View
249
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: HUBUNGAN TAHAP KECERDASAN IQ DAN PRESTASI KOORDINASI PERGERAKAN BAGI WANITA DEWASA BERUMUR 18 HINGGA 26 TAHUN
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: NURUL IZZAH BINTI ABD HALIM_________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 09-02-39 APARTMENT CENDANA, HJH. HAFIZAH BINTI HARUN TAMAN BUKIT SUBANG, 40160 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : .......................................
Nama Penyelia : Hjh. Hafizah binti Harun
Tarikh : 23 APRIL 2010
HUBUNGAN TAHAP KECERDASAN IQ DAN PRESTASI KOORDINASI
PERGERAKAN BAGI WANITA DEWASA BERUMUR 18 HINGGA 26 TAHUN
NURUL IZZAH BINTI ABD HALIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
24 April 2010
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......................................
Nama Penulis : Nurul Izzah binti Abd Halim
Tarikh : 23 April 2010
ii
DEDIKASI
Buat yang dikasihi abah dan mak
Abd Halim Amri dan Umi Salmah A. Razak
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan untuk menjalani hidup
sebagai seorang insan berguna
Buat yang tersayang adik-adikku
Khairul Azlan, Nurhusnina dan Muhamad Rashdan
semoga kalian sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan
Dan yang terakhir sekali buat semua rakan-rakan warga SPS serta
Murshidi Marzuki, Nani, Emma, Atikah, Shazlin, dan Effarini
Terima kasih di atas sokongan moral, serta dorongan dari segi fizikal dan mental di
kala aku memerlukan
iii
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dirakamkan khas untuk penyelia Projek Sarjana Muda
saya ini iaitu Hjh. Hafizah Harun di atas bimbingan serta tunjuk ajar dan nasihat
yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan dan penghasilan laporan Projek
Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga kepada keluarga tersayang yang banyak memberi
sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini terutamanya kepada Abah dan Mak.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua pensyarah dan rakan-
rakan Sains Sukan yang telah terlibat serta banyak memberikan pandangan dan
pendapat kepada saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Kerjasama
dari kalian semua amat dihargai.
Akhir sekali, penghargaan ini turut ditujukan kepada semua yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung di sepanjang proses menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini dari awal hingga ke akhirnya.
iv
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara tahap
kecerdasan IQ dan prestasi koordinasi pergerakan motor bagi golongan wanita
dewasa berumur 18 hingga 26 tahun. Kecerdasan IQ adalah kebolehan seseorang
individu bertindak secara bertujuan, berfikir secara rasional dan menghadapi
persekitaran secara berkesan. Koordinasi pergerakan pula terbahagi kepada dua
aktiviti iaitu aktiviti diskrit dan aktiviti berulang. Aktiviti diskrit adalah koordinasi di
antara mata, kepala, dan tangan, capai dan genggam, dan koordinasi bimanual.
Aktiviti berulang pula adalah lakuan oleh kedua-dua anggota dominan dan non-
dominan secara berulang-ulang. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan
kajian ini adalah McCarron Assesment of Neuromuscular Development (MAND) for
adults ages 16 and above yang mempunyai 10 item ujian iaitu 5 item motor halus
dan 5 item motor kasar. Manakala ujian IQ yang diadaptasi dari ujian Wechsler adult
intelligence scale (WAIS) terdiri daripada ujian skala verbal dan skala prestasi.
Seramai 30 orang subjek dari golongan wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun
telah dipilih untuk menjalani kajian ini. Data yang diperolehi daripada kajian ini
telah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel dan Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 13.0 dengan kaedah Spearman Rho. Hasil keputusan
menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan prestasi
koordinasi pergerakan motor wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun (r=-0.259).
