View
168
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
1
1. Berikut merupakan ciri-ciri organisasi, KECUALI___________.
A. objektif dan matlamat yang jelas
B. mempunyai hierarki tersendiri
C. tidak menentukan jenis pekerjaan kepada ahli-ahlinya
D. mempunyai identiti yang tersendiri
2 Antara berikut yang mana BUKAN elemen dalam kerjaya?
A. Pengurusan kerjaya.
B. Pemantauan kerjaya.
C. Kemajuan kerjaya.
D. Perancangan kerjaya.
3. Antara berikut merupakan bidang-bidang tumpuan dalam hubungan industri,
KECUALI___________.
A. iklan pekerjaan
B. syarat dan terma pekerjaan
C. proses membuat keputusan
D. hak dan tanggungjawab pekerja
4. Antara berikut yang mana BUKAN elemen-elemen yang boleh dikaitkan dengan
pengurusan sumber manusia?
A. Menjaga kebajikan pekerja.
B. Menilai prestasi.
C. Pengambilan pekerja.
D. Peluang Pekerjaan.
5. Antara berikut yang manakah tujuan penilaian prestasi dilakukan?
i. Untuk mendapatkan maklumbalas tentang pengetahuan, kemahiran serta sikap
pekerja.
ii. Pekerja boleh berpindah ke jabatan lain yang sesuai dengan tugas mereka.
iii. Untuk memenuhi keperluan dasar dan peraturan organisai.
iv. Untuk mewujudkan hubungan komunikasi yang baik antara pekerja dan majikan.
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
2
6. Untuk berjaya, sesebuah organisasi perlu mempunyai keupayaan ___________.
A. memberi gaji yang lumayan
B. mengambil bilangan pekerja yang banyak
C. mengambil bahagian yang aktif dalam politik negara
D. memberi kepuasan kepada pekerja mereka melalui layanan yang baik,
sistem penilaian prestasi dan upah setimpal
7. Antara berikut merupakan SUSUNAN yang tepat dalam proses merekrut pekerja.
i. Mengiklankan jawatan melalui media massa.
ii. Mengenalpasti pemohon yang layak untuk mengisi jawatan.
iii. Membuat perjanjian kontrak antara pekerja dengan organsasi.
iv. Mengadakan temuduga selepas penilaian berpandukan kriteria.
A. i, ii, iii dan iv
B. ii, i, iii dan iv
C. ii, iii iv dan i
D. i, ii, iv dan iii
8. Ini adalah tujuan latihan dan pembangunan dilaksanakan di dalam organisasi?
i. Untuk memberi pengetahuan baru.
ii. Untuk membuat penilaian semula ke atas pekerja.
iii. Untuk memberikan kemahiran teknikal baru
iv. Untuk mengubah sikap dan tingkah laku pekerja.
A. i, ii, iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
9. Masyarakat ini muncul apabila penggunaan teknologi terlalu kompleks seperti mesin
direka cipta dan digunakan dengan meluas. Teknologi yang diguna pakai ini membantu
terbentuknya sistem ekonomi yang lebih kompleks, saiz penduduk yang lebih besar dan
bentuk pekerjaan yang pelbagai. Masyarakat ini dikenali sebagai ___________.
A. Masyarakat Pertanian
B. Masyarakat Industri
C. Masyarakat Memburu
D. Masyarakat Berkebun dan Menternak
10. Maksud pengorganisasian dalam masyarakat ialah ___________.
3
A. bentuk keadaan yang berlaku apabila keadaan kucar kacir dan individu
tidak memainkan peranan
B. bentuk keadaan yang berlaku apabila sesuatu kelompok individu dan masyarakat
mula mengagihkan peranan mereka kepada suatu bentuk peranan yang lebih
spesifik dan jelas
C. bentuk keadaan yang berlaku apabila ekonomi, politik dan sosial tidak tersusun
D. bentuk keadaan yang berlaku apabila kuasa dipegang oleh seorang individu tanpa
pengagihan
11. Menurut Talcott Parson, pembentukan masyarakat adalah berdasarkan kepada perspektif
___________.
A. Strukturalisme
B. Fungsionalisme
C. Interaksionalisme Simbolik
D. Struktural Fungsionalisme
12. Berikut adalah benar mengenai Organisasi Yang Terlalu Kompleks, KECUALI
___________.
A. Wujudnya hierarki yang tersusun, prosedur dan peraturan serta perundangan
dalam organisasi.
B. Maklumat berkenaan organisasi adalah terbatas dan kabur pada
pandangan umum. Maklumat adalah tidak disampaikan kepada umum.
C. Interaksi timbul kerana manusia merupakan ahli dalam organisasi bertindak
dengan pelbagai ragam. Adalah sukar meramal kelakuan dan gelagat ahli dalam
organisasi masyarakat ini.
D. Interaksi secara individu atau kumpulan dalam organisasi ini adalah berbentuk
agak rumit. Wujud jurang perbezaan dan halangan yang menghalang interaksi
lebih baik daripada berlaku.
