View
249
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
GARIS PANDUAN
MENGENAI PENGEMUKAAN MAKLUMAT PRODUK DEPOSIT
TARIKH DIKELUARKAN : 18 OGOS 2010
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
i
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: PENGENALAN ............................................................................................. 1
1.1 LATAR BELAKANG ........................................................................................................ 1
1.2 PERTANYAAN ............................................................................................................... 2
BAHAGIAN 2: KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN ................................................................ 3
2.1 KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN ................................................................................. 3
2.2 DEPOSIT YANG DIKECUALIKAN .................................................................................... 4
BAHAGIAN 3: PENGESAHAN PRODUK DEPOSIT................................................................. 5
3.1 PRODUK DEPOSIT YANG TELAH DISAHKAN OLEH PIDM SEBAGAI BOLEH
DIINSURANSKAN .......................................................................................................... 5
3.2 PRODUK DEPOSIT LAIN ................................................................................................ 5
BAHAGIAN 4: BORANG DPR ............................................................................................. 6
4.1 PENGEMUKAAN BORANG DPR .................................................................................... 6
4.2 INSTRUMEN BOLEH NIAGA DEPOSIT ........................................................................... 6
4.3 PERJANJIAN BELI BALIK DAN PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (“REPO”) ................. 7
4.4 PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF ............................................................................ 7
4.5 PRODUK DEPOSIT JENIS GABUNGAN .......................................................................... 8
4.6 PANDUAN MELENGKAPKAN BORANG DPR ................................................................. 9
4.7 PENGEMUKAAN BORANG DPR YANG DILENGKAPKAN ............................................... 9
4.8 STATUS KEBOLEHINSURANSAN PRODUK DEPOSIT ................................................... 10
4.9 PENGEMUKAAN SELEPAS 30 SEPTEMBER 2010 ........................................................ 10
4.10 PENGEMUKAAN PENGISYTIHARAN ........................................................................... 11
4.11 PELAKSANAAN SISTEM PENDAFTARAN PRODUK DAN PENGELUARAN KOD PRODUK
DEPOSIT. .................................................................................................................... 11
LAMPIRAN A......................................................................................................................12
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 1
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG 1.1.1 Sebagaimana yang ahli institusi PIDM sedia maklum, Jaminan Deposit Kerajaan
dijadualkan tamat tempoh pada 31 Disember 2010. Selepas itu, skop perlindungan
produk deposit yang diinsuranskan akan berpandukan kepada peruntukan Akta
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (“Akta”).
1.1.2 Deposit dan instrumen tertentu yang kini dijamin di bawah Jaminan Deposit
Kerajaan juga boleh atau tidak boleh diinsuranskan oleh PIDM pada atau selepas 1
Januari 2011, menurut kaedah deposit atau instrumen tersebut dinilai di bawah
kriteria kebolehinsuransan PIDM.
1.1.3 Sebagai persediaan bagi berakhirnya Jaminan Deposit Kerajaan dan bagi
membolehkan institusi anggota (“ahli”) mematuhi peruntukan dalam draf Peraturan-
Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Maklumat Mengenai
Insurans Deposit) 20101 (“Peraturan Maklumat”), PIDM akan memulakan proses untuk
mengesahkan semua produk deposit ahli-ahli, untuk menentukan sama ada produk
tersebut boleh diinsuranskan atau tidak. Ahli-ahli akan dimaklumkan secara
berasingan apabila Peruntukan Maklumat sedia untuk dilaksanakan.
1.1.4 Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit (“Garis Panduan”)
tersebut diguna pakai bagi kedua‐dua ahli institusi anggota Islam dan konvensional.
1.1.5 Rangkuman proses yang dipertimbangkan di bawah Garis Panduan tersebut
dinyatakan dalam gambarajah di bawah:
1 Dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 2
1.2 PERTANYAAN
Pertanyaan mengenai Garis Panduan tersebut boleh diajukan kepada
legal@pidm.gov.my
Produk Deposit Ahli
Produk deposit yang telah disahkan oleh PIDM (lihat
perenggan 3.1 Garis Panduan ini)
Tiada tindakan diperlukan di bawah
Garis Panduan ini
Ahli-ahli akan mengemukakan
Borang e-DPR pada 2011 dan Kod Produk
Deposit akan dikeluarkan kepada
ahli sebelum pertengahan 2011
Produk deposit yang belum lagi disahkan oleh PIDM, iaitu: (a) produk deposit yang kini ditawarkan
oleh ahli-ahli; dan (b) produk deposit yang akan dilancarkan oleh ahli-ahli
Ahli-ahli mengemukakan Borang DPR dan
dokumen maklumat produk di bawah Garis
Panduan ini tidak lewat dari 30
September 2010
PIDM akan memaklumkan ahli-ahli mengenai status kebolehinsuransan produk-produk ini
sebelum 31 Oktober 2010
PIDM akan mengeluarkan Kod
Produk Deposit kepada ahli-ahli sebelum
pertengahan 2011
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 3
BAHAGIAN 2: KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN
2.1 KRITERIA KEBOLEHINSURANSAN
2.1.1 Suata produk deposit boleh diinsuranskan oleh PIDM sekiranya ia memenuhi criteria
kebolehinsuransan. Kriteria kebolehinsuransan tersebut dinyatakan dalam Garis
Panduan Kebolehinsuransan Deposit2 (“Garis Panduan Kebolehinsuransan”), yang akan
dikeluarkan pada Oktober 2010.
