View
260
Download
22
Category
Preview:
Citation preview
PUMS 99:1 UNlVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
.TUDUL: PeravtztVl PersetitornVJ 'Jmpat MaJt:.611 balav" M"t.t1CV1~~ ~ fel\llll\ldL1\1
_ J'eVlI~ MlV?aV1'?tV1 Q'j \=aiQVl9Q~ ee.\?f)ar'"" UM~
lJAZAH: SarfaVlZl u Mud" ~alVlS Mt1l:gVJQV) JengQVI
SESI PENGAJIAN: ~Ob - ;).010
(HURUF BESAR)
engaku membenarkan tesis (LPSI Srujanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah engan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan peogajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. *. Sila tandakan ( / )
SULIT
TERHAD
[/ TIDAl< TERHAD
at Tetap: L.ot £.tILt lft!\ifrN
-kit: ~I MEl ~(O
~ 'tAN: • Potong yang tidak berkeoaan.
(Meogandungi makJumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
Nama Penyelia
Tarikh:.2.\ N ~ I .:lOI c:)
* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD .
... Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
PERANAN PERSEKITARAN TEMPAT MAKAN DALAM MENENTUKAN PEMILIHAN lENIS
MAKANAN DI KALANGAN PELAlAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
CLYRINAH lESMIN
LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IlAZAH SARlANA MUDA SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN DENGAN KEPUllAN
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2010
ii
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
27 Mei 2010
iii
Clyrinah Jesmin HN2006-4622
PENGESAHAN
NAMA CLYRINAH lESMIN
NO. KAD PElAJAR : HN2006-4622
TAJUK PERANAN PERSEKITARAN TEMPAT MAKAN DALAM
MENENTUKAN PEMIUHAN lENIS MAKANAN DI
KALANGAN PELAlAR UMS
IJAZAH DAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DAN
PEMAKANAN
TARIKH VIVA
(SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
: 14MEl2010
1. PENYEUA TESlS Cik Adilah Md. Ramli
2. PEMERIKSA PERTAMA
DISAHKAN OLEH
Prof. Madya Dr. Sharifudin Md Shaarani
3. PEMERIKSA KEDUA Puan Fan Hui Yin
4. DEKAN SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (SSMP) Prof. Madya Dr.Mohd.lsmai1 Abdullah
iv
Tandatangan
~.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan
berkat-Nya saya telah dapat menyiapkan tesis saya ini dengan baik. Sekalung
penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penyelia
akademik saya, Cik Adilah Md. Ramli, yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,
serta sokongan yang berterusan sepanjang penyelidikan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Sekolah Sains
Makanan dan Pemakanan yang telah sedikit sebanyak memberi bantuan dalam
pelbagai bentuk.
Oi sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada semua warga UMS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan lagi penyelidikan saya ini. Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Michael Melvin, lady Vivianey, Maria
Bernard, dan Beverly John yang telah banyak menolong dan mendorong saya dengan
memberi bantuan dalam pelbagai bentuk sepanjang penyelidkan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberikan bantuan dari segi kewangan dan sokongan
mental kepada saya sepanjang penyelidikan ini.
Jasa yang telah disumbangkan oleh semua pihak di atas akan sentiasa
dkenang dan disanjung tinggi.
