Evolusi dan prinsip 1

  • View
    1.293

  • Download
    0

  • Category

    Business

Preview:

DESCRIPTION

Evolusi dan prinsip 1 Koperasi

Citation preview

EVOLUTION OF CO-OPERATIVE AND PRINCIPLE 1

Hafeza Bt Omar 194294

Nur Saadah Masnon 194304

Halimah Raudah Hj Masi’at 193719

Evolusi Koperasi

Revolusi Perindustrian, England - Hargreaves ( Alat Penyulam )

- Richard Artwright (Rangka Air Wap)

- Samuel Cromption & James Watt (Jentera Wap)

- Edmund Cartwright (Perkakasan Penenunan)

EVOLUSI PRINSIP KOPERASI

Corn Law

EVOLUSI PRINSIP KOPERASI

Robert Owen (1771-1858)

• Bapa Pergerakan Koperasi• Orang pertama yang

mengemukakan koperasii diwujudkan.

EVOLUSI PRINSIP KOPERASI

• Dr. William King (1786-1865)

• The Cooperator (1827-1930)

• Brighton Co-operative Trading Assoiation

EVOLUSI PRINSIP KOPERASI

Pelapor Rochdale 28 orang penenun £1.00/org→ Rochdale Pioneers Society Limited 21 Dis 1844, £28.00→ Co-operative Wholesale

Society (CWS)

PRINSIP ROCHDALE, 1844

Kawalan secara Demokrasi Keanggotaan secara Terbuka Faedah ke atas Modal Saham Terhad & Tetap Pembahagian Keuntungan sebagai dividen ke atas jualan Jualan barangan secara tunai Menjual barangan asli tanpa merendahkan kualiti Pendidikan anggota yang berterusan Berkecuali dari segi politik & agama Pembahagian aset koperasi tanpa keuntungan kepada anggota

KONGRES VIENNA, 1930

Prinsip Rochdale dianggap sebagai garis panduan

Wakil Perancis minta jawatankuasa khas utk:- Menentukan prinsip koperasi

- mendapatkan maklumat bagaimana prinsip dpt diintepretasi di negara masing-masing.

- Mencadangkan prinsip yang moden.

PRINSIP KOPERASI, 1937 (PARIS)

1. Keanggotaan secara terbuka

2. Kawalan secara demokrasi

3. Pembahagian lebihan kpd anggota sejajar dgn urusniaga

4. Faedah terhad ke atas modal

5. Berkecuali dari segi politik & agama

6. Jualan secara tunai

7. Promosi terhadap pendidikan

KONGRES, 1963

Wakil Soviet mohon prinsip koperasi dikemaskini 1 Suruhanjaya ditubuhkan:

- 5 wakil Britain, USA, Russia, Jerman & India

- definisi prinsip ; “amalan yg penting mesti ada dlm

mencapai tujuan gerakan koperasi” Prinsip sukarela + prinsip keanggotaan secara terbuka(kekal) Prinsip berkecuali dalam politik & agama (Gugur) Prinsip pendidikan dimasukkan (Penting) Prinsip kerjasama antara koperasi (Baru)

PRINSIP KOPERASI, 1966 (VIENNA)

1. Keanggotaan terbuka & sukarela

2. Pentadbiran demokratik

3. Faedah terhad ke atas modal saham

4. Pembahagian lebihan yang adil

5. Kerjasama antara koperasi

6. Pendidikan koperasi

PENCARIAN IDENTITI KOPERASI

• 1980, laporan oleh Alex Laidlaw kenal pasti krisis dlm Gerakan Koperasi.

* Kredibiliti- buktikan koperasi pertubuhan berdaya maju.

* Masalah pengurusan- koperasi yg semakin besar perlu

bersaing dgn syarikat perniagaan lain.

* Masalah ideologi- tujuan koperasi

100TH ICA, 1995

“Sebuah persatuan manusia yg berautonomi & sukarela bagi memenuhi keperluan & aspirasi bersama dlm bidang

ekonomi, sosial & budaya, melalui pertubuhan yg dimiliki scr bersama & dikawal secara demokratik”

Nilai-nilai asas: Membantu diri sendiri Bertanggungjawab terhadap diri sendiri Demokrasi Kesamarataan Keadilan Perpaduan

PRINSIP KOPERASI, 1995 (MANCHESTER)

1. Keanggotaan sukarela & terbuka

2. Kawalan demokratik oleh anggota

3. Penglibatan ekonomi oleh anggota

4. Autonomi & kebebasan

5. Pendidikan, latihan & maklumat

6. Kerjasama antara koperasi-koperasi

7. Prihatin terhadap komuniti

PRINSIP YANG DIGUGURKAN

1. Pembayaran faedah yang terhad atas modal yang terhad

2. Hadiah atas langganan

3. Jualan secara tunai

4. Berkecuali dari politik dan agama

5. Menjual barangan yang berkualiti dan bermutu sahaja.

PRINSIP 1KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA

• Koperasi adalah organisasi sukarela, terbuka kepada semua orang yang dapat menggunakan perkhidmatannya dan sanggup untuk menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa mengira jantina, sosial, bangsa, politik atau agama

PRINSIP SUKARELAMAKSUD PRINSIP SUKARELA

Nilai asas :- kebebasan untuk memilih untuk tidak melakukan sesuatu jika kita tidak mahu.

Tiada sesiapa akan dipaksa masuk atau dikeluarkan dari koperasi.

Merujuk kepada keputusan seseorang menjadi anggota apabila dirasakan untuk kepentingannya sendiri untuk berbuat demikian.

Orang perseorangan secara sukarela meletakkan dirinya di dalam disiplin suatu kumpulan ialah kerana alasan untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial.