2.1.2 Kriteria kebolehinsuransan tersebut adalah seperti yang berikut:
(a) wang yang diterima oleh ahli merupakan deposit Islam atau deposit
konvensional, yang mana berkenaa, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
subseksyen 2(1) Akta;
(b) wang yang di terima oleh ahli dalam urus niaga biasa aktiviti penerimaan
depositnya. Kriteria ini tidak termasuk, sebagai contoh, wang yang diterima
daripada Bank Negara Malaysia dan wang yang diterima oleh ahli secara khusus
bagi tujuan pembayaran transaksi (cth. pembayaran melalui GIRO atau cek
kembara yang dikeluarkan);
(c) pembayaran balik amaun principal dibuat dalam bentuk wang dan bukan dalam
nilai wang;
(d) liabiliti ahli yang berkaitan dengan wang yang diterimanya merupakan liabiliti
deposit atau dianggap sebagai “deposit yang diterima” dalam rekod ahli
tersebut. Wang yang diberikan kepada ahli sebagai sekuriti bagi kemudahan
kredit konvensional atau kemudahan pembiayaan Islam adalah termasuk
dalam kriteria ini sekiranya wang tersebut dianggap sebagai “deposit yang
diterima” bagi tujuan pelaporan FISS kepada Bank Negara Malaysia;
(e) individu yang layak kepada pembayaran balik oleh ahli yang dikenal pasti
melalui kontrak yang dibuat antara ahli dan pendeposit;
2 Bagi “Kertas Rundingan Mengenai Cadangan Garis Panduan Mengenai Kriteria bagi Menentukan Deposit yang
Diinsuranskan” (yang dikeluarkan pada Jun 2007) dan “Respons Terhadap Kertas Rundingan Mengenai Cadangan
Garis Panduan Mengenai Kriteria bagi Menentukan Deposit yang Diinsuranskan”, sila layari laman web PIDM di
www.pidm.gov.my
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 4
(f) hanya bagi suatu produk Islam, wang yang didepositkan akan digunakan oleh
ahli bagi satu atau lebih tujuan perniagaan perbankan seperti yang ditentukan
oleh Bank Negara Malaysia dalam Rangka Kerja Kadar Pulangan, iaitu,
peruntukan kewangan, pelaburan dalam sekuriti, peletakan dana antara
bank, atau perniagaan lain yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia yang
mematuhi Syariah;
(g) hanya bagi suatu produk konvensional, ahli bertanggungjawab untuk
membayar balik amaun prinsipal dengan penuh. Obligasi ini mungkin
dinyatakan dalam kontrak antara ahli dan pendeposit, atau melalui prinsip
undang‐undang yang ditubuhkan, sebagai contoh, dalam kes akaun simpanan
atau semasa; dan
(h) suatu pelaburan yang berkaitan dengan derivatif atau produk berstruktur3
mungkin layak bagi insurans deposit dengan syarat ia memenuhi kriteria di
atas. Walaupun potongan boleh dibuat daripada amaun prinsipal ketika
pengeluaran awal, penebusan atau penamatan suatu pelaburan oleh pelabur
atau ahli, sebelum tarikh matang pelaburan tersebut, tidak bermaksud,
dengan sendirinya kriteria tersebut tidak boleh dipenuhi.
2.2 DEPOSIT YANG DIKECUALIKAN
2.2.1 Akta juga menyatakan bahawa produk deposit tertentu adalah dikecualikan daripada
insurans deposit.
3 Termasuk mana-mana produk pelaburan yang ditakrifkan sebagai “sekuriti” di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti
1993 dan yan memperoleh nilainya dengan merujuk kepada harga atau nilai rujukan pendasar (cth. mana-mana
sekuriti, mata wang, komoditi, indeks atau asset atau rujukan lain, atau gabungan asset atau rujukan tersebut).
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 5
BAHAGIAN 3: PENGESAHAN PRODUK DEPOSIT
3.1 PRODUK DEPOSIT YANG TELAH DISAHKAN OLEH PIDM SEBAGAI BOLEH
DIINSURANSKAN
3.1.1 Sebelum pelaksanaan Jaminan Deposit Kerajaan, terdapat ahli yang telah membuat
pengemukaan dan PIDM telah mengesahkan produk deposit mereka yang tertentu
sebagai boleh diinsuranskan (“Produk Deposit Sedia Ada Yang Boleh Diinsuranskan”).
3.1.2 Ahli tidak perlu melakukan apa‐apa di bawah Garis Panduan ini berkenaan dengan
Produk Deposit Sedia Ada Yang Boleh Diinsuranskan.
3.2 PRODUK DEPOSIT LAIN
3.2.1 Kami sedang memulakan proses mengesahkan produk deposit ahli‐ahli untuk
mengesahkan status kebolehinsuransan mereka. Produk deposit yang akan disahkan
oleh PIDM adalah: (a) ketika ini ditawarkan oleh ahli; dan (b) akan dilancarkan oleh
ahli.
3.2.2 Tarikh tutup pengemukaan maklumat mengenai produk deposit yang dirujuk dalam
Bahagian 3.2.1 adalah pada 30 September 2010. PIDM akan memaklumkan ahli‐ahli
mengenai status kebolehinsuransan produk tersebut sebelum 31 Oktober 2010.
Walaupun demikian, ahli‐ahli adalah dikehendaki mengemukakan kepada PIDM,
maklumat mengenai produk deposit baharu yang akan dilancarkan selepas 30
September 2010.
