Justifikasi Literasi Bahasa

Preview:

DESCRIPTION

k;asfhdaikwde

Citation preview

Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak. Guru

memberi arahan agar kanak-kanak mengunting bahan-bahan yang disediakan. Arahan ini

bukanlah perintah sambil berpeluk tubuh memandang mata membiarkan kanak-kanak

mengunting sesuka hati kehendak rasa mereka sahaja, tetapi bimbingan guru amat penting

disertai bersama arahan yang diberikan. Apabila bahan kolaj itu digunting, bahan itu akan

ditampalkan pada lukisan. Langkah ini akan diulang sehingga lukisan itu penuh dan

sempurna serta menjadi menarik. Guru juga boleh meminta kanak-kanak menunjukkan

kepada kawan-kawan mereka hasil seni tersebut. Perkara ini merupakan satu bentuk

penghargaan kepada mereka. Mereka akan berseronok dalam aktiviti yang dijalankan oleh

guru dan tidak sabar untuk menunggu aktiviti lain pada kemudian hari.

Oleh yang demikian, jari-jemari kanak-kanak yang bergerak semasa menggunakan gunting

merupakan suatu perkembangan motor halus yang hebat dan sebaris dengan peringkat

umur kebolehan mereka. Kanak-kanak yang hiperaktif pula akan belajar untuk melakukan

kerja secara berhemah dan teratur serta kemas. Koordinasi mata akan secara serentak

berkembang dengan kemahiran pergerakan jari. Jika perkara ini tidak dapat dikuasai oleh

kanak-kanak berkeperluan khas, maka guru perlulah memperincikan lagi analisis tugasan

dan membuat tugasan itu senang pada awalnya dan menjadi susah sedikit demi sedikit agar

kemahiran sepatutnya akan dapat dikuasai oleh kanak-kanak.