Hasil keputusan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara pergerakan
motor kasar dengan IQ (r=-0.201) dan juga pergerakan motor halus dengan IQ (r=-
0.120). Kesimpulannya, kecerdasan IQ tidak memberi kesan kepada prestasi
koordinasi pergerakan motor wanita berumur 18 hingga 26 tahun kerana ia juga
dipengaruhi oleh faktor penuaan, status sosio-ekonomi dan proses kelahiran pra-
matang.
v
ABSTRACT
The purpose of this study was to see the relationship between the intelligence
level and the performance of motor co-ordination movements in adult women aged
18 to 26 years old. Intelligence is the ability to seek, act and face the environment
using rational thinking effectively while motor co-ordination movement is divided
into two activities, namely discrete activities and repetitive activities. Discrete
activities are; coordination between the eyes, head and hand, reach and grasp, and
bimanual coordination. Repetitive activities are the movements done by both
dominant and non-dominant body parts recurrently. Instruments used to conduct this
study are the McCarron Assessment of Neuromuscular Development (MAND) for
adults ages 16 and above and an IQ test which have been adapted from the Wechsler
adult intelligence scale (WAIS). MAND test contained 10 items of test. 5 items to
test fine motor skills and another 5 to test gross motor skills. While adapted WAIS
test consists of verbal scale and performance scale. A total of 30 person of adult
women aged 18 to 26 years old were selected to undergo this study. Data obtained
from this study were analyzed using Microsoft Excel and Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 13.0 with the method of Spearman Rho. Revenue
results shows there is no relationship between; level of intelligence with performance
of motor coordination movements of adult women aged 18 to 26 years old (r =-
0.259), gross motor movement with level of intelligence (r =- 0.201) and fine motor
movements with level of intelligence (r =- 0.120). In conclusion, the intelligence
level does not affect the performance of motor coordination movement of women
aged 18 to 26 years hence it may be influenced by aging factors, socio-economic
status and the process of pre-mature birth.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
Pengenalan
Latar Belakang Masalah
1.2.1 Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Hipotesis Kajian
Kepentingan Kajian
Definisi Operasional
Batasan Kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
x
1
1
4
6
7
7
8
8
9
10
viii
BAB 2
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
BAB 3
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
BAB 4
4.1
4.2
SOROTAN KAJIAN
Pengenalan
Kajian-Kajian Lepas
Ujian McCarron Assesment of Neuromuscular
Development (MAND) For Adults Ages 16 And
Above.
Ujian IQ yang diadaptasi daripada ujian
Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS).
Penutup
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Rekabentuk Kajian
Prosedur Kajian
Tempat Kajian
Pentadbiran Ujian
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Proses Pengumpulan Data
Analisis Data
Penutup
ANALISIS DATA
Pengenalan
Analisis Deskriptif
11
11
11
14
17
18
19
19
20
20
21
22
22
22
23
24
24
25
26
26
ix
4.3
4.4
BAB 5
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
Analisis Inferensi
Kesimpulan
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
Pengenalan
Perbincangan
Kesimpulan
Cadangan
Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
27
30
31
31
31
33
33
35
37
40
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1
4.2
4.3
Hubungan tahap kecerdasan IQ dengan skor
standard tahap koordinasi kemahiran motor
wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun
menggunakan pekali korelasi Spearman rho.
Perkaitan tahap kecerdasan IQ dengan skor
standard prestasi pergerakan motor kasar dan
motor halus wanita dewasa berumur 18
hingga 26 tahun menggunakan pekali korelasi
Pearson-r.
Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi.
28
29
30
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1
1.2
Bilangan subjek dan umur yang terlibat dengan
ujian hubungan tahap kecerdasan IQ dan juga
koordinasi pergerakan motor
Bilangan dan bangsa subjek yang terlibat dengan
ujian hubungan tahap kecerdasan IQ dan juga
koordinasi pergerakan motor
26
27
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
G
Surat Perlantikan Subjek
Surat Perjanjian
Soalan IQ Adaptasi WAIS
Penerangan Ringkas
Prosedur Ujian MAND
Borang Skor
Jadual Penukaran Skor Mentah MAND ke
Skor Standard
40
41
42
48
50
58
70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Laszlo dan Bairstow (1985), Gelman (1978), Holt (1975), dan Rosenbloom
(1975) bersetuju bahawa perkembangan motor mempengaruhi kecerdikan, sosial dan
perkembangan emosi. Perkembangan motor yang sempurna akan mempengaruhi
seseorang individu dalam kehidupan. Sesetengah individu percaya bahawa
perkembangan adalah sinonim dengan pertumbuhan. Namun begitu, menurut Kaplan
(1998) perkembangan adalah satu proses yang berpanjangan. Perkembangan juga
boleh berubah mengikut faktor-faktor tertentu seperti genetik, persekitaran dan
sebagainya. Kaplan (1998) juga menyatakan bahawa di dalam proses perkembangan
terdapat beberapa teori yang menyokong perkembangan seseorang individu
antaranya adalah teori psikoanalitik Freud, teori psikososial Erikson, teori
perkembangan kognitif Piaget, teori pembelajaran sosial dan teori ekologikal.
