View
35
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
2 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
PENDAHULUAN
Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd (Dahulu dikenali sebagai Anggun
Mulia Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 19hb Mei 2003 bagi mematuhi keperluan
pendaftaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI dengan Jabatan Pendidikan Swasta
(JPS)/Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd mula mengambil alih pentadbiran
Kolej dari Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd.) diawal
tahun 2004.
Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi [PICOMS] yang ditukar (Dahulu dikenali
sebagai Kolej Kejururawatan PUSRAWI) yang ditubuhkan pada April 1994 oleh Pusat
Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.), mengendalikan kursus
peralihan dari Pembantu Jururawat kepada Penolong Jururawat pada peringkat awal
penubuhannya dan pada Julai 1997 Kolej mendapat kelulusan untuk mengendalikan
Program Diploma Kejururawatan.
Pada tahun Oktober, 2010, Kolej telah bertukar kepada Kolej Sains Perubatan
Antarabangsa Pusrawi yang lebih dikenali dengan nama singkatan PICOMS (Pusrawi
International College of Medical Sciences). Nama baru ini lebih realistik dan
mencerminkan sebuah institusi pengajian tinggi setanding dengan kolej universiti
swasta lain dan sejajar dengan perancangannya untuk menawarkan program-program
baru bidang sains perubatan dan kesihatan peringkat Diploma serta Ijazah secara
usahasama dengan Universiti-universiti tempatan dan luar negara, selain
memperkasakan program Diploma Sains Kejururawatan sediada.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
3 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
MOTTO
‘ Ke Arah Kecemerlangan Holistik Dalam Pendidikan & Penjagaan Pesakit”
FALSAFAH
“Melahirkan generasi berilmu, beretika tinggi dan mendukung nilai-nilai murni
insan dengan berpaksikan prinsip-prinsip Islam”
VISI
“Menjadi peneraju utama kecemerlangan akademik dalam bidang sains kesihatan
dan perubatan menjelang tahun 2020 dengan melahirkan graduan yang berkualiti,
bertanggungjawab dan mempunyai etika tinggi dalam penjagaan pesakit secara
holistik”
MISI
Pemantauan ketat dan komitmen tinggi untuk mengekalkan tahap akademik yang
terbaik agar graduan dari PICOMS bersifat bertanggungjawab, dedikasi, efisyen,
berkemahiran tinggi dan berkeperibadian mulia dalam aspek penjagaan pesakit
secara holistik serta keinginan untuk meningkatkan tahap professional yang
berterusan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
4 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
1. PEMAKLUMAN UMUM
1.1. Garis Panduan ini merupakan syarat-syarat perkhidmatan bagi staf
Bergaji Bulan yang berjawatan tetap / kontrak bagi menentukan tatacara
berhubung dengan perkhidmatan staf;
1.2 Staf yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan ini,
polisi dan peraturan syarikat serta pindaannya dari semasa ke semasa;
1.3 Bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam garis panduan ini, syarikat
berhak atas pertimbangan dan budi bicaranya membuat keputusan-
keputusan serta mengambil tindakan berpandukan kepentingan syarikat
dan undang-undang yang berkuat kuasa;
1.4 Syarikat berhak menambah, membetul, meminda, mengubah atau
membatalkan apa-apa dan mana-mana peruntukan di dalam perenggan
ini melalui Pekeliling dan Arahan Pengurusan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan;
1.5 Sebarang perubahan ke atas kelayakan staf adalah tertakluk kepada
undang-undang yang berkuatkuasa.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
5 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
2. PELANTIKAN
2.1 Peraturan Umum
a. Semua skim dan gred jawatan yang diwujudkan atau dijumudkan
telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
i- pelantikan staf adalah mengikut keperluan syarikat dari masa ke
semasa yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah
ii- pemilihan staf berdasarkan kepada merit, kelayakan, latihan yang
diperolehi, pengalaman dan rekod pengalaman calon yang lepas.
b. Syarikat adalah dibenarkan membuat lantikan bukan warganegara
bekerja mengikut keperluan setelah mendapat kebenaran/kelulusan
dari Lembaga Pengarah.
2.2. Calon yang dilantik oleh syarikat untuk memegang jawatan akan
diberitahu secara rasmi melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan
syarat-syarat kontrak perkhidmatan, taraf jawatan, tempoh percubaan dan
lain-lain syarat.
2.3 Calon yang dilantik dikehendaki memaklumkan kepada syarikat sebarang
pertalian persaudaraan dengan mana-mana ahli keluarga syarikat ( jika
ada).
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
6 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
3. PENEMPATAN DAN PERTUKARAN TEMPAT PERKHIDMATAN
3.1 Syarikat boleh menentukan penempatan staf yang dilantik mengikut
kelayakan, kesesuaian dan keperluan syarikat.
3.2 Syarikat boleh menentukan pertukaran staf mengikut kelayakan,
kesesuaian dan keperluan syarikat.
3.3 Kegagalan mematuhi arahan adalah dianggap engkar perintah dan boleh
dikenakan tindakan tatatertib termasuklah ditamatkan daripada
perkhidmatan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
7 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
4. TATACARA PENGAMBILAN
4.1 Semua pengambilan staf kedalam perkhidmatan boleh diiklankan melalui
pelbagai cara seperti di tampal di notis syarikat, laman sesawang atau
akhbar (jika perlu).
4.2 Calon-calon yang layak akan melalui proses temuduga oleh Panel
Penemuduga/Pengambilan mengikut jawatan atau kaedah lain yang
difikirkan sesuai.
4.3 Calon yang berjaya dalam temuduga akan diberitahu secara rasmi
melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan syarat-syarat kontrak
perkhidmatan, gaji asas, elaun tarikh mula kerja, tempoh percubaan,
pengesahan dan lain-lain syarat.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
8 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
5. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN AKUAN BERKANUN
5.1 Sebelum memulakan perkhidmatan calon yang berjaya mestilah
menjalankan pemeriksaan di Hospital atau klinik yang ditetapkan oleh
Syarikat bagi menentukan yang calon sihat untuk menjalankan tugas
jawatan yang ditawarkan oleh syarikat.
5.2 Sekiranya didapati tidak sihat tawaran jawatan oleh syarikat boleh
dibatalkan.
5.3 Perbelanjaan pemeriksaan kesihatan hendaklah ditanggung oleh calon
berkenaan. Walaubagaimanapun tuntutan perbelanjaan pemeriksaan
boleh ditanggung oleh syarikat sekiranya calon itu didapati sihat dan layak
untuk berkhidmat. Kos rawatan ini akan termasuk dalam peruntukan
perbelanjaan rawatan tahunan calon.
5.4 Calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta
Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) bahawa dia :-
a. tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
b. tidak pernah dibuang kerja;
c. bukan penagih dadah;
d. tidak memiliki kewarganegaraan asing; dan
e. bukan seorang bankrap.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
9 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
6. PERNYATAAN TIDAK BENAR
Pada bila-bila masa selepas pelantikan, jika didapati apa-apa butiran yang
diberikan di dalam borang permohonannya tidak benar, staf tersebut boleh
ditamatkan dari perkhidmatan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
10 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
7. TARIKH KUAT KUASA PELANTIKAN
7.1 Pelantikan staf mula berkuat kuasa pada tarikh dia memulakan tugas dan
staf itu akan menerima gaji dari tarikh tersebut.
7.2 Sekiranya hari staf itu sepatutnya memulakan tugas jatuh pada hari
kelepasan am, maka tarikh kuat kuasa pelantikan staf itu akan dikira
bermula pada hari kelepasan am tersebut.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
11 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
8. PELANTIKAN DENGAN GAJI LEBIH DARIPADA GAJI MINIMUM
8.1 Pelantikan jawatan adalah mengikut gred jawatan selaras dengan struktur
gaji. Sekiranya struktur gaji telah ditetapkan untuk jawatan tertentu, gaji
permulaan ialah gaji minima dalam struktur gaji berkenaan.
8.2 Kecuali setelah mempertimbangkan kelulusan, pengalaman yang
bersesuaian atau sebab-sebab khusus, syarikat dibenarkan membayar
gaji permulaan di mana-mana kedudukan mata gaji atau gred mengikut
pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah / Pengurusan yang diwakilkan
kuasa.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
12 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
9. PEMBAYARAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
9.1 Pembayaran Gaji
Pembayaran gaji adalah pada sebelum hari terakhir bulan berkenaan mengikut
kalendar dan tidak akan melebihi 7hb pada bulan berikutnya.
9.2 Pergerakan Gaji Tahunan
a. Asas Pemberian
Pergerakan gaji tahunan adalah tertakluk kepada perkhidmatan
yang memuaskan. Penilaian prestasi hendaklah dibuat oleh Ketua
Jabatan/ Ketua Program masing-masing dan diperakukan /
diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga Pengarah.
b. Kadar pergerakan
Penentuan kadar Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada setiap
tahun adalah atas budi bicara syarikat tertakluk kepada merit,
prestasi staf dan kedudukan kewangan syarikat. Pergerakan gaji
tidak dilaksanakan secara automatik dan ia boleh ditahan,
diberhentikan atau ditangguhkan mengikut kesesuaian sekiranya
staf mempunyai masalah prestasi kerja atau tatatertib.
c. Pemakluman pergerakan
Pemaklumkan pergerakan gaji dibuat secara bertulis kepada setiap
staf bagi mempastikan kerahsiaan (confidentiality) terjamin.
d. Tarikh pergerakan
Tarikh pergerakan gaji tahunan adalah pada 1 Januari pada setiap
tahun (berkuatkuasa Januari 2013). Jika perkhidmatan seseorang
staf kurang daripada 12 bulan, kadar kenaikan gajinya akan
diselaraskan mengikut kesesuaian.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
13 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
10. TEMPOH PERCUBAAN
10.1 Setiap staf dikehendaki menjalani tempoh percubaan bagi jawatan yang
disandangnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
10.2 Staf yang berkhidmat dalam tempoh percubaan akan dibayar gaji pokok
permulaan mengikut jadual gaji yang telah ditentukan.
10.3 Walau apa pun, Ahli Lembaga / Pengurusan yang diberi kuasa boleh
meletakkan tangga gaji yang lebih tinggi bagi sesuatu lantikan
berdasarkan pengalaman atau keperluan perjawatan.
10.4 Jika penilaian prestasi seseorang staf dalam tempoh percubaan tidak
mencapai tahap yang memuaskan, perkhidmatannya boleh ditamatkan.
Walaubagaimanapun, jika pada pendapat Ketua Program/ Ketua Jabatan
staf tersebut patut diberi peluang untuk memperbaiki mutu
perkhidmatannya lanjutan tempoh percubaan boleh diberikan selama 6
bulan berikutnya kepada staf tersebut. (Peraturan ini tidak terpakai
kepada staf yang dilantik secara kontrak).
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
14 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
11. PENGESAHAN JAWATAN
11.1 Seseorang staf yang melaksanakan tugasnya dengan cekap / cemerlang
dalam tempoh percubaan atau dalam tempoh percubaan yang dilanjutkan
boleh disahkan dalam jawatan.
11.2 Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Surat Pengesahan Dalam
Jawatan kepada staf berkenaan bagi memaklumkan bahawa staf tersebut
telah disahkan jawatannya.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
15 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
12. KEPERLUAN DALAM PERKHIDMATAN
12.1 Seseorang staf dikehendaki menjalankan dan menyempurnakan tugas-
tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan
sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain tugas
yang diarahkan kepada staf itu dari semasa ke semasa.
12.2 Syarikat boleh menukarkan staf bagi menjalan tugas yang pelbagai untuk
program meningkatkan tugas (job enrichment), memperluaskan tugas (job
enlargement) dan pusingan tugas (job rotation)
12.3 Staf juga boleh diberi tugas yang dibawah gred tugasnya sebagai kesan
penyusunan semula struktur organisasi atau sebab-sebab lain yang pada
pandangan syarikat adalah wajar tetapi syarikat akan memastikan staf itu
dibayar gaji mengikut gred gaji asalnya.
12.4 Seseorang staf hendaklah sepanjang masa mematuhi perintah / arahan
ketuanya atau sesiapa jua yang diwakilkan kuasa untuk mengeluarkan
perintah / arahan tersebut dan hendaklah sentiasa mengutamakan
kepentingan syarikat berbanding dengan kepentingan-kepentingan lain.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
16 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
13. PERTUKARAN DAN PINDAH KHIDMAT
13.1 Seseorang staf boleh diarahkan bertukar di mana-mana Negeri dalam
Malaysia atau di Luar Negara, dimana khidmatnya diperlukan.
13.2 Seseorang staf boleh dipindah khidmat ke mana-mana syarikat atau
organisasi yang syarikat mempunyai kepentingan dan perkhidmatan staf
itu dianggap tidak terputus.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
17 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
14. PEMINJAMAN PEGAWAI
Syarikat berhak untuk melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di mana-
mana syarikat miliknya dan melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di
syarikat bagi jawatan yang difikirkan sesuai. Tempoh pinjaman adalah selama 2
tahun dan tidak melebihi 5 tahun.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
18 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
15. KENAIKAN PANGKAT
15.1 Kenaikan pangkat seseorang staf adalah berdasarkan merit iaitu:
a. Kecekapan dan prestasi kerja staf;
b. kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman staf;
c. sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan
kenaikan pangkat, keutuhan , potensi dan kepimpinan staf; dan
d. kegiatan luar dan sumbangan staf kepada syarikat,
15.2 Keputusan dalam kenaikan pangkat adalah hak mutlak syarikat dan boleh
dipertimbangkan.
15.3 Jika di dalam pertimbangan kenaikan pangkat, terdapat dua atau lebih
staf yang sama kebolehannya, keutamaan akan diberi kepada staf yang
lebih kekananan perkhidmatannya.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
19 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
16. URUSAN PEMANGKUAN
16.1 Jika berlaku kekosongan sementara akibat dari perletakan jawatan,
percutian yang panjang atau ketiadaan mana-mana staf, seseorang staf
boleh dipertimbangkan oleh syarikat untuk dilantik secara pemangkuan.
16.2 Pelantikan secara pemangkuan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (Ketua
Eksekutif, Pengurus, Dekan, Pendaftar, Bendahari) hendaklah diluluskan
oleh Ahli Lembaga Pengarah.
16.3 Bagi jawatan selain daripada yang tersebut di atas, pelantikan secara
pemangkuan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif /
Pengerusi.
16.4 Ahli Lembaga Pengarah/Pengerusi berhak menetapkan sebarang jumlah
elaun yang munasabah mengikut kesesuaian jawatan yang dipangku.
17. TANGGUNG KERJA
Seseorang staf yang diarahkan menanggung kerja staf lain akan dibayar
dengan kadar elaun ¼ daripada gaji pokok staf yang di tanggung kerja itu atau
tertakluk kepada syarat-syarat pekeliling semasa.
18. PEMBERIAN ELAUN
Syarikat memperuntukkan beberapa jenis elaun kepada staf berdasarkan tugas
dan tanggungjawab jawatan yang disandang. Syarat-syarat, kaedah dan kadar
elaun adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarikat dan berhak
membuat semakan dari semasa ke semasa.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
20 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
19. PEMBAYARAN ELAUN
Syarikat memperuntukan pembayaran elaun kepada staf yang berkelayakan
mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Elaun-elaun yang
diperkenalkan adalah bagi kemudahan staf kerana menjalankan tugas-tugas luar
atas permintaan/arahan syarikat:
19.1 Elaun Perjalanan / Elaun Penginapan / Elaun Makan Apabila Melibatkan
Perjalanan
Elaun perjalanan bermaksud elaun yang dibayar oleh syarikat kepada
staf yang melakukan perjalanan atas urusan rasmi syarikat.
a. Elaun Perjalanan
i. Sekiranya staf menggunakan kenderaan sendiri, staf layak
membuat tuntutan elaun per kilometer seperti yang
ditetapkan oleh syarikat seperti berikut :-
GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN
PENTADBIRAN
AKADEMIK
BAWAH
500 KM
501 KM
KEATAS
Ketua Eksekutif
Timbalan Ketua Eksekutif
/Pengurus Besar
Principal Lecturer
RM 0.70 sen RM 0.55 sen
Pengurus Kanan
Pengurus
Penolong Pengurus
Eksekutif
Kerani Pembantu Pejabat
Pensyarah Kanan
Pensyarah
Jururawat Klinikal
RM 0.60 sen RM 0.50 sen
Motorsikal RM 0.30 sen
ii. Staf layak membuat tuntutan tol dan meletak kenderaan (parking)
dengan mengemukakan resit.
iii. Jika perjalanan staf secara berkumpulan menggunakan kenderaan
sendiri dimana tempat yang sama dan waktu yang sama, hanya seorang
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
21 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
sahaja yang dibenarkan membuat tuntutan. Kecuali staf tersebut
mempunyai urusan-urusan lain syarikat yang tidak membolehkan staf
pergi secara berkumpulan.
