View
179
Download
13
Category
Preview:
Citation preview
KURSUS PENGACARAAN MAJLIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR
3 – 4 OKTOBER 2017
Oleh : SITI SALAMAH MOHD SHIHAB KETUA PENTADBIRAN UTMKL
ADAKAH ANDA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PENGACARA MAJLIS
SEPERTI :
DATO’ MAHADZIR LOKMAN
DATUK AZNIL HJ NAWAWI
World Best Talkshow
Malu
Takut/Gementar
Yakin dan Teruja
JENIS-JENIS MAJLIS
1. Majlis Penuh Istiadat
2. Majlis Rasmi dan Formal
3. Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal
4. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal
5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal
PERANAN PENGACARA MAJLIS
1. Mengawal /memimpin majlis Majlis tidak boleh dimulakan selagi juruacara tidak
memulakannya dan majlis tidak akan tamat selagi tidak diumumkan olehnya.
2. Membuat pengumuman Membuat pengumuman apa yang berlaku mengikut aturcara
majlis yang ditetapkan bertujuan untuk memberitahu hadirin 3. Memberi panduan
Kepada mereka yang mengambil bahagian iaitu bila hendak mula
berucap dan sebagainya.
CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS YANG BAIK
1. Mempunyai suara yang baik dan lunak didengar
2. Berani 3. Berilmu/pintar 4 Fasih dalam penggunaan bahasa serta terang dan jelas sebutannya
dan tidak pelat. Kelajuan percakapannya hendaklah sederhana. Intonansi suara disesuaikan dengan bentuk majlis
5. Tidak cacat anggota supaya mudah menjalankan tugasnya 6. Tidak gugup atau darah gemuruh 7 Tidak panik jika berhadapan dengan pelbagai situasi
-sambungan
8. Tahu menggunakan budi bicara 9. Sentiasa bersifat sabar 10. Tidak berwatakan serius 11. Mempunyai pengetahuan asas mengenai adat istiadat protokol dan etiket 12. Penulis skrip yang baik/kreatif
13. Membuat persiapan awal/rehearsal/latihan 14. Datang awal, balik lambat NILAI TAMBAH : mesra, boleh berjenaka, boleh menyanyi dan terkenal
KETRAMPILAN PENGACARA MAJLIS
1. Pakaian bersesuaian/mengikut jenis majlis/ditetapkan oleh penganjur
2. Kasut – Mudah bergerak
3. Bersih, kemas
4. Sesuai dandanan dan aksessori – Minimum dan tidak keterlaluan
5. Cara berdiri
6. Air muka dan bahasa badan
PENGAWALAN SUARA
1. Teknik pernafasan
2. Latihan vocal
3. Nada – Ketinggian, kelajuan dan kekuatan
4. Sebutan jelas dan terang
5. Intonansi
6. Teknik jeda ( pause).
INTONASI
1. SAYA tinggal di Malaysia
2. Saya TINGGAL di Malaysia
3. Saya tinggal di MALAYSIA
4. Saya tinggal di Malaysia
JEDA (PAUSE)
Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran YAB
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang
kita kasihi ke Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur bagi merasmikan
Menara Razak UTM Kuala Lumpur.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) UTM telah mendapat peruntukan
sebanyak RM 1 Billion untuk pembangunan kampus Skudai dan Kuala Lumpur.
Sebanyak RM156 juta diperuntukkan untuk UTM Kuala Lumpur.
DYNAMIC DELIVERY
Hand Gesture
Stance
Eye Contact
Facial Expression
Voice Projection
TUGAS PENGACARA MAJLIS
SEBELUM MAJLIS 1. Mesyuarat/Berbincang dengan penganjur
2. Mendapatkan maklumat 5W 1H
• WHAT : Majlis/Upacara • WHEN :Tarikh, masa • WHERE :Tempat – sistem bunyi, terbuka/tertutup • WHY : Sempena apa • WHO :Tetamu Kehormat & Kumpulan sasar • HOW : Aturcara penuh • Floor Manager • Solo/Berpasangan • Raptai • Pakaian
‘
3. Melawat tempat
Kedudukan Juruacara – pandangan yang luas Akustik dewan – Tertutup /terbuka Peralatan teknikal – mikrofon berfungsi jangan menutup wajah dan ,
jangan terlalu dekat, pastikan speaker jangan bertentangan dengan mikrofon. Ketinggian rostrum dll.
