View
18
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
1
KANDUNGAN
1. Nama ........................................................................................................................ 2
2. Takrif ........................................................................................................................ 2
3. Kategori Penyelidikan ............................................................................................... 3
4. Syarat-Syarat Dan Kelayakan Permohonan ............................................................. 3
5. Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan Dalam (JPPGPD) ........ 4
6. Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI) ................................ 4
7. Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti (JPF) ................................................................ 5
8. Etika Penyelidikan .................................................................................................... 6
9. Tanggungjawab Penyelidik ...................................................................................... 6
10. Penilaian Projek (Laporan Kemajuan Dan Laporan Akhir) ..................................... 8
11. Penangguhan, Penggantungan Dan Penamatan ................................................. 10
12. Pengurusan Kewangan Dan Aset ........................................................................ 10
13. Pelantikan Penyelidik Bersekutu, Pasca Doktoral Dan, Felo Penyelidik……… ... 11
14. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik, Pembantu
Lapangan Dan Pelajar Bekerja ................................................................................. 11
15. Kadar-Kadar Upah Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik,
Pembantu Lapangan Dan Pelajar Bekerja ................................................................. 12
16. Hasil Penyelidikan ............................................................................................... 12
17. Penggunaan Kemudahan Universiti .................................................................... 13
18. Harta Intelek Dan Pengkomersialan .................................................................... 13
19. Kolaborasi Dan Jaringan Kepakaran ................................................................... 13
20. Penghargaan ....................................................................................................... 14
21. Insentif ................................................................................................................. 14
22. Penafian .............................................................................................................. 14
23.Tambahan .............................................................................................................. 14
2
1. NAMA
Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Umum Penyelidikan Kolej Universiti Islam Melaka.
2. TAKRIF
Dalam garis panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna
yang lain:
“Fakulti” bermaksud mana-mana fakulti dan akademi pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka; “Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan (JPPGP)” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 5 garis panduan ini; “Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI)” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 6 garis panduan ini; “Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti” bermaksud jawatankuasa yang dijelaskan di bawah klausa 8 garis panduan ini; “Penyelidikan” bermaksud aktiviti penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan mendapatkan dan menginterpretasi fakta, menegmukakan teori baru dan menilai semula teori sedia ada berdasarkan pendekatan ilmiah dan saintifik; “Penyelidik” bermaksud individu yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang berdaftar dengan Kolej Universiti; “Ketua Penyelidik” bermaksud individu yang mengetuai dan menyelia sesebuah projek atau aktiviti penyelidikan; “Pembantu Penyelidik” bermaksud individu yang dilantik secara rasmi bagi membantu dalam kerja penyelidikan seperti pencarian maklumat penyelidikan, tinjauan literatur, pengumpulan data, pengumpulan data, mengurus dan mengemaskini peralatan penyelidikan dan hal-hal berkaitan; “Pembantu Penyelidik Siswazah” bermaksud Penyelidik yang juga mendaftar sebagai pelajar Pascasiswazah; “Penyelidikan geran dalam” bermaksud penyelidikan yang dibiayai menggunakan peruntukan Kolej Universiti; “Penyelidikan geran luar” bermaksud penyelidikan yang dibiayai oleh institusi atau agensi selain dari KUIM dan Kementerian Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara; “Penyelidikan Bersama” bermaksud individu yang tersenarai dan terlibat sama dalam projek penyelidikan;
3
“Penyelidikan persendirian” bermaksud penyelidikan yang dilakukan oleh staf KUIM tanpa kelulusan mana-mana jawatankuasa penyelidikan yang diberi kuasa memperakui dan meluluskan permohonan penyelidikan dan tidak menggunakan geran KUIM. “Inovasi” bermaksud penciptaan serta implimentasi samada berbentuk proses, produk, perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti; “Pusat” bermaksud Pusat Kecemerlangan (CoE) KUIM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyelidikan; “Etika Penyelidikan” bermaksud prinsip atau batas/ sempadan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan; “Harta Intelek” bermaksud jenis ciptaan dan hasil inovasi yang hak eksklusif diakui dan dilindungi di bawah bidang undang-undang berkaitan;
3. KATEGORI PENYELIDIKAN
Kategori-kategori penyelidikan yang dijalankan di Kolej Universiti ini ialah:
3.1. Penyelidikan Persendirian;
3.2. Penyelidikan Geran Dalam;
3.3. Penyelidikan Geran Luar;Unit Penyelidikan dan Perundingan
4. SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN
4.1 Semua ahli staf akademik berstatus tetap dan kontrak adalah layak untuk
menjalankan penyelidikan. Pegawai-pegawai lain seperti tutor/pegawai pentadbiran
boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Universiti tertakluk kepada
keperluan Kolej Universiti.