iv. Kadar tuntutan per km ini boleh dipinda oleh Lembaga Pengarah
atas nasihat dan pandangan dari Pengurusan mengikut keadaan
semasa.
v. Staf yang diminta menjalankan tugas ke luar kawasan / daerah
dengan menggunakan kenderaan awam boleh membuat tuntutan
seperti berikut:-
GRED JAWATAN JENIS PENGANGKUTAN
PENERBANGAN LAIN-LAIN
Semua Kategori Kelas Ekonomi Keretapi Kelas Pertama
Bas Ekspress Hawa
Dingin
MESTI mengemukakan
resit asal untuk tuntutan
vi. Jika perjalanan perlu dilakukan ke satu tempat dimana terdapat
perkhidmatan pesawat/ penerbangan adalah lebih murah,
perjalanan perlu dilakukan melalui cara tersebut kecuali terdapat
sebab-sebab yang tertentu yang tidak membenarkan keadaan
tersebut.
b. Elaun Penginapan
i. Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar
kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak
mendapat elaun penginapan seperti berikut kecuali disediakan :-
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
22 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
GRED JAWATAN KELAYAKAN MAKSIMA
PENTADBIRAN
AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT
Ketua Eksekutif
Pengurus Besar
Principal Lecturer RM 250.00 RM 125.00
Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 200.00 RM 100.00
Pengurus Pensyarah RM 150.00 RM 75.00
Penolong Pengurus
Eksekutif
Kerani
Pembantu Pejabat
Jururawat Klinikal RM100.00 RM 50.00
ii. Sebarang tuntutan mestilah disertakan dengan resit-resit asal yang
berkaitan.
c. Elaun Makan Apabila Melibatkan Perjalanan
i- Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar
kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak
mendapat Elaun Makan seperti berikut kecuali disediakan:-
GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN
PENTADBIRAN
AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT
Ketua Eksekutif RM 100.00 RM 50.00
Timbalan Ketua
Eksekutif / Pengurus
Besar
Principal Lecturer RM 90.00 RM 45.00
Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 80.00 RM 40.00
Pengurus Pensyarah RM 60.00 RM 30.00
Penolong Pengurus
Eksekutif
Jururawat RM50.00 RM 25.00
Kerani
Pembantu Pejabat
RM 40.00 RM 25.00
o Staf yang bertugas diluar kawasan lebih dari 24 jam (seharian)
layak membuat tuntutan seperti diatas ini.
o Staf yang bertugas di luar kawasan bagi tempoh 8 jam tetapi
kurang dari 24 jam termasuk dalam perjalanan adalah layak
menuntut Elaun Harian sebanyak separuh dari Elaun Makan ini.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
23 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
o Elaun Makan ini tidak boleh dituntut di dalam bandar dan kawasan
yang sama ia berada.
o Petaling Jaya di kira didalam kawasan Kuala Lumpur.
o Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan
disediakan.
Masa Perjalanan dan Kelayakan yang dibenarkan adalah :
Tempoh Masa Kelayakan
Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali
selepas 2 petang
Minum Pagi + Makan Tengahari
Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali
selepas 7 petang
Minum Pagi + Makan Tengahari +
Makan Malam
Bertolak selepas 7 pagi dan kembali
selepas 7 petang
Makan Tengahari + Makan Malam
Pengiraan tuntutan Elaun Makan adalah seperti berikut :
20% : Minum Pagi
40% : Makan Tengahari
40% : Makan Malam
19.2 Elaun Lebih Masa
i- Istilah Kerja Lebih Masa ialah kerja-kerja sepatutnya diselesaikan
dalam waktu kerja biasa tetapi tidak dapat disempurnakan dan
memerlukan waktu dilanjutkan selepas waktu kerja biasa.
ii- Kerja Lebih Masa ini hanya akan diiktiraf/dibayar setelah mendapat
kebenaran atau diminta berbuat demikian oleh Ketua Jabatan /
Ketua Akademik / Pengetua atau Ketua Eksekutif sahaja.
iii- Pembayaran Kerja Lebih Masa:-
a. Pengiraan kerja lebih masa pada hari kerja biasa adalah seperti
berikut:-
Kadar Sehari = Gaji Pokok
26 hari
Kadar Gaji Sejam = Kadar Sehari
8 jam
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
24 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Jumlah tuntutan lebih masa = Jumlah Jam x Kadar Gaji Sejam
x 1.5
b. Pengiraan kerja lebih masa pada hari rehat adalah seperti berikut:
Jumlah jam bekerja kurang daripada separuh jumlah jam
bekerja biasa akan dibayar ½ hari gaji.
Jumlah jam bekerja lebih daripada separuh jumlah jam bekerja
biasa akan dibayar satu (1) hari gaji.
Jumlah jam bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar
dua (2) kali kadar per jam.
c. Pengiraan kerja lebih masa pada cuti umum adalah seperti berikut:-
Staf yang bertugas lebih satu jam atau kurang lapan jam
semasa cuti umum akan dibayar dua (2) kali pada kadar gaji
sehari.
Staf yang bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar tiga
(3) kali kadar per jam.
iv- Staf yang gaji pokoknya melebihi RM 1,500.00 sebulan adalah tidak
layak untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. Pihak syarikat
berhak memberi cuti rehat bagi menggantikan kerja lebih masa
yang dibuat.
19.3 Elaun Pakaian Seragam
a. Staf dalam kategori berikut dikehendaki memakai pakaian seragam
yang ditetapkan oleh syarikat semasa bertugas.
i. Pengajar Klinikal
b. Staf yang dikehendaki memakai pakaian seragam akan
diperuntukkan dua (2) pasang pakaian seragam untuk satu (1) tahun
perkhidmatan oleh syarikat. Pakaian seragam ini meliputi :
i. Staf Perempuan : Baju, kain, tudung dan kasut
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
25 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
ii. Staf Lelaki : Baju, seluar dan kasut
c. Jumlah peruntukan setahun untuk pakaian seragam adalah
ditetapkan oleh syarikat.
19.4 Elaun Dobi
Staf yang diberikan pakaian seragam adalah layak menerima Elaun Dobi
sebanyak RM 30.00 sebulan. Jumlah ini tertakluk kepada semakan dari tahun
ke tahun.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
26 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
20. NOTIS PELETAKAN JAWATAN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
20.1 NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
a. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan
Staf dalam tempoh percubaan boleh menamatkan perkhidmatan bersama
syarikat dengan syarat :
i. memberi notis 24 jam dan bayaran satu (1) bulan gaji bagi kedua-
dua pihak iaitu staf atau syarikat.
ii. memberi notis satu (1) bulan tanpa dikenakan apa-apa bayaran bagi
kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.
iii. Staf dalam tempoh percubaan yang memberi notis berhenti kurang
dari satu (1) bulan adalah dikira berhenti 24 jam.
b. Setelah Disahkan Dalam Jawatan
Staf yang telah disahkan dalam jawatan boleh menamatkan perkhidmatan
bersama syarikat dengan syarat :
i. memberi notis 24 jam dan bayaran dua (2) bulan gaji bagi Staf
Pentadbiran dan bayaran tiga (3) bulan gaji bagi Staf Akademik bagi
kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.
ii. memberi notis dua (2) bulan bagi staf Pentadbiran dan memberi notis
tiga (3) bulan bagi staf Akademik tanpa dikenakan apa-apa bayaran
bagi kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.
iii. Staf Pentadbiran yang telah disahkan dalam jawatan yang memberi
notis kurang dari dua (2) bulan dan Staf Akademik yang telah
disahkan dalam jawatan memberi notis kurang dari tiga (3) bulan
adalah dikira berhenti 24 jam.
c. Staf Akademik yang meletakkan jawatan, pihak pengurusan akan
mengambilkira semester pelajar yang sedang berjalan bagi memberi
kelulusan penerimaan perletakan jawatan mereka.
Sekiranya perletakan tersebut di pertengahan semester, maka
pengurusan tidak akan menerima perletakan tersebut sehinggalah
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
27 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
semester tersebut tamat bagi mengelakkan kerumitan di pihak syarikat /
kolej.
d. Sekiranya di dalam tempoh percubaan atau setelah disahkan dalam
jawatan staf didapati melanggar apa-apa peraturan dan tatatertib
sebagaimana yang terkandung di dalam syarat-syarat perkhidmatan serta
peraturan tatatertib, maka perkhidmatan staf boleh ditamatkan dengan
serta merta dengan tanpa apa-apa faedah atau bayaran pampasan.
20.2 PENAMATAN PERKHIDMATAN
20.2.1 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai dengan
kelulusan Ahli Lembaga 20.2.2 Notis penamatan perkhidmatan hendaklah
mengikut Akta Kerja 1955 (Akta 265).
20.2.2 Perkhidmatan seseorang pekerja boleh ditamatkan atas sebab-sebab
yang berikut:
(a) Dikenakan tindakan tatatertib
(b) Telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah oleh mahkamah
syariah atau mahkamah sivil;
(c) Telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah
(d) Memalsukan maklumat kesihatan.
(e) Penstrukturan semula syarikat
(f) Penutupan syarikat
(g) Pengurangan pengeluaran
(h) Penggabungan syarikat
(i) Kegawatan ekonomi dan
(j) Penambahan teknologi.
20.2.3 memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di
bawah akta 265 mengikut ketetapan yang berikut:
a. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2
tahun;
b. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang
daripada 5 tahun; atau
c. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
28 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
atau mengikut tempoh notis perkhidmatan yang dinyatakan dalam kontrak
perkhidmatan pekerja itu.
20.2.4 melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang
lebih panjang.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
29 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
21. BONUS TAHUNAN
21.1 Syarikat hanya akan mengisytiharkan peruntukan bonus tahunan setelah
mengambilkira kewangan syarikat bagi tahun kewangan sebelumnya
diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah.
21.2 Pengiraan bonus staf pula adalah berdasarkan penilaian prestasi masing-
masing pada tahun berkenaan. Staf yang mempunyai penilaian prestasi
tahunan tidak memuaskan, rekod kedatangannya tidak memuaskan atau
yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang mengambil cuti tanpa gaji
atau melanggar syarat-syarat pemberian bonus yang ditetapkan oleh
Lembaga Pengarah tidak layak menerima bonus yang diisytiharkan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
30 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
22. UMUR PERSARAAN
22.1 Umur persaraan wajib bagi staf ialah 60 tahun.
22.2 Seseorang staf yang berumur lebih daripada 60 tahun boleh dilantik
semula secara kontrak dengan syarat kesihatan staf diperakui baik dan
memuaskan. .
22.3 Faedah persaraan wajib ini adalah ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
31 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23. CUTI
23.1 Cuti Umum
Sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari cuti rehat maka cuti rehat akan
diganti pada hari bekerja berikutnya. (Klausa ini tidak melibatkan cuti umum
yang jatuh pada hari Sabtu).
Pihak Syarikat berhak meminta dalam keadaan tertentu sekiranya diperlukan
mana-mana staf bertugas pada hari cuti umum.
23.2 Cuti Rehat Tahunan
a. Kelayakan Cuti
i. Hanya staf yang berjawatan tetap layak mendapat peruntukan cuti
tahunan bergaji. Manakala staf bukan berjawatan tetap adalah
mengikut Surat Perlantikan (kontrak, sambilan dsbnya).
ii. Staf yang berjawatan tetap tetapi belum disahkan jawatan hanya layak
mengambil cuti selepas 3 bulan perkhidmatan. Jika dalam 3 bulan
pertama staf tersebut mengambil cuti, cuti yang diambil dikira sebagai
Cuti Tanpa Gaji.
iii. Selepas tempoh 3 bulan tersebut, staf dibenarkan menggunakan
kelayakan cuti tahunannya.
iv. Staf perlu bekerja lengkap setahun (12 bulan) bagi mendapat
kelayakan cuti tahunan penuh. Jika tempoh perkhidmatan tidak genap
setahun untuk tahun berkenaan, kelayakan cuti akan berdasarkan
kiraan prorata dari tarikh perlantikan staf.
v. Kelayakan cuti tahunan staf yang berjawatan tetap adalah seperti
berikut:
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
32 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
GRED JAWATAN KELAYAKAN CUTI
PENTADBIRAN
AKADEMIK
DIBAWAH 5
TAHUN
PERKHIDMATAN
LEBIH
5 TAHUN
PERKHIDMATAN
Ketua Eksekutif 28 32
Pengurus Besar Principal Lecturer 26 30
Pengurus Kanan Pensyarah Kanan 24 28
Pengurus Pensyarah 20 24
Penolong Pengurus
Eksekutif
Jururawat Klinikal 18 22
Kerani 16 20
Pembantu Pejabat 14 17
b. Cara Memohon Cuti Tahunan
i. Permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh
syarikat.
ii. Mendapatkan sokongan dari pegawai dan diluluskan dari Ketua
Jabatan/ Ketua Program masing-masing.
iii. Menyerahkan Borang Cuti ke Jabatan Sumber Manusia tiga (3)
hari sebelum staf memulakan cuti bagi tujuan rekod.
iv. Sekiranya kurang dari 3 hari akan dikira sebagai Cuti Kecemasan.
c. Kelulusan Bercuti
Jabatan Sumber Manusia berhak tidak meluluskan cuti yang telah diluluskan
oleh Ketua Jabatan/Ketua Program masing-masing sekiranya tidak mematuhi
polisi permohonan cuti tahunan yang ditetapkan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
Pengurusan berhak untuk memanggil balik staf yang sedang bercuti ataupun
membatalkan cuti tahunan atau sebahagian darinya pada bila-bila sama
sekiranya memerlukan kehadiran staf tersebut.
d. Sambungan Cuti
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
33 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Staf tidak dibenarkan menyambung cuti tanpa kebenaran dari Ketua
Jabatan/Ketua Program masing-masing. Sebarang permohonan untuk
melanjutkan cuti hendaklah dibuat kepada Ketua Jabatan/Ketua Program
masing-masing sebelum cuti yang diambil itu tamat.
e. Cuti Tahunan Untuk Tempoh Yang Panjang
Staf yang ingin memohon cuti tahunan lebih dari 14 hari bekerja berturut-turut
adalah dikehendaki memohon secara bertulis dengan menyatakan alasan
munasabah untuk bercuti bagi satu tempoh yang lama beserta Borang Cuti.
Permohonan bertulis juga mestilah mendapatkan kelulusan dan disahkan oleh
Ketua Jabatan masing-masing.
f. Cuti Tahunan Yang Tidak Dihabiskan
Staf dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan ke tahun hadapan sebanyak
7 hari sahaja. Atas sebab-sebab tertentu staf yang ingin membawa baki lebih
dari yang ditetapkan, perlu mendapat kelulusan dari Pengurusan terlebih
dahulu.
Baki cuti tersebut pula perlu dihabiskan dalam tempoh 4 bulan pertama tahun
semasa. Sekiranya staf gagal berbuat demikian dalam tempoh yang
ditetapkan, Pengurusan berhak untuk memansuhkan baki cuti tersebut.
Syarikat tidak akan membuat sebarang bayaran bagi baki cuti tahunan yang
tidak habis digunakan.
g. Cuti Melebihi Had Kelayakan
Sekiranya staf mengambil cuti tahunan berlebihan dari kelayakan yang
diperuntukkan, syarikat berhak memotong dari gaji bulanan staf berkenaan.
23.3 Cuti Kecemasan
Cuti kecemasan adalah sebarang cuti yang dipohon atau diambil oleh staf
kurang daripada 3 hari sebelum tarikh bercuti.
Staf dibenarkan mengambil cuti kecemasan hanya jika berlaku,
i. Kematian.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
34 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
ii. masalah kesihatan yang serius ahli keluarga terdekat.
iii. perkara / masalah staf yang memerlukan perhatian segera dari staf
Ketua Jabatan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu pada hari cuti dipohon
dan tempoh maksima sesuatu cuti kecemasan yang dibenarkan ialah 3 hari
sahaja.
Staf perlu mengisi Borang Cuti terlebih dahulu sekembalinya bertugas. Bukti
dokumen atau Sijil Kematian perlu dikepilkan bersama Borang Cuti berkenaan.
Pengambilan cuti kecemasan yang banyak dan / atau kerap akan diambilkira
dalam penilaian prestasi tahunan staf.
23.4 Cuti Sakit
Staf yang sakit dan tidak dapat menjalankan tugas hendaklah mendapatkan cuti
sakit dari doktor kerajaan atau doktor panel syarikat.
