View
26
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
DAERAH MERSING, JOHOR.
NG GEK LUI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
30 OKTOBER 2008
ii
iii
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang
tulus ikhlas kepada En. Ahmad Johari Bin Sihes selaku penyelia yang telah banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan idea kepada saya sepanjang tempoh
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan
digunakan sebaik mungkin.
Penghargaan turut ditujukan kepada pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah Mersing yang sudi membekalkan data dan maklumat untuk melengkapkan
kajian ini. Kesudian mereka untuk berkongsi maklumat dan pengalaman telah
meningkatkan kelicinan pelaksanaan kajian ini.
Terima kasih kepada guru besar-guru besar dan guru-guru SJK(C) Daerah
Mersing yang terlibat ketika saya menjalankan penyelidikan di sekolah
masing-masing.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah
memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
proses menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor stres di kalangan guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Daerah Mersing. Seramai 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing dijadikan responden
dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan
soal selidik. Faktor yang dikaji meliputi sikap murid, sikap ibu bapa, komunikasi
antara guru dan murid, dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Analisis data
dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 11.5
(SPSS). Hasil analisis menunjukkan aspek komunikasi antara guru dengan murid
merupakan aspek yang paling mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Ini diikuti dengan sasaran yang
ditetapkan oleh pihak atasan. Manakala sikap murid dan sikap ibu bapa kurang
mempengaruhi stres guru-guru di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani masalah stres
di kalangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Mersing.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the factors of stress among Malay
language teachers at National Type Chinese School in Mersing district. Twenty one
respondents were involved in this study. The instrument used in this study is a set
of questionnaire. The factors studied include the attitude of students and parents,
communication between teachers and students and the targets set by the higher
authorities. Data were analyzed using the Statistical Package for the Social Science
(SPSS 11.5). Descriptive statistics such as frequency, mean and percentage were
used to analyse the data. Results indicate that communication between students and
teachers is the most influential factor of stress among the Malay language teachers,
followed by the various targets from the higher authorities. Meanwhile, students’
and parents’ attitude is the least influential factor of stress among the Malay language
teachers at National Type Chinese School in Mersing district. Several measures
were proposed to overcome this stress problem.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Guru 11
1.8.2 Murid 11
vii
1.8.3 Stres 11
1.8.4 Stres Guru 12
1.8.5 Sikap 12
1.8.6 Sasaran 12
1.8.7 Komunikasi 13
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Stres 15
2.2.1 Teori Stres 16
2.2.2 Stres Di Kalangan Guru 16
2.2.3 Punca Stres Di Kalangan Guru 18
2.2.4 Tahap Stres Di Kalangan Guru 22
2.2.5 Kesan Stres Di Kalangan Guru 24
2.3 Sikap Pelajar 26
2.4 Pengaruh Keluarga 27
2.5 Komunikasi 28
2.6 Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pihak Atasan 29
2.7 Kesimpulan 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.4 Tempat Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Guru 36
3.5.2 Bahagian B: Soalan Soal Selidik Persoalan Kajian 36
viii
3.6 Prosedur Kajian 37
3.7 Analisis Data 38
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Penutup 40
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 41
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Umur 42
4.2.3 Bangsa 43
4.2.4 Pengalaman Mengajar 43
4.2.5 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Di SJK(C) 44
4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 45
4.2.7 Bilangan Waktu Mengajar Bahasa Melayu 46
4.3 Analisis Data Bahagian B 47
4.3.1 Aspek Sikap Murid 47
4.3.2 Aspek Sikap Ibu Bapa 50
4.3.3 Aspek Komunikasi Antara Guru Dengan Murid 53
4.3.4 Aspek Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pentadbir 56
4.4 Rumusan Dapatan Item Kajian 58
4.5 Penutup 59
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Kajian 60
ix
5.2.1 Rumusan Kajian Latar Belakang Responden 61
5.2.2 Rumusan Kajian Persoalan Kajian 62
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 63
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 64
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 65
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 67
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 69
5.4 Cadangan 70
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 70
5.4.2 Cadangan Kepada Guru Bahasa Melayu 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN A - B 78 - 86
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Bilangan Murid Dan Guru Di SJK(C) Daerah Mersing
Sehingga Bulan Februari Tahun 2008 4
1.2 Peratus Kelulusan Mata Pelajaran UPSR SJK(C) Daerah
Mersing Bagi Tahun 2005 Hingga Tahun 2007 6
2.1 Tahap Dan Kesan Stres 25
3.1 Data Guru-guru Bahasa Melayu Di SJK C Daerah Mersing
Johor Yang Di Jadikan Responden Kajian Pengkaji 35
3.2 Skala Likert 36
3.3 Taburan Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 37
3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Nilai Min 39
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 42
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 43
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 44
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Di SJK(C) 45
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Bilangan Waktu Mengajar 45
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Bilangan Waktu Mengajar Bahasa Melayu 46
xi
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan
Min Bagi Sikap Murid 48
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Aspek Sikap Ibu Bapa 51
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Aspek
Komunikasi Antara Guru Dan Murid 54
4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Aspek
Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pentadbir 56
4.12 Perbezaan Keputusan Keseluruhan Persoalan Kajian 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA HALAMAN
2.1 Model Stres Guru 21
2.2 Model Schramm II 29
2.3 Faktor-faktor Tekanan Dalam Iklim Persekolahan 30
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
BSM - Bahagian Sumber Manusia
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PBK - Pembelajaran Berbantukankan Komputer
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
RMK 9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SJK(C) - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SPSS - Statistical Package For The Social Science
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA Muka Surat
A Borang Soal Selidik 78-83
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 84-85
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah teras pembentukan semangat kenegaraan kita bersama
dan pembinaan tamadun. Oleh yang demikian, sistem dan proses pendidikan yang
berkesan dan berkualiti merupakan asas usaha membina negara.
Sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan
kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Kini,
pada abad ke 21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada
kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.
Dalam konteks ini, Kementerian Pelajaran sebagai sebuah kementerian yang
bertanggungjawab melaksanakan tuntutan masyarakat dan memenuhi keperluan
negara, telahpun merancangkan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik teknologi maklumat dan
komunikasi, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2
Demi menjayakan visi dan misi perancangan pendidikan, para pendidik
mempunyai tanggungjawab yang besar dan komitmen yang padu untuk
merealisasikannya. Ekspektasi daripada pelbagai pihak terhadap mutu pendidikan
yang tinggi dengan secara langsung mengekang semangat dan moral para guru.
Reformasi di dalam bidang pendidikan seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut
menyumbangkan kepada beban kerja. Dalam hal ini, didapati bahawa guru-guru
KBSR dan KBSM yang mengalami stres sehingga cenderung untuk meninggalkan
profesion keguruan.
Pada setiap hari persekolahan, seorang guru terpaksa berdepan dengan
murid-murid yang berlainan perwatakan, maka ia tidak dapat elak daripada seribu
satu masalah. Dalam usaha guru melayan keperluan, kehendak dan keperihatinan
murid-muridnya, menghadapi pelbagai kebimbangan, tekanan dan desakan emosi.
Seseorang guru juga terpaksa menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran yang timbul
dari semasa ke semasa. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan wujudnya
masalah stres di kalangan guru.
Masalah stres perlu diambil perhatian yang serius. Jika dapat dikenal pasti
puncanya daripada awal, maka bolehlah diatur strategi untuk membantu guru
menangani masalah stres. Dengan itu, guru berkenaan tidak tergolong dalam
golongan guru-guru yang tidak bersemangat, tiada motivasi, kecewa, atau tiada
kepuasan kerja.
1.2 Latar Belakang Masalah
Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan
berbentuk pengajaran adalah pekerjaan yang penuh tekanan. Laporan Abdul
Rahman Arshad (2004, Bahagian Sumber Manusia, KPM) menunjukkan beban
3
tugas guru bertambah kerana di samping menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran, guru banyak membuat kerja-kerja bercorak perkeranian,
bermesyuarat dan kerja tambahan yang lain.
