View
225
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
163
APLIKASI TEKNIK GOSOKAN MELALUI KAEDAH KAJIAN
VISUAL UNTUK MENINGKATKAN PERSEPSI JALINAN DALAM
BIDANG MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG GELAM
Oleh:
Siti Zalina Binti Ibrahim & Nazli Bin Hamzah
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
lily_parapluei@yahoo.com & nazli.hamzah@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Kajian Visual
bagi meningkatkan persepsi jalinan dalam bidang menggambar teknik
gosokan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Responden
adalah terdiri daripada murid tahun 4 As-Siddiq dari Sekolah Kebangsaan
Tanjung Gelam, iaitu seramai 5 orang. Kajian tindakan ini menggunakan 4
jenis instrumen iaitu Ujian Pra dan Pasca, Pemerhatian, Soal selidik, dan
Temubual. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini
adalah berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan
adanya kaedah Kajian Visual dalam pengajaran dan pembelajaran, telah
meningkatkan objektif kajian iaitu persepsi jalinan, minat, tahap prestasi,
dan interaksi aktif murid dengan alam dalam bidang menggambar
menggunakan teknik gosokan. Berdasarkan dapatan kajian ini, kaedah
Kajian Visual telah disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian
lanjutan. Kajian ini juga dapat memberi panduan kepada guru-guru di
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
di sekolah yang mengaplikasikan kaedah penerokaan.
Kata kunci: Kajian Visual, persepsi jalinan, gosokan
PENDAHULUAN
Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
didapati bahawa pembelajaran tentang konsep jalinan secara teori sahaja adalah agak
sukar untuk dikuasai dan difahami oleh murid. Ada segelintir kecil sahaja yang pernah
merasai pengalaman menghasilkan karya menggambar menggunakan teknik gosokan
yang melibatkan mereka secara aktif dan mesra dengan alam sekeliling. Ini kerana
mereka tidak diberi peluang meneroka dan mengenalpasti jalinan-jalinan yang ada di
sekeliling mereka. Ini disebabkan oleh penggunaan bahan untuk membuat gosokan yang
hanya tertumpu kepada bahan yang berada di persekitaran dalam kelas sahaja.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah untuk meningkatkan daya pemahaman dan pengetahuan murid
terhadap jalinan yang boleh dihasilkan semasa melaksanakan aktiviti menggambar yang
menggunakan teknik gosokan. Dengan kata lain, murid akan melibatkan diri secara aktif
dengan persekitaran semasa berkarya dan menjadikan mereka lebih mesra dengan alam
sekeliling mereka tidak kira samada dengan alam semulajadi mahupun alam buatan
manusia. Ini akan menjadikan murid-murid lebih kreatif dan dapat menghasilkan karya
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
164
menggambar teknik gosokan yang lebih menarik dan jauh lebih baik berbanding dengan
karya yang sebelumnya.
Melalui sesi temubual dengan 5 orang murid menerusi soalan terikat yang
berkisarkan tentang istilah dan konsep jalinan. Yakni sebelum diperkenalkan dengan
kaedah Kajian Visual ini, kelima-lima orang murid menyatakan bahawa mereka
mengalami kesukaran untuk menguasai istilah dan konsep jalinan secara teori semata-
mata. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran yang tidak melibatkan
mereka secara aktif dengan alam sekeliling merupakan suatu pembelajaran yang
membosankan dan tidak begitu membantu dalam pemahaman mereka.
Bagi membantu murid untuk mengatasi masalah ini, kaedah “Kajian Visual”
diperkenalkan.Kajian ini akan menggunakan kaedah penerokaan dan interaksi aktif murid
dengan alam sekeliling mereka bagi meningkatkan persepsi jalinan dalam bidang
menggambar teknik gosokan. Murid akan dibimbing dan dibantu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian
3.1.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti murid-murid dalam
Pendidikan Seni Visual yang menjurus kepada bidang Menggambar bagi aktiviti gosokan.
3.1.2 Objektif Khusus
i. Meningkatkan tahap prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
khususnya dalam bidang kegiatan Menggambar aktiviti gosokan yang dapat
mewujudkan kepelbagaian jalinan dalam hasil karya.
ii. Mendorong perubahan sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
iii. Mempelbagaikan jalinan sentuh yang terhasil menerusi aktiviti menggambar
gosokan.
iv. Menggalakkan interaksi aktif dan mesra dengan alam sekeliling serta
menggalakkan penerokaan dalam kehidupan seharian.
