View
237
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
BAHAGIAN BIASISWAKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Dikemaskini Sehingga Mei 2012
PROGRAM MYBRAIN15
PROGRAM MYBRAIN15
Salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Matlamat program: Mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi.
Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
Kerajaan mensasarkan penghasilan seramai 60,000 orang pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
Program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, PhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
PROGRAM PEMBIAYAAN MYBRAIN15 DI BAWAH RMKe-10
BIL PROGRAM SASARAN RMKe-10 (2011-2015)
1MyMaster 40,000 Sarjana atau setaraf
2MyPhD 5,000 PhD atau setaraf
3 PhD Industri 500 PhD atau setaraf
4Skim Latihan Akademik
IPTA (SLAI) 9,700 PhD atau setaraf
Program pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.
Program ini merupakan feeder kepada program MyPhD.
Objektif: Merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
MYMASTER
SYARAT KELAYAKAN MYMASTER
BIL KELAYAKAN LAYAK (√) TIDAK LAYAK (X)
1 Warganegara Malaysia Penduduk tetap/Bukan warganegara
2 Umur Umur ≤ 45 tahun Umur > 45 tahun
3 Kategori Pemohon
1.Graduan belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap Penjawat awam/
kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun sama ada tetap atau kontrak
2.Kakitangan swasta
3.Pensyarah IPTS
4 Ijazah Sarjana Muda CGPA ≥2.75 CGPA < 2.75
5 Tawaran IPT Menerima surat tawaran tidak bersyarat
Tiada surat tawaran/surat tawaran bersyarat
SYARAT KELAYAKAN MYMASTER
PERKARA Graduan belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap Kakitangan Swasta Pensyarah IPTS
Pengajian Sepenuh Masa √ √ √
Pengajian Separuh Masa X √
(hanya di IPTA)
√(di IPTA atau IPTS
selain daripada IPTS tempat mereka
bekerja)
Penajaan daripada pihak lain
X (kecuali pinjaman pelajaran dan
elaun pembantu penyelidik siswazah).
√(pembiayaan
tambahan daripada majikan masing-
masing, sekiranya ia bukan biasiswa
penuh)
√(pembiayaan
tambahan daripada majikan masing-
masing, sekiranya ia bukan biasiswa
penuh)
Bidang Pengajian Bidang pengajian yang disenaraikan sahaja
Bidang pengajian yang disenaraikan sahaja
Semua bidang pengajian
1. Universiti Multimedia2. Universiti Teknologi Petronas3. Universiti Tenaga Nasional 4. International Medical University5. Management and Science University6. Universiti Kuala Lumpur7. Curtin University of Technology Sarawak
Campus8. Monash University Sunway Campus9. Sunway University10. Swinburne University of Technology Sarawak
Campus11. Taylor’s University12. The University of Nottingham Malaysia
Campus13. AIMST University14. Limkokwing University of Creative Technology15. UCSI University
16. Universiti Tunku Abdul Rahman17. Universiti Tun Abdul Razak18. Universiti Industri Selangor19. Nilai University College20. INTI International University 21. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor22. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur23. Cyberjaya University College of Medical Sciences24. HELP University College25. Asia Pacific University College of Technology and
Innovation26. International Centre for Education in Islamic
Finance27. Malaysia University of Science and Technology
TEMPAT PENGAJIAN YANG DITAJA MYMASTER
20 IPTA
+27 IPTS TERPILIH
PEMBIAYAAN* TEMPOH BIAYA
Yuran Pengajian tidak melebihi RM10,000; (tidak termasuk wang hemat diri dan yuran penginapan) 24 bulan
Bantuan Penyediaan Tesis tertakluk siling yuran masih berbaki :
- Mod Penyelidikan - RM3,000 - Mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) - RM1,500
Sekali sepanjang pengajian
* Tempoh pembiayaan tidak melebihi 24 bulan atau sebahagian daripadanya jika semasa permohonan calon telah memulakan pengajiannya.
