View
226
Download
13
Category
Preview:
Citation preview
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
1. PENGHARGAAN
Tugasan ini dihasilkan bagi memenuhi Kerja Kursus Projek bagi subjek Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani (PJM3112). Syukur kepada Tuhan, maka
akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3112. Tanpa usaha
dan semangat saya ingin meneroka ilmu baharu dalam melaksanakan tugasan ini,
mana mungkin tugasan ini mampu diselesaikan dengan cemerlang dan kualitinya.
Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah mata pelajaran Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Jasmani, iaitu
Encik Santharan A/L Arumugam yang terlalu banyak membantu saya sebagai
pemudah cara sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang
begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menghasilkan
tugasan ini dengan baik. Terima kasih atas segala nasihat dan motivasi serta
bantuan yang telah diberikan terutamanya penerangan beliau yang begitu jelas
tentang segala ilmu berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan karnival
permainan tradisional ini dan penyediaan kertas kerja yang padat dan tepat.
Saya juga ingin menitipkan sekalung penghargaan kepada semua pihak baik
secara tidak langsung mahupun secara langsung yang turut membantu dalam
berkongsi sedikit banyak ilmu yang berguna sepanjang pelaksanaan tugasan ini.
Sesungguhnya bahasa merupakan sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita
mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu. Dengan bahasa kita berkongsi
pelbagai suka duka dengan orang lain. Segala perkongsian adalah untuk kebaikan,
namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan.
Sekian, terima kasih.
JESSICA ANAK MICHAEL | 1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
2.0 KERTAS KERJA PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KARNIVAL
PERMAINAN TRADISIONAL (BOLING KELAPA)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(AMBILAN JANUARI 2012)
KERJA KERJAPENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014
TARIKH :
15 MAC 2014
JESSICA ANAK MICHAEL | 2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
TEMPAT :
PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
JABATAN BERTANGGUNGJAWAB : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
1.0 RASIONAL
Rasional Karnival Permainan Tradisional ini diadakan adalah bagi melengkapkan Proforma
Sukatan Pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi subjek minor Pendidikan
Jasmani iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3112).
2.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum yang mempunyai pelbagai
jenis kebudayaan yang sememangnya menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia.
Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing.
Lantaran resam yang demikian, maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah, sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini
yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah galah panjang, bowling
kelapa, baling tin dan sebagainya.
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya
sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan
tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan
JESSICA ANAK MICHAEL | 3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak
muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti
congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh
diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim
sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat
memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, negara dapat
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu
diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri.
3.0 PENGENALAN PERMAINAN BOWLING KELAPA
Permainan bowling kelapa merupakan sejenis permainan yang diolah dari
permainan bowling sebenar. Permainan ini juga merupakan terapi bagi kanak-kanak
Pendidikan Khas. Melalui permainan bowling kelapa ini, peserta dapat menguji
kemahiran mereka dalam menjatuhkan botol di mana setiap botol mempunyai
matanya yang tersendiri. Peserta permainan ini juga dapat menguji kemahiran
meleret kelapa menuju ke sasarannya. Jika leretan yang betul berjaya dilakukan,
maka, botol akan jatuh dengan mudah dan sebaliknya.
JESSICA ANAK MICHAEL | 4
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Rajah Kedudukan Botol (Pin)
1. OBJEKTIF
1. Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
2. Pelajar dapat mengaplikasikan pergerakan dalam pendidikan jasmani dalam permainan
tradisonal dan pelajar dapat mengenali tubuh badan mereka melalui pergerakan yang
dilakukan.
3. Kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok
masyarakat terutama dalam kalangan pelajar.
4. Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
5. Melalui permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan, secara tidak
langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk.
JESSICA ANAK MICHAEL | 5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
6. Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi kerana di dalamnya terkandung
pelbagai jenis budaya masyarakat yang memilikinya.
5.0 ASAS PERTIMBANGAN
5.1 Melalui permainan tradisional bowling padang, kita dapat mengenali
budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan
lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
5.2 Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana
di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang
memilikinya.
5.3 Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik
minat guru pelatih untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang
semakin dilupakan.
5.4 Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini dapat membantu
membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan
yang ada pada setiap guru-guru pelatih.
5.5 Selain itu, karnival ini juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-
guru pelatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk
mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan tepat.
5.6 Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas
sepanjang hayat dalam diri setiap guru pelatih. Perkara yang sedemikian
mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
6.0 CADANGAN PERMAINAN TRADISIONAL
6.1 Tarikh
JESSICA ANAK MICHAEL | 6
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Program ini akan dilaksanakan pada:
1. Tarikh :15 Mac 2013
2. Hari : Sabtu
3. Masa : 8.00 pagi- 1.00 petang
6.2 Tempat
Tempat program :
1. Padang Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
6.3 Permainan
1. Baling Tin
2. Boling Kelapa
3. Lompat Getah
4. Galah Panjang
7.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar PISMP 2A & PISMP 2B
8.0 SENARAI NAMA PESERTA
Sila rujuk Lampiran 1
9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran 2
1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOWLING KELAPA
JESSICA ANAK MICHAEL | 7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
1. Permainan Tradisional Bowling Kelapa dijalankan mengikut
undang-undang dan peraturan permainan yang diguna pakai
oleh mana-mana persatuan sukan di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
2. Di samping itu, permainan ini juga dijalankan mengikut
peraturan-peraturan yang telah disesuaikan secara khusus oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
2. Format pertandingan secara keseluruhan adalah secara KIRAAN MATA.
1. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan adalah muktamad.
2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak membuat
keputusan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang
timbul sekiranya tidak diperuntukkan dalam undang-undang,
syarat-syarat pertandingan dan peraturan Permainan Tradisional
Bowling Kelapa 2014.
2. PENGIRAAN MATA / SKOR
1. Bagi menentukan kedudukan keseluruhan pemenang Permainan
Tradisional Bowling Kelapa, mata yang dikumpul oleh setiap
kumpulan dalam pusingan 1 dan pusingan 2 akan digabungkan dan
dikira sebagai jumlah mata keseluruhan.
2. Pengiraan mata dikira berdasarkan jatuhan botol/pin tertinggi.
Misalnya:
1. BOTOL MERAH - 10 MATA
2. BOTOL KUNING - 20 MATA
3. BOTOL BIRU - 30 MATA
JESSICA ANAK MICHAEL | 8
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
4. PEMBERIAN HADIAN & PENENTUAN JUARA KESELURUHAN
1. Hadiah akan diberikan kepada pemenang mengikut acara yang
dimenangi
sebagaimana berikut :
1. JOHAN
2. NAIB JOHAN
1. Kumpulan yang mengumpul pungutan mata terbanyak akan
diisytiharkan sebagai JUARA bagi Permainan Tradisional Bowling
Kelapa 2014.
1. Sekiranya terdapat persamaan pungutan mata, maka keputusan akan
ditentukan
berdasarkan mata yang diperoleh oleh kedua-dua kumpulan semasa
pusingan penentu.
