12
JANGAN LUPA UMUM PENYUMBANG HADIAH/PINGAT TEKS UCAPAN PENGACARA HARI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKGN Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Marang Yang Berbahagia, Encik Mohamad Rofaat bin Khamid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Gong Nangka, Yang berusaha ,Tuan Haji Aziz bin Abu Bakar, guru besar Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Yang dihormati, Encik Abd Razak bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gong Nangka Yang dihormati, Tuan Haji Afandi bin Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Nangka Yang dihormati Encik Kaharuddin bin Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Gong Nangka Yang dihormati, Puan Razmi binti Mamat, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Gong Nangka Guru-guru, Ahli2 Jawatankuasa PIBG SK Gong Nangka, Kakitangan SK Gong Nangka, ibu bapa, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamu alaikum wbt dan salam 1 Malaysia. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN GONG NANGKA KALI KE 7 2014Terlebih dahulu ,marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi

Teks Ucapan Pengacara Hari Kejohanan Balapan Dan Padang Skgn_dimurnikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks ucapan hari kejohanan balapan dan padang

Citation preview

JANGAN LUPA UMUM PENYUMBANG HADIAH/PINGAT

JANGAN LUPA UMUM PENYUMBANG HADIAH/PINGAT

TEKS UCAPAN PENGACARA HARI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKGN

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara,Assalamualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Marang

Yang Berbahagia, Encik Mohamad Rofaat bin Khamid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Gong Nangka,

Yang berusaha ,Tuan Haji Aziz bin Abu Bakar, guru besar Sekolah Kebangsaan Gong Nangka,

Yang dihormati, Encik Abd Razak bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gong Nangka

Yang dihormati, Tuan Haji Afandi bin Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Nangka

Yang dihormati Encik Kaharuddin bin Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Gong Nangka

Yang dihormati, Puan Razmi binti Mamat, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Gong Nangka

Guru-guru, Ahli2 Jawatankuasa PIBG SK Gong Nangka, Kakitangan SK Gong Nangka, ibu bapa, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN GONG NANGKA KALI KE 7 2014

Terlebih dahulu ,marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi berkumpul pada hari yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Gong Nangka kali ke 7 2014.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiantuan-tuan dan puan-puanuntuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan SKGN ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan dan kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan murid seiring dengan aspirasi 1 Murid 1 Sukan.

Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Upacara pembukaan rasmi Kejohanan Balapan dan Padang SK Gong Nangka Kali ke 7 akan dimulakan dengan perarakan masuk dan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan.Pasang CD Marching

(Tunggu perbarisan separuh padang, jemput PPD tabik hormat)

Tabik Hormat

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Abu Bakar, Guru Besar SK Gong Nangka untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim ke hadapan pentas bagi menerima tabik hormat daripada kontinjen2 rumah sukan. Dipersilakan.

(Tunggu perbarisan hampir sampai ke pentas tabik hormat)

Perbarisan masuk kontinjen rumah sukan oleh pembaca ikrar kejohanan, adik Wan Azlee bin Wan Yusof.

Menyusul di belakang adalah kontunjen Rumah Oren atau Laksamana warna Sang Saka Malaya gagah perkasa dan bersemangat waja. Semangat juangmu menyala-nyala. Bertemakan _______________Moto Rumah Laksamana adalah __________________.Rumah Laksamana diketuai oleh _______________________ dengan kekuatan _____ peserta. Diikuti oleh Rumah Merah atau Bendahara. Merah membara pasti juara. Merah lambang keberanian. Bertemakan _______________Moto Rumah Laksamana adalah __________________.Rumah merah diketuai oleh _____________________ dengan kekuatan _____ peserta.Seterusnya, Rumah Biru/Temenggung, Biru membelah awan, terus berombak pantang berganjak. Biru lambang perpaduan, bersatu membentuk pasukan yang mantap. Diketuai oleh __________________________ dengan kekuatan ____ peserta, Rumah Temenggung dengan moto___________________________________, Rumah Temenggung membawa tema ___________________________________________

Untuk makluman para hadirin, Rumah Temenggung merupakan rumah yang menjadi johan dalam kejohanan Balapan dan Padang tahun 2013.Mereka memperolehi _____ mata dengan _____ pingat emas, ____ pingat perak dan ____ gangsa.

Kontinjen terakhir ialah Rumah Hijau/Panglima. Hijau segar sentiasa mekar. Hijau mewarnai alam sekeliling kita. Rumah Hijau diketuai oleh ___________________________ dengan kekuatan ________ peserta. Mereka tampil dengan moto _________________________ dan membawa tema _______________________________Lagu

Sebagai tanda cinta kepada negara, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Selamat Sultan dan lagu tema kejohanan, 1 Murid 1 Sukan.Hadirin diminta berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN.

Tuan-tuan-Puan-puan yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakanadik __________________________________membacakan ikrar kejohanan Balapan dan Padang SKGN kali ke ________.

-Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Bacaan doaHadirin yang dihormati,

Bagi memberkati lagi kejohanan kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Mohd Fadzli bin Nasir untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin amin Ya robbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

UCAPANHadirin yang dihormati, Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 18 diteruskan lagi.Dengan itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Abu Bakar, Guru Besar SK Gong Nangka untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya, dipersilakan.

PERASMIANMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha TuanHaji Aziz bin Abu Bakar atas ucapan itu tadi.

Daun semulur di pekan sehari,Batang jerami rebah ke bumi,Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Sudang hadirin sekalian, kini sampailah kita ke acara kemuncak. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Maranguntuk menyampaikan ucapanseterusnya menyempurnakan Majlis PerasmianKejohanan Balapan dan Padang SK Gong Nangka kali ke 7 Tahun 2014. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Pemeriksaan BarisanDemikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.(Seterusnya, diminta kepada semua ketua Guru Rumah Sukan untuk turun ke arena bagi menyempurnakan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan bersama Perasmi sebentar lagi).-Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha ____________________, Pengetua SMKR menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, En._______________________________, turun ke arena bagi menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan. Dipersilakan.

*Pasukan yang pertama adalah pasukan rumah Merah. Pasukan ini telah dibimbing oleh . ________________________________________________*Pasukan yang kedua ini adalah pasukan rumah Biru. Pasukan ini telah dibimbing oleh . __________________________________________________.* Pasukan yang ketiga adalah pasukan rumah Hijau. Pasukan ini telah mendapat bimbingan daripada . ____________________________________________* Pasukan rumah sukan yang keempat adalah pasukan rumah Kuning. Pasukan ini telah dibimbing oleh .______________________________________________.

Perarakan Keluar Kontingen

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Marang atas kesudian menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.

Adalah diharapkan agar peserta-peserta yang mengambil bahagian dapat memberikan sepenuh komitmen dalam kejohanan ini dengan semangat kesukanan.

Seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen-kontinjen rumah sukan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas turun ke arena bagi melicinkan acara kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. Semua peserta juga diminta bersedia.

vMuzikHadirin sekalian,Kini, Tibalahmasa ke acara kejohanan Balapan dan PadangSKKB kali ke 18. Pembuka tiai kejohanan adalah acara lari berganti-ganti 200 meter jemputan. Di lorong pertama adalah rangkaian atlet dari ___________________, di lorong kedua adalah rangkaian atlet dari ________________. Seterusnya adalah rangkaian atlet dari ______________ dan kuartet atau rangkaian atlet dari ____________________

Hadirin sekalian,Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Maranguntuk menyampaikan hadiah.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi.

Tempat ketiga bersama jatuh kepada ________________Naib johan ____________Johan disandang oleh __________________

Seterusnya, diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan pada hari ini.-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.

Tuan-tuan dan puan-puan, Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Tuan Haji Aziz bin Abu Bakar _________________________________________untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia, Encik Mohd Izainudin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pendidikan Daerah Marang

-Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Tuan Guru Besar atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.Dijemput dif-dif jemputan ke kantin untuk menikmati juadah yang disediakan.

ACARA LAINHadirin-hadirat sekalian, Acara sukan diteruskan lagi dengan acara ____________________________Sedang berlangsung serentak adalah acara sukaneka berkumpulan bagi tahun 1, 2, 3, Para peserta diminta bersedia.

Acara sukaneka pertama adalah _____________________

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.

PENUTUPHadirin yang dihormati sekelian,

Alhamdulillah Kejohanan Balapan dan Padang kita sudah sampai ke penghujungnya.Kini tibalah masanya untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah bagi mengiktiraf kejayaan atlet-atlet yang telah berjaya. Semua kontinjen-kontinjen rumah sukan akan berarak masuk ke arena balapan.

vMuzik

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berikut adalah majlis penyampaian hadiah.Majlis dengan segala hormatnya menjemput__________________________ untuk menyampaikan hadiah-hadiah.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi._________________________________________________(Rujuk Meja Data)

Seterusnya, diumumkan keputusan pertandingan keceriaan Rumah Sukan.

-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.

-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.

-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.

Terima kasih diucapkan kepada En. _____________________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.Hadirin sekalian,-Seterusnya dijemput En_________________________________________________dengan diiringi oleh _________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilaan

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________.Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Adik____________________.Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-__ jatuh kepada:Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Dari Kedah ke Inderagiri,Beli suasa di Kota Tinggi,Selesai sudah tugas kami,Di lain masa berjumpa lagi.

Dengan itu, berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang SKGN kali ke ____ pada tahun ini. Di kesempatan ini pihak majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Kami memohon seribu kemaafan seandainya terdapat tuturkata dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan semasa menjalankan tugas. Sampai jumpa lagi dan salam hormat dari kami semua.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

vPengumuman CUTI, KUTIP SAMPAH