Akhbar The New Straits Times pada 29 Mac 1990 pula pernah melaporkan
bahawa terdapat sebanyak 1,175 kes guru bukan siswazah di sekolah rendah
mengalami tekanan mental. Mengikut kajian kaunselor Bahagian Sumber
Manusia (BSM), pada tahun 2000 terdapat seramai 30.3% orang guru telah
menghadapi kekerapan burnout pada tahap sederhana dan 38.3% menghadapi
burnout pada tahap yang tinggi. Masalah stres semakin meningkat di kalangan guru
apabila guru berhadapan dengan tanggungjawab yang semakin kompleks dan
mencabar. (2004, Bahagian Sumber Manusia, KPM).
Kajian di atas telah menjelaskan bahawa satu fenomena di mana guru
kurang keupayaan untuk menangani semua tekanan yang dialami ketika di
sekolah. Terdapat sebahagian guru yang sedang berada dalam keadaan dilema
kerana berasa kurang keyakinan untuk bersaing dengan kehendak sukatan yang
digariskan serta tuntutan kurikulum yang pelbagai. Memandangkan
tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini, adalah tidak hairan bahawa isu
tekanan berlaku dalam kalangan guru.
Secara geografi daerah Mersing mempunyai empat buah sekolah rendah
jenis kebangsaan Cina. Dua buah sekolah dalam kategori Gred A (sekolah yang
mempunyai bilangan murid 800 orang dan keatas di kawasan Bandar, 350 orang
dan ke atas di kawasan luar bandar), sebuah Gred B (sekolah yang mempunyai
bilangan murid 150 orang hingga 800 orang di kawasan bandar, 150 orang hingga
350 orang di kawasan luar bandar ) dan sebuah lagi dikategorikan sebagai sekolah
kurang murid (SKM – Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kurang
daripada 150 orang ). Jumlah besar bilangan murid di keempat-empat buah
SJK(C) di daerah Mersing ialah 1,149 orang. Data guru dan murid SJK(C) Daerah
Mersing adalah seperti jadual 1.1 di bawah.
4
Jadual 1.1: Bilangan Murid dan Guru Di SJK(C) Daerah Mersing Sehingga Bulan
Februari Tahun 2008
Sumber : Rekod Kedatangan Murid dan Rekod Analisis Guru Keempat-empat buah
sekolah 2008
Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah
Mersing terdiri daripada guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan juga guru-guru yang
bukan opsyen Bahasa Melayu. Pada keseluruhannya, guru-guru di sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Daerah Mersing mengajar purata 32 waktu seminggu. Di
samping mengambil kira tugas-tugas perkeranian yang dilakukan, program
kokuriulum yang merangkumi aktiviti kelab, sukan dan permainan, penglibatan
dalam kelas tambahan, guru-guru juga dikehendaki bersiap sedia dengan kelas latih
tubi dan kelas persediaan untuk peperiksaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
dalam keadaan sedemikian iaitu apabila segala tugas perlu dilaksanakan oleh guru
telah menyebabkan tekanan (stres) kepada guru. Lebih-lebih lagi, bagi guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras di
dalam peperiksaan.
Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah rendah terutamanya guru yang
mengajar mata pelajaran peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah
dibebankan dengan tanggungjawab yang berlebihan jika dibandingkan dengan guru
yang mengajar mata pelajaran yang lain.