3. BANTAHAN
1. Bantahan tidak digalakkan.
2. Walau bagaimanapun, sekiranya ada bantahan hendaklah dibuat
secara bertulis oleh
Ketua Kumpulan dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola Teknikal
dan
Pertandingan dalam tempoh tiga pulu minit (30) selepas permainan tamat.
13.3 Keputusan Jawatankuasa Bantahan & Rayuan adalah MUKTAMAD.
14.0 KESELAMATAN
JESSICA ANAK MICHAEL | 9
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
14.1 Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kerugian,
kemalangan, kecederaan atau kematian akibat daripada menyertai permainan
tradisional
bowling kelapa.
14.2 Jawatankuasa Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan
dan
kerosakan yang berlaku di tempat permainan semasa pertandingan dijalankan.
Pasukan.pemain yang menyebabkan kehilangan/kerosakan adalah
bertanggungjawab
sepenuhnya membayar ganti rugi yang ditentukan oleh pihak penyedia
perkhidmatan.
15.0 PROSEDUR PERMAINAN
JESSICA ANAK MICHAEL | 10
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
1. Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang. (A1 & B1).
2. Setiap peserta diberikan 2 kali balingan.
3. Pusingan ke-2, pasukan A2 & B2 menggantikan pasukan A1 & B1.
4. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang berjaya
dijatuhkan
pada setiap balingan.
CONTOH MATA :
MERAH : 10 Mata
KUNING : 20 Mata
BIRU : 30 Mata
1. Peserta tidak dibenarkan melontar terus buah kelapa ke arah botol.
Buah kelapa hanya boleh dileretkan sahaja.
2. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah tertinggi jatuhan botol.
3. Sekiranya seri, perlawanan penentuan akan diadakan.
4. Keputusan pengadil adalah muktamad.
JESSICA ANAK MICHAEL | 11
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
16. 0 PELAN LANTAI PERMAINAN BOWLING KELAPA
JESSICA ANAK MICHAEL | 12
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
17.0 SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN
BIL SENARAI PERALATAN UNIT CATATAN
1. Meja Lipat Kecil 30
2. Kerusi Plastik 35
3. Bangku Kayu 4
4. Khemah Majlis 1
5. Payung Besar 6
6. Sistem P.A 1 set
7. Haler 1
8. Kain Rentang 3 meter
9. Kon 30
JESSICA ANAK MICHAEL | 13
A1 B1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
10. Tali Rafia 1 gulung
11. Botol Berwarna 24 botol
18.0 TENTATIF PROGRAM PERMAINAN TRADISIONAL
Tarikh Masa Agenda
15.MAC. 2014 7.00 pagi
7.30 pagi
7.45 pagi
8.00 pagi
8.10 pagi
Semua peserta berkumpul di padang IPG KBM
Pendaftaran peserta
Ketibaan tetamu kehormat
Perasmian oleh Pengerusi Program
Bacaan Doa oleh Saudara Mohd Alif bin Asmara
Senam robik
JESSICA ANAK MICHAEL | 14
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
8.15 pagi
8.30 pagi
12.00 tgh hari
1.00 petang
Karnival Permainan Tradisonal dimulakan
5. Baling Tin
6. Boling Kelapa
7. Lompat Getah
8. Galah Panjang
Penyampaian hadiah
Penutup dan jamuan ringan
1. IMPLIKASI KEWANGAN
19.1 PENDAPATAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Yuran Ahli RM 200.00
2 Tabung kelas PISMP 5C RM 150.00
JESSICA ANAK MICHAEL | 15
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
19.2 CADANGAN BELANJAWAN
BIL. PERKARA UNIT JUMLAH
1. Makanan (tengah hari) 45 orang x RM 5 RM 225
2. Peralatan Aktiviti RM 25
3. Cenderahati
1. Sijil Penghargaan
2. Hamper
3. Plak
45 keping
1 x RM 30
3 x RM 10
4 x RM 10
RM 60
RM 40
JUMLAH RM 350
Sumber Kewangan: Bayaran RM 10 bagi setiap pelajar dan tabung kelas.
20.0 KESIMPULAN
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival
Permainan Tradisional ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif
pertandingan permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang JESSICA ANAK MICHAEL | 16
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh
untuk diaplikasikan di sekolah kelak.
21.0 SYOR
Setinggi-tinggi harapan daripada pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan
Karnival Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan
seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan
matlamat BPG.
Disediakan oleh,
........................................................
(JESSICA ANAK MICHAEL)
Setiausaha,
Karnival Permainan Tradisional 2014.
Disemak oleh:
...................................................
(EN. SANTHARAN A/L ARUMUGAM)
Pensyarah Penasihat,
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
dan Sukan (PJM 3112).
Disokong oleh: Diluluskan oleh:
JESSICA ANAK MICHAEL | 17
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
..................................................... ................................................
(EN. SHAMSUL BAHARI BIN ISMAIL) (DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA)
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Pengarah,
dan Kesihatan, IPG Kampus Bahasa Melayu.
IPG Kampus Bahasa Melayu.
JESSICA ANAK MICHAEL | 18
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
1. LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
3.1 LAPORAN JAWATANKUASA PENGERUSI
Mata pelajaran Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmai (PJM 3112) telah
mengkehendaki kami untuk menganjurkan satu karnival permainan tradisional. Karnival
permainan tradisional akan dianjurkan bersama-sama pelajar PISMP semester 5 pada hari
yang sama. Saya selaku pengerusi permainan boling kelapa telah bermesyuarat untuk
menwujudkan satu jawatankuasa permainan tradisional untuk memilih ahli jawatan kuasa.
Pada 15 Mac 2014 yang lalu, merupakan tarikh karnival permainan tradisional dilaksanakan di
padang Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kami telah memilih Seramai 26
orang pelajar daripada 2 kelas telah digabungkan sebagai peserta permainan tradisional yang
kami anjurakan dan bersama-sama menjayakan karnival ini. Tujuan utama karnival permianan
tradisional ini dijalankan adalah untuk menghidupkan semula permianan tradisional yang kian
pupus akbiat pembangunan teknologi yang pesat. Karnival permainan tradisional ini juga
dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu pertandingan itu jalankan oleh
guru-guru pelatih dan juga pengurusan pentadbiran yang diaturkan oleh guru-guru pelatih iaitu
kami sendiri. Saya juga telah membuat satu langkah melancarkan permainan tradisional yang
akan kami anjurkan iaitu pada permulaan iaitu merancang, merangka, mengagih tugas,
sehinggalah pada peringkat akhir iaitu melaksanakan dan menjayakan karnival ini.
Laporan karnival permainan tradisional yang akan saya anjurkan adalah meliputi yang
tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Setelah mengetahui bahawa kami
akan menganjurkan karnival permainan tradisional sebagai langkah pertama yang akan kami
lakukan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana ialah mengadakan mesyuarat pertama bagi
membentuk ahli jawatankuasa Permainan Tradisional Tahun 2014 pada 24 Januari 2014.