Menurut teori perkembangan manusia yang telah dinyatakan oleh Kaplan
(1998), perkembangan manusia bermula daripada peringkat di dalam janin,
seterusnya apabila dilahirkan oleh ibu, manusia itu dipanggil bayi sehingga berumur
satu tahun enam bulan. Diikuti dengan peringkat kanak-kanak mula bertatih sehingga
mencapai umur empat tahun. Peringkat umur empat tahun hingga 11 tahun pula
dipanggil peringkat pertengahan kanak-kanak manakala 10 hingga 11 tahun
merupakan peringkat pra-puberti. 11 hingga 12 tahun adalah peringkat remaja dan 13
hingga 20 tahun pula merupakan peringkat remaja ataupun peringkat akil baligh.
Manusia dikatakan dewasa muda setelah mencapai umur 16 tahun sehingga berumur
39 tahun. Walaupunbegitu, tahap kedewasaan adalah berbeza-beza mengikut sistem
2
fisiologi badan masing-masing. 40 hingga 59 tahun dikatakan telah mencapai
peringkat separuh umur manakala manusia diklasifikasikan tua apabila mencecah
umur 60 tahun dan ke atas.
Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, bayi mula menunjukkan
perkembangan kognitif tahap pertama iaitu tahap sensorimotor (Piaget, 1962).
Seterusnya diikuti dengan beberapa subtahap bagi perkembangan sensorimotor ini.
Perkembangan sensorimotor ini dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kematangan,
pengalaman, transmisi sosial, dan proses keseimbangan (Beilin, 1992). Proses
kematangan berlaku secara berperingkat seperti yang dirancang oleh seseorang
individu itu untuk kehidupannya. Pengalaman pula merangkumi interaksi aktif
seorang individu dengan persekitarannya. Transmisi sosial merujuk kepada
maklumat dan tradisi yang diperturunkan oleh ibu bapa dan masyarakat yang
terdapat di sekitar seseorang individu itu. Proses keseimbangan pula didefinisikan
sebagai proses di mana seseorang individu itu meletakkan keseimbangan di dalam
apa yang diketahui dan apa yang dialami. Sekiranya informasi yang diterima dan
pengalaman yang dialami adalah berbeza, seseorang individu itu dikatakan
mengalami proses ketidakseimbangan (Kaplan, 1998).
Menurut teori perkembangan kognitif Piaget, perkembangan kognitif
golongan dewasa adalah berada pada sub-tahap perkembangan sensorimotor yang
terakhir iaitu operasi formal (Piaget, 1972). Labouvie (1984) pula membantah
dengan menyatakan golongan dewasa menggunakan kaedah operasi post-formal
yang sedikit berbeza dari segi kualitatif dengan subtahap perkembangan
sensorimotor yang terakhir iaitu operasi formal.
Manusia mempunyai otak yang disertai dengan akal fikiran untuk memulakan
kehidupan. Pertumbuhan otak bermula sejak bayi dengan jisim otak semasa lahir
adalah hanya sebanyak 25% daripada seorang dewasa yang telah matang. Setelah
berumur enam bulan, pertumbuhan otak bayi bertambah sebanyak 50% daripada otak
dewasa yang matang dan seterusnya berkembang kepada 75% pada umur dua tahun
(Brierly, 1976). Respon pergerakan dan psikologi adalah dikawal sepenuhnya oleh
sistem saraf pusat yang terdiri daripada saraf tunjang dan juga otak (Hutt, 1973)
3
Intelligence bermaksud kuasa belajar, kebolehan mental untuk memahami
dan menaakul, kecerdasan dan kepintaran (Oxford Fajar, 2000). Menurut Pyle
(1979), intelligence membawa maksud yang berbeza-beza mengikut situasi spesifik.