Dalam keadaan kecemasan, dimana jika tiada klinik/hospital kerajaan atau panel
klinik syarikat, staf dibenarkan mendapat cuti sakit dari mana-mana klinik swasta.
a. Kelayakan Cuti Sakit
Had cuti sakit yang dibenarkan adalah seperti berikut:
BERKHIDMAT
KURANG DARI
2 TAHUN
2 TAHUN ATAU
LEBIH TETAPI TIDAK
LEBIH DARI 5
TAHUN
BERKHIDMAT
LEBIH
5 TAHUN
Semua jawatan 14 hari 18hari 25 hari
i. Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan
kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera apabila mereka
mengambil cuti sakit dan menyerahkan surat/ Sijil Cuti Sakit dengan
segera atau apabila kembali bertugas.
ii. Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan kesahihan cuti sakit tersebut
sebelum diserahkan ke Jabatan Sumber Manusia. Staf yang
mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau yang diperolehi dengan cara
yang tidak sah boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak syarikat.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
35 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
iii. Syarikat mempunyai hak menolak cuti sakit yang disebabkan perkara
yang disengajakan seperti:
pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik atau
mengambil dadah dengan sengaja atau
mengugurkan kandungan dengan sengaja atau kerana hamil
luar nikah
iv. Staf yang mengambil cuti sakit semasa bercuti tahunan maka cuti tahunan
mereka tidak akan ditolak.
v. Jika staf mengambil cuti sakit melebihi kelayakan, cuti tahunan staf akan
ditolak. Jika cuti tahunan telah habis digunakan, maka tindakan
pemotongan gaji boleh diambil ke atas staf tersebut.
b. Cuti Sakit Yang Tidak Diambil
Mana-mana staf yang tidak mengambil cuti sakit dalam satu-satu tahun semasa
mengikut kalender tahunan, pengurusan dari masa kesemasa boleh memberi
imbuhan/ganjaran sebagai galakan.
c. Cuti Masuk Hospital / Cuti Sakit Berpanjangan
Staf syarikat yang menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor kerajaan atau
doktor panel syarikat (kecuali diminta membuat rujukan ke hospital atau doktor
lain oleh doktor panel) dan disahkan tidak sihat serta dimasukkan ke hospital
layak mendapat cuti masuk hospital bergaji tertakluk kepada peraturan berikut :
i. Bagi tempuh 60 hari bergaji penuh
ii. Bagi 30 hari berikut bergaji separuh
iii. Bagi 30 hari seterusnya tanpa gaji
Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan kepada
Jabatan Sumber Manusia dengan segera apabila mereka dimasukkan ke mana-
mana hospital.
Staf dikehendaki menyerahkan surat/ sijil masuk hospital kepada Jabatan
Sumber Manusia apabila kembali bertugas.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
36 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Pihak syarikat mempunyai hak tidak menerima cuti masuk hospital jika di
sebabkan perkara yang disengajakan seperti pembedahan plastik, akibat
penyalahgunaan dadah, arak dan perkara yang menyalahi undang-undang.
Staf yang dimasukkan ke hospital semasa mengambil cuti tahunan, cuti tahunan
mereka tidak akan ditolak.
Staf yang sakit berpanjangan sehingga satu (1) tahun atau mengambil cuti sakit
melebihi had dibenarkan 3 tahun berturut-turut boleh diminta menjalani
pemeriksaan kesihatan oleh satu Lembaga Perubatan (Medical Board) bagi
menentukan tahap kesihatan staf.
Bagi maksud pengiraan cuti sakit, staf yang disahkan sakit berlanjutan tetapi
tidak dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat
berserta surat akuan dari doktor yang merawat dianggap sebagai dirawat di
hospital.
Staf yang tidak bertugas kerana cuti sakit pada hari berkenaan tanpa mendapat
pengesahan dari doktor panel Syarikat atau hospital kerana ataupun setelah
mendapat pengesahan akuan sakit tidak memberitahu atau berusaha
memberitahu syarikat dalam tempoh 2 hari berturut-turut dari tarikh cuti sakitnya
bermula akan dianggap tidak hadir bertugas tanpa kelulusan Syarikat.
23.5 Cuti Bersalin
23.5.1 Setiap staf wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 60 hari secara
berterusan. Tempoh ini adalah termasuk hari cuti rehat dan cuti umum.
Untuk layak menerima faedah cuti bersalin ini, seseorang staf itu mestilah
telah berkhidmat tidak kurang dari 90 hari dalam masa 4 bulan sebelum
bersalin.
23.5.2 Ketidakhadiran selepas dari 60 hari akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.
23.5.3 Keguguran selepas 7 bulan, cuti kerana keguguran dianggap cuti bersalin
biasa dan cuti 60 hari diberikan. Jika keguguran kurang dari 7 bulan
(28 minggu) akan dikira cuti sakit biasa.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
37 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23.5.4 Kemudahan cuti bersalin bergaji ini dibenarkan tidak lebih dari lima (5) kali
termasuk kelahiran anak sebelum berkhidmat dengan syarikat dan
mengambilkira bilangan lima (5) anak yang masih hidup. Kos bersalin
selepas 5 orang anak akan ditanggung sendiri oleh staf.
23.6 Cuti Paterniti
Peruntukan cuti dengan bergaji penuh diberikan selama 2 hari bagi staf lelaki
bilamana isteri bersalin bagi menguruskan kelahiran anak.
23.7 Cuti Tanpa Rekod
23.7.1 Cuti tanpa rekod adalah diberi kepada staf atas budi bicara syarikat
tertakluk kepada kes-kes tertentu atau istimewa, diwajibkan, khas atau
yang tidak dapat dielakkan seperti :
a. Mewakili syarikat, negeri, negara dalam sebarang aktiviti sukan atau
kebudayaan.
b. Melanjutkan pelajaran, atau menduduki peperiksaan yang ditaja atau
diluluskan oleh syarikat.
c. Menghadiri aktiviti latihan pertubuhan beruniform atau persatuan yang
diluluskan oleh kerajaan (bagaimana pun ianya mesti tidak melebihi 21
hari setahun).
d. Menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, persidangan atau aktiviti
pertubuhan atau persatuan yang diluluskan oleh syarikat.
e. Menggantikan tempoh kerja lebih masa yang telah dilakukan.
f. Terpaksa melalui proses kuarantin di pintu masuk negara, lapangan
terbang atau pelabuhan yang diarah pihak berkuasa.
g. Kehadiran yang diperlukan oleh undang-undang seperti menjadi saksi
mahkamah dan sebagainya.
23.7.2 Hanya staf yang berjawatan tetap, telah disahkan dalam jawatan serta
telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun sahaja layak diberi cuti tanpa
rekod.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
38 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23.7.3 Cuti tanpa rekod yang akan diluluskan mestilah membawa kebaikan
kepada kedua-dua belah pihak iaitu staf dan syarikat atau pun
kepentingan umum. Dokumen atau bukti bertulis adalah diperlukan
sebelum kelulusan boleh diberikan.
23.7.4 Syarikat akan menentukan samada memberi cuti tanpa rekod bergaji
penuh, separuh gaji atau tiada gaji berdasarkan status cuti tersebut.
23.8 Cuti Tanpa Gaji
23.8.1 Cuti tanpa gaji hanya diberi kepada staf yang berjawatan tetap, telah
disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun.
23.8.2 Staf perlu menggunakan atau menghabiskan semua cuti tahunan masing-
masing sebelum layak memohon cuti tanpa gaji.
23.8.3Kelulusan permohonan cuti tanpa gaji hanya akan diberikan tertakluk
kepada syarat-syarat berikut :
a. menyumbang meningkatkan mutu kerja staf.
b. mengatasi masalah, perlindungan atau peningkatan tahap
kesihatan samada bagi diri sendiri, ibu bapa, suami isteri atau
anak. (Laporan kesihatan daripada doktor adalah dikehendaki
sebelum kelulusan diberikan).
c. melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus atau seminar atau
sebarang program memajukan diri yang boleh memberi kebaikan
kepada syarikat secara langsung atau tidak langsung.
d. Menunaikan haji atau umrah. (Tempoh maksima cuti diberi untuk
tujuan ini ialah 40 hari).
e. mengikut suami atau isteri yang ditugaskan ke luar negara. Cuti
maksima diberi ialah 2 tahun sahaja.
23.8.4 Staf perlulah mendapat sokongan dan kelulusan dari Ketua Jabatan
masing-masing bagi cuti tanpa gaji ini.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
39 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23.8.5 Bagi staf yang mengambil cuti tanpa gaji untuk tempuh 30 hari ke atas,
tarikh kenaikkan gaji tahunan mereka akan tertunda.
23.9 Cuti Ehsan
23.9.1 Pertimbangan untuk kelulusan Cuti Ehsan kepada staf adalah
berdasarkan keadaan seperti berikut :
a. Kematian keluarga terdekat. Maksud keluarga terdekat:
i- Suami / isteri staf
ii- Anak-anak
iii- Ibu bapa staf
iv- Ibu Bapa Mertua staf
v- Adik- Beradik staf
b. Bencana alam seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan
sebagainya
23.9.2 Kelayakan Cuti Ehsan bergaji penuh yang diberikan dalam setahun ialah
selama 5 hari. Staf hanya dibenarkan mengambil maksima 3 hari Cuti
Ikhsan bagi setiap kali permohonan. Bagaimanapun dalam keadaan yang
tertentu, Ketua Jabatan boleh menimbangkan untuk memberikan lebih
dari 3 hari.