4.2 Penyelidik hanya dibenarkan menjadi ketua kepada SATU (1) Penyelidikan
Geran Dalam pada satu-satu masa.
4.3 Permohonan baru oleh penyelidik yang sedang menjalankan Penyelidikan
Geran Dalam hanya akan dipertimbangkan setelah sekurang-kurangnya
penyelidikan yang sedang dilakukan 80% selesai.
4.4 Hanya pensyarah yang berkelulusan master sahaja layak menjadi ketua
penyelidik.
4
4.5 Pensyarah yang mempunyai Doctorate layak memohon sehingga 5 geran
bersama-sama ahli kumpulannya
5. JAWATANKUASA PENILAIAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN
DALAM (JPPGPD)
5.1. Jawatankuasa Penilaian Permohonan Geran Penyelidikan Dalam (JPPGPD)
adalah jawatankuasa di peringkat Kolej Universiti yang memutuskan dan
menentukan dasar hal ehwal penyelidikan, ahlinya terdiri daripada:
i. Naib Canselor sebagai Pengerusi;
ii. Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Inovasi (API);
iii. Pengarah Akademik;
iv. Dua orang wakil Doctorated
v. Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan sebagai Setiausaha;
5.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk :
i. Memastikan permohonan/ proposal yang dikemukakan oleh penyelidik
adalah bertepatan dengan konsep/ kehendak geran yang ditawarkan bagi
tujuan penyelidikan.
ii. Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap
pelaksanaan penyelidikan Kolej Universiti.
iii. Berhak menolak mana-mana proposal yang didapati tidak lengkap atau
tidak sesuai untuk dipertimbangkan menerima geran penyelidikan KUIM.
iv. Mencadangkan aktiviti kolaborasi penyelidikan bersama pihak luar.
v. Memutuskan bidang dan program keutamaan penyelidikan Kolej Universiti.
vi. Mencadangkan kepada Kolej Universiti penubuhan Pusat Kecemerlangan
dan pembangunan infrastruktur penyelidikan.
vii. Memperakukan kelulusan menjalankan penyelidikan.
5.3. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sekurang-kurangnya DUA (2) kali
setahun.
6. JAWATANKUASA TETAP SENAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (JTSPI)
5
6.1.Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan Dan Inovasi (JTSPI) adalah
jawatankuasa yang meluluskan dan memperakukan segala hal ehwal penyelidikan
Kolej Universiti, ahlinya terdiri daripada:
i. Timbalan Naib Canselor (API) sebagai Pengerusi;
ii. Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan
iii. Pustakawan;
iv. Bendahari;
v. Dekan IPS;
vi. Semua Dekan Fakulti;
vii. Ketua Unit Penerbitan
viii. Pegawai Tadbir Unit Penyelidikan Dan Perundingan sebagai Setiausaha.
6.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk:
i. Menyelaras aktiviti penyelidikan peringkat Universiti Kolej.
ii. Memantau perlaksanaan keputusan Jawatankuasa Penilaian permohonan
Geran Penyelidikan Universiti.
iii. Menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap penyelidikan yang gagal
mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir mengikut tempoh
yang ditetapkan.
iv. Memaklumkan kepada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) senarai
penyelidikan yang dikehendaki membayar balik atau yang di
disenaraihitamkan kerana melanggar syarat penyelidikan yang dipersetujui.
v. Memantau penerbitan hasil penyelidikan.
vi. Mencadangkan aktiviti penyelidikan, penambahbaikan terhadap prosidur
dan garis panduan kepada JPP
6.3. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya 6 kali
setahun.
