Teks Jamuan Akhir Tahun 2011

Embed Size (px)

Citation preview

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 SMK BANDAR KUALA KRAI (18 Oktober 2011) Mengumumkan ketibaan yang dipertua pibg, tn haji Othman awang lah, timbalan yang dipertua pibg, en noor saidi Abdullah diiringi pengetua smk Bandar kuala krai, pn hajah khadijah hj ali ke dewan iltizam. Yang Berbahagia yang dipertua pibg, tn haji Othman awang lah, timbalan yang dipertua pibg, en noor saidi Abdullah, pn hajah khadijah hj ali, Pengetua SMK Bandar Kuala Krai, Drs asri daud, Guru penolong Kanan Pentadbiran encik ismail bin seman, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid en wan sukri wan daud, Guru penolong Kanan Kokurikulum Guru Cemerlang, pn zakima ahmad Kaunselor sekolah, , rakan-rakan guru staf sokongan dan tetamu jemputan khas kita pada hari ini, mantan pendidik smk Bandar kuala krai yang cemerlang, terbilang dan gemilang, pn erini kamilia dan cik hazirah inani. Selamat datang diucap kan Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinan dan

keredhaanNya, kita sama2 dapat berkumpul di dewan Iltizam yang serba indah ini sempenaMajlis Jamuan Akhir Tahun 2011. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Bertam Pemanis kata selamat datang Dewan nan indah Dewan Iltizam, TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG 2011. (2) BACAAN DOA untuk memberkati lg majlis kita pada hari ini, mempersilakan encik Mohd Ghazali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. ....................... Terima kasih encik ghazali. Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput hadirin menjamu selera 1

Dipersilakan... ************************************************************** (3) UCAPAN PENGERUSI KGS Hadirin yang dimuliakan, Makan sudah minum pun sudah tibalah kita ke upacara selanjutnya... Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj. Mat Zian bin Ibrahim, selaku Pengerusi Kelab Warga SMKBKK untuk menyampaikan sepatah sepatah dua kata. Dipersilakan. ******** Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Mat Zian bin Ibrahim. (4) UCAPAN PENGETUA

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn. Hjh. Khadijah bt Hj. Ali untuk menyampaikan ucapan.Dengan hormatnya dipersilakan. Komen : ..................................................................................................................... (5) CENDERAHATI CHYMATA: Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Bingkisan pengetua selesai sudah Penyampaian cenderahati menyusul pula

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Tn Hj Mat Zian Bin Ibrahim Pengerusi KGS 2011 bagi menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli KGS yang mendapat cahayamata baru pada tahun ini. Dipersilakan, 1)pn izyani ahmad 2)pn mariana mohd nasir Tidak lupa juga kepada mantan guru yang pernah berkhidmat di smk Bandar kuala krai Cik hazirah inani ramli dan pn erini kamilia untuk menerima cenderahti daripada pihak kelab guru sekolah. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah hari jadi kepada guru-guru yang dilahirkan pada September hingga disember. Penerima :2

1) 2) Terima kasih deiucapkan kepada ustaz mat zian diatas penyampaian hadiah itu tadi.PENYAMPAIAN CENDERAHATI 1 : Hadirin sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Ahli2 KGS. Majlis dengan penuh hormat mempersilakan yang dipertua pibg, tn hj Othman awang lah dengan

diiringi oleh Yang Berusaha pengetua smk Bandar kuala krai, pn hjah khadijah bt hj ali untuk menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli. Terima kasih diucapkan kepada yang dipertua dan pengetua.CABUTAN BERTUAH 1 : Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu. Sebentar lagi kita mulakan upacara cabutan bertuah. Kita akan lihat siapa yang bertuah dalam kalangan kita. Bagi upacara tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha En Wan Shukri Bin Wan Daud, PK KO-KO untuk memulakan 25 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan. ..... Terima kasih diucapkan kepada En Wan Shukri ,PK Ko-Ko. Tahniah kepada yang bertuah. dijemput guru cemerlang, pn zakima bt ahmad untuk mencabut 27 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah . dipersilakan. Terima kasih pn zakima

CABUTAN mega BERTUAH 3 : (PENGETUA) Dijemput penolong kanan pentadbiran, drs asri daud untu membuat ___ cabutan dan menyampaikan hadiah.

3

Terima kasih diucapkan kepada penolong kanan pentadbiran. Seterusnya dijemput, pn hajah khadijah bt hj ali untuk membuat ___ cabutan dan menyampaikan hadiah. Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Pengetua. Tahniah kepada yang bertuah pada hari ini.

Hadirin,hadirat sekalian,seperti kata orang lama.. KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARA KALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIAN KALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISAN KALAU BERJALAN DAH SMPAI KE PENGHUJUNG..Majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Pihak majlis merakamkan kalungan terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan upacara petang ini berlangsung dengan jayanya. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh tepi jambangan Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman.

Wabillahitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih dan majlis bersurai.....

4