View
325
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
KOMPENI ASKAR WATANIAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
LAPORAN
PENYERTAAN PLATUN ASKAR WATANIAH
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KE
MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP (MalPTAAC)
SIRI 11/2016 TARIKH
5 - 19 NOVEMBER 2016
TEMPAT POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
1.0 PENGENALAN
Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MalPTAAC) merupakan
Kem Tahunan bagi Askar Wataniah Politeknik Malaysia. MalPTAAC bagi siri
11/2016 ini telah dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor dengan
kerjasama Markas Tentera Darat – Bahagian Pasukan Simpanan (MK TD –
BPS).
Program kolaborasi antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian
Pendidikan Tinggi ini merupakan salah satu program berimpak tinggi yang
menyokong konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti yang telah
ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.
2.0 LATAR BELAKANG
Khemah tahunan yang bercirikan latihan gabungan ini merupakan satu medan
yang terbaik bagi menguji tahap kesiapsiagaan, mengukur kemampuan dan
mempraktikkan pelbagai cabang ilmu ketenteraan dan awam setiap anggota
sukarela secara keseluruhan hasil daripada latihan yang telah dijalani selama ini
di rejimen masing-masing.
Aktiviti perkhemahan ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa Medan dan Fasa
Kem. Antara aktiviti semasa Fasa Medan adalah latihan medan di Hutan Simpan
Panti, Kota Tinggi di mana para anggota akan melaksanakan latihan peperangan
berkonsepkan Counter Insurgency Warfare (CIW) dan Pertandingan Menembak
Raifal M16 di Lapangsasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).
Aktiviti-aktiviti semasa Fasa Kem pula adalah seperti pertandingan kawad kaki
dan senjata, road relay, karnival sukan, aktiviti kerohanian, Malam Akrab,
lawatan ke Muzium PULADA dan Program Jiwa Murni di kawasan sekitar Pasir
Gudang.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
3.0 BUTIRAN AKTIVITI
3.1 Butiran Program:
i. Tempat : Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
ii. Peringkat : Kebangsaan
iii. Bil. Peserta PSIS : 35 anggota askar wataniah PSIS (23L, 12P)
iv. Bil. Pegawai Pengiring : 1 pensyarah (1L- Ust. Nahrawi Bin Kassim)
v. Bil. Anggota Rej. 502 : 2 pegawai (1L, 1P), dan 18 LLP (16L, 2P)
vi. Acara : Kawad Senjata, Menembak, Road Relay,
Sukan (Bola tampar, bádminton, petanque)
vii. Bil. Penyertaan : 17 Politeknik
3.2 Objektif Program:
i. Mengumpul dan menggabungkan anggota AW Politeknik Malaysia dalam
satu sesi latihan tahunan AW yang disatukan.
ii. Meningkatkan potensi dan kemahiran anggota AW melalui latihan tentera
yang berterusan dan sistematik.
iii. Membina dan meningkatkan semangat juang yang tinggi di kalangan
anggota AW melalui aktiviti yang dilaksanakan.
iv. Melatih anggota AW memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi
setaraf dengan anggota tentera terlatih.
v. Melaksanakan aktiviti AW selaras dengan misi dan visi organisasi ke arah
mencapai kecemerlangan berterusan.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
3.3 Justifikasi Penyertaan
Justifikasi menyertai Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp
(MalPTAAC) adalah:
i. Mewujudkan anggota yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang
mantap.
ii. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal anggota dalam Ilmu
Medan Perang (IMP) sesuai dengan penglibatan sebagai anggota
wataniah.
iii. Memberikan gambaran dan pengalaman pertama yang tidak ternilai
kepada para anggota AW-PSIS supaya lebih bersedia untuk mengharungi
siri MalPTAAC yang akan datang.
iv. Mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah dan Rejimen 502 AW.