Seseorang anggota apabila secara sukarela menandatangani undang-undang kecil koperasinya akan terikat dengan kewajipan undang dan perlu bertindak dengan sewajarnya.

Hak untuk menarik diri dari menjadi anggota koperasi. Hak ini digunakan pada bila-bila masa anggota merasakan yang ia tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi

BAGAIMANA PRINSIP INI MEMBERIKAN KESAN KEPADA UNDANG-UNDANG KOPERASI

Penggubal undang-undang perlu membuat peraturan untuk melindungi mereka yang tidak berpengalaman dari menyertai organisasi ini tanpa menyedari akan tanggungjawab yang dipikul.

Akta Koperasi pada kebiasaannya memasukkan peraturan yang menegah remaja atau lain-lain orang yang tidak berupaya dari segi perundangannya untuk mengikat kontrak, daripada menjadi anggota koperasi.

UUK 18 (12)(b) - kelayakan menjadi anggota - Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi mestilah- - (b) telah mencapai umur lapan (18) tahun

UUK 14 (1)- Ikrar Anggota Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah

diminta menandatangani suatu ikrar bahawa dia- - (b) bukan seorang bankrup yang belum dilepaskan

Prinsip keanggotaan sukarela dan terbuka hendaklah ditegaskan dari awal lagi didalam undang-undang koperasi.

Undang-undang kecil sepatutnya tidak mengandungi peruntukan yang mengizinkan keanggotaan secara terpaksa.

UUK 7 Matlamat :- - menurut subsek 4(1) Akta, matlamat koperasi ialah untuk menigkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prisnsip koperasi.

UUK 11 – Kelayakan menjadi anggota - (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada…..

Setiap koperasi diwajibkan dibawah undang-undang koperasi untuk membuat undang-undang kecil yang menetukan syarat-syarat kemasukan dan penarikan

diri dari koperasi.

Anggota –anggota hanya dibenarkan menarik diri selepas memenuhi kewajipan dan tanggungan kepada koperasi. Batasan yang sedemikian rupa tidak sama sekali bercanggah dengan prinsip sukarela

UUK 22 – Menarik diri (1) seseorang anggota boleh menarik daripada

Koperasi ini dengan memberi notis bertulis enam (6) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga.

UUK 19- Liabiliti Anggota (1) Liabiliti seseorang anggota hendaklah terhad kepada jumlah syer atau yuran yang dimilikinya sekiranya pendaftaran koperasi ini dibatalkan (2) Liabiliti seseorang anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh keaggotaannya terhenti……..

Undang-undang patut membolehkan koperasi melindungi dirinya dan rakan niaganya dari penarikan diri anggota secara beranai-ramai.

Oleh itu hanya undang-undang kecil yang ada menetapkan peraturan penarikan diri anggota-anggota sahaja yang akan didaftarkan.

KEANGGOTAAN TERBUKA

Maksud prinsip ini

Koperasi membuka pintu keanggotaannya kepada mereka yang berminat untuk turut serta.

Keanggotaan terbuka mencerminkan nilai keadilan-membebaskan anggota daripada cengkaman ekonomi yang tidak seimbang (antara kaya dan miskin)

Anggota yang baru bebas menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan koperasi.

Koperasi berminat untuk ‘meningkatkan anggota’ dengan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik menganggotai koperasi. Dengan semangat tolong menolong, dapat membantu mereka bersaing dalam pasaran terbuka.

Mempunyai hak untuk menentukan siapa yang mereka inginkan sebagai rakan anggota.

Koperasi mesti bersedia untuk menerima anggota baru tanpa sekatan atau diskriminas yang sengaja diada-adakan

BAGAIMANA PRINSIP INI MEMBERI KESAN KEPADA UNDANG-UNDANG KOPERASI

Memerlukan rangka perundangan yang membolehkan koperasi bergerak bagi jangka masa yang panjang tanpa menghiraukan perubahan anggota.

Sesudah didaftarkan koperasi adalah satu perbadanan. Setiap koperasi diwajibkan menyimpan serta menyenggara suatu daftar anggota yang menjelaskan kedudukan keanggotaannya.

Bagi membolehkan koperasi sebagai sebuah badan korporat membuat keputusan dan membuat tindakan, penggubal undang-undang perlu memperuntukkan kepada dua institusi untuk mengurus koperasi

Mesyuarat agungAnggota lembaga

Mesyuarat agung anggota, dimana hanya dengan kehadiran bilangan yang tertentu anggota perseorangan yang menghadiri dan membentuk kuorum.

Penyatuan prinsip keanggotaan sukarela dan terbuka mempunyai fungsi pengaturan yang serasi : koperasi beroperasi secara berkesan dan memajukaan kepentingan anggotanya sehingga tiada anggota yang akan mengundurkan diri malahan bukan anggota pula tertarik untuk menjadi anggota.

Di dalam keadaan koperasi tidak memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, anggota-anggota akan terhenti dan selepas suatu masa koperasi akan pasti dibubarkan.

IMPLIKASI PRINSIP INI TERHADAP SUMBER MODAL KOPERASI

Prinsip keanggotaan terbuka mempunyai hubungan dengan soal pembiayaan kewangan koperasi

Koperasi yang keanggotaannya sering berubah akan memiliki ekuiti yang turut berubah.

Ketidak mantapan modal ekuiti akan menimbulkan banyak masalah terutamanya bagi tujuan perancangan.

MENGATASI KESAN PERUBAHAN SUMBER MODAL

Mewajibkan setiap koperasi memperuntukkan dalam undang-undang kecilnya mengenai tanggungan anggota terhadap hutang piutang kopersi.

Memberikan tempoh yang secukupnya seperti 6 bulan bagi anggota yang ingin menarik diri.

Mewujudkan Kumpulan Wang Penebusan Syer