View
190
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
GURU
Citation preview
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
Laporan
Laporan Ceramah Peranan dan Fungsi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Pada 7 Mac 2014 yang lepas, para guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012
telah menyertai ceramah fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
Pusat Kegiatan Guru (PKG), bagi melengkapkan tuntutan program Bina Insan Guru
(BIG). Program ini melibatkan semua kumpulan ambilan Januari 2012. Para guru
pelatih telah bersedia di Dewan Kuliah A untuk memulakan ceramah pada pukul 2.00
petang. Ceramah dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan dan
lagu rasmi IPGM Kampus Batu Lintang. Kami telah ditemani oleh mentor kumpulan,
Cik Fraulein Lipun Angking dan mentor-mentor daripada kumpulan lain. Ceramah
tersebut mengambil masa 2 jam setengah.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-
pelajar mengenai fungsi dan tanggungjawab PPD dan pusat kegiatan guru yang
menjadi pegangan seorang pendidik dalam menjalankan tugas seharian. Di samping
itu, meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan
kurikulum Bina Insan Guru (BIG) serta membina kualiti peribadi guru yang mulia
sejajar dengan peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat.
Ceramah ini juga untuk meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi
perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
pendidikan dan memberi kesedaran kepada guru-guru pelatih tentang pentingnya
hubungan guru dengan PPD serta pusat kegiatan guru.
Ceramah dimulakan dengan pembentangan tentang fungsi dan peranan PPD
di seluruh Malaysia. Kami telah didedahkan dengan cara bagaimana PPD mampu
membantu para guru dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai guru. Di samping itu
juga beliau turut berkongsi beberapa pengalaman bekerja dalam PPD Samarahan di
mana beliau turut memberi inspirasi dan keyakinan kepada bakal-bakal guru. Beliau
menjelaskan lebih lanjut lagi tentang unit-unit di dalam PPD dan fungsinya.
Tambahan pula, beliau turut berkongsi langkah-langkah atau prosedur untuk
berhubung dengan unit-unit berkenaan, seperti;
1. Pengurusan Kakitangan dan Organisasi
2. Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum
3. Pengurusan Kewangan, Keselamatan, Kemudahan dan Sumber.
4. Pengurusan Kebajikan Pelajar
5. Pengurusan Pembangunan Dalaman Dan Luaran
Seterusnya, kami didedahkan dengan fungsi Pusat Kegiatan Guru. Kami
dimaklumkan bahawa sebagai guru, kami harus aktif berhubung dengan pihak Pusat
Kegiatan Guru dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang guru seperti
membuat bahan bantu mengajar dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH).
Pihak PKG bertanggungjawab dalam memastikan bidang kerja seorang guru
dilaksanakan dengan efisien. Ini memberi sedikit sebanyak keyakinan kepada bakal-
bakal guru untuk melangkah ke alam perguruan. Antara fungsi dan peranan PKG
yang dibentangkan adalah;
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
1. Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu PSS & program
gerakan membaca di sekolah
2. Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu pelaksanaan
program ICT di sekolah.
3. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 (perkakasan & perisian)
4. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian &
pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
5. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
Selepas selesai sesi ceramah, kami diberi peluang untuk sesi soal jawab untuk
mengurai segala kekusutan dan kegelisahan dalam hati. Hal ini sedikit sebanyak
menjawab segala persoalan dan meningkatkan keyakinan diri bakal guru pada masa
depan.
Kesimpulannya, para guru pelatih mampu bertindak lebih kreatif dan
bermotivasi dalam melaksanakan tugas-tugas pengajaran untuk menentukan hala
tuju sekolah dan mengerti lebih baik tentang PPD dan PKG yang bakal membantu
para guru dengan penuh bertanggungjawab. Oleh itu, kecekapan guru untuk
melaksanakan tugas adalah lebih terjamin.
Disediakan oleh,
..................................
(CLARA PEREMY DANIEL)
PISMP TESL 1 JAN 2012
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
Penilaian Kendiri
Keseluruhan proses penanda aras dalam program BIG untuk semester kelima
ini banyak membantu dalam cara penilaian diri saya sendiri. Dengan mengetahui
potensi diri sendiri dan usaha memajukan diri, saya mampu melihat bagaimana
program ini mampu membentuk sahsiah diri sebagai seorang guru dan seterusnya
mengetahui kredibiliti seorang guru. Ceramah fungsi dan peranan PPD dan PKG
mungkin dilihat tidak mencabar dan dianggap sekadar ceramah sahaja
memandangkan aktivitinya tidak padat serta mencabar. Namun begitu, selepas
melalui proses ini, kesedaran sebagai seorang pendidik telah memberi peluang
untuk saya melihat diri sendiri sebagai seorang bakal guru yang mampu menjadi
‘role model’ bukan sahaja kepada generasi baru, namun semua lapisan masyarakat.
Saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang bagaimana tanggungjawab
seorang guru pendapat sokongan dari pihak PPD dan PKG. Ilmu yang telah yang
saya perolehi telah mengembangkan pandangan saya dalam skop bidang tugas
guru.
Pertama sekali saya mampu mempelajari bahawa PPD dan PKG memainkan
peranan penting sebagai tonggak kejayaan dalam membantu seorang pendidik
dalam menjalankan tugas harian. Melalui kesedaran ini, saya melihat diri saya
sebagai agen penggerak dan kerja-kerja yang dilaksanakan haruslah berpandukan
PKG dan PPD. Kedua-dua badan ini ini membantu guru-guru dalam menjalankan
tanggungjawab seorang guru di mana mereka akan sedaya upaya membantu
meringkan beban guru dan bertanggungjawab sebagai fasilitator yang sentiasa
menyokong apa-apa usaha guru yang menjurus kepada kecemerlangan para pelajar.
Oleh itu, pada masa hadapan, saya akan berusaha membina kerjasama yang baik
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
dengan PKG dan PPD bukan sahaja demi kebaikan saya sebagai seorang guru
malah demi meningkatkan mutu pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Seterusnya, saya mampu menimba ilmu dalam membentuk sahsiah seorang
guru yang berkualiti. Saya mengerti lebih lagi tentang perhubungan guru dengan
badan-badan dalam Kementerian Pendidikan. Sebelum ini, saya tidak mengetahui
fungsi sebenar PPD dan PKG dan beranggapan bahawa mereka hanya memantau
pergerakan dan prestasi guru. Namun begitu, mereka turut berperanan seperti
penyokong sebarang usaha-usaha guru dalam pengajaran. Saya turut kagum
dengan cara pengurusan PPD di mana setiap PPD mempunyai unit yang tersendiri
untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan sebagai panduan
kepada guru-guru. Sistem yang efisien dan sistematik ini akan memudahkan guru-
guru untuk melaksanakan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya,
merancang keperluan guru sekolah rendah dan mengagih guru-guru mengikut
keperluan sekolah, merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi
meningkatkan kecekapan, keupayaan dan kemahiran Guru Besar, guru-guru dan
juga bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Usaha-usaha seperti ini adalah
penting untuk meningkatkan mutu sekolah-sekolah kerana para guru berada dalam
laluan yang betul seperti yang termaktub dalam 9 tonggak pelajaran. Hal ini juga
amat memudahkan kerja para guru kerana adanya panduan daripada pihak PPD dan
PKG.
Tambahan pula, saya berpendapat bahawa dengan pendedahan seperti ini,
saya berasa lebih yakin untuk melangkah ke alam perguruan. Dalam melahirkan
para guru yang berketrampilan dan professional dalam bidang keguruan, ini adalah
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
antara usaha pihak kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara. Hal ini mungkin
mengambil masa, namun sebagai seorang guru yang memikul tanggungjawab untuk
mendidik anak bangsa, saya dan para bakal guru yang lain harus mengambil serius
akan fungsi dan peranan pihak PPD dan PKG ini. Menyedari betapa peri pentingnya
tanggungjawab sebagai seorang guru, maka saya sebagai seorang bakal guru tidak
boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai agen sosial terhadap pelajar, ibu bapa,
masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion keguruan.
Melalui ceramah ini, secara tidak langsung saya menyedari bahawa betapa
besarnya tanggungjawab saya dalam bidang pendidikan. Bidang tugas saya bukan
terhad pada bilik darjah, melalui pendedahan pihak PPD yang turut
bertanggungjawab dalam penggerak masyarakat, saya sedar bahawa sebagai
seorang guru kelak, tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah
sahaja. Di samping menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru hendaklah
bekerjasama dengan rakan sejawatnya, kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan
murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua
golongan guru di sekolah itu. Di samping itu imej guru akan dapat dipertingkatkan
sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat
seperti menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan
dan sebagainya. Hal ini dalam tanggungjawab pihak PPD seperti mewujudkan
hubungan yang erat dengan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan
tempatan dan memberi kerjasama kepada usaha-usaha yang memberi faedah
kepada pendidikan dan masyarakat.