3.2.3 Dilampirkan bersama‐sama Garis Panduan ialah sekeping cakera padat (CD) yang
mengandungi sesalinan (softcopy) borang pendaftaran produk deposit (“Borang DPR”)
dalam dokumen MS Word, masing‐masing bagi produk deposit Islam dan produk
deposit konvensional. Kandungan borang DPR Islam dan konvensional disediakan
dalam Lampiran A Garis Panduan ini.
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 6
BAHAGIAN 4: BORANG DPR
4.1 PENGEMUKAAN BORANG DPR
4.1.1 Borang DPR Islam dan konvensional mengandungi soalan‐soalan untuk
dilengkapkan dan diisi oleh ahli‐ahli. Ahli‐ahli dikehendaki menggunakan Borang DPR
Islam bagi deposit Islam dan Borang DPR konvensional bagi deposit konvensional.
Tertakluk kepada peruntukan tertentu bagi instrumen boleh niaga deposit, perjanjian
beli balik, pelaburan berkaitan derivatif dan jenis gabungan produk deposit di bawah,
ahli‐ahli dikehendaki melengkapkan satu Borang DPR bagi setiap produk deposit yang
ditawarkan.
4.2 INSTRUMEN BOLEH NIAGA DEPOSIT
4.2.1 Instrumen boleh niaga deposit konvensional (“NIDs”) dan instrumen boleh niaga Islam
(“INI”) adalah tidak diinsuranskan oleh PIDM.
4.2.2 Bagi NID konvensional, Borang DPR hendaklah dikemukakan mengikut jenis NID.
Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara kolektif dan hanya
sekali sahaja, bagi setiap jenis NID, iaitu tetap, kupon sifar atau kadar terapung atau
gabungan mana‐mana tiga jenis NID tersebut. Ahli‐ahli juga dikekehendaki
mengemukakan satu (1) set maklumat produk deposit yang utama atau umum4 yang
diguna pakai bagi jenis NID tersebut.
Contoh: Satu ahli telah mengeluarkan sebilangan NID kupon sifar. Satu Borang DPR
hendaklah dikemukakan bagi NID kupon sifar yang dikeluarkan secara kolektif dan
hanya sekali. Maklumat produk deposit utama atau umum hendaklah
dikemukakan. Ahli tidak dikehendaki mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi
pelancaran atau penerbitan baharu NID kupon sifar.
4.2.3 Bagi INI, Borang DPR hendaklah dikemukakan menurut kontrak Syariah atau kontrak
yang diguna pakai bagi INI tersebut. Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang
DPR, secara kolektif dan hanya sekali, bagi setiap kumpulan INI yang mengguna
pakai kontrak yang sama atau kontrak Syariah yang sama. Ahli‐ahli dikehendaki
mengemukakan satu (1) set maklumat produk deposit utama atau umum yang diguna
pakai bagi jenis INI tersebut.
4 Brosur produk, Lembaran Terma, Terma dan Syarat Kontrak, Borang Permohonan Deposit, Sampel Resit
Peletakan Deposit dan/atau deskripsi produk.
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 7
Contoh: Satu ahli telah mengeluarkan sebilangan INI menurut kontrak Syariah
Mudharabah. Satu Borang DPR hendaklah dikemukakan bagi jenis INI ini secara
kolektif dan hanya sekali. Maklumat produk deposit utama atau umum hendaklah
dikemukakan. Ahli tidak dikehendaki mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi
pelancaran atau penerbitan baharu INI yang berdasarkan kontrak Syariah
Mudharabah.
4.3 PERJANJIAN BELI BALIK DAN PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (“REPO”)
4.3.1 Perjanjian belik balik konvensional (“repo konvensional”) dan Perjanjian Jual dan Beli
Balik (“repo Islam”) adalah tidak diinsuranskan oleh PIDM.
4.3.2 Bagi repo konvensional, ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara
kolektif dan hanya sekali, bagi semua jenis repo konvensional. Ahli‐ahli juga
dikehendaki mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau umum mengenai
produk deposit bagi repo konvensional tersebut.
4.3.3 Bagi repo Islam, ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara
kolektif dan hanya sekali, bagi semua jenis repo Islam. Ahli‐ahli juga dikehendaki
mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau umum produk deposit yang diguna
pakai bagi repo Islam tersebut.
4.4 PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF
4.4.1 Secara umumnya, pelaburan konvensional yang berkaitan dengan derivatif atau
produk berstruktur (“ILD”) adalah boleh diinsuranskan sekiranya prinsipal produk ini
adalah 100% dijamin jika dipegang sehingga matang dengan syarat mereka memenuhi
kriteria kebolehinsuransan yang lain.
4.4.2 Bagi ILD konvensional yang prinsipalnya tidak dijamin, Borang DPR hendaklah
dikemukakan mengikut rujukan pendasar atau gabungan rujukan pendasar. Oleh itu,
ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR, secara kolektif dan hanya
sekali bagi setiap kumpulan ILD yang memperoleh nilai mereka melalui rujukan
kepada jenis rujukan pendasar yang sama atau gabungan rujukan pendasar yang
sama. Ahli‐ahli tidak dikehendaki mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi
pelancaran kumpulan ILD tersebut pada masa hadapan. Ahli‐ahli dikehendaki
mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau umum produk deposit yang
diguna pakai bagi jenis ILD tersebut.