Bilangan Murid/Guru SJK(C) Daerah
Mersing
Chiao Qing
Pai C
hee
Jemaluang
Kampung
Hubung
Jumlah
Murid Bukan Melayu 521 368 102 42 1033
Murid Melayu 22 67 3 24 116
Jumlah Murid 543 435 105 66 1149
Guru Bahasa Melayu (bukan opsyen) 3 8 3 2 16
Guru Bahasa Melayu (opsyen) 3 2 0 0 5
Jumlah Guru Bahasa Melayu 6 10 3 2 21
5
Mata pelajaran UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah seperti
berikut:
1. Bahasa Melayu (Pemahaman)
2. Bahasa Melayu (Penulisan)
3. Bahasa Cina (Pemahaman)
4. Bahasa Cina (Penulisan)
5. Bahasa Inggeris
6. Matematik
7. Sains
Berdasarkan Jadual 1.2, keputusan UPSR telah menunjukkan
keempat-empat buah Sekolah Kebangsaan Cina Daerah Mersing mempunyai
prestasi yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peratus kelulusan bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih
rendah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Guru besar-guru besar dan
guru-guru Bahasa Melayu dikehendaki membuat laporan dan memberi penjelasan
kepada Pegawai Pendidikan Daerah Mersing dan juga Jabatan Pendidikan Negeri
Johor tentang sebab kemerosotan mata pelajaran ini. Mereka juga terpaksa
menghadapi komen-komen yang melemahkan semangat daripada pihak ibu bapa.
Sekolah-sekolah dikehendaki merancang dan menyediakan program-program untuk
meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. Di samping itu, pemantauan terhadap guru
yang mengajar mata pelajaran ini sering dilakukan oleh Nazir Sekolah, Pegawai
Jabatan Pelajaran Johor, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dan juga pihak
pentadbir sekolah berkenaan.Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang dianggap
penting kerana dengan lulus sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam subjek ini,
seseorang murid barulah layak diterima masuk ke tingkatan satu. Sebaliknya
sekiranya seseorang murid gagal dalam mata pelajaran tersebut, walaupun
mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran lain, murid berkenaan
terpaksa bermula pelajaran sekolah menengah di kelas peralihan. Syarat sedemikian
telah menyebabkan pihak sekolah dan pihak ibu bapa amat mengambil berat tentang
lulus atau gagal mata pelajaran ini. Oleh itu, dengan secara langsung telah
menyebabkan masalah stres di kalangan guru yang mengajar subjek ini.
6
Jadual 1.2: Peratus Kelulusan Mata Pelajaran UPSR SJK(C) Daerah Mersing Bagi
Tahun 2005 Hingga Tahun 2007
Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007
Seseorang guru opsyen Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sering menghadapi kemusykilan
komunikasi dengan anak murid yang berasal dari masyarakat Cina. Anak murid
ini biasanya berasal daripada masyarakat Cina yang biasanya berkomunikasi dalam
Bahasa Cina. Kekeliruan dan salah faham turut berlaku jika guru tidak dapat
menangani masalah yang dihadapi dengan munasabah.
Dilema guru bukan opsyen Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina pula jikalau dipertanggunjawabkan untuk mengajar Bahasa Melayu, mereka
akan berasa kurang keyakinan dan tidak pasti akan kesesuaian pendekatan
SJK(C) Daerah Mersing
Mata Pelajaran UPSR
Tahun
Chia
Ching
(%)
Pai
Chee
(%)
Jema
Luang
(%)
Kg.
Hubung
(%)
2005 49.13 68.60 48.00 60.00
2006 66.33 69.33 47.62 46.05 Bahasa Melayu SJK
(Pemahaman) 2007 55.30 62.00 60.00 33.33
2005 49.12 67.50 36.00 40.00
2006 54.08 66.67 42.86 30.77 Bahasa Melayu SJK
(Penulisan) 2007 54.10 65.80 60.00 33.33
2005 92.98 91.30 100.00 80.00
2006 85.71 94.67 71.43 92.31 Bahasa Cina
(Pemahaman) 2007 82.40 81.00 70.00 55.56
2005 92.11 90.80 100 80.00
2006 79.59 90.67 76.19 76.92 Bahasa Cina
(Penulisan) 2007 82.40 81.00 70.00 55.56
2005 55.26 67.50 60.00 40.00
2006 63.27 68.00 42.86 69.23 Bahasa Inggeris
2007 55.30 67.10 50.00 44.44
2005 97.37 97.50 92.00 80.00
2006 90.82 98.67 85.71 92.31 Matematik
2007 95.30 91.10 95.00 77.78
2005 89.47 96.30 100.00 80.00
2006 85.71 94.67 80.95 92.31 Sains
2007 87.10 84.80 90.00 88.89
7
pengajaran. Fenomena tersebut secara langsung akan membawa kesan negatif
terhadap prestasi murid.