Untuk kajian yang akan dijalankan ini, penyelidik memilih satu definisi sebenar
berdasarkan objektif kajian. Definisi intelligence menurut Binet dalam Pyle (1979)
adalah kebolehan untuk menilai dengan baik, memahami dengan baik, dan
menyatakan sebab dengan baik. Manakala definisi intelligence menurut Weschler
pula ialah bertindak secara bertujuan, berfikir secara rasional dan menghadapi
persekitaran secara berkesan (Pyle, 1979). Intelligence Quotient (IQ) pula adalah
hasil umur mental dibahagikan dengan umur kronologikal didarabkan dengan nilai
100 (Stern, 1914).
Stenhouse (1974) menyatakan kecerdasan merangkumi beberapa kebolehan.
Cattell (1963) pula berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang paling penting di
dalam kecerdasan iaitu fluid intelligence dan crystallized intelligence. Fluid
intelligence terdiri daripada keupayaan mengingat, keupayaan menyatakan sebab dan
akibat serta tahap kelajuan menerima input pembelajaran baru (Brim dan Kagan,
1980). Crystallized intelligence pula adalah apa yang dipelajari secara berterusan
sepanjang proses tumbesaran seseorang individu (Horn dan Donaldson, 1980).
Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu. Maier
(1989) dan Arasoo (1989) menyatakan kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan
suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Menurut
Singer (1980) kemahiran motor ialah gerakan otot-otot atau gerakan badan untuk
melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Magill (1997) menyatakan, kemahiran
motor ialah suatu kemahiran yang memerlukan kesediaan pergerakan tubuh badan
untuk mencapai tujuan.
Koordinasi pergerakan terbahagi kepada dua aktiviti iaitu aktiviti diskrit dan
juga aktiviti berulang (Schmidt dan Lee, 1999). Aktiviti diskrit adalah terdiri
daripada koordinasi di antara mata, kepala dan tangan, capai dan genggam, dan
4
koordinasi bimanual. Aktiviti berulang pula adalah merujuk kepada aktiviti yang
memerlukan lakuan oleh kedua-dua anggota dominan dan non-dominan secara
berulang-ulang.
Terdapat pelbagai jenis instrumen untuk mengukur koordinasi pergerakan
motor, prestasi kemahiran motor halus dan prestasi kemahiran motor kasar.
Antaranya adalah ujian McCarron Assesment of Neuromuscular Development
(MAND) for adults ages 16 and above (MAND). Manakala Weschler Adult
Intelligence Scale (WAIS) adalah antara instrumen yang digunakan untuk mengukur
kecerdasan.
1.2 Latarbelakang Masalah
Statistik pada tahun 2007 menunjukkan bilangan pekerja di Malaysia adalah
seramai 10,889,500 orang dimana 6,747,100 atau 62% adalah lelaki dan 3,791,000
atau 38% adalah wanita (Jabatan Perangkaan Malaysia). Terdapat pelbagai cabaran
yang perlu dihadapi oleh golongan wanita antaranya adalah cabaran di dalam
kerjaya. Dahulu peranan wanita dianggap sinonim dengan dapur dan anak, tetapi kini
peranan wanita sudah banyak berubah. Pelbagai kerja dan profesion telah diceburi
oleh wanita seperti peguam, doktor, jurutera, ahli korporat, pemimpin dan lain-lain.
Penglibatan wanita dalam pasaran kerjaya telah dianggap menutup peluang golongan
lelaki. Didapati sektor-sektor dimana ramai pekerja wanita bekerja adalah di sektor
pembuatan, perdagangan, borong dan runcit, pendidikan dan pertanian. Ini
menunjukkan bahawa sumbangan wanita di dalam pembangunan negara, tidak boleh
dinafikan.
Cabaran kedua yang dihadapi oleh wanita adalah pertambahan bilangan ibu
tunggal dalam masyarakat Malaysia. Terdapat 3.4 juta orang wanita di Malaysia
berstatus ibu tunggal (Jabatan Perangkaan Malaysia). Dengan status ini, wanita
menghadapi cabaran untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Kehidupan dalam
5
arus permodenan juga memaksa golongan wanita sentiasa cergas dan cerdas dalam
membesarkan anak-anak.