13. Antara berikut merupakan SUSUNAN yang tepat dalam proses merekrut pekerja.
i. Mengiklankan jawatan melalui media massa.
ii. Mengenalpasti pemohon yang layak untuk mengisi jawatan.
iii. Membuat perjanjian kontrak antara pekerja dengan organsasi.
iv. Mengadakan temuduga selepas penilaian berpandukan kriteria.
A. i, ii, iii dan iv
B. ii, i, iii dan iv
C. ii, iii iv dan i
D. i, ii, iv dan iii
4
14. Berikut ialah elemen-elemen penting yang terdapat dalam pembentukan masyarakat,
KECUALI___________.
A. individu atau anggota masyarakat
B. kebudayaan yang diamalkan oleh ahli masyarakat
C. wujudnya interaksi atau pergaulan antara ahli masyarakat
D. tempat khas untuk menjalankan aktiviti harian dalam masyarakat
15. Definisi masyarakat menurut Kamus Dewan ialah ________________.
A. menjalankan aktiviti harian dalam masyarakat
B. kumpulan manusia yang hidup bersama
C. boleh dikelaskan mengikut agama, bahasa dan adat resam
D. perhubungan membentuk satu kelompok
16. Apakah masyarakat yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di bawah ?
A. Masyarakat kabur.
B. Masyarakat ringkas.
C. Masyarakat kompleks.
D. Masyarakat tidak tersusun.
17. Dua konsep penting tentang masyarakat yang diperkenalkan oleh Ferdinand Tonnies
ialah ___________.
A. Gesselshaft dan proletariat
B. Gemeinshaft dan burjois
C. Gemeinshaft dan Gesselshaft
D. Proletariat dan burjois
18. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Gesselshaft, KECUALI ___________.
A. tidak formal
B. impersonal
C. sentiasa bersaing
D. berdasarkan kontrak
Mendapat persetujuan secara terbuka
Ia seperti masyarakat orang Asli Negrito
Hubungan masyarakat berasaskan kekeluargaan dan tidak formal
5
19. Masyarakat moden adalah masyarakat yang berorganisasi kerana ___________.
A. mementingkan material dan aspek agama
B. mementingkan pencapaian material sahaja
C. mementingkan aspek agama dan aspek keluarga
D. mementingkan pencapaian objektif, keberkesanan tugas dan kecekapan
bekerja
20. Manakah BENAR mengenai masyarakat pertanian dalam peringkat perubahan
masyarakat?
A. Tiada pengkhususan dalam pekerjaan.
B. Sistem „barter‟ digunakan dalam aspek perniagaan.
C. Kepercayaan agama berdasarkan kepercayaan nenek moyang.
D. Kegiatan ekonomi seperti berdagang dan berniaga mula diperkenalkan.
21. Pilih DUA (2) bidang utama dalam masyarakat berkebun dan menternak.
A. Multicultural dan Pastrol.
B. Horticultural dan Pastoral.
C. Pastoral dan Horticultural.
D. Agricultural dan Horticultural.
22. Siapakah pelopor kepada Teori Pemikiran Perhubungan Manusia?
A. Selznick.
B. Deigo Pirlo.
C. Max Weber.
D. Douglas McGregor.
23. Satu keadaan yang berlaku dalam masyarakat apabila sesuatu kelompok individu dan
masyarakat mula mengagihkan peranan mereka kepada satu bentuk peranan yang
spesifik adalah merujuk kepada ______________ .
A. penstrukturan
B. pengelompokan
C. pengorganisasian
D. penyelarasan
24. Manakah antara berikut BETUL mengenai proses evolusi masyarakat?
A. Berkebun dan ternak, memburu, pertanian, industri.
B. Memburu, berkebun dan ternak, pertanian, industri.
C. Memburu, pertanian, berkebun dan ternak, industri.
D. Pertanian, memburu, berkebun dan ternak, industri
6
25. Pernyataan-pernyataan di bawah merujuk kepada __________________.
Mempunyai identiti yang tersendiri
Mempunyai hierarki tertentu
Menentukan jenis pekerjaan kepada ahli-ahlinya
Mempunyai peraturan dasar dan prosedur tersendiri
A. ciri-ciri masyarakat kompleks
B. ciri-ciri masyarakat moden
C. ciri-ciri organisasi
D. ciri-ciri kelompok sosial
26. Teori __________________ menyatakan cara yang paling sesuai untuk menguruskan
organisasi ialah menyesuaikan kehendak organisasi dengan kehendak manusia.
A. Pemikiran Rasional dan Struktur
B. Pemikiran Politik
C. Pemikiran Simbolik
D. Pemikiran Perhubungan Manusia
27. Manakah di antara berikut BENAR mengenai andaian-andaian yang dipelopori oleh
Frederick Taylor dalam perkembangan organisasi.
