View
1.000
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN EMPAT
2014
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan v
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 3
Organisasi kandungan 4
Pemetaan bidang kegiatan Tahun 4 5
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran
negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahap 2 adalah berpusatkan murid dan memberi peluang kepada mereka
untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke tahap optima dalam proses penghasilan karya. Dokumen
ini dapat memberi panduan dalam proses pembelajaran abad ke-21 yang mementingkan pembelajaran kolaboratif,
pemikiran aras tinggi, dan belajar untuk kehidupan secara praktikal. Ia membolehkan penzahiran idea secara kreatif dan
inovatif dengan berbantukan teknologi bertepatan dengan tahap keupayaan murid. Dokumen ini juga dapat membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya serta menyediakan murid bagi menghadapi cabaran alaf baru
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahap 2 bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan inovatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Aktiviti yang dirancang membolehkan murid menghasilkan karya
dan berupaya membuat apresiasi seni visual. Isi kandungannya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
1
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah murid dapat:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan tuhan
2. Mengetahui bahasa seni visual serta dapat mengaplikasi dalam penghasilan karya
3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
4. Menguasai kemahiran asas dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan, serta mengenal kraf tradisional
5. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
6. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, inovatif dan menyeronokkan
7. Memupuk keyakinan diri, nilai kerjasama, dan bertanggungjawab dalam aktiviti seni visual
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. Menghargai dan membuat apresiasi tentang karya sendiri dan rakan.
2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendidikan Seni Visual mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Kecerdasan
Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif, Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran
Masteri yang selaras dengan visi dan misi pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan
Negara. Penggunaan strategi-strategi ini bertujuan untuk memupuk minat dan kreativiti di kalangan murid.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat dan dapat mencetus idea seperti penerokaan amatlah
digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan teknologi. Kaedah pengajaran yang disarankan adalah seperti
Discipline Base Art Education (DBAE), pembelajaran berorientasikan produk, berorientasikan studio, aktiviti berkumpulan,
kolaborasi, koperatif, tunjuk cara, bicara seni, percambahan minda, soal jawab, penyelesaian masalah, kembara visual,
imitasi, dan ekspresi diri. Pemilihan dan penentuan kaedah pengajaran yang pelbagai perlu selaras dengan kesediaan,
kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid.
Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian. Hasil
kerja murid hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan. Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran
(folio) dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis, dan refleksi terhadap
pembelajarannya. Rekod ini juga membantu guru menilai perkembangan pembelajaran murid.
3
O R G A N I S A S I K A N D U N G A N
Kurikulum Pendidikan Seni Visual untuk Tahun 4 sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak
dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut
disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni.
Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard kandungan.
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan)
yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual
dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
4
Aktiviti di Tahun 4 bagi kurikulum Pendidikan Seni Visual meliputi :
MODUL / BIDANG AKTIVITI
MENGGAMBAR
1. Lukisan 2. Catan 3. Gosokan 4. Capan 5. Mozek 6. Poster
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Terancang
7. Lukisan 8. Cetakan 9. Resis 10. Kaligrafi
Tidak Terancang
11. Pualaman 12. Ikatan dan Celupan
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
13. Assemblaj 14. Diorama 15. Boneka
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
16. Batik 17. Ukiran 18. Tembikar
5
MODUL 1 MENGGAMBAR
LUKISAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan lukisan menggunakan media kering dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada lukisan.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan - silang pangkah
1.1.1.2 Ruang - ruang dalam
1.1.1.3 Bentuk - ilusi
1.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.1.5 Jalinan - tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Penegasan - hal benda (subject matter)
1.1.2.2 Kepelbagaian - hal benda (subject matter)
1.1.2.3 Kesatuan - komposisi objek
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan lukisan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan lukisan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - tiada
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - silang pangkah (cross-hatching)
6
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan lukisan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan lukisan secara kreatif
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan lukisan
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
7
MODUL 1 MENGGAMBAR
CATAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan catan dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan catan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada catan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.1.3 Ruang - ruang dalam
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni - warna
1.1.2.2 Ritma dan pergerakan - hal benda (subject matter)
1.1.2.3 Imbangan - tidak simetri
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan catan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan catan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - basah atas kering
8
1.3
Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan catan.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan catan secara kreatif
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan catan
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
9
MODUL 1 MENGGAMBAR
GOSOKAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan gambar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada gambar teknik
gosokan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik
gosokan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh
1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian - jalinan
1.1.2.2 Kesatuan - komposisi objek
1.2
Aplikasi seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
gambar teknik gosokan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan gambar teknik gosokan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - permukaan yang mempunyai jalinan
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan atau kertas A4, pensel warna, dan pensel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - gosokan
10
1.3
Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan gambar
teknik gosokan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan gambar teknik gosokan secara kreatif.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik gosokan
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni, dan
budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
11
MODUL 1 MENGGAMBAR
CAPAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar menggunakan teknik capan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan gambar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada gambar teknik
capan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik
capan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Jalinan - tampak
1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.1.3 Rupa - organik