Cabaran ketiga pula adalah kebanyakan wanita di Malaysia yang bergelar
isteri dan ibu bekerja yang memainkan peranan sebagai ketua keluarga meskipun
masih bersuami. Peranan yang pelbagai ini mencabar kebolehan kaum wanita dan
mereka menjadi seorang yang sangat sibuk apatah lagi si ibu kerap menjadi sasaran
apabila anak-anak tidak terdidik dengan sempurna.
Wanita zaman moden kini mempunyai tiga tanggungjawab yang perlu dipikul
iaitu sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Wanita perlu mengimbangkan ketiga-
tiga tanggungjawab ini. Setiap tanggungjawab ini memerlukan pengorbanan yang
tinggi dari segi kekuatan mental dan fizikal, ketangkasan pergerakan, koordinasi
pergerakan yang baik serta pemikiran kreatif dan kritis. Sekiranya golongan wanita
tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, kemalangan juga boleh berlaku disebabkan
keletihan serta tidak fokus semasa menjalankan tanggungjawab.
Setakat ini, siasatan kemalangan hanya tertumpu kepada isu-isu di tempat
kerja sahaja dan punca sebenar kejadian adalah sebabkan keletihan. Upper limb
disorders adalah penyakit pekerjaan yang paling kerap dialami oleh wanita
terutamanya di negara maju. Ianya berkait dengan kerja yang monotonus, kerja
berulang (repetitive work), mengangkat beban berat, postur yang salah dan
penyelarasan kerja yang tidak baik. Cabaran yang menunggu golongan wanita
sekarang terlalu banyak. Adunan kecekapan koordinasi kemahiran pergerakan motor,
tahap kecerdasan IQ yang tinggi dan semangat yang kental akan memastikan
golongan wanita berjaya mengatasi setiap cabaran di atas.
6
1.2.1 Pernyataan Masalah
Eaton & Yu (1989), Poest et al., (1990) dan Feldman (2006) menyatakan
pencapaian perkembangan motor mungkin berkaitan dengan perkembangan otak
iaitu neuron dalam otak berkembang dengan pesat dalam perlakuan untuk
mengimbang dan koordinasi. Salah satu sebab perkembangan secara individu ini
bergerak dengan cepat sejak dari zaman kanak-kanak hingga peringkat dewasa
adalah kerana individu tersebut dilatih dan diajar untuk melakukan pergerakan
tersebut.
Eaton & Yu (1989) dan Feldman (2006) menyatakan perkembangan
koordinasi motor kasar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah berbeza
kerana ia berbeza dari segi aspek kekuatan otot iaitu kanak-kanak lelaki lebih kuat
daripada kanak-kanak perempuan. Ini dapat dilihat apabila lelaki boleh melontar bola
dengan lebih baik dan melompat dengan lebih tinggi berbanding dengan perempuan
sejak zaman kanak-kanak sehingga ke peringkat remaja dan dewasa.
Tahap kecerdasan IQ membolehkan seseorang itu bertindak secara bertujuan,
berfikir secara rasional dan menghadapi persekitaran secara berkesan. Pergerakan
motor dengan koordinasi yang baik bagi golongan wanita dewasa pula dapat
membantu dalam menyelesaikan tugasan seharian. Sehubungan dengan itu, kajian ini
bertujuan untuk melihat samada terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ
dengan prestasi koordinasi kemahiran motor wanita berumur 18 hingga 26 tahun dan
melihat samada terdapat hubungan di antara IQ dengan prestasi kemahiran motor
kasar atau prestasi kemahiran motor halus.
7
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Untuk menganalisis dan melihat samada terdapat hubungan dan tahap
kecerdasan IQ dengan prestasi koordinasi kemahiran motor wanita berumur
18 hingga 26 tahun.
1.3.2 Untuk menganalisis dan melihat samada terdapat hubungan di antara tahap
kecerdasan IQ dengan prestasi kemahiran motor kasar wanita berumur 18
hingga 26 tahun.