23.9.3 Bagi keadaan kecemasan staf perlu memaklumkan kepada Ketua
Jabatan masing-masing melalui telefon secepat mungkin.
23.9.4 Staf perlu mengisi Borang Cuti sebaik sahaja balik bekerja dan
mengemukakan dokumen atau bukti bagi kejadian tersebut. Kegagalan
mengemukakan dokumen atau bukti, staf akan dianggap cuti tanpa
kebenaran.
23.9.5 Sekiranya staf mengambil lebih dari 5 hari yang dibenarkan maka cuti
yang selebihnya itu akan ditolak dari cuti tahunan.
23.10 Cuti Belajar dan Cuti Peperiksaan
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
40 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23.10.1 Cuti belajar/peperiksaan diberi kepada semua kategori staf syarikat
tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
a. Ianya menyumbang meningkatkan mutu kerja staf.
b. Kursus atau program diikuti dapat memajukan diri staf dan
memberi kebaikan kepada syarikat.
23.10.2 Staf perlu mengemukakan bukti atau dokumen pendaftaran
sebagai pelajar dan mendapat kebenaran bertulis dari syarikat
untuk menyambung pengajian.
23.10.3 Semua permohonan cuti belajar/cuti peperiksaan mestilah
dikemukakan kepada pengurusan satu (1) bulan sebelum
mengambil cuti belajar/cuti peperiksaan dan pengurusan akan
meneliti terlebih dahulu bagi memastikan ianya membawa kebaikan
kepada syarikat dan juga staf.
23.10.4 Kelulusan bagi cuti belajar hanya bagi tempoh staf itu belajar
(termasuk hari-hari peperiksaan).
23.10.5 Kelulusan bagi cuti belajar melebihi 1 tahun hanya akan diberi
sekali sahaja bagi setiap (3) tahun berkhidmat dan kelulusan
cuti belajar untuk tempuh 6 bulan hingga 1 tahun hanya akan
diberi sekali sahaja bagi setiap dua (2) tahun berkhidmat.
23.10.6 Syarikat akan menentukan samada staf diberi cuti belajar bergaji
penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dalam tempoh cuti belajar
tersebut.
23.10.7 Cuti belajar/peperiksaan hanya layak kepada staf yang telah
disahkan jawatan sahaja. Bagi staf yang belum disahkan jawatan
perlu mengambil cuti tanpa gaji.
23.11 Cuti Untuk Menunaikan Fardu Haji
Cuti menunaikan Fardhu Haji diberikan kepada semua staf yang berugama
Islam dengan syarat-syarat berikut :
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
41 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
23.11.1 Staf telah berkhidmat berterusan melebihi lima (5) tahun layak
diberi Cuti Haji bergaji penuh sekali bagi sepanjang perkhidmatan
dengan syarikat.
23.11.2 Staf yang tidak layak dibawah peruntukan di para 4.12.1
hendaklah mengambil cuti tahunan mereka atau mengambil cuti
tanpa gaji bagi tujuan ini.
23.11.3 Tempoh cuti diberi ialah 40 hari dikira dari hari staf berangkat ke
Mekah.
23.11.4 Staf hendaklah menggunakan cuti rehat masing-masing (jika perlu)
untuk tujuan persiapan dan lain-lain tujuan sebelum dan / atau
sekembali dari menunaikan haji.
23.11.5 Semua permohonan bagi cuti menunaikan Fardu Haji perlu
dibincangkan dan mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah /
Ketua Eksekutif dua (2) bulan terlebih dahulu supaya tidak
mengganggu perkhidmatan.
23.12 Cuti Kahwin
Staf yang berkahwin kali pertama semasa perkhidmatan dengan syarikat adalah
layak untuk mendapat cuti kahwin sebanyak 2 hari. Kelayakan ini hanya untuk
staf yang telah disahkan dalam jawatan sahaja.
23.13 Cuti Gantian
Staf yang bekerja pada hari cuti rehat atau cuti umum tetapi tidak layak
membuat tuntutan kerja lebih masa adalah dibenarkan mendapat cuti gantian.
Cuti gantian hanya akan diberi kelulusan sekiranya tugas yang perlu dilakukan
pada hari cuti tersebut adalah benar-benar diperlukan dan tidak boleh ditangguh.
Kelayakan dan syarat mendapat cuti diatas:
a. telah bekerja lebih dari 4 jam pada hari cuti rehat / cuti umum
tersebut.
b. diarahkan bertugas oleh Ketua masing-masing (Ketua Jabatan
/Ketua Akademik / Ketua Eksekutif / Pengetua).
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
42 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
c. memaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Sumber Manusia
keperluan untuk bekerja pada hari cuti rehat / cuti umum.
Staf tidak digalakkan mengambil cuti gantian pada hari yang berikutnya.
24. KEMUDAHAN PERUBATAN
Definisi Panel Doktor
Bermaksud doktor perubatan yang berdaftar dan dilantik oleh syarikat. Nama-nama
doktor panel ini disenaraikan dan akan dimaklumkan kepada semua staf. Sebarang
penambahan doktor panel akan dimaklumkan.
Definisi Tanggungan
a. Isteri bagi staf lelaki
b. Anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang sah staf itu, dengan syarat
anak tersebut masih belum berkahwin dan berumur tidak lebih dari 21 tahun
atau jika masih belajar dalam Malaysia, anak tersebut hendaklah berumur
tidak lebih dari 23 tahun.
24.1 Rawatan Pesakit Luar
Semua staf dan tanggungan mereka boleh mendapat rawatan pesakit luar atau/
dan pakar di rangkaian klinik kendalian Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd atau panel
doktor yang dilantik atau mana-mana klinik/hospital kerajaan. Kelayakan had
tanggungan syarikat setahun adalah seperti berikut :-
a. Staf Berkahwin - RM 1,000.00 setahun
b. Staf Bujang - RM 500.00 setahun
Dalam keadaan tertentu/kecemasan sekiranya rawatan tidak dapat diperolehi
dari klinik/hospital yang dinyatakan diatas, maka staf dibenarkan mendapatkan
rawatan dari mana-mana klinik swasta yang berdaftar.
24.2 Rawatan Pesakit Dalam
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
43 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Had kos rawatan yang ditanggung oleh syarikat untuk pesakit yang dimasukan
ke dalam wad (In-Patient) termasuk rawatan bersalin adalah seperti berikut :-
a. Rawatan Sakit Dalam - RM 8,000.00 setahun
24.2.1 Kemasukkan Ke Wad Hospital Kerajaan
Staf yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan jika dirujuk oleh Doktor /
Pakar Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. layak mendapat kemudahan wad
kelas 2 tertakluk kepada perenggan 24.2 diatas.
24.2.2 Rujukan Kepada Pakar Luar
a. Mana-mana staf yang dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital
PUSRAWI Sdn.Bhd. kepada Pakar Luar layak menuntut separuh
dari jumlah bil rawatan Pakar luar tersebut tertakluk kepada had
maksima RM3,000.00 bagi setiap kes.
b. Mana-mana staf yang TIDAK dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital
PUSRAWI Sdn.Bhd. TIDAK layak mendapat kemudahan
perubatan seperti di perenggan 24.2 (a) dan dikehendaki
menjelaskan bil perubatannya sendiri.
24.2.3 Ubat-Ubatan/ Rawatan Yang Tidak Ditanggung
Ubat-ubatan dari kategori kosmetik, vitamin dan pil perancang keluarga
atau rawatan bertujuan untuk melansingkan badan, pengguguran
kandungan yang disengajakan atau bersalin (tanpa penikahan yang sah)
adalah tidak ditanggung oleh syarikat.
24.3 Rawatan Pergigian
Kemudahan rawatan pergigian diberikan kepada staf sahaja tidak lebih dari RM
200.00 setahun.
Kemudahan ini tidak termasuk gigi palsu, ‘crowning’, ‘braces’ dan rawatan yang
berbentuk kosmetik.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
44 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
25.0 WAKTU BEKERJA
25.1 Waktu Kerja
Hari bertugas dan waktu kerja biasa bagi staf adalah seperti berikut:-
HARI WAKTU BEKERJA
Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang
Staf di Bahagian Akademik tidak tertakluk kepada waktu kerja yang
ditetapkan tetapi tertakluk kepada jadual mengajar yang ditetapkan oleh
fakulti masing-masing
25..2 Waktu Rehat
HARI WAKTU REHAT
Isnin – Khamis 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang
25.3 Meninggalkan Tempat Kerja Semasa Bertugas
25.3.1 Mana-mana staf yang perlu meninggalkan tempat kerja semasa waktu
bertugas (kecuali waktu rehat tengahari) dikehendaki mendapatkan
kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu.