A. Andaian-andaian dalam Pendekatan Pemikiran Simbolik
B. Andaian-andaian dalam Pemikiran Pengurusan Saintifik
C. Andaian-andaian dalam Pemikiran Rasional
D. Andaian-andaian dalam Pemikiran Perhubungan Manusia
28. Manakah di antara pernyataan berikut adalah BENAR seperti yang dikemukakan oleh
Peter Drucker berkenaan ciri-ciri organisasi?
i. Organisasi akan berhadapan dengan keadaan kompleks dan penuh kekacauan
ii. Pengukuran kejayaan organisasi adalah berdasarkan keuntungan.
iii. Akan wujud organisasi yang bersifat maya (virtual)
iv. Kepuasan bukanlah pengukuran kepada kejayaan sesebuah organisasi
7
A. i dan ii
B. i dan iii
C. iii dan iv
D. ii dan iv
29. Organisasi seperti sesuatu mukim atau daerah merupakan satu bentuk organisasi yang
bersifat __________________.
A. kompleks
B. formal
C. tidak formal
D. sukar diramal
30. Antara berikut merupakan revolusi yang telah dilalui oleh masyarakat berasaskan
pandangan Peter Drucker KECUALI
A. Revolusi Perindustrian
B. Revolusi Pengurusan
C. Revolusi Perniagaan
D. Revolusi Maklumat
31. Marvin E. Shaw (1988), menyenaraikan pembentukan kelompok adalah seperti berikut
KECUALI
A. Untuk mewujudkan persaingan kepada kelompok yang lain
B. Untuk bersama menyelesaikan masalah yang dihadapi
C. Untuk meningkatkan jumlah ahli bagi tujuan yang ingin dicapai
D. Untuk memenuhi tuntutan sosial dan keperluan individu
32. Masyarakat horticultural dan masyarakat pastoral adalah merujuk kepada :
A. Masyarakat bercucuk-tanam dan masyarakat berniaga
B. Masyarakat berburu dan masyarakat berniaga
C. Masyarakat berburu dan masyarakat bercucuk-tanam
D. Masyarakat bercucuk-tanam dan masyarakat berburu
33. Antara berikut yang manakah merupakan perspektif yang jelas untuk memahami
organisasi?
i. Perspektif Pemikiran Berasaskan Personaliti
ii. Perspektif Pemikiran Berasaskan Rasional
iii. Perspektif Pemikiran Berasaskan Individu
iv. Perspektif Pemikiran Berasaskan Kelompok
8
A. i dan ii
B. i dan iii
C. iii dan iv
D. ii dan iv
34. Max Weber, Robert K. Merton, Thompson, Blau dan Scott merupakan kumpulan yang
mempelopori Teori dan_________________
A. Pemikiran Simbolik
B. Pemikiran Politik
C. Pemikiran Perhubungan Manusia
D. Pemikiran Rasional dan Struktur
35. “Gerakan ini wujud bagi memastikan setiap masalah yang timbul di dalam organisasi
boleh diselesaikan melalui pendekatan yang positif”. Gerakan ini merujuk
kepada______________
A. Gerakan pemikiran lama
B. Gerakan pemikiran baru
C. Gerakan pemikiran positif
D. Gerakan pemikiran sosial
36. Gender dan pembangunan perlu dibincangkan secara selari. Dari perpekstif Islam, ia
menekankan bahawa ruang operasi pembangunan adalah berhubung dengan
___________.
i. sifat semulajadi manusia.
ii. kemahiran.
iii. pendidikan.
iv. keinginan.
A. i, ii, iii dan iv
B. i dan ii
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv
37. Gender digunakan untuk menjelaskan satu konstruk sosial mengenai „masculinity‟ dan
„feminity‟. Gender juga dikatakan mengalami perubahan mengikut masa dan adakalanya
digunakan untuk membuat analisis terhadap ___________ bagi seorang lelaki dan
perempuan.
i. peranan
ii. tanggungjawab
iii. kekangan
iv. keperluan
9
A. i, ii, iii dan iv
B. i dan ii
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv
38. Dari segi biologi dan psikologi, lelaki dan wanita adalah `berhomologos‟. Apakah
maksud `berhomologos‟?
A. Mempunyai struktur yang sama tetapi fungsi, peranan dan tanggungjawab
adalah berlainan.
B. Mempunyai struktur yang berlainan tetapi fungsi, peranan dan tanggungjawab
adalah sama.
C. Mempunyai struktur, fungsi, peranan serta tanggungjawab yang sama.
D. Mempunyai struktur, fungsi, peranan serta tanggungjawab yang berlainan.
39. Ayat di atas merupakan penulisan oleh Elizabeth King yang menjelaskan pentingnya isu
kesaksamaan gender. Tajuk tulisan beliau ialah ____________.
Gender equality is a core development issue, a development objective in its own right. It
strengthens countries abilities to grow, to reduce poverty and to govern effectively.
Promoting gender equality is thus an important part of a development strategy that seek
to enable all people – women and men a like – to escape poverty and improve their
standard of living
A. Engendering Development.
B. Gender Equality.
C. Masculinity and Feminity.
D. Gender Mainstreaming.
40. Berikut merupakan ciri-ciri ganjaran yang baik.
i. Mampu diperolehi.
ii. Tempoh yang sesuai.
iii. Berasaskan pencapaian
iv. Bersifat sementara.
