibubapa dan jurulatih terapi pergerakan seringkali menganjurkan
kelas sebegini bagi memberikan latihan dan kursus berterusan kepada ibubapa dan ahli ke-
luarga kanak-kanak yang memerlukan terapi khas ini. Kami mengalu-alukan kehadiran le-
bih ramai ibubapa bersama anak mereka ke program sebegini dimasa-masa akan datang.
Tim Sukarelawan Negara, MYCORPS terus menaburkan jasa
walaupun tidak didendang dalam mana-mana media atau akhbar.
Kali ini, mereka dengan kerjasama penuntut dari UNITAR telah
membantu menceriakan suasana persekolahan di Sekolah
Pelarian Somalia yang bertempat di Setapak, Kuala Lumpur
Sekolah yang telah ditubuhkan sejak
tiga tahun yang lalu ini mempunyai
lebih daripada 40 orang pelajar dan
dibantu oleh beberapa orang guru yang
berkhidmat secara sukarela.
Ibubapa mempelajari teknik yang betul Kaedah terkini yang amat berkesan
Khusyuk mendengar taklimat
Mewarna bersama
LAPANGAN 27 helaian 9
INFO KORPORAT
VISI
MISI MOTO
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perbankan
Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB
20/2010) merupakan sebuah organisasi
bantuan kemanusiaan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. Sejak dari penubuhannya
pada 2009, MRA telah membantu melalui
progam bantuan kecemasan ke negara-
negara yang ditimpa musibah, bencana
alam, bencana buatan manusia dan
program pembangunan komuniti dialam
dan diluar negara
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling
Bermanfaat Kepada Orang Lain
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 60 3 2697 2007
Faks: 60 3 2692 2002
Emel: admin@mra.my
Sawang: www.mra.my
Facebook: malaysianreliefagency
Twitter: malaysianrelief
Youtube: malaysianrelief
Menjadi sebuah badan bantuan
kemanusiaan yang efektif dan efisien
dalam membantu mereka yang
memerlukan
Memastikan pengurusan bantuan
yang cekap dengan mengaplikasikan
nilai-nilai murni seperti profesionalisme,
komitmen, kerjasama, tidak me-
mentingkan diri, penyayang.
Membangunkan dan melatih kemahiran
dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan
termasuk kemahiran teknikal, jaringan
perhubungan, pengenal pastian
masalah, penyediaan kertas kerja
projek dan pelaksanaan, pencarian
dana serta pengurusan.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
Wakil MRA Myanmar, Sdr. Shahid melawat
pelarian Rohingya di Phang Nga, Thailand
LAPANGAN 27 helaian 10
BERSIAP UNTUK MYCORPS II Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) sedang bersiap siaga
untuk meneruskan inisiatif
MYCORPS yang bakal menyak-
sikan kemasukan batch kedua
MyCORPS yang dijangka akan
dilakukan pada bulan Jun nanti.
Satu sesi percambahan fikiran
telah diadakan di Pusat Belia dan
Sukan, Rompin, Pahang bagi
membincangkan beberapa isu
penting yang perlu diperhalusi
lagi sebelum perlaksanaan
sebenar berlaku.
Pengambilan batch kedua ini akan
dibantu oleh ahli-ahli MyCORPS
batch pertama yang telah me
namatkan tugasan lapangan
mereka di peringkat antarabangsa.
Mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh
En. Abdul Aziz
Abdul Rahman dan
turut dihadiri oleh
para pegawai KBS
d a r i Bah ag i an
Sukan dan Rekreasi.
Sebelum ini, hanya
Bahagian Rakan
Muda yang terlibat
dalam inisiatif ini.
Dari segi pembabitan NGO pula, dua buah organisasi
bantuan kemanusiaan telah terlibat dalam membantu
menjayakan siri MyCORPS kali ini iaitu Yayasan Salam
Malaysia (SALAM) dan Malaysian Relief Agency (MRA).
MRA amat berbangga kerana terus dapat turut serta didalam
membantu melatih seterusnya melahirkan kumpulan
sukarelawan elit negara yang bakal mewarnai dunia bantuan
kemanusiaan di Malaysia ini kelak.
Batch pertama MYCORPS akan memainkan peranan lebih banyak dalam melatih Batch Kedua MYCORPS
LAPANGAN 27 helaian 11
Pengambilan batch kedua ini akan dibantu oleh ahli-ahli
MyCORPS batch pertama yang
telah menamat-kan tugasan
lapangan mereka diperingkat
antarabangsa.