1.3.3 Untuk menganalisis dan melihat samada terdapat hubungan di antara tahap
kecerdasan IQ dengan prestasi kemahiran motor halus wanita dewasa
berumur 18 hingga 26 tahun.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Adakah terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan prestasi
koordinasi kemahiran motor wanita berumur 18 hingga 26 tahun?
1.4.2 Adakah terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan prestasi
kemahiran motor kasar wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun?
1.4.3 Adakah terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan prestasi
kemahiran motor halus wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun?
8
1.5 Hipotesis Kajian
1.5.1 Hipotesis nol (Ho)
Tidak terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan koordinasi
kemahiran motor wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun.
1.5.2 Hipotesis alternatif (Ha)
Terdapat hubungan di antara tahap kecerdasan IQ dengan koordinasi
kemahiran motor wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun.
1.6 Kepentingan Kajian
Kemahiran koordinasi pergerakan di kalangan wanita adalah sangat penting
untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Tahap kecerdasan yang tinggi juga
membolehkan golongan wanita dewasa ini menyelesaikan masalah dengan berfikir
dahulu sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Selain dapat memudahkan tugasan
harian seperti memasak, mengemas, menjahit ataupun memandu kereta, ia juga dapat
mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan. Diharapkan
kajian ini:
1.6.1 Dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik lain yang mahu
mencari maklumat mengenai kemahiran koordinasi pergerakan golongan
wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun.
1.6.2 Membolehkan subjek iaitu 30 orang wanita dewasa berumur 18 hingga 26
tahun untuk mengetahui tahap prestasi koordinasi kemahiran motor masing-
masing.
9
1.6.3 Dapat menjadi rekod asas bagi kajian untuk mengenalpasti prestasi kemahiran
motor golongan wanita dewasa berumur 18 hingga 26 tahun.
1.7 Definisi Operasional
1.7.1 Prestasi koordinasi pergerakan motor
Pergerakan motor yang memerlukan koordinasi iaitu pergerakan yang sekata
di antara tangan atau kaki dengan mata.
1.7.2 Prestasi pergerakan motor kasar
Kemahiran pergerakan yang menggunakan otot-otot besar seperti otot biceps,
triceps, brachioradialis, brachialis dan lain-lain di tangan dan quadriceps,
hamstring, gastrocnemius dan lain-lain di kaki.
1.7.3 Kemahiran pergerakan motor halus
Kemahiran pergerakan yang menggunakan otot-otot halus seperti otot
adductor pollicis, abductor digiti minimi brevis, flexor pollicis, flexor digiti
minimi brevis dan lain-lain di tangan dan otot extensor muscle, abductor digiti
minimi, flexor digitorum brevis, abductor hallicus, adductor hallicus dan
lain-lain di kaki.
1.7.4 Wanita dewasa
Semua individu wanita berumur melebihi 16 tahun dan kurang daripada 59
tahun.
10
1.7.5 Intelligence quotient (IQ)
Kuasa belajar, kebolehan mental untuk memahami dan menaakul, kecerdasan
dan kepintaran serta membawa maksud yang berbeza-beza mengikut situasi
spesifik.
1.7.6 McCarron Assesment of Neuromuscular Development (MAND) for adults
ages 16 and above (MAND)
Instrumen untuk mengukur prestasi kemahiran motor kasar dan motor halus
bagi kanak-kanak kurang daripada 11 tahun, remaja berumur 11 tahun
hingga 16 tahun, dan dewasa berumur 16 tahun hingga 89 tahun.
1.7.7 Weschler Adult Intelligence Scale (WAIS)
Item pengujian IQ untuk mengukur kebolehan menilai dengan baik,
memahami dengan baik, dan menyatakan sebab dengan baik yang terdiri
daripada dua kategori iaitu kategori skala verbal dan kategori skala prestasi.
1.8 Batasan Kajian
1.8.1 Kumpulan wanita dewasa lingkungan umur 18 hingga 26 tahun yang menjadi
subjek adalah diambil dari populasi Universiti Teknologi Malaysia.
1.8.2 Hanya seramai 30 orang wanita dewasa lingkungan umur 18 hingga 26 tahun
yang menjadi sampel kajian ini kerana kekangan masa dan tenaga bagi
melaksanakan kesemua item ujian kepada jumlah subjek melebihi 30 orang.
Recommended