View
2.967
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
1.0 PENDAHULUAN DAN PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apabila kita berbicara mengenai
pengurusan bilik darjah, yang terlintas di fikiran kita adalah susun atur perabot dan
peralatan di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, pengurusan bilik darjah
sebenarnya merangkumi lebih banyak elemen selain dari susun atur perabot dan
peralatan di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah, seorang guru itu perlu
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus
pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah?
Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ‘Pengurusan Bilik Darjah
Dinamik : Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti’ mendefinasikan pengurusan bilik
darjah sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik
darjah. Ia adalah satu kemahiran yang penting buat guru dan patut dikembangkan lagi
agar guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Ia boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 1
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Profesor Khairi Haji Alwi didalam blog beliau ada menyatakan pengurusan bilik darjah
merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi berbagai aspek di mana guru akan
membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.
Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam
kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan
perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu
masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Ini seiring dengan MacAulay (1990), dimana beliau menyatakan pengurusan bilik darjah
sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang
hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Kalau Lemlech
menyifatkan ia sebagai okestra, MacAulay menyifatkan susun atur ini umpama pentas,
di mana guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi pelajar.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan
dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan
pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan
menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif
haruslah bersifat proaktif,responsif dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara
dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada
pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Menurut
kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 2
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan
masalah berhubung dengan peraturan bilik darjah.
Caslin dan Good (1992) pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih
daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah iaitu suatu jentera bagi memupuk
pemahaman kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid.
Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya
perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan
bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan
bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak
semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus
bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak
lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan
pengajaran secara berkesan.
Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek
arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan
serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru
itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam
memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian
akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara
tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 3
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Daripada definisi-definisi yang diberi kita dapat memahami yang pengurusan bilik darjah
melibatkan guru menguruskan bilik darjah dengan cara yang berkesan bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan lancar. Ia
merangkumi tindakan dan strategi yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan
peraturan bilik darjah. Guru bertindak sebagai adalah pengurus bilik darjah tersebut.
2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN
- Konsep Pengurusan Bilik Darjah.
- Bagaimana guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan?
- Jenis-jenis bilik darjah.
Sebagaimana yang telah diterangkan guru amat penting bagi memastikan pengurusan
bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik begi memastikan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lancar.
2.1 Konsep pengurusan bilik darjah dan bagaimana guru dapat bertindak sebagai
pengurus yang berkesan?
Konsep pengurusan bilik darjah seperti yang dinyatakan adalah tindakan dan strategi
yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Peraturan bilik
darjah perlu diberi perhatian oleh murid dan guru perlu pastikan peraturan bilik darjah
ini difahami dengan jelas dan diikuti oleh semua murid dalam bilik darjah.
Ketidakfahaman murid dalam peraturan bilik darjah boleh mendatangkan suasana
‘caos’ atau kelam kabut dan akan menyusahkan guru dalam pengurusannya dalam bilik
darjah.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 4
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Guru perlu mewujudkan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah seharusnya selesa untuk murid dan guru. Bilik darjah perlu
mempunyai pengudaaraan ya ng baik seperi tingkap yang banyak dan luas. Kipas juga
perlu ada dalam bilik darjah dan boleh di pasang sekiranya hari panas atau terik bagi
memberi keselesaan dan rasa aman pada murid. Di samping itu aspek pencahayaan
juga amat penting. Cahaya dari luar dapat masuk ke dalam bilik darjah dan lampu
kalimantang (putih) perlu ada dan dapat dipasang sekiranya hari mendung, hujan atau
gelap.
Guru juga perlu tahu bagaimana menarik perhatian murid di dalam bilik darjah agar
tertarik dengan pengajaran. Ini dapat dilakukan bila guru berjaya mendapatkan
kerjasama murid. Murid dapat memberikan kerjasama yang baik jika guru dapat
kepercayaan dari murid. Guru sebegini disukai oleh murid dan menjadi contoh atau
model bagi murid-muridnya. Dengan ini, guru dapat mengekalkan penglibatan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Selain dari itu, guru juga harus bijak menghadapi tingkahlaku murid. Kegagalan guru
menguruskan tingkahlaku murid boleh menimbulkan gangguan di dalam bilik darjah. Ini
akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ada murid yang suka
mengganggu murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Ada yang
lansung tidak member perhatian, kelihatan bosan dan tidak mahu mendengar arahan.