Clyrinah Jesmin
27 Mei 2010
v
ABSTRAK
Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor persekitaran tempat makan yang mempengaruhi pemilihan jenis makanani mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pemilihan makanan yang bemutrisi; dan menentukan sama ada persekitaran tempat makan mempengaruhi jantina dalam pemilihan jenis makanan. Kajian ini dijalankan melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan seramai 400 orang responden dari kampus UMS. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 15.0. Hasil kajian mendapati 5 faktor persekitaran tempat makan iaitu faktor pemandangan (landscape), faktor ruang tempat makan (kitchenscape), faktor perabot (tablescape), faktor bekas makanan (platescape), dan faktor jenis makanan (foodscape) adalah mempengaruhi dalam pemilihan jenis makanan responden. Faktor persekitaran dari segi (landscape) telah menjadi faktor utama dalam pemilihan jenis makanan responden iaitu sebanyak 57.4%. Ini dillhat dari segi pencahayaan dan pengudaraan sesebuah tempat makan sebagai faktor dalam menarik responden untuk datang berkunjung dan mempengaruhi dalam pemilihan makanan mereka. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang keeil antara faktor perabot (tablescape) dengan pemilihan jenis makanan nasi (r = 0.133, p. = 0.01), sayur-sayuran (r = 0.122, P = 0.01), dan lauk-pauk (r = 0.167, P = 0.01) serta hubungan signifikan yang kecil antara faktor saiz bekas makanan (platescape) dengan pemilihan jenis makanan lauk-pauk (r = 0.147, P = 0.01) pada tahap kesignifikan p<0.05 masing-masing. Sebanyak 68.5% responden mempunyai tahap pengetahuan mengenai makanan bemutrisi yang sangat baik iaitu mendapat markah antara 12 sehingga 15 markah dan hanya 1.3% mempunyai tahap pengetahuan yang lemah iaitu mendapat markah antara 0 sehingga 3 markah. Jantina perempuan menunjukkan tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding lelaki dengan peratusan sebanyak 72.5% dan lelaki sebanyak 64.5%. Daripada kajian ini juga, terdapat hubungan signifikan antara jantina dengan faktor persekitaran dari segi (landscape), antara faktor bekas makanan (platescape) , dan antara faktor ruang tempat makan (kitchenscape) dalam menentukan pemilihan jenis makanan iaitu (x2 = 5.404, P = 0.020), (X2 = 9.428, P = 0.002) dan (X2 = 8.063, P = 0.005) pada tahap kesignifikan 0.05 masing-masing. Secara keseluruhannya, faktor-faktor ini telah menjadi satu persepsi kepada responden tentang keadaan persekitaran tempat makan dan juga dari segi penyediaan makanan yang seterusnya mempengaruhi dalam pemilihan jenis makanan responden.
VI
ABSTRACT
THE ROLE OF EATING ENVIRONMENT IN DETERMINING FOOD CHOICES AMONG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH STVDENTS
The main objective of this research is to determine the factors of eating environment that influencing in type of food selection; to recognize the students' knowledge level of nutritious food selection; and to determine whether eating environment influencing the gender in type of food selection. This research is done through the review of questionnaire form and involving 400 respondents ftom UMS campus. The data that was obtained is analyzed with SPSS (Statistical Package for the Social Science) programme 15.0 version. The outcome of research shows that 5 environment factors which are landscape factor, kitchenscape factor, tablescape factor, platescape factor, and foodscape factor are influencing in respondent's type of food selection. Environment factor (landscape) has become the main factor in respondent's type of food selection with the percentage of 57.4%. This is seen ftom lighting and air drculation factor of an eating place as a factor to attract the respondents to come and influencing in their food choice. The con-elation test shows that there is small significant relation between tablescape factor with the type of food selection such as rice (r = 0.133, P = 0.01), vegetables (r = 0.122, P = 0.01), and side dish (r = 0.167, P = 0.01) and also a small significant relation between platescape factor with the food selection of side dish (r = 0.147, P = 0.01) at Significant level of p<0.05 respectively. About 68.5% respondent has a ve/y good knowledge level of nutritious food with the mark between 12 until 15 and only 1.3% has poor know/edge level with the mark between 0 until 3. The woman gender shows a ve/y good knowledge level higher than the man with the percentage of 72.5% and 64.5% for man. From this research also, there is a Significant relation between gender and landscape factor, between platescape factor, and between kitchenscape factor in determining type of food selection that is (X2 = 5.404, P = 0.020), (X2 = 9.428, P = 0.002) and (X2 = 8.063, P = 0.005) in significant level of 0.05 respectively. Overa/~ these factors have become a perception to the respondent about the eating environment and also from food serving aspect that eventually influencing the respondent's food choice.