3.4 Impak Program Antara implikasi ataupun impak langsung kepada setiap anggota setelah
menyertai perkhemahan tahunan ini adalah seperti pemupukan sikap dan
pemikiran positif, pendedahan kehidupan regimental dan disiplin tinggi
tentera, peneguhan kerjasama dalam kumpulan dan semangat juang
berterusan tanpa mengenal erti menyerah serta peningkatan patriotisma,
kemahiran ketenteraan, mental, fizikal dan rohani anggota.
3.5 Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 1)
3.6 Senarai Nama Anggota AW-PSIS
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
(Rujuk Lampiran 2)
4.0 KEPUTUSAN
4.1 Keputusan Keseluruhan
Secara keseluruhannya pasukan askar wataniah Politeknik Sultan Idris Shah
(AW-PSIS) berupaya menduduki tempat ke – 5 bagi MalPTAAC siri 11/2016.
Penting untuk diingatkan bahawa ini merupakan penyertaan julung kali AW-
PSIS.
Jadual 1: Kedudukan pasukan berdasarkan jumlah pungutan mata.
Bil Politeknik Jumlah Mata
Kedudukan
1. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)
88.82 1
2. Politeknik Seberang Perai (PSP) 85.41 2
3. Politeknik Merlimau Melaka (PMM) 75.76 3
4. Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) 75.10 4
5. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) 69.61 5
6. Politeknik Ungku Omar (PUO) 64.55 6
7. Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (PTSS) 61.73 7
8. Politeknik Muadzam Shah (PMS) 60.00 8
9. Politeknik Kuala Terengganu (PKT) 57.96 9
10. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) 55.88 10`
11. Politeknik Balik Pulau (PBU) 54.51 11
12. Politeknik Kuching Sarawak (PKS) 52.43 12
13. Politeknik Melaka (PMK) 47.96 13
14. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) 45.25 14
15. Politeknik Kota Bharu (PKB) 43.88 15
16. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 42.12 16
17. Politeknik Port Dickson (PPD) 40.78 17
Kehadiran AW-PSIS ini dilihat berupaya memberikan cabaran khususnya kepada
pasukan-pasukan tradisi seperti AW-POLIMAS, AW-POLISAS, AW-PUO dan
AW-PSP yang silih berganti menjadi johan keseluruhan MalPTAAC.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
4.2 Perincian Keputusan
Jadual 2: Perincian pencapaian mengikut kategori yang dipertandingkan.
Bil Kategori Sub Kategori Peringkat / Pencapaian
Catatan
1.
Kawad kaki & Senjata
Kawad kaki & Senjata Tempat ke - 5
Ketua Perbarisan JOHAN 6239349 LKPL MUHAMMAD SAIDI BIN ABD RAZAK
2.
Menembak
Praktis 1 (200m meniarap)
Tempat ke - 6
3. Praktis 2 (200m 4 kedudukan)
Tempat ke - 6
Jatuh Piring Kumpulan
4. Individu (200m 4 kedudukan)
JOHAN 6246064 PBT MUHAMMAD AIMAN BIN KOMARI
5. Road relay Road relay Tempat ke - 9
6.
Acara Sukan
Badminton Beregu (L) Semifinal Tempat ke - 4
7. Badminton Beregu (P)
Semifinal Tempat ke - 4
8. Bola tampar (L) Kumpulan
9. Bola tampar (P) Kumpulan
10. Petanque Triple Semifinal Tempat ke - 4
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
5.0 ULASAN PENCAPAIAN 5.1 Kawad Kaki dan Senjata
Pertandingan kawad kaki dan senjata ini dilaksanakan pada 9 November 2016
(Rabu) di Rejimen 501 (AW), Kem Tebrau, Johor Bahru. Kawad begitu sinonim
dengan tentera kerana aktiviti ini diyakini dapat membina tahap ketahanan
mental, fizikal dan disiplin tinggi disamping memupuk semangat berpasukan.
Setiap politeknik perlu menghantar seorang ketua perbarisan dan 30 anggota
bertanding (20L, 10P) serta menyediakan 4 anggota simpanan (2L,2P). Giliran
pasukan adalah berdasarkan cabutan nombor dan diadili oleh PTTK dari
pasukan dibawah naungan 7 Briged.
