8
Teks pengacara Mesyuarat PIBG SK Sebatu kali ke-37 2013. Mengumumkan ketibaan , Yang berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, dengan diiringi oleh En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG SK Sebatu, En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu serta semua Penolong Kanan SK Sebatu. Hadirin sekalian, Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu : Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, Melaka Maju Negeriku Sayang, Lagu Sekolah Hadirin dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut. Hadirin dipersilakan duduk. Assalammualaikun wbt. Yang Dialu-alukan , Dr. Ahmad bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, Yang Berusaha , En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu, Yang Berbahagia, En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu , Guru-guru Penolong Kanan, AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu, guru-guru, ibu bapa seterusnya para hadirin dan anak didik yang dikasihi sekalian. Salam Satu Malaysia, Salam Muhibah . Lenggang bertapak seni memandang, Silat sendeng menyusun jari; Salam sembah selamat dating, Sudi tuan ke majlis kami.

Teks pengacara MESY PIBG 2015.doc

  • Upload
    sazilah

  • View
    234

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Teks pengacara Mesyuarat PIBG SK Sebatu kali ke-37 2013.Mengumumkan ketibaan , Yang berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, dengan diiringi oleh En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG SK Sebatu, En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu serta semua Penolong Kanan SK Sebatu.

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu :

Lagu Negaraku,

Lagu Melaka Maju Jaya,

Melaka Maju Negeriku Sayang,

Lagu Sekolah

Hadirin dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Hadirin dipersilakan duduk.

Assalammualaikun wbt.Yang Dialu-alukan , Dr. Ahmad bin Hj Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu,Yang Berusaha , En. Hairudin bin Ngadiron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu,

Yang Berbahagia, En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu ,Guru-guru Penolong Kanan, AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Sebatu, guru-guru, ibu bapa seterusnya para hadirin dan anak didik yang dikasihi sekalian.

Salam Satu Malaysia, Salam Muhibah .Lenggang bertapak seni memandang,

Silat sendeng menyusun jari;

Salam sembah selamat dating,

Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah , marilah kita bersama-sama melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang berbahagia, ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sebatu tahun 2014. Bagi seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sebatu , kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu, sebagai perasmi bagi majlis pada pagi ini, serta semua tetamu ke majlis kami pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran hadirin sekalian amatlah bermakna bagi menyokong dan mendorong anak-anak murid sekolah ini ke arah memantapkan akademik, sahsiah dan kokurikulum, dalam usaha melahirkan pelajar sekolah ini yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dijemput Ustaz Noramin bin Said untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Normin bin Said atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini berjalan lancar dan mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Seperti yang diketahui oleh hadirin sekalian, Hari Anugerah Cemerlang pada kali ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan, sokongan dan dorongan serta sebagai suntikan semangat kepada pelajar sekolah ini yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun ini. Secara tidak langsung, majlis ini juga sebagai suatu usaha bagi merealisasikan hasrat agar Visi dan Misi sekolah ini dapat dicapai.Hadirin sekalian,Kepimpinan diteladani,

Program dirancang dan direalisasi,

Muafakat kata menjadi paksi,

Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu. . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Abbas bin Juki untuk menyampaikan ucapan alu-aluan . Dipersilakan.

Terima kasih kepada En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK sebatu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Rumpun bak serai, junjung bak sirih, Mauafakat jangan terlerai, usaha dan kesungguhan serta sumbangan tidak pernah jemu diberikan,

Demi anak-anak warisan zaman, jasa dan bakti disumbangkan.

Bukan untuk nama dan kedudukan mahupun keuntungan,

Semangat yang dipamerkan patut dijadikan teladan.

Mudah-mudahan tidak serik memberi sokongan, tidak jemu memberi dorongan dan cadangan, dan tidak lelah memberi sumbangan.

Bagi menghargai segala sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak PIBG SK Sebatu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Hairudin bin Ngadiron , YDP PIBG SK Sebatu untuk memnerikan ucapan sempena Hari Anugerah Cemerlang pada kali ini. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh En. Hairudin bin Ngadiron, YDP PIBG SK Sebatu sebentar tadi.Hadirin sekalian,

Kini tibalah masa yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu, Pengerusi JKKK Kg. Sebatu. Majlis dengan sukacita mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SK Sebatu bagi tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Doktor.Terima kasih atas ucapan dan kesudian Doktor merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SK Sebatu bagi tahun 2014.Hadirin sekalian,

Lagu telahpun dialunkan,Doa telahpun dibacakan,

Ucapan telahpun didengari.

Majlispun telah dirasmi.