25.3.2 Staf yang keluar pejabat sehingga dua (2) jam bagi urusan peribadi atau
kecemasan perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan / Ketua Eksekutif
terlebih dahulu.
25.3.3 Jika staf keluar melebihi dua (2) jam tetapi tidak melebihi empat (4) jam
maka staf dikehendaki mengambil cuti separuh hari dan jika melebihi
empat (4) jam staf dikehendaki mengambil cuti penuh satu (1) hari.
25.4 TIdak Hadir Bertugas
25.4.1 Staf syarikat diwajibkan menelefon untuk memaklumkan
ketidakhadirannya ke pejabat segera mungkin atau sebelum bermula
waktu bekerja supaya kerja-kerja mereka boleh dijadualkan semula.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
45 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
25.4.2 Panggilan hendaklah dibuat untuk setiap hari tidak hadir kecuali pada
panggilan pertama satu tempoh tertentu dinyatakan. Ketua Jabatan
berhak mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran staf berkenaan.
25.4.3Tidak hadir bekerja tanpa meminta cuti atau kebenaran bererti melanggar
tatasusila kerja dan tindakan tatatertib tertentu akan dikenakan terhadap
staf yang berkenaan.
Perhatian: Seksyen 15 (2) Akta Kerja 1955 memperuntukan bahawa seseorang
pekerja yang telah tidak hadir bertugas lebih dari dua (2) hari berturut-turut tanpa
memberitahu atau cuba apa-apa notis terdahulu dengan sendirinya memutuskan
kontrak pekerjaan dengan majikan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
46 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
26. CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
26.1 Caruman staf ialah 11% daripada gaji pokok, elaun-elaun tetap, dan
bonus yang diterima oleh staf manakala caruman oleh syarikat ialah 12 %
daripada gaji pokok dan lain-lain pendapatan staf.
26.2 Kadar caruman adalah tertakluk kepada sebarang perubahan Akta KWSP
yang dikeluarkan dari masa kesemasa.
27. CARUMAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
Kadar caruman adalah tertakluk adalah mengikut polisi dan undang-undang
yang berkuatkuasa.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
47 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
28. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Syarikat menggalakkan staf untuk mengikuti latihan dan pembangunan bagi
peningkatan pengetahuan dan kemahiran supaya staf boleh melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan yang boleh membawa kebaikan kepada syarikat.
28.1 Umum
a. Staf boleh dikehendaki menghadiri apa-apa latihan/kursus/seminar/forum
atau menduduki apa-apa ujian/penilaian/peperiksaan yang dikehendaki
oleh syarikat.
b. Syarikat juga akan membantu mana-mana staf yang ingin melanjutkan
pelajaran dalam bidang yang diperkenalkan dalam bentuk pemberian
subsidi kepada yuran kelas atau ditanggung terus oleh syarikat dan/atau
mengikut persetujuan kedua-dua pihak.
c. Staf yang diberi peluang untuk mengikuti latihan dan pembangunan
yang bersesuaian dengan keperluan syarikat mestilah mendapat
kelulusan dari pihak pengurusan / Lembaga Pengarah terlebih dahulu
sebelum memohon untuk dibiaya.
d. Staf yang dibiayai bagi mengikuti latihan dan pembangunan ini, setelah
tamat tempoh latihan dan pembangunan kehendaki menandatangani satu
perjanjian dan akan terus berkhidmat dengan syarikat mengikut kontrak
perjanjian.
e. Bagi latihan atau kursus yang dipohon melebihi tempoh 3 bulan, syarikat
perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Pengarah.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
48 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
29. TATATERTIB
29.1 Umum
Staf adalah sentiasa terikat dengan etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur
syarikat yang berkuatkuasa.
a. Staf syarikat pada amnya adalah dikehendaki menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan sempurna dan meletakkan sepenuh kesetiaan
kepada syarikat bagi memajukan syarikat dalam bidang kerja masing-
masing.
b. Etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur yang akan dikuatkuasakan
bertujuan memastikan staf memahami serta mengenalpasti
garispanduan tertentu. Ianya juga usaha pihak syarikat dalam
mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni, adil dan saksama bagi
semua staf.
29.2 Jenis-jenis Kesalahan dan Salahlaku
Staf yang gagal menjalankan tugas, tanggungjawab serta mematuhi peraturan
dan polisi syarikat seperti berikut, maka tindakan tatatertib boleh di ambil ke atas
mereka seperti berikut:
1. Engkar perintah yang diberikan oleh Lembaga Pengarah atau mana-mana
Pengurusan Atasan yang menjalankan peraturan-peraturan syarikat.
2. Enggan menerima pemberitahuan yang dikeluarkan atas urusan tatatertib.
3. Enggan melakukan kerja lebih masa dengan sengaja tanpa sebab-sebab
munasabah.
4. Enggan atau menolak daripada menjalankan sebarang tugas yang di
arahkan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
49 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
5. Enggan memberi perkhidmatan kepada pelanggan tanpa sebab-sebab
yang munasabah.
6. Berkelakuan atau bertutur dengan pelanggan dengan cara yang sumbang
atau menyakitkan hati pelanggan.
7. Memberikan maklumat palsu dengan tujuan untuk di ambil bekerja.
8. Mengemukakan tuntutan-tuntutan yang didapati palsu atau tidak benar.
9. Memalsukan atau memadam apa-apa rekod atau dokumen rasmi
mengenai staf dengan tujuan menipu atau mengelirukan pihak syarikat.
10. Meminda atau mengubah maklumat dalam dokumen, surat pekeliling atau
notis yang dikeluarkan oleh syarikat dengan tanpa kebenaran.
11. Memberi atau membocorkan atau cuba membocorkan mana-mana rahsia
atau maklumat terperinci syarikat kepada mana-mana pihak.
12. Mencuri, menipu atau bersubahat melakukan sebarang perbuatan yang
boleh ditakrifkan tidak jujur berkaitan dengan harta benda syarikat, atau
stafnya atau mana-mana pelanggannya atau harta benda atau barangan
pihak lain yang melawat atau berurusan dengan syarikat.
13. Merosakkan atau menyebabkan akan kehilangan harta benda atau
barangan milik syarikat.
14. Mengubah, memindah atau menyorokkan harta benda syarikat atau staf
lain tanpa izin samada di kawasan syarikat atau di tempat kerja.
15. Menerima atau memberikan rasuah.
16. Menerima apa-apa bentuk barangan atau hadiah yang boleh ditaksirkan
sebagai rasuah.
17. Tidak hadir bertugas tanpa melebihi dua (2) hari atau lebih berturut-turut
tanpa dapat dikesan atau sebab-sebab yang munasabah.
18. Melazimkan datang lewat atau pulang lebih awal daripada waktu kerja
yang dijadualkan.
19. Meninggalkan atau tiada berada di tempat kerja semasa waktu bekerja
atau kembali lewat ke tempat kerja apabila keluar pada waktu rehat
dengan tanpa keizinan pegawai atasan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
50 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
20. Cuai dalam melakukan tugas.
21. Tidak cekap atau gagal menepati syarat mutu kerja minima atau
penghasilan kerja minima yang ditetapkan.
22. Tidur dalam waktu bekerja.
23. Merusuh atau berkelakuan diluar kesopanan semasa waktu kerja atau di
dalam kawasan tempat kerja.
24. Menumbuk atau memukul atau melakukan perbuatan yang sama dengan
sengaja yang boleh menederakan staf atau pelanggan.
25. Bersama-sama atau membantu atau bersubahat melakukan perbuatan-
perbuatan di perenggan 24.
26. Berkelakuan yang boleh mendatangkan bahaya ke atas nyawa dan
keselamatan orang lain di tempat kerja.
27. Didapati tidak siuman atau mengalami kesan dadah atau minum minuman
yang memabukkan semasa berada di tempat kerja atau diluar syarikat.
28. Didapati bersalah atau dihukum oleh mana-mana mahkamah termasuk
mahkamah syariah.
29. Melakukan perbuatan sumbang yang dilarang oleh Agama Islam di dalam
atau di luar kawasan syarikat.
30. Mengambil bahagian atau bersubahat dalam apa-apa bentuk perjudian
ditempat kerja.
31. Melibatkan diri dalam kegiatan meminjamkan wang secara riba atau di
isytihar bankrap.