7. JAWATANKUASA PENYELIDIKAN FAKULTI (JPF)
7.1 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti adalah jawatankuasa penyelidikan
diperingkat Institut/ Akademi/ Fakulti/ Pusat, ahlinya terdiri daripada:
i. Timbalan Dekan Institut/ Akademi/ Fakulti/ Pusat, sebagai Pengerusi;
6
ii. Ketua-ketua Jabatan (bagi Fakulti);
iii. Penyelaras-penyelaras program (bagi Fakulti);
iv. Penyelaras Unit Penyelidikan Dan Perundingan Fakulti
7.2. Jawatankuasa ini berfungsi dan bertanggungjawab untuk:
i. Merancang aktiviti penyelidikan di Fakulti;
ii. Menilai permohonan menjalankan penyelidikan ahli Fakulti;
iii. Memastikan permohonan menjalankan penyelidikan yang dikemukakan
mematuhi etika penyelidikan yang ditetapkan;
iv. Memantau penghantaran laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan;
v. Menilai dan memperakukan laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan
(bagi Fakulti);
vi. Menilai dan meluluskan laporan kemajuan, permohonan pindaan penyelidikan
dan laporan akhir penyelidikan ahli (bagi Pusat).
vii. Menasihatkan penyelidik yang gagal mematuhi garis panduan penyelidikan
dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa di Kolej Universiti.
viii. Memastikan setiap penyelidikan menghasilkan penerbitan/produk.
ix. Memantau penerbitan hasil penyelidikan;
x. Mengenal pasti produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan.
xi. Mempromosi kepakaran yang ada di Fakulti bagi tujuan aktiviti perundingan.
xii. Menilai dan memperakukan Permohonan sebagai Pembantu Penyelidik dan
Pembantu Penyelidik Siswazah bagi penyelidikan.
xiii. Menilai dan memperakukan permohonan sebagai Felo Penyelidik.
7.3. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya 6 kali
setahun.
8. ETIKA PENYELIDIKAN
Penyelidik hendaklah mematuhi setiap etika yang ditetapkan mengikut keperluan
sesuatu bidang semasa menjalankan penyelidikan.
9. TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK
9.1. Penyelidikan Geran Dalam:
7
i. Pemohon dikehendaki menandatangani Aku Janji Penyelidikan dalam
tempoh empat belas hari bekerja (14) dari tarikh surat tawaran
menjalankan penyelidikan dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan dan
Perundingan;
ii. Kolej Universiti menganggap pemohon menolak tawaran sekiranya
pemohon gagal menandatangani dan menyerahkan aku janji dalam tempoh
ditetapkan;
iii. Tarikh penyelidikan bermula adalah berdasarkan surat kelulusan
menjalankan penyelidikan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan dan
Perundingan;
iv. Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak
asasi/etika penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan;
v. Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan penyelidikan yang ditetapkan
oleh Kolej/ Universiti sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan;
vi. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir
penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam surat kelulusan;
vii. Penyelidik yang memerlukan tambahan masa dan pembiayaan atau apa-
apa perubahan dalam penyelidikannya perlu mengemukakan permohonan
melalui Fakulti;
viii. Penyelidik hendaklah menggunakan peruntukan yang telah diberikan bagi
tujuan penyelidikan yang diluluskan sahaja. Peruntukan hendaklah
dibelanjakan selaras dengan pelaksanaan projek penyelidikan;
ix. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan berjilid keras selepas 45 hari
dari tarikh laporan akhir penyelidikan diluluskan dan diterima oleh JTSPI;
x. Penyelidik hendaklah mengemukakan tuntutan terakhir dalam tempoh 45
hari selepas laporan akhir penyelidikan diserahkan kepada Unit
Penyelidikan dan Perundingan;
9.2. Penyelidikan Geran Luar:
i. Bagi pensyarah yang mempunyai Doctorate ataupun bergred jawatan
DG52 ke atas dalam masa 2 tahun mereka perlu mendapatkan 1 geran
luar dan mengadakan satu persidangan atau seminar mengikut kluster
masing-masing.