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
10
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
41. Ketidaksamaan gender boleh memberi kesan negatif terhadap ____________.
i. Tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat
ii. Menjejaskan produktiviti individu
iii. Melemahkan keberkesanan dasar negara
iv. Melemahkan kemajuan ekonomi Negara
A. i, ii, iii dan iv
B. i dan ii
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv
42. Daripada dua definisi gender di bawah, gender merujuk kepada ___________.
‘gender …. Devotes a hierarchical divison between women and men ambedded in both
social institution and social practices’.
‘gender is thus a social structural phenomenon and encompasses the social division and
cultural distinction between women and men as well as the characteristic commonly
associated with feminity and masculinity’.
A. Perbezaan sosial dan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang dapat
dipelajari dan adakalanya mengalami perubahan mengikut masa.
B. Suatu kontruksi sosial yang berupa norma-norma tertulis mahupun lisan yang
mengatur bagaimana seseorang lelaki dan perempuan menjalankan fungsinya.
C. Suatu perubahan mengikut masa dan adakalanya digunakan untuk
membuat analisis.
D. Suatu isu penting yang harus diperjuangkan bukan sahaja oleh wanita, tetapi juga
oleh kaum lelaki dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
43. Antara contoh-contoh pengaruh gender dalam masyarakat dan budaya adalah
___________.
i. Aktiviti kanak-kanak
ii. Corak komunikasi
iii. Pembahagian kerja rumah
iv. Pasaran tenaga kerja
A. i, ii, iii dan iv
B. i dan ii
11
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv
44. Apakah maksud Persamaan Gender (Gender Equality)?
A. Segala perbezaan tingkahlaku, aspirasi dan keperluan-keperluan lelaki dan
perempuan yang diambil kira, diberi nilai dan diperakukan secara
samarata.
B. Suatu isu penting yang harus diperjuangkan bukan sahaja oleh wanita, tetapi juga
oleh kaum lelaki dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
C. Perbezaan sosial dan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang dapat
dipelajari dan adakalanya mengalami perubahan mengikut masa.
D. Suatu kontruksi sosial yang berupa norma-norma tertulis mahupun lisan yang
mengatur bagaimana seseorang lelaki dan perempuan menjalankan fungsinya.
45. Pilih penyataan yang benar mengenai Gender and Development.
i. Dipengaruhi oleh pemikiran `socialist feminist‟
ii. GAD menerima `the public/private dichotomy‟
iii. Menekankan tanggungjawab negara untuk memberikan perkhidmatan sosial bagi
meningkatkan `women emancipation‟
iv. Memberi penekanan kepada keperluan wanita untuk menyusun atur diri mereka
bagi memperkuatkan `effective political voice‟
A. i, iii dan iv
B. i dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv
46. Pilih penyataan yang benar mengenai Women in Development.
i. Terma WID ini mula digunapakai oleh `American Liberal Feminist‟
ii. Pendekatan ini ada kaitan dengan `modernization theory‟ yang wujud di antara
1950 an hingga 1970 an.
iii. Mengambil kira `the reproductive side of women’s live‟
iv. Kadangkala tidak menyedari kewujudan golongan wanita.
A. i, ii dan iv
B. i dan iv
12
C. i, ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv
47. Pilih penyataan yang benar mengenai Women and Development.
i. Muncul di akhir 1950 an hasil daripada kritikan terhadap pendekatan WID
ii. Andaian ini dibuat berdasarkan `the dependency theory‟
iii. Wanita diterima sebagai `important economic sectors‟ dalam masyarakat.
iv. Pekerjaan wanita di `public and private domain‟ adalah tunggak kepada
pemantapan struktur sosial masyarakat.
A. ii, iii dan iv
B. i dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv
48. Kenyataan manakah yang TIDAK BENAR tentang definisi politik?
A. Satu cara mengendalikan aktiviti manusia
B. Satu kegiatan mengagihkan barang-barang yang terhad
C. Satu usaha mengaut kekayaan negara
D. Satu Kegiatan mengurus pentadbiran negara
49. Berikut merupakan fasa dan perkembangan sains politik KECUALI ______________.
A. Peringkat Univeralisme
B. Peringkat Liberalisme
C. Peringkat Realisme
D. Peringkat Legalisme
50. Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat Universalisme?
A. Perbincangan berkenaan dengan soal kewujudan negara, peranan institusi,
peranan pengundi peranan badan kehakiman, sistem pentadbiran dan peranan
badan pemerintahan.
B. Perbincangan berkisar tentang kewujudan dan masalah yang mungkin
dihadapi oleh masyarakat sempurna.
C. Perbincangan berkenaan cara kerajaan demokratik berfungsi dan tertumpu kepada
golongan yang mempengaruhi kerajaan.
13
D. Perbincangan berkenaan tingkahlaku aktor-aktor politik, tingkahlaku individu dan
rakyat berkaitan situasi politik tertentu.
51. Dalam sains politik peringkat dan fasa manakah yang memberi tumpuan kepada
kesedaran bahawa tingkahlaku individu atau rakyat memainkan peranan dan pengaruh
yang amat besar dalam proses politik?
A. Universalisme
B. Legalisme
C. Behaviourisme
D. Liberalisme
52. Nyatakan peringkat dan perkembangan sains politik yang menekankan institusi negara
sebagai struktur rasmi yang mencorakkan kehidupan masyarakat.
A. Peringkat Universalisme
B. Peringkat Legalisme
C. Peringkat Realism
D. Peringkat Behaviorisme
53. Pada peringkat dan fasa manakah berlakunya perubahan kajian kepada kaedah
perbandingan akhirnya membawa kepada penbentukan cabang baru dalam politik iaitu
kerajaan perbandingan?
A. Peringkat Universalisme
B. Peringkat Legalisme
C. Peringkat Pasca Behaviorisme
D. Peringkat Realism
54. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan?
A. Satu institusi dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan
secara sah B. Warisan jawatan berdasarkan keturunan dan kebudayaan
C. Mesti mempunyai Raja
D. Mempunyai Perdana Menteri
55. Sila susun fasa dan perkembangan politik mengikut peringkat:
i. Peringkat realism
ii. Peringkat legalisma
iii. Peringkat behaviorisme
iv. Peringkat Pasca behaviorisme
v. Peringkat Universalisme
A. i, iii, ii, iv, v
14
B. v, ii, i, iii, iv
C. i, ii, iii, iv, v
D. v, iii, ii, i, vi
56. Pada peringkat legalisme perbincangan politik adalah berkisar mengenai
________________.
A. masalah yang mungkin dihadapi oleh masyarakat sempurna dan idea-idea politik
berkenaan dengan aspek moral, kesusilaan keharmonian dan peraturan hidup
masyarakat.
B. masalah yang dihadapi oleh masyarakat di dalam urusan seharian.
C. soal kewujudan negara, peranan dan institusi seperti perlembagaan, bentuk-
bentuk kerajaan Barat, kuasa dan peranan pengundi, peranan badan
kehakiman, sistem pentadbiran dan peranan badan pemerintahan.
D. kewujudan negara, peranan setiap ahli masyarakat , peranan badan kehakiman
dan peranan badan pemerintahan.
57. Pernyataan di atas merujuk kepada politik di peringkat _________________.
A. Realisme
B. Behaviorisme
C. Pasca behaviorisme
D. Universalisme
58. Model pemerintahan presiden seperti Model Perancis, Model Amerika Syarikat dan
model India merupakan bentuk kerajaan ___________________.
A. Demokrasi
B. Monarki
C. Republik
D. Autokratik
59. Ciri-ciri di atas merujuk kepada kerajaan _________________.
A. Monarki
B. Autokrasi
Memberi keterangan berkenaan tingkah laku politik di negara berkenaan
Mengumpul pengetahuan bagi meramalkan peristiwa yang akan berlaku
i. Ketua kerajaan adalah presiden ii. Dipilih oleh rakyat
iii. Memegang jawatan sepertimana yang telah ditetapkan dalam perlembagaan
15
C. Republik
D. Demokrasi
60. Berikut adalah BENAR mengenai corak pemerintahan kerajaan demokrasi di Malaysia
KECUALI ________________. A. corak pemerintahan demokrasi berparlimen dan mempunyai seorang raja
berpelembagaan
B. kerajaan ditubuhkan berdasarkan undi majoriti 3/3 daripada perwakilan
dalam parlimen
C. perwakilan dilantik oleh rakyat dalam pilihanraya
D. pilihanraya diadakan pada setiap lima tahun
61. Ciri-ciri di atas merujuk kepada sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia oleh badan
____________.
A. Perundangan
B. Eksekutif
C. Kehakiman
D. Pemerintah
62. Berikut adalah TIDAK BENAR mengenai badan kehakiman KECUALI __________.
A. menjalankan fungsi kehakiman dan menggubal undang-undang
B. menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang
C. sebagai pelaksana undang-undang
D. tidak dibenarkan menjalankan kuasa eksekutif dan membuat undang-
undang
63. Ciri-ciri di atas merujuk kepada Model/ corak pemerintahan presiden__________.
A. Amerika Syarikat
i. Terdiri daripada Yang diPertuan Agong, Dewan negara dan Dewan Rakyat ii. Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang
i. Presiden memegang jawatan sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
ii. Tempoh perlantikan 7 tahun, boleh dilantik semula dalam penggal seterusnya
iii. Contoh negara yang mengamalkannya ialah Indonesia, Kenya dan Mesir
16
B. Perancis
C. India
D. Malaysia
64. Pilih kenyataan yang TIDAK TEPAT tentang takrifan ekonomi.
A. Ekonomi adalah kajian bagaimana manusia membuat keputusan untuk memilih
barangan dan perkhidmatan.
B. Ekonomi adalah kajian bagaimana manusia membuat keputusan untuk
menguruskan sumber-sumber.
C. Ekonomi mengkaji gelagat manusia apabila berhadapan dengan masalah lebihan
sumber.
D. Ekonomi mengkaji gelagat manusia apabila berhadapan dengan masalah
keluarga.
65. Konsep kekurangan merupakan satu konsep penting di dalam ekonomi. Manakah di
antara berikut BENAR mengenai konsep ini?