Vll
151 KANDUNGAN
TAlUK
PENGAKUAN
PENGESAHAN PEMERIKSA
PENGHARGAAN
ABSTRAK
151 KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI FOTO
SENARAI SIMBOL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Objektif
BAB 2: ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Definisi Persekitaran
2.2 Definisi Tempat Makan
2.3 Pemilihan Jenis Makanan
2.4 Faktor-faktor Pemilihan Tempat Makan
2.4.1 Faktor Kebersihan
2.4.2 Faktor Kualiti Makanan
2.4.3 Faktor Lokasi
2.4.4 Faktor Harga
2.4.5 Faktor Servis / Perkihidmatan Makanan
viii
Halaman
ii
iii
iv
v
vi
viii
xi
xii
xiii
xiv
xv
xvi
1
4
5
5
6
7
7
8
8
8
9
2.5 Faktor-faktor Persekitaran Tempat Makan Dalam
Mempengaruhi Pemilihan Dan Pengambilan Jenis Makanan
2.5.1 Faktor Pemandangan (Landscape)
2.5.2 Faktor Ruang Tempat Makan (Kitchenscape)
2.5.3 Faktor Perabot (TablesaJpe)
2.5.4 Faktor Bekas Makanan (Platescape)
2.5.5 Faktor Jenis Makanan (Foodscape)
2.6 Faktor Jantina Dalam Mempengaruhi Jenis Makanan
2.7 Pemilihan Makanan Bemutrisi
BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH
9
9
10
11
11
12
12
12
3.1 Lokasi 14
3.2 Responden 14
3.3 Persampelan Kajian 15
3.4 Kajian Rintis 16
3.5 Kaedah Kajian
3.5.1 Jenis Kajian 17
a. Sahagian A (Demografi Responden) 17
b. Sahagian B (Faktor Persekitaran Dalam Menentukan 17
Pemilihan Tempat Makan
c. Sahagian C (Faktor Persekitaran Dalam Menentukan 18
Pemilihan Jenis Makanan
d. Sahagian D (Pengetahuan Mengenai Makanan Bemutrisi) 18
3.5.2 Ujian Statistik 18
a. Taburan Frekuensi 18
b. Ujian Korelasi 19
c. Ujian khi Kuasa Dua 19
ix
BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN
4.1 Demografil Responden
4.2 Faktor-Faktor Persekitaran Tempat Makan Yang Mempengaruhi
Dalam Pemilihan Jenis Makanan Responden
4.2.1 Korelasi Antara Faktor Persekitaran Tempat Makan Dan
Pemilihan Jenis Makanan
4.2.2 Jenis Makanan Yang Sering Diambil Oleh Responden
4.2.3 Faktor Persekitaran (Landscape) Yang Mempengaruhi Dalam
Pemilihan Tempat Makan Dan Pemilihan Jenis Makanan
4.2.4 Pilihan Tempat Makan yang Mempunyai Persekitaran
(Landscape) Yang Menarik Oleh Pelajar-Pelajar UMS
4.2.5 Faktor-Faktor Pemilihan Tempat Makan Di Kalangan Pelajar-
Pelajar UMS
4.3 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Pemilihan Makanan Yang
Bemutrisi
4.4 Persekitaran Tempat Makan Mempengaruhi Jantina Dalam Pemilihan
Jenis Makanan
4.4.1 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua Untuk Menentukan Hubungan
Jantina Dengan Faktor-Faktor Pemilihan Tempat Makan
4.4.2 Hubungan Jantina Dengan Pemilihan Jenis Makanan
4.5 Pemilihan Jenis Makanan Berdasarkan Ciri-Ciri Demografi Yang Terpilih
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
5.2 cadangan
RUlUKAN
LAMPIRAN
x
20
22
23
25
27
29
32
34
36
36
37
38
42
45
46
51
SENARAI lADUAL
Halaman
Jadual3.1 Bilangan keseluruhan pelajar UMS 15
Jadual3.2 Pembahagian responden bagi setiap kafeteria 16
Jadual4.1 Taburan frekuensi mengikut faktor-faktor demografi (n:400) 21
Jadual4.2 Nilai korelasi antara faktor persekitaran tempat makan 24
dan pemilihan jenis makanan
Jadual4.3 Tahap pengetahuan mengenai makanan bemutrisi responden 34
Jadual4.4 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua Untuk Menentukan Hubungan 36
Jantina Dengan Faktor-Faktor Pemilihan Tempat Makan
Jadual4.5 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua Untuk Menentukan Hubungan 38
Jantina Dengan Pemilihan Jenis Makanan
Jadual4.6 Pemilihan Jenis Makanan Berdasarkan Jantina 39
Jadual4.7 Pemilihan jenis makanan berdasarkan umur 39
Jadual4.8 Pemilihan jenis makanan berdasarkan bangsa 40
Jadual4.9 Pemilihan jenis makanan berdasarkan agama 41
xi
Rajah 4.1
Rajah 4.2
Rajah 4.3
Rajah 4.4
Rajah 4.5
Rajah 4.6
Rajah 4.7
Rajah 4.8
SENARAI RAJAH
Halaman
Faktor persekitaran dalam mempengaruhi pemilihan jenis 22
makanan
Jenis makanan yang sering diambil oleh responden 26
Persekitaran (IandSG3pe) tempat makan dalam 27
rnernpengaruhi pernilihan jenis rnakanan
Faktor persekitaran (IandSG3pe) tern pat rnakan dalam 29
rnenarik responden datang berkunjung
Tempat Makan (Kafeteria) yang Mernpunyai Persekitaran yang 30
Menarik Dari Segi Pemandangan Sekitar dan Hiasan Dalaman
Kepentingan hiasan dalarnan dan luaran pada (IandSG3pe)
tempat rnakan
Faktor persekitaran dalam mempengaruhi pemilihan tern pat
rnakan
31
33
Perbezaan tahap pengetahuan makanan bemutrisi antara jantina 35
XlI
Foto 1
Foto Z
Foto 3
Foto 4
Foto 5
Foto 6
SENARAI FOTO
Pemandangan sekitar kafeteria D'Bayu yang menarik
Reka bentuk kerusi dan meja makan yang unik dan
tersusun di kafeteria D'Bayu
Ruang makan yang luas dan teratur dengan
pencahayaan yang mencukupi di kafeteria D'Bayu
Kepelbagaian jenis makanan yang dijual di kafeteria D'Bayu
Hiasan dalaman yang kurang di kafeteria SST
Susun atur perabot yang kurang menarik di kafeteria
Kampung AB
xiii
Halaman
70
70
71
71
72
72
%
<
>
=
SENARAI SIMBOL
- Peratus
- Lebih keeil
- Lebih besar
- Bersamaan dengan
XlV
IPT
SPSS
SST
SKTM
'TV
UMS
SENARAlSINGKATAN
- Institusi Pengajian TInggi
- Statistical Package for Social Science
- Sekolah Sains dan Teknologi
- Sekolah Kejuruteraan Teknologi dan Maklumat
- Televisyen
- Universiti Malaysia Sabah
xv
SENARAI LAMPIRAN
Halaman
Lampiran A Jadual Kerja Projek 51
Lampiran B Contoh Borang Soal Selidik 52
Lampiran C Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.1: Faktor 58
Persekitaran Dalam Mempengaruhi Pemilihan Jenis
Makanan
Lampiran D Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.2: Jenis 59
Makanan Yang Sering Diambil Oleh Responden
Lampiran E Data Frekuensl dan Peratus Rajah 4.3: Persekitaran 60
(Landscape) Tempat Makan Dalam Mempengaruhi
Pemilihan Jenis Makanan
Lampiran F Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.4: Faktor 61
Persekitaran (Landscape) Tempat Makan Dalam
Menarik Responden Untuk Datang Berkunjung
Lampiran G Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.5: Tempat Makan 62
(Kafeteria) yang Mempunyai Persekitaran yang Menarik
Dari Segi Pemandangan Sekitar dan Hiasan Dalaman
Lampiran H Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.6: Kepentingan 63
Hiasan Dalaman dan Luaran Pada Tempat Makan
Lampiran I Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.7: Faktor 64
Persekitaran Dalam Pemilihan Tempat Makan
Lampiran J Data Frekuensi dan Peratus Rajah 4.8: Perbezaan 65
Tahap Pengetahuan Makanan Bemutrisi Antara Jantina
Lampiran K Analisis Korelasi Antara Faktor Persekitaran Tempat 66
Makan dan Pemilihan Jenis Makanan Berdasarkan
kepada Jadual4.2
Lampiran L Senarai Foto 68
xvi
Lampiran M Surat Permohonan Untuk Menjalankan Projek
Penyelidikan
xvii
71
BABl
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persekitaran tempat makan pada hari ini menjadi isu penting kepada para pelanggan
untuk memilih tempat makan yang selamat iaitu bebas dari kekotoran yang boleh
membawa kepada keracunan makanan dan seterusnya mempengaruhi dalam
pemilihan jenis makanan mereka. Persekitaran tempat makan yang bersih sering
menjadi keutamaan kepada pelanggan dalam memilih sesebuah tempat makan iaitu
merangkumi kebersihan dari segi keadaan persekitaran serta penyajian makanan dan
minuman (Maimunah et aI., 2003).
Kajian awal mengenai kebersihan makanan di setiap tempat makan atau
kafeteria di Universiti Malaysia Sabah menyatakan kebersihan makanan yang
disediakan di kafeteria terlibat tidak berada pada tahap yang memuaskan. Ini kerana
dibuktikan kehadiran bakteria seperti E. coli, Staphylococcus aureus dan Salmonella
pada sebahagian besar sampel yang dikaji (Khairul, 2000).
Selain kebersihan makanan, kebersihan premis atau tempat makan juga
penting untuk keselamatan dan keselesaan pelanggan yang datang ke sesebuah
tempat makan. Hasil kajian terhadap kebersihan premis dan pekerja di setiap temapt
makan di Universiti Malaysia Sabah menyatakan kontaminasi ke atas makanan
mungkin berlaku disebabkan oleh keadaan tangan, kain pengelap, kepala paip, meja,
dan papan pemotong itu sendiri. Begitu juga dengan faktor-faktor premis dan pekerja
yang lain iaitu dari segi keadaan kebersihan, keadaan bangunan, keadaan
kemudahan-kemudahan perkakas dan keadaan alat-alat kelengkapan turut
menyumbang dan mempengaruhi kontaminasi mlkroorganisma ke atas makanan (Nur
Azilah, 2000).
