View
226
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
a m a n a t t a h u n 2 0 0 9
M E N E R A J U K E G E M I L A N G A N I L M U
““Mohamed Khaled Nordin
Sewaktu saya mula dilantik
menerajui Kementerian Pengajian Tinggi
hampir 9 bulan yang lalu, saya tidak
membayangkan bahawa saya diberi
tanggungjawab yang mudah.
4 | Amanat Tahun 2009
5Amanat Tahun 2009 |
1. Terlebih dahulu sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya maka dapat kita berkumpul bersama-sama di Majlis Amanat Tahun 2009 pada pagi
ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Urusetia atas usaha menggerak dan
menjayakan majlis kita pada pagi ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada semua di atas kesudian
meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada pagi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat menyambut Tahun Baru; Tahun 2009 Masihi bersamaan Tahun 1430 Hijrah.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
2. Sewaktu saya mula dilantik menerajui Kementerian Pengajian Tinggi hampir 9 bulan yang lalu, saya tidak
membayangkan bahawa saya diberi tanggungjawab yang mudah. Ketika itu KPT baru mencecah usia 4 tahun
dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) baru 6 bulan dilancarkan.
Ini bermakna Fasa I PSPTN – Perletakan Asas (2007 – 2010) baru sahaja bermula. Maka, sudah tentu menjadi
tanggungjawab saya memastikan pengajian tinggi negara diletakkan pada landasan yang kukuh bagi
memasuki fasa-fasa berikutnya menuju;
• Fasa II - Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015);
• Fasa III - Kecemerlangan (2016 – 2020); dan
• Fasa IV - Kegemilangan & Kelestarian (Melangkaui 2020).
Mohamed Khaled Nordin
Bagi menjayakan sesuatu perancangan,
pendekatan kita haruslah lebih menyeluruh dan
disertai mekanisma pemantauan yang teratur
dan berkesan.
“ “Pelaksanaan PSPTN hanya
akan berlaku dengan komitmen dan
dedikasi yang tinggi daripada Naib-Naib
Canselor semua universiti.
““
6 | Amanat Tahun 2009
7Amanat Tahun 2009 |
3. Dalam ucapan saya yang pertama di KPT, saya telah melahirkan tekad untuk meneruskan apa yang telah dirancang
oleh pemimpin terdahulu; iaitu memastikan pelaksanaan PSPTN berjalan mengikut jadual dan mencapai sasaran yang telah
ditetapkan. Pelaksanaan PSPTN hanya akan berlaku dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi daripada Naib-Naib
Canselor semua universiti. Sementara agenda Apex khusus untuk Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex,
universiti-universiti lain diharap dapat mengikut jejak langkah USM di mana sesuai, dalam membangunkan universiti
mereka. USM juga diminta berusaha untuk membabitkan universiti-universiti lain dalam strategi kecemerlangan mereka
supaya proses pembelajaran berterusan dapat berlaku dan USM berkongsi ’best practices’ dengan universiti-universiti lain,
terutama sekali universiti yang baru mula bertapak, supaya universiti-universiti tersebut dapat mengorak langkah untuk
lebih maju.
4. Di samping itu, Naib-naib Canselor perlu menggembleng kekuatan dan keupayaan universiti mereka dalam
menggerak dan menjayakan agenda-agenda yang telah dilancarkan; seperti MyBrain15, dan juga pelan-pelan tindakan
yang digariskan dalam buku Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Usaha dan kerjasama dari semua universiti amat
penting memandangkan bahawa kejayaan PSPTN bergantung bukan sahaja kepada penelitian dan perbincangan
mengenai agenda-agenda tertentu, tetapi lebih dari itu adalah pelaksanaan agenda-agenda berkenaan di peringkat
universiti.
8 | Amanat Tahun 2009
Tuan-tuan dan Puan-puan,
5. Bagi menjayakan sesuatu perancangan, pendekatan kita haruslah lebih menyeluruh dan disertai mekanisma
pemantauan yang teratur dan berkesan. Pemantauan (monitoring) perlu dilihat sebagai suatu cara (mean) untuk mengubah
sikap (to change behaviour) dan bukan hanya pengumpulan data dan pelaporan semata-mata. Ini selaras dengan falsafah
dan semangat PSPTN - “A transformation that requires a drastic change in mindsets that will revolutionize the nation’s higher
education”. Pendekatan ini perlu kerana walaupun outcome itu penting, kita juga harus memberi perhatian kepada proses.
Ini akan membantu kita memahami mana-mana tindakan yang berjalan dan mana yang tidak, di mana Kementerian boleh
membantu universiti bagi membawa mereka ke hadapan dan di mana Kementerian boleh menyemak semula polisi-polisi
dan hubungannya dengan agensi-agensi lain.
Selain daripada memberikan angka, kita akan dapat mengenalpasti kenapa projek-projek tertentu berjaya dan kenapa
projek yang lain gagal. Kita akan dapat mengenal pasti amalan terbaik, mengenal pasti pelan-pelan yang langsung tidak
berjalan dan pelan-pelan yang tidak akan berjalan dalam persekitaran tertentu. Dengan itu, kita tidak perlu re-invent the
wheel dan dapat menawarkan proses kerja yang efisyen dan efektif.