Soalan Kajian
Kajian ini akan menjawab serta menghuraikan beberapa persoalan berikut :
i. Adakah kaedah Kajian Visual ini dapat meningkatkan persepsi jalinan murid
dalam bidang Menggambar, teknik gosokan?
ii. Adakah kaedah pembelajaran secara Kajian Visual berkesan untuk
meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
terutamanya dalam bidang kegiatan Menggambar iaitu gosokan?
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
165
iii. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap penghasilan
karya dalam bidang menggambar, teknik gosokan.
iv. Adakah pengaplikasian kaedah ini dapat menggalakkan interaksi aktif dan
mesra murid dengan alam sekeliling?
v.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah murid tahun 4 As-Siddiq di Sekolah Kebangsaan Tanjung
Gelam, Kuala Terengganu, Terengganu. Terdapat 35 orang murid di dalam kelas ini.
Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah memilih seramai 5 orang responden yang
terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Penyelidik telah
memilih sampel secara rawak sebelum ujian pra dan pasca ditadbir. Penyelidik akan
menumpukan kajian terhadap 5 responden ini.
INSTRUMEN KAJIAN
a) Ujian Pra
b) Ujian Pasca
c) Pemerhatian
d) Temubual
e) Soal Selidik
CARA PENGGUMPULAN DATA
a) Ujian Pra
Ujian ini dijalankan di dalam kelas 4 As Siddiq dan melibatkan 5 responden. Penyelidik
bertindak menjalankan pengajaran dan pembelajaran aktiviti menggambar teknik gosokan
tanpa melibatkan murid dengan permukaan atau jalinan yang ada di sekeliling mereka.
Penyelidik hanya menggunakan satu sahaja permukaan jalinan iaitu menggunakan duit
syiling.Tujuan ujian pra ini dijalankan adalah untuk melihat tahap hasil kerja murid
menggredkan kepada 3 kategori iaitu A (Baik), B (Sederhana), dan C (lemah).
b) Ujian Pasca
Ujian pasca ditadbir pada 11.7.2013 tepat jam 10.45 am hingga 11.45 am dan melibatkan
responden yang sama. Dalam ujian pasca, guru menjalankan aktiviti pengajaran yang
sama iaitu menggambar menggunakan teknik gosokan. Guru bertindak mengajar
menggunakan kaedah Kajian Visual dimana murid-murid didedahkan kepada penerokaan
alam sekeliling dan mendekatkan diri mereka dengan semua hal benda yang ada. Tujuan
ujian pasca ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Kajian
Visual terhadap prestasi karya menggambar teknik gosokan murid.
c) Pemerhatian
Pengumpulan data juga diperoleh oleh penyelidik menerusi instrumen pemerhatian.
Pemerhatian dijalankan kepada 5 orang responden. Pemerhatian dijalankan di dalam 2
fasa utama iaitu fasa ujian pra dan fasa ujian pasca. Pemerhatian adalah tertumpu kepada
sejauh mana kefahaman murid-murid semasa peringkat tunjuk cara dan penghasilan
karya/kerja seni seterusnya menilai hasil karya murid itu sendiri bagi mengesan
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
166
keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah lama dan juga kaedah baru iaitu Kajian
Visual dalam aktiviti pengajaran menggambar teknik gosokan.
Reaksi murid juga diperhatikan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan kerana jika murid berasa seronok semasa melakukan aktiviti, maka kaedah yang
diperkenalkan dianggap mencapai objektifnya. Masalah yang wujud semasa aktiviti
dijalankan juga diperhatikan oleh penyelidik.
d) Temubual
Dalam kajian ini juga, penyelidik telah menggunakan boring temubual bagi
menemuramah responden yang dipilih secara rawak. Tujuan temubual ini dijalankan
untuk mengetahui persepsi murid terhadap hasil kerja menggambar teknik gosokan
sebelum dan selepas menggunakan kaedah Kajian Visual. Ia juga melihat samaada
kaedah mesra alam sekeliling ini dapat membantu murid menjalankan aktiviti seni .