Ada murid yang menhadapi masalah disiplin dan semua ini akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, akan wujud murid yang tidak produktif dan
memerlukan intervensi.
Setelah mengetahui definisi, konsep dan bagaimana guru boleh menjadi pengurus bilik
darjah yang berkesan, adalah baik kita mengetahui Jenis-jenis bilik darjah yang
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 5
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
terdapat di sekolah di Malaysia ini khasnya sekolah-sekolah di bawah pemantauan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.2 Jenis-jenis bilik darjah
Jenis-jenis bilik darjah ini boleh dibahagi kepada enam (6). Ia diklasifikasi berdasarkan
perbezaan cirri dan fungsi. Berikut adalah jenis-jenis bilik darjah:
1. Bilik Darjah Tradisi
2. Bilik Darjah KBSR dan KBSM
3. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
4. Bilik Darjah Terbuka
5. Bilik Darjah Pra-Sekolah
6. Bilik Darjah Pendidikan Khas
2.2.1 Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah
kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan.
Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti
pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di
dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja
sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan
pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja
guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 6
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Susunan fizikal bilik darjah tradisi adalah seperti di bawah :
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran
ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam
bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 7
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan
oleh guru.
2.2.2 Bilik darjah KBSR dan KBSM
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa
buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula
diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke
sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang
begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan.
Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan
interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan.
Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan
pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan
ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.
Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang tersebut.
Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses
pengajran dan pembelajaran
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 8
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Susunan fizikal bilik darjah KBSR dan KBSM adalah seperti di bawah :
Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 9
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
2.2.3 Bilik darjah mata pelajaran khas
Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya
ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan
sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan
yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar
menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan
pelajar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan
dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan
alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal
sains dan bilik kemahiran hidup.
2.2.4 Bilik darjah terbuka
Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka
R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu
‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan
pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan
dan strategi pembelajaran’.
Dalam sistem pendidikan terbuka,pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti
pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru
hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan
pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.
Biasanya, pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang
guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar
dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar
pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 10
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang
dengan guru.
Ciri-ciri bilik darjah terbuka:
1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.
3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.
4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akademik dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahagian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar secara terbuka
dan jujur.
Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya
berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau
fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan
kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya
sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan
tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah
terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang
dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah
bagi guru yang tidak terlatih.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 11
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
2.2.5 Bilik darjah pra-sekolah
Elliot (2000) menyatakan pada peringkat sekolah rendah dan pra-sekolah interaksi dan
keberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap guru
dan pelajar.
Susun atur perabot, peralatan, alat bantu mengajar agak berbeza dari bilik darjah KBSR
dan KBSM. Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang ‘circle-time’
iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul bersama guru dan
menjalankan sesi perbualan. Diruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah pra-
sekolah, ruangan ini lah yang paling banyak digunakan.
Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-kanak usia 5 hingga 6
tahun dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-
emosi dan perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak tertumpu
kepada murid dan pembelajaran murid adalah melalui permainan, ‘Learn through play’
Sudut-sudut untuk perkembangan murid adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut
lukisan, sudut bacaan, sudut main peranan atau ‘role play’ dan lain-lain sudut yang
difikirkan sesuai oleh guru bergantung kepasa saiz bilik darjah dan kepadatan murid
seperti sudut bercerita, sudut permainan boneka, sudut matematik, sudut sains, sudut
keluarga dan sebagainya.
Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara berkelompok dan bukan
bentuk barisan. Ini adalah kerana murid pra-sekolah banyak melakukan aktiviti
berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja begini akan
memudahkan mereka berinteraksi dan berbincang sesama sendiri. Meja dan kerusi
pula adalah bersesuaian dengan umur murid di antara 5 hingga 6 tahu. Oleh itu, meja
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 12
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
dan kerusi dalam bilik darjah pra-sekolah sedikit kecil berbanding dengan kelas tradisi
atau KBSR.
Terdapat juga sudut bacaan atau ‘Book and Reading Centre’ dalam bilik darjah pra-
sekolah. Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan dengan
tingkap bagi memudahkan murid-murid mendapat pencahayaan ketika membaca.
2.2.6 Bilik darjah pendidikan khas
Bilik darjah pendidikan khas banyak persamaan dengan bilik darjah pra-sekolah. Ini
adalah kerana pengajaran dan pembelajaran murid berpendidikan khas banyak
persamaannya dengan pengajaran dan pembelajaran murid pra-sekolah.
Walaubagaimanapun oleh kerana kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan
desakan ibubapa, murid pendidikan khas bukan sahaja diajar pengurusan diri tetapi
juga perlu mengikuti modul KBSR yang sama seperti murid-murid normal. Oleh itu,
guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan faham
tanggungjawab mereka sebagai guru pendidikan khas.
Selain daripada persekitaran yang ceria dan berwarna warni seperti di bilik darjah pra-
sekolah, sudut yang wajib dan perlu ada dalam bilik darjah pendidikan khas adalah
sudut token ekonomi yang diletakkan di sudut yang boleh di lihat oleh semua murid
termasuk guru. Sudut ini penting kerana bagi murid pendidikan khas, ia diwujudkan
sebagai memberi kesedaran kepada mereka tingkah laku yang patut ada dalam bilik
darjah dan mengelakkan mereka dari di hukum. Perbuatan atau tingkah laku yang baik
akan mendapat token positif dan tingkah laku yang negative atau ‘distruptive’ akan
mendapat token negative. Token positif akan diberi ganjaran dan token negative akan
diberi hukuman.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 13
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Satu lagi sudut yang penting adalah sudut ‘time out’. Sudut ini berada sudut kiri
belakang bilik darjah. Sudut ini adalah sudut kosong yang tidak mempunyai apa-apa
pernyataan. Ia adalah tempat murid berdiri jika membuat kesalahan yang berulang kali.
Ia dibuat khas untuk mereka sebagai tanda pengajaran atas kesalahan berulang yang
dilakukan.
Setelah mengetahui jenis-jenis bilik darjah, apakah pula faktor-faktor yang
mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang berkesan?
3.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Berkesan
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi bilik darjah yang berkesan iaitu :
1) Faktor Fizikal
2) Faktor Sosial
3) Faktor Emosi
3.1 Faktor Fizikal
Faktor fizikal ini termasuk persekitaran fizikal. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum
ini, guru harus berusaha mewujudkan suasana yang kondusif. Bilik darjah yang
mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan
bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan
serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan
kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 14
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid.
Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan
pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-
kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan
LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma
suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada
lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama
berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
3.2 Faktor Sosial
Dalam faktor sosial guru harus bijak menentukan peraturan dalam kelas. Ia banyak
berkaitan pengurusan tingkahlaku murid. Sebagai contoh rutin-rutin yang dilakukan di
dalam kelas adalah satu cara yang efektif untuk mengawal tingkahlaku murid dalam
bilik darjah. Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas
tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat
dikawal dengan baik.
Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat
bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan
yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah
dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran.
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang
menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 15
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca
yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca
permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan
murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai
bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru.
Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika
berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang
menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran.
Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi
yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke
arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.Kesabaran,
kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala
mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid,
antaranya ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang
wajib murid patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan
sebab-sebab dan objektifnya.
Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang
dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa
tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah
waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang
akhir, untuk mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 16
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
dengan hasil pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata
bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian
supaya suasana senstiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa
nasihat tetapi bukan leteran.
Guru juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid,
hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan
hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk
meneruskan pembelajaran.