Keputusan undian ahli jawatankuasa melalui mesyuarat tersebut, saya telah dilantik sebagai
pengerusi bagi Karnival Permainan Tradisional 2014.
JESSICA ANAK MICHAEL | 19
NAMA PENGERUSI : SHAHLAN BIN ABD MUTALIB
NO. ANGKA GILIRAN : 2012191340059
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang telah kami bentuk:
Pengerusi : Shahlan Abdul Mutalib
Timbalan Pengerusi : Kaharuddinsah bin Kahar
Setiausaha : Jessica Anak Michael
Timbalan Setiausaha : Nazmie Kendaran
Bendahari : Riduan Judin
AJK Peralatan : Asmad bin Rahim (K)
AJK Makanan : Siti Nabilah binti Sajali (K)
Stephanie Bita ak Naul
AJK Siar raya dan Teks Ucapan : Mohd. Yasser Bin Ismail
AJK Cenderahati/ Hadiah/Sijil : Noor Ashikin binti Abdul Rahman(K)
Nur Saiyidah binti Yusri
AJK Kebersihan/Kebajikan/Keselamatan : Charlie Ginsin (K)
AJK Dokumentasi/Buku Program/ Jemputan : Nancy Sinuwag (K)
Nik Nur Farah Hana Binti Nik Man
AJK Persiapan Tempat : Sofianah binti Tjinke (K)
Norfaezah binti Abdulla
AJK Pertandingan/Teknikal : Haryanto Fridrict
Mesyuarat kedua yang seterusnya kami adakan ialah pada 11 Februari 2014. Perkara
utama yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang tersebut adalah berkenaan dengan
pemilihan permainan tradisional yang akan pertandingkan dalam Karnival Permainan
Tradisional Tahun 2014. Permainan tradisional yang telah kami pilih untuk dipertandingkan
semasa karnival perimanan tradisional ialah:
JESSICA ANAK MICHAEL | 20
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
1. Boling Kelapa
Pada 19 Februari 2014, merupakan mesyuarat yang ketiga kami adakan. Tujuan utama
mesyuarat ketiga ini diadakan adalah bertujuan untuk mendengar laporan daripada setiap ahli
jawatankuasa mengenai perkembangan tugas yang mereka telah lakukan. Sebagai pengerusi,
saya meminta semua ahli jawatankuasa tentang tugasan yang telah mereka jalankan untuk
permainan tradisional. Selain itu, kami akan bersama mengemukakan cadangan untuk mereka
laksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan melancarkan lagi proses tugasan
mereka. Pada masa yang sama, kami berbincang mengenai hadiah yang akan kami berikan
kepada pemenang dan mengenai sumber kewangan yang perlu dibincangkan bersama semua
ahli jawatankuasad dan peralatan yang lebih sesuai untuk dimainkan di padang. Dalam masa
yang sama juga, kami sama-sama berfikir akan kelebihan dan keburukkan akan peralatan yang
akan kami pilih untuk permainan boling kelapa. Masa mesyuarat juga, kami semua telah
bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak rm10 setiap seorang dan jika kutipan tersebut tidak
mencukupi, kami telah bersetuju untuk menggunakan sedikit daripada duit kelas kami.
Pada 13 Mac lalu juga. sehari sebelum karnival berlangsung, saya selaku pengerusi
telah menbuat satu perjumpaan bersama peserta permainan tradisional bertempat di Dewan
Za’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu. Tujuan kami mengadakan perjumpaan bersama peserta
ini ialah untuk memberi, memberitahu mereka akan peraturan permainan tradisional. kami juga
terlebih dahulu telah mencuba mainkan permainan tradisional yang akan kami jalankan. Fokus
utama demo yang kami jalankan kepada peserta sebenar permainan kami adalah untuk melihat
dari segi masa, kesesuaian bahan, keselamatan, kekurangan yang akan terjadi dan
penambahbaikan yang akan kami dapat selepas membuat demotrasi permainan yang akan
kami jalankan itu. Selepas sahaja tamatnya sesi demotrasi kepada peserta-peserta kami dapati
bahawa peralatan seperti botol sebagai pin boling adalah kurang dan begitu juga dengan buah
kelapa yang akan kami gunakan. Kami dengan segera terus menambah segala peralatan yang
kurang. .
Sehari sebelum karnival berlangsung, kami bersama-sama turun ke padang Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasaa Melayu untuk membuat persiapan akhir. Persiapan akhir ini
adalah untuk bertujuan membuat persiapaan dari segi kawasan permainan dan menghias
kawasan tersebut bersesuaian dengan tema kami iaitu permainan tradisional. Kami juga, telah JESSICA ANAK MICHAEL | 21
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
membawa turun segala alatan yang akan digunakan untuk permainan tradisional tersebut.
Papan putih juga telah kami sediakan untuk meletakkan markah permainan yang akan kami
jalankan. Kami juga telah menggunakan pokok bambu sebagai perhiasan kawasan permainan
kami. Pokok bambu tersebut telah pun kami terlebih awal dahulu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu. Dalam masa yang sama juga, saya memerhati kesemua ahli jawatan
kuasa dan bertanyakan akan tugasan mereka setakat ini. Terutama ahli jawatan kuasa hadiah,
makanan, peralatan dan lain-lain.
Dalam fasa kedua iaitu fasa semasa pula, iaitu pada hari penting bagi kami semua iaitu
hari berlangsungnya permainan tradisional. Saya selaku pengerusi permianan tradisional yang
kami jalankan meminta ahli jawatan kuasa iaitu kelas kami sendiri dan peserta untuk turun lebih
awal ke padang. Kami amatmengalu-alukan kedatangan pensyarah pembimbing dan peserta
yang datang. Kami juga menyediakan borang pendaftaran untuk peserta-peserta dan maklumat
tentang permainan yang akan kami jalankan dan kami agihkan kepada pensyarah yang datang
melawat kawasan permainan tradisional yang kami jalankan. Sarapan pagi juga telah kami
sediahkan kepada peserta iaitu minuman kotak dan roti. Kami memulakan majlis kami dengan
bacaan doa dan selepas itu taklimat kepada para peserta permainan tradisional. Sebelum
permainan bermula kami telah membahagikan peserta-peserta tersebut kepada dua kumpulan
besar iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Semasa karnival berlangsung, saya memastikan ke
semua ahli jawatan kuasa menjalankan tugasan mereka masing-masing. Supaya untuk
mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah yang mungkin akan mencacatkan
permainan tradisional yang kami anjurkan dan juga untuk menjaga nama persyarah
pembimbing kami.
