Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2011

Preview:

Citation preview

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2011

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK DEMAK BARU 2011

Perhatian .Minta Kerjasama Semua Pelajar Untuk Memberi Laluan Majlis Sambutan Hari Guru Akan Berlangsung Sebentar Lagi. Terima Kasih. Para Pelajar Diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk Guru-Guru Ke Dataran Smk Demak Baru. Rakan-Rakan Pelajar Sekalian,Marilah Sama-Sama Kita Memberikan Tepukan Yang Gemuruh Kepada Semua Guru-Guru Smk Demak Baru.

Majlis Memohon Tn Pengetua Untuk Menaburkan Kuntuman-Kuntuman Bunga Diiringi Oleh Penolong-Penolong Kanan Kepada Barisan Guru-Guru Yang Dikasihi Dan Diraikan. Istana Kota Sebelas Tingkat Tempat Baharu Nakhoda Pekan Sama Kata Sama Sepakat Hari Guru Mari Raikan. Batu Bernama Si Batu Bata Tempat Hinggap Siburung Balam Guru Itu Ibarat Pelita Memberi Cahaya Setiap Malam

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum , Salam SejahteraDan

Selamat Pagi

Yang Berusaha En Rambli Bin Haji Hasbi , Pengetua Smk Demak Baru

Yang Dihormati En ......................................................... Yg Dipertua PIBG, Smk Demak Baru Yang Dihormati, Pn Misia Binti Hj Zain Penolong Kanan Akademik

Yang Dihormati, En Razalie Badar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Selamat Bin Masuni, Penolong Kanan Ko-Kurikulum.. En Jamal Shukuri Hassan, Penyelaras Pendidikan Khas, Barisan Pendidik Yang Disayangi ,Kakitangan Smk Demak Baru,Ajk Pibg Demak Baru. Barisan Pengawas Dan Rakan-Rakan Yang Dikasihi SekalianSelamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Pada Pagi Ini Kita Dapat Bersama-Sama Berkumpul Bagi Meraikankan Insan Yang Amat Kita Sanjungi.Dalam Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Smk Demak Baru Bagi Tahun 2011..Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara Itulah Tema Perayaan Hari Guru Pada Tahun Ini.

Nyanyian Lagu Negaraku

Sebagai Pembuka Tirai,Majlis Kita Pada Hari Ini.Dijemput Para Guru Dan Pelajar Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku. Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Atas Nyanyian Itu Tadi. Bacaan Bacaan Doa Bunga Mawar Cantik Tersemat Dipetik Gadis Di Tepi Titi Doa Dibaca Memohon Rahmat Moga Majlis Sentiasa Diberkati

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Har Ini Yang Penuh Bermakna In,Marilah Sama-Sama Kita Menadah Tangan Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dlafazkan Oleh Al Fadhil Ustaz Badrul Hisyam Bin Majid. Majlis Dengan Segala Hormanya Mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majls Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Ustaz Badrul Hisyam Bin Majid Atas Bacaan Doa Itu Tadi. Anak Kecil Pergi Berburu Tidak Terbiasa Dengan Kerja Yang Sia Dari Kecil Di Asuh Guru Agar Dewasa Menjadi Manusia. Ucapan Wakil Pelajar. Para Guru Dan Pelajar Sekalian, Seterusnya Majlis Menjemput Perwakilan Ketua Pengawas Selaku Ketua Murid Smk Demak Baru Mewakili Para Pelajar.Iaitu Saudara.........................................................Untuk Menyampaikan Ucapan Khas Sempena Hari Guru. Dipersilakan. Terima Kasih Diucapkan Kepada Saudara .......................................... Atas Ucapan Sebentar Tadi.

Putik Baru Mekar Di Laman Kembang Kudup Kumbang Terikat Hargaiku Sepanjang Zaman Agar Hidup Beroleh Berkat.

Ucapan Pengetua Tak Molek Jika Ada Alu Tiada Lesungnya Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada Perahunya Tak Lengkaplah Majlis Jika Suaranya Tada Berbicara. Hadirin Sekalian Majlis Diteruskan Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan En Rambli Bin Haji Hasbi Pengetua Smk Demak Baru Bagi Menyampaikan Ucapan Sempena Perayaan Hari Guru Dipersilakan . Terbang Melayang Si Anak Kedidi,Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Tuan Pengetua Di Atas Ucapan Itu Tadi. Jasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang Semangatmu Dijulang Kepimpinanmu Gemilang Menjadikan Kami Cemerlang... Terima Kasih Cikgu.... Ucapan Ydp Pibg Para Hadirin Sekalian, Majlis Menjemput Pula En.................................... Yg Dipertua Pibg Mewakili Ibu Bapa Untuk Menyampaikan Ucapan.Dipersilakan. Terima Kasih Diucapkan Kepada ...................................................... Atas Ucapan Itu Tadi.

Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia. Sidang Majlis Sekalian, Seterusnya Dijemput Pula En Jamal Shukuri Bolhassan Untuk Membacakan Teks Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia. Demikanlah Tadi Teks Ucapan Darpada Pengarah Pelajaran Malaysia.Terima Kasih Diucapkan Kepada Cikgu Jamal . Ucapan Menteri Pelajaran Seterusnya Pula Majlis Menjemput En Selamat Bin Masuni Untuk Membacakan Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia.Dipersilakan. Terima Kasih Diucapkan Kepada En Selamat Masuni .

Angin Menderu Dengan Sepoinya Di Anak Tangga Duduk Berperikan Kasih Guru Akan Muridnya Masa Dan Tenaga Rela Kobankan

Bacaan Ikrar Guru/Nyayian Hari Guru Beralih Kita Ke Acara Seterusnya Dengan Menjemput Semua Guru Ke Pentas Untuk Bacaan Ikrar Yang Akan Dketuai Oleh En Abdul Nasir Bin Morni .Mohon Para Guru Berdiri Di Atas Pentas Dan Selepas Itu,Kita Akan Diperdengarkan Dengan Kelunakan Suara Oleh Para Guru Dengan Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia ,Lagu Pendidik Bumi Kenyalang Dan Biarku Menjadi Lilin. Demikianlah Tadi Nyayian Beberapa Lagu Daripada Guru-Guru Yang Kita Sayangi. Acara Pemotongan Kek Sekarang Kita Telah Sampai Ke Acara Pemotongan Kek Oleh Tn Pengetua Dan Pen.-Pen Kanan,Mohon Para Guru Bersama-Sama Bagi Mengiringi Pengetua Untuk Acara Pemotongan Kek.

Majlis Mengucapkan Setinggi Penghargaan Kepada Para Guru Diatas Kerjasama Yang Diberikan. Persembahan Murid/Guru Para Guru Dan Rakan Pelajar Sekalian. Bagi Memerahkan Lagi Majlis Kita Pada Pagi Ini, Kita Tampilkan Satu Persembahan Daripada Pelajar Pendidikan Khas Sebagai Kenangan Dihalwa Telinga Khususnya Untuk Guru-Guru Yang Diraikan Pada Hari Ini. Sama-Samalah Kita Saksikan Persembahan Nyayian Yang Bertajuk Selamat Pagi Cikgu. Untuk Makluman Hadirin Sekalian,Persembahan Itu Tadi Di Bawah Pimpinan Puan Kamariah Kunggi .Sekalung Penghargaan Diucapkan. Seterusnya Pula Marlah Kita Sama-Sama Sakskan Persembahan Taran Daripada Kelab Kebudayaan Di Bawah Pimpinan Cikgu Saiee. Begitulah Santapan Mata Yang Dihadiahkan Oleh Pelajar Buat GuruGuru Yang Tersayang..Sekalung Penghargaan Terma Kasih Atas Persembahan Istmewa Itu Tadi..

Majlis Akan Diserikan Lagi Dengan Persembahan Pertunjukan Pakaian Beragam Daripada Badan Pengawas. Sama-Sama Lah Kita Saksikan Pertunjukan Beragam Ini. Demikianlah Tadi Persembahan Pertunjukan Pakaian Beragam Oleh Badan Pengawas.

Majlis Tidak Akan Meriah Jikalau Tidak Diserikan Dengan Persembahan Oleh Guru..Dijemput Cikgu .................................Untuk Menyampaikan Sebuah Lagu Yang Bertajuk............................................... Dengan Ini Dipersilakan Terima Kasih Diucapkan.Berbakat Juga Rupanya Cikgu Kita.Sememangnya Smk Demak Baru Mempunyai Ramai Guru Dan

Pelajar Yang Berbakat Dalam Bidang Seni..Dan Tahun Ini Kita Berbangga Seorang Bekas Pelajar Iaitu Amir Telah Berjaya Menjadi Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-9.