3.2 Faktor Emosi
Faktor emosi merujuk kepada gaya kepimpinan guru dalam bilik darjah. Sama ada guru
menggunakan pendekatan autoritarian, demokratik atau laissez-faire. Peneguhan
seperti member motivasi juga akan memberi kesan kepada murid.
Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak member arahan dianggap
sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah
fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik
darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza
dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan
jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik
darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang
baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru
dalam bilik darjah tersebut.Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia
menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 17
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta
menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru
sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan
diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa
kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus
dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang
kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang
diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan
budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan
juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri
kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan,
organisasi kalangan murid.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rutin dalam bilik darjah boleh mengawal tingkah
laku bermasalah dan yang tidak diingini. Rutin-rutin didalam bilik darjah adalah seperti
berikut.
4.0 Rutin Bilik Darjah.
Mengikut Emmer, Evertson dan Anderson (dalam Elliot et al, 2000), guru yang dapat
mengendalikan aktiviti kelas dengan berkesan adalah merupakan guru yang telah
menyediakan rutin (peraturan kelas) yang difahami oleh murid semenjak hari pertama
mereka masuk ke bilik darjah.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 18
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Rutin bilik darjah ini boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis rutin besar iaitu:
1) Rutin guru
2) Rutin pelajar
4.1 Rutin Guru
Antara lain, rutin guru adalah seperti senarai di bawah :
1) Memeriksa cahaya bilik darjah dan peredaran udara
2) Semua murid berada di tempat duduk semasa guru masuk kelas
3) Menyediakan alat pengajaran dan pembelajaran sebelum memulakan
pengajaran
4) Bahan tambahan ditulis dalam papan gulung / kertas mahjong / fotokopi
5) Mengambil kedatangan murid
6) Membenarkan murid bergerak secara bebas tetapi terkawal di dalam bilik darjah
7) Menggalakkan khidmat kominiti seperti membersih papan hijau, mengangkat
meja dan kerusi dan apa-apa perkara lain di dalam kelas secara sukarela.
4.1 Rutin Pelajar
Antara lain, rutin pelajar adalah seperti senarai di bawah :
1) Bersedia semasa guru masuk kelas
2) Membersihkan bilik darjah sebelum mula belajar
3) Mengemas pakaian dan mengurus diri
4) Mengeluarkan alat tulis sebelum guru masuk kelas
5) Berbaris sebelum ke aktiviti luar
6) Meminta kebenaran sebelum keluar kelas
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 19
ILMU PENDIDIKAN PN2051P
12.10. 2009
Selain dari itu, tambahan rutin juga boleh dibuat berdasarkan keperluan yang sesuai
pada hemat guru. Tambahan rutin sebagai contoh adalah nyanyian lagu patriotik dan
bacaan doa sebelum mula belajar.
5.0 Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah adalah tindakan dan strategi yang digunakan oleh guru untuk
mengekalkan peraturan dalam bilik darjah. Peraturan atau rutin yang mudah difahami
dan diikuti murid dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah juga bergantung kepada jenis sesebuah
bilik darjah itu. Jenis bilik darjah yang berbeza memerlukan pengurusan yang berbeza.
Guru adalah orang yang paling penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru adalah
pengurus bilik darjah yang akan menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat berlaku dengan baik dan berkesan atau pun tidak.
Tingkahlaku bermasalah atau yang tidak diingini perlu dibendung dengan betul agar
tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab
mendapatkan kerjasama murid bagi memastikan murid mamatuhi rutin atau peraturan
yang telah ditetapkan. Kerjasama ini akan terjalin sekiranya murid mempunyai tahap
kepercayaan yang tinggi kepada guru. Kepercayaan ini pula boleh didapati dengan
hubungan baik antara guru dan murid beserta dengan gaya kepimpinan guru yang baik
dan efektif.
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan banyak bergantung
kepada guru sebagai pengurus yang berkesan. Pengurusan bilik darjah penting bagi
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
memberi faedah menyeluruh kepada murid.
Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1 Page 20
Recommended