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
Di samping itu, saya menilai diri dari segi kepimpinan. Saya telah menyedari
bahawa, guru merupakan pemimpin kecil dalam sesuatu masyarakat dan komuniti.
Oleh itu wujudnya PPD dan PKG. PPD dan PKG merangka semua usaha untuk
menjadikan guru sebagai pemimpin yang lebih baik yang menjurus kepada peluang
untuk dinobatkan sebagai Guru Cemerlang. Guru tidak terlepas daripada memikul
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sama ada kepimpinan tertinggi di sekolah
sebagai seorang guru besar atau pengetua ataupun sebagai ketua panitia, persatuan
dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan, saya
menyedari bahawa saya perlu memiliki sifat dan kualiti seorang pemimpin, seperti
mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran dan ketrampilan dalam bidang
pengurusan, memiliki sahsiah dan akhlak yang murni berlandaskan kepada dasar
Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1985)
dan sifat keberanian yang berasaskan kepada pertimbangan teliti dan tindakan
rasional. Di samping itu, saya harus mempunyai sifat keyakinan diri dan tegas serta
tidak merasa takut atau terancam terhadap pandangan, idea dan saranan yang
dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah dan yang paling penting ialah saya
harus mempunyai sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai
pemimpin pendidikan. Kualiti dan sifat seseorang pemimpin pendidikan yang
tersebut di atas adalah penting untuk menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan
Negara dan juga Wawasan 2020.
Akhir sekali, saya mampu melihat diri saya dalam menuntut ilmu baru.
Pendedahan tentang peranan PPD dan PKG memberi inspirasi kepada saya untuk
bersifat lebih ingin tahu tentang sesuatu. Hal ini kerana, melalui peranan PPD dan
PKG, mereka menyokong para guru untuk menimba ilmu dan memperkembangkan
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
idea guru-guru dalam mengajar. Saya harus sentiasa berusaha menambah
pengetahuan. Guru yang berkualiti harus selalu menambah, mempelajari dan
menyesuaikan diri yang sering berubah-ubah sama ada daripada kurikulum
mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai seorang guru
yang bersifat profesional.
Kesimpulannya, saya mampu menilai diri sendiri, lebih beraspirasi dan
bermotivasi, seterusnya memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang sentiasa
bersedia menghadapi apa-apa cabaran kelak. Saya harus sentiasa beringat-ingat
agar sentiasa melihat sifat saya dari aspek yang positif. Penilaian kendiri tidak
bermaksud melihat cacat cela pada seseorang namun dilihat sebagai usaha
memajukan diri sendiri.
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
Refleksi ( SWOT )
Dalam memantapkan profesion keguruan ini sejajar dengan aspirasi negara
untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, para guru seharusnya mempunyai
persediaan yang komprehensif baik dari segi fizikal dan mental. Ini dapat dilihat
dalam tiga aspek iaitu persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran,
pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajarnya dan teknik
pengajaran kearah penerapan elemen pembinaan negara bangsa. Persediaan ini
dimantapkan lagi dengan pendedahan kepada fungsi dan peranan PPD dan PKG
kepada bakal-bakal guru di Malaysia.
Melalui program ini, saya telah menyedari kekuatan (strength) program ini
adalah ia telah memberi peluang kepada para guru pelatih untuk melihat dan
menimba ilmu tentang cara pentadbiran dan pengurusan di PPD dan PKG. Cara
pentadbiran dan pengurusan ini memberi motivasi kepada kami untuk bersikap lebih
serius dan bertanggungjawab dalam bidang keguruan. Ini merupakan pengalaman
yang berguna kerana kami tidak mengetahui dengan lebih lanjut akan fungsi dan
peranan PPD dan PKG yang bakal berhubung rapat dengan kami dalam
menjalankan tugas-tugas sebagai guru kelak. Pengetahuan baru ini sedikit sebanyak
memberi keyakinan kepada kami. Malah apa-apa yang bakal dihadapi oleh seorang
guru turut dibentangkan dan ini memberi peluang kepada bakal guru untuk lebih
bersedia pada masa depan.
Di samping itu, program ini secara tidak langsungnya memberi idea-idea yang
bernas kepada guru pelatih untuk mendidik secara kreatif selari dengan peredaran
zaman moden ini. Hal ini kerana, terutamanya pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG)
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
menyokong apa-apa usaha kreatif guru-guru dalam mengajar. Bahan-bahan bantu
mengajar yang selari dengan perkembangan dunia moden akan menarik minat plejar
untuk belajar di dalam kelas. Memandangkan generasi muda masa kini mempunyai
persekitaran teknologi maklumat, guru-guru haruslah lebih kreatif dan mencabar
dalam pengajaran. Maka, program ini sedikit sebanyak membantu guru pelatih untuk
berfikir bagaimana memberi sokongan padu dalam pembelajaran para pelajar
dengan adanya bantuan daripada pihak PKG.
