teks mc

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAJLIS BERBUKA PUASA JAWATANKUASA TEMAN PUSAT ISLAM MASA 5.30 petang UCAPAN Mengumumkan ketibaan dif-dif kehormat. Yang Berbahagia Professor Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diiringi oleh saudara Mohd Fairuz bin Alias selaku Pengerusi Jawatankuasa Teman Pusat Islam. Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera majlis ucapkan kepada, Yang Berusaha Professor Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Saudara Mohd Fairuz bin Alias Pengerusi Jawatankuasa Teman Pusat Islam merangkap Pengarah bagi Majis Berbuka Puasa Jawatankuasa Teman Pusat Islam Ajk-ajk pelaksana serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian Sukacita mendapat kerjasama para hadirin yang membawa telefon bimbit supaya tidak diaktifkan atau menukarkannya kepada fungsi getaran demi kesempurnaan perjalanan majlis. Semoga dengan kerjasama para hadirin sekalian, majlis pada petang ini akan berjalan dengan jayanya, Insya Allah. Bagi memberkati program kita pada petang ini, majlis dengan penuh rasa tawaduk menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Yusof Bin Salim untuk membacakan doa. Fal Ya Tafadhal Mashkuura. - DOA SadaqAllahul Azim. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohamad Yusof Bin Salim di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan tadi, diharapkan majlis ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T 5.45 petang Tanpa melengahkan masa lagi majlis menjemput dan mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Teman Pusat Islam saudara Mohd Fairuz bin Alias untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Teman Pusat Islam saudara Mohd Fairuz bin Alias di atas ucapan yang telah disampaikan tadi. 6.15 petang Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Professor Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan kepada ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik dengan diiringi oleh saudara Mohd Fairuz bin Alias. - PENYAMPAIAN SIJIL Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Professor Dr. Syed Muhammad Dawilah AlEdrus di atas kesudian beliau untuk memberikan sepatah dua kata dan menyampaikan sijil watikah perlantikan tersebut. 6.30 petang Majlis diteruskan lagi dengan persembahan alunan selawat daripada Kelab Iqra. Dengan segala hormatnya dipersilakan. - PERSEMBAHAN Terima kasih diucapkan kepada Kelab Iqra di atas persembahan itu tadi. 6.45 petang Seterusnya majlis disusuri dengan sesi beramah mesra bersama dengan staf Pusat Islam - SESI RAMAH MESRA Semoga melalui sesi itu tadi dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua hadirin dan hadirat dengan staf Pusat Islam. 7.02 malam Majlis diteruskan lagi dengan jamuan berbuka puasa. Namun sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Professor Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus diiringi oleh Saudara Mohd Fairuz bin Alias bersama dif-dif kehormat yang lain untuk menikmati sedikit jamuan. Dan dijemput saudara Mohamad Yusof Bin Salim untuk membacakan doa. - DOA Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohamad Yusof Bin Salim di atas bacaan doa itu tadi.

Para hadirin dijemput untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.

2

7.30 malam

Pihak majlis mewakili warga pelaksana program Majis Berbuka Puasa Jawatankuasa Teman Pusat Islam UTHM sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada dif-dif kehormat dan semua hadirin hadirat yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini. Para hadirin dijemput untuk menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamek UTHM. JazakumuLLahu Khairal Jaza Saya sudahi majlis ini dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3