INSENTIF YANG DIBERIKAN UNTUK MYMASTER
IKATAN PERJANJIAN MYMASTER
Pelajar akan dikenakan ikatan perjanjian bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
Pelajar yang melanggar perjanjian seperti:i. menarik diri; atau ii. menangguh pengajian tanpa kebenaran; atau iii. ditamatkan pengajian oleh pihak IPT; atau iv. gagal dalam pengajian; atau v. menerima biasiswa lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
Program pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.
Objektif: Meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
MYPHD
SYARAT KELAYAKAN MYPHD
BIL KELAYAKAN LAYAK (√) TIDAK LAYAK (X)
1 Warganegara Malaysia Penduduk tetap/Bukan warganegara
2 Umur Umur ≤ 50 tahun Umur > 50 tahun
3 Kategori Pemohon
1.Graduan belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap Penjawat awam/
kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun sama ada tetap atau kontrak
2.Kakitangan swasta
3.Pensyarah IPTS
4 Tawaran IPT Menerima surat tawaran tidak bersyarat
Tiada surat tawaran/surat tawaran bersyarat
SYARAT KELAYAKAN MYPHD
BIL KELAYAKAN LAYAK (√) TIDAK LAYAK (X)
5 Ijazah Sarjana CGPA ≥ 3.00 CGPA < 3.00
6 Ijazah Sarjana Muda CGPA ≥ 3.50 CGPA < 3.50
7 Ijazah Sarjana Muda
CGPA ≥ 2.75 + 5 tahun pengalaman bekerja CGPA < 2.75
SYARAT KELAYAKAN MYPHD
PERKARAGraduan belum
bekerja dan tidak berpendapatan tetap
Kakitangan Swasta
Pensyarah IPTS
Pengajian Sepenuh Masa √ √ √
Pengajian Separuh Masa X √
(hanya di IPTA)√
(hanya di IPTA)
Penajaan daripada pihak lain
X (kecuali pinjaman pelajaran
dan elaun pembantu penyelidik siswazah).
√(pembiayaan
tambahan daripada majikan masing-
masing, sekiranya ia bukan biasiswa
penuh)
√(pembiayaan
tambahan daripada majikan masing-
masing, sekiranya ia bukan biasiswa
penuh)
Bidang Pengajian Bidang pengajian yang disenaraikan sahaja
Bidang pengajian yang disenaraikan
sahajaSemua bidang
pengajian
20 IPTA +
14 IPTS TERPILIH
1. Universiti Multimedia 2. Universiti Teknologi Petronas3. Universiti Tenaga Nasional4. International Medical University5. Management and Science University6. Universiti Kuala Lumpur7. Curtin University of Technology Sarawak Campus8. Monash University Sunway Campus9. Sunway University10. Swinburne University of Technology Sarawak
Campus11. Taylor’s University12. The University of Nottingham Malaysia Campus13. International Centre for Education in Islamic
Finance14. Malaysia University of Science and Technology
TEMPAT PENGAJIAN YANG DITAJA MYPHD
BIL KATEGORI PEMBIAYAAN *
1Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap
1. Yuran Pengajian tidak melebihi RM24,000 (tidak termasuk wang hemat diri dan penginapan)
2. Elaun Sara Hidup (Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)
3. Elaun Bantuan Jurnal**4. Elaun Tesis **
2 Kakitangan Swasta 1. Yuran Pengajian tidak melebihi RM24,000 (tidak termasuk wang hemat diri dan penginapan)
2. Elaun Bantuan Jurnal**3. Elaun Tesis**
3 Pensyarah IPTS
INSENTIF YANG DIBERIKAN UNTUK MYPHD
* Tempoh pembiayaan tidak melebihi 48 bulan atau sebahagian daripadanya jika semasa permohonan calon telah memulakan pengajiannya.** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki.
IKATAN PERJANJIAN MYPHD
Pelajar akan dikenakan ikatan perjanjian bersama seorang penjamin dan perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
Pelajar yang melanggar perjanjian seperti:i. menarik diri; atau ii. menangguh pengajian tanpa kebenaran; atau iii. ditamatkan pengajian oleh pihak IPT; atau iv. gagal dalam pengajian; atau v. menerima biasiswa lain; atauvi. berhijrah ke negara laindalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
1. Semua bidang pengajian berteraskan S&T.
2. Pendidikan berteraskan S&T: Pendidikan Teknik & Vokasional; Teknologi Pendidikan; Pendidikan Biologi; Pendidikan Komputer & Teknologi Maklumat; Pendidikan Matematik; Pendidikan Kimia; Pendidikan Fizik; dan Pendidikan Sains.
BIDANG TAJAAN MYMASTER & MYPHD
BIDANG SAINS & TEKNOLOGI (S&T)
BIDANG TAJAAN MYMASTER & MYPHD
1. Semua bidang berkaitan bidang pengajian berikut tetapi tidak termasuk pendidikan:
Ekonomi; Perakaunan; Kewangan; Perbankan; Pelaburan; Insurans; Perniagaan; dan Keusahawanan.
2. Pengurusan: Pengurusan Strategik; Pengurusan Pelancongan (termasuk
Eco-Tourism dan Health Tourism); Pengurusan Hospitaliti; Pengurusan Operasi; Pengurusan Rantaian Bekalan
(Supply Chain Management) Pengurusan Logistik &
Pengangkutan; Pengurusan Industri Kecil &
Sederhana; Pengurusan Sukan; Pengurusan Sumber Manusia; Pengurusan Fasiliti & Aset; Pengurusan Harta Tanah; dan Pengurusan Kualiti & Produktiviti.
BIDANG SAINS SOSIAL/SASTERA IKHTISAS
BIDANG TAJAAN MYMASTER & MYPHD
3. Kemanusian: Undang-Undang; Psikologi & Kaunseling (tidak termasuk
pendidikan); dan Sosiologi.
4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak/ Pra-Sekolah.
5. Pengajian Bahasa termasuk pendidikan: Bahasa Melayu; Bahasa Mandarin; Bahasa Tamil. Bahasa Inggeris; dan Bahasa Arab.
6. Pengajian Agama Islam: Fiqh & Usul Fiqh; Usuluddin & Perbandingan Agama; Syariah; Muamalat; Al-Quran & Sunnah; dan Dakwah & Kepimpinan Islam.
7. Artistik: Seni halus; Seni lukis; Seni reka; Seni kreatif; Muzik; Sinematografi; dan Media.
8. Geografi
BIDANG SAINS SOSIAL/SASTERA IKHTISAS
PERHATIAN: Pensyarah IPTS boleh memohon dalam bidang pengajian selain daripada bidang yang dinyatakan.
PERMOHONAN MYMASTER & MYPHD
1. Permohonan secara online sahaja melalui laman web MyBrain15 dan dibuka sepanjang tahun.
2. MyPhD dan MyMaster (mod penyelidikan dan campuran): Sila pastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut.
3. Pemohon dari kategori graduan belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik borang pengesahan pekerjaan/pendapatan.
4. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15
Alternatif kepada program PhD tradisional di mana isu-isu penyelidikan ditumpukan kepada aspek-aspek penyelesaian masalah industri secara lebih praktikal.
Penyelidikan yang memberi manfaat kepada industri terbabit seterusnya membantu industri memahami dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.
Menggalakkan penyertaan industri dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta meningkatkan kolaborasi di antara industri dan universiti.
Membantu institusi pengajian tinggi memahami industri secara lebih mendalam.
PHD INDUSTRI
Konsep penyeliaan dan kaedah penyeliaan yang berbeza daripada PhD tradisional, di mana penyelia perlu turun padang di industri untuk berjumpa pelajar dan perlu bekerjasama dengan penyelia industri yang bukan ahli akademik tetapi berpengalaman di industri.
Pengalaman kerja diambilkira bagi membolehkan seseorang mengikuti program PhD Industri bukan semata-mata bergantung kepada kelayakan akademik.