Seterusnya, para guru pelatih juga mampu menimba pengetahuan tentang
kepentingan fasiliti dan kemudahan yang disediakan dalam membantu
pembelajaran. Contohnya, pihak PPD amat prihatin akan persekitaran sekolah yang
kondusif melalui unit Pengurusan Kewangan, Keselamatan, Kemudahan dan
Sumber dan unit Pengurusan Kebajikan Pelajar yang turut mengambil berat tentang
kebajikan para pelajar. Dengan pendedahan terhadap bidang tugas setiap unit ini,
para guru pelatih akan lebih peka terhadap persekitaran pembelajaran samada dari
segi persekitaran fizikal dan psikososial dalam mempengaruhi pembelajaran dan
pengajaran. Bakal guru boleh merujuk kepada PPD dengan mudah jika mengalami
permasalahan atau kekangan dari aspek ini. Maka, ia tidak akan menjejaskan
prestasi pengajaran.
Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat
kekuatan dalam program penanda aras ini. Pertama, sepanjang proses BIG dari
proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, pembahagian tugasan antara rakan
sekelas, mesyuarat lanjut tentang program BIG dan hingga ke pelaksanaan aktiviti-
aktiviti kami sentiasa bekerjasama seperti ‘aur dengan tebing’ antara kelas-kelas
lain. Sifat beginilah yang harus dipratikkan oleh seorang bakal guru kelak. Saya
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
haruslah sentiasa bersedia dalam apa jua bidang tugas sebagai seorang guru dan
saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan sesuatu program berjaya
dilaksanakan dengan lancar agar objektifnya tercapai.
Selain itu, melalui program ini, saya mempelajari tentang kelemahan
(weaknesses) yang terdapat dalam program ini. Kelemahan program ini adalah
kurang menarik dari segi kandungannya. Apa yang boleh dilakukan untuk
menambahbaikan program ini adalah dengan berkongsi lebih banyak pengalaman
atau kisah dalam pengurusan sekolah agar mampu dijadikan pedoman kepada
bakal-bakal guru. Dengan perkongsian maklumat di luar pengetahuan am,
pendedahan maklumat peranan dan fungsi PPD dan PKG akan lebih bermakna dan
menarik.
Di samping itu, saya mendapati kami mempunyai banyak peluang
(opportunity) melalui program ini. Antaranya ialah, guru pelatih mampu bekerjasama
dalam suasana yang agak berbeza. Tambahan pula para guru pelatih berpeluang
untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanggungjawab yang bakal dipikul pada masa
hadapan. Ini juga sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami untuk lebih
bersedia secara fizikal dan mental dalam membina jaring perhubungan dengan PPD
dan PKG yang bakal menjadi ‘keluarga’ sebaik sahaja kami melangkah ke alam
perguruan. Melalui ceramah ini juga, kami berpeluang untuk memajukan diri dari segi
sahsiah seorang guru.
Seterusnya, saya berpendapat bahawa ceramah ini banyak memberi input
dan dilakukan dalam persekitaran yang selamat dan tidak mengundang apa-apa
ancaman (treat). Intipati maklumat yang disampaikan tidak mengancam mana-mana
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
pihak, malah disampaikan secara telus dan cekap. Dari sudut fizikal persekitaran,
Dewan Kuliah A merupakan tempat yang kondusif dengan adanya pencahayaan
yang baik dan penghawa dingin. Konsentrasi para guru pelatih tidak terganggu. Oleh
itu, ceramah ini amat memberi pengetahuan yang bermakna kepada para guru
pelatih.
Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui
sepanjang proses ini ialah kita harus mempunyai perancangan yang rapi bermula
dengan peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post
mortem supaya prgram yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian.
Selain itu, seorang bakal guru perlu lebih peka dan aktif dalam menerima peluang
yang ada untuk tujuan pembelajaran.
201006225Bina Insan Guru Semester 5
IPGM Kampus Batu Lintang
LAMPIRAN
1. Sesi taklimat ringkas. 2. Guru-guru SMK Green Road
bersedia membuat
pembentangan.
3. Ucapan ringkas dari Cik Fraulein. 4. Ucapan alu-aluan oleh wakil
pengetua SMK Green Road.
5. Sesi soal jawab. 6. Pemberian cenderamata.
Recommended