4
Yang berusaha Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud, Guru2 Penolong Kanan, guru2, ppm2, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014 serta semua murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum................ Lembut bicara mengucapkan salam Tangan dihulur penuh kemesraan Majlis bermula bersulamkan kalam Ahlan wa sahlan kami ucapkan Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Sri Setapak pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014 . Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al- Quran sebagai satu budaya. Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita.. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah.. 1. Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. - DOA Amin, amin ya Rabbal `alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi... - Ucapan Guru Besar/ Perasmian Majlis

Teks majlis khatam 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks majlis khatam 2014

   Yang berusaha Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud, Guru2 Penolong Kanan, guru2,

ppm2, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Lembut bicara mengucapkan salam

Tangan dihulur penuh kemesraan

Majlis bermula bersulamkan kalam

Ahlan wa sahlan kami ucapkan

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya

jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Sri Setapak pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ‘ Majlis

Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014’.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah

bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah

murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu

budaya. Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang

sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..

Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati

Allah jua. InsyaAllah..

1.  Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustz

Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..

-   DOA –

Amin, amin ya Rabbal ̀ alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi...

- Ucapan Guru Besar/ Perasmian Majlis

Bagi meneruskan Aturcara majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan

mempersilakan Guru Besar SK Setapak Pn Hajah Hasnah Bt Hj Daud menyampaikan ucapan

seterusnya merasmikan majlis penutup Ihya` Ramadhan 2014 pada pagi ini. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

Page 2: Teks majlis khatam 2014

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Hajah atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini, maka rasmilah sudah

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Setapak pada pagi ini.

2.  Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil Arwah. Untuk itu

majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin

bacaan Yassin dan Tahlil Arwah.

Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS BERMULA –  

Alhamdulilah, selesai sudah Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah beramai-ramai oleh guru, kakitangan dan

murid SK Setapak. Tahniah diucapkan.

3. Ceramah / Tazkirah Ramadan

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara

ceramah atau tazkirah yang akan disampaikan oleh Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud Gb SK Setapak. Untuk itu

murid2 diminta memberikan kerjasama dengan tidak membuat bising dan bercakap2 semasa ceramah

berlangsung. Murid2 diminta menghayati dengan penuh khusyuk dan memahami apa yang akan disampaikan

oleh Pn Guru Besar.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

4. Murid Rehat

5. Bacaan Al-Quran

Sebelum majlis Khatam al-Quran dimulakan marilah kita menghayati alunan ayat2 suci al-Quran yang akan

diperdengarkan oleh adik Abdul Hanan Bin Ahruman. Dipersilakan.

Page 3: Teks majlis khatam 2014

Terima kasih diucapkan kepada qari kita itu tadi. Untuk makluman semua adik Abdul Hanan merupakan wakil

sekolah majlis tilawah al-Quran Peringkat Zon.

6. Majlis Khatam Bermula

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya

menjemput dan mempersilakan Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan Khatam.

Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-Majlis Khatam Bermula

5.  Persembahan Nasyid

-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara

persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid

yang bertajuk ...........................................................................................Dengan sukacitanya dipersilakan.

-NASYID-

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman para hadirin

dan hadirat sekalian, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Pn Zakiah Binti Azraai. Tahniah sekali

lagi.

# Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

6.  Penyampaian Cenderahati

Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati kepada murid-murid khatam Al-Quran. Pada tahun

in seramai 30 orang terlibat secara langsung khatam Al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala

hormatnya YgBerusaha Pn Hajah Hasnah GB SK Setapak diiringi oleh Yg Berusaha GPK Tadbir dan

Page 4: Teks majlis khatam 2014

Kurikulum, Datin Malihan Binti Dato` Mustafa bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala

hormatnyadipersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah dan Datin kerana sudi menyempurnakan majlis.

7.   Penyampaian duit raya kpd murid

8.   Penutup

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian duit raya itu tadi 

maka, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan majlis ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran

dengan jayanya

Akhir kalam, yang baik itu adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami

jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya sudahi majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-

Asr....Wabillah....Majlis bersurai