Cara menggunakan Google Forms untuk menyediakan Instrumen Survey

Preview:

DESCRIPTION

A JUMP-START into using Google Forms for preparing a survey instrument

Citation preview

Cara menggunakan Google Forms- Memasukkan data dalam SPSS

- Menyemak status maklum balas responden

Disediakan oleh: Lu Siao WeeCoach: Prof. Dr. Fong Soon Fook

Falkulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Sabah Malaysia

Cara untuk menggunakan “Google Forms”

Step 1: Pergi ke www.google.com.my

Step 2: Search “google forms”Click “Google Forms-create and analyse surveys, for free.”

Step 3: Anda akan melihat paparan sebegini.Click “Go to Google Forms”

Step 4: Masukkan email anda dan kata laluan email anda. Selepas itu, “login”.

Step 5: Click “Blank”

Memasukkan tajuk kajianMasukkan tajuk yang dipilih oleh anda pada bahagian “Untitled form”.Contohnya: Pengaruh Telefon Bimbit kepada Remaja.Form description: Contohnya, Satu kajian yang dijalankan kepada golongan remaja untuk mengenal pasti pengaruh telefon bimbit kepada remaja.

“Short answer”Apabila anda scroll ke bawah, anda akan nampak pilihan yang berada di sebelah kanan, terdapat beberapa jenis gaya soalan yang boleh dikemukakan oleh anda.Contoh yang pertama: “Short answer”- “Short answer” merupakan gaya

soalan yang berbentuk jawapan pendek.

- Sesuai digunakan untuk responden mengisi butiran-butiran peribadi seperti nama dan umur.

“Paragraph”“Paragraph” biasanya digunakan untuk responden menjawab dalam jawapan yang agak panjang dan bersifat soalan terbuka. Contohnya: Pada pendapat anda, apakah faktor yang mempengaruhi remaja cenderung menggunakan telefon bimbit untuk kehidupan seharian?

“Multiple choice”“Multiple Choice” paling senang digunakan dalam soalan yang berbentuk pelbagai jawapan.Contohnya: Apakah jenama telefon bimbit yang anda gunakan?

“Checkboxes”“Checkboxes” merupakan gaya soalan yang boleh memberi kebebasan kepada responden untuk memilih lebih daripada satu jawapan yang dinyatakan.*Pengkaji disarankan untuk menulis “description” untuk memudahkan responden memahami kehendak soalan.Contohnya: Apakah faktor yang mempengaruhi anda untuk membeli telefon bimbit?Desciption: Anda boleh pilih lebih daripada satu jawapan.

“Linear scale”“Linear scale” merupakan satu bentuk soalan yang bersifat skala iaitu mempunyai tahap sangat setuju sehingga kepada tahap sangat tidak setuju. Soalan yang dikemukakan haruslah berbentuk satu pernyataan.Responden boleh memilih sama ada untuk memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju dalam jawapan mereka.Contoh soalan: Penggunaan telefon bimbit membawa manfaat kepada remaja.

“Dropdown” “Dropdown” adalah bentuk soalan yang berbentuk soalan tertutup. Jawapannya adalah singkat sama ada Ya atau Tidak.Responden boleh memilih satu jawapan sahaja.

“Multiple choice grid”“Multiple choice grid” digunakan untuk soalan yang berbentuk skala iaitu mempunyai tahap/level (sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju)-Tahap tersebut ditulis pada bahagian (column), jika terdapat 5 tahap yang berbeza, maka terdapat 5 (column).-Soalan yang ditanya ditulis dalam bahagian (Row 1). Semakin banyak soalan, semakin banyak “Row” dalam borang anda.

Contoh soalan “Multiple Choice grid”-Responden hanya boleh memilih satu jawapan sahaja untuk setiap soalan.

Alat untuk mengedit borangUntuk mengedit setiap soalan, rujuk kepada bahagian bawah sebelah kanan.(a) Simbol ini bermaksud (duplicate) iaitu copy soalan.

(b) Simbol ini bermaksud “delete” iaitu memadamkan soalan tersebut.

(c) Simbol ini bermaksud wajib dijawab. Tarik ke kanan sekiranya pengkaji ingin responden wajib mengisi jawapan.

Alat untuk mengedit borang(a) Simbol pertama di sebelah kanan bermaksud tambah soalan.

(b) Simbol ini bermaksud menambah Tajuk dan juga “description.” “Description” biasanya ditulis untuk memberi panduan kepada responden untuk mengisi borang.Contohnya: Anda diminta untuk menjawab semua soalan.

(c) Simbol ini bermaksud menambah gambar/imej.

Simbol ini bermaksud menambah video.

Simbol ini bermaksud menambah seksyen.

Cara untuk menghantar borang soal selidik yang sudah lengkap.Bahagian atas sebelah kanan merupakan simbol yang menunjukkan “Send” iaitu menghantar borang soal selidik anda yang sudah lengkap.

Apabila anda click “send,” paparan ini akan muncul. Anda boleh menghantar borang anda menerusi email, facebook dan twitter.Untuk memudahkan responden untuk mengisi borang, “google forms” merupakan salah satu kaedah yang mudah dan senang digunakan oleh pengkaji. Pengkaji boleh menghantar borang soal selidik menerusi aplikasi seperti email dan anda akan mendapat maklum balas.

Semakan maklum balas Untuk menyemak maklum balas responden anda, masuk balik kepada “google forms” dan rujuk kepada perkataan “View responses.” Click dan lihat maklum balas responden anda.*Rujuk gambar sebelah kanan.

Contoh maklum balas daripada responden.*Rujuk gambar sebelah kanan

Selamat Mencuba !Lu Siao Wee

lsw6176@gmail.com

Coach: Prof Fong Soon Fooksffong05@gmail.com

Falkulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Sabah Malaysia

http://www.ums.edu.my http://www.ums.edu.my/fksw

Recommended