Selain itu, instrumen ini juga digunakan untuk mengetahui yang manakah yang
menjadi pilihan mereka semasa berkarya samaada tanpa interaksi dengan alam sekeliling
ataupun interaksi aktif dengan alam sekeliling.
e) Soal Selidik
Berdasarkan instrumen soal selidik pula, penyelidik mengumpul data melalui beberapa
prosedur. Borang soal selidik diberikan sejurus selepas temubual secara lisan ditadbir.
Penyelidik memberikan penerangan berkenaan borang soal selidik kepada responden
yang dipilih. Responden diberikan masa 5 hingga 8 minit untuk menjawab kesemua item
yang ada di dalam borang soal selidik.
DAPATAN KAJIAN
ANALISIS DATA UJIAN PRA
Jadual 1
Analisis Ujian Pra
RESPONDEN PERATUS
MARKAH UJIAN PRA (%)
MIN
R1 65
R2 67
R3 55 53.6
R4 35
R5 46
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
167
Rajah 1: Graf analisis Ujian Pra
Berdasarkan jadual analisis ujian pra di atas, taburan peratusan minima responden adalah
60% ke bawah. Mengikut rubrik yang disediakan 2 orang murid mencapai gred B,2
orang murid mendapat gred C dan seorang murid mendapat gred D. Tiada responden
yang mendapat gred A iaitu 80 ke atas.
ANALISIS DATA UJIAN PASCA
Jadual 2
Analisis Ujian Pasca
RESPONDEN PERATUS
MARKAH UJIAN PASCA (%)
MIN
R1 89
R2 83
R3 85 83.8
R4 80
R5 82
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Responden 1 Responden 2 Responden 5 Responden 4 Responden 5
GRAF ANALISIS UJIAN PRA
UJIAN PRA
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
168
Rajah 2: Graf analisis Ujian Pasca
Berdasarkan jadual 2 diatas, taburan peratusan minima responden adalah 80% ke atas.
Mengikut rubrik yang telah disediakan kesemua responden telah berjaya memperoleh
gred A setelah intervensi dijalankan ke atas mereka.
ANALISIS DATA PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA
Perbandingan ujian Pra dan Pasca
RESPONDEN PERATUS
MARKAH UJIAN
PRA (%)
PERATUS
MARKAH UJIAN
PASCA (%)
PERBEZAAN
PERATUS
MARKAH (%)
R1 65 89 24
R2 67 83 16
R3 55 85 30
R4 35 80 45
R5 46 82 36
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap responden dipaparkan di
dalam rajah 3 seperti di bawah.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Responden1
Responden2
Responden3
Responden4
Responden5
GRAF ANALISIS UJIAN PASCA
UJIAN PASCA
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
169
Rajah 3: Graf Perbezaan Peratus Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan rajah 3 diatas, terdapat perbezaan yang ketara antara ujian pra dan
juga pasca. Setiap responden berjaya menunjukkan peningkatan markah yang amat
memberangsangkan.di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra Peningkatan markah
yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 4 (R1). Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum
rawatan dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 30%. Akan tetapi,
selepas menjalani rawatan dengan menggunakan kaedah kajian visual, markah Ujian
Pasca responden ini meningkat secara mendadak.
Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh Responden 2 iaitu sebanyak 20%
dimana markah Ujian Pra adalah sebanyak 60% dan meningkat kepada 80% di dalam
Ujian Pasca. Walaubagaimanapun, R2 merupakan murid yang mencatat markah
tertinggi di dalam Ujian Pra. Selain itu, R1, R3dan R5 juga menunjukkan peningkatan
markah ujian yang memberansangkan iaitu 80% ke atas. Secara keseluruhannya,
kesemua responden bagi kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan
kaedah kajian visual ini berjaya menunjukkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca
berbanding Ujian Pra. Markah tertinggi yang dicatatkan adalah 89% manakala yang
terendah adalah 80%. Ini bermakna, kesemua responden berjaya melepasi tahap peratus
cemerlang iaitu 80% ke atas. Ini menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan oleh
pengkaji dapat meningkatkan kualiti serta gred karya yang dihasilkan oleh responden.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Responden 1 Responden 2 Responden 5 Responden 4 Responden 5
GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
170
JADUAL ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK
ITEM PERNYATAAN YA TIDAK
Jum
.