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 8
Contoh: Sekiranya satu ahli telah mengeluarkan sebilangan ILD konvensional yang
prinsipalnya tidak dijamin yang memperoleh nilai mereka melalui rujukan kepada
harga komoditi, maka, satu Borang DPR hendaklah dikemukakan bagi kumpulan ILD
ini. Ahli tersebut tidak perlu mengemukakan Borang DPR yang baharu bagi
pelancaran ILD pada masa hadapan yang memperoleh nilai melalui rujukan kepada
harga komoditi. Sekiranya rujukan pendasar ILD konvensional yang prinsipalnya tidak
dijamin tersebut ialah satu gabungan komoditi dan rujukan lain, ahli tersebut mesti
mengemukakan Borang DPR yang berasingan bagi kumpulan ILD sedemikian.
4.4.3 Secara umumnya, ILD konvensional yang prinsipalnya 100% dijamin boleh
diinsuranskan, dengan syarat ILD ini memenuhi kriteria kebolehinsuransan. Oleh itu,
PIDM akan menilai ILD ini terhadap kriteria kebolehinsuransan bagi menentukan
status kebolehinsuransan masing‐masing. Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu
Borang DPR bagi setiap ILD konvensional yang prinsipalnya dijamin. Ahli‐ahli
dikehendaki mengemukakan maklumat produk deposit bagi ILD tersebut.
4.4.4 Ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR bagi setiap ILD Islam. Ahli‐ahli
dikehendaki mengemukakan maklumat produk deposit bagi ILD tersebut.
4.5 PRODUK DEPOSIT JENIS GABUNGAN
4.5.1 Ini merujuk kepada produk deposit hasil gabungan dua atau lebih produk deposit
(“produk deposit komponen”) tetapi “dipakejkan” bersama dan dipasarkan di
bawah satu jenama atau nama. Dalam situasi sedemikian, ahli hendaklah
mengemukakan satu Borang DPR bagi setiap produk deposit komponen.
Contoh 1: Satu ahli menawarkan satu akaun simpanan mata wang asing dan satu
akaun deposit tetap mata wang asing. Akaun‐akaun tersebut dipasarkan di bawah
satu jenama. Ahli tersebut dikehendaki mengemukakan satu Borang DPR setiap satu
bagi akaun simpanan mata wang asing dan akaun deposit tetap mata wang asing,
bersama-sama dengan maklumat produk deposit berkaitan bagi kedua-dua akaun.
Contoh 2: Satu ahli menawarkan kemudahan buku cek bagi akaun simpanannya. Satu
Borang DPR hendaklah dikemukakan bagi akaun simpanan tersebut. Ini adalah bukan
akaun jenis gabungan.
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 9
4.6 PANDUAN MELENGKAPKAN BORANG DPR
4.6.1 Lampiran A mengandungi arahan dan panduan bagi membantu ahli-ahli melengkapkan
Borang DRP.
4.7 PENGEMUKAAN BORANG DPR YANG DILENGKAPKAN 4.7.1 Ahli-ahli dikehendaki mengemukakan sesalinan (softcopy) Borang DPR yang
dilengkapkan (dalam MS Word) bersama-sama dengan salinan maklumat produk
deposit menurut cara yang berikut:
(a) ahli-ahli hendaklah mewujudkan satu fail bagi setiap produk deposit dan
memasukkan, di dalam fail tersebut, salinan Borang DPR yang telah
dilengkapkan dan maklumat produk deposit. Fail berasingan hendaklah
diwujudkan bagi produk deposit yang berasingan. Sila gunakan kebiasaan ini
dalam penamaan fail: nama ahli-nama produk deposit-jenis deposit, sebagai
contoh, abc-super-fd [di mana ABC ialah nama ahli, Super ialah nama produk
dan jenis deposit ialah deposit tetap (fd)]. Gunakan perkataan yang pendek, jika
boleh;
(b) Borang DPR dan maklumat produk deposit hendaklah disimpan menurut jenis
dokumen mereka, iaitu, dpr bagi Borang DPR; bre bagi Brosur Produk; ts bagi
Lembaran Terma; appn bagi Borang Permohonan; rect bagi Sampel Resit
Peletakan Deposit; illus bagi Deskripsi Produk atau Ilustrasi; dan formula bagi
Formula Pengiraan Faedah;
(c) Borang DPR hendaklah disimpan dalam bentuk dokumen MS Word. Maklumat
produk deposit dan lampiran lain hendaklah disimpan dalam mana-mana
format fail berikut: (a) xls; (b) xlsx; (c) doc; (d) docx; (e) ppt; (f) pptx; (g) pdf
(searchable); (h) txt; atau (i) rtf. Sekiranya format fail tersebut tiada, sila simpan
dokumen dalam bentuk mana-mana yang berikut: (a) jpeg; (b) jpg; (c) bmp; (d)
tiff; (e) gif; (f) png; atau (g) pdf (not searchable); dan
(d) fail bagi semua produk deposit yang dikemukakan hendaklah disimpan dalam
satu cakera padat (CD) dan dihantar kepada PIDM sebelum 30 September 2010.