Keperluan Juruacara – Kerusi, pengcahayaan dll
4. Menyediakan skrip
5. Hantar skrip untuk disemak
6. Membuat latihan/raptai/penyesuaian pasangan
7. Jaga kesihatan
8. Penyediaan pakaian/dandanan
TUGAS PENGACARA MAJLIS
SEMASA MAJLIS 1. Datang awal
2. Bawa bersama skrip yang kemas dan terang
3. Semak perubahan terkini dengan Floor Manager
4. Uji cuba mikrofon
5. Sediakan pen, air mineral/kerusi
6. Bertenang dan fokus
7. Sentiasa bersedia
8. Peka dengan Cue Master
‘
HARI PERISTIWA – 1 jam sebelum majlis
• Semak ‘check-list’
• Pakaian/Ketrampilan
• Suara
• Tempat JA
• Peralatan Teknikal
• Pertukaran Tetamu Kehormat (jika ada)
• Sediakan air
• Get into the mood
TUGAS PENGACARA MAJLIS
SELEPAS MAJLIS 1. Tunggu sehingga semua tetamu beredar
2. Dapatkan maklumbalas
3. Tonton semula rakaman
4. Buat catatan untuk penambah baikan akan datang
‘
KELEMAHAN JURUACARA
• Tiada perbincangan awal dengan penganjur
• Kurang persediaan
• Kurang bersemangat
• Kesesuaian bahasa
• Gemuruh
• Intonansi tidak sesuai
• Masalah peralatan teknikal
• Skrip/tulisan tidak kemas/kecil/bercelaru
• Tiada skrip back-up
‘
MENGATASI PERASAAN GEMURUH
• Bersedia dan berlatih
• Bertenang dan tarik nafas : jangan terburu-buru dan ada “pause”
• Yakin
• Senyum
• Tarikh perhatian penonton
PROTOKOL – PANGGILAN HORMAT DALAM PENGUCAPAN AWAM
PROTOKOL ( Bahasa Yunani ) Proto : Yang Pertama Kola : Pelekat
i. Tanda taraf atau status
ii. Peraturan dalam istiadat yang diterima oleh semua pihak
iii. Kepatuhan terhadap peraturan dan etiket rasmi
SUSUNAN PROTOKOL DALAM PENGUCAPAN AWAM
• Keutamaan Jawatan/Kedudukan
• Keutamaan Gelaran Kebesaran
PANGGILAN HORMAT (HONORIFIC) MENGIKUT PROTOKOL
Yang di-Pertuan Agong : DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong : DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultan/ Raja Memerintah : Berbeza ikut negeri/rujuk Protokol Istana Yang diPertua Negeri/Gabenor : Tuan yang Terutama Perdana Menteri : Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar/Ketua Menteri Isteri Perdana Menteri : Yang Amat Berbahagia Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar/Ketua Menteri Tun - Anugerah Seri Mahaaraja Mangku Negara (S.M.N) & Seri Setia Mahkota (S.S.M)
‘
Ahli Parlimen : Yang Berhormat (YB) Ahli Dewan Undangan Negeri Senator Anugerah Sultan Johor yang membawa gelaran Dato’ Ahli Parlimen : Yang Berhormat Mulia (YBM) Ahli Dewan Undangan Negeri Senator berketurunan Raja Duta/Pesuruhjaya Tinggi : Tuan Yang Terutama (His/Her Excellency) Ketua Hakim Negara : Yang Amat Arif Hakim : Yang Arif Ketua Jabatan : Yang Berbahagia Mufti : Sahibus Samahah
‘
SALUTATION/ADDRESS TO ROYALTY
His/Her Royal Highness - Your Royal Highness
His/Her Majesty - Your Majesty
Raja Muda/Tengku Mahkota - Yang Amat Mulia/Yant Teramat Mulia Anak Raja - Yang Mulia
PANGGILAN NAIB CANSELOR UTM
Panggilan hormat : YBhg. Gelaran bintang kebesaran : Datuk Gelaran akademik: : Prof. Ir. Dr. Nama : Wahid bin Omar Jawatan : Naib Canselor UTM
** Dalam dunia /majlis akademik, gelaran akademik boleh didahulukan. YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM
PEGAWAI KANAN UTM
1. Naib Canselor
2. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
3. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
4. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
5. Timbalan Naib Canselor (HEMA & Alumni)
** Susunan adalah mengikut kekananan lantikan
BERLATIH BERLATIH BERLATIH
PRACTICE MAKES PERFECT
Recommended