Namun, persekitaran tempat makan bukan hanya dilihat dari segi kebersihan
semata-mata. Malah, hiasan dalaman dan luaran sesebuah tempat makan tersebut
turut menyumbang kepada pemilihan sesuatu jenis makanan individu tertentu. Begitu
juga dengan susun atur kerusi dan meja makan, ruang makan yang luas, serta
kepelbagaian jenis makanan turut mempengaruhi pengambilan dan pemilihan sesuatu
jenis makanan. Selain itu, kemudahan fasiliti yang meneukupi seperti televisyen dan
radio yang menyumbang kepada bunyi muzik untuk memeriahkan suasana juga dapat
mempengaruhi dalam pengambilan makanan seseorang individu selain dapat memberi
suatu kepuasan kepada pelanggan yang datang untuk menjamu selera di sesebuah
tempat makan (Stroebele dan De castro, 2006).
Bagi sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT), tempat makan menjadi lokasi
utama kepada para pel ajar dan memainkan peranan penting dalam menyediakan
kesemua keperluan makanan daripada sarapan pagi sehingga ke makan malam. Bagi
IPT, tempat makan ini disediakan melalui kafeteria-kafeteria dan kebanyakan pelajar
terutamanya penghuni-penghuni di asrama IPT, lebih banyak menghablskan masa
mereka di dalam kampus dan bergantung kepada makanan yang disediakan di dalam
kampus (Maimunah et al, 2003).
Dari sudut pemilihan jenis makanan, setiap individu mempunyai eita rasa yang
berlainan dan mempunyai makanan serta minuman kegemaran yang juga berbeza
beza. Pelanggan di sesebuah tempat makan akan memilih makanan yang disajikan
2
mengikut selera masing-masing. Kepelbagaian menu masakan yang disajikan di
sesebuah tempat makan adalah mampu meningkatkan selera serta mempengaruhi
pemilihan dan pengambilan makanan individu tertentu (Nurulaini, 2008).
Pemilihan makanan melibatkan pemilihan dan pengambilan makanan dan
minuman dengan mempertimbangkan apa, bagaimana, bila, di mana, dan dengan
siapa individu tersebut makan (Lawrence dan Barker, 2009). Pemilihan makanan
adalah penting kerana ia mewujudkan satu keperluan pengguna kepada pem beka I di
dalam sistem makanan yang menghasilkan, memproses, serta mengagihkan makanan.
Pemilihan makanan juga menentukan nutrien-nutrien dan bahan-bahan lain yang
masuk ke dalam sistem tubuh badan manusia dan seterusnya mempengaruhi
kesihatan individu berkenaan.
Makanan yang dipilih adalah bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya
individu atau pelanggan berkenaan menitik beratkan soal kesihatan, makanan yang
bemutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi pilihan utama dalam
pemilihan makanan mereka. Mereka akan mengurangkan pengambilan makanan yang
bergoreng, berlemak, serta makanan ringan. Begitu juga dengan mereka yang
mengamalkan pemakanan vegetarian, mereka hanya akan memilih makanan yang
berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun, sarna ada individu atau
pelanggan akan mengambil makanan bemutrisi ini, terpulanglah kepada pengendali
sesebuah tempat makan tersebut untuk memastikan persekitaran tempat makan
adalah bersih, reka bentuk dan hiasan dalaman yang indah, teratur, makanan yang
berkualiti serta mempunyai fasiliti-fasiliti mencukupi yang mempengaruhl dalam
pemilihan makanan seseorang individu berkenaan (Maimunah et aI., 2003).
3
Rasional bagi kajian ini adalah meliputi kedua-dua pihak laitu pengendali
tempat makan dan pelajar sebagai pelanggan utama. Dari sudut kepentingan bagi
pengendali tempat makan, ia adalah wajar bagi pengendali tempat makan untuk
mewujudkan satu persekitaran tempat makan yang indah, teratur, dan dilengkapi
dengan kemudahan serta fasiliti yang mencukupi untuk keselesaan para pel ajar yang
datang untuk menjamu selera.
