View
106
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
ABRAHAM MASLOW
Citation preview
BIL TAJUK MUKA SURAT
PENGAHARGAAN
1 PENGENALAN 1
1.1 LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW 2-3
1.2 TEORI MOTIVASI MASLOW 3-4
2 GURU SEBAGAI PENGGERAK MOTIVASI 5-6
2.1 KEPERLUAN FISIOLOGI 6
2.2 KEPERLUAN KESELAMATAN 6-7
2.3 KEPERLUAN KASIH SAYANG 7
2.4 KEPERLUAN PENGHARGAAN KENDIRI 7-8
2.5 KEPERLUAN PENYEMPURNAAN KENDIRI 8
2.6 KEPERLUAN MENGETAUI 8
2.7 KEPERLUAN ESTETIK 9
3 APLIKASI 9-10
4 TEORI-TEURI TENTANG MOTIVASI 10
5 KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF KBKK
10-11
5.1 DIFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR 11-12
5.2 KEMAHIRAN BERFIKIR 13
5.3 JENIS- JENIS KEMAHIRAN ERFIKIR 14
6 RUMUSAN 15
7 RUJUKAN 16
PENGHARGAAN
1
Dengan nama Allah S.W.T,saya bersyukur kerana dapat menyepurnakan tugasan ini. Dengan
sokongan keluarga dan juga kawan-kawan persejuangan saya, saya dapat menyelesaikan tugasan
saya dengan sempurnanya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa saya kerana memberi dorongan untuk saya menyelesaikan tugasan saya yang
diberikan kepada saya dan juga memberi modal untuk menyiapkan tugasan saya, tidak lupa juga
kepada kawan-kawan persejuangan saya yang memberi tunjuk ajar kepada saya didalam setiap
tajuk yang saya tidak faham. Tidak lupa juga kepa pensyarah saya encik said bin darkasi yang
memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya rasa
bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini.
SEKIAN TERIMA KASIH
PENGENALAN
2
Menurut ahli psikologi, motivasi merupakan suatu proses internal yang merangsang diri
kita untuk memenuhi keperluan kita. Ia adalah suatu proses yang mana memberikan kita
semangat dalam satu tempoh masa yang tertentu. Motivasi merupakan suatu yang akan
menggerakan kita dan menentukan hala tuju yang ingin kita capai. Seseorang itu yang
mempunyai motivasi dan juga mempunyai kebolehan akan mencapai kejayaan dalam
kehidupannya kerana mendorong dirinya untuk mencapai matlamat yang ingin dituju. Bagi
sebuah kumpulan pula motivasi akan menjadi pendorong mereka untuk mencapai kepaduan
dalam kumpulan dan seterusnya mencapai matlamat dalam kumpulan. Dengan adanya motivasi
ini, mka akan wujuklah sifat yang saling bantu membantu antara ahli kumpulan serta sikap
bertanggungjawab dan kerja antara satu sama lain. Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi
instrinsik dan motivasi esktrinsik.
Dalam bidang pendidikan pemikiran kritis ini banyak yang mendatangkan penggunaan
motivasi yang penting. Dengan motivasi, guru akan dapat membentuk tingkah laku yang positif
dalam diri seseorang pelajar. Selalunya,guru akan menggunakan motivasi yang akan
mendatangkan semangat keatas diri seseorang pelajar. Guru juga harus pandai menggunakan
motivasi yang dapat menaikan semangat kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam kelas.
Begitu juga dengan pelajar yang cemerlang dalam kelas.guru akan terus memberi motivasi
supaya pelajar akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Guru juga
boleh menjadi motivator kepda pelajar-pelajarnya. Seorang guru yang baik akan mempunyai
motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran
danpembelajaran dalam bilik darjah.
Pelajar yang bermotivasi juga mempunyai minat yang tinggi dalam pembelajarannya dan
sentiasa menumpukan perhatiannya dalam kelas. Pelajar akan aktif sama ada dalam kelas atau
pun diluar kelas,pelajar suka hidup berdikari dan sering memberikan buah fikiran dalam kelas.