Semua ahli jawantan kuasa menjalankan tugasan yang sebaiknya begitu juga dengan
AJK pertandingan juga telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik apabila memberikan
taklimat ringkas mengenai peraturan peraturan dan cara bermain sesuatu permainan kepada
para peserta. Secara keseluruhannya dan sentiasa mencatatkan markah permainan di papan
yang disediakan. semasa karnival berlangsung juga saya dapat lihat ahli jawatankuasa
memainkan peranan mereka dengan sangat baik bagi memastikan pengurusan permainan
yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Pada fasa ketiga iaitu fasa selepas berlangsungnya karnival permainan tradisional, saya
terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima aksih kepada ke semua peserta permainan JESSICA ANAK MICHAEL | 22
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
tradisinonal pada tahun 2014 kerana kerjasama yang baik daripada mereka dalam bersama-
sama menjayakan karnival permainan tradisional yang kami anjrkan. Perkara yang saya titik
beratkan pada fasa menutup ini ialah kebersihan tempat yang kami gunakan. Saya meminta
Semua ahli jawatankuasa bekerja sama untuk membersihkan kawasan permainan dan
mengembalikan peralatan-peralatan yang digunakan dalam permainan tradisional ke tempat
asal barang tersebut. Kami juga turut menyediakan makan tengah hari kepada para peserta
sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka dalam memberikan semangat dan komitmen
yang tinggi dalam karnival tersebut. Selepas karnival permainan tradisional berlangsung, saya
amat berpuas hati kepada ahli jawatan kuasa karnival permainan tradisional 2014 kerana
kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada setiap tugasan yang diberikan. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami kerana tunjuk ajar dan
nasihat yang diberikan.
JESSICA ANAK MICHAEL | 23
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
3.2 LAPORAN JAWATANKUASA NAIB PENGERUSI
Pada 15 Mac 2014 yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani telah menganjurkan satu
karnival permainan tradisional yang diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu. Seramai 26 orang pelajar daripada 2 kelas telah digabungkan untuk
menjayakan karnival ini. Tujuan utama karnival ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan sesuatu pertandingan itu dikelolakan oleh guru-guru pelatih dan juga pengurusan
pentadbiran oleh guru-guru pelatih daripada langkah permulaan iaitu merancang, merangka,
mengagih tugas, sehinggalah pada peringkat akhir iaitu melaksanakan dan menjayakan
karnival ini.
Laporan yang akan saya hasilkan ini meliputi tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan
selepas pertandingan. Sebelum pertandingan, perkara pertama yang kami sebagai ahli
jawatankuasa pelaksana lakukan ialah mengadakan mesyuarat pertama bagi membentuk ahli
jawatankuasa Permainan Tradisional Tahun 2014 pada 24 Januari 2014. Melalui mesyuarat
tersebut, saya telah dilantik untuk menjadi naib pengerusi bagi Karnival Permainan Tradisional
2014. Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang telah dipersetujui bersama,
Pengerusi : Shahlan Abdul Mutalib
Timbalan Pengerusi : Kaharuddinsah bin Kahar
Setiausaha : Jessica Anak Michael
JESSICA ANAK MICHAEL | 24
NAMA NAIB PENGERUSI : KAHARUDDINSAH BIN KAHAR
NO. ANGKA GILIRAN : 2012191340047
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Timbalan Setiausaha : Nazmie Kendaran
Bendahari : Riduan Judin
AJK Peralatan : Asmad bin Rahim (K)
AJK Makanan : Siti Nabilah binti Sajali (K)
Stephanie Bita ak Naul
AJK Siar raya dan Teks Ucapan : Mohd. Yasser Bin Ismail
AJK Cenderahati/ Hadiah/Sijil : Noor Ashikin binti Abdul Rahman(K)
Nur Saiyidah binti Yusri
AJK Kebersihan/Kebajikan/Keselamatan : Charlie Ginsin (K)
AJK Dokumentasi/Buku Program/ Jemputan : Nancy Sinuwag (K)
Nik Nur Farah Hana Binti Nik Man
AJK Persiapan Tempat : Sofianah binti Tjinke (K)
Norfaezah binti Abdulla
AJK Pertandingan/Teknikal : Haryanto Fridrict
Mesyuarat kedua pula telah diadakan pada 11 Februari 2014. Perkara yang
dibincangkan pada mesyuarat yang kedua adalah berkenaan dengan pemilihan permainan
tradisional yang akan dipertandingkan dalam Karnival Permainan Tradisional Tahun 2014.
Berikut merupakan permainan tradisional yang telah kami pilih untuk dipertandingkan semasa
karnival.
1. Boiling Kelapa
2. Galah Panjang
3. Baling Tin
4. Lompat Getah
Pada 19 Februari 2014, mesyuarat yang ketiga pun diadakan. Mesyuarat ini diadakan
bertujuan untuk mendengar laporan daripada setiap ahli jawatankuasa mengenai
perkembangan tugas yang mereka telah lakukan. Sebagai naib pengerusi, saya membantu ahli
jawatankuasa lain dengan mengemukakan cadangan kepada mereka untuk mereka laksanakan
JESSICA ANAK MICHAEL | 25
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
tugas mereka dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, kami berbincang mengenai
hadiah yang akan kami berikan kepada pemenang dan mengenai sumber kewangan yang perlu
dibincangkan bersama semua ahli jawatankuasa. Selepas perbincangan, kami semua telah
bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak rm10 seorang dan jika kutipan tersebut tidak
mencukupi, kami telah bersetuju untuk menggunakan sedikit daripada duit kelas kami.
Sebelum karnival berlangsung, setiap kumpulan yang mengendalikan sesuatu
permainan diperlukan untuk menyenaraikan alatan yang mereka perlukan masa karnival nanti
dan menyerahkan senarai tersebut kepada AJK peralatan. Setiap kumpulan tersebut juga perlu
membuat peraturan dan cara bermain permainan tradisional yang telah dipilih. Mereka juga
perlu menyediakan jadual pertandingan yang menunjukkan mata yang diperoleh dan
menyerahkannya kepada AJK pertandingan. Pada 10 Mac 2014, saya dan pengerusi Karnival
Permainan Tradisional telah mengadakan satu perjumpaan bersama-sama dengan para
peserta iaitu guru pelatih daripada kelas PISMP 2A dan PISMP 2B. Tujuan perjumpaan kami
pada hari tersebut adalah untuk memberikan sedikit taklimat kepada mereka mengenai
peraturan dan cara bermain permainan tradisional yang akan kami laksanakan.
Pada 13 Mac pula iaitu dua hari lagi sebelum karnival berlangsung, saya bersama-sama
pengerusi dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain telah mengadakan satu kali lagi
perjumpaan bersama peserta permainan tradisional bertempat di Dewan Za’ba, IPG Kampus
Bahasa Melayu. Tujuan kami mengadakan perjumpaan ini ialah untuk memberikan pendedahan
awal kepada peserta mengenai cara bermain permainan tradisional yang kami laksanakan
dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba permainan tradisional tersebut.