Lokasi SJK(C) di Daerah Mersing semuanya di kawasan komuniti Cina,
Bahasa pertuturan luar sekolah hanyalah bahasa Mandarin dan loghat
masing-masing. Biasanya komuniti Cina lebih mementingkan bahasa ibunda iaitu
Bahasa Cina, mereka berpendapat anak mereka dewasa kelak akan mewarisi kerjaya
ibu bapa mereka (contoh: penternak ikan hiasan, pekebun, pekerja ladang kelapa
sawit), di mana hanya memerlukan Bahasa Cina sahaja. Tambahan pula walaupun
mereka juga tidak boleh berbahasa Melayu tetapi mereka masih boleh mendapat
pendapatan lumayan untuk membiayai keluarganya.
Sikap ibu bapa terhadap Bahasa Melayu dengan secara langsungnya telah
menanam sikap yang negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Fenomena sebegitu telah menyulitkan lagi usaha guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing. Guru-guru akan berasa
musykil kerana hasrat hendak meningkatkan lagi prestasi murid dalam
matapelajaran Bahasa Melayu kurang sokongan daripada pihak ibu bapa.
1.3 Pernyataan Masalah
Guru merupakan sumber tenaga manusia terpenting dalam pendidikan. Jika
sumber tenaga ini tidak diuruskan secara bijak, banyak permasalahan akan timbul.
Beberapa kajian telah dijalankan oleh para pengkaji dan mendapati bahawa
profesion keguruan merupakan satu profesion yang berisiko tinggi untuk mengalami
stres (Durham dan Varma, 1998 dalam Noor Hadayah, 2003). Stres di tempat
kerja seharusnya dielakkan kerana ia boleh mempengaruhi kemerosotan prestasi
kerja yang akhirnya boleh menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi (Duo,1994
dalam Noor Hadayah, 2003). Jikalau guru berada dalam keadaan stres, pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan.
8
Guru-guru di SJK(C) biasanya bersikap cuba elakkan diri atau enggan
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kerana prestasi murid dalam mata
pelajaran ini sentiasa rendah terutamanya dalam peperiksaan UPSR. Demi
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut, biasanya pihak
pentadbir akan merancangkan program-program yang dapat membantu
meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran ini. Guru-guru yang mengajar
Bahasa Melayu juga kerapkali dipantau. Unsur-unsur tersebut mengakibatkan stres
kepada guru-guru berkenaan. Akibatnya, timbul persoalan stres di kalangan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Daerah Mersing.
Masalah stres khususnya dikalangan guru-guru Bahasa Melayu SJK(C)
Daerah Mersing perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan.
Justeru itu, pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi stres di kalangan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di
Daerah Mersing khasnya mereka yang mengajar kelas UPSR dengan harapan
semoga kajian ini sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk mengesan serta
memperbaiki masalah stres di kalangan guru-guru bersesuaian dengan objektif
untuk meningkatkan mutu serta kecemerlangan profesion pendidikan.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan punca stres di
kalangan guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing. Manakala
pengkhusuan kajian ini ialah penekanan kepada komponen objektif utama seperti
berikut :
1.4.1 Menentukan sama ada sikap murid mempengaruhi stres guru-guru Bahasa
Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.
1.4.2 Menentukan sama ada sikap ibu bapa mempengaruhi stres guru-guru
Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.
9
1.4.3 Menentukan sama ada komunikasi antara guru dan murid mempengaruhi
stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.
1.4.4 Menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan
mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah sikap murid mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C)
Daerah Mersing?
1.5.2 Adakah sikap ibu bapa mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di
SJK(C) Daerah Mersing?
1.5.3 Adakah komunikasi antara guru dan murid mempengaruhi stress guru-guru
Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing?
1.5.4 Adakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan mempengaruhi stres
guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing?
Recommended