Hilux MRA terus gagah berbakti Perjalanan pulang dari Rompin ke Kuala
Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur
diiring dengan hujan lebat yang berterusan.
Cuaca yang agak mendung dan suram ini
memaksa kami untuk memandu dengan
lebih berhati-hati kerana jalan licin dan
merbahaya.
Ketika melewati Kampung Awah, Lebuhraya
Pantai Timur, pada laluan bertentangan,
Kuala Lumpur ke Kuantan, kami telah ber-
henti untuk membantu satu kemalangan
yang baru sahaja berlaku melibatkan seorang
pemandu wanita melanggar besi tengah
penghalang jalan menyebabkan kereta
tersebut melintang di tengah jalan, kami telah
bertindak pantas, menyeberang lebuhraya
dan membantu mengawal lalulintas sehingga
bantuan dari peronda lebuhraya tiba.
Tidak lama kemudian,
kami sekali lagi berhenti
dalam hujan lebat, tetapi
kali ini bagi membantu
seorang penunggang moto-
sikal yang kehabisan min-
yak yang kelihatan sedang
menolak motorsikalnya.
Kami telah mengangkat
dan meletakkan motor be-
liau keatas Hilux dan
menghantarnya sehingga
ke Stesen Petronas di
Genting Sempah. Per-
jalanan kami seterusnya
berjalan dengan lancar dan
Alhamdulillah, selamat.
Kehabisan Minyak, kami mempelawa beliau untuk menaikkan motor ke belakang Hilux kami
Sdr. Fadhil di lokasi kemalangan
LAPANGAN 27 helaian 12
SAHABAT dari Singapura, memperkukuh silaturahim
Saudara Abu Bakar, salah seorang SAHABAT MRA
dari Singapura telah berkelapangan untuk datang mela-
wat dan meninjau perkembangan pelarian Rohingya di
Malaysia tempohari.
Pertemuan kami dengan beliau pada kali pertamanya
adalah di Sitwe, Arakan dimana beliau telah hadir men-
yalurkan bantuan melalui MRA kepada para pelarian
dan mangsa kepada konflik yang melanda di Arakan.
Sepanjang berada di sana, kami turut melalui be-
berapa detik yang mencemaskan dan mendebarkan
yang telah merapatkan lagi hubungan kami.
Dalam kunjungan kali ini, selain dari berkunjung ke
Sekolah Komuniti Rohingya kelolaan MRA, beliau
turut melawat dan bertemu dengan komuniti Rohin-
gya di Madrasah Hamidiah kelolaan organisasi Mus-
lim Aid di Selayang Baru.
Terima Kasih atas sumbangan periuk nasi elektrik Sdr. Abu Bakar, komited untuk membantu
LAPANGAN 27 helaian 13
Saudara Abu Bakar, sebelum ini telah terlibat
dengan pelbagai program berbentuk pemban-
gunan komuniti dan bantuan kecemasan. Sebe-
lum ini beliau telah pernah terlibat dengan pro-
gram bantuan di Acheh, bantuan kemanusiaan
dan kecemasan kepada mangsa gunung berapi di
Gunung Merapi, bantuan kemanusiaan di pen-
dalaman Indonesia dan berbagai-bagai lagi bentuk
bantuan.
Seorang yang mudah mesra, trade mark beliau
ialah sambal kacang ikan bilis untuk misi-misi di
negara yang sukar mendapat makanan halal.
Dalam kunjungan ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru, Sau-
dara Abu Bakar telah sudi menyumbangkan beberapa bantuan dan sumbangan
antaranya ialah sebuah periuk nasi untuk kapasiti makanan 60 orang. Yang
menariknya, beliau yang telah memilih, membeli dan membawa periuk terse-
but ke sekolah kami.
Bersama anak-anak Rohingya di sekolah bawah kelolaan Muslim Aid di Selayang
Bertemu Sdr. Muhammad, Muslim Aid
LAPANGAN 27 helaian 14
POST NATURAL DISASTER MANAGEMENT
PRACTITIONERS WORKSHOP FOR ASIA
14th
– 16th
April, 2013, Bangkok, Thailand
Wakil Afghanistan dan wakil dari Myanmar
Dihadapan pintu masuk pusat latihan
Para peserta bergambar bersama para pembentang kertaskerja dan tim pelaksana program
LAPANGAN 27 helaian 15
MRA telah diberikan penghormatan
untuk menghantar wakil bagi turut
serta dalam sebuah bengkel ker-
jasama serantau yang dianjurkan
oleh Asian Resource Foundation
(ARF).