Lihat ilustrasi di bawah:
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk Deposit
Muka Surat 10
abc‐super‐fd [Nama fail produk deposit]
.......... dpr.doc [Nama fail bagi Borang DPR]
......... bre.txt [Nama fail bagi Brosur] .......... ts.doc [Nama fail bagi Lembaran Terma]
.......... appn.pdf [Nama fail bagi Borang Permohonan]
.......... rect.ppt [Nama fail bagi Sampel Resit Peletakan Deposit]
.......... illus.txt [Nama fail bagi Deskripsi Produk atau Ilustrasi]
.......... formula.txt [Nama fail bagi Formula Pengiraan Faedah]
4.8 STATUS KEBOLEHINSURANSAN PRODUK DEPOSIT 4.8.1 PIDM akan memaklumkan ahli-ahli, tidak lewat dari 31 Oktober 2010, mengenai status
kebolehinsuransan produk deposit yang dikemukakan. 4.9 PENGEMUKAAN SELEPAS 30 SEPTEMBER 2010
4.9.1 Walaupun terdapat tarikh akhir yang dirujuk dalam Bahagian 3.2.1, ahli‐ahli adalah
dikehendaki mengemukakan kepada PIDM, maklumat produk deposit mengenai
produk deposit yang baharu yang akan dilancarkan, selepas 30 September 2010 bagi
membolehkan PIDM menilai status kebolehinsuransannya.
4.9.2 Maklumat produk deposit yang dirujuk dalam Bahagian 4.9.1 dan Borang DPR yang
telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada PIDM selewat‐lewatnya 14 hari
bekerja sebelum tarikh pelancaran dijangkakan. Ahli‐ahli boleh mengemukakan
kepada PIDM versi draf maklumat produk deposit dahulu sebelum versi terakhir.
Walau bagaimanapun, tiada apa-apa pindaan boleh dibuat kepada draf maklumat
produk deposit tersebut selepas pengemukaannya, yang akan memberi kesan atau
mengubah mana‐mana jawapan yang diberikan bagi soalan‐soalan yang ditandakan
dengan asterisk (*) di dalam Borang DPR di Lampiran A, yang mana perubahan
tersebut boleh memberi kesan kepada kod produk deposit atau status
kebolehinsuransan produk deposit. Sekiranya versi draf maklumat produk deposit
diberikan kepada PIDM, ahli adalah dikehendaki mengemukakan dokumen akhir
dengan segera selepas pelancaran produk deposit tersebut. Ahli‐ahli juga
dikehendaki memaklumkan kepada PIDM sekiranya produk deposit tidak dilancarkan.
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 11
4.10 PENGEMUKAAN PENGISYTIHARAN 4.10.1 Setelah memaklumkan ahli‐ahli mengenai status kebolehinsuransan produk
deposit atau sejurus selepas itu, PIDM akan meminta ahli‐ahli untuk
menandatangani pengisytiharan berkaitan. Individu yang menandatangani
Pengisytiharan tersebut mestilah seorang pegawai kanan dalam Pengurusan atau
seseorang yang diberi tanggungjawab ke atas sesebuah jabatan dalam organisasi
ahli, dan boleh berurusan dengan PIDM dalam perbincangan dan memberikan
penjelasan mengenai produk deposit.
4.11 PELAKSANAAN SISTEM PENDAFTARAN PRODUK DAN PENGELUARAN KOD PRODUK DEPOSIT
4.11.1 Apabila Sistem Pendaftaran Produk dilaksanakan oleh PIDM pada 2011, PIDM akan
menghendaki ahli‐ahli supaya mengemukakan borang DPR elektronik (“Borang
e‐DPR) bagi Produk Deposit Boleh Diinsuranskan Yang Sedia Ada dan semua produk
deposit baharu yang akan dilancarkan oleh ahli‐ahli pada ketika itu. Kandungan
Borang e‐DPR adalah sama dengan Borang DPR. Ahli‐ahli akan dimaklumkan
mengenainya.
4.11.2 Kod produk deposit bagi semua produk deposit akan dikeluarkan kepada
ahli‐ahli pada pertengahan 2011.
Pebadanan Insurans Deposit Malaysia 18 Ogos 2010
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 12
LAMPIRAN A (Arahan dan Panduan Mengisi Borang DPR)
A. MAKLUMAT INSTITUSI ANGGOTA
SOALAN BUTIRAN LANJUT
1. * Nama dan Kod FISS Isikan nama Bank dan Kod FISS.
2. Nama Untuk Dihubungi Isikan nama pegawai yang melengkapkan borang ini (“Pegawai”).
3. Jawatan Isikan jawatan Pegawai tersebut.
4. Jabatan Isikan jabatan Pegawai tersebut bertugas.
5. Nama Jalan 1 Soalan 5 – 9: Isikan alamat Pegawai tersebut bertugas.
6. Nama Jalan 2
7. Bandar
8. Poskod
9. Negeri
10. No. Telefon Isikan nombor telefon Pegawai dan nombor talian am.
11. No. Faks Isikan nombor faks Pegawai.
12. Alamat Emel Isikan alamat e‐mel Pegawai. Kami tidak akan menerima e‐mel postmaster atau alamat e‐mel kegunaan umum, cth. enquiry@bank.com.
13. Rujukan Institusi Anggota Ini merupakan nombor rujukan yang boleh dimasukkan oleh Bank yang mana PIDM boleh menggunakan rujukan ini sekiranya terdapat keperluan untuk berurusan dengan perkara ini.
14. Jenis Perniagaan Institusi Anggota
Perbankan Konvensional Perbankan Islam Kedua‐duanya
Ini merujuk kepada jenis urusan perbankan yang dikendalikan oleh Bank. Sekiranya Bank mengendalikan kedua‐dua perbankan konvensional dan Islam (window), Bank hendaklah memilih “Kedua‐duanya”.
