View
269
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
BUKU PANDUAN
PERPUSTAKAAN
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
2
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN 3
2. MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN 4
3. DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 5
SERTA STRATEGI PELAKSANAAN
4. PIAGAM PELANGGAN 6
5. CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN 7
6. KOLEKSI PERPUSTAKAAN 8
7. PERKHIDMATAN 9
8. WAKTU PERKHIDMATAN 10
9. KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN 11
10. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 12
11. POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 13
12. PERATURAN PERPUSTAKAAN 14-15
13. ETIKA DI PERPUSTAKAAN 16
14. PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN 17-18
15. PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 19
3
PENGENALAN
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah dibina di bawah Rancangan
Malaysia Kelima pada tahun 1987. PKS terletak di KM22 Jalan Kuching-Lundu di
kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Pada peringkat
awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah
kedai di Simpang Tiga, Kuching. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri
Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih
kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan
112 ekar.
Pihak Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menandatangani
satu perjanjian persefahaman untuk membina pusat latihan perintis yang dikenali
sebagai Pusat Teknologi Minyak Dan Gas (PTMG) di PKS. Ia ditubuhkan bagi
melahirkan juruteknik-juruteknik untuk keperluan Petronas. Walau bagaimanapun,
program ini telah tamat pada bulan Ogos 2003.
Pada peringkat awal pengambilan pertama Julai 1989, seramai 204 orang
telah ditawarkan untuk mengikuti kursus-kursus berikut:
Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Am)
Sijil Penyimpanan Kira
Diploma Akauntasi
Pada masa sekarang, PKS menawarkan Dua kursus bertaraf diploma, iaitu:
Diploma Intergrasi (Lulusan Sijil Politeknik)
Diploma lepasan SPM
4
MISI, VISI & FALSAFAH
PERPUSTAKAAN
MISI
Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Serta
Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa
Profesional.
VISI Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan Dan Kemudahan
Yang Efisyen, Sistematik Dan Mesra Pelanggan.
FALSAFAH
Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini.
5
DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAN
SERTA STRATEGI PELAKSANAAN
DASAR PERPUSTAKAAN Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang
Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen Dan Berhemah Bagi Memenuhi
Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
1. Mengesan, Mengumpul, Menyimpan, Mengurus, Menyedia Dan Menyebarkan
Sumber Yang Bersesuaian, Berkualiti Dan Terkini Dalam Semua Program
Anjuran Politeknik.
2. Memberi Perkhidmatan Perpustakaan Yang Cemerlang Bersesuaian dengan
perkembangan Teknologi Maklumat
3. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Memupuk Minat Dan
Membudayakan Ilmu.
4. Membantu Melahirkan Tenaga Separa Profesional Yang Kreatif Dan Berdaya
Saing Serta Mempunyai Sahsiah Diri Yang Tinggi.
STRATEGI PELAKSANAAN 1. Memantapkan Tenaga Kerja Perpustakaan Yang Kompeten Dan Berdaya Maju.
2. Memastikan Keperluan Dan Kehendak Pelanggan Dipenuhi.
3. Menyediakan Koleksi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti.
4. Mendukung Proses pembelajaran Dan Pengajaran seiring Dengan Visi, Misi Dan
Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
6
PIAGAM PELANGGAN
Kami Beriltizam Dan Berjanji Akan:- 1. Memberi Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan Dan Pembaharuan Koleksi
Dalam Tempoh Satu (1) Minit.
2. Memastikan Perolehan Koleksi Yang Berkualiti Dan Terkini Mengikut Kadar
Peruntukan Yang Diluluskan.
3. Memberikan Perkhidmatan Yang Cekap, Tepat Dan Mesra Untuk Memenuhi
Kehendak Pelanggan.
4. Memastikan Susunatur Kelengkapan Dan Kekemasan Koleksi Yang Sistematik
Bagi Memudahkan Dapatan Kembali.
Dalam Melaksanakan Tugas ini, Kami Bersedia Menerima Cadangan Dan
Maklumbalas Serta Teguran Bagi Memastikan Kepuasan Pelanggan.