9Amanat Tahun 2009 |
10 | Amanat Tahun 2009
11Amanat Tahun 2009 |
6. Memandangkan inisiatif/agenda PSPTN begitu kompleks dan teknologi maklumat menyediakan penyelesaian
terbaik, kaedah pemantauan PSPTN akan menggunakan sistem pemantauan berasaskan web. Pejabat Pengurusan Program
(PMO) sedang membangunkan ePMO bagi memantau pelaksanaan 18 agenda kritikal di semua 20 IPTA. Sistem ini akan
membolehkan iPMO (Institutional PMO) di semua IPTA memasukkan data dan maklumat yang diperlukan melalui web,
kemudian dijana dalam berbagai format di PMO dan seterusnya dicapai oleh berbagai pihak berkepentingan (stakeholders)
pada masa sebenar. Selain daripada itu, penggunaan sistem berasaskan web akan membolehkan isu-isu tentang
pelaksanaan projek-projek dan agenda tertentu dikemukakan oleh iPMO di universiti untuk ditangani bersama dan oleh
pihak yang bertanggungjawab. Saya mahu isu-isu dibincang secara objektif dan diselesaikan secara bersepakat melalui
perkongsian ilmu. Penyelesaian isu amat penting dan kritikal kerana jika isu-isu berbangkit dibiarkan begitu saja, masalah
asas akan tetap wujud, dan sampai bila pun kita tidak akan dapat mencapai objektif agenda yang berkaitan. Dalam
kalangan IPTA, mungkin perkongsian antara satu sama lain bukan sesuatu yang mudah dilakukan kerana semua mahu
berada pada kedudukan nombor satu. Walaubagaimanapun, kita mesti sedar, secara keseluruhannya, kita mahu IPTA
Malaysia menjadi pilihan pertama dunia. Untuk itu, kesepakatan dan perkongsian adalah perlu, sebagaimana perlunya kita
kepada persaingan yang sihat.
12 | Amanat Tahun 2009
Tuan-tuan dan Puan-puan,
7. Senario ekonomi 2009 dijangka tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, berasaskan kepada kelembapan
ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia. Kita di peringkat KPT juga perlu bersedia
dengan kesan yang akan dilalui daripada keadaan ini dan bagaimana kita perlu bertindak. Walaupun
pertumbuhan ekonomi diramal turun, kita berterima kasih kepada kerajaan kerana dalam Bajet 2009, KPT
diberi peruntukan berjumlah RM14.1 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM1.9 bilion atau 15% berbanding
peruntukan 2008. Walaubagaimanapun, kita perlu berbelanja secara berhemah, berjimat-cermat, dan
mengurangkan pembaziran. Saya berharap, semua program dan projek-projek pembangunan Kementerian
dapat dilaksanakan mengikut jadual. Peringatan ini diberi kerana prestasi perbelanjaan projek-projek
pembangunan 2008 IPTA dan JPPKK masih lagi berada pada tahap yang rendah.
8. Dalam masa yang sama saya juga berharap IPTA negara kita, khususnya bagi menghadapi Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dapat memberi perhatian kepada soal pembangunan intellectual infrastructure
dan bukan physical infrastructure semata-mata. Kita bukan sahaja berpendapat adalah mencukupi negara
hanya mempunyai 20 buah IPTA, tetapi perlu dilihat keperluan pembangunan fizikal universiti berasaskan
kepada perkongsian sumber secara bersama antara universiti (shared resources among universities) dan
mengoptima sumber dalaman universiti (optimising resourses within universities). Dalam menghadapi
kegawatan ekonomi ini, IPT perlu teruskan usaha mengambil ahli akademik berkualiti tinggi dan berbakat
(high quality talented faculty members). Kehadiran mereka akan memperkukuh dan menyumbang dalam
meningkatkan kecemerlangan universiti. Walaupun kita berhadapan dengan keadaan ekonomi hari ini,
kerajaan tetap memberi jaminan menyediakan peluang belajar di pengajian tinggi khususnya dari segi tempat
dalam IPTA sebanyak lebih 140,000 dan pembiayaan iaitu sebanyak RM 2.6 billion kepada lebih 165,000 orang
pelajar.
13Amanat Tahun 2009 |
15Amanat Tahun 2009 |
AUTONOMI | KEPIMPINAN | AKADEMIA | PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN | PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
(R&D) | PENGANTARABANGSAAN | KEBOLEHPASARAN
GRADUAN | APEX | MYBRAIN15 | PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT | AUDIT AKADEMIK | PEMBIAYAAN
PELAJAR (PTPTN) | IPTS | TABUNG PEMBANGUNAN
MODAL INSAN | SISTEM PENYAMPAIAN KPT |
PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR | POLITEKNIK &
KOLEJ KOMUNITI | AKADEMIA - INDUSTRI
AGENDA KRIT IKAL
1. AUTONOMI
9. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dipinda pada tahun lepas akan dikuatkuasakan pada bulan Februari
ini. Kesan pindaan ini akan membawa perubahan kepada persekitaran IPT negara khususnya autonomi. Prinsip asas di
sebalik autonomi ialah bahawa IPT akan beroperasi dengan lebih baik sekiranya mereka dapat menentukan nasib mereka
sendiri. Mereka mempunyai inisiatif untuk berubah sekiranya mereka boleh mendapat faedah secara langsung daripada
tindakan mereka. Mereka boleh berusaha dan mengaut keuntungan, atau mereka boleh berdiam diri dan membiarkan
sahaja pesaing mereka memintas mereka. Sekiranya IPTA diberikan autonomi untuk bertindak balas kepada matlamat-
matlamat PSPTN mengikut cara mereka, besar kemungkinan mereka akan memilih cara yang berlainan dalam mencapai
matlamat yang sama, dan sebahagiannya akan lebih inovatif berbanding yang lain. Satu daripada persoalan besar yang
dihadapi kerajaan ialah bagaimana untuk mengimbangi autonomi yang diperlukan oleh IPTA dengan akauntabiliti yang
dituntut oleh negara. Bagaimana hasil, output dan outcome dipantau sementara akauntabiliti terus digalakkan. Kita mesti
sedar bahawa autonomi membawa bersamanya akauntabiliti. Lebih besar autonomi bermakna lebih besar akauntabiliti.