Gambar 1: Anggota AW-PSIS segak bersedia semasa pemeriksaan pakaian
dijalankan
Pertandingan bermula dengan pemeriksaan pakaian setiap kontinjen dan diadili
setiap bahasa hukuman dan pergerakan kawad daripada perjalanan masuk
padang, kawad kaki, kawad senjata, mara menghadap, teriakan gempur wira
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
sehinggalah berjalan keluar. Pasukan AW-PSIS telah menunjukkan mutu kawad
serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Bagi Pertandingan Kawad Kaki dan Senjata kali ini AW-PSIS berjaya menduduki
tempat ke-5 daripada 17 pasukan yang bertanding. Lebih manis lagi apabila
ketua perbarisan AW-PSIS iaitu 6239349 LKpl Muhammad Saidi Bin Abd Razak
dinobatkan sebagai Ketua Perbarisan Terbaik pertandingan.
Gambar 2: Anugerah Ketua Perbarisan Terbaik buat AW-PSIS
5.2 Menembak
Pertandingan menembak raifal M16 ini dilaksanakan pada 10 dan 11 November
2016 (Khamis dan Jumaat) di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA),
Kem PULADA, Ulu Tiram, Johor. Aktiviti ini akan menguji tahap kebolehan
anggota mengendali dan bertindak raifal M16 selain memberikan keyakinan
menembak kepada anggota askar wataniah. Terdapat 3 acara yang
dipertandingkan iaitu:
i. Praktis 1 – Menembak 20 butir (200m) meniarap dalam 3 minit
ii. Praktis 2 – Menembak 20 butir (200m) dalam 4 kedudukan
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
iii. Jatuh Piring – Menembak 5 butir (250m) dalam 2 kedudukan
Bagi pertandingan menembak kali ini AW-PSIS berjaya menduduki tempat ke-6
daripada 17 pasukan yang bertanding. Ianya merupakan satu keputusan yang
agak baik memandangkan majoriti anggota tiada pengalaman menembak.
Lebih memeranjatkan lagi apabila 6246064 Pbt Muhammad Aiman Bin Komari
dinobatkan sebagai Johan keseluruhan pertandingan menembak kategori
Praktis 2. Kategori Praktis 2 sebenarnya lebih sukar kerana penembak perlu
menembak dalam 4 kedudukan iaitu secara meniarap, duduk, melutut dan
berdiri.
Gambar 3: Johan keseluruhan bagi Praktis 2 daripada AW-PSIS
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
5.3 Road Relay
Pertandingan road relay pula dilaksanakan pada 12 November 2016 (Sabtu) di
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Bagi cabaran road relay ini pasukan AW – PSIS
dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil dengan setiap satu berkekuatan 4L dan 1P
tidak termasuk anggota simpanan 2L dan 1P (Total 14L & 4P). Setiap anggota
akan berlari sejauh 2.5KM sambil memikul beban Pack 2000 berisi 5 mess tin
pasir dan menyandang senjata M16. Disamping itu setiap kumpulan kecil ini juga
akan membawa 1 x Jerry Can berisi air penuh, 2 x tong peluru berisi pasir dan
tiang bendera serta bendera PSIS.
Gambar 4: Antara peralatan dan beban yang perlu di galas anggota.
Anggota juga perlu membuka dan memasang semula raifal M16 di check point
terakhir. Masa hanya dihentikan apabila tembakan berjaya dilepaskan oleh
anggota terakhir. AW-PSIS hanya menduduki tempat ke-9 daripada 17 pasukan
yang bertanding bagi Pertandingan Road Relay. Sesungguhnya pertandingan ini
memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang amat tinggi. AW-PSIS telah
menunjukkan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal menyerah walaupun
dengan keterbatasan fizikal mereka yang kecil.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Gambar 5: Semua pasukan tekun mendengar taklimat road relay oleh
sekretariat.
Gambar 6: Pasukan AW-PSIS sedang beraksi ketika pertandingan road relay. a)
berlari sambil memikul beban. b) checkpoint. c) membuka & memasang senjata.
a) b)
c)
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
5.4 Acara Sukan 5.4.1 Badminton
Acara badminton dipertandingkan secara kalah mati dalam kategori
beregu lelaki dan beregu wanita. Alhamdulillah kedua-dua pasukan
lelaki dan wanita AW-PSIS mara sehingga ke peringkat separuh
akhir sebelum kedua-duanya terpaksa berpuas hati di tempat ke-4.
Gambar 7: Pasukan badminton AW-PSIS sedang beraksi.
5.4.2 Bola Tampar
Acara bola tampar juga dipertandingkan secara kalah mati bagi
kategori lelaki dan wanita. Kedua-dua pasukan bola tampar AW-
PSIS terkandas di peringkat kumpulan lagi.
5.4.3 Petanque Triple
Acara petanque triple dilaksanakan secara format kalah mati di
peringkat kumpulan. Terdapat 3 kumpulan kesemuanya. Johan 3
kumpulan dan 1 naib johan kumpulan akan mara ke peringkat
separuh akhir. Pasukan petanque AW-PSIS menjuarai peringkat
kumpulan C dan mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas.
Pasukan petanque AW-PSIS bersyukur dengan tempat ke-4.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Gambar 8: Pasukan petanque AW-PSIS sedang beraksi.
5.5 Latihan Medan
Latihan Medan dilaksanakan pada 14 hingga 17 November 2016 (Isnin hingga
Khamis) di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi. Anggota akan melaksanakan
latihan berkonsepkan Perang Melawan Insurgensi ataupun Counter Insurgency
Warfare (CIW) dan mempraktikkan Ilmu Medan Perang (IMP) yang telah
dipelajari sambil dipantau jurulatih batalion masing-masing.
Gambar 9: Ustaz Nahrawi memimpin bacaan doa selamat sebelum pasukan
berangkat ke lokasi latihan.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Latihan Medan ini bercirikan keadaan sebenar dimana setiap anggota bergerak
dalam keadaan taktikal dan melaksanakan tinjauan ataupun recce dan
seterusnya kawad-kawad menduduki pangkalan mengikut grid reference peta
yang telah diberikan.
Gambar 10: Jurulatih pasukan memantau persiapan tempur yang dilakukan AW-
PSIS sebelum pasukan memasuki lokasi latihan.
Kawad-kawad berpangkalan yang perlu dilaksanakan meliputi tugas memutus
jalan bagi mengelirukan musuh, menduduki pangkalan, pemeriksaan perimeter
dan ronda pembersihan. Selesai AW-PSIS menduduki pangkalan, jurulatih
masuk memantau keadaan pangkalan yang siap dibina anggota sambil
memberikan tunjuk ajar dan menegur beberapa perkara yang perlu diperbaiki
dan diperkemas. Faktor keselamatan anggota dan disiplin medan adalah amat
dititikberatkan sepanjang latihan medan ini dilaksanakan.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Gambar 11: Anggota semboyan AW-PSIS melaksanakan radio check dan
menghantar situation report atau ringkasnya sitrep kepada markas taktikal.
Pada hari kedua latihan, satu pasukan ronda tempur berkekuatan 10 anggota
telah diaturgerak bagi mengesan kedudukan musuh sambil dipantau jurulatih.
Anggota turut dilengkapkan dengan peluru latihan. Anggota-anggota yang tinggal
di pengkalan akan membuat tugas-tugas pentadbiran seperti menggali tandas
dan lubang sampah, menggali kubu, memasang khemah, mengambil air dan
memasak.
Anggota AW-PSIS juga turut didedahkan dengan teknik serangan hendap.
