...

Skrip Pengacara

by aqilah-az

on

Report

Category:

Documents

Download: 21

Comment: 0

433

views

Comments

Description

Sambutan tahun Baru Cina Sekolah
Download Skrip Pengacara

Transcript

SMK PERLIS TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2015 DISEMPURNAKAN OLEH : TN HJ ROOSLEE B ISMAIL PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERLIS 17 FEBRUARI 2015 ( SELASA) EN AHMAD SHAFIZAL B MOHD SHAFIE PN AQILAH BT AHMAD ZAILANI PENYAMPAI PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI CATATAN En. Ahmad Shafizal Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan: Tn Hj Rooslee b Ismail Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis En. Ahmad Shafizal Nyanyian lagu Kita mulakan majlis pada pagi ini dengan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis Dan Lagu Sekolah. Hadirin dimohon berdiri · Nyanyian- En. Ahmad Shafizal Tetamu duduk Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk En. Ahmad Shafizal Yang Berbahagia, Tn Hj Rooslee b Ismail Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Yang dihormati, Tuan Hj Zarawi bin Hj Dogol , SIP+ Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Yang dihormati, Cik Lim Fong Yee, Pegawai Angkat Akademik SMK Perlis, Sektor Pengurusan Akademik JPN Perlis Yang Berusaha, Pn Kang Lee Lee Pengetua, SMK Perlis Yang Dihormati, ...................................................... Dan .............................................. Wakil Lembaga Pengurusan Sekolah Yang Dihormati, En Hamid b Darus, Yang Dipertua PIBG dan barisan AJK PIBG SMK Perlis Yang dihormati, ASP Tuan Sabtu b Md Ali Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM Yang Dihormati lagi dikasihi, Saf Kepimpinan Penolong Kanan, Guru-guru kanan, guru-guru cemerlang Yang dikasihi Barisan guru yang berdedikasi Seterusnya, Para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA SMK PERLIS BAGI TAHUN 2015 Pn Aqilah Ucapan aluan pengerusi majlis Bismillahhirahmannirahim Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Kita berasa amat bertuah kerana pada pagi ini kita masih lagi berpeluang untuk berada di Dewan Arena Bicara untuk sama-sama menjayakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun baharu Cina SMK Perlis bagi tahun 2015. Pihak majlis juga ingin membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian serta keprihatinan Yang Berbahagia, Tn Hj Rooslee b Ismail Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Serta tetamu-tetamu jemputan untuk sama-sama menjayakan majlis pada pagi yang sejahtera ini. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. En Ahmad Shafizal Ucapan aluan Pengetua Sidang hadirin yang dimuliakan, Aturcara Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina SMK Perlis 2015 diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Kang Lee Lee, Pengetua SMK Perlis untuk mengungkapkan sepatah dua kata aluan. Dipersilakan, ~ UCAPAN ALUAN PENGETUA Pn Aqilah Selesai ucapan Pengetua Demikianlah tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Pn Aqilah Ucapan Perasmian Sidang hadirin yang budiman, Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina SMK Perlis 2015 Dengan segala hormatnya, dipersilakan. ~ UCAPAN PERASMIAN TUAN PENGARAH En. Ahmad Shafizal Selesai ucapan perasmian Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, atas ucapan perasmian sebentar tadi. Terima kasih tuan. En. Ahmad Shafizal Berbilang kaum hidup bersama, Bersopan-santun amatlah mesra, Tak kira bangsa juga agama, Tahun Baru Cina disambut dengan gembira. Acara diteruskan dengan gimik perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan 1. Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis 2. Encik Hj Zarawi b Hj Dogol 3. Cik Lim Fong Yee 4. Puan Kang Lee Lee, Pengetua SMK Perlis 5. ....................................... wakil Lembaga Pengurusan sekolah 6. En Hamid b Darus, YDP PIBG 7. ASP Tn Sabtu b Md Ali 8. ....................................... ( AJK PIBG) 9. ............................................. Tampil ke hadapan pentas untuk menulis kaligrafi Pn Aqilah Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah serta tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran acara sambutan kita pada hari ini. Hadirin yang dihormati, Untuk pengetahuan semua, Maksud perkataan kaligrafi yang ditulis sebentar tadi ialah “Persekitaran suasana yang harmoni membawa keamanan serta kemakmuran kepada negara” yang merupakan sebuah ungkapan peribahasa bahasa cina. Pn Aqilah Sidang hadirin sekalian, Sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah, 2 buah pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan menulis kaligrafi dan pertandingan Tanglung. Justeru, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Rooslee b . Ismail diiringi Puan Kang Lee Lee untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. En. Ahmad Shafizal Penyampaian hadiah Dengan ini diumumkan senarai pemenang bagi pertandingan kaligrafi Pemenang bagi menengah rendah Tempat ketiga- Ooi Tsin Ning ( 3A1) Naib Johan – Low Hooi Ting ( 2A2) Johan – Tan Su Chi ( 3 KPG) Pemenang bagi Menengah Atas Tempat ketiga- Liew Jia Wen ( 5A3) Naib Johan – Lye Bi Jun (4A3) Johan – Ong Mei Ning ( 4A3) Seterusnya pemenang bagi pertandingan Tanglung Hadiah Saguhati – Oooi Tsin Ning (3A1) Tempat Ketiga – Lim Yee Hui (1A ) Naib Johan – Lim Yee Tzi ( 4A2) Johan – Tan Su Chi ( 3 KPG) En. Ahmad Shafizal Selesai upacara Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.. Pn Aqilah Cenderamata Perasmi Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee b. Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis merasmikan Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina SMK Perlis , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Puan Kang Lee Lee ,Pengetua SMK Perlis untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Burung nuri burung merpati Hinggap di beranda hinggap di tangan , cenderamata diberi seikhlas hati Sebagai tanda buat kenangan Pn. Aqilah Selesai penyampaian cenderamata kepada vip Terima kasih diucapkan kepada Puan Kang Lee Lee atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi. En. Ahmad Shafizal Penutup Suasana perayaan terasa meriah Acara menarik menjadi sajian Ucapan sudah, perasmian pun sudah Marilah kita menyaksikan persembahan Dengan itu, pihak majlis mengajak hadirin sekalian untuk sama-sama menyaksikan persembahan- persembahan yang akan disajikan. Untuk itu, majlis mempersilakan saudari Insyirah., Lee Shu Qi dan Anne Marie untuk mengendalikan aturcara seterusnya. ~ SELESAI ACARA PERSEMBAHAN~ En. Ahmad Shafizal Terima kasih diucapkan kepada saudari ....................................., Lee Shu Qi dan Anne Marie. Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini Dari mana asalnya usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan disimpan di dalam hati Ubi manis ubi keