View
619
Download
22
Category
Preview:
Citation preview
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
8.0 PERATURAN BOLA BALING
8.1 Pengenalan
Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14
orang iaitu tujuh orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan bola baling.
Satu pasukan akan terdiri daripada 12 orang pemain, termasuk lima orang pemain
simpanan atau pemain gantian. Antara tujuh orang pemain dalam satu pasukan,
seorang akan menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain
gelanggang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dan pelbagai
peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling akan diadili dua orang pengadil.
8.2 Memulakan Permainan
Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-kurangnya lima
orang pemain daripada bilangan maksimum tujuh orang dan kedua-dua pasukan
harus berada di padang atau di gelanggang permainan. Sekiranya bilangan pemain
kurang daripada lima orang, perlawanan akan ditangguhkan atau dibatalkan kerana
undang-undang telah menetapkan lima orang sebagai bilangan pemain minimum
bagi membolehkan perlawanan dimulakan. Ketua pasukan dan kedua-dua pasukan
akan dipanggil oleh pengadil untuk membuat pengundian melalui lambungan duit
syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan perlawanan terlebih dahulu.
Ketua pasukan yang memenangi undian berhak membuat lontaran mula atau
memilih salah sebelah kawasan permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam
tempoh 3 saat dan tengah-tengah gelanggang setelah pengadil meniupkan wisel.
Semasa perlawanan dimulakan, setiap permain perlu berada di kawasan
gelanggang atau padang sendiri, manakala pemain dan pasukan lawan perlu berada
sekurang-kurangnya 3 meter dan pemain yang membuat lontaran sehingga bola
dilepaskan daripada tangannya.
8.3 Tempoh Permainan
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah
seperti berikut:
1. Untuk pemain lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih
daripada 18 tahun, tempoh permainan ialah 30 minit bagi tiap-tiap satu
tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 72
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
tempoh tersebut. Sebarang masa gangguan atau masa kecederaan akan
ditambah selepas setiap tempoh berakhir.
2. Untuk pemain lelaki dan perempuan dan peringkat umur atau kategori lain,
tempoh permainan ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa permainan
dengan 10 minit masa berehat diberikan antara dua tempoh tersebut.
3. Untuk pertandingan di peningkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM), tempoh permainan adalah seperti berikut:
• Secara liga: 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10
minit masa rehat (20:10:20).
• Secara kalah mati. 20 minit diberikan, untuk setiap separuh masa
dengan 10 minit masa rehat (20:10:20).
Kedua-dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh
masa kedua bermula, dan pasukan yang tidak membuat lontaran mula pada separuh
masa pertama akan melakukannya pada separuh masa kedua ini Permainan akan
berakhir dengan kemenangan dan kekalahan salah satu pasukan ataupun seri. Jika
peraturan permainan memerlukan satu pasukan digelar pemenang pada akhir
permainan dan permainan berakhir dengan keputusan seri, masa tambahan selama
5 minit bagi tiap-tiap separuh masa tanpa masa rehat harus dibenikan. Permainan
pada masa tambahan ini akan dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu melalui
lambungan duit syiling oleh pengadil Jika keputusan masih seri, masa tambahan
sepenti yang dinyatakan akan diberi dan dimulakan setelah 5 minit masa rehat
diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputusan masih seri, undang-undang
pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalti diadakan untuk
menentukan pasukan pemenang.
8.4 Peraturan Memainkan Bola
Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau
memukul bola dengan apa jua cara, sama ada menggunakan tangan, lengan,
kepala, peha atau lutut. Pemain dibenarkan menyimpan bola tidak melebihi 3 saat
sebelum dia memberikan bola kepada rakannya atau melakukan gerakan
selanjutnya. Pemain harus mengambil tiga langkah maksimum semasa memegang
bola, selepas itu bola perlu dihantar kepada rakan atau melakukan gerakan
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 73
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
selanjutnya. Pemain juga dibenarkan melantun bola dan menangkapnya semula
semasa berlari atau berdiri. Pemain dibenarkan menghalang pemain lawan dengan
badan walaupun dia tidak memegang bola.
Walau bagaimanapun, pemain tidak dibenarkan meragut atau memukul bola
dari tangan pemain lawan. Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan yang
tidak memegang bola sama ada dengan menggunakan lengan, tangan atau kaki.
Pemain juga tidak dibenarkan memegang pihak 1awan dan memukul, menolak,
membentes, atau menjatuhkan diri di depan pemain lawan: atau mengancam
pemain lawan dengan apa jua cara sekali pun. Pemain tidak dibenarkan memasuki
kawasan gol pihak lawan. Pemain tidak dibenarkan melakukan sesuatu yang boleh
membahayakan penjaga gol pihak lawan, dan tidak dibenarkan menjunamkan badan
untuk mendapatkan bola.