Taklimat serang hendap dilaksanakan pada jam 1700 berdasarkan maklumat
yang diperolehi daripada pasukan ronda tempur. AW-PSIS dibahagikan kepada
3 kumpulan iaitu Penyekat Kanan, Penyekat Kiri dan Pasukan Membunuh. Pada
jam 1900 AW-PSIS mula memasuki kawasan serang hendap dan berjaya
membunuh musuh sekitar jam 0200 pagi.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Gambar 12: Anggota AW-PSIS bekerjasama menyiapkan model.
Pada hari ketiga latihan medan, sebahagian anggota telah ditugaskan untuk
menyiapkan model latihan yang menunjukkan keadaan muka bumi sebenar
petak peta khemah musuh berdasarkan tinjauan yang telah dilaksanakan
sebelum ini.
Gambar 13: Anggota AW-PSIS diberi pendedahan mengenai cara orientasi
model dan diberikan penyampaian perintah serangan khemah musuh.
Pada jam 1600 satu sesi penyampaian perintah serangan khemah musuh oleh
ketua platun telah dilaksanakan. Anggota AW-PSIS telah didedahkan secara
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
terperinci mengenai kedudukan, keadaan musuh, pergerakan serta kaedah
serangan yang akan dilaksanakan pada jam 0700 keesokan harinya.
Pasukan pembunuh melakukan serangan khemah musuh pada jam 1000
sebelum diperintah untuk atur semula dan keluar dari kawasan pertempuran.
Anggota kemudian pulang dan membersihkan pangkalan dari sampah serta
jejak. Latihan Medan berakhir pada jam 1100 dengan jaya dan anggota semua
berada dalam keadaan baik. AW-PSIS bertolak pulang ke PIS pada jam 1230.
Gambar 14: Anggota AW-PSIS bersiap sedia melaksanakan serangan dan
musuh-musuh bergelimpangan mati.
6.0 PENUTUP
Semoga penyertaan AW-PSIS ke MalPTAAC ini berupaya meningkatkan
kemahiran, keupayaan mental dan fizikal serta memberikan keyakinan kepada
para anggota serta mencapai objektif yang digariskan disamping memberikan
peluang kepada para anggota menimba sebanyak mungkin pengalaman dan
pengetahuan khususnya dalam aspek ketenteraan dan amnya dalam kehidupan.
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Disediakan oleh,
MOHD ZEID BIN ABU BAKAR
PEGAWAI PENASIHAT KOMPENI ASKAR WATANIAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH Disemak oleh,
MOHAMMED ILIAS BIN HARUN HABIB AMAD PATEL
KETUA UNIT KOKURIKULUM, SUKAN & KEBUDAYAAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
TENTATIF PROGRAM
LAMPIRAN 1
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
SENARAI NAMA ANGGOTA
BIL NO PKT NAMA TTP CATATAN
1. 7508680 KAPT MUHAMAD SANI BIN BUANG 01.12.2017 Pegawai Pasukan
2. 6246064 PBT MUHAMMAD AIMAN BIN KOMARI 23.04.2019 Peserta Lelaki
3. 6248614 PBT NUR SAMEEQEUL ALEEM BIN OSMAN 03.09.2019 Peserta Lelaki
4. 6248600 LKPL MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ISA 03.09.2019 Peserta Lelaki
5. 6250460 PBT AHSANOL HAKIM BIN MOHAMMAD SALEH 30.12.2019 Peserta Lelaki
