View
442
Download
18
Category
Preview:
Citation preview
Doa Doa Yang Afdal Doa doa yang susah nak di cari di zaman serba modern ini Anda pasti merasa tidak ambil kesah dengan Doa Doa Yang Afdal ini tetapi anda pasti teruja apabila mendapat hasilnya nanti. INI ADA LAH RAHSIA RAHSIA DOA yang kita selalu abaikan
Email : kamariah.kay@gmail.com
Website : www.kaykacip.com
Facebook :
www.facebook.com/kamariah.ahmad.58
15 Shawal 1437 Pondok Usang KAY
1 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Pondok Usang Doa Doa Yang
Afdal
2 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Isi Kandungan
Intro Page 03-04
Sinopsis Page 05-06
Bab 1 : Bacaan yang Wajib dibaca…………………Page 07- 09
Bab 2 : Surah Al Fatihah………………………………..Page 10-13
Bab 3 : Surah Al Ikhlas…………………………………..Page 14-16
Bab 4 : Surah An Nas…………………………………….Page 17-19
Bab 5 : Surah Al Baqarah Ayat 1-5……….......... Page 20-22
Bab 6 : Surah Al Baqarah Ayat 255 Ayat Kursi Page 23-25
Bab 7 : Surah Al Baqarah Ayat 256-257………….Page 26-28
Bab 8 : Surah Al Baqarah Ayat 285-286………….Page 29-32
Bab 9 : Selawat Atas Nabi Muhammad S. A W Page 33-34
Terimakasih Page 35-36
3 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Intro As Salam Wbt,
Sudah pasti ramai tertanya tanya mengapa saya
membuat ebook berkenaan himpunan doa doa. Ini
adalah kerana ramai di antara kita terlupa ataupun alpha
dengan doa doa harian kita. Terus terang saya katakan
sebelum saya mendapat doa doa yang saya tuliskan
dalam ebook ini saya selalu merasa tak yakin serta tak
ada condifent dalam kehidupan seharian. Setelah saya
mengamalkan doa doa ini kehidupan saya bermakna
serta dapat apa yang saya hajati. Alhamdulillah amin.
Di sini lah “Power” ataupun kekuatan doa doa ini
memainkan peranan di dalam kehidupan kita semua.
Saya kadang kadang terlepas pandang apabila saya
memikirkan balik ada betulnya yang saya amalkan
selama ini sudah pun membuahkan hasilnya.
Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan rezeki yang
melimpah ruah saya amat gembira sekali. Amin.
4 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Daripada saya bekerja makan gaji hingga lah saya
membuat business secara online kecil kecilan telah
membuahkan hasil yang berlipat ganda. Saya tidak
terfikir untuk memiliki rezeki yang ada walaupun saya
bukan “Millionaire”.
Semoga ebook ini menjadi panduan kepada anda semua
serta memberi manafaat di dalam kehidupan seharian
anda.
Sekiranya ada kesilapan harap di maafi kerana saya juga
insan yang biasa.
5 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
SINOPSIS
Untuk pengetahuan semua salah satu dorongan untuk
saya menulis ebook berkenaan “Doa Doa Yang Afdal“ ini
adalah kerana saya hendak menyampaikan ilmu yang ada
di dada saya.
Bermulanya saya hanya belajar dan terus belajar
daripada kehidupan seharian , setiap apa yang kita alami
akan menjadi satu kenangan atau pun satu cerita yang
akan di sampaikan kepada generasi yang akan datang.
Setiap apa yang saya alami Alhamdulillah saya telah di
temukan dengan beberapa orang yang Alim Ulama serta
guru guru yang berkaliber. Ada yang sudah meninggalkan
kita terlebih dahulu.
Al Fatihah kepada guru guru saya yang telah menunjuk
ajar kepada saya perihal dunia dan ayat ayat suci Al
Quraan telah menjadi amalan saya.
6 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Semoga sedikit sebanyak ayat ayat ini atau pun surah
surah ini dapat membantu di dalam kehidupan anda
semua, serta ia memberi manafaat kepada kita semua
Insya Allah.
Sekian saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda
semua kerana telah membaca ebook saya.
“ Sesungguhnya hidup ini memang indah, kita
percaya penuh dengan iman dan baik sangka
kepada Tuhan “
Prof Dr. Hamka
7 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 01 Bacaan yang Wajib di baca
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha
mengasahani.
Khasiat ayat ini
Apabila di baca 786 X pada setiap hajat selama 7 hari
berturut turut Insya Allah akan sampai dengan izin
Allah
Jika di baca 19 X bila berhadapan dengan orang yang
berpangkat besar serta orang yang zalim dan
sombong , ia akan dapat di kalahkan dan menjadi
baik dengannya.