MRA turut diminta untuk memben-
tangkan satu presentasi berkenaan
Kerjasama Bantuan Kemanusiaan
Merentas Sempadan berdasarkan
kepada pengalaman yang dimiliki
oleh MRA sepanjang bergelumang
dalam kerja-kerja bantuan kemanu-
siaan di dalam Malaysia dan di luar
negara, sebagai perkongsian bersama
agensi-agensi bantuan kemanusiaan
dari negara Asia yang lain.
MRA telah diwakili oleh Pengarah
Eksekutif, Sdr. Shahrul didalam
bengkel ini. Beliau telah men-
yediakan presentasi seperti yang
dikehendaki dan telah memben-
tangkannya didalam majlis tersebut.
Kesempatan ini telah digunakan
dengan sebaiknya oleh MRA bagi
membina jaringan dan rangkaian
kerja dengan agensi-agensi serta
organisasi lain yang mempunyai
minat dan kecenderungan yang
sama dengan MRA dari negara-
negara lain seperti Afghanistan,
Pakistan, Sri Lanka, Indonesia,
Filipina, Myanmar, Thailand dan
Jepun.
Wakil dari Bangladesh
Prof. Omahe dari Jepun sedang berkongsi pengalaman
Jepun dalam Tsunami yang lalu
Point-point kerjasama yang dikemukakan oleh MRA
LAPANGAN 27 helaian 16
ZIARAH PENUNTUT UNITAR KE SEKOLAH ROHINGYA MRA
Tahniah diucapkan
kepada penuntut UNI-
TAR yang sudi berkun-
jung ke Sekolah Komu-
niti Rohingya MRA bagi
mengadakan majlis
ziarah untuk saling ke-
nal mengenal dan me-
mahami secara dekat
kemelut yang melanda
dikalangan pelarian Ro-
hingya yang terpaksa
melarikan diri dari ne-
gara asal dan tanah kela-
hiran mereka di Arakan,
Myanmar.
Kehadiran ini walaupun
singkat pastinya akan
menyemai semangat
untuk mereka terus
gigih belajar dan
menuntut ilmu. Mereka
hanya akan dapat mem-
bina kehidupan yang
baik dan berjaya
sekiranya dapat menca-
pai kejayaan dalam
bidang pelajaran, tiada
jalan singkat dan pintas
untuk ini. Semoga ke-
hadiran penuntut UNI-
TAR dapat menyemara-
kan semangat mereka
ini.
Keprihatinan anda amat kami hargai
Anak-anak Rohingya amat menghargai sokongan anda
LAPANGAN 27 helaian 17
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Kempen tahunan Ramadhan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA)
Tahun lalu, Alhamdulillah, bantuan Ramadhan yang
kami terima melalui kempen Dekat Di Mata Lekat Di
Hati telah berjaya kami salurkan kepada mereka yang
memerlukan di dalam dan di luar negara.
Sejumlah dana yang kami terima telah dihantar ke
wilayah bergolak yang begitu memerlukan bantuan,
Wilayah Arakan, manakala yang lainnya telah diagih-
agihkan ke Selatan Thailand dan Kemboja. Manakala
didalam negara pula, dana yang kami perolehi telah
diagihkan kepada komuniti Orang Asli, Pelarian dan
Saudara Baru.
Seperti kebiasaannya, kami mengalu-alukan sumban-
gan orang ramai, para dermawan dan hartawan yang
begitu pemurah agar dapat terus menyumbang kepada
mereka yang memerlukan dengan cara menyalurkan
bantuan tersebut melalui MRA.
Tahun ini, kami berhasrat untuk meneruskan bantuan
yang telah kami berikan kepada kelompok yang te-
lah kami bantu sebelum ini, agar ianya dapat mera-
patkan lagi hubungan silaturahim dan persaudaraan
sesama kami.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
Sumbangan, sedekah dan derma Ramadhan anda
amatlah kami hargai dan alu-alukan:-
LAPANGAN 27 helaian 18
ga
rism
asa– M
isi
Ban
jir
Uta
ra (
Ked
ah
da
n P
erli
s)
Gabungan anak-anak muda dan veteran dalam tim SAHABAT MRA semasa Banjir Utara 2011
Gadis-gadis aktivis, bergambar depan lori sahaja.. Cool… Banjir Utara 2011
LAPANGAN 27 helaian 19
Berarak awan hari nan mendung Tegak berdiri pohon selasih Anak orang lagi dikendong
Anak sendiri kan dipeluk kasih
Recommended