6. 6252787 PBT ABDUL AZIZ BIN MOHAMMAD SALLEH 29.03.2020 Peserta Lelaki
7. 6255505 PBT MUHAMAD AMINUR RASYID BIN MAT RADZI 01.09.2020 Peserta Lelaki
8. 6255511 PBT MUHAMMAD AMIRUL NAIM BIN NOOR HISSHAM 01.09.2020 Peserta Lelaki
9. 6255512 PBT MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHAMED SAID 01.09.2020 Peserta Lelaki
10. 6255513 PBT MUHAMMAD KHAIRI BIN SALIHIN 01.09.2020 Peserta Lelaki
11. 6260182 PBT MUHAMMAD AFIF ANIQ BIN MOHAMAD 28.02.2021 Peserta Lelaki
12. 6255521 PBT MOHD HADI EZMIR BIN NOR JIMY 07.09.2015 Peserta Lelaki
13. 6255507 PBT YOGESWARAN A/L RAMACHANDREN 01.09.2020 Peserta Lelaki
14. 6260157 PBT MUHAMMAD KHAIRUL ANAM BIN CHE AHMAD 28.02.2021 Peserta Lelaki
15. 6260158 PBT MUHAMAD AMIRUL HUSNI BIN MARZUKI 28.02.2021 Peserta Lelaki
16. 6260155 PBT MUHAMMAD AKHMAL IZZAD BIN MASURUN 28.02.2021 Peserta Lelaki
17. 6260172 PBT MOHD HARIFFIN BIN YATIRAN 28.02.2021 Peserta Lelaki
LAMPIRAN 2
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
18. 6260183 PBT MUHAMMAD AMIRUL ILTIZAM BIN ISMAIL 28.02.2021 Peserta Lelaki
19. 6260154 PBT MOHAMAD SHAHRIN NAIM BIN MOHD SAZALI 28.02.2021 Peserta Lelaki
20. 6255514 PBT ADIEL ANUAR BIN MUHAMMAD NOR HAKIM 01.09.2020 Peserta Lelaki
21. 6255508 PBT HAMIRUL BIN MOHAMMAD MORSANI 01.09.2020 Peserta Lelaki
22. 6252791 PBT MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDUL MALIK 29.03.2020 Peserta Lelaki
23. 6239349 LKPL MUHAMMAD SAIDI BIN ABD RAZAK 11.04.2018 Peserta Lelaki
24. 6255509 PBT MOHAMAD AMIN BIN MEMAN 01.09.2020 Peserta Lelaki
25. 6248625 PBT NURUL HIDAYAH BINTI ROSLAN 03.09.2019 Peserta Perempuan
26. 6250451 PBT NURHAFIFA BINTI MOHAMAD ASRI 30.12.2019 Peserta Perempuan
27. 6248642 LKPL ZUHAIDAH BINTI MOHAMMED 03.09.2019 Peserta Perempuan
28. 6252804 PBT SITI NABILAH BINTI SALIM 29.03.2020 Peserta Perempuan
29. 6248611 PBT NUR LIYANA BINTI ZAINURIN 03.09.2019 Peserta Perempuan
30. 6252802 PBT NUR SYAMIMI AQILAH BINTI SHAHRIL WEE 29.03.2020 Peserta Perempuan
31. 6252797 PBT NUR AIDATUL AKMALIAH BINTI AGUS SALIM 29.03.2020 Peserta Perempuan
32. 6255517 PBT NURSYAFINA BINTI AHMAD AMIR 01.09.2020 Peserta Perempuan
33. 6260178 PBT NURAIN ARINA SOFEA BINTI AZLAN 28.02.2021 Peserta Perempuan
34. 6255499 PBT NOR SYAHADAH BINTI YAHYA 01.09.2020 Peserta Perempuan
35. 6260191 PBT NORADILAH AZWIN BINTI MOHD GHAZALI 28.02.2021 Peserta Perempuan
36. 6252790 PBT MAIZATUL BINTI MOHD KAMAL 29.03.2020 Peserta Perempuan
ANGGARAN PERBELANJAAN - Menggunakan dana tabung amanah pelajar (vote koko kredit)
BIL.
JENIS PERBELANJAAN
JUMLAH
(RM)
1.
YURAN PENYERTAAN 35 PELAJAR X 15 HARI 5-19 NOVEMBER 2016
RM 2,500.00
2.
MINUMAN LATIHAN & PERTANDINGAN
- AIR MINERAL (15 KOTAK)
STOR PUSAT
JUMLAH KESELURUHAN RM 2,500.00
LAMPIRAN 3
KOMPENI A (AW – PSIS), BATALION 3, REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH
Recommended