A. Kekurangan timbul kerana manusia inginkan banyak perkara tetapi
sumber-sumber yang ada tidak mencukupi untuk memenuhi kesemua
keinginan tersebut.
B. Kekurangan wujud disebabkan sumber sedia ada semakin berkurangan dan
dikawal oleh kelompok tertentu.
C. Keadaan kekurangan berlaku di keadaan dan tempat tertentu.
D. Sumber-sumber produktif dibahagikan kepada lima kategori umum.
66. Proses pemilihan untuk memperuntukkan sumber-sumber terhad bagi pengeluaran
barangan di dalam sesebuah ekonomi bergantung kepada beberapa persoalan ekonomi
yang utama. Manakah kenyataan berikut yang TIDAK TEPAT mengenai peruntukan
sumber-sumber yang terhad?
A. Persoalan apa memerlukan jawapan mengenai kepelbagaian barangan dan
perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
B. Pasaran akan mengeluarkan barangan yang dikehendaki pengguna dengan
mengambil kira sama ada ia memberi manfaat atau tidak.
17
C. Persoalan apa di dalam sistem pasaran dijawab oleh pengguna melalui „undi‟
dengan menggunakan wang bagi membeli barangan dan perkhidmatan.
D. Persoalan siapakah dan berapakah jumlah yang akan diterima bergantung kepada
jumlah agihan pendapatan yang diingini di dalam sesebuah ekonomi.
67. Ekonomi terdiri daripada dua pecahan tumpuan iaitu mikroekonomi dan makroekonomi.
Manakah di antara kenyataan di bawah BUKAN menggambarkan mengenai
makroekonomi?
A. Berkenaan dengan pengagregetan atau kuantiti nilai tertentu yang didapati dengan
menjumlahkan banyak pasaran.
B. Ia mengkaji gelagat angkubah-angkubah yang menerangkan mengenai ekonomi
secara keseluruhan.
C. Makroekonomi membuat kesimpulan mengenai prestasi ekonomi secara
keseluruhan.
D. Mengkaji kesan interaksi di antara pasaran.
68. Manakah kenyataan di bawah BUKAN menggambarkan Ekonomi Perancangan Pusat?
A. Persoalan asas ekonomi dijawab melalui teknik perancangan pusat atau kawalan
ketat oleh pihak berkuasa.
B. Pihak berkuasa pusat membuat semua keputusan yang penting berhubung apa dan
bagaimana pengeluaran akan dilakukan.
C. Kerajaan akan membuat semua perancangan untuk menjawab persoalan-persoalan
ekonomi.
D. Kuasa kerajaan terbatas kepada program percukaian dan perbelanjaan.
69. Pada masa ini kebanyakan negara telah mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran.
Apakah rasionalnya pengadaptasian ekonomi jenis ini?
A. Sistem ekonomi pasaran telah mengubahsuai beberapa elemen dalaman bagi
disesuaikan dengan kehendak negara lain yang mengamalkan ekonomi
campuran.
B. Kerajaan tidak lagi mampu untuk membuat keputusan ekonomi.
C. Disebabkan beberapa kelebihan yang terdapat dalam sistem ekonomi pasaran,
ekonomi tradisi dan ekonomi perancangan pusat.
D. Ketidaksesuaian sistem ekonomi sedia ada.
70. Mikroekonomi merupakan salah satu di antara dua bidang ekonomi. Antara aspek kajian
ekonomi mikro adalah ___________.
i. Interaksi di antara pihak pengeluar dan pengguna dalam pasaran tertentu.
ii. Corak perdagangan antarabangsa.
iii. Kajian terhadap inflasi dan kesan pengangguran.
iv. Corak perbelanjaan isi rumah.
A. i dan iii.
18
B. i dan iv.
C. ii dan iii.
D. ii dan iv.
71. Berikut adalah tiga persoalan ekonomi yang mempengaruhi proses pemilihan untuk
memperuntukkan sumber-sumber terhad bagi pengeluaran barangan, KECUALI
___________.
A. Kewujudan sumber-sumber.
B. Keputusan yang dibuat secara kolektif oleh pengeluar.
C. Permintaan secara langsung dari pihak pengeluar.
D. Wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan pengguna.
72. Pengguna dikatakan rasional dalam konteks ekonomi apabila ___________.
A. Mereka sedia membantu meningkatkan kos pasaran.
B. Mereka berupaya menentukan sendiri apa yang mereka kehendaki.
C. Mereka memilih berdasarkan kehendak pasaran.
D. Mereka berusaha memenuhi kehendak masyarakat.
73. Kenyataan di bawah menerangkan tentang bentuk Sistem Ekonomi ___________.
A. Campuran.
B. Perancangan Pusat.
C. Kawalan/Globalisasi.
D. Pasaran.
74. Dasar Ekonomi Baru (1971) dilancarkan untuk ___________.
A. Memperkukuhkan sektor ekonomi hiliran.
B. Menghadapi masalah-masalah ekonomi antara kaum.
C. Mengembangkan ekonomi negara yang mengalami kegawatan.
D. Menjana ekonomi ke era perindustrian.
75. Pilih kenyataan yang BENAR tentang struktur pengeluaran.
“Sistem ekonomi ini bergantung kebanyakannya kepada transaksi pasaran untuk
menjawab persoalan-persoalan ekonomi yang asas”
19
A. Membincangkan bagaimana sesuatu produk itu dipasarkan.
B. Membincangkan bagaimana dan siapa yang mengeluarkan sesuatu produk.
C. Membincangkan bagaimana sesuatu produk dikeluarkan dan siapakah pengguna
produk.