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian - jalinan
1.1.2.2 Kesatuan - komposisi objek
1.2 Aplikasi seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
gambar teknik capan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan gambar teknik capan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, daun, jari dan alatan lain yang sesuai
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - capan
12
1.3
Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi, dalam
penghasilan capan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan gambar teknik capan secara kreatif.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik capan
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
13
MODUL 1 MENGGAMBAR
MOZEK - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar teknik mozek dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan gambar teknik mozek dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada
gambar teknik mozek
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik mozek
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa - geometri atau organik
1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kontra - warna
1.1.2.2 Kepelbagaian – bahan
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
gambar teknik mozek
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan gambar teknik mozek.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - gunting atau pembaris
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, gam, dan bahan lain yang sesuai
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - mozek
14
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan gambar
teknik mozek
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara kreatif.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik mozek
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
15
MODUL 1 MENGGAMBAR
POSTER - Tema: Gaya Hidup Sihat
Menghasilkan poster dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan poster dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada poster
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada poster.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa - muka taip
1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
1.1.2.2 Kontra - warna
1.1.2.3 Penegasan - muka taip atau ilustrasi
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
poster
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan poster.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, gunting, dan pembaris
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah, gam, dan cat poster atau oil pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - montaj atau kolaj atau lukisan atau catan atau gabungan mana-mana teknik
16
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan poster
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan poster secara kreatif
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan poster
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
17
MODUL 2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
LUKISAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik lukisan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan corak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada corak
teknik lukisan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lukisan
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan - tebal atau nipis
2.1.1.2 Rupa - organik atau geometri
2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni - warna
2.1.2.2 Imbangan - simetri
2.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan sisik ikan
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik lukisan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak lukisan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat - pembaris dan alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - lukisan
18
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian, dan
teknologi dalam penghasilan
corak teknik lukisan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, kemahiran media, serta
proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik lukisan secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik lukisan
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
19
MODUL 2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
CETAKAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan cetakan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada
corak teknik cetakan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik cetakan
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa - organik atau geometri
2.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra - warna
2.1.2.2 Ritma dan Pergerakan - susunan cerminan
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik cetakan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik cetakan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat - pembaris, kadbod bergelugur, berus lukisan, palet, dan alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, cat air atau cat poster atau cat tempera, dan bahan lain yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - cetakan blok
20
2.3 Ekspresi kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak
teknik cetakan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik cetakan
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
21
MODUL 2: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
RESIS - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik resis dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan corak teknik resis dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak teknik resis
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik resis.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
2.1.1.2 Rupa - organik atau geometri
2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra - warna
2.1.2.2 Penegasan - motif
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan
bahasa seni visual
dan media dalam
penghasilan corak
teknik resis
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik cetakan
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, span, dan alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, lilin atau oil pastel dan cat air atau cat poster atau pewarna batik
dan bahan lain yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - resis
22
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak teknik
resis
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik resis secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik resis
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
23
MODUL 2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
KALIGRAFI - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik kaligrafi dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan kaligrafi dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada corak
teknik kaligrafi
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik kaligrafi.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
2.1.1.2 Rupa - muka taip
2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau neutral
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Ritma dan pergerakan - perulangan dan susunan motif
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik kaligrafi
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik kaligrafi
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, pen kaligrafi, dan alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, marker pen, cat air, chinese ink dan bahan lain yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - kaligrafi
24
2.3 Ekspresi kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak
teknik kaligrafi
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik kaligrafi secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik kaligrafi
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
25
MODUL 2: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
PUALAMAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak tidak terancang teknik pualaman dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan pualaman dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak teknik
pualaman
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik
pualaman.