Walaubagaimanapun, sementara kawalan langsung dilonggarkan, sebagai balasan, kerajaan akan menuntut penyeliaan
dan pelaporan yang kompleks. Pelaksanaan autonomi kepada universiti sudah pasti akan seiring dengan akauntabiliti yang
akan diukur melalui KPI masing-masing.
16 | Amanat Tahun 2009
17Amanat Tahun 2009 |
2. KEPIMPINAN
10. Menjadi pemimpin sebuah universiti tidak pernah mudah - dengan stakeholders yang berbagai dan berpengaruh,
perubahan global yang tidak menentu, tekanan daripada berbagai arah, dan persaingan yang sentiasa meningkat untuk
menghasilkan penyelidikan, serta mengeluarkan pelajar terbaik dan fakulti terbaik, tanggungjawab pemimpin universiti
amat mencabar. Kajian menunjukkan bahawa dalam persekitaran semasa yang kompleks, mengekalkan cara dan
pendekatan kepimpinan yang biasa digunakan tidak memadai untuk seorang pemimpin universiti. Pentadbir universiti
mestilah berupaya mengatasi cabaran dengan mewujudkan hubungan yang positif dan berpengaruh dalam iklim
organisasi yang sihat yang menggalakkan optimism, inovasi dan kerja berpasukan.
11. Kaedah pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang dibuat berdasarkan perakuan Jawatankuasa
Carian (Search/Select Committee) merupakan langkah menambahbaik untuk memberikan ketelusan dan objektiviti dari segi
proses pemilihan, di samping memastikan pemilihan calon yang benar-benar sesuai dan layak. Calon dilantik berdasarkan
kriteria yang diterima universal yang perlu ada dalam seseorang pemimpin organisasi akademik, termasuklah kepimpinan
dan kesarjanaan seseorang calon. Calon mestilah mempunyai visi dan misi akademik, yang bukan hanya akan menjadi
pengurus universiti tetapi juga ketua, yang akan membawa pengikutnya bersama-sama menuju kejayaan.
12. Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran
kepimpinan pengurusan tertinggi universiti. Menjadi harapan saya juga supaya AKEPT tidak hanya menumpukan perhatian
kepada latihan kepimpinan, tetapi juga turut mengendalikan program-program latihan dalam Pengajaran & Pembelajaran
dan juga latihan pembangunan sahsiah tenaga akademik muda. Kaedah latihan perlu disemak dari masa ke semasa dan
analisis keberkesanan latihan perlu dilakukan bagi memastikan matlamat latihan tercapai.
18 | Amanat Tahun 2009
19Amanat Tahun 2009 |
3. AKADEMIA
13. Persekitaran yang kondusif amat penting bagi merangsang ahli akademik untuk lebih kreatif dan inovatif. Bagi
menyokong perkembangan profesionalisme di kalangan akademik, KPT telah dan dari masa ke semasa menambah baik
skim perkhidmatan pensyarah universiti. Selain berpeluang mendapat kenaikan pangkat tanpa tertakluk kepada
kekosongan jawatan hingga ke Gred Khas A, pensyarah juga dibenar menjalankan kerja-kerja perundingan dan mendapat
perkongsian royalti daripada pengkomersilan hasil penyelidikan sehingga 80%. Walaupun tertakluk kepada umur persaraan
58 tahun pada masa ini, mereka dibenar menyambung perkhidmatan secara kontrak sehingga berumur 65 tahun. IPTA juga
dibenar melantik pensyarah secara kontrak (contract for service) berdasarkan keperluan kepakaran dengan imbuhan yang
kompetitif. Sehubungan itu, tiada sebab yang kukuh yang boleh menghalang kakitangan akademik daripada memberikan
perkhidmatan yang sebaik mungkin.
14. Bagi terus memperkasakan IPT saya juga mahu tindakan segera diambil bagi mengisi kekosongan jawatan
pensyarah. Mengikut statistik terdapat 28,377 jawatan pensyarah termasuk guru bahasa di kesemua IPTA. Sehingga kini
23,977 jawatan telah diisi dan bakinya 4,411 masih kosong. Justeru saya minta Kementerian menyegerakan pengambilan
ke jawatan pensyarah ini. Saya percaya semua pihak terutamanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi
kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan
pensyarah ini.
20 | Amanat Tahun 2009
4. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
15. Perubahan pesat dalam urusan keilmuan serta tuntutan masyarakat yang kian mendesak telah menggesa supaya
pendidikan yang ditawarkan di universiti lebih terbuka dan liberal;
Pertama; terbuka dari segi keluasan kursus yang ditawarkan. Kursus-kursus baru yang lebih bersifat futuristic, relevan
dengan persekitaran dan cabaran yang sentiasa berubah, perlu difikirkan. Perlu diingatkan bahawa dalam merangka
kursus-kursus baru, yang penting bukanlah melihat kursus apa yang diperlukan hari ini, tetapi kursus apa yang perlu
diwujudkan hari ini yang dapat memberi nilai tambah kepada para graduan pada masa hadapan. Dalam persekitaran yang
mengalami perubahan berterusan, perkara yang relevan hari ini boleh tiba-tiba menjadi tidak relevan keesokan harinya. Di
samping itu, pembangunan kurikulum mestilah juga mengambil kira input daripada industri. Ini penting bagi memastikan
apa yang dibekalkan (supply) dapat memenuhi kehendak permintaan (demand).