Pelajar-pelajar ini mempunyai penggerak dalam diri mereka untuk mencapai kecemerlangan
dalam akademik dan dalam hidup mereka. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tingkah laku
manusia dipengaruhi oleh beberapa factor seperti perasaan naluri dan juga dipengaruhi oleh
persekitaran seperti peneguhan yang berterusan. Oleh itu, manusia akan bertindak untuk
mencapai sesuatu maklamat dan akan mencari penyelesaian mudah untuk mencapai matlamat
tersebut. Abraham maslow telah mengemukakan teori motivasi dalam kemahiran berfikir.
3
3. LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW
Nama sebenar Abraham maslow ialah Abrakham Harold Maslow yang dilahirkan pada 1
April 1908 di Brooklyn,New York. Beliau merupakan anak yang pertama daripada tujuh orang
adik deradik. Beliau mendapat pendidikan di City College of New York. Selepas tiga semester di
City College. Beliau telah bertukar ke Cornell dan berpindah semula ke City College. Beliau
telah berkawin dengan sepupunya iaitu Bertha Goodman dan di kurniakan dua orang anak
perempuan.
Berliau dan Berthan berpindah ke Wisconsin untuk memudahkannya ke university of
Wisconsin. Di university tersebut beliau memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi. Beliau
telah menghabiskan masanyandi Wisconsin dan bekerja dengan Harry Harlow.
Abraham Maslow menerima Ijazah pertama pada tahun 1930, Master 1931 dan PhD pada
1934. Semua dalam bidang psikologi dari university of Universiti of Wisconsin.setahun slepas
lulus, beliau kembali ke New York dan bekerja dengan E.L Thorndike dimana Abraham lebih
tertarik mengkaji mengenai seksualiti manusia.
Abraham mula mengajar sepenuh masa di Brooklyn College. Semasa tempoh itu, beliau telah
berhubung dengan dengan ramai orang-orang yang intelektual dari Eropah yang berhijrah ke US
seperti Adler, Fromm,Horney.
Dari tahun 1951 hingga 1969, maslow telah menjawat sebagai ketua jabatan psikologi di
Brandies. Di sana beliau telah bertemu dengan Kurt Goldstein tokoh yang telah mengemukakan
ideal aktualisasi diri dalam bukunya yang bertajuk The Organism (1934) Abraham telah
mengabiskan usia tuanya di California sehinga 8 Jun 1970 dan meninggal dunia kerana serangan
jantung setelah bertahun-tahun menahan sakit yang dihadapinya.
4. TEORI MOTIVASI MASLOW
4
Struktur dan fungsi di dalam organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Setelah diakui
bahawa manusia adalah makluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.
Maslow telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.
Sesuatu peringkat keperluan lebih tinggi tidak mungkin diperolihi sebelum keperluan yang lebih
rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang yang lebih aras terdapat
keperluan hayat atau dikenali sebagai keperluan fisiologi. Setelah keperluan itu dapat dipenuhi,
barulah keperluan yang lain dapat dipenuhi dengan baik, keperluan ini juga mendatangkan
keperluan kasih saying,seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan
juga peringkat yang paling tertinggi adalah keperluan penyempurnaan kendiri. Peringkat
keperluan manusia mengikut teori Maslow yang dapat dilihat dalam senarai dibawah.
Keperluan estetik
Keperluan mengetahui
Penyempurnaan diri
Penghargaan kendiri
Kasih saying
Keselamatan
Fisiologi
*senarai diatas menunjukan keperluan manusia mengikut Abraham maslow.
Model Abrahammaslow yang berbentuk peringkat yang ditunjukan diatas itu mengikut
perkembangan contological individu kerana setiap peringkat perkembangan itu perlu dilalui oleh
individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan
keselamatan, kasih saying dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehinga
penyempurnaan kendiri, kajian ini didapati semakin tinggi keperluan individu itu maka ini
semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini seorang individu
menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan sesuatu tingkah lakunya. Pada masa ini
juga motivasi perlu bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat,dan
kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran social merupakan faktor dalam mencapai
kemahuan, dengan itulah Maslow menamakan keperluan peringkat t erbawah sebagai keperluan
kekurangan dan juga peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan
5
5. GURU SEBAGAI PENGGERAK MOTIVASI
Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus
dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru. Tugas utama dan terpenting yang menjadi
tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam
proses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan
dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam
pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami
makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi
pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.
Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapat melaksanakan langkah-
langkah seperti berikut:
Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar.
Melaksanakan teknik memotivasi pelajar.
Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan minat
pelajar.
Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.
Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik.
Melaksanakan penilaian diagnostik.
Melaksanakan komunikasi interpersonal.
Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harus dilakukan oleh
seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru telah berjaya membangun motivasi
pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar
pelajarnya. Namun pekerjaan ini tidaklah mudah untuk dilakukan dengan mendidik para pelajar
yang mempunyai pelbagai kerenah yang harus dihadapi oleh seseorang guru. Memotivasi untuk
pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi juga mengarahkan
6
dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus menerus untuk mencapai
kecemerlangan dalam diri mereka sendiri, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah
meninggalkan sekolah.
Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajar merupakan tugas
guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, maka pendekatan Behavioristik perlu kita jadikan
pedoman dalam mengajar. Para pakar Behavioristik mengemukakan bahawa motivasi ditentukan
oleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar.
Oleh kerana itu, meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat
penting bagi guru,.
Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untuk memotivasi
pelajar-pelajarnya. Pelajar yang termotivasi dengan baik dalam pelajaran akan melakukan lebih
banyak aktiviti dan lebih cepat belajar jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang atau tidak
termotivasi semasa belajar. Ini memandangkan, jika guru dapat membangunkan motivasi pelajar
terhadap pelajaran yang diajar maka diharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata pelajaran
yang telah diajar oleh guru mereka.
KEPERLUAN FISIOLOGI
Mengikut teori Maslow, fisiologi merupakan peringkat yang paling asas. Keperluan ini
penting bagi keperluan organisme apatah lagi manusia. Keperluan merangkumi apa yang
diperlukan untuk diri dan fizikal seseorang seperti makanan, minuman, tempat tinggal, dalam
konteks pendidikan pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan akan memberikan impak
terhadap perhatian dalam kelas. Kurang memberi perhatian juga akan mengakibatkan kesihatan
terjejas dan terganggu. Bagi mengelak ini berlaku guru hendaklah memberikan perhatian dan
mengambil berat tentang punca belakunya kekurangan perhatian dalam kelas. Sekiranya
keperluan ini tidak dipenuhi, pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat untuk berlajar.
KEPERLUAN KESELAMATAN
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa,keselamatan amat penting adalam hidup. Setiap
individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza. Ada individu
7
yang kurang mempunyai keperluan dan menjadikan lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu
yang mempunyai keperluan ini dengan kuatya dan bergantung di dalam banyak hal kepada orang
lain. Sebagai contoh kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat hidup bersendirian
memerlukan keselamatan dan akan bergantung kepada orang dewasa seperti ibu bapa mereka
untuk mendapat perlindungan, sikap kepekaan dan perhatian daripada ibu bapa yang
bertanggungjawap diharapkan demi keselamatan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
Harlow dan Zimmerman(1958) menunjukan betapa pentingnya sentuhan orang dewasa kepada
kanak-kanak.
KEPERLUAN KASIH SAYANG
Keperlua kasih saying ini untuk mendapatkan keperluan social, teman dicintai dan mencintai
serta diterimma dalam pergaulan kelompok masyarakat dan lingkungannya. Kerana manusia
adalah makhluk social, sudah jelas mereka menginginkan keperluan social. Kebiasaan pelajar
didalam kelas akan berasa terganggu jika terjadi pergaduhan atau pertelingkahan antara satu
sama lain.keadaan akan menjadi tegang jika pelajar dimarahi oleh guru mereka dan dikena
didenda. Situasi ini akan menimbul rasa tidak tenang dikalangan pelajar terbabit dan merasa diri
mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-
kawan. Ekoran daripada itu keinginan minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar
akan pudar dan lenyap.
KEPERLUAN PENGHARGAAN KENDIRI
Satu unsur besar dalam penerimaan kendiri ialah penerimaan. Penerimaan yang bermaksud
menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan inndividu
lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Penerimaan rakan sebaya amat penting agar
mereka berasa tidak tersingkir oleh masyarakat. Murid yang diterima dan dihargai dikasihi akan
dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru juga
perlu menyediakan aktiviti yang menarik untuk pelajar agar pelajar dapat mendaping dan
mendampingi pelajar lain.