Sehari sebelum karnival berlangsung, kami telah membuat persiapan tempat di Padang
IPG Kampus Bahasa Melayu. Sebelum itu, kami telah pergi menebas pohon bamboo dan
mengambil daun pokok kelapa. Persiapan tempat untuk Karnival Permainan Tradisional yang
kami dirikan agak memuaskan hati apabila kami mewujudkan suasana seperti berada di
kampung dengan membina pondok daripada batang bamboo yang berbumbungkan daun
kelapa. Pondok tersebut kami dirikan adalah bertujuan untuk mengelakkan peserta kami
terdedah kepada panas sebelum permainan dimulakan dan sebagai tempat untuk mereka
berehat selepas permainan. Perkara yang menggembirakan pada fasa sebelum karnival ini
berlangsung ialah melihat semangat bantu-membantu di antara jawatankuasa bagi menjayakan
Karnival Permainan Tradisional.
JESSICA ANAK MICHAEL | 26
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Dalam fasa semasa pula, saya sebagai naib pengerusi bersama-sama pengerusi turun
awal ke padang iaitu tapak permainan untuk membuat tinjauan awal sebelum Karnival
Permainan Tradisional berlangsung. Kami mengalu-alukan kedatangan pensyarah pembimbing
dan peserta yang datang. Selepas semua peserta telah mendaftarkan diri, kami telah
membahagikan peserta-peserta tersebut kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan A dan
Kumpulan B. Semasa karnival berlangsung, saya memastikan semua ahli jawatankuasa
menjalankan tugas mereka. Terutamanya, AJK keselamatan yang sangat penting bila berlaku
kecemasan dan kecederaan kepada peserta ketika bermain permainan tradisional.
AJK pertandingan juga telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik apabila
memberikan taklimat ringkas mengenai peraturan peraturan dan cara bermain sesuatu
permainan. Secara keseluruhannya, semasa karnival berlangsung saya melihat semua ahli
jawatankuasa memainkan peranan mereka dengan sangat baik bagi memastikan pengurusan
permainan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melihat
semangat dan keseronokan yang terpancar pada wajah peserta-peserta. Keputusan Karnival
Permainan Tradisional telah berpihak kepada kumpulan B setelah mereka bersaing secara
sengit bersama kumpulan A. Dengan itu kumpulan B telah menjadi johan Karnival Permainan
Tradisional Tahun 2014.
Selepas karnival tersebut, perkara yang sangat penting ialah kebersihan. Semua ahli
jawatankuasa bekerja sama untuk membersihkan kawasan permainan dan mengembalikan
peralatan-peralatan yang digunakan dalam permainan tradisional. Selain itu, sebagai tanda
penghargaan kepada peserta kerana telah menyumbangkan kepada kejayaan Karnival
Permainan Tradisional Tahun 2014, kami telah menyediakan hidangan makan tengah hari
kepada mereka. Selepas karnival tersebut, dapat saya simpulkan bahawa semua ahli
jawatankuasa telah memainkan peranan mereka dengan sangat baik sehinggakan karnival
yang dilaksanakan berjalan dengan lancar tanpa terdapat sebarang masalah. Perkara yang
penting ialah kami dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara guru-guru pelatih dan di
antara pensyarah dengan guru pelatih melalui penganjuran karnival yang sedemikian.
JESSICA ANAK MICHAEL | 27
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
3.3 LAPORAN JAWATANKUASA SETIAUSAHA
Guru pelatih Semester 5 Ambilan Januari 2012 telah ditugaskan untuk
menjalankan amali bagi subjek PJM 3112 – Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan yang bertemakan permainan tradisional iaitu boling padang.
JESSICA ANAK MICHAEL | 28
NAMA SETIAUSAHA : JESSICA ANAK MICHAEL
NO. ANGKA GILIRAN : 2012191340046
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Tugasan ini telah dijelaskan oleh pensyarah kami, En Santharan a/l Arumugam.
Saya diberi mandat dan kepercayaan intuk memikul tanggungjawab sebagai
setiausaha dalam tugasan ini.
Sebelum karnival permainan tradisional diadakan, beberapa mesyuarat telah
kami adakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Kumpulan boling padang kami
telah diketuai oleh saudara Shahlan Abd. Mutalib. Kami telah berbincang dengan
teliti tentang peraturan permainan boling padang, peralatan yang diperlukan dan
ciri-ciri permainan tradisional ini. Kami juga memikirkan bagaimana permainan ini
dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan dengan memberi perhatian terhadap
kemampuan para peserta permainan tradisional ini. Dengan butiran-butiran
tersebut, saya menjalankan tugas utama saya iaitu membuat kertas kerja yang
menyeluruh berkenaan dengan permainan tradisional boling padang. Saya dibantu
oleh naib setiausaha, Nazmie Kendaran. Apa yang dapat saya lihat di sini, terdapat
prosedur-prosedur dan format kertas kerja yang harus dipatuhi. Sebelum itu, saya
terlebih dahulu mendapatkan senarai nama peserta yang akan menyertai karnival
ini.
Pada hari kejadian, iaitu pada tanggal 15 Mac 2014, karnival permainan
tradisional ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Pada hari tersebut, peserta
boling padang dibahagikan kepada dua kumpulan. Komitmen daripada
jawatankuasa dan para peserta juga positif dan sangat bekerjasama dalam
menjayakan karnival ini. Bagi pendapat saya, objektif yang kami tetapkan untuk
pertandingan pada hari tersebut tercpai dengan jayanya. Saya dan rakan-rakan
sekumpulan amat berpuas hati berkaitan dengan karnival tersebut. Selepas karnival
tersebut, perkara yang sangat penting ialah kebersihan. Semua ahli jawatankuasa bekerja
sama untuk membersihkan kawasan permainan dan mengembalikan peralatan-peralatan yang
digunakan dalam permainan tradisional. Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada peserta
kerana telah menyumbangkan kepada kejayaan Karnival Permainan Tradisional Tahun 2014,
kami telah menyediakan hidangan makan tengah hari kepada mereka. Selepas karnival
tersebut, dapat saya simpulkan bahawa semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan
mereka dengan sangat baik sehinggakan karnival yang dilaksanakan berjalan dengan lancar
tanpa terdapat sebarang masalah. Perkara yang penting ialah kami dapat merapatkan
JESSICA ANAK MICHAEL | 29
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
hubungan silaturahim di antara guru-guru pelatih dan di antara pensyarah dengan guru pelatih
melalui penganjuran karnival yang sedemikian.
Sekian, Terima Kasih.
JESSICA ANAK MICHAEL | 30
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
3.4 LAPORAN JAWATANKUASA NAIB SETIAUSAHA
Laporan Sebelum Pertandingan
Setelah pembahagian kumpulan, kami diminta untuk berbincang bagi memilih
dan merancang sebuah permainan tradisional. Pemilihan permainan tradisional ini amat
penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan serta kumpulan lain yang turut
merancang aktiviti yang sama. Oleh hal yang demikian, kami diminta untuk sebulat kata
memilih bowling kelapa sebagai sebuah permainan tradisional yang bakal
dilaksanakan.
Permainan bowling kelapa merupakan sejenis permainan yang diolah dari
permainan bowling sebenar. Permainan ini juga merupakan terapi bagi kanak-kanak
JESSICA ANAK MICHAEL | 31
NAMA NAIB SETIAUSAHA : NAZMIE KENDARAN
NO. ANGKA GILIRAN : 2012191340051
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Pendidikan Khas. Melalui permainan bowling kelapa ini, peserta dapat menguji
kemahiran mereka dalam menjatuhkan botol di mana setiap botol mempunyai matanya
yang tersendiri. Peserta permainan ini juga dapat menguji kemahiran meleret kelapa
menuju ke sasarannya. Jika leretan yang betul berjaya dilakukan, maka, botol akan
jatuh dengan mudah dan sebaliknya.
Untuk menjayakan perancangan aktiviti ini, kami telah membuat pelantikan Ahli
Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Kecil serta pembahagian tugas. Hal ini
bagi memudahkan pelancaran aktiviti. Sebagai yang dilantik, ahli-ahli tersebut haruslah
melaksanakan tugas serta kewajipan yang telah diamanahkan dengan sempurna.
Pembahagian tugas ini juga akan menjadi sebuah kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti.
(Rujuk Lampiran)
Setelah itu, kami mengadakan mesyuarat kelas untuk membentangkan kertas
kerja masing-masing serta pembahagian tugas. Ketika mesyuarat ini, kami juga akan
berbincang tentang perbelanjaan kewangan, pembahagian kawasan tempat permainan
dan sebagainya.
Laporan Semasa Pertandingan
Pada awal pertandingan, sesuai dengan pembahagian tugas, setiap ahli
memainkan peranan masing-masing. Setiap ahli dikehendaki bersedia untuk berkumpul
apabila selang setiap permainan, pemain akan rehat. Ketika pemain rehat, AJK
Tertinggi pelaksana akan memberi sedikit taklimat kepada ahli-ahli yang bertugas agar
mereka faham akan pembahagian tugas mereka.
Ketika pertandingan, setiap peserta akan diberi taklimat dalam kumpulan tentang
cara-cara pertandingan serta peraturan-peraturan. Hal ini agar memudahkan peserta
memahami prosuder permainan dan peraturan-peraturan permainan tersebut. Setiap
peserta hanya diberikan dua kali balingan. Mata permainan dikira berdasarkan kepada
jumlah botol yang berjaya dijatuhkan pada setiap balingan. Peserta tidak dibenarkan
melontar terus buah kelapa ke arah botol. Buah kelapa hanya boleh dileretkan sahaja.
JESSICA ANAK MICHAEL | 32
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Selepas pertandingan, setiausaha mencatat markah dan membuat laporan akhir
bagi pertandingan tersebut.
Laporan Selepas Pertandingan
Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran ke hadirat Ilahi Yang Maha Kuasa
kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, pengelolaan pertandingan ini dapat disiapkan
dengan lancar dan jayanya. Semoga tugasan ini dapat dijadikan panduan dan
bimbingan kepada semua pendidik dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran
khasnya untuk aktiviti permainan tradisional.
Selepas pertandingan, kami telah membuat mesyuarat berkaitan pengelolaan
pertandingan. Dalam kesempatan tersebut, kami berbincang tentang kekuatan dan
kelemahan pengelolaan aktiviti yang telah kami laksanakan. Kami juga membuat
refleksi untuk pengelolaan aktiviti tersebut.
3.5 LAPORAN JAWATANKUASA BENDAHARI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kumpulan saya
dapat menjalankan program Karnival Permainan Tradisional pada 15 Mac 2014 yang
lepas. Permainan ini telah diadakan di padang IPG Kampus Bahasa Melayu bermula
dari jam 7.30 pagi sehingga jam 2.00 petang.
JESSICA ANAK MICHAEL | 33
NAMA BENDAHARI : RIDUAN JUDIN
NO. ANGKA GILIRAN : 2012191340058
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Karnival ini telah dianjurkan oleh PISMP semester 5 dengan sokongan padu
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, serta disertai oleh kumpulan PISMP 2A
dan 2B. Dalam karnival ini, empat buah permainan telah dipilih iaitu galah panjang,
boling kelapa, lompat getah dan baling tin. Sebelum karnival permainan tradisional
berlangsung, kami telah membuat taklimat ringkas bagi membahagikan AJK induk yang
bakal menggerakkan program ini. Setiap kumpulan yang dianggotai seramai lima orang
juga membuat mesyuarat bagi membentuk AJK kecil dalam kumpulan. Dan juga telah
pun melaksanakan beberapa kali mesyuarat bersama pensyarah, bagi membincangkan
permasalahan yang timbul sepanjang persediaan karnival tersebut.
Sebelum berlangsungnya karnival, kami kerap kali membuat mesyuarat bersama
AJK Induk dalam organisasi ini. Dalam mesyuarat, banyak perkara yang dibangkitkan
termasuklah perkara yang berkaitan dengan kewangan. Banyak perkara yang
dibangkitkan, terutamanya anggaran perbelanjaan keseluruhan dan perbelanjaan
dalam kumpulan kecil.
Dalam program Karnival Permainan Tradisional ini, saya memainkan peranan
yang penting untuk membuat kutipan dana bagi tujuan kegunaan membeli peralatan
yang diperlukan seperti barangan untuk kegunaan hiasan, cenderamata, dan
sebagainya. Selain itu, saya juga mengurus mengenai design, dan tempahan banner.
Justeru, sebagai bendahari, saya juga membuat sedikit kutipan untuk membayar kos
perbelanjaan tempahan banner tersebut.
Selain itu, saya juga membuat perbelanjaan untuk tempahan makanan. Dalam
hal ini, saya telah membuat perbincangan dengan AJK makanan untuk memutuskan
kos perbelanjaan bagi setiap seorang daripada kalangan penganjur dan peserta yang
mengambil bahagian dalam pertandingan Karnival Permainan Tradisional ini.
Seterusnya, dari segi tajaan. Kami tidak mendapat sebarang tajaan melainkan daripada
sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
JESSICA ANAK MICHAEL | 34
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
4.0 LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
JESSICA ANAK MICHAEL | 35
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Pada 15 Mac 2014, pelajar PISMP Semester 5C Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu telah menjayakan satu Karnival Permainan Tradisional yang
bertempat di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu. Karnival Permainan Tradisional ini
dijalankan bagi memenuhi proforma mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112). Manakala peserta terdiri daripada pelajar-
pelajar PISMP Semester 2.
Tujuan Karnival Permainan Tradisional ialah menjadikan pendidikan jasmani
sebagai platform bagi guru pelatih untuk mendedahkan tentang permainan tradisional
terhadap para peserta. Terdapat 4 jenis permainan yang telah dipilih untuk dimainkan
iaitu permainan Running Galah Man, Baling Tin, Boling Kelapa dan Tok Teng.