8
ii. Penyelidik hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Kolej
Universiti sebelum memeterai mana-mana perjanjian penyelidikan;
iii. Penyelidik hendaklah menerangkan kepada Universiti tentang
tanggungjawab Universiti dalam penyelidikan yang akan dijalankan;.
iv. Perjanjian penyelidikan mestilah ditandatangani antara penyelidik
dengan pihak yang terlibat (jika ada);
v. Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak
pemberi geran sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan;
vi. Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak
asasi/etika penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan;
vii. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan pelaksanaan
penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak pemberi
geran;
viii. Penyelidik hendaklah memastikan pendedahan dan/atau hebahan
penemuan penyelidikan tertakluk kepada terma-terma perjanjian
dan/atau kebenaran pemberi geran.
10. PENILAIAN PROJEK (LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR)
10.1. Laporan Kemajuan Penyelidikan.
a. Laporan Kemajuan Penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada
Universiti menggunakan borang yang ditetapkan.
b. Bagi penyelidikan geran dalam, Laporan Kemajuan hendaklah dihantar
setiap 3 bulan. Tarikh penghantaran akan dinyatakan di dalam surat
kelulusan menjalankan penyelidikan.
c. Bagi penyelidikan geran luar penyediaan Laporan Kemajuan
(Achievement Milestone Report) adalah mengikut perjanjian dan syarat
yang ditetapkan oleh pihak pemberi geran.
d. Penyelidik yang gagal mengemukakan Laporan Kemajuan Penyelidikan
(bagi Geran Dalam) dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan
tindakan berikut:
i. Nasihat;
ii. Amaran;
9
iii. Surat tunjuk sebab;
iv. Digantung daripada menerima pembiayaan projek (tuntutan
penyelidikan tidak akan diluluskan) sehingga laporan kemajuan
berkenaan dihantar;
v. Dalam keadaan di mana penyelidik masih gagal
mengemukakan laporan tersebut:
a. Penyelidikan akan dibatalkan dan pembiayaan penyelidikan
ditamatkan; dan/atau
b. Penyelidik akan disenarai hitamkan daripada menerima
geran penyelidikan Kolej Universiti selama 2 tahun;
dan/atau
c. Penyelidik dituntut bagi pembayaran balik keseluruhan
perbelanjaan yang telah dikeluarkan/digunakan.
10.2. Laporan Akhir Penyelidikan.
a. Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Kolej Universiti
menggunakan borang yang ditetapkan.
b. Bagi Penyelidik geran dalaman, Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah
dikemukakan sebaik tempoh penyelidikan tamat.
c. Bagi penyelidikan geran luar penyediaan Laporan Akhir adalah mengikut
perjanjian dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pemberi geran.
d. Penyelidik yang gagal mengemukakan Laporan Akhir Penyelidikan (bagi
Geran Dalam) dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan
berikut:
i. Nasihat;
ii. Amaran;
iii. Surat tunjuk sebab;
iv. Digantung daripada menerima pembiayaan projek (tuntutan
penyelidikan tidak akan diluluskan) sehingga laporan akhir berkenaan
dihantar;
v. Dalam keadaan di mana penyelidik masih gagal mengemukakan
laporan tersebut:
a. Penyelidikan akan dibatalkan dan pembiayaan penyelidikan ditamatkan; dan/atau
10
b. Penyelidik akan disenarai hitamkan daripada menerima geran penyelidikan
Universiti selama 2 tahun; dan/atau
c. penyelidik dituntut bagi pembayaran balik keseluruhan perbelanjaan yang telah
dikeluarkan/digunakan.
11. PENANGGUHAN, PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN
11.1. Penyelidik boleh memohon penangguhan kepada Kolej Universiti jika
penyelidikan tidak dapat dimulakan dalam tempoh ditetapkan.
11.2 Kolej Universiti boleh menggantung atau menamatkan sesuatu penyelidikan
sekiranya gagal menunjukkan kemajuan dan menyediakan laporan akhir yang
memuaskan.