B. MAKLUMAT PRODUK DEPOSIT
SOALAN BUTIRAN LANJUT
15. Nama Produk Isikan nama Produk.
16. Tarikh Dilancarkan Sekiranya Produk telah pun dilancarkan, dan tarikh tidak diketahui, nyatakan”Telah Dilancarkan; Tiada Tarikh Pelancaran”.
Sekiranya Produk akan dilancarkan dan tarikh pelancaran tidak diketahui, berikan jawapan dalam terma umum, cth, suku tahun pertama 2011.
Jika satu Borang DPR dikemukakan bagi produk deposit yang telah dilancarkan secara kolektif (cth: NID dan Repo), nyatakan “Pengemukaan Kolektif – Pelbagai Tarikh Pelancaran”.
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 13
17. Sila nyatakan dokumen yang dilampirkan:
Brosur Produk Kertas Terma Terma & Syarat Kontrak Borang Permohonan Deposit Sampel Resit Peletakan Deposit Deskripsi Produk atau Ilustrasi Produk Lain‐lain (sila nyatakan)
Pilih dokumen‐dokumen yang telah anda lampirkan. Sekiranya satu perjanjian utama diguna pakai bagi pelbagai produk deposit, ahli‐ahli hendaklah melampirkan perjanjian utama tersebut bagi setiap produk deposit dan menyatakan bahagian di dalam perjanjian utama tersebut yang berkaitan dengan produk deposit.
18.
*
Apakah jenis mata wang deposit?
Hanya Ringgit Hanya Mata Wang Asing Ringgit dan Mata Wang Asing
Pilih jenis mata wang produk deposit.
19.
*
Sila pilih salah SATU daripada jenis deposit:
Deposit Permintaan Deposit Simpanan Deposit Tetap Pelaburan Khusus Pelaburan Am Murabahah Komoditi Deposit Jangka Pendek Deposit Pembawa Instrumen Boleh Niaga Deposit / Instrumen Boleh Niaga Islam Perjanjian Beli Balik Deposit Pasaran Kewangan Pelaburan Berkaitan Derivatif Ditawarkan / Produk Berstruktur Deposit Lain Yang Diterima (sila nyatakan)
Pilih jenis deposit.
“Deposit Pasaran Kewangan” yang dirujuk di atas bermaksud deposit di dalam akaun tertentu yang dibuka atau diselenggara dengan satu ahli yang merupakan institusi antara bank yang diluluskan (yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia) secara jelas bagi tujuan peletakan dana dalam pasaran kewangan antara bank (termasuk, yang berkaitan, Pasaran Kewangan Antara bank Islam).
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan kepada jawapan ini
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 14
C. MAKLUMAT BERKENAAN PELABURAN BERKAITAN DERIVATIF/PRODUK BERSTRUKTUR
SOALAN BUTIRAN LANJUT
20. * Sila nyatakan kategori
aset/rujukan pendasar atau gabungan rujukan pendasar
Sila nyatakan jenis rujukan pendasar atau gabungan rujukan pendasar (cth. sekuriti, indeks, mata wang, komoditi atau aset atau rujukan lain).
21. Sudahkah anda mendapat kelulusan yang diperlukan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia berkenaan dengan terbitan, tawaran, pelawaan atau dalam menyediakan ILD ini?
Ya Tidak
Jika Ya, lampirkan salinan kelulusan.
22. * Sekiranya pembayaran balik
bayaran prinsipal bukan melalui wang, sila nyatakan kaedah bayaran prinsipal itu dibayar balik
Lengkapkan jika berkaitan.
D. SYARAT KHUSUS
SOALAN BUTIRAN LANJUT 23. Adakah terdapat apa‐apa
syarat khusus bagi produk ini? Ya Tidak
Sekiranya jawapan anda kepada soalan 23 adalah Ya, sila jawab soalan 24
Sekiranya terdapat syarat khusus untuk dipenuhi oleh seseorang pelanggan untuk layak membuka akaun produk deposit ini, pilih “Ya” dan berikan maklumat dalam Soalan 24.
24. Pilih syarat khusus yang digunakan dan nyatakan dengan lebih lanjut
Umur Tahap Pendapatan Pekerjaan Tujuan Akaun Lain‐lain (sila nyatakan)
Cth. Sekiranya hanya orang dewasa berumur melebihi 55 tahun yang layak untuk membuka akaun ini, pilih “Umur” dan nyatakan hanya orang dewasa berumur 55 tahun ke atas yang layak membuka akaun ini.
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini * Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 15
E. MAKLUMAT PRODUK DEPOSIT
1. BORANG DPR ISLAM
SOALAN BUTIRAN LANJUT
25.* Adakah ini deposit Islam? Ya
Tidak (Sekiranya jawapan anda kepada soalan 25 adalah Ya, sila jawab soalan 26) Ini ialah Borang DPR Islam, dan sekiranya produk deposit ialah deposit Islam, pilih “Ya”. Bagi produk deposit konvensional, gunakan Borang DPR Konvensional. Walaupun suatu ILD Islam dirujuk sebagai suatu “pelaburan”, ia akan layak sebagai deposit Islam sekiranya ia memenuhi takrifan deposit Islam yang dirujuk di bawah.
26 Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Deposit Islam ialah “jumlah wang atau nilai wang yang diterima atau dibayar oleh mana‐mana individu, yang mana penerimaan dan
pembayaran balik akan menurut terma‐terma mana‐mana perjanjian yang sejajar dengan Syariah”.
Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan untuk menyokong jawapan “Ya” anda kepada Soalan 26, sample respons yang boleh diberi: Tiada klausa tertentu dalam mana‐ mana dokumen yang dilampirkan. Wang yang diterima atau dibayar mengikut terma‐terma yang mana penerimaan dan pembayaran balik adalah menurut terma mana‐mana perjanjian yang sejajar dengan Syariah.
Tandakan semua kontrak Syariah yang berkaitan dan nyatakan amaun dan peratusan pecahan di bawah
27. Bagaimanakah pecahan tersebut diperuntukkan?
Mangikut Amaun Mengikut Peratusan Sekiranya terdapat dua atau lebih kontrak Syariah yang berkaitan bagi produk deposit, nyatakan jika pecahan diperuntukkan mengikut amaun atau peratusan.
28.* Sila nyatakan semua yang diguna pakai dan yang menentukan amaun / peratusan dan nyatakan kedudukan keutamaan kontrak
Wadiah Qard Murabahah Wakalah Musyarakah Mudharabah Lain-lain
Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) kontrak Syariah, pilih kontrak Syariah yang berkaitan. Sekiranya pecahan diperuntukkan mengikut amaun, nyatakan amaun dan jika mengikut peratusan, nyatakan peratusan. Juga nyatakan kedudukan keutamaan kontrak Syariah tersebut. Sekiranya tiada pecahan, sila nyatakan “Tiada pecahan berkaitan”. Cth. Sekiranya kontrak Syariah Wadiah dan Mudharabah diguna pakai, pilih kedua-dua Wadiah dan Mudharabah. Sekiranya pecahan dibahagikan mengikut amaun, nyatakan amaun yang diperuntukkan masing-masing bagi Wadiah dan Mudharabah. Juga nyatakan kontrak Syariah mana yang
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 16
diberikan kedudukan pertama dan yang mana kedudukan yang kedua.
29. Adakah keuntungan boleh dibayar ke atas deposit?
Ya Tidak (sekiranya jawapan anda kepada soalan 29 adalah Ya, sila jawab soalan 30)
30. Sila lampirkan formula bagi pengiraan keuntungan, kadar rujukan bagi pengiraan keuntungan, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditentukan semula (mana yang berkenaan)
Ya, formula dilampirkan Nyatakan formula bagi pengiraan keuntungan, kadar rujukan bagi pengiraan keuntungan, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditetapkan semula (yang mana berkaitan) dalam satu dokumen dan lampirkan di sini.
31.* Adakah wang yang
didepositkan digunakan dalam Rangka Kerja Kadar Pulangan Bank Negara Malaysia, iaitu peruntukan kewangan, pelaburan dalam sekuriti, peletakan dana antara bank, atau perniagaan lain yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang mematuhi Syariah?
Ya Tidak
32. Adakah kelulusan tertentu diperlukan daripada Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah?
Ya Tidak (sekiranya jawapan anda kepada soalan 32 adalah Ya, sila jawab soalan 33) Soalan ini adalah hanya bagi produk deposit bukan ILD yang belum dilancarkan.
33. Sila lampirkan sesalinan kelulusan tertentu yang diperlukan daripada Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah
Ya, kelulusan dilampirkan
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 17
2. BORANG DPR KONVENSIONAL
SOALAN BUTIRAN LANJUT
25. * Adakah ini deposit
konvensional (iaitu, bukan Islam)?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 25 adalah Ya, sila jawab soalan 26) Ini ialah Borang DPR Konvensional, dan sekiranya produk deposit ialah deposit konvensional, pilih “Ya”. Bagi produk deposit Islam, gunakan Borang DPR Islam. Walaupun suatu ILD konvensional dirujuk sebagai suatu “pelaburan”, ia akan layak sebagai deposit Konvensional sekiranya ia memenuhi takrifan deposit yang dirujuk di bawah.
26. Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Suatu deposit ialah “jumlah wang yang diterima atau dibayar mengikut terma yang mana ia akan dibayar balik atau boleh dibayar balik, dengan atau tanpa faedah atau premium, atau dengan apa‐apa pembayaran dalam bentuk wang, samada atas permintaan atau pada suatu masa tertentu atau dalam situasi yang dipersetujui oleh atau bagi pihak individu yang membuat pembayaran dan individu yang menerimanya”.
Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan untuk menyokong jawapan “Ya” anda bagi Soalan 26, satu sampel respons yang boleh diberikan: Tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan. Wang yang diterima daripada pelanggan atas terma bahawa ia akan dibayar balik atau boleh dibayar balik,
@dengan/tanpa faedah atau premium atau pada suatu masa
tertentu atau dalam situasi yang dipersetujui oleh atau bagi pihak ahli dan pelanggan (
@potong yang mana tidak berkenaan)
27.* Adakah Institusi Anggota
bertanggungjawab untuk membayar balik amaun prinsipal secara penuh?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 27 adalah Ya, sila jawab soalan 28)
28. Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Obligasi untuk membayar balik secara penuh mungkin dinyatakan di dalam kontrak antara ahli dan pendeposit, atau diwujudkan melalui prinsip undang‐undang.
Bagi ILD, kenyataan bahawa potongan boleh dibuat daripada amaun prinsipal ketika pengeluaran awal, penebusan atau penamatan suatu pelaburan oleh pelabur, sebelum tarikh matang pelaburan tersebut adalah tidak bermaksud, dengan sendirinya, kriteria tersebut tidak boleh dipenuhi.