Semasa Karnival
Pada hari kejadian (15 Mac 2014, Sabtu), jawatankuasa penganjur telah berada
di padang seawal jam 7 pagi di padang IPG Kampus Bahasa Melayu sebelum Karnival
Permainan Tradisional diadakan. Apabila kesemua peserta telah mendaftar dan
persiapan penuh telah siap dilakukan, acara pertama yang dimulakan pada jam 8.30
pagi bacaan doa oleh saudara Riduan bin Judian. Selepas selesai bacaan doa, agenda
diteruskan dengan slot pemanasan badan yang telah diketua oleh saudari Haryanto bin
Fridrict. Peserta diminta membawa kain batik (bagi peserta perempuan) dan kain
pelekat (bagi peserta lelaki) untuk dipakai semasa bermain permainan tradisional
tersebut. Kami sebagai pihak penganjur sangat berbesar hati dan bersyukur kerana
kesemua peserta kelas PISMP 2 ini memberikan respon yang sangat baik seterusnya
menjadikan karnival permainan tradisional ini lebih meriah.
Kemudian, aktiviti pemanasan badan diketuai oleh saudara Haryanto Fridrict.
Pemanasan badan penting bagi para peserta agar dapat mengelakkan kecederaan
ligamen atau otot. Acara permainan tradisional ini dimulakan oleh kumpulan penganjur
permainan tradisional yang pertama iaitu permainan Running Galah Man yang
JESSICA ANAK MICHAEL | 36
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
dikelolakan oleh Asmad bin Rahim dan rakan-rakan. Peserta telah dibahagikan kepada
dua kumpulan yang diberi nama Kumpulan Kampung Pening Lalat dan Kampung
Pinang Sebatang yang masing-masing terdiri daripada 13 orang ahli kumpulan.
Taklimat ringkas berkaitan dengan permainan ini telah diketuai oleh saudara
Asmad bin Rahim. Permainan Running Galah Man ini dimainkan sebanyak dua
pusingan. Peserta Kampung Pinang Sebatang memberikan persembahan permainan
yang amat baik dan memuaskan. Mereka telah memenangi permainan ini dengan
jumlah mata sebanyak 88. Manakala, mata untuk kumpulan Kg. Pening Lalat ialah
sebanyak 70.
Acara yang kedua diteruskan dengan permainan boling kelapa. Boling kelapa
merupakan salah satu permainan tradisional yang unik yang dimainkan di zaman
kanak-kanak dahulu. Permainan menggunakan buah kelapa menjadikan bola boling
dan botol (pin) boleh dijadikan sebagai objek lain yang terpakai seperti botol plastik, tin
dan objek lain yang berbentuk silinder. Dalam permainan bowling kelapa ini, pemain
diuji kemahiran mereka dalam menjatuhhkan botol (pin) dimana setiap botol
mempunyai matanya yang tersendiri. Pemain juga diuji kemahiran meleret kelapa
menuju ke sasarannya. Penerangan ringkas dan peraturan mengenai permainan ini
telah diterangkan oleh saudara Shahlan bin Abdul Mutalib.
Selepas rehat, karnival ini diteruskan lagi dengan permainan Baling Tin. Para
peserta diminta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk diberikan
penerangan oleh ahli kumpulan penganjur yang mengelolakan permainan ini.
Penerangan ini telah disampaikan oleh saudara Haryanto bin Fridrict. Beliau telah
menerangkan tentang cara bermain dan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh
para peserta sepanjang permainan tersebut diadakan.
Setiap peserta diberikan peluang untuk cuba membuat balingan pada jarak yang
telah ditetapkan. Seterusnya permainan ini dimulakan dengan kumpulan Kampung
Pening Lalat. Kumpulan Kampung Pening Lalat lelaki melakukan balingan sementara
kumpulan Kampung Pinang Sebatang mengawasi pihak lawan mereka dengan JESSICA ANAK MICHAEL | 37
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
menggunakan beberapa strategi agar kumpulan Kampung Pening Lalat tidak dapat
menyusun semula tin yang telah dijatuhkan. Permainan ini berjalan dengan lancar.
Permainan ini telah diteruskan lagi dengan penukaran permainan iaitu kumpulan Kg.
Pinang Sebatang membuat balingan manakala kumpulan Kg. Pening Lalat mengawasi
pihak lawan mereka agar tin-tin yang dijatuhkan tidak dapat disusun semula.
Para peserta kemudiannya diminta untuk berkumpul bagi mendengar
penerangan mengenai cara bermain dan peraturan permainan terakhir iaitu permainan
Tok Teng. Penerangan ini telah disampaikan oleh wakil kumpulan penganjur permainan
ini iaitu saudara Charlie Ginsin. Para peserta memberikan kerjasama yang baik kerana
memberikan tumpuan semasa penerangan diberikan.
Permainan dimulakan setelah para peserta memahami cara permainan dan
peraturan yang diterangkan. Sebelum permainan dimulakan, para peserta telah duduk
dalam kumpulan masing-masing dan merancang strategi masing-masing agar
kumpulan mereka tidak tewas kepada pasukan lawan. Permainan ini dimulakan dengan
kumpulan Kg. Pinang Sebatang. Selepas semua peserta dalam kumpulan Kg. Pinang
Sebatang melakukan permainan tersebut, penukaran permainan dilakukan dimana
kumpulan Kg. Pening Lalat pula pula berusaha mengumpul mata sebanyak mungkin.
Upacara kemuncak yang dinantikan-nantikan iaitu penyampaian hadiah dan sijil
kepada para peserta juga telah disempurnakan oleh Encik Shamsul Bahri Bin Ismail,
Cik Tan Yim dan Encik Santaharan a/l Arumugam selaku penilai dan pensyarah
pembimbing Karnival Permainan Tradisional ini. Setelah dikira markah secara
keseluruhan, kumpulan Kg. Pinang Sebatang telah muncul sebagai johon bagi Karnival
Permainan Tradisional anjuran PISMP 5C dan naib johon pula disandang oleh
kumpulan Kg. Pening Lalat. Seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada
pensyarah penilai luar kerana sudi menghadiri Karnival Permainan Tradisional anjuran
PISMP 5 Ambilan Januari 2012.
Setelah tamat majlis penutupan, semua peserta, penganjur, pensyarah dan
tetamu VIP telah mengambil gambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan. JESSICA ANAK MICHAEL | 38
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
Sebelum majlis bersurai, semua hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan yang
telah disediakan oleh pihak penganjur. Selepas itu, para penganjur telah bekerjasama
mengemas dan membersihkan semula kawasan permainan.