Manakala bagi pelajar sebagai pelanggan di sesebuah tempat makan, ia adalah
untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa betapa pentingnya pemilihan
makanan yang tepat iaitu makanan yang bemutrisi dalam pemakanan mereka
seharian disamping menitik beratkan aspek persekitaran di sekeliling mereka. Oleh itu,
melalui pemakanan bemutrisi ini, kesihatan pelajar akan lebih terjamin dan dapat
membantu dalam pembelajaran mereka di dalam kampus.
1.2 Objektif
1. Menentukan faktor-faktor persekitaran tempat makan yang mempengaruhi
dalam pemilihan jenis makanan.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pemilihan makanan yang
bemutrisi.
3. Menentukan sama ada persekitaran tempat makan mempengaruhi jantina
dalam pemilihan jenis makanan.
4
BAB2
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Definisi Persekitaran
Persekitaran merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Tiga Dewan Bahasa dan Pustaka,
(Baharom, 2002), adalah bermaksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau
kawasan sekitar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, persekitaran sihat ialah satu
tempat di mana anggotanya hidup untuk mencapai satu visi kesihatan dan
kesejahteraan masyarakat yang dipersetujui bersama.
Persekitaran sihat membekalkan masyarakat dengan keadaan fizikal,
pSikologikal, sosial dan organisasi yang dapat mempromosi dan melindungi kesihatan
dan keselamatan mereka. Persekitaran yang sihat memberi tumpuan kepada
perlindungan kesihatan individu daripada ancaman luaran dan dalaman akibat hazad
hazad, tekanan dan kualiti persekitaran yang merosot. Persekitaran slhat juga
bermaksud satu keadaan persekitaran (setting) yang bersih, selamat dan indah yang
merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja, taman, dan lain-lain
(Kempen cara Hidup Sihat, 2002).
2.2 Deflnlsi Tempat Makan
Tempat makan didefinisikan sebagai tempat untuk menjamu selera seperti restauran,
kantin, dan kafeteria. Tempat makan ini menyediakan pelbagai jenis makanan seperti
nasi dan lauk-pauk yang terdiri daripada daging, ayam, ikan, dan sayur-sayuran, serta
makanan ringan, atau makanan yang telah diproses untuk dijual kepada para
pelanggan yang berkunjung ke sesebuah tern pat makan berkenaan. Oleh itu,
persekitaran tempat makan merangkumi persekitaran yang bersih, selamat, dan indah
termasuklah dari segi pencahayaan, dekorasi, serta keselesaan tempat makan.
Sesetengah kajian terhadap keadaan persekitaran menunjukkan muzik, cuaca, dan
faktor lain mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan (Meisel man et aI.,
2000).
2.3 Pemilihan Jenis Makanan
Pemilihan pula adalah suatu keputusan berperingkat bermula daripada
pengenalpastian masalah melalui kajian, penilaian secara altematif, pemilihan, dan
seterusnya kepada penilaian selepas pembelian. Ini jelas menunjukkan penerimaan
secara sensori untuk sesuatu makanan adalah sebahagian keeil dalam proses
pemilihan jenis makanan (Marshall, 1993).
Faktor persekitaran (persekitaran fizikal) adalah satu instrumen yang
membawa kepada pemilihan jenis makanan (Meisel man, 1992). Apabila seseorang
pelanggan masuk ke sesebuah tempat makan untuk memilih makanan, kedua-dua
keadaan iaitu individu dan keadaan persekitaran dapat mempengaruhi tingkah laku
dan sifat pelanggan tersebut untuk memilih makanan.
Walaupun pemilihan makanan bergantung kepada tahap kegemaran manusia
ke atas sesuatu makanan tetapi kadang kala pemilihan makanan juga dipengaruhi
oleh faktor-faktor lain seperti status sosial dan perbelanjaan, kebudayaan,
kepercayaan agama, sekatan masa, kepentingan kesihatan, pengaruh iklan, dan
sebagainya. Ini dibuktikan dengan hasil kajian oleh (French et. al, 2008) yang
6
menyatakan pemilihan jenis makanan dipengaruhi oleh faktor persekitaran, diri
sendiri, dan sifat individu berkenaan.
Kajian oleh (Gunsam dan Murden, 2008), menyatakan persekitaran boleh
mempengaruhi sifat makan seseorang. Oleh itu, hasil daripada kajian ini menyarankan
agar pakar kesihatan awam harus menyedari faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan ini untuk membantu orang awam dalam membuat pemilihan makanan dan
minurnan yang berkhasiat demi mengekalkan kesihatan yang baik.