D. Membincangkan bagaimana sesuatu produk dikeluarkan, bagaimana
diperdagangkan dan kepada siapa ia diperdagangkan.
76. Berikut adalah teori yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan asas dalam
ekonomi, KECUALI ___________.
A. Teori agihan.
B. Teori pengeluaran.
C. Teori harga.
D. Teori kekurangan.
77. Pengertian politik boleh dirumuskan dengan TEPAT sebagai perkiraan-perkiraan untuk
A. Mencipta kuasa individu atau kumpulan
B. Meyembunyikan kuasa seseorang individu atau kumpulan
C. Merampas dan mengeksploitasikan kuasa seseorang individu atau kumpulan
D. Mendapatkan, menggunakan atau memberikan kuasa kepada individu atau
kumpulan
78. Pengertian ekonomi memfokuskan kepda perkara-perkara berikut KECUALI
A. Bentuk kerajaan yang diamalkan
B. Sistem pengeluaran dan pertukaran
C. Pembahagian sumber secara optimum dan rasional
D. Menghimpun dan membahagikan kekayaan
79. Manakah antara kenyataan berikut TEPAT mengenai Politik Ekonomi?
A. Bidang yang membincangkan bagaimana faktor-faktor politik boleh
mempengaruhi dan menghasilkan polisi ekonomi
B. Bidang yang membincangkan bagaimana faktor-faktor ekonomi boleh
mempengaruhi dan menghasilkan polisi politik
C. Bidang yang membincangkan bagaimana faktor-faktor sosial boleh
mempengaruhi dan menghasilkan polisi politik ekonomi
20
D. Bidang yang membincangkan bagaimana faktor-faktor ekonomi boleh
mempengaruhi dan menghasilkan polisi sosio-ekonomi
80. David Balaam mentakrifkan Politik Ekonomi sebagai suatu pengajian yang
membincangkan pertembungan dan interaksi dua bidang dalam kehidupan. Berikut
adalah pertembungan dan interaksi dua bidang tersebut KECUALI
A. Masyarakat dan individu
B. Politik dan ekonomi
C. Kerajaan dan pasaran
D. Kerajaan dan masyarakat
81. Pernyataan berikut adalah benar mengenai konsep Nasionalis dalam Politik Ekonomi
KECUALI
A. Ekonomi mesti menyumbang kepada pembinaan negara
B. Ekonomi antarabangsa tidak diperlukan dalam mencari kekayaan untuk
tabung negara
C. Kekayaan akan membawa kepada kuasa dan kuasa akan menjaminkan
keselamatan negara
D. Ekonomi patut berada di bawah seliaan kerajaan bertujuan untuk memenuhi
kepentingan Negara
82. Siapakah yang telah mengeluarkan pendapat seperti di bawah?
A. Adam Simth
B. James Stuart
C. Karl Marx
D. David Recardo
83. Berikut adalah struktur politik ekonomi dunia KECUALI
A. Struktur keselamatan
B. Struktur peyimpanan
C. Struktur kewangan
D. Struktur ilmu dan teknologi
Beliau berpendapat bahawa walaupun manusia pada asalnya rasional dan boleh menggunakan logik yang mengimbangi pendapatan kekayaan dan pembahgian kekayaan, rasional dan logik akan memaksa manusia lebih mengaut keuntungan untuk menjamin masa depannya sendiri.