I. Memegang tangan dan menolak pihak Iawan
2. Memegang badan pihak lawan
3 Melanggar pihak pertahanan yang statik
4. Memasuki kawasan gol pihak lawan
5. Menghalang dengan badan
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 74
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
Aksi memainkan bola yang tidak dibenarkan:-
1.Memegang tangan dan menolak pihak lawan
2. Memegang badan pihak lawan
3. Melanggar pihak pertahanan yang statik
4. Memasuki kawasan gol pihak lawan.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 75
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
8.5 Penjaga Gol
Seorang penjaga gol dibenarkan menggunakan sebarang cara untuk
menjaga gol, asalkan tidak melanggar undang-undang permainan yang telah
ditetapkan. Penjaga gol boleh bergerak bebas dengan bola di dalam kawasan golnya
tanpa mengira langkah dan had masa. Walau bagaimanapun, penjaga gol apabila
berada di luar kawasan gol, dia dianggap sebagai pemain gelanggang dan mesti
mematuhi undang-undang pemain gelanggang. Penjaga gol dibenarkan keluar dan
memasuki semula kawasan gol tanpa memegang bola.
Rajah 1 : Penjaga gol
8.6 BALINGAN BOLA
Balingan ke Dalam
Balingan atau lontaran ke dalam diberikan apabila seluruh bahagian bola
melepasi garisan tepi. Pasukan yang tidak melakukan kesalahan berpeluang
melakukan balingan ke dalam. Balingan perlu dilakukan di tempat di mana bola itu
melepasi garisan tepi. Balingan penjuru dianggap sebagai balingan ke dalam tetapi
dilakukan di penjuru gelanggang atau padang permainan. Balingan ke dalam
ditunjukkan pada Rajah di bawah manakala balingan penjuru atau sudut.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 76
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
Rajah 2 : Balingan ke dalam Rajah 3 : Balingan sudut
Balingan Gol
Penjaga gol melakukan balingan gol dan kawasan golnya jika seluruh bahagian bola
melepasi ganisan gol dan telah disentuh kali terakhir oleh pemain lawan, ataupun
penjaga go! yang menahan bo!a di dalam kawasan gol sendiri. Balingan gol
ditunjukkan pada rajah di bawah .
.
Rajah 4 : Balingan Gol
Balingan Percuma
Balingan percuma diberikan bagi kesalahan-kesalahan berikut:
• Kesalahan memasuki atau meninggalkan gelanggang.
• Kesalahan semasa memainkan bola.
• Kesalahan semasa dalam pertahanan, menghalang dan menyerang.
• Memainkan bola dengan sengaja supaya bola melepasi garisan gol.
• Memasuki kawasan gol (bagi pemain gelanggang).
• Kesalahan yang dilakukan oleh penjaga gol.
• Berkelakuan kurang sopan.
• Kesalahan semasa melakukan balingan.
Balingan percuma harus dilakukan dengan serta-merta di tempat berlaku
kesalahan tanpa menunggu tiupan wisel oleh pengadil. Pemain yang melakukan
balingan percuma mesti meletakkan satu kaki di atas padang dan dia tidak boleh
manyentuh bola yang telah dilontar sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 77
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
Rajah 5 : Balingan percuma
Balingan Penalti
• Balingan penalti akan diberikan dalam situasi berikut: -
• Permainan yang kasar dan berbahaya.
• Kesalahan di mana peluang yang jelas untuk menjaringkan gol dimusnahkan oleh pihak lawan.
• Pemain sengaja memasuki kawasan golnya bagi tujuan bertahan.
• Penjaga gol membawa bola masuk ke kawasan golnya.
• Pemain sengaja memberikan bola kepada penjaga golnya.
• Kesalahan yang melibatkan penggantian peniaga gol.
Rajah 6 : Balingan Penalti
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 78
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
Semasa melakukan balingan penalti, salah satu kaki pemain yang
melakukan balingan penalti tersebut tidak dibenarkan menyentuh atau
melintasi garisan balingan penalti. Balingan mesti dilakukan dalam masa 3
saat setelah pengadil gelanggang meniup wisel. Balingan penalti ditunjukkan
pada Rajah di atas.