2.4 Faktor-faktor Pemilihan Tempat Makan
2.4.1 Faktor Kebersihan
Kajian oleh (Nurulaini, 2008) telah menunjukkan kebersihan merupakan aspek utama
dalam pemilihan sesebuah tempat makan di kalangan pelanggan dan tidak akan ke
premis makanan yang sama sekiranya kantin atau kafeteria terse but didapati tidak
bersih, walaupun kualiti dan harga makanan adalah berpatutan. Selain melihat kepada
kebersihan tern pat, pengguna juga akan rnelihat kepada kebersihan staf yang
menyediakan makanan serta kebersihan dapur. Selain itu, kebersihan tempat makan
juga dilihat dari segi penyajian makanan yang dijalankan secara tertutup, pinggan
mangkuk yang dicuci dengan bersih, lantai tidak berminyak dan licin, serta tiada
haiwan liar seperti kucing dan anjing yang berkeliaran di kawasan tempat makan
(Maimunah et al, 2003).
7
RUJUKAN
Babin, B. J., & Darden, W. R. 1996. Good and Bad Shopping vibes: Spending and Patronage Satisfaction. Joumal of Business Research. 35 (3):201-206.
Baharom, N. 2002. Kamus Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perkhidmatan Akademik. 2009. Permohonan untuk Mendapatkan Data dan Maklumat untuk Tujuan Penyelidikan. Bangunan canselori: Universiti Malaysia Sabah.
Barker, M. & Swift, J. A. 2009. The Application of Psychological Theory to Nutrition Behavior Change. Nutrition Society. 68:205-209.
Barry, M. P., Kiyyah, D., & Penny, G. L. 2005. Environmental Influences on Food Choice, Physical Activity and Energy Balance. Physiology and Behavior. 86:603-613.
Bell, R., Meiselman, H.L., Pierson, BJ., & Reeve, W.G. 1994. Effects of Adding An Italian Theme to a Restaurant on the Perceived Ethicity, Acceptability, and Selection of Foods. Appetite. 22: 11.
Birren, F. 1988. Ught, Color, and Environment: Presenting a Wealth of Data on the Biological and Psychological Effects of Color, With Detailed Recommendations for Practical Color Use, Special Attention to Computer Facilities, and a Historic Review of Period Styles. West Chester, P.A: Schiffer.
Bowling, A. 2002. Research Methods in Health: Investigating Health and Health Services. (tid edition). Open University Health.
Brannon, L. Health Psychology: An Introduction to Behavior and Health. (6ttl edition). McNeese State University.
Chua Van Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
46
Clark, M., & Wood, R.C., 1998. Consumer Loyalty in the Restaurant Industry: A Preliminary Exploration of the Issues. International Joumal of Contemporary Hospital Management. 10(4):139-144.
David, J. M. 1999. Food Choice and Intake: The Human Factor. Nutrition Society. 58:513-521.
Edward, J.S., Miselman, H.L., Edwards, A., & Lesther, L. 2003. The Influence of Eating Location on the Acceptability of Identically Prepared Foods. Food Quality and Preference. 14:647-652.
Engell, D., Kramer, M., Malafi, T., Salomon, M., & Lesher, L. 1996. Effects of Effort and Social Modelling on Drinking in Humans. Appetite. 26: 129.
Faber, L. 2000. Elementary Statisitic. London: Prentice Hall, Inc.
Favre, J.P. & November, A. 1979. Color and Communication. Zurich: ABC-Verlag.
French, S. A., Rydell, S. A., Harnack, L. J., Oakes, J. M., Story, M. & Jeffery, R. W. 2008. Why Eat at Fast-Food Restaurants: Reported Reasons Among Frequent Consumers. Joumal of the American Dietetic Association. 108(12):2066-2070.
George, D. P. 2002. Enjoy It! Foods for Prevention and Healing. Madrid (Spain): Editorial Safeliz.
Gunsam, P. P. & Murden, S. 2008. Factors Influencing Food Choice in the Elderly Mauritian Population. Department of Health Sciences Faculty of Science: University of Mauritius.
Guthrie, J. F. 2004. Understanding Fruit and Vegetable Choices. Economic and Behavioral Influences. United States Department of Agriculture.
Hoban, T. J. 1999. Consumer Acceptance of Biotechnology in the US and Japan. Food Technology. 53(5):50-53.
47
Hunter, B. T. 2000. So, How's Important is Hand Washing? Consumer's Research Magazine. 83(4):23-27.
Junaidah Hamdan. 2007. Siri Mula Bisnes Restoran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Scln. Bhd.
Kazarian, E. A. 1989. Foodservice Facilities Planning. (3rd edition). Van Nostrand Reinhold.