5.0 KEPUTUSAN PERMAINAN TRADISIONAL BOLING KELAPA
PUSINGAN : PUSINGAN 1
KUMPULAN : KAMPUNG PINANG SEBATANG
WARNA
BOTOL
KUANTITI JUMLAH MARKAH
MERAH
(10 MATA)
3 30
KUNING
(20 MATA)
6 120
BIRU
(30 MATA)
8 240
JUMLAH MATA KESELURUHAN : 390 NAMA PENGADIL : NAZMIE KENDARAN
KUMPULAN : KAMPUNG PENING LALAT
JESSICA ANAK MICHAEL | 39
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
WARNA
BOTOL
KUANTITI JUMLAH MARKAH
MERAH
(10 MATA)
4 40
KUNING
(20 MATA)
3 60
BIRU
(30 MATA)
5 150
JUMLAH MATA KESELURUHAN : 250 NAMA PENGADIL : JESSICA MICHAEL
PUSINGAN : PUSINGAN 2
KUMPULAN : KAMPUNG PINANG SEBATANG
WARNA
BOTOL
KUANTITI JUMLAH MARKAH
MERAH
(10 MATA)
8 80
JESSICA ANAK MICHAEL | 40
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
KUNING
(20 MATA)
13 260
BIRU
(30 MATA)
12 360
JUMLAH MATA KESELURUHAN : 700 NAMA PENGADIL : NAZMIE KENDARAN
KUMPULAN : KAMPUNG PENING LALAT
WARNA
BOTOL
KUANTITI JUMLAH MARKAH
MERAH
(10 MATA)
10 100
KUNING
(20 MATA)
14 280
BIRU
(30 MATA)
22 660
JESSICA ANAK MICHAEL | 41
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
JUMLAH MATA KESELURUHAN : 1040 NAMA PENGADIL : JESSICA MICHAEL
KEPUTUSAN KESELURUHAN PERMAINAN TRADISIONAL BOLING KELAPA
KAMPUNG PINANG
SEBATANG
NAMA KUMPULAN KAMPUNG PENING LALAT
390 PUSINGAN PERTAMA 250
700 PUSINGAN KEDUA 1040
1090 MARKAH KESELURUHAN 1290
NAIB JOHAN KEDUDUKAN JOHAN
JESSICA ANAK MICHAEL | 42
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
6.0 PENUTUP
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan
yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk
kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan
ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara
keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak
permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara
hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada
individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan
JESSICA ANAK MICHAEL | 43
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan
diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan
musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh
peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta
pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk
kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar
memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan
interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang
demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di
antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui
oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Justeru, diharapkan dengan pelaksanaan dan pengelolaan karnival permainan
tradisional sebegini, masyarakat khususnya kanak-kanak dapat membuka fikiran
dan mengamalkan warisan dan permainan tradisi agar permainan-permainan ini
tidak luput dek masa.
1. REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana Karnival Permainan Tradisional bagi PISMP 5C
telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2014 bertempat di padang IPG Kampus
Bahasa Melayu di bawah bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu
Encik Santharan A/L Arumugam. Karnival ini turut dipantau oleh Encik Shamsul
Bahri selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Bahasa
Melayu.
Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan
menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112 bagi guru-guru pelatih yang mempunyai JESSICA ANAK MICHAEL | 44
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
minor PendidikanJasmani dan Kesihatan. Melaluinya, para peserta memperoleh
banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan
menghargai permainan tradisionalyang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
Justeru, untuk memastikan warisan nenekmoyang kita ini terus hidup di dalam arus
pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur
permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan.
Sepanjang karnival ini berlangsung, para peserta dapat memahami apa yang
cuba disampaikan oleh kami sebagai pihak penganjur. Permainan yang dijalankan
juga adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan
ceria dan sentiasa menunjukkan semangat daya bersaing yang tinggi dan
bersungguh-sungguhuntuk memenangi setiap acara.
Pengurusan masa juga merupakan salah satu kekuatan dalam karnival
permainan tradisional ini. Kami dapat menamatkan kesemua acara dalam masa
yang ditetapkan. Tidak ada penangguhan dalam mana-mana acara yang
dipertandingkan. Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad dalam
melaksanakan karnival permainan tradisional ini. Kami telah menggunakan tepung,
kayu biasa, batu-bata kecil, botol-botol kosong, pelepah kelapa sawit dan tin-tin
kosong dalam mengendalikan permainan tradisional. Projek ini dapat membantu
guru pelatih dalam mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang permainan
tradisional yang agak dilupakan oleh generasi masa kini. Mereka dapat mengingat
kembali dan mengetahui peraturan-peraturan asas dalam permainan tradisional.
Mereka juga turut memahami teknik-teknik yang patut diaplikasikan bagi
memenangi sesuatu permainan. Para guru pelatih telah melibatkan diri dengan
sangat aktif dalam semua permainan tradisional yang telah dipertandingkan.
Mereka dapat bergaul dan bermain dengan semua guru pelatih tanpa adanya apa-
apa masalah atau kekecohan walaupun terdapat perbezaan diantara mereka iaitu
dari segi opsyen dan juga kaum yang berlainan. Mereka tidak mencari kawan
masing-masing, malah membentuk satu kumpulan untuk melibatkan diri dalam
sesebuah permainan. Para siswa guru lebih berminat untuk bermain permainan
tradisional di padang. Hadiah yang telah disusunkan telah memotivasikan semangat
JESSICA ANAK MICHAEL | 45
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
murid untuk bermain. Projek ini telah mencungkil daya kreativiti para guru pelatih.
Semasa sukan tradisional sedang dijalankan, terdapat ramai guru pelatih yang
menggunakan teknik-teknik lain untuk memenangi sesuatu acara.
Manakala beberapa kelemahan yang saya dapati semasa pelaksanaan dan
pengelolaan karnival permainan tradisional ini, terdapat peserta yang mengambil
sikap sambil lewa atau kurang peka dengan taklimat yang disampaikan oleh rakan
peserta. Selain itu, terdapat peserta yang sepatutnya hadir pada hari kejadian,
namun tidak memaklumkan kepada pihak penganjur tentang ketidakhadirannya
pada hari tersebut. Hal ini menyebabkan pihak penganjur terpaksa menukar
beberapa peraturan dan corak permainan yang sememangnya telah ditetapkan dari
awal. Namun, kami bersyukur kerana berjaya menyelesaikan masalah ini dalam
masa yang singkat. Bagi cadangan penambahbaikan, undang-undang dan
peraturan yang dirangka untuk satu-satu permainan mestilah bersifat realistik dan
praktikal serta mampu dilaksanakan dengan baik.
Kesimpulannya, saya merasakan refleksi kendiri merupakan secara jujur
seseorang tentang sesuatu perkara dengan membuat renungan, muhasabah dan
menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu. Refleksi penting bagi
mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu program ternasuklah karnival ini.
Sekian. Terima kasih.
JESSICA ANAK MICHAEL | 46
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
8.0 LAMPIRAN
JESSICA ANAK MICHAEL | 47
Gambar 1 : Meja pendaftaran peserta Karnival Permainan Tradisional PISMP 5C
Gambar 2 : Bacaan doa sebelum karnival permainan bermula
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
JESSICA ANAK MICHAEL | 48
Gambar 3 : Sesi pemanasan badan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
JESSICA ANAK MICHAEL | 49
Gambar 4 : Penerangan dari saudara Shahlan bagi permainan boling kelapa
Gambar 5 : Permainan Running Galah Man yang masih mengekalkan konsep permainan galah panjang.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
JESSICA ANAK MICHAEL | 50
Gambar 6 : Permainan boling kelapa.
Gambar 7 : Permainan tuju tin.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI (PJM3112)
2014
JESSICA ANAK MICHAEL | 51
Gambar 8 : Permainan Tok Teng
Recommended