8 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Apabila di baca 100 X pada orang yang sakit selama 3
hari atau 7 hari berturut turut insya Allah sakitnya
akan sembuh.
Apabila di baca 786 X selepas solat selama 7 hari dan
terus memohon pada Allah apa yang kita hajati ,
insya Allah akan sampai dan akan dapat apa yang di
hajati.
Apabila di baca 50 X apabila hendak berjumpa orang
yang zalim insya Allah akan hilang ke zalimannya
Apabila kita berada di dalam kesusahan meminta
Allah permudahkan segala urusan baca 1,000 X
Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 X
sebelum tidur, Allah akan memaklumklan kepada
Malaikat untuk menulis segala kebaikkan bagi setiap
tarikan nafas si pembaca.
Ketika kita mengambil wudhu bacalah Bismillah
setiap kali ketika kita membasuh anggota anggota
ketika berwudhu
9 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Cerita disebalik bacaan ayat ini :
Arwah Emak saya pada usia 60an telah di suruh oleh
akak saya untuk mengambil anak dia di London yang
baru lahir ketika itu. Emak saya telah membaca ayat ini
sebanyak yang boleh Alhamdulillah semuanya di
permudahkan ramai yang datang membantu termasuk
Paramugari/Paramugara serta kapten kapal juga.
Ketika saya berada di Mekah pun saya baca ayat ini,
Alhamdulillah di permudahkan segala urusan malahan
ramai orang orang Arab wanita bersembang dan
menegur saya..Itu lah kelebihan ayat yang mudah ini.
10 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 02
Surah AL FATIHAH
http://download.quranicaudio.com/quran/abdul_basit_murattal/001.mp3
11 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan:
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
12 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Khasiat ayat ini :
Di baca 7 x selepas setiap sholat
Di baca 70 x pada minyak ( apa2 minyak) di simpan sebagai persediaan sakit
Kegunaan : 1. Angin yang mematikan anggota (Lumpuh) 2. Menyegarkan tulang dan urat saraf 3. Sakit Pinggang, dan lain lain penyakit.
13 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Caranya :
Sapu pada bahgian yang sakit beberapa kali dalam sehari. Sebelum tidur baca 3x Al Fatihah, 3 x Al
Ikhlas, 3 x Al Falaq, 3x An Nas
Seringkali di baca untuk arwah
Tanpa membacanya Sholat tidak sah
Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah
Jika merindui seseorang bacalah
Di baca dan di tiup pada beras serta di bagi makan pada anak yang bermasaalah
Di baca ketika keluar dan masuk rumah
Amalan ketika resah dan ketika tidak resah
14 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 03
Surah Al Ikhlas
http://download.quranicaudio.com/quran/abdulazeez_al-ahmad/112.mp3
15 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha
Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan
dan tidak pula dilahirkan; tidak pula ada seorang
pun yang setara dengan-Nya.” (QS al-Ikhlas [112]:
1-4).
Khasiat ayat ini : Baginda Rasul S.A.W menjelaskan dengan
membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 3 X setiap waktu pagi dan petang ( Waktu Asar) maka akan terhindar daripada kejahatan manusia dan jin serta tukang sihir
Jika seseorang mempunyai hajat supaya cepat tercapai hajatnya maka hendaklah menulis surah Al Ikhlas pada kain putih kemudian di bawa insya Allah akan cepat apa yang di ingini dan mudah tercapai.
16 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Membaca sebanyak 3 X seumpama khatam 1 Al Quraan
Sebelum tidur baca 3 X
17 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 04 Surah Al Nas http://download.quranicaudio.com/quran/abdulmun3im_abdulmubdi2/114.mp3
18 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
1.Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang
memelihara dan menguasai) manusia.
2.raja manusia.
3.sembahan manusia.
4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada
manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.
19 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Khasiat ayat ini : Membaca surah ini selepas sembahyang fardu
sebanyak 7 X
Salah satu daripada ayat ayat Shifa untuk perubatan
Ia di sebut dalam Al-Mathurat di baca sebanyak 3 X
20 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 05 Surah Al Baqarah Ayat 1 – Ayat 5
http://mp3lebaran.com/download/-E9S_mGWR-
42/ayat-1-5-surah-al-baqarah.html
21 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
1 Alif, Laam, Miim.
2 Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
22 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Khasiat ayat ini :
Ia di baca semasa selepas sembahyang Subuh dan Maghrib sebagai penawar untuk menghalang daripada di sihir. 1 X Surah Al Baqarah ayat 1-5, 1 X Ayat Kursi Surah Al Baqarah ayat 255 1 X Surah Al Baqarah ayat 256 1 X Surah Al Baqarah ayat 257 1 X Surah Al Baqarah ayat 285 1 X Surah Al Baqarah ayat 286
23 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 06
Ayat Kursi
Surah Al Baqarah
Ayat 255
http://downloadlagugratis.org/ayat-kursi-albaqarah-ayat-255-mp3-gratis.html
24 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Khasiat ayat ini :
Ia menghindarkan kita daripada gangguan makhluk2 halus jin dan syaitan serta sihir.