Kedua; terbuka dari segi kaedah pengajaran itu sendiri. Bagi sesetengah kursus, pembelajaran yang terlalu
bergantung kepada kuliah mungkin tidak lagi sesuai. Kaedah-kaedah lain yang lebih berpusatkan pelajar (student-centered)
atau berasaskan masalah (problem-based) perlu diterapkan ke dalam proses pembelajaran supaya para pelajar dapat
mempertingkatkan daya pemikiran dan memperkukuhkan keupayaan untuk menjadi lebih inovatif. Pihak Kementerian
akan membuat kajian perbandingan kaedah tersebut di setiap IPTA bagi memastikan 100% program melaksanakan
pelbagai kaedah P&P mengikut keperluan bidang masing-masing menjelang bulan Disember 2010.
Perubahan pesat dalam urusan
keilmuan serta tuntutan masyarakat yang
kian mendesak telah menggesa supaya
pendidikan yang ditawarkan di universiti
lebih terbuka dan liberal;
““21Amanat Tahun 2009 |
22 | Amanat Tahun 2009
23Amanat Tahun 2009 |
5. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D)
16. IPT memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan
(R&D&C) di negara ini. Ahli akademik dalam pelbagai bidang kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea,
konsep atau teori baru yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih dan
terkini. Terdapat hubungan yang signifikan di antara pertumbuhan ekonomi dan kegiatan R&D pengajian tinggi. Malah
perbelanjaan untuk kegiatan R&D muncul sebagai faktor yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan KDNK.
Sekurang-kurangnya RM1.7 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam RMK-9 untuk menggalakkan aktiviti R&D
dengan matlamat menyumbang sekurang-kurangnya 1.5% daripada KDNK pada tahun 2010 berbanding 0.5% pada masa
ini.
17. Walau bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan R&D di Malaysia masih belum
mencapai tahap yang memuaskan. Sehingga 31 Disember 2008, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di
bawah Science Fund, sebanyak RM50.4 juta telah diagihkan kepada para penyelidik universiti bagi membiayai 243 projek
berbanding RM164.2 juta bagi membiayai 791 projek pada tahun 2007. Manakala di bawah Techno Fund pula, IPTA telah
menerima peruntukan sebanyak RM8.14 juta pada tahun 2008 dan berbanding RM6.4 juta pada tahun 2007.
18. Bagi menggalakkan kegiatan R&D, universiti-universiti perlu menentukan agenda penyelidikan mereka sendiri dan
perlu mengkhusus dalam bidang yang mereka fikir sesuai. Pembiayaan tidak harus ditujukan hanya kepada bidang di mana
Malaysia mempunyai kekuatan dan menjadi juara di peringkat antarabangsa. Di mana sesebuah universiti mempunyai
kepakaran di dalam sesuatu bidang tertentu, mereka harus menggunakan kepakaran tersebut tanpa mengambil kira sama
ada ianya merupakan bidang yang menjadi kekuatan negara atau tidak. Dana penyelidikan tidak menjadi isu. Isunya
bagaimana universiti menggunakan sepenuhnya dana sedia ada untuk memaksimakan faedah kepada masyarakat,
termasuk komuniti perniagaan.
24 | Amanat Tahun 2009
6. PENGANTARABANGSAAN
19. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil pada tahun ini, kemampuan Malaysia untuk menarik pelajar
antarabangsa melanjutkan pengajian di negara ini mungkin menjadi lebih sukar kerana masalah kemerosotan ekonomi
juga berlaku di Negara-negara lain. Walau bagaimanapun, tren menunjukkan bahawa bilangan mereka yang melanjutkan
pengajian meningkat pada masa ekonomi dilanda krisis. Kesempatan ini perlu digunakan untuk mempromosikan
pengajian tinggi negara dengan mengetengahkan kelebihan Malaysia seperti kos yuran dan kehidupan yang lebih murah,
prasarana yang mencukupi serta berkualiti dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat. Dengan
bilangan pelajar antarabangsa kira-kira seramai 70,000 pada tahun 2008, sasaran seramai 80,000 orang menjelang tahun
2010 boleh dicapai.
20. Pada masa yang sama, usaha perlu dipertingkatkan bagi mendapatkan lebih banyak pengiktirafan luar negara bagi
menambah nilai (value-added) ijazah yang diperolehi setelah tamat pengajian di IPT Malaysia ; dalam konteks menjawat
jawatan dalam sektor awam di negara asal atau negara-negara lain dan pada masa yang sama mendapat pengiktirafan
daripada industri tempatan mahupun luar negara. Lebih banyak mutual recognition agreement (MRA) perlu diadakan
dengan negara-negara yang mempunyai universiti-universiti yang terkemuka di dunia dalam usaha mendapat faedah
bersama dan ke arah menggalakkan kolaborasi yang berterusan antara kedua-dua negara khususnya dari segi program
kerjasama dan pemindahan kredit (credit transfer).
25Amanat Tahun 2009 |
26 | Amanat Tahun 2009
27Amanat Tahun 2009 |
7. KEBOLEHPASARAN GRADUAN
21. Pada masa ekonomi bergerak dengan perlahan dan syarikat-syarikat mula memberhentikan pekerja, pekerjaan-
pekerjaan baru juga diwujudkan. Dalam pasaran tenaga kerja pada hari ini, pekerja-pekerja mahir yang diperlukan untuk
mengisi keperluan tenaga kerja semasa dan juga baru sentiasa tidak mencukupi. Ini bermakna kekurangan pekerja mahir
akan berterusan sehinggalah ekonomi pulih dan syarikat-syarikat mula mengambil pekerja semula. Tren terkini juga
menunjukkan banyak syarikat melatih semula pekerja mereka yang sedia ada atau menawarkan latihan tertentu bagi
menarik pekerja baru. Dengan kemahiran-kemahiran baru, pekerja boleh dipindahkan untuk tugas-tugas yang berbeza
bagi mengelakkan daripada diberhentikan. Persekitaran ini menuntut kita supaya menghasilkan graduan yang bukan
sahaja berketrampilan dan dinamis dalam bidang pengkhususan masing-masing, malah graduan yang mempunyai
kecerdasan intelektual, berwibawa dan berupaya memenuhi kehendak pasaran.
22. Program-program seperti training, internship dan entrepreneurship hendaklah terus dipergiatkan. Dialog bersama
industri juga perlu diteruskan bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan kualiti graduan yang dikeluarkan dan
juga untuk mengetahui samada kurikulum yang diajar di universiti masih relevan. Modul Asas Pembudayaan
Keusahawanan perlu dilaksanakan di IPTA bagi menerapkan nilai dan perubahan minda graduan ke arah semangat
berdikari dan budaya keusahawanan. Melalui kemahiran ini, graduan bukan sahaja mampu bekerja sendiri, malah turut
dapat merebut peluang perniagaan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Selain itu, beberapa
langkah lain yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan termasuklah ;
i) Memasukkan elemen kebolehpasaran di dalam kurikulum (Embedding employability in the curriculum) menerusi
pembaharuan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran (Curriculum Design);
ii) Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Aktiviti Ko-Kurikulum (Enhancing students employability through
the co-curriculum); dan
iii) Melibatkan majikan di dalam penambahbaikan kurikulum (Engaging employers in the curriculum).
28 | Amanat Tahun 2009
8. APEX
23. Pemilihan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex yang diumumkan pada 3 September 2008 telah
melengkapkan inisiatif Apex untuk melonjakkan dengan cepat pembangunan institusi bagi meningkatkan prestasi dan
daya saing di peringkat antarabangsa dan mencapai kedudukan antara yang terbaik di dunia. Adalah diharapkan dalam
masa 5 tahun, USM berada antara 100 universiti terbaik dunia dan pada 2020 dan seterusnya ia berada dalam senarai 50
universiti terbaik dunia. Bagi memantapkan sistem governan dan memastikan universiti ditadbir dengan lebih cekap dan
berkesan, USM akan diberikan autonomi di dalam 7 bidang yang dikenal pasti ; antaranya Perundangan, Pengurusan
Sumber manusia, Kewangan dan Kemasukan Pelajar. Pelaksanaan autonomi kepada USM akan seiring dengan akauntabiliti
yang akan diukur melalui KPI yang ditetapkan.
9. MYBRAIN15
24. Inisiatif MyBrain15 telah dilancarkan pada 25 September 2008 dengan matlamat untuk melahirkan bilangan
pemegang ijazah Ph.D yang secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu masa depan ekonomi
negara untuk berdaya saing. Sehingga bulan September 2008, terdapat seramai 11, 820 pelajar sedang mengikuti
pengajian di peringkat Ph.D di IPTA ; masing-masing terdiri daripada 6,726 pelajar tempatan dan 5,094 pelajar
antarabangsa. Bagi mencapai sasaran menghasilkan seramai 60,000 pemegang ijazah Ph.D dalam masa 15 tahun, IPTA telah
diminta supaya mengambil tindakan bagi menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan pengajian Ph.D ; seperti isu
kemasukan pelajar, sokongan penyelidikan, tarikan kerjaya, isu penyeliaan dan isu tempoh penamatan pengajian. Selain itu,
IPTA juga diminta untuk mewujudkan mod program Ph.D bukan-konvensional, seperti program penyelidikan gunaan
berdasarkan industri, mewajibkan nisbah penyelia : pelajar Ph.D kepada 1 : 5, mengambil pelajar cemerlang dari seluruh
pelusuk dunia untuk pengajian Ph.D di IPT Malaysia dan mengambil Profesor tersohor dunia sebagai staf universiti untuk
menarik lebih ramai pelajar terbaik dunia mengikuti pengajian Ph.D di Malaysia.
29Amanat Tahun 2009 |
30 | Amanat Tahun 2009
10. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
25. Pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah, tinggi, vokasional dan latihan selamanya amat penting. Tetapi
pendidikan asas semata-mata tidak memadai. Kemahiran manusia mesti diperbaharui dengan berterusan bagi
membolehkan mereka menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa berubah. Pada masa kini, pembelajaran sepanjang
hayat menjadi kunci kepada pekerjaan dan perkembangan serta memberi peluang kepada semua untuk melibatkan diri
dalam masyarakat. Bilangan mereka yang meninggalkan sekolah lebih awal yang semakin meningkat, penyertaan yang
rendah dalam pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pekerja berusia dan pekerja berkemahiran rendah menjadi
perhatian serius di kebanyakan negara. Apatah lagi, pasaran buruh masa depan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan
memerlukan tahap kemahiran yang tinggi.
26. Bagi menghadapi cabaran tersebut dan memastikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menjadi satu gaya hidup
masyarakat Malaysia, langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian ;
i) Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan
kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu.
ii) Meningkatkan kesedaran dan penyertaan di kalangan orang awam supaya dapat memanfaatkan potensi diri
melalui PSH agar dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran melalui
peningkatan promosi PSH.
iii) Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH.
iv) Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya bagi membudayakan PSH agar lebih ramai penduduk
mendapat manfaat daripada kursus-kursus pendek yang ditawarkan.
31Amanat Tahun 2009 |
32 | Amanat Tahun 2009
33Amanat Tahun 2009 |
11. AUDIT AKADEMIK
27. Audit akademik, sepertimana penilaian program tradisional adalah satu proses penilaian keserakanan (peer review)
termasuklah kajian sendiri (self-study) dan lawatan tapak oleh rakan-rakan daripada luar institusi. Tidak seperti pendekatan
penilaian program tradisional, proses ini menekankan suatu cerminan / gambaran sendiri (self-reflection) dan
penambahbaikan sendiri (self-improvement) berbanding pematuhan kepada standard yang telah ditentukan. Tujuan audit
akademik adalah untuk menggalakkan institusi menilai “proses-proses kualiti pendidikan” mereka – iaitu aktiviti utama
yang perlu mereka hasilkan, jamin dan tingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarannya secara berkala. Audit menuntut
institusi menguruskan tanggungjawab mereka dengan menggunakan sumber yang sedia ada, berusaha menyediakan
suatu pendidikan yang berkualiti untuk kepentingan disiplin pengajian dan pembelajaran pelajar.
28. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diberikan tanggungjawab menjamin dan meningkatkan kualiti pengajian
IPTA, IPTS serta Politeknik dan Kolej Komuniti, perlu memastikan supaya ;
i) audit prestasi akademik dijalankan ke atas semua IPT bertaraf universiti dan kolej universiti bagi mengukur “tahap
kesihatan” IPT di Malaysia.
ii) penerangan diberikan kepada semua IPT mengenai sistem jaminan kualiti yang baru dibangunkan iaitu Code of
Practice for Institutional Audit (COPIA) dan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA).
iii) IPT dipelawa untuk mengakredit sendiri (swaakreditasi) program-program mereka dan menganugerahkan status
swaakreditasi (self-acreditation) kepada IPT yang layak dan berkemampuan.
iv) instrumen SETARA diperkemas dan dimantapkan dalam SETARA 2009 dan diperluaskan untuk merangkumi
universiti dan kolej universiti swasta.
34 | Amanat Tahun 2009
12. PEMBIAYAAN PELAJAR (PTPTN)
29. Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, penyaluran bantuan kewangan perlu diteruskan. Bagi tempoh
Januari hingga Oktober 2008, sejumlah 147,441 pinjaman telah diluluskan iaitu peningkatan sebanyak 12% berbanding
tahun sebelumnya (131,880 pinjaman) bagi tempoh yang sama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah
diluluskan ialah sebanyak 1,257,532. Sehingga Oktober 2008, jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang telah
diterima ialah sebanyak RM975.71 juta iaitu peningkatan sebanyak 54% atau RM341.86 juta berbanding tempoh yang
sama pada tahun sebelumnya. Bagi tahun 2008, sasaran 55% pinjaman dibayar balik telah berjaya dicapai. Usaha perlu
ditingkatkan bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% pinjaman dibayar balik menjelang tahun 2010.
35Amanat Tahun 2009 |
13. IPTS
30. Kerajaan telah membuat keputusan bahawa tidak akan meluluskan sebarang cadangan penubuhan universiti awam
yang baru. Justeru, IPTS perlu mengambil peluang ini untuk menampung permintaan bagi meneruskan pengajian di
kalangan pelajar, khususnya para pelajar dari luar negara.
Pihak Kementerian juga perlu menyedari hakikat bahawa sektor pengajian tinggi swasta mempunyai potensi yang besar
bagi meransang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktivitinya iaitu peningkatan ekuiti dan aksesibiliti pasaran tempat
pengajian tinggi, khususnya kepada pasaran pelajar antarabangsa. Ini merupakan satu langkah yang bukan sahaja akan
menguntungkan sektor pengajian tinggi swasta itu sendiri, malah akan turut membantu merangsang ekonomi negara
melalui pengaliran wang tunai masuk ke dalam negara dan juga peningkatan peluang – peluang pekerjaan di sektor
swasta dan industri sokongan lain bagi menampung keperluan kemasukan pelajar antarabangsa.
Oleh yang demikian, saya amat komited untuk memastikan pengukuhan sektor pengajian tinggi swasta dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Dari sudut kementerian, satu kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengkaji semula
syarat – syarat penubuhan, penaiktarafan, kadar yuran pengajian serta pengukuhan penguatkuasaan bagi sektor pengajian
tinggi swasta. Langkah ini adalah bertujuan untuk membantu serta menyediakan pemudah cara bagi sektor swasta di
dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti, ekuiti serta mutu perkhidmatan mereka. Melalui kajian semula ini, adalah
menjadi harapan saya agar sektor pengajian tinggi swasta akan terus berkembang, kompetitif serta mampu menyediakan
perkhidmatan pengajian tinggi yang berkualiti serta diiktiraf di peringkat serantau.
36 | Amanat Tahun 2009
14. TABUNG PEMBANGUNAN MODAL INSAN
31. Menyedari kepentingan modal insan yang berkualiti amat penting dalam pembangunan negara, kementerian
sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses kepada semua lapisan masyarakat di negara ini untuk memperolehi peluang
pengajian tinggi. Pelbagai bentuk kemudahan pembiayaan seperti biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan disediakan
oleh KPT pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan, syarikat GLC mahupun badan-badan korporat.
32. Kementerian akan memperkenalkan program Biasiswa Pelajar Cemerlang mulai pengambilan tahun 2009. Pelajar-
pelajar yang terpilih mengikuti program ini akan dijadikan pelapis (feeder) bagi pusat-pusat kecemerlangan IPTA sebagai
usaha Kementerian unuk meningkatkan pusat-pusat kecemerlangan ini mencapai taraf dunia. Kumpulan sasar adalah
terdiri daripada pelajar lepasan Asasi/Matrikulasi dan STPM. Pelajar-pelajar ini akan berpeluang untuk mendapat
pendedahan di universiti-universiti terkemuka luar negara jika mereka berjaya mengekalkan kecemerlangan di sepanjang
tempoh pengajian mereka.
33. Kelembapan ekonomi dunia yang dijangka berterusan pada tahun 2009 tidak akan menjejaskan usaha kementerian
dalam meneruskan tajaan tenaga yang berkelayakan mengikuti pengajian di peringkat Ph.D. Kementerian akan terus
melaksanakan program ini dengan sumber peruntukan yang diluluskan bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) iaitu 75% tenaga pengajar IPTA berkelayakan Ph.D pada tahun 2020 dan objektif di bawah
MyBrain15 untuk mencapai sasaran 60,000 individu berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2023. Strategi dan insentif
tertentu perlu dikaji bagi memastikan kedua-dua sasaran ini dapat dicapai.
37Amanat Tahun 2009 |
38 | Amanat Tahun 2009
15. SISTEM PENYAMPAIAN KPT
34. KPT akan terus menyokong pembangunan IPT dengan memastikan persekitaran yang lebih kondusif diwujudkan
untuk perkembangan dan kecemerlangan pengajian tinggi. Transformasi KPT yang dilancarkan pada 13 Jun 2008
merupakan asas kepada usaha untuk mengukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi. Selaras dengan
peralihan fungsi KPT daripada kawal selia undang-undang (regulator) kepada pemudah cara (facilitator), KPT telah
menyediakan prosedur kerja yang lebih fleksibel dengan menurunkan kuasa untuk mengurangkan karenah birokrasi, dan
memantapkan dasar dan perundangan supaya pengajian tinggi dapat berkembang maju selari dengan matlamat negara.
Amalan tadbir urus yang baik diterapkan di semua peringkat organisasi di bawah KPT. Proses penambahbaikan secara
berterusan dijadikan pegangan. Nilai-nilai murni seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur dijadikan nilai
induk warga KPT di samping budaya nilai korporat seperti profesionalisme, semangat kerja berpasukan dan berorientasikan
pelanggan.
35. Bagi membantu sistem penyampaian yang cekap dan berkesan, inovasi dalam pentadbiran merupakan aspek yang
perlu juga diberi perhatian. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya satu Pusat Sehenti (one-stop center)
diwujudkan bagi membolehkan pakar-pakar dan sarjana yang telah bersara atau diberhentikan akibat krisis ekonomi
mendaftar dan memberikan maklumat.
39Amanat Tahun 2009 |
16. PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR
36. Dalam era yang semakin mencabar, pelajar perlu dibekalkan dengan pelbagai kemahiran untuk mendapatkan
peluang pekerjaan dan survival apabila bergraduat kelak. Untuk mencapai maksud tersebut, pelajar perlu terlibat secara
aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kehidupan kampus. Usaha ini bertujuan untuk membekalkan pelajar bukan hanya
kemahiran akademik tetapi juga kemahiran insaniah yang amat penting bagi mereka setelah tamat pengajian kelak. Pada
masa sekarang, Kementerian sedang dalam usaha untuk mengkreditkan penglibatan pelajar dalam kurikulum tambahan
bagi memastikan setiap pelajar menguasai sekurang-kurangnya ciri-ciri minimum kemahiran insaniah. Sebanyak 8 bidang
telah dikenalpasti untuk dilaksanakan iaitu Kepimpinan, Debat, Sukan, Daya Usaha dan Inovasi, Kebudayaan,
Kesukarelawan, Keusahawanan dan Khidmat Komuniti. Program yang dirangka ini akan melibatkan Pelajar Malaysia di IPTA
dan IPTS, Pelajar Malaysia di Luar Negara dan Pelajar Antarabangsa yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS tempatan.
40 | Amanat Tahun 2009
17. POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
37. Dalam usaha memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat, Kolej-kolej Komuniti perlu dijenamakan semula.
Tumpuan bukan sahaja harus diberikan kepada usaha melatih pekerja mahir, tetapi juga usaha melatih semula (retrain)
pekerja-pekerja yang diberhentikan. Kementerian Sumber Manusia mengunjurkan seramai 4,749 pekerja akan
diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh suku pertama 2009. Terkini, kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor
perkilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja
menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung bulan ini. Manakala unjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula
menganggarkan seramai 200,000 hingga 400,000 pekerja diancam kemungkinan diberhenti kerja pada 2009.
38. Kursus-kursus pendek perlu dipertingkatkan. Selaras dengan peranan Kolej Komuniti sebagai ejen pembangunan
komuniti, komuniti setempat perlu sentiasa dipastikan agar mendapat akses kepada peluang dan kemudahan yang
disediakan. Ruang dan peluang juga perlu dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti
melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan diploma di IPT.
41Amanat Tahun 2009 |
42 | Amanat Tahun 2009
18. AKADEMIA - INDUSTRI
39. Akademia - Industri merupakan agenda terbaru dan ke - 18 yang saya minta supaya dijadikan sebagai agenda kritikal
di dalam PSPTN. Ini memandangkan bahawa idea institusi-institusi pengajian dan penyelidikan universiti mampu
melonjakkan pembangunan industri dan teknologi masih lagi baru di Malaysia. Kerjasama akademia - industri adalah satu
proses interaktif di mana usaha-usaha teknologi dan saintifik daripada IPT diterjemahkan ke dalam realiti-realiti ekonomi
yang produktif di bawah pengurusan yang berkesan. Hubungan akademia - industri bukan sekadar memberi - menerima
teknologi, tetapi lebih interaktif, kolaboratif dan participatif, saling menghormati peranan dan sumbangan masing-masing
demi menghasilkan penyelidikan - pengeluaran yang bersepadu.
Adalah diharapkan daripada kerjasama sebegini, industri akan mendapat faedah;
i) penyelidikan dibiayai bersama dengan hasil dimanfaatkan bersama,
ii) mendapat akses kepada kontak akademik,
iii) menerokai bidang penyelidikan yang baru, dan
iv) meningkatkan imej dan kapasiti pembelajaran.
Manakala di kalangan ahli akademik, mereka akan dapat ;
i) menambah peluang untuk latihan doktoral,
ii) menerokai projek-projek penyelidikan baru yang relevan dengan masalah sesuatu sektor industri atau syarikat, dan
iii) mengukuhkan hubungan mereka dengan lebih banyak syarikat.
40. Majlis Perundingan Akademia - Industri boleh dijadikan platform bagi membincangkan isu-isu kolaborasi
universiti - industri. Maklumat daripada dialog ini dijadikan asas dalam merancang program yang akan memberi manfaat
kepada universiti dan industri.
43Amanat Tahun 2009 |
44 | Amanat Tahun 2009
45Amanat Tahun 2009 |
Tuan-tuan dan Puan-puan,
41. Pada pandangan saya, banyak juga yang telah kita capai dalam masa setahun yang lalu ; meliputi
pentadbiran dan perkhidmatan, pembangunan fizikal dan pembangunan pelajar, kualiti mahupun citra kita
sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab membangunkan modal insan negara. Dengan melangkah
ke hadapan, kita tidak boleh bergerak dengan perlahan sementara pesaing kita di rantau ini bergerak pada
kelajuan yang tinggi dalam pembaharuan pendidikan tinggi mereka. Saya khuatir sekiranya tindakan kita terlalu
perlahan, kita bukan sahaja akan ketinggalan jauh, malah menjadi tidak relevan lagi. Kita akan dicemuh dan
kewibawaan kita akan tergugat.
42. Tuan-tuan dan puan-puan adalah bahagian penting dalam pembangunan pengajian tinggi negara. Citra
kita bukan sahaja bergantung kepada pencapaian masa lalu, tetapi juga perancangan masa depan. Kementerian
memerlukan pegawai yang penuh keterlibatan dan mempunyai visi yang boleh merancang masa depan.
Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk membebaskan pemikiran daripada belenggu masa silam supaya kita
dapat menerajui kegemilangan ilmu seterusnya membina suatu bangsa Malaysia yang disegani dunia.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Dilahirkan pada 30 November 1958, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Muar dan English College
Johor Bahru. Dato’ Seri Khaled telah melanjutkan pengajian tinggi di dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.
Kerjaya politik beliau bermula sebagai Setiausha Politik kepada Dato’ Shahrir Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada
tahun 1983. Apabila Dato’ Shahrir, meninggalkan Kabinet pada tahun 1987, beliau menceburi bidang guaman dan turut
bergiat sebagai ahli perniagaan. Namun demikian, beliau kekal aktif di bidang politik.
Setelah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada awal 90an, beliau terpilih sebagai Ketua
UMNO Bahagian Johor Bahru pada tahun 1995. Apabila Dato’ Shahrir kembali ke pangkuan UMNO pada tahun 1998,
beliau menyerahkan kembali jawatan berkenaan kepadanya dan beliau bertindak sebagai Timbalan Ketua UMNO
Bahagian. Kini beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, berikutan persempadanan semula kawasan
pilihanraya pada tahun 2004.
Di peringkat UMNO Pusat, Dato’ Seri Khaled pernah menyertai Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1993 sehingga
2000. Sejak 2004, beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Johor. Pada tahun 1990, beliau telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kekal selama 3 penggal berturut-turut
sehinggalah beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang pada pilihanraya umum 2004. Pada tahun 1999, beliau telah dilantik
menganggotai pentadbiran sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.
Selepas pilihanraya umum ke-10 pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan
Koperasi. Dalam usaha gigih meningkatkan kapasiti masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputra (MPPB), beliau
telah memperkenalkan usaha-usaha bagi memastikan program-program keusahawanan lebih mudah dicapai oleh
golongan sasar. Beliau turut memberi fokus ke arah pembangunan usahawan-usahawan Bumiputra di peringkat
pertengahan. Antara program yang berjaya termasuklah Program Peruncitan Bumiputra, Program HalmArt, Program Gerak
Usahawan serta penubuhan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Selain dari itu, beliau telah meletakkan asas kukuh
bagi gerakan koperasi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Pada tahun 2008, beliau telah berpindah sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Dalam tempoh yang singkat, beliau telah
melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar dalam meningkatkan kapasiti pembinaan modal insan negara. Antara usaha
beliau termasuklah pewujudan universiti apex, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembangunan
aggresif kolej-kolej komuniti. Salah satu agenda utama beliau di KPT adalah memastikan graduan memenuhi kehendak
pasaran kerja dan pembudayaan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan graduan.
Sepanjang perkhidmatan kerajaan, beliau sentiasa diamanahkan bagi membawa perubahan dan menyelesaikan isu bagi
pelbagai golongan sasar terutamanya di kalangan Bumiputra. Beliau mempunyai tanggungjawab utama bagi
meningkatkan dayasaing negara sama ada di dalam bidang ekonomi serta ilmu.
46 | Amanat Tahun 2009
47Amanat Tahun 2009 |
Recommended