32. Tidak memakai atau enggan memakai pakaian seragam yang dibekalkan
oleh syarikat semasa bertugas.
33. Tidak mematuhi kod berpakaian yang ditetapkan oleh syarikat.
34. Gagal mematuhi undang-undang atau peraturan keselamatan atau
prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan atau jangkitan
penyakit.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
51 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
35. Merancang atau menyertai atau menghasut staf lain untuk melancarkan
sebarang bentuk mogok atau apa bentuk tindakan perusahaan terhadap
syarikat.
36. Mengadakan atau menganjurkan apa-apa mesyuarat yang dilarang di
kawasan syarikat tanpa mendapat kebenaran pihak syarikat.
37. Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan atau jualan di tempat kerja atau di
tempat lain yang mendatangkan kemerosotan prestasi kerja.
38. Menjadikan sesuatu kepentingan diri atau perniagaan lebih utama
daripada tugas dan tanggungjawab kepada syarikat.
39. Menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat.
40. Membawa apa-apa tekanan atau anasir luar untuk mempengaruhi
keputusan syarikat atau menjejaskan keselamatan di tempat kerja.
41. Melakukan sesuatu atau mengingkari sesuatu peraturan sehingga
mencemarkan nama baik syarikat atau menyebabkan keadaan serba
salah ke atas syarikat.
42. Mana-mana kelakuan atau keingkaran yang bercanggah dengan mana-
mana peraturan yang dikeluarkan oleh syarikat yang di mana staf adalah
tertakluk dengan peraturan-peraturan tersebut.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
52 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
30. TINDAKAN UNDANG-UNDANG
30.1 Semua tindakan undang-undang yang dimulakan oleh syarikat atau yang
dikenakan terhadap syarikat atau pegawai, dalam menjalankan tugasan
rasmi akan dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif bagi
mendapatkan arahan dan tindakan tindakan selanjutnya.
30.2 Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk melaporkan semua
tindakan undang-undang yang dimulakan oleh syarikat atau yang
dikenakan terhadap syarikat atau pegawai dalam menjalankan tugasan
rasmi kepada Ahli Lembaga dan MAIWP.
30.3 Syarikat hendaklah menanggung semua kos yang berbangkit daripada
tindakan undang-undang seprti yang disebut di bawah sub-subperenggan
6.31.1.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
53 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
31. PENGISYTIHARAN DAN PELUPUSAN HARTA
31.1 Semua staf hendaklah membuat pengisytiharan harta kepda syarikat
dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh lantikannya
31.2 Staf hendaklah membuat pengisytiharan bagi sebarang pertambahan atau
pelupusan harta dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pemilikan atau
pelupusan harta itu.
31.3 Syarikat berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap staf yang gagal
mematuhi arahan di abawah subsub perenggan 31.1 dan 31.2
32. PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN DIRI
32.1 Semua staf hendaklah membuat pengisytiharan kepentingan diri kepada
syarikat dalam apa-apa transaksi syarikat yang staf itu ada kepentingan
32.2 Syarikat boleh mengambil tindakan tatatertib terhada staf yang gagal
memathui arahan di bawah sub-subperenggan 32.1
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
54 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
33. PERLINDUNGAN TAKAFUL
Setiap staf syarikat adalah dilindungi oleh Polisi Insuran Kemalangan Diri
Berkelompok (Group Personal Accident Insurance) yang bersangkutan dengan
kecacatan (Total permanent disablement), kematian dan disebabkan oleh
sebarang kemalangan.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
55 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
34. ETIKA PEKERJAAN/ TATATERTIB
Etika Pekerjaan dan Peraturan-peratuan yang disenaraikan dibawah ini perlu
dipatuhi oleh setiap staf.
a. Merekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu
Setiap staf adalah diwajibkan mendaftar diri dengan mengetip waktu
kedatangan mengikut peraturan semasa syarikat sebaik sahaja beliau
melaporkan diri untuk bertugas pada hari tersebut dan juga sewaktu
hendak pulang habis bertugas pada hari yang sama.
Kegagalan mengetip waktu kedatangan boleh dianggap sebagai tidak
hadir dan pihak syarikat berhak menolak dari cuti tahunan staf tanpa
memaklumkan kepada staf.
Tindakan disiplin boleh diambil terhadap mana-mana staf yang dengan
sengaja tidak mengetip kad perakam waktu dirinya atau meminta orang
lain mengetip kad perakam waktu dirinya atau mengetip kad perakam
waktu staf lain.
b. Kelakuan Sewaktu Bertugas
Setiap staf syarikat perlu memelihara kelakuan ataupun pertuturan
mereka sewaktu bertugas agar mencerminkan sopan santun yang baik
samada sesama rakan sekerja khususnya kepada pihak luar yang
berurusan dengan syarikat. Sebarang kelakuan kasar baik dari segi fizikal
ataupun yang terkeluar dari garis-garis normal akan dianggap sebagai
perbuatan yang melanggar tatatertib.
c. Melanggar Tugas dan Tidak mengikut Arahan
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
56 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Setiap staf dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang bersangkutan
dengan urusan syarikat samada arahan itu termasuk didalam bidang
tugas mereka atau tidak dari Ketua/Pegawai masing-masing.
d. Tag Nama
Setiap staf syarikat diwajibkan memakai tag nama sepanjang masa beliau
menjalankan tugas syarikat samada di pejabat atau di luar pejabat.
e. Kod Berpakaian
Setiap staf hendaklah sepanjang waktu bekerja berpakaian yang sesuai,
bersopan dan menutup aurat bagi melambangkan imej syarikat.
i- Kakitangan lelaki :
Kemas, rapi dan bertali leher
ii- Kakitangan wanita:
Pakaian hendaklah kemas, menutup aurat, tidak terlalu ketat yang
menampakkan bentuk tubuh badan
iii- Kakitangan wanita (bukan beragama Islam)
Skirt : Haruslah panjang hingga ke paras buku lali dan tanpa
belahan
Seluar Panjang : Potongan longgar dan tidak ketat
Blaus: Longgar menutupi pinggul tanpa belahan
Berkolar tinggi dengan lengan panjang ke paras pergelangan
tangan
Tudung : Tidak nipis (transparent) atau berjaring (netted)
f. Pakaian Seragam:
Staf yang diberikan pakaian seragam diwajibkan memakainya sewaktu
bertugas.
g. Peribadi Muslim
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
57 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
Staf muslim mestilah menonjolkan peribadi yang bersesuaian dengan
keperluan organisasi Islam
h. Mengemaskini Rekod Peribadi
Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau lain-lain
maklumat, adalah menjadi tanggungjawab staf memaklumkan secara
bertulis dengan segera kepada Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia.
Maklumat penting yang dimaksudkan:
i) Alamat dan nombor telefon
ii) Butiran penama yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan
iii) Peningkatan kelulusan / kelayakan akademik
iv) Tambahan bilangan anak dan maklumat lengkap anak
v) Status perkahwinan bagi staf yang masih bujang semasa
berkhidmat
vi) Lain-lain maklumat yang memberi kesan kepada staf ataupun
syarikat
i. Penggunaan Telefon
Telefon pejabat bertujuan memberi kemudahan perhubungan syarikat
dengan pihak luar dan sebaliknya. Oleh itu staf adalah tidak dibenarkan
menggunakan telefon untuk membuat panggilan peribadi kecuali waktu
kecemasan.
j. Pemeliharaan Harta-Harta Syarikat
Setiap staf syarikat hendaklah bertanggungjawab bersama sepanjang
masa memelihara atau menjaga peralatan / harta syarikat.
k. Menyimpan Rahsia Syarikat
Staf adalah dikehendaki pada bila-bila masa sewaktu atau selepas
penamatan perkhidmatannya di dalam syarikat (kecuali dengan arahan
atau dikehendaki bagi tujuan menjalankan tugas) tidak akan
membocorkan, memberitahu atau menggunakan sebarang maklumat
rahsia atau sulit mengenai urusniaga, kewangan, perihal syarikat atau
operasi kepada pihak luar.
GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember
2012
58 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)
l. Pencegahan / Elakkan Pembaziran
Setiap staf dikehendaki memberi kerjasama dan sumbangan mereka bagi
menutup semua suis lampu, komputer dan lain-lain bagi mengelakkan
pembaziran arus elektrik dan sentiasa menjaga keselamatan harta
syarikat dan tempat kerja.
Selain yang dinyatakan, semua staf adalah tertakluk kepada peraturan
tatatertib yang terkandung dalam akta 265 dan peraturan-peraturan lain
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh syarikat.
Recommended