Di baca ketika hendak tidur sebanyak 7 X
25 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Buat lah amalan bacaan selepas sholat seberapa banyak yang boleh kerana jin / syaitan akan terbakar serta tidak di ganggu atau di sihir .
Cara bacaan yang akhir : “ wala ya u dhu hu, hif zu huma, wahu wal ali yul azim” 3 X
26 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 07
Surah Al Baqarah
Ayat 256 & Ayat 257
http://www.islaminquran.com/en-US/surah-2/al-baqarah/ayat-256/quran_ayats.aspx
http://www.islaminquran.com/en-US/surah-2/al-baqarah/ayat-257/quran_ayats.aspx
27 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
(256)Tidak ada paksaan dalam agama. Telah nyata kebenaran dan kesesatan. Maka barangsiapa yang menolak segala pelanggaran besar dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya telah berpeganglah dia dengan tali yang amat teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah adalah Maha Mendengar, lagi Mengetahui.
28 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
(257) Allahlah Pemimpin bagi orang-orang yangberiman. Dia mengeluarkan mereka daripada gelap-gulita kepada terang-benderang. Akan tetapi orang-orang yang tidak mau percaya. Pemimpin mereka ialah pelanggar-pelanggar batas. Mereka itu akan mengeluarkan mereka daripada cahaya terang kepada gelap-gulita. Mereka itulah ahli neraka. Mereka akan kekal padanya.
29 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 08
Surah Al Baqarah
Ayat 285 & Ayat 286
http://www.islaminquran.com/en-US/surah-2/al-baqarah/ayat-285/quran_ayats.aspx
http://www.islaminquran.com/en-US/surah-2/al-baqarah/ayat-286/quran_ayats.aspx
30 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
31 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Terjemahan :
(285) Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".
(286) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah
32 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
Untuk pengetahuan semua di dalam Surah Al Baqarah banyak ayat ayat yang di gunakan di dalam perubatan Islam contoh : Ayat Kursi adalah hati Al Quraan yang boleh mengubat segala penyakit serta untuk menghilangkan rasa gusar di hati dan banyak lagi kelebihan ayat tersebut. Tidak kurang hebatnya ayat 2 akhir Surah Baqarah iaitu ayat 285 & ayat 286 jadikanlah amalan selepas Sholat. Ayat ini juga di baca di dalam Sholat Isya’ dan Subuh.
33 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Chapter 09 Selawat Atas Nabi
Terjemahan : Ya Allah! Selamat sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Khasiat ayat ini : Membaca sebanyak 1X akan mendapat ganjaran
10 X pahala serta kebaikan
Membaca 100 X selepas sholat
34 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Malam Jumaat bacalah 1,000 X atau yang termampu ada yang membaca sebanyak 10,000 X untuk mendapat rezeki yang murah serta manafaat daripadanya.
Berselawat juga dapat menenangkan fikiran yang kusut
Ingatan tidak akan lupa bacalah sebanyak yang mungkin
Mendapat Syafaat Nabi ketika hendak meninggal dunia Insya Allah
35 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Dapatkan ebook Doa Doa Yang Afdal “Full Version” sekarang. Dengan pembelian ebook versi penuh ini anda akan mendapat Banyak Ilmu Yang Tidak TERNILAI. Untuk mengetahui lebih lanjut, www.kaykacip.com
,
Kebanyakkan doa doa ini adalah yang afdal di baca di
dalam kehidupan seharian kita. Jikalau kita sudah
terbiasa dengan amalan amalan yang seperti ini maka
tidak hairan lah ramai Para Alim Ulama serta Ustaz Ustaz
boleh di rujuk untuk minta bantuan kerana doa doa
mereka amat mustajab.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan
terimakasih kepada ahli keluarga saya iaitu Sofi dan Anak
saya Izat yang telah mengizinkan saya untuk mengikuti
kelas ebook En Razzi Rahman serta Sifu Irfan Khairi di
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) serta tenaga mengajar
sekalian.
36 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Di iringi dengan doa :
“Ya Allah Engkau berkatlah kehidupan kami di dunia dan akhirat dengan rezeki yang Halal Amin”
Terimakasih
37 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
Doa Doa Yang Afdal
adalah sebuah ebook
yang menerapkan doa
doa yang terbaik.
Semoga ia dapat
memberi panduan di
dalam kehidupan kita
seharian.
38 Doa Doa Yang Afdal| Pondok Usang | KAY
design by
Kay
www.kaykacip.com
Copyrights Reserved ©
Recommended