View
5
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Circular No 275/2015
Dated 21 Dec 2015
To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015
Penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil)
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has
extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to
the establishment of a civil Environment Court.
Please be informed that Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016
(Friday).
The relevant portion of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 is reproduced below and a copy of
it is available online here for your reference.
Thank you.
Karen Cheah Yee Lynn
Secretary
Malaysian Bar
___________________________________________________________________________
Tarikh: 14 Disember 2015
ARAHAN AMALAN BIL. 7 TAHUN 2015
PENUBUHAN MAHKAMAH ALAM SEKITAR (SIVIL)
Setelah berunding dengan YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah &
Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan penubuhan Mahkamah Alam
Sekitar (Sivil) di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Majistret seluruh
Malaysia yang akan mula beroperasi pada 1 November 2015. Objektif penubuhan
mahkamah ini adalah untuk melancarkan urusan pentadbiran, menyeragamkan amalan dan
menyegerakan pelupusan kes yang melibatkan pertikaian tuntutan berkenaan alam sekitar
agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.
2. Bagi maksud Arahan Amalan ini –
“Kes Alam Sekitar (Sivil)” bermaksud kes-kes tuntutan sivil alam sekitar yang
melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar termasuklah seperti yang dinyatakan
di perenggan 4.
BIDANG KUASA WILAYAH (LOCAL JURISDICTION)
3. Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
a) Bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, urusan pendaftaran dan perbicaraan bagi kes
tuntutan alam sekitar (sivil) akan dikendalikan oleh Mahkamah Harta Intelek.
b) Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya
(selain daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) dan Mahkamah Tinggi Sabah &
Sarawak akan dibicarakan di mahkamah masing-masing.
c) Rayuan dari Mahkamah Rendah Kuala Lumpur berkenaan perkara-perkara alam
sekitar (sivil) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Harta Intelek (Mahkamah
Tinggi sahaja). Manakala bagi daerah-daerah lain rayuan dari mahkamah rendah
akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa.
d) Semakan Kehakiman bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikekalkan untuk
didengar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas (RKK).
3. Mahkamah Sesyen & Majistret
Selaras dengan Arahan Amalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2012
berkenaan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar, bidangkuasa membicarakan kes-kes jenayah
alam sekitar kini diperluaskan kepada bidang kuasa membicarakan kes-kes alam sekitar
(sivil).
Sehubungan itu, pendaftaran dan perbicaraan kes-kes alam sekitar (sivil) adalah ditetapkan
seperti berikut:
3.1. Mahkamah Sesyen dan Majistret yang mempunyai pengasingan bidang tugas
sivil dan jenayah
Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu Mahkamah Sesyen
Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di
bawah bidang kuasa mahkamah sesyen sivil dan majistret hendaklah didaftar
dan dibicarakan di satu mahkamah sesyen sivil dan satu mahkamah majistret
sivil yang dikenalpasti mengikut bidangkuasa masing-masing.
3.2. Mahkamah Sesyen dan Majistret yang tidak mempunyai pengasingan bidang
tugas sivil dan jenayah
a) Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu mahkamah sesyen dan
mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah bidang kuasa
mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan dibicarakan di satu
mahkamah sesyen dan satu mahkamah majistret yang dikenalpasti mengikut
bidangkuasa masing-masing.
b) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan satu atau
lebih mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah
bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan didengar di
mahkamah sesyen tersebut dan mahkamah majistret yang dikenalpasti.
c) Bagi mahkamah yang hanya mempunyai mahkamah majistret sahaja, kes-kes
tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa mahkamah sesyen hendaklah
didaftar dan dibicarakan di mahkamah sesyen yang mempunyai bidangkuasa,
manakala kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa
mahkamah majistret hendaklah didaftarkan dan dibicarakan di mahkamah
majistret tersebut.
d) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan
membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
di bawah bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan
dibicarakan di mahkamah sesyen tersebut mengikut bidangkuasa sivil masing-
masing seperti yang diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan
2010). Pendaftaran kes hendaklah dibuat mengikut kod mahkamah yang
mempunyai bidang kuasa membicarakan kes tersebut.
4. Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang telah didaftarkan sebelum berkuatkuasanya
Pekeliling ini di mahkamah masing-masing hendaklah kekal di mahkamah yang sama dan di
sambung dengar sehingga ia dilupuskan tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah tersebut.
Mahkamah tersebut hendaklah mengenalpasti dan menyelenggara rekod / nombor kes
sehingga kes dilupuskan untuk tujuan pengiraan statistik yang tepat.
KAUSA TINDAKAN
5. Kes-kes alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Alam Sekitar (Sivil)
adalah kes yang melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar dalam perkara sepertimana
berikut:
i) Tuntutan gantirugi ke atas kerosakan atau kemusnahan harta benda yang
diakibatkan oleh apa-apa perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada alam
sekitar.
ii) Tuntutan gantirugi ke atas kecederaan diri akibat daripada perbuatan yang
mendatangkan kerosakan atau kemusnahan alam sekitar.
iii) Gangguan atau halangan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap
penggunaan seseorang individu atau kenikmatan seseorang individu yang patut
dinikmati ke atas tanahnya atau kacau ganggu yang diakibatkan oleh pencemaran
bunyi, air, udara dan getaran.
6. Bagi kes-kes yang melibatkan permohonan injunksi dan perisytiharan di bawah
bidangkuasa Mahkamah Sesyen seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 65 Akta
Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan 2010), permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh
Hakim Mahkamah Sesyen Gred Jusa. Bagi mahkamah yang tidak menempatkan Hakim
Mahkamah Sesyen Gred Jusa, permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh Hakim
Mahkamah Sesyen yang diberi kuasa mengikut Pekeliling Ketua Pendaftar 1/2013. Bagi
tujuan kemudahan, dilampirkan senarai yang berkenaan sebagai Lampiran A.
PENGKELASAN KOD
7. Apabila berkuatkuasanya Arahan Amalan ini, semua kes tuntutan alam sekitar (sivil)
yang didaftarkan di seluruh Malaysia hendaklah didaftarkan mengikut pengkelasan seperti
berikut:
a. Mahkamah Tinggi
PERKARA KOD
Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret 11AE
Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret 11BE
Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen 12AE
Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen 12BE
Semakan Sivil Alam Sekitar 13E
Rayuan Alam Sekitar (Sivil) dari Tribunal Pentadbiran 16E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan 21E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) 22E
Writ Saman Tort Alam Sekitar ( Sivil) 23E
Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil) 24E
Usul Pemula Alam Sekitar 25E
b. Mahkamah Sesyen
PERKARA KOD
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan
(RM100,001 – RM300,000)
A51E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan
(RM300,001 – RM1,000,000)
B51E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)
A52E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)
B52E
Tort Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)
A53E
Tort Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)
B53E
Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)
(RM100,001 – RM300,000)
A54E
Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)
(RM300,001 – RM1,000,000)
B54E
c. Mahkamah Majistret
PERKARA KOD
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan A71E
Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) A72E
Tort Alam Sekitar (Sivil) A73E
Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil) A74E
TEMPOH PELUPUSAN
8. Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) hendaklah diselesaikan dalam tempoh sembilan
(9) bulan dari tarikh ia mula-mula didaftarkan di mahkamah tersebut.
9. Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.
Recommended