Persembahan Seterusnya Pula Adalah Nyanyian Lagu Puisi Daripada Beberapa Orang Pelajar Smk Demak Baru. Dipersilakan. Terima Kasih Kepada Kumpulan Nyanyian Puisi Itu Tadi. Penyampaian Kad Ucapan/Tanda Hati Kepada Pengetua. Bersenjatakan Pena Keramat Berbekalkan Ilmu Di Dada Penuh Sarat Melangkah Sang Guru Penuh Semangat Ke Gelanggang Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Satu Misi Dan Matlamat Semoga Jasa Guru Mendapat Rahmat Demikian Sifat Guru Berkualiti Kerana Sememangnya.. Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.

Para Hadirin Dan Hadirat Sekalian.. Acara Pada Pagi Yang Berbahagia Ini Diteruskan Lagi Dengan Penyampaian Kad-Kad Ucapan Hari Guru Dan Tanda Hati Daripada Badan Beruniform Kelab Dan Persatuan Kepada Insan Yang Kita Sayangi Lagi Kasihi Pengetua Smk Demak Baru En Rambli Bin Hj Hasbi. Sebelum Itu Majlis Dengan Sukacitanya Menjemput Penolong-Penolong Kanan Bagi Mengiringi Tuan Pengetua Ke Pentas Bagi Menerima KadKad Dan Tanda Hati Daripada Wakil Setiap Kelab Dan Persatuan. Dengan Segala Hormatnya Dpersilakan. Dimulakan Dengan Wakil Dari 1.Kelab Pencipta Alam 2.Kelab Koperasi 3.Kelab Keusahawanan Ppki 4.PBSM

5.Pengakap 6.Krs 7.Pertahanan Awam (Kafa) 8.Pertahanan Awam (Kafa) Pendidikan Khas 9.Pandu Puteri 10.Puteri Islam 11.Kadet Bomba Dan Yang Terakhir 12.Kadet Polis. Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Pelajar Smk Demak Baru Atas Tanda Ingatan Itu Tadi..Sesungguhnya..Budi Yang Dtaburkan Oleh Guru Selama Ini Tak Termampu Untuk Dibalas.. Ucapan Terma Kasih Kami Buat Cikgu..Sebenarnya Adalah Terlalu Kecil Jika Dibandingkan Dengan Pengorbanan Yang Dilakukan Oleh Guru Selama Ini. Tinggi Bukit Silang Gemilang Air Pasang Tenang-Tenangan Budi Sedikit Tidakkan Hilang Dalam Hati Kenang-Kenangan Marilah Sama-Sama Kita Ucapkan Terima Kasih Cikgu Kepada Barisan Guru Yang Kita Semua Sayangi Ini.

Nyayian Lagu Ibu Pertiwiku Para Guru Dan Rakan Pelajar Yang Budiman. Kita Semakin Hampir Ke Penghujung Majlis,Sebelum Kita Bersurai Marilah Sama-Sama Kita Berdiri Dan Bersama-Sama Menyayikan Lagu Ibu Pertiwku Terima Kasih Kepada Semua Atas Nyanyian Itu Tadi.

Penutup Akhirkata Tamatlah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini. Sekali Lagi Syabas Dan Tahniah Kepada Warga Smk Demak Baru Kerana Dapat BersamaSama Dalam Sambutan Hari Guru Bagi Tahun Ini. Semoga Allah Menganugerahkan Ilham Kepada Semua Guru Untuk Menjadi Pendidik Yang Gemilang.Semoga Benih-Benih Keikhlasan Berjaya Ditanam Dalam Setiap Batas Hati Para Guru,Kerana Dengan Keikhlasan,Akan Terpancar Kejernihan Dan Kejayaaan Anak Didik Yang Mutlak.Mudah Mudahan Ayuh Bersama Kita Ucapkan Selamat Hari Guru Majlis Menjemput Semua Guru Dan Dif-Dif Jemputan Untuk Menikmati Sedikit Jamuan Ringan Di Kawasan Lobi. Kepada Semua Pelajar Jamuan Di Adakan Di Kelas Masing-Masing. kj Terima Kash Daun Keladi Panjang Umur Kita Sambut Lagi Buat Guru Kami Sudahi Selamat Hari Guru Buatmu Dikasihi Jasa Guru Terpahat Dihati

Sekian.Salam Sejahtera

Recommended