Setiap individu juga memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi
memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku. Pelajar itu sendiri harus mehormati
8
diri sendiri dan berusaha mendidik dirinya menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Factor
yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri
dan kebebasan, pengiktirafan, penilaian diri orang lain. Berdasar kan Saedah, Zainun, dan Tunku
Mohani (1993:13) mengungkap kata-kata Kubiniec,1970 “ orang yang mempunyai konsep diri
yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik. Keinginan ini mendorong pelajar
untuk belajar dan mencari pengetahuan degan mengamalkan kaedah membaca buku atau bahan-
bahan yang mendatangkan maklumat tentang pelajaran, oleh itu guru harus memainkan peranan
penting untuk memberikan tugasan yang sesuai untuk diterokai serta mampu dilaksanakan oleh
pelajar. Pelajar juga merasa diri mereka penting kerana dapat menjalankan tugas dengan
sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk berkeyakinan dan minat merka untuk terus
belajar dan Berjaya semakin meluap-luap.
KEPERLUAN PENYEMPURNAAN KENDIRI
Keperluan ini adalah dengan memgunakan kecekapan, kemampuan, ketrapilan, dan potensi
optimal untuk mencapai prestasi kerja yang sangat memuaskan dan luar biasa sulit untuk dicapai
orang lain.keperluan aktualisasi diri berbeza dengan kebutuhan lain dalam dua perkara iaitu
keperluan aktualisasi diri tidak dapat dipenuhi dari luar. Pemenuhan hanya berdasarkan
keinginan atas usaha individu itu sendiri.kedua aktualisasi diri berhubung pertumbuhan
seseorang individu, keperluan ini akan berterusan terutamanya sejalan dengan meningkatkan
jenjang karier seorang individu.
Konsep keperluan kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang tentang dirinya sebagai
individu yang asing memiliki satu ciri yang unik atau istimewa (Shaffer1985) membawa
maksud bagaimana seseorang itu memberi tanggapan terhadap dirinya sendiri.anggapan ini
adalah berasaskan kelemahan dan kelebihan yang mereka miliki dan menggunakan sebaik
mungkin.
KEPERLUAN MENGETAHUI
Keperluan mengetahui berkaitan dengan perasaan ingin tahu seseorang terhadap suatu
perkara yang belum mereka terokai. Ini berhubung dengan keperluan mencari, menyusun,
menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui suatu perkara, seseorang itu mestilah
9
berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Di
dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan inkuiri penemuan dan kajian
supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran kritis
dalam kemahiran berfikir untuk mengetahui maklumat tentang pelajaran.
KEPERLUAN ESTETIK
Keperluan estetik merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami
keindahan dan kecantikan dalam dirinya, Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah
dengan cara memiliki barangan yang sangat menarik yang mempunyai unsur-unsur kesenian
dalam diri, akibatnya keperluan ini, manusia sanggup membelajakan berates malahan beribu
ringgit untuk memiliki barangan yang indah dipandangan mereka,dalam konteks sekolah pula,
pelajar perlu dijalankan supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
mengembangkan otak pelajar seperti dalam bidang teater, lakonan dan sebagainya.
APLIKASI
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai
pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur
yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses
pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru
merupakan penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka
memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti
pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi
serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang
diajar menarik minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran
itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran
perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran
yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu
menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan
sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari
10
maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh
mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai
dengan pelajaran.Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran
pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan
situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran
bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya.
Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh
mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang
mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan
daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan
ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.
6. TEORI-TEORI TENTANG MOTIVASI
Menurut teori Keperluan, manusia termotivasi untuk bertingkah laku adalah kerana ingin
memenuhi keperluan seperti berikut:
a. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau kenikmatan dan
keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya menyediakan persekitaran yang
menimbulkan keamanan secara fizikal bagi para pelajar, sehingga mereka merasa senang dan
nyaman untuk belajar.
b. Keperluan emosional, iaitu meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan harga diri. Ini
dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara melibatkan pelajar dalam
menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan belajar. Aktiviti belajar hendaklah benar-
benar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk
berusaha secara maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan
aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat Berjaya
dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru perlu mendidik
pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.