21
84. Pilih struktur politik ekonomi dunia yang TEPAT
A. Penyimpanan, keselamatan, kewangan, ilmu dan teknologi
B. Penyimpanan, sosial, keselamatan, ilmu dan teknologi
C. Pengeluaran, keselamatan, kewangan, ilmu dan teknologi
D. Pengeluaran, penyimpanan, kewangan, ilmu dan teknologi
85. Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada salah satu struktur politik ekonomi dunia
iaitu _____________
A. Struktur pengeluaran
B. Struktur keselamatan
C. Struktur kewangan
D. Struktur ilmu dan teknologi
86. Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada salah satu struktur politik ekonomi dunia
iaitu _____________
A. Struktur pengeluaran
B. Struktur keselamatan
C. Struktur kewangan
D. Struktur ilmu dan teknologi
87. Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada salah satu struktur politik ekonomi dunia
iaitu _______________
A. Struktur ilmu pengetahuan
Penekanan kepada kepentingan dan penggunaan ilmu
Golongan yang mempunyai ilmu dan teknologi lebih maju akan menguasai dunia
Faktor keselamatan dalam politik ekonomi khususnya dalam perang dingin
Bagaimana sesebuah negara menangani ancaman, ugutan dan pelbagai tindakan
serta member perlindungan kepada negara lain
Membincangkan aliran wang sebagai alat untuk mendapatkan sumber yang
ada di dunia
Contohnya seperti sebuah Negara yang membuat pinjaman kepada IMF
terpaksa mengikut dan merombak ekonomi megikut cara dan kemahuan IMF
22
B. Struktur teknologi
C. Struktur kewangan
D. Struktur ilmu dan teknologi
88. Tujuan pelaksanaan Dasar Penswastaan adalah
A. Mewujudkan peluang pekerjaan
B. Mewujudkan lebih ramai korporat dari golongan bukan bumiputera
C. Mewujudkan sistem perkhidmatan awam yang lebih cekap dan pragmatik
D. Mewujudkan persaingan sengit di antara sektor awam dan sektor swasta
89. Berikut adalah benar mengenai Multinational Corporation (MNC) KECUALI
A. Penting dalam pembangunan ekonomi dunia
B. Kaya dan bergerak ke seluruh dunia tanpa sekatan
C. Terbahagi kepada pelbagai jenis seperti pembuatan, kewangan, dan teknologi
D. Bergantung kepada pakatan negara di peringkat antarabangsa
90. Berikut adalah pertubuhan-pertubuhan serantau yang memainkan peranan penting dalam
perkembangan politik ekonomi dunia KECUALI
A. Kesatuan Eropah (EU)
B. ASEAN
C. NAFTA
D. NATO
91. Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi setiap
A. bangsa, kepercayaan, negara, budaya, masyarakat dan agama
B. kepercayaan, budaya, negara,sosial, adat dan masyarakat
C. masyarakat, bangsa, adat, negara, social dan budaza
D. negara, bangsa, adat, budaya, agama dan kepercayaan
92. Berikut adalah kritikan-kritikan terhadap teori hak-hak semulajadi KECUALI
A. Burke, Bentham dan Marx menolak teori ini.
B. Ahli fasafah klasik positif menerima faktor hak-hak.
C. Sumber undang-undang hanya didapati di dalam penggubalan sistem undang-
undang bersama-sama hukuman yang dijalankan.
D. Serangan hebat terhadap undang-undang ini berlaku pada abad ke-19
dan 20.
23
93. Apakah yang menjadi inspirasi kepada pembentukan hak-hak sivil dan hak-hak
politik?
A. Kebasan sivil
B. Tradisi individualis
C. Konsep hak asasi
D. Tradisi agama
94. Generasi Kedua Hak Asasi Manusia lebih merujuk kepada perkara-perkara berikut
________________.
A. Hak sivil dan politik (Liberte)
B. Hak ekonomi, sosial dan budaya
C. Hak asasi dan kemanusiaan
D. Hak solidariti
95. Negara hanya wajar campurtangan dalam kebebasan individu berdasarkan DUA (2)
alasan iaitu apabila tindakan seseorang individu itu tidak boleh dipertanggungjawabkan
kepada masyarakat selagi tindakan itu hanya untuk diri sendiri dan tidak berkaitan
dengan orang lain dan __________________.
A. apabila masyarakat sivil dan kerajaan ditubuhkan di atas prinsip keuntungan
umum
B. rakyat membentuk atau meluahkan kecenderungan politik mereka kepada sesuatu
yang lebih bermakna
C. Hal tindakan yang menimbulkan prasangka ke atas kepentingan orang lain
D. meluahkan kepentingannya di dalam proses politik dan daripada menggunakan
kebudayaaan dan bahasanya
96. Sistem kapitalis (Marx) mengandungi dua kelas iaitu
A. borjuis dan proletariat
B. Marxis dan Protestan
C. Kapitalis dan Komunis
D. Liberal dan Sosialis
97. Milne (1986), mengklasifikasikan hak kepada TIGA (3) bentuk yang terdiri daripada
undang-undang, adat dan moral. Secara umum, terdapat DUA (2) klasifikasi hak iaitu
i. hak positif dan hak negatif
ii. hak mutlak dan hak sebahagian
iii. hak individu dan hak kolektif
iv. hak umum dan hak dunia
24
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv
98. Dalam tradisi agama Islam, Buddha, Hindu dan Konfusius, individu dilihat terikat
dengan _____________.
A. budayanya
B. amalannya
C. masyarakatnya
D. kehidupannya
99. John Locke mengembangkan teori semulajadi (natural law) sebagai sumber bagi doktrin
hak asasi manusia kerana _________________.
A. manusia menitikberatkan soal kebahagiaan semata-mata
B. masyarakat mewujudkan suatu bentuk kontrak sosial (social contract) di antara
individu dan negara(state).
C. memberikan hak pada masyarakat untuk melancarkan revolusi.
D. setiap manusia itu mempunyai hak semulajadi untuk hidup bebas dan
berharta.
100. Sebahagian besar negara di Asia dan Afrika tidak mengiktiraf taraf SEJAGAT
(universal) hak asasi manusia yang terdapat dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi
Manusia. Ini menunjukkan berlakunya pertembungan antara ______________________.
A. universalisme dan relativisme
B. individualism dan collectivism
C. monarki dan statisme
D. demokrasi dan liberalisasi
Recommended