11.3. Penyelidikan yang ditamatkan oleh Kolej Universiti kerana gagal menunjukkan
kemajuan dan menyediakan laporan akhir yang memuaskan boleh dikenakan
tindakan seperti klausa 10.1 (d) dan 10.2 (d).
11.4. Penyelidik yang mengambil cuti belajar hendaklah memohon penamatan
penyelidikan atau mencadangkan pengganti atau memohon penangguhan. JTSPI
berhak membuat apa jua keputusan yang sesuai mengenai perkara ini.
11.5. Penyelidik yang mengambil cuti sabatikal dibenarkan untuk meneruskan
penyelidikan dan tertakluk kepada syarat penyelidikan seperti biasa.
12. PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET
12.1. Semua urusan kewangan dan aset penyelidikan hendaklah mengikut peraturan
kewangan Universiti.
12.2. Tuntutan kewangan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Unit
Penyelidikan dan Perundingan bagi mendapatkan kelulusan TNC (API) /wakilnya
sebelum dihantar kepada Bendahari.
12.3. Semua aset yang dibeli menggunakan peruntukan penyelidikan adalah
menjadi hak milik Universiti dan direkodkan dalam senarai inventori Unit
Penyelidikan dan Perundingan. Ianya hendaklah dipulangkan kepada Unit
Penyelidikan dan Perundingan setelah penyelidikan tamat.
11
12.4. Aset yang dipulangkan kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan akan
diserahkan/dipindahkan milik kepada Fakulti/Pusat/lain-lain Jabatan mengikut
kesesuaian dan keperluan.
12.5. Pengurusan kewangan daripada sumber luar turut mengambil kira perjanjian
yang dipersetujui bersama.
12.6. Bagi Penyelidikan Geran Luar, Kolej Universiti berhak mendapatkan royalti,
sumbangan, honorarium, cukai pendapatan mengikut kadar yang berkuat kuasa.
Daripada jumlah dana diterima, kos bagi handling/pengurusan ditetapkan sebanyak
5% diberikan kepada Fakulti dan 5% kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan.
12.7. Peruntukan kewangan penyelidikan yang tidak habis digunakan akan
dimasukkan ke dalam Akaun Induk Geran Penyelidikan Universiti atau boleh
dipertimbangkan untuk tujuan pembangunan professional tertakluk kepada
pertimbangan Kolej Universiti.
12.8. Setiap penyelidik boleh memohon pendahuluan untuk menjalankan
penyelidikan.
12.9. Setiap penyelidik mesti menyelaraskan setiap pendahuluan yang telah dibuat
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kolej Universiti.
13. PELANTIKAN PENYELIDIK BERSEKUTU, PASCA DOKTORAL DAN, FELO
PENYELIDIK
13.1. Penyelidik Bersekutu (Research Associate) dilantik oleh Naib Canselor.
13.2. Pasca Doktoral (Post Doctoral) dilantik oleh Naib Canselor.
13.3. Felo Penyelidik (Research Fellow) hendaklah dilantik oleh Naib Canselor.
14. PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU
PENYELIDIK, PEMBANTU LAPANGAN DAN PELAJAR BEKERJA
14.1. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik dan
Pembantu Lapangan diuruskan mengikut prosedur dan garis panduan yang
berkuat kuasa di Kolej Universiti ini.
14.2. Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik dan Pelajar
Bekerja bagi penyelidikan yang menerima geran hendaklah dibuat oleh Timbalan
Naib Canselor (API) atau wakilnya.
12
14.3. Pembantu Lapangan hendaklah dilantik oleh penyelidik.
14.4 Bagaimanapun, pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu
Penyelidik, Pembantu Lapangan dan Pelajar Bekerja hendaklah dilakukan dengan
tidak menimbulkan percanggahan kepentingan antara penyelidik dengan yang
dilantik.