29. Adakah faedah boleh dibayar ke atas deposit?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 29 adalah Ya, sila jawab soalan 30)
30. Sila lampirkan formula bagi pengiraan faedah, kadar rujukan bagi pengiraan faedah, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditetapkan semula (mana yang berkenaan)
Ya, formula dilampirkan Nyatakan formula bagi pengiraan faedah, kadar rujukan bagi pengiraan faedah, tempoh pengkompaunan dan/atau tarikh yang ditetapkan semula (mana yang berkenaan) dalam satu dokumen dan lampirkan ia di sini.
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 18
3. BORANG DPR ISLAM DAN BORANG DPR KONVENSIONAL
SOALAN BUTIRAN LANJUT 34. * (31
5)
Adakah ini deposit boleh dibayar balik di luar Malaysia?
Ya Tidak
Pengeluaran wang melalui ATM di luar Malaysia tidak menjadikan deposit tersebut sebagai boleh dibayar balik di luar Malaysia.
35. * (32)
Adakah ini deposit dalam mata wang asing?
Sepenuhnya dalam mata wang asing Sebahagiannya dalam Ringgit dan sebahagian dalam mata wang asing Tidak (hanya MYR)
36. * (33)
Adakah ini deposit pasaran kewangan?
Ya Tidak
“Deposit Pasaran Kewangan” bermaksud suatu deposit di dalam suatu akaun tertentu yang dibuka atau diselenggara dengan ahli yang merupakan institusi antara bank yang diluluskan (diluluskan oleh Bank Negara Malaysia) yang secara jelas bagi tujuan peletakan dana dalam pasaran kewangan antara bank (termasuk, yang mana berkenaan, Pasaran Kewangan Antara bank Islam).
37. * (34)
Adakah ini deposit pembawa? Ya Tidak
38. * (35)
Adakah ini suatu instrumen boleh niaga deposit?
Ya Tidak
39.* (36)
Adakah ini suatu deposit susulan daripada perjanjian beli balik?
Ya Tidak
5 Nombor di dalam kurung bulat (parenthesis) berkaitan dengan Borang DPR Konvensional
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 19
F. LIABILITI DEPOSIT
SOALAN MAKLUMAT LANJUT
40.*
(376)
Adakah deposit diterima seperti dalam urusan biasa penerimaan deposit Institusi Anggota?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 40 adalah Ya, sila jawab soalan 41)
Ini akan mengecualikan, sebagai contoh, wang yang diterima daripada Bank Negara Malaysia dan wang yang diterima oleh ahli secara khususnya bagi tujuan transaksi pembayaran (cth. pembayaran melalui GIRO atau cek pengembara yang dikeluarkan).
41. (38)
Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Sekiranya tiadak klausa tertentu di dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan untuk menyokong jawapan “YA” anda bagi Soalan 40, nyatakan bahawa tiada klausa tertentu di dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan dan deposit tersebut diterima seperti dalam urusan biasa penerimaan deposit oleh ahli.
42.* (39)
Adakah deposit boleh dibayar balik dengan wang?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 42 adalah Ya, sila jawab soalan 43)
Ini termasuk pembayaran secara tunai, atau pembayaran cek atau dikreditkan ke dalam akaun deposit dengan ahli. Jawapannya ialah “TIDAK” sekiranya deposit boleh dibayar dalam nilai wang, sebagai contoh, melalui penghantaran suatu komoditi.
43. (40)
Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan, jelaskan sekiranya deposit tersebut boleh dibayar balik dalam bentuk wang.
44.* (41)
Adakah liabiliti Institusi Anggota satu liabiliti deposit atau deposit yang diterima?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 44 adalah Ya, sila jawab soalan 45)
Ini adalah berdasarkan pelaporan ahli kepada Bank Negara Malaysia di bawah Garis Panduan bagi Pengemukaan Laporan FISS.
Wang yang diberikan kepada ahli sebagai sekuriti bagi kemudahan kredit konvensional atau suatu kemudahan pembiayaan Islam adalah dianggap sebagai suatu liabiliti deposit atau deposit yang diterima sekiranya wang tersebut dianggap sebagai “deposit yang diterima” bagi tujuan pelaporan FISS kepada Bank Negara Malaysia.
45. (42)
Sila nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Sekiranya tiada klausa tertentu dalam mana‐mana dokumen yang dilampirkan bagi menyokong jawapan “Ya” anda kepada Soalan 44, nyatakan bahawa Kod FISS yang ada atau yang akan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia di bawah Garis Panduan bagi Pengemukaan Laporan FISS.
* Lihat perenggan 4.9.2 Garis Panduan. Sekiranya versi draf dikemukakan, maka, tiada apa-apa perubahan
kepada jawapan ini 6 Nombor di dalam kurung bulat (parenthesis) berkaitan dengan Borang DPR Konvensional
No Rujukan DI/GL7/2010(DPI) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2010
TAJUK Garis Panduan Mengenai Pengemukaan Maklumat Produk
Deposit
Muka Surat 20
46.*
(43)
Adakah individu tersebut layak kepada pembayaran balik yang boleh dikenal pasti daripada kontrak bersama pendeposit?
Ya Tidak
(Sekiranya jawapan anda kepada soalan 46 adalah Ya, sila jawab soalan 44)
47. (44)
Sula nyatakan klausa dalam dokumen yang menyokong jawapan anda
Dokumen ini mengandungi borang permohonan yang perlu diisi oleh pendeposit.
Recommended