"Kempen Cara Hidup Sihat, 2002" dim. http://www.infosihat.gov.my/kchs%202002%20%20PERSEKITARAN%SIHAT/K CHS202002.php. Dicetak 24 Jun 2009.
Khairul Anwar AB. Rahman. 2000. Kajian Terhadap Kebersihan Makanan Dari Aspek Mikrobiologi Makanan Di Kantin-Kantin VMS. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
last, J. M. 1987. Public Health and Human Ecology. Canada: Appleton and lange.
lawrence, W. & Barker, M. 2009. A Review of Factors Affecting the Food Choices Disadvantaged Women. Nutrition Society. 68:189-194.
Unton, R. H., McSwane, D. Z. & Woodley, C. D. 1998. A Comparison of Perspectives About The Critical Areas of Knowledge for Safe Food Handling in Food Establishment. Joumal of Environmental Health. 60(8):8-15.
Maimunah Sapri, Maizan Baba, & Abdul Hakim Mohammed. 2003. Kajian Tingkahlaku Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Katering di Kawasan Kampus. Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi: Universiti Teknologi Malaysia.
Marshall, D. 1993. Appropriate Meal Occasions: Understanding Conventions and Exploring Situational Influences on Food Choice. The Intemational Review of Retai~ Distribution, and Consumer Research. 3:279-301.
48
Meiselman, H. 1992. Methodology and Theory in Human Eating Research. Appetite. 19:84-86.
Meiselman, H.L., Johnson, J.L., Reeve, W.G., Crouch J.E. 2000. Demonstrations of the Influence of the Eating Environment on Food Acceptance. Appetite. 35:231-237.
Meiselman, H.L. & Macfie, H. J. 1996. Food Choice Acceptance and Consumption. Blackie Academic and Professional: Chapman & Hall.
Meiselman, H. L., Hirsch, E. S. & Popper, R. D. 1989. Sensory, Hedonic, and Situational Factors in Food Acceptance and Consumption. London: Elsevier.
Morse, K. L. & Driskell, J. A. 2009. Observed Sex Differences in Fast-Food Consumption and Nutritionself-Assessments and Beliefs of College Students. Nutrition Research. 29:173-179.
Nur Azilah Ismail. 2000. Kajian Terhadap Kebersihan Premis dan Pekelja Dari Aspek Mikrobiologi Di Kantin-Kantin UM5. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
Nurulaini Mohd Arif. 20OS. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Perkhidmatan Makanan di Kafeteria Kampus UTM, Skudai. Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Pfannhauser, W. & Reichhart, M. 2003. Consumer Attitude and Food Choice. Vienna Austria: Graz University of Technology.
Saraban, R. S. & Durocher, J. F. 2001. Successful Restaurant Design. (2nd edition). canada: John Wiley & Sons, Inc.
Rosenkranz, R. R. & Dzewaltowski, D. A. 2008. A Model of the Home Food Environment Pertaining To Childhood Obesity. Nutrition Reviews.
Ryder, B. 2004. Restaurant Design. London: Laurence King Publishing Ltd.
49
Shannon, C., Story, M., Fulkerson, J. A., & French, S. A. 2002. Factors in the School cafeteria Influencing Food Choices by High School Students. Joumal of School Health.
Shepherd, R. & Raats, M. 2006. The Psychology of Food Choice. USA: Frontiers In Nutritional Science.
Sobal, J. & Wansink, B. 2007. Kitchenscape, Tablescape, Platescape, and Foodscape. Environment and Behavior. 39(1):124-142.
Sobal, J. & Wansink, B. 2007. Mindless Eating: The 200 Daily Food Decisions We Overlook. Environment and Behavior. 39: 106.
Stroebele, N. & De castro, J. M. 2006. Ustening to Music While Eating is Related to Increases in People's Food Intake and Meal Duration. Appetite. 47:285-289.
Stroebele, N. & De castro, J. M. 2004. Effect of Ambience on Food Intake and Food Choice. Nutrition. 20:821-838.
Suriah, A. R., NOrimah, A. R., Aminah, A., Azizah, A. H. & Faimah, A. 1993. Makanan, Pemakanan dan Diet Terapi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sztainer, N., Story, M., Perry, C., & casey, M. A. 1999. Factors Influendng Food Choice of Adolescent. Joumalof American Diet Association. 99:929-934.
Wansink, B. & Park, S. B. 2000. Accounting for Taste: Prototypes That Predict Preference. Joumal Data Market 7:308.
Zainodin, J. & Mokhtar, A. 1988. Pengenalan Kebarangkalian dan Statistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
50
Recommended