11
c. Keperluan kognitif, iaitu meliputi keperluan untuk berhasil menciptakan atau memecahkan
suatu suasana konflik atau hal-hal yang saling bertentangan dan keperluan untuk mendapatkan
rangsangan. Untuk itu guru perlu memberi tahu pelajar tentang tujuan pelajaran sehingga mereka
mengetahui keberhasilan yang bagaimana kerjaya untuk mereka capai. Berbagai macam cara
penyajian dapat dilaksanakan, seperti melalui teka-teki, pertanyaan yang mengundang
perdebatan atau berbagai pendapat untuk menjawabnya, memunculkan pandangan-pandangan
yang berlawanan atau berbeza atau aneh sehingga pelajar-pelajar terangsang untuk berfikir dan
membahasnya. Menyediakan rangsangan dengan memberikan maklumat baru dan berkualiti
melalui ceramah, demonstrasi dan perbincangan.
Abraham Maslow, seorang pakar motivasi terkenal dan pencipta teori keperluan
mengemukakan suatu hubungan hirarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya jika keperluan
pertama terpuas atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan oleh individu sangat penting
untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai keperluan yang paling tinggi, iaitu keperluan
aktualisasi diri.
Para pakar Humanistik menitik-beratkan pentingnya motivasi dari dalam diri sendiri (self-
motivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong berkembangnya rasa ingin tahu
dan minat semulajadi pelajar dalam belajar. Para pakar Behavioristik pula menekankan
pentingnya persekitaran dalam menciptakan kondisi yang memotivasi pelajar. Mereka
menganjurkan agar guru mengaitkan belajar dengan rangsangan yang menimbulkan perasaan
senang dan membentuk tingkah laku pelajar melalui pemberian hadiah atau berbagai penguatan
7. KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF( KBKK):
a. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan
kemahiran ini juga memerlukan kemahiran membuat analisis maklumat seperti banding, beza,
menyusun, mengkelas, dan mengenal pasti akibat.
b. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang lebih banyak. Kemahiran ini mereka cipta
dan membuat inovasi boleh dikelaskan dibawah kemahiran berfikir secara kreatif
c. Pemikiran vertical dan lateral adalah
12
pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logic dan kritis
contoh: suhada tercedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimana kecederaan itu boleh
berlaku suhada?
Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea baru tampa berfikir secara logik atau
keputusan yang terburu-buru. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif yang
datang dari fikiran kita sendiri tampa berfikir secara logic.
Contohnya: Bagaimana kita boleh mengukur sesebuah pokok?
d. kemahiran berfikir yang perlu ada kepada pelajar
Membuat kaitan
Banding dan beza
Mengkelaskan
Menilai
Menyusun atur
Mengenal pasti pernyataan `benar atau salah`
Mengenal pasti penyataan berasaskan faktar
Mengenal pasti penyataan berat sebelah
Mengenal pasti sebab
Akibat
Membuat inferens atau kesimpulan awal
Membuat hipotesis
Mentafsir
Mengenal pasti ideal utama, ideal sokongan
Merumus
Menyelesaikan masalah
e. Guru haruslah menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengebangkan lapan kecerdasan dan juga
kemahiran berfikir yang tersebut diatas
perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.
13
8. DIFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan yang menggunakan
kedua-dua domain kognitif dan afektifnya dalam usaha untuk mendapatkan informasi,
menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan. Dalam kata lain ialah, kemahiran berfikir
merupakan kemahiraan seseorang menggunakan otak dan hati untuk satu landasan kepada
keakinan atau tidakan.
Terdapat beberapa konsep berfikir melalui beberapa orang tokoh pemikiran. Salah
seorang, Edward de Bono (1976) menyatakan kemahiran befikir ini membolehkan manusia
melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi yang tertentu. Ini
bermakna, manusia dapat menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan masalah yang
timbul dengan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
menggunakan perbagai cara mengikut situasi keadaan yang tertentu, tokoh pemikiran yang lain
pula menyatakan pemikiran yang dihasilkan adalah kerana tedapat situasi keraguan dan masalah
yang timbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesebuah proses yang dialami
untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Manakala dari segi pandangan
islam pula, berfikir ialah fungsi akal yang menggunakan tenaga supaya otak manusia dapat
beroperasi.
Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan, berfikir ialah satu proses yang
menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keragguan atau
masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan terhadap
keputusan serta refleksi yang logic dan muhasabah terhadap proses yang dialami.ini melibatkan
kemahiran berfikir sekiranya keputusan yang bakal dibuat akan menndapat natijah positif kepada
dirinya dan orang sekeliling maka ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana.
9. KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan satu proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan
masalah. Proses ini juga melibatkan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti menyusun ideal yang
14
bernas, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, maalah yang semakin mencabar untuk
penyelesaian. Proses penyusunan maklumat, konsep atau ideal yang melibatkan penggunaan
pandangan kurikulum telah mencipta model kemahiran berfikir yang dikenali sebagai kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
10. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB) Komponen utama KBKK:
Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk:
menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagas. Contoh-contoh kemahiran berfikir
secara kritis: membanding dan membeza: Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta
analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora
15
RUMUSAN
Terlepas dari cara membuat klasifikasi keperluan manusia itu, yang jelas adalah bahawa sifat,
jenis dan keinginan keperluan manusia berbeza antara satu sama dengan yang lain kerana
manusia merupakan individu yang sangat unik. Keperluan kepada manusia itu tidak hanya
bersifat bahan, akan tetap bersifat psikologi, mental, intelektual dan bahkan juga spiritual. Teori
Maslow tentang motivasi secara mutlak yang menunjukkan kewujudan diri sebagai keperluan
yang bercirikan sebuah pertubuhan dan pengembangan individu. Tingkah laku yang
ditimbulkannya dapat dimotivasikan oleh guru dan diarahkan sebagai subjek-subjek yang
berperanan. Dorongan yang dirangsang ataupun tidak, harus timbul sebagai subjek yang
memenuhi keperluan masing-masing yang harus dicaainya dan juga sekaligus selaku subjek yang
dapat mencapai hasil untuk sasaran-sasaran organisasi.
Suatu matlamat pada satu peringkat Berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk
memenuhi kepuasa pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidikan harus mengetahui
langkah-langkah yang pratikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi memenuhi kehendak
seseorang pelajar. Dengan itu juga, kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai
seterusnya menanamkan minat belajar untuk mengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa
keperluan teori motivasi dalam kemahiran berfikir itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai
bagi memenuhi keperluan kepada manusia tesebut. Matlamat ini juga mempunyai nilai-nilai
yang tertentu kepada seseorang pelajar baru, dapat mengatur strategi serta alternative yang lebih
praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.
Kesimpulannya, kemahiran proses sains dalam kemahiran berfikir dapat memberikan suatu
pengalaman untuk membantuk pelajar-pelajar mengenai dan memahami persekitarannya. Secara
semulajadi, pelajar-pelajar yang mempunyai sifat yang ingin tahu mempunyai daya yang tinggi
dalam sesuatu perkara baru dalam diri mereka. Maka mereka perlu diberi peluang, galakan, masa
bagi memenuhi keperluan mindanya. Jadi , untuk memenuhi keperluan tersebut pelajar-pelajar
harus dibimbing dengan kaedah yang betul selain itu juga, kemahiran berfikir juga amat
memainkan peranan penting dalam membantu pelajar-pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau
perkar. Pengalaman yang diperolehi juga dapat menggalakkan pelajar-pelajar supaya mahir
dalam berfikir, menyoal, menyelesaikan masalah dan dapat membina pengetahuan yang
berasaskan pengalaman proses sains.
16
RUJUKAN
Nota kuliah pemikiran kritis etd 1233 (En Said Bin Darkasi) dip pend (unisel) b.a.hons
(upm) m.ed (unisel)
http://zakisibu.blogspot.com/2011/06/latar-belakang-abraham-maslow.html
sedang menjalani latihan perguruan di IPG Kampus Tun Abdul Razak.
zaki niew my complete profile
http://aishahmadihah-kemahiranberfikir.blogspot.com/
DICATAT OLEH SAFIYAH AL-QASTANI
17
Recommended