View
6.226
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
KEPIMPINAN INSTRUKSIONALMENJANA KEBERKESANAN
SEKOLAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
HOTEL SWISS INN SG PETANI18 – 21 DISEMBER 2006
Jatuh bangun sesebuah institusi / organisasi pendidikan sangat bergantung kepada
pengurus yang memimpin institusi / organisasi yang
berkenaan.
Kouzes dan Posner (1990) menyatakan bahawa pemimpin akan mencapai tahap terbaik apabila mereka dapat :- mencabar proses , - mencetuskan visi yang dikongsi bersama - berupaya menggerakkan orang lain untuk bertindak , - menjadi model serta memandu jalan , - mampu menggerakkan hati subordinat mereka untuk bekerja.
Kepimpinan didefinasikan sebagai “setiap tindakan
yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat
yang benar-benar bermanfaat.”
Pemimpin perlu bertindak secara wajar
dan cepat untuk merebut peluang yang
ada di hadapannya.
“ Segram contoh lebih bermanfaat
daripada sekilogram teguran ”
Pemimpin patut menegaskan bahawa “apa yang dikata,
perlu dikota”
Pemimpin harus mengambil kira perasaan , harapan
dan kecenderungan semua pihak dalam
membuat keputusan.
Kepimpinan Instruksionalditakrifkan sebagai adunan daripada
pelbagai tugas seperti pencerapan di bilik
darjah , pembangunan staf dan pembangunan
kurikulum.
(Smith & Andrews
, 1989)
Pengetua / Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional perlu memberi tumpuan :
1. Arahan & tunjuk ajar2. Membina komuniti pembelajaran3. Berkongsi dalam membuat keputusan4. Memelihara dan mempertahankan perkara asas (basics)5. Memanfaat dan mengoptimumkan masa P&P
Pengetua / Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional perlu memberi tumpuan :
6. Menyokong perkembangan staf yang berterusan 7. Menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program dan aktiviti sekolah8. Mewujudkan iklim integriti.9. Inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan (Brewer,2001)
5 tugas seorang pemimpin Instruksional iaitu :
1. Sebagai pembimbing kepada guru2. Membangunkan kelompok3. Mengerakkan perkembangan staf4. Membangunkan kurikulum5. Menggerakkan kajian tindakan.
Glickman (1985)
Fokus kepada konsep pencerapan rakan sejawat dengan memberi tumpuan kepada sokongan , bimbingan dan galakan melalui pengajaran reflektif sesama rakan guru.
Schon (1989)
Pemimpin Instruksional harus menterjemahkan peranan utama mereka sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran.
Michael E. Doyle & Donna M. Rice (2002)
‘ If a school is to be instructionally successful as a learning community , it will be because of the leadership of the principal ’
Findley (1992)
Ciri-ciri pemimpin di sekolah:1. Berilmu2. Berkemahiran tinggi3. Cekap4. Berketrampilan5. Berwawasan6. Berfikiran positif
untuk meningkatkan prestasi sekolah dan memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan sesebuah sekolah
itu dinilai dari segi keupayaan menghasilkan kemenjadian
murid.
Faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah:
1. Kepemimpinan yang mantap & positif2. Pengharapan yang tinggi3. Memantau kemajuan murid4. Tanggungjawab dan penglibatan murid di dalam aktiviti sekolah
Faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah:
5. Ganjaran dan insentif 6. Penglibatan Ibu bapa di sekolah7. Penekanan kepada aspek pencapaian akademik
Tugas utama Pengetua / Guru Besar adalah
pemimpin pengajaran
Kemahiran kepimpinan Instruksional hendaklah
dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan
sesebuah sekolah.
12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :
1. Isi pengajaran yang berfokus2. Penekanan terhadap pencapaian akademik3. Matlamat pembelajaran murid yang jelas.4. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :
5. Pengajaran mampu mencabar pelbagai tahap kebolehan murid6. Pengurusan bilik darjah yang berkesan7. Sasaran & jangkaan guru yang tinggi8. Mematuhi ketepatan waktu pembelajaran
12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :
9. Memantau kemajuan murid secara berterusan10. Melaksana dasar pentaksiran yang konsisten11. Memberi keutamaan kerja rumah
secara konsisten12. Guru mempunyai kepakaran dalam bidang pengajarannya.
Pengurus pendidikan perlu memainkan peranan
untuk membangkitkan kesedaran tentang peri
pentingnya amalan pengurusan dan
kepimpinan instruksional di semua peringkat.
Proses pembugaran perlu dilakukan segera.
Sesungguhnya , kita sama-sama bertanggungjawab mempelajari , mendalami dan menghayati ilmu kepimpinan instruksional serta melaksanakannya dengan penuh azam dan iltizam.
Serlahkanlah Kepimpinan Instruksional bagi menjana keberkesanan sekolah , selaras dengan harapan kita…
‘ a principal makes a difference ’
TERIMA KASIH
DI ATAS KEBERSAMAAN ANDA
Recommended