PERBEZAAN DENGAN PHD TRADISIONAL
SYARAT KELAYAKAN MYPHD
BIL KELAYAKAN LAYAK (√) TIDAK LAYAK (X)
1 Warganegara Malaysia Penduduk Tetap
2 Umur Umur ≤ 50 tahun Umur > 50 tahun
3 Kategori Pemohon
1. Eksekutif yang bekerja di industri/syarikat swasta
1. Penjawat awam/Kakitangan Kerajaan;
2. Kakitangan badan berkanun; atau
3. Kakitangan institut penyelidikan Kerajaan
(tetap atau kontrak)
2. Eksekutif yang bekerja di GLC
SYARAT KELAYAKAN MYPHD
BIL KELAYAKAN LAYAK (√) TIDAK LAYAK (X)
5 Ijazah Sarjana CGPA ≥ 3.00 CGPA < 3.00
6 Ijazah Sarjana Muda CGPA ≥ 3.50 CGPA < 3.50
7 Ijazah Sarjana Muda
CGPA ≥ 2.75 + 5 tahun pengalaman bekerja CGPA < 2.75
KEMENTERIAN PENGAJI
AN TING
GI
• Kos penyeliaan;
• Yuran pengajian;
• Kos latihan penyeliaan;
• Kos pemeriksaan panel; dan
• Penganugerahan ijazah
IND
USTR
I
• Kos penyelidikan projek
Maksima RM50 ribu seorang
INSENTIF YANG DIBERIKAN UNTUK PHD INDUSTRI
20 IPTA +UNITEN
UTPMMUOUM
TEMPAT PENGAJIAN YANG DITAJA PHD INDUSTRI
1 IPT Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (Graduate School) IPT
2 Industri Wakil dari Bahagian Sumber Manusia/Human Resource Department (HRD)
3 Calon PhD Industri Eksekutif yang sedang bekerja di industri
4 Kementerian Pengajian Tinggi
Pegawai di Bahagian Biasiswa, KPT
PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PHD INDUSTRI
PELAKSANAAN PROGRAM
Industri < MOU > IPT
Calon perlu mengemukakan projek penyelidikan ke Sekolah Pengajian Siswazah melalui pihak industri
masing-masing
Cadangan projek akan dinilai oleh Sekolah Pengajian Siswazah di IPT berkenaan bagi memastikan projek berkenaan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh pihak universiti
IPT mengemukakan maklumat calon kepada Bahagian Biasiswa, KPT bagi permohonan pembiayaan PhD
Industri
1
2
3
4
Menyediakan bantuan kewangan yang mencukupi bagi tempoh pengajian pelajar meliputi gaji.
Menyediakan sekurang-kurangnya seorang penyelia bagi projek PhD berkenaan (digalakkan dari kalangan staf industri berkenaan atau melantik penyelia dari luar untuk projek berkenaan).
Projek yang dicadangkan selari dengan pembangunan dan mempunyai nilai komersil kepada pihak industri.
INDUSTRI
Menyediakan sekurang-kurangnya seorang penyelia sepanjang tempoh pengajian.
Menyediakan panel penilai bagi menilai projek PhD industri yang dikemukakan oleh industri sebelum tawaran dikeluarkan.
Menyediakan keperluan pengajian seperti kerja kursus (jika perlu) pada tahun 1 atau 2 pengajian dan penyeliaan semasa projek dijalankan di industri.
PIHAK IPT
Ikatan kerjasama antara pihak universiti dan pihak industri boleh dibuat melalui:
i. Memorandum of Agreement (MoA);ii. Memorandum of Understanding (MoU); atauiii. Letter of Cooperation (LOC)
IKATAN KERJASAMA
ALAMAT:Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA
LAMAN WEB:https://www.mohe.gov.my/MyBrain15
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15
TALIAN HOTLINE:
03-8888 0058/0032
EMEL: myphd@mohe.gov.my (MyPhD)
mymaster@mohe.gov.my (MyMaster)phdindustri@mohe.gov.my (PhD Industri)
HUBUNGI KAMI
SILA LAYARI LAMAN WEB MYBRAIN15 UNTUK MENGETAHUI SEBARANG PERKEMBANGAN TERKINI.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Recommended