15. KADAR-KADAR UPAH PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU
PENYELIDIK, PEMBANTU LAPANGAN DAN PELAJAR BEKERJA
Jenis Pembiayaan Pembantu Penyelidik Siswazah, Pembantu Penyelidik, Pembantu
Lapangan Dan Pelajar Bekerja
15.1. Kadar upah pembantu penyelidik siswazah, pembantu penyelidik, pembantu
lapangan dan pelajar bekerja dibayar mengikut kadar harian, bulanan atau jam
tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa di Kolej Universiti.
15.2. Tuntutan elaun sara hidup Pembantu Penyelidik boleh membuat tuntutan sara
hidup atas tugas rasmi di luar stesen seperti berikut mengikut kadar yang ditetapkan
yang berkuat kuasa di Universiti dari masa ke semasa:
a. Perjalanan;
b. hotel/penginapan;
c. elaun makan dan elaun harian;
d. lain-lain tuntutan.
16. HASIL PENYELIDIKAN
Hasil penyelidikan hendaklah diterbitkan dalam DUA (2) bentuk seperti berikut:
16.1 Laporan Akhir Penyelidikan - mestilah dihantar kepada UPPI dalam bentuk
Hard Cover sebanyak 3 salinan (Rujuk Format Laporan Akhir) beserta“softcopy”
dalam bentuk CD;
16.2 Diterbitkan dalam bentuk penerbitan berikut sekurang-kurangnya satu
daripadanya iaitu:
a. Monograf
b. Buku;
c. Bab dalam buku;
13
d. Artikel jurnal;
e. Kertas kerja seminar/Prosiding;
f. Modul;
16.3. Bagi penyelidikan yang menghasilkan produk/poster/prototaip, hendaklah
menghantar hasil tersebut ke UPP.
17. PENGGUNAAN KEMUDAHAN UNIVERSITI
17.1 Penyelidik hendaklah menggunakan kemudahan dan infrastruktur
penyelidikan sedia ada di Kolej Universiti.
17.2. Penyelidik boleh memohon menggunakan lain-lain kemudahan Universiti
tertakluk kepada garis panduan dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.
17.3. Penggunaan kemudahan di Institusi luar bagi tujuan penyelidikan hendaklah
dilaporkan kepada Kolej Universiti.
18. HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN
18.1. Pengurusan harta intelek dan mengkomersialkan hasil penyelidikan melalui
Geran Dalam diuruskan mengikut prosedur dan garis panduan yang berkuat kuasa
di Kolej Universiti ini.
18.2. Bagi Geran Luar, pengurusan harta intelek dan pengkomersialan adalah
tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui.
19. KOLABORASI DAN JARINGAN KEPAKARAN
19.1 Penyelidik digalakkan mewujudkan jaringan kolaborasi dengan agensiagensi
awam dan swasta.
19.2 Semua usaha kolaborasi hendaklah dengan persetujuan Kolej Universiti.
19.3 Semua bentuk kolaborasi perlu ada persetujuan dan manfaat bersama.
19.4 Kolaborasi yang memerlukan khidmat staf Kolej Universiti secara sangkutan
atau pinjaman perlu mendapat kelulusan Universiti.
14
20. PENGHARGAAN
Setiap hasil penyelidikan sama ada dalam bentuk penerbitan atau lain-lain produk
daripada penyelidikan yang dijalankan hendaklah menyatakan penghargaan kepada
Kolej Universiti atau pihak pemberi geran atas geran yang diberikan.
21. INSENTIF
Mewujudkan insentif dalam bentuk tunai bagi setiap pingat yang Berjaya di bawak
balik dari program inovasi melalui kebenaran UPPI
• Emas – RM300.00
• Perak - RM200.00
• Gangsa – RM100.00
22. PENAFIAN
Tertakluk kepada kes (case by case basis), apa-apa penafian terhadap pematuhan
polisi ini hanya boleh diputuskan oleh Naib Canselor.
23. TAMBAHAN
Diharapkan Garis Panduan Umum Penyelidikan Kolej Universiti ini dapat
dijadikan panduan kepada semua penyelidik dalam menghasilkan kualiti
penyelidikan yang terbaik.
Tarikh Pindaan: 22 Mac 2017
15
16
Recommended