Sebagai pencuci mata , marilah kita menyaksikan persembahan yang akan menampilkan anak-anak Prasekolah tahun ini yang akan menyempaikan persembahan mereka.

Mereka telah dipimpin dan dibimbing, oleh Pn. Sazilah bt. Saadun dan Pn. Nur Marlianah bt. Abu Bakar. Dipersilakan persembahan oleh anak-anak Prasekolah.

Begitulah tadi persembahan anak-anak Prasekolah yang begitu menarik dan mencuit hati. Memainkan peranan sebagai pemain gitar solo ialah adik Muhammad Mukhlis bin Mohd. Hatta. Bakat yang terpendam telah dipersembahkan.Hadirin sekalian,

Sebagai orang Melayu, kita kaya dengan adatnya.

Adat orang menang bertanding dapat hadiah,

Adat orang memberi kita menerima,

Adat orang berbudi ada balasannya.

Adat orang menuntut ilmu, apabila berjaya ada penghargaannya.

Begitu juga dengan kejayaan yang berjaya dicapai oleh murid-murid sekolah ini dalam bidang akademik pada tahun ini, seperti biasa kita hargai kejayaannya.

Tiba kita kepada acara yang dinanti oleh pelajar, iaitu penyampaian hadiah pelajaran .Untuk menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu untuk mengiringi Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu untuk menyampaikan hadiah untuk para pelajar.

Pertama - Hadiah Prasekolah ( Rujuk buku program )

-Penyampai untuk hadiah ini sesuaikan ikut keadaan .

Kedua Hadiah Kedudukan Murid mengikut kelas tempat 1 3 ( Rujuk buku program )

-Penyampai hadiah ini sesuaikan ikut keadaan.

Ketiga - Hadiah Terbaik Mata Pelajaran ( Rujuk buku program )

Terima kasih kepada Dr. Ahmad Fauzi kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar itu tadi. Kepada semua anak-anak murid jangan lupa, kejayaan yang diperolehi adalah berkat usaha serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru.

Bakat bukan sebarang bakat,

Bakat diasuh oleh guru;

Berkat bukan sebarang berkat,

berkat doa ibu bapa dan guru.

Seterusnya, majlis menjemput En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK Sebatu, untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Ahmad Fauzi bin Hj. Abu atas kesudian beliau merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar sebentar tadi. Dipersilakan En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK sebatu .

Terima kasih Kepada En. Abbas bin Juki, Guru Besar kerana menyampaikan cenderahati itu tadi.

( Ikut kesesuaian masa Dr. Fauzi.

Lepas tu jemput En. Abbas , Guru Besar SK Sebatu dan En. Hairudin , YDP PIBG, iringi Dr. Fauzi untuk menjamu selera )

Hadirin sekalian.

Kita berhenti rehat seketika.

Bersama-sama kita saksikan persembahan oleh murid-murid Tahun 6, dengan dua persembahan iaitu tarian dan dikir puteri.

Persembahan murid-murid ini juga dibimbing oleh Pn. Sazilah dan Pn. Nur Marlianah.

Dipersilakan.

Kita teruskan kepada majlis seterusnya, iaitu penyampaian sijil penghargaan dan hadiah tokoh murid.

Untuk menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abbas bin Juki, Guru Besar SK sebatu, untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.Pertama Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah.

- rujuk buku program

Kedua Sijil Penghargaan Pengawas Pusat Sumber- rujuk buku program

Ketiga Sijil Penghargaan Pengawas SPBT

- rujuk buku program

Keempat Sijil Penghargaan Khatam Quran.

- rujuk buku program

Terima kasih kepada En. Abbas bin Juki, Guru BesarbSK Sebatu, kerana sudi menyampaikan sijil-sijil penghargaan itu tadi.

Kemuncak majlis kita pada pagi ini ialah penyampaian hadiah untuk 3 orang tokoh.

Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada :

1. Tokoh Prasekolah,

2. Tokoh Akademik dan

3. Tokoh Kokurikulum.

Bacakan biodata tokoh dan jemput naik ke pentas dengan diiringi oleh ibu bapa murid.

Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan En. Hairudin bin Ngadiron, YDP PIBG SK Sebatu untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih kepada En. Hairudin bin Ngadiron, kerana sudi menyempurnakan majlis itu tadi.

Dengan itu , berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Kami bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai sepanjang majlis ini berlangsung ada tersalah kata atau menyinggung mana-mana pihak. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutama semua guru yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar serta ibu bapa atau penjaga yang hadir pada kali ini. Akhir kata wabillahitaufik wassalammualaikum w.b.t.

Semua hadirin dijemput mengambil makanan di kantin. Guru-guru dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.