View
309
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
inkuiri berstruktur
Citation preview
INKUIRI BERSTRUKTUR
Laporan Eksperimen
1) Tujuan : Mengkaji kesan suhu terhadap kadar tindak balas
2) Pernyataan masalah : Bagaimanakah suhu larutan natrium
tiosulfat mempengaruhi kadar tindak balas?
3) Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin
tinggi kadar tindak balas.
4) Pemboleh ubah
a. Manipulasi : Suhu larutan natrium tiosulfat
b. Bergerak balas: Kadar tindak balas
c. Dimalarkan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat dan asid
hidroklorik
5) Prosedur eksperimen:
a. 50 cm3 larutan R1 (larutan natrium tiosulfat 2 mol dm-3) disukat
dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam
kelalang kon.
b. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer.
c. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda ‘X’.
d. 5 cm3 larutan R2 (asid sulfurik 1.0 mol dm-3) disukat dengan
menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang
kon yang mengandungi 50 cm-3 larutan R1.
e. Jam randik dimulakan.
f. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di
atas kertas bertanda ‘X’.
g. Tanda ‘X’ diperhatikan secara tegak daripada atas.
h. Masa tindak balas direkodkan apabila tanda ‘X’ hilang.
i. Langkah (a) hingga (h) dengan menggunakan 50 cm3 larutan R1
pada suhu 35 oC, 40 oC, 45 oC dan 50 oC.
j. Keputusan eksperimen direkodkan.
6) Penjadualan Data :
Suhu (oC)Suhu bilik
(30)35 40 45 50
Masa, t (s) 16 12 9 7 4
1/masa, 1/t (s-
1)0.06 0.08 0.11 0.14 0.25
a) Graf suhu melawan masa
b) Graf suhu melawan 1/masa
7) Analisis data:
Daripada graf (a), didapati semakin tinggi suhu larutan natrium
tiosulfat, semakin singkat masa tindak balas. Maka, semakin tinggi
suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar tindak balas.
Daripada graf (b), boleh dikatakan apabila suhu bertambah, nilai
1/masa atau kadar tindak balas bertambah.
8) Kesimpulan Eksperimen :
Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin tinggi kadar
tindak balas.
Hipotesis diterima.
Soalan:
Mg(p) + H2SO4(ce) MgSo4(p) + H2(g)
a) - gas hidrogen terhasil
- Apabila suhu tinggi, gas hidrogen lebih cepat dibebaskan
- Apabila suhu rendah, gas hidrogen lambat dibebaskan
b) Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.
c) Menghitung penghasilan gas hidrogen yang dibebaskan
d) - Kepekatan H2SO4
- Saiz pita magnesium
Cadangan: menyediakan potongan daging ayam dalam saiz yang kecil.
Penjelasan: apabila saiz daging ayam kecil, masa yang diambil untuk
masak adalah singkat. Hal ini kerana saiz daging ayam yang kecil
mempunyai jumlah luas permukaan yang lebih besar untuk ayam
bertindak balas dengan minyak. Jadi masa yang diambil adalah singkat di
samping penggunaan minyak yang sedikit.
Apabila suhu dikenakan ketika memasak, ia menyebabkan luas
permukaan yang terdedah kepada perlanggaran semakin besar. Jadi kadar
tindak balas adalah lebih tinggi. Apabila kadar tindak balas tinggi, masa
yang diambil untuk daging ayam masak adalah singkat. Ini akan
menjimatkan penggunaan bahan api di samping dapat meningkatkan hasil
jualan kerana lebih banyak ayam yang dapat digoreng dalam masa yang
sedikit.
Recommended