% Jum %
1. Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
(PSV)
5 100 0 0
2. Guru Pendidikan Seni Visual saya sering
memperkenalkan sesuatu yang baru semasa
mengajar.
3 60 2 40
3. Saya mudah memahami tajuk dan cara penghasilan
bagi melakukan aktiviti seni.
2 40 3 60
4. Saya berminat untuk menghasilkan karya
menggambar menggunakan teknik gosokan.
4 80 1 20
5. Guru PSV memberi penerangan yang baik tentang
langkah-langkah semasa membuat aktiviti gosokan.
5 100 0 0
6. Saya seronok melakukan aktiviti gosokan di dalam
bilik darjah.
1 20 4 80
7. Saya susah untuk bergerak semasa membuat aktiviti
di dalam bilik darjah.
5 100 0 0
8. Hasil kerja seni gosokan saya lebih memuaskan
apabila guru meminta kami melaksanakan kajian
dan penerokaan terhadap alam sekeliling.
5 100 0 0
9. Saya berasa sangat teruja apabila melihat banyak
jalinan yang menarik terhasil pada karya apabila
melakukan aktiviti gosokan secara penerokaan dan
kajian visual.
5 100 0 0
10. Saya seronok melakukan aktiviti seni gosokan yang
melibatkan penerokaan dan penemuan yang baru.
4 80 1 20
Data-data yang dikutip bagi soal selidik akan diproses melalui peratusan. 5 orang
responden akan mewakili 100%.
Rajah 5: Peratusan Soal Selidik
0
20
40
60
80
100
120
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PER
ATU
SAN
SOALAN
PERATUSAN SOAL SELIDIK
YA
TIDAK
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
171
Berdasarkan rajah di atas, terdapat 10 item di dalam borang soal selidik. Carta bar di atas
menunjukkan dapatan soal selidik yang dijalankan ke atas 5 orang responden. 5 dari 10
item mencatatkan peratusan menjawab 100% iaitu item 1,5, 7, 8, dan 9. Baki 5 item lagi
ialah 2, 3, 4, 6, dan 10 masing-masing mencatatkan peratusan 80% dan ke bawah.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengkaji mendapati bahawa pengaplikasian teknik gosokan melalui kaedah kajian visual
sememangnya berkesan dan dapat meningkatkan persepsi jalinan murid dalam bidang
menggambar. Ia juga dapat membantu meningkatkan minat, tahap prestasi dan interaksi
aktif murid dengan alam sekeliling. Pada pendapat pengkaji, kaedah Kajian Visual ini
perlu diperluaskan lagi kepada bidang seni yang lain seperti bidang mencorak dan
membuat rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf
tradisional. Tambahan pula kajian yang dijalankan ini dapat memberikan kesan yang
positif kepada pengkaji sendiri sebagai seorang bakal guru, bahkan lebih penting ialah
kepada penguasaan murid itu sendiri.
Sebagai penambahbaikan, pengkaji merasakan perlunya menambah bilangan
responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan
kajian ini kepada lebih ramai murid di sekolah. Selain itu, kajian Visual ini boleh juga
dijalankan di luar kawasan sekolah di mana ia mampu meningkatkan lagi minat dan
persepsi murid terhadap Pendidikan Seni Visual.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
172
RUJUKAN
Aslina Binti Mohamed Yahaya (2012). Modul OUM, HBAE 1203. Perkembangan
Seni Kanak-Kanak.
Glosari Seni Lukis(1993). Dewan Bahasa dan Pustaka;Kamus Dewan Edisi Ke-3. (2002).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2002). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan seni visual KBSR, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Johari bin Ab.Hamid. (2004). Falsafah Dan Kritikan Seni. Tanjong Malim :
University Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang.(2008). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor :Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kokurikulum. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,
Kuala Lumpur : DBP.
Ruzitah Tapah dan Mazlan Othman, (2004). “Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual”,
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.
Robert M.Gagne (1970). The Conditions of learning, second edition.
Shamsina Shamsuddin, (2013). “Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah”,
Freemind Horizons Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Woolfolk (1980). Educational Psychology for Teachers.
Zulkifli Yaakob dan Mohd. Jamel Ismail, (2007). Modul OUM, HBEF1403. Fakulti
Pendidikan, Sastera Dan Sains Social. Kuala Lumpur. Open Univerity Malaysia.
Recommended