2.1.1 Unsur seni.
2.1.1.1 Garisan - tebal, nipis, melengkung, dan beralun
2.1.1.2 Jalinan - tampak
2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kepelbagaian - warna
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - corak pualaman
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik pualaman
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik pualaman.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
2.2.1.1 Alat - besen, lidi, air, dan alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, cat minyak dan turpentin
2.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - pualaman
26
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak teknik
pualaman
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik pualaman secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik pualaman
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni, dan
budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
27
MODUL 2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
IKATAN DAN CELUPAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak tidak terancang teknik ikatan dan celupan dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan corak tidak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak tenik ikatan
dan celupan
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik ikatan
dan celupan .
2.1.1 Unsur seni.
2.1.1.1 Warna - primer atau sekunder atau tertier
2.1.1.2 Jalinan - tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kepelbagaian - warna
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - jalinan pada corak
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak tenik ikatan dan
celupan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik ikatan dan celupan .
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
2.2.1.1 Alat - gelang getah, batu atau guli atau penutup botol, baldi, dan alatan lain yang
sesuai
2.2.1.2 Bahan - kain kapas putih, pewarna fabrik dan bahan lain yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - ikatan dan celupan
28
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak tenik
ikatan dan celupan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik ikatan dan celupan secara kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik ikatan dan
celupan
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
29
MODUL 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
ASEMBLAJ - Tema: Objek Buatan Manusia
Menghasilkan arca teknik asemblaj dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan arca teknik asemblaj dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada arca teknik asemblaj
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada arca teknik
asemblaj.
3.1.1 Unsur seni.
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.1.3 Jalinan - sentuh dan tampak
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz
3.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan arca
teknik asemblaj
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan arca teknik asemblaj.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan – gam, bahan kutipan dan bahan lain yang sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
3.2.2.1 Teknik - asemblaj
30
3.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan arca teknik
asemblaj
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan arca teknik asemblaj secara kreatif
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan arca teknik asemblaj
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
31
MODUL 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
DIORAMA - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan diorama dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan diorama dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada diorama
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - objek
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
diorama
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan diorama.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-gambar daripada majalah, kad
manila, kertas lukisan, cat poster, plastik pembalut buku, dan bahan lain yang
sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
3.2.2.1 Teknik - gabungan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain-lain )
32
3.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan diorama
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan diorama secara kreatif
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni
dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
33
MODUL 3: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
BONEKA - Tema: Alam Semula Jadi
Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan boneka dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada boneka
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka.
3.1.1 Unsur seni.
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Jalinan - sentuh
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
3.1.2.2 Penegasan - muka boneka
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
boneka
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan boneka .
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - kain perca, gam, botol air mineral, benang bulu kambing,
dan bahan lain yang sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
34
3.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan boneka
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan boneka secara kreatif.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan boneka
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
3.4.1 Membuat persembahan boneka secara spontan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan
35
MODUL 4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL
BATIK - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak batik dengan menekankan bahasa seni visual
Menghasilkan corak batik dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada corak
batik
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak batik.
4.1.1 Unsur seni.
4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
4.1.1.2 Rupa - organik atau geometri
4.1.1.3 Warna - primer dan sekunder dan tertier
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Harmoni - warna
4.1.2.2 Kesatuan - susunan motif
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan corak
batik
Murid dapat mengaplikasi pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak batik.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet
4.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, lilin atau oil pastel dan pewarna batik atau warna air
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
4.2.2.1 Teknik - resis
36
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak batik.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak batik secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak batik.
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
4.4.3 Menyatakan kegunaan lain batik dalam kehidupan
37
MODUL 4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL
UKIRAN - Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan ukiran menggunakan teknik ukiran timbul dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan ukiran dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada ukiran
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada ukiran.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
4.1.1.2 Jalinan - sentuh
4.1.1.3 Bentuk - konkrit
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Kesatuan - motif
4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan ukiran
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan ukiran.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai.
4.2.1.2 Bahan - sabun buku dan bahan lain yang sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul
38
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan ukiran
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan ukiran secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan ukiran
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah seni,
dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek
bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
39
MODUL 4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TEMBIKAR - Tema: Objek Buatan Manusia
Menghasilkan tembikar teknik picitan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan tembikar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada tembikar
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar.
4.1.1 Unsur seni.
4.1.1.1 Bentuk - konkrit
4.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak
4.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier atau neutral
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
tembikar
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan tembikar.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - pencungkil gigi atau batang aiskrim, berus lukisan dan alatan yang sesuai
4.2.1.2 Bahan - tanah liat , cat poster dan bahan lain yang sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
4.2.2.1 Teknik - picitan
40
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan tembikar
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan tembikar secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan tembikar
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni, dan budaya
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa
seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni tembikar tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
41
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe.gov.my/bpk
Recommended