View
252
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 1/4
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan 20
KESAHAN
Kesahan merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep
yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran
mengukur apa yang hendak diukur penilai
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat
mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu
ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang
sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.
Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan
bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk
kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian
dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen
(1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content
validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan
kesahan gagasan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian :
Faktor Dalaman Faktor Luaran
Mutu Soalan Yang Dibina – tidak
mengelirukan, tiada penunjuk, mempunyai
distraktor yang berfungsi, soalan lebih
susah diletakkan di hadapan, aras
kesukaran kertas soalan sesuai.Masa Ujian – sesuai dengan bilangan
soalan yang dikemukakan.
Bilangan soalan – berdasarkan
kepentingan topic dalam sukatan
pelajaran.
Kolerelasi Yang Rendah Antara Soalan
Dalam Kertas Ujian – tidak ada perkaitan
antara soalan dengan soalan
Pentadbiran Ujian Yang Teratur –
bebas dari sebarang ganguan bunyi.
Arahan untuk menjawab soalan jelas,
masa ujian sesuai, bilangan kertas soalan
dan kertas jawapan cukup. Pememarkahan – kerja pemeriksaan
kertas kemas dan teratur, rujuk kepada
skema pemarkahan dan skema jawapan.
Motivasi Calon yang mengambil ujian
dan calon menduduki ujian adalah
bermotivasi tinggi.
7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 2/4
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan 21
KEBOLEHPERCAYAAN
Menurut Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah
ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat
seseorang. Persoalan asas kebolehpercayaan adalah: “Adalah penilai lain setuju dengan
interpretasi tingkah laku pelajar?” Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: “Adakah
saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi?”
( Rowntree:1977 ). Aspek kebolehpercayaan bukan sahaja dibuktikan dengan pemberian
skor yang sama oleh beberapa orang penilai, tetapi kita juga harus memberikan skor yang
sama walaupun kita menilai pada masa yang berbeza.
Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah
tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan
sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat
penilaian. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan
kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai
akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang
telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.
Kebiasaannya, sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat ketara
dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana
pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, keadaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan,
larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari
disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.
7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 3/4
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan 22
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Ujian
No. Faktor Penerangan
1. Bilangan Solan Kebolehpercayaan meningkat apabila bilangan soalan
meningkat
2. Soalan
Homogenous Dan
Heterogenous
Kertas ujian yang mengandungi pelbagai kemahiran
mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan yang rendah
berbanding dengan kertas ujian yang hanya ada satu
kemahiran sahaja.
3. Indeks
Diskriminasi
Indeks diskriminasi yang mempunyai indeks diskriminasi
yang tinggi maka lebih tinggi koefisien kebolehpercayaan
ujian.
4. Aras Kesukaran
Soalan
Kertas soalan yang mempunyai soalan berasas
sederhana lebih banyak verbanding soalan beraras
rendah dan sukar akan mempunyai nilai koefisien
kebolehpercayaan yang tinggi.
5. Masa Ujian Masa yang diperuntukkan hendaklah sesuai dan
mencukupi.
6. Tempat Ujian Tempat ujian hendaklah sesuai dari segi saiz, hawa,
kecerahan, kepadatan, keselesaan dan sebagainya.
7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 4/4
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan 23
Faktor Penerangan
7. Semua Calon
Menjawab SemuaSoalan
Menguji satu perkara yang sama kepada semua orang
lebih adil daripada memberikan banyak perkara kepada
semua orang untuk dinilai.
8. Soalan Yang Tepat
Dan Jelas
Soalan tidak mengandungi unsur ambiguous.
9. Pemeriksaan
Jawapan Terkawal
Dan Sistematik
Mempunyai skema permarkahan dan skema jawapan
yang jitu
10. Motivasi Dan
Emosi
Calon yang bermotivasi dan berkeyakinan untuk
menjawab soalan
Recommended