7
CARTA ORGANISASI
PERPUSTAKAAN
8
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
1. Koleksi Am (Bahan Bercetak dan Bukan Becetak)
Koleksi Bahan Bukan Bercetak
i. Kaset Audio
ii. Kaset Video
iii. Cakera Padat (Dokumentari/ Maklumat)
iv. Disket (Dokumentari/Maklumat)
2. Koleksi Arkib
3. Koleksi Media
4. Koleksi Tanda Merah Jambu
5. Koleksi Terbitan Bersiri
9
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut: 1. Pinjaman Dan Pemulangan Pengguna yang telah mendaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan- bahan daripada koleksi perpustakaan.
2. Tempahan Tempahan bahan boleh dilakukan secara talian/di kaunter perkhidmatan. Bahan yang ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau di susun kembali di rak sekiranya tidak di tuntut. 3. Rujukan Dan Pencarian Maklumat Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan. 4. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
Perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Politeknik Kuching Sarawak sahaja.
5. Kesedaran Semasa (Pameran) 6. Sistem Repositori (Dspace) http://dspace.poliku.edu.my/xmlui 7. Pendidikan Pengguna 8. Internet @ Information Centre
9. Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my 10. Online Public Access Catalog (OPAC) melalui Sistem ANGKASA http://lms.poliku.edu.my
10
WAKTU PERKHIDMATAN
Masa Catatan Hari Kuliah 8.00 pagi –
4.50petang
Sebelum/
Semasa Minggu
Peperiksaan
8.00pagi -4.50 petang
*Tertakluk
kepada
perubahan
Cuti Semester
8.00pagi – 1.00
tengahari
2.00 petang – 4.50
petang
11
KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN
1. Ruang Bacaan
Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di aras bawah dan aras atas
perpustakaan.
2. Sudut Sumber Media
Sudut penggunaan komputer. Ia adalah percuma dan tempoh masa penggunaan ialah 30 minit untuk setiap pengguna. 3. Ruang Mesyuarat
Ruang mesyuarat ini disediakan untuk kakitangan PKS mengadakan
mesyuarat sahaja dan boleh menampung 10 orang dalam sesuatu masa.
4. Ruang Penyimpanan
Ruang penyimpanan terletak di luar Perpustakaan. 5. Kawasan Internet Tanpa Wayar Akses internet tanpa Wayar (WIFI), disediakan di ruang bacaan
perpustakaan. Pengguna dikehendaki mendaftar di Unit UICT untuk
mendapatkan kata nama dan kata laluan.
12
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PKS
Tiada yuran pendaftaran dikenakan
Pendaftaran Melalui Borang Atas Talian di
Laman Web Perpustakaan
http://library.poliku.edu.my/
- Katalog Atas Talian - Sign Up
13
POLISI PINJAMAN BAHAN
PERPUSTAKAAN
POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Peminjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori keahlian.
2. Bahan perpustakaan yang sudah tamat tempoh peminjaman harus
dikembalikan kepada perpustakaan pada tarikh yang ditetapkan.
3. Pembaharuan pinjaman bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan sekali
sahaja selepas tempoh tamat peminjaman.
DENDA LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN / BAHAN
PERPUSTAKAAN HILANG
1. Denda bagi ahli yang tidak memulangkan buku selepas tarikh peminjaman
tamat ialah RM 0.20 sehari bagi senaskhah buku.
2. Ahli yang tidak memulangkan buku selepas tamat tempoh pinjaman akan
diberi surat peringatan melalui Ketua Jabatan / Unit masing-masing.
3. Ahli yang menghilangkan atau merosakan bahan perpustakaan dikehendaki
membayar harga pembelian buku tersebut beserta dengan kos memproses
sebanyak RM5.00. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, pihak
perpustakaan akan menentukan harga gantian kes tersebut.
4. Denda dibayar di perpustakaan.
5. Pengguna yang belum mengembalikan serta membayar denda tidak
dibenarkan meminjam buku.
6. Untuk kes-kes gagal menyelesaikan denda, tindakan yang boleh dikenakan
adalah:
Digugurkan keahlian perpustakaan secara automatik.
Ditahan keputusan peperiksaan akhir semester yang tertentu bagi
pelajar yang masih menuntut di PKS.
Ditahan sijil atau diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat
pengajiannya.
14
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PKS sahaja.
2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar / staf
pengguna lain.
3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf/surat kebenaran
semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.
4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS.
5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, komputer
riba dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain
disimpan di loker yang disediakan.
6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup
boleh disemak di kaunter pinjaman.
7. Pengguna mestilah patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan.
8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli.
9. Penggunaan telefon bimbit dalam mode senyap adalah dibenarkan di da-
lam perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak
dibenarkan.
10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat
belajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam.
11. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah, dan
sambung belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam
sebelum pergi.
12. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain
yang ingin dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.
13. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di
perpustakaan.
14. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak
menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
15. Pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan AKTA
HAKCIPTA.
16. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kero-
sakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan.
15
PERATURAN PERPUSTAKAAN
17. Larangan semasa berada di perpustakaan :
Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh
pemulangannya.
Membuat bising/menggangu pengguna lain.
Makan/minum/merokok
Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan kaunter
pinjaman.
Membuang sampah di merata-rata tempat.
Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan.
Bertengkar/bergaduh
Menggunakan kocek pinjaman orang lain.
Mencuri harta benda perpustakaan.
Tidur
Berkelakuan tidak senonoh.
Memakai selipar
18. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan
yang dipinjam apabila tamat pengajian, akan ditahan sijil atau diploma
Politeknik.
19. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan
dikenakan satu atau lebih tindakan tatatertib di bawah :
Amaran
Penggantungan daripada mana-mana atau semua kemudahan Per-
pustakaan PKS selama satu tempoh yang ditetapkan.
Arahan sekatan paparan keputusan peperiksaan di laman web POLIKU
selama tempoh yang ditetapkan
Penyingkiran dari Politeknik.
20. Semua pengguna tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa untuk
melaksanakan peraturan perpustakaan.
21. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa.
16
ETIKA DI PERPUSTAKAAN
KOD ETIKA PENGGUNA
1. Mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan.
2. Berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
3. Menjaga suara, tingkah laku dan tatatertib.
4. Bertanggungjawab ke atas harta perpustakaan.
5. Bersikap amanah terhadap bahan yang dipinjam.
6. Menepati masa/tempoh pinjaman.
7. Sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan.
ETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN
1. Sentiasa memakai/mempamerkan kad pelajar/staf
2. Mematikan/menyahaktifkan bunyi telefon bimbit dan menyimpannya di tempat yang
selamat dan tersembunyi.
3. Tidak membawa masuk makanan/minuman
4. Menyimpan barangan/peralatan persendirian di tempat simpanan barang yang
disediakan.
ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN, MERUJUK, MEMINJAM DAN MEMULANG BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Menjaga tingkah laku, suara dan patuh kepada arahan senyap.
2. Tidak mengalih peralatan dan perabot dari tempat yang sepatutnya.
3. Tidak mengotor, mengoyak dan merosakkan bahan/koleksi.
4. Tidak makan dan minum dalam perpustakaan.
5. Tidak berbincang secara berpasangan lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak
bertertib.
6. Memelihara susunan buku di rak ketika buku diambil dari raknya.
7. Bertanggungjawab, amanah dan memelihara bahan yang dipinjam dari sebarang ker-
osakan dan kehilangan.
8. Memulangkan bahan yang dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
9. Bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang dengan yang baru atau
membayar ganti rugi.
ETIKA KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN
1. Mengemas kembali kerusi dan meja selepas menggunakannya.
2. Memastikan bahan yang akan dibawa keluar dipinjam secara sah,
3. Keluar dan masuk melalui pintu yang ditetapkan.
4. Memastikan barangan milik peribadi tidak ditinggalkan di perpustakaan
17
PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN
TINGKAT BAWAH
18
UNTUK PERTANYAAN DAN
MAKLUMAT LANJUT
082-845596/7/8
Sambungan: 145 (PUSTAKAWAN) 597 (PEJABAT AM) 596 (KAUNTER PERKHIDMATAN)
013-8178986 ISNIN—JUMAAT 8.00 PAGI –4.50 PETANG
www.facebook.com/perpustakaan politeknik Kuching sarawak
Recommended