8.7 Penggantian Pemain
Setiap pemain boleh menggantikan dan digantikan pada bila-bila masa tanpa
had, asalkan dia memberitahu penjaga masa dan pengadil terlebih dahulu. Pemain
yang digantikan perlu meninggalkan padang terlebih dahulu sebelum penggantinya
dibenarkan masuk. Kesalahan panggantian akan dihukum dengan balingan percuma
dan dilakukan di tempat pemain tersebut melakukan kesalahan. Rajah di bawah
menunukkan aksi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa penggantian
pemain.
Bal
ingan
Pengadil
Permainan dimulakan dengan balingan oleh pengadil dalam situasi berikut: -
• Kedua-dua pasukan melakukan kesalahan pada masa yang sama.
• Permainan tergganggu oleh sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Pengadil gelanggang melakukan balingan dengan mernbaling bola secara
menegak ke atas tanpa tiupan wisel, di tempat di mana bola tersebut berada sernasa
permainan tergendala. Jika tempat tersebut adalah di antara garisan balingan
percuma dengan garisan kawasan gol tempat yang terdekat di luar garisan balingan
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 79
Rajah 7 : Dibenarkan
Penggantian pemain
Rajah 8 : Tidak dibenarkan
Penggantian pemain
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
percuma akan dipilih sebagai tempat balingan oleh pengadil. Balingan pengadil
ditunjukkan pada rajah di bawah.
Rajah 9 : Balingan pengadil
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 80
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
9.0 HUKUMAN-HUKUMAN
16.1 Amaran boleh dberikan seperti:
a. Kesalahan-kesalahan terhadap pihak lawan (5:5 dan 8:2) yang mana tidak
dikatogerikan sebagai “hukuman ansur maju” (punished progressively) di 8:3;
> Amaran MESTI diberikan apabila;
b. Kesalahan-kesalahan yang perlukan hukuman ansur maju. (8:3)
c. Kekasaran semasa pemain penyerang melakukan balingan. (1 5:7)
d. Tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai
Komen
>Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih daripada satu (1) amaran (kad kuning.
Satu pasukan tidak bo!eh melebihi tiga (3) amaran (kad kuning,).
> Pemain yang telah diberi 2 minit pengantungan tidak boleh diberi kad kuning
berikutnya.
> Tidak melebihi satu amaran (kad kuning) ditunjukkan kepada pegawai-pegawai
pasukan.
16.2 Pengadil akan menunjukkan kad kuning kepada pemain atau pegawai dan
seterusnya menunjukkan kepada penjaga masa / pencatat untuk dibuat catatan.
Ukuran Kad 9 cm x 12 cm.
16.3 Penggantungan pemain ialah 2 mint permainan dengan menunjukkan tanda
penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No, 14)
Penggantungan diberi seperti berikut;
a) Melakukan kesalahan penggantian pemain atau masuk gelanggang tanpa
izin.
b) Mengulangi kesalahan –kesalahan yang perlu dihukum dengan ansur maju.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 81
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
c) Berulang kali melakukan sikap tidak semangat kesukanan oleh pemain di
dalam atau di luar gelanggang.
d) Untuk kesalahan kali kedua oleh seorang pegawai pasukan setelah seorang
daripada pegawai tersebut menerima amaran.
e) Tidak meletakkan bola serta merta apabila berlaku kesalahan.
Komen
Peraturan 16b ,c, dan d menunjukkan hukuman diberikan berasaskan kekerapan
pemain melakukan kesalahan atau bersikap tiada semangat kesukanan. Sehubungn
itu, pengadil perlu meneliti sama ada hukuman gantungan 2 minit diberikan kepada
pemain atau pegawai pasukan yang belum lagi menerima hukuman awal ataupun
pasukannya masih belum menerima hukuman amaran (kad kuning yang maksima
(ketiga). ApabiIa gantungan 2 minit dberikan kepada seseorang pegawai pasukan
mengikut peraturan 16:3b, pegawai itu masih boleh berada di bangku pengganti dan
menjalankan tugasnya. Akan tetapi, jumlah pemain di geanggang permainan
dikurangkan selama 2 minit.
16.4 Selepas meminta Time out, pengadil akan menunjukkan syarat: cantuman 2
minit kepada pemain yang salah laku kepada penjaga masa dan pencatat.
Masa penggantungan adalah 2 minit dalam masa permainan. Penggantungan Kali
ketiga pada seorang pemain yang sama, hukumannya disingkir (Kad Merah).
Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
Penggartungan 2 minit akan dibawa ke separuh masa kedua, kiranya masa
penggantungan belum tamat di separuh masa pertama:
9.1 PEMBATALAN (KAD MERAH)
16.5 Pembatalan (kadmerah) BOLEH diberikan kepada;
a. Pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan itu (4:3)
b. Kesalahan kali ketiga atau kesalahan berturutan oleh pegawai yang melakukan
kesalahan tiada semangat kesukanan selepas salah seorang pegawai menerima
hukuman gantung 2 minit. (16:3d (8:4).
c. Membahayakan pihak lawan. (8:5)
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 82
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
d. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai
pasukan samada di dalam atau di luar gelanggang.
e. Menyerang atau bergaduh di luar masa bermain iaitu sebelum bermain)atau
semasa rehat (8:7) (16:13 bd).
f. Serbuan (assault) pegawai pasukan (8:7)
g. Kerana gantungan kali ke 3 kepada pemain yang sama (16:5).
h. Mengulangi sikap tidak semangat kesukanan oleh pemain atau pegawal pasukan
semasa pertukaran gelanggang. (16:3d)
9.3 PENYINGKIRAN (EXCLUSION)
16.7 Penyingkiran BOLEH diberikan;
jika pemain melakukan kesalahan yang serius, (Penjeasan di Per.8:7) semasa
permainan, dan di geIanggang atau di luar gelanggang permainan. (16:13,
perenggan 1 dan 2:6).
16:8 Selepas ‘Time out oleh pengadil, beliau akan menunjukkan isyarat kepada
pemain yang melakukan kesalahan serta kepada pencatat dan penjaga masa.
(Isyarat No.15)
16.9 Penyingkiran meliputi keseluruhan masa permainan ketika itu. Pasukan tersebut
akan terus bermain dengan kekurangan seorang pemain hingga tamat permainan.
Pemain yang disingkir hendaklah meninggalkan geIanggang dan tempat pemain
gantian dan tidak dibenarkan diganti hingga tamat permainan. Pemain tersebut: tidak
boleh bercakap atau menghubungi pasukannya.
Berlaku Kesalahan Pada Situasi Yang Sama
16.10 Jika seseorang pemain atau pegawai yang melakukan lebih daripada satu
kesalahan, atau berturut-turut, sebelum permainan diteruskan, maka kesalahan yang
lebih serius diambil kira iaitu, kesalahan seperti menyerang (assault)
Tetapi, pada situasi yang tertentu, pasukan tu boleh didenda dengan 4 minit
penggantungan.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 83
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
a.Jika pemain yang telah diberikan 2 minit pengantungan melakukan sikap tiada
semangat kesukanan sebelum permainan disambung, dia akan digantung
dengan 2 minit. (16:3h). Jika pengantungan ini adalah kali ketiga, maka pemain
itu dibatalkan.
b. Jika seseorang pemain dibatalkan (samada kerana penggantungan kali ketiga
atau tidak) dan dipersalahkan atas sebab tiada semangat kesukanan, sebelum
permainan diteruskan, pasukan itu akan dihukum dengan 4 minit.
c. Jika seseorang pemain telah diberikan gantungan 2 minit,melakuan kesalahan
tiada semangat kesukanan yang serius, sebelum permainan diteruskan, maka
pemain itu akan dihukum BATAL (16:6d); hukuman berganda ini akan
rnenyebabkan pasukannya menerima hukuman penggantungan 4 minit. (16:8.
Perenggan 2)
d. Jika seseorang pemain telah dihukum BATAL ( secara semasa atau kerana
gantungan kali ketiga) dipersalahkan atas tiada semangat kesukanan yang serius
sebelum permainan diteruskan, maka pasukan itu dihukum dengan 4 minit.
Sebelum Permainan Bermula
a. Amaran diberikan pada sikap tiada semangat kesukanan.(16:ld)
b. Hukuman BATAL diberikan jka melakukan sikap tiada semangat kesukanan
yang serius (16:6d-f) tetapi pasukan itu masih boleh daftar dengan 12 orang
pemain dan 4 pegawai.
c. Amaran diberikan kepada pemain yang bersikap tiada semangat kesukanan.
d. Hukum BATAL diberikan jika berlaku sikap tiada semangat kesukanan yang
serius berturutan atau menyerang (assault) (16:6b,d-f,h). Jika sikap tiada
semangat kesukanan berturutan, rujuk kepada hukuman Per.16:3c-d yang
digunapakai semasa permainan.
e. Pasukan yang pemain atau pegawainya diBATAL pada masa rehat, boleh
bermain dengan jumlah pemain yang sama seperti sebelumnya.
Selepas Permainan
Buat laporan bertulis.
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 84
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
ISYARAT PENGADIL
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 85
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
\
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 86
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 87
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 88
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)
MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 89
Recommended