6
Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak.Katak jantan sangat baik hati. Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain. Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun, suaranya bukanlah merdu sangat.Katak betina menyangka suaranya sangat merdu. "Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian kepada katak jantan. "Sedap!" kata katak jantan. Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak betina itu menyanyi.Namun, katak jantan terpaksa berpura-pura menjawab demikian.Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati. "Katak-katak lain itu selalu mengejek saya.Mereka kata saya tidak pandai menyanyi.Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu. "Jangan pedulikan mereka.Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak, tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi. Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus bernyanyi.Mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan memekakkan telinganya. Suatu hari, katak betina itu mengajak katak jantan berpindah ke tempat lain. "Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak jantan berasa hairan. "Kita sudah lama tinggal di sini.Marilah kita memulakan penghidupan baru di tempat lain pula," jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan mendengar ejekan katak-katak lain. "Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak

Cerita tahap 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cerita tahap 1

Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak.Katak jantan sangat baik hati.

Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain.

Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin

menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun,

suaranya bukanlah merdu sangat.Katak betina menyangka suaranya sangat

merdu.

"Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian

kepada katak jantan.

"Sedap!" kata katak jantan.

Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak

betina itu menyanyi.Namun, katak jantan terpaksa berpura-pura menjawab

demikian.Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati.

"Katak-katak lain itu selalu mengejek saya.Mereka kata saya tidak pandai

menyanyi.Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu.

"Jangan pedulikan mereka.Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak,

tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi.

Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina

itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus

bernyanyi.Mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan memekakkan telinganya.

Suatu hari, katak betina itu mengajak katak jantan berpindah ke tempat lain.

"Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak jantan berasa hairan.

"Kita sudah lama tinggal di sini.Marilah kita memulakan penghidupan baru di

tempat lain pula," jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan

mendengar ejekan katak-katak lain.

"Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak

Page 2: Cerita tahap 1

lain. "Kami akan tinggal di suatu tempat yang cantik macam istana."

"Boo!" semua katak lain mengejek.

Akhirnya, mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan itu menuruti kemahuan

katak betina tersebut. Mereka berpindah ke tengah padang. Sedihlah hati katak

jantan itu kerana terpaksa berpisah dengan semua kawannya.

Suatu hari, katak jantan itu tergesa-gesa pulang.Katak jantan sangat ketakutan.

"Apakah yang sudah terjadi?" katak betina berasa hairan.

"Di tempat ini ada banyak ular.Tadi, nyaris-nyaris saya dimakan ular.Mujurlah saya

sempat melarikan diri," katak jantan memberitahu.

Katak betina turut berasa cemas.

Pada hari berikutnya, katak jantan itu keluar mencari makanan.Tetapi sehingga lewat

petang, katak jantan masih belum pulang.Beberapa hari berlalu, namun katak jantan itu tidak

pulang juga.Sedihlah hati katak betina.Tahulah katak betina bahawa katak jantan itu sudah

menjadi mangsa ular.

Katak betina berasa sangat menyesal kerana berpindah ke tempat itu. Tetapi apa boleh

buat, hendak pulang ke hutan semula, katak betina itu berasa sangat malu.

Selang beberapa lama kemudian, katak betina itu melahirkan beberapa ekor

anaknya.Tidak berapa lama kemudian, besarlah semua anaknya itu.

Suatu hari, anak-anaknya pergi mencari makanan.Mereka terserempak dengan seekor

lembu.Mereka belum pernah melihat lembu.Takutlah mereka melihat lembu yang berbadan

besar itu. Apalagi! Bertempiaranlah mereka melarikan diri.

Mereka pulang dan menceritakan hal itu kepada ibu mereka.

"Kami terjumpa seekor binatang yang tersangat besar.Belum pernah kami lihat

binatang sebesar itu," kata salah seekor anak katak itu.

Katak betina itu menggelengkan kepala kerana tidak percaya.

"Mana ada binatang yang begitu besar?" tanya katak betina. "Ibulah binatang

yang paling besar. Ibu lebih besar daripada kamu semua," jelas katak betina itu

lagi.

Page 3: Cerita tahap 1

"Binatang yang kami jumpa itu lebih besar," ujar anak-anaknya.

Katak betina itu pun segera menggembungkan dirinya supaya kelihatan lebih

besar. "Adakah binatang itu sebesar ini?" tanya katak betina.

Anak-anaknya menjawab, "Tidak!Lebih besar lagi."

Katak betina itu menggembungkan dirinya menjadi lebih besar lagi. "Adakah

sebesar ini?" tanya katak betina.

"Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya.

Katak betina itu menggembungkan lagi dirinya."Adakah sebesar ini?" tanyanya

lagi.

"Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya.

Katak betina itu lalu cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar

lagi.

Tiba-tiba terdengarlah bunyi yang kuat. Pop! Terkejutlah semua anak katak itu.

"Ibu kita sudah meletup!Ibu kita sudah mati!" kata salah seekor anak katak itu.

Demikianlah, matilah katak betina yang sombong itu! Badannya pecah kerana

cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar.

Sedihlah semua anak katak itu kerana ibu mereka sudah mati.Akhirnya, mereka

berpindah ke tepi hutan.Di situlah mereka tinggal dalam aman dan bahagia.

NILAI MURNI

Adik-adik, dalam hidup ini, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong.Sikap

sombong boleh membawa akibat yang buruk.Sebaliknya, sikap selalu bersyukur

dan merendah diri merupakan salah satu akhlak yang mulia.

Page 4: Cerita tahap 1

RANTAI EMAS DI PINGGIR SUNGAI

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang petani miskin.

Petani itu seorang yang baik hati dan rajin bekerja.Setiap hari, pagi-

pagi lagi, dia sudah pergi ke kebunnya untuk bercucuk tanam.Dia

menanam pelbagai jenis sayur-sayuran.

Namun, kasihan petani itu kerana dia sering dimarahi oleh

isterinya.Setiap hari isterinya berleter, "Awak malas bekerja.Itulah

sebabnya hidup kita tetap miskin."

"Setiap hari saya pergi bekerja.Walaupun hidup kita miskin, namun

kita tidaklah menjadi pengemis," kata petani itu kepada isterinya.

"Awak memang seorang pemalas.Itulah sebabnya hidup kita tetap

miskin," kata isterinya lagi.

Petani itu berasa sedih.Dia selalu menasihati isterinya, "Walaupun

rezeki kita hanya sedikit, namun kita mestilah sentiasa bersyukur pada

Tuhan."

Setiap hari, petani itu gigih bekerja.Selain bercucuk tanam, dia

melakukan pelbagai jenis pekerjaan lain pula. Dia pergi mencari dan

menjual kayu api, mengambil upah memanjat kelapa, dan lain-lain lagi.

Namun demikian, hidup petani itu tidaklah mewah sebagaimana orang kaya-raya.Oleh sebab itu, setiap hari dia sentiasa dimarahi oleh isterinya yang garang itu. Pada suatu hari, petani itu diajak oleh isterinya pergi ke sungai. "Mulai hari ini, awak cuba pergi menangkap ikan di sungai pula.Mungkin boleh mendapat ikan yang banyak," kata isterinya. "Jika awak dapat menangkap banyak ikan, awak boleh menjualnya di merata-rata kampung.Rezeki kita akan bertambah dan kita mungkin akan menjadi kaya," kata isterinya lagi.

Page 5: Cerita tahap 1

Terpaksalah petani itu pergi ke sungai pula untuk menangkap ikan.Walaupun dia sudah sangat kepenatan kerana bertungkus-lumus bekerja di kebunnya, namun dia terpaksa patuh pada suruhan isterinya. Petani itu tidak mahu bertengkar dengan isterinya.Oleh itu, dia segera membawa jalanya pergi ke sungai. Sepanjang petang, petani itu menjala di sungai.Rezekinya sangat murah.Dia mendapat banyak ikan.

Isteri petani itu sangat gembira.Mereka menjual ikan itu.Mereka

mendapat banyak wang.

"Esok kita akan bersama-sama pergi ke sungai.Saya boleh

mengayuh perahu.Awak pula boleh menjala," kata isteri petani itu.Dia

sudah menjadi tamak.Dia mahu mendapatkan lebih banyak ikan.

Keesokan paginya, mereka pergi ke sungai.Apabila sampai di

tengah-tengah sungai, petani itu segera menjala.Namun, dia terkejut

kerana jalanya terasa sangat berat.

"Saya tidak terdaya hendak menarik jala ini.Jala ini sangat berat,"

kata petani itu.

"Tentu banyak ikan," kata isterinya dengan perasaan sangat

gembira.

Tanpa berlengah lagi, petani itu cuba sedaya upayanya menarik jala

tersebut. Alangkah terkejutnya petani itu kerana di dalam jala itu rupa-

rupanya terdapat rantai emas.

Isterinya sangat gembira."Wah, rantai emas! Rantai emas! Kita akan

kaya-raya," isterinya menjerit-jerit kerana sangat gembira.

"Tarik!Tarik!" kata isterinya. Petani itu terus menarik rantai emas itu.Rantai emas itu sangat panjang.

Page 6: Cerita tahap 1

"Tarik!Tarik!" kata isterinya lagi. Petani itu terus menarik lagi. "Tarik!Tarik!" isterinya menyuruh lagi. "Janganlah tamak!Kita kerat sahaja rantai ini. Cukuplah sebanyak ini," petani itu cuba menasihati isterinya. Tetapi petani itu dimarahi oleh isterinya, "Awak ini sangat bodoh. Kita akan menjadi kaya-raya. Tarik rantai emas ini.Jangan berhenti!" Mahu tidak mahu terpaksalah petani itu terus menarik rantai emas tersebut.Perahu yang mereka naiki menjadi semakin berat.Akhirnya, tenggelamlah perahu itu. Petani itu terpaksa berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan dirinya.Dia tidak sempat menyelamatkan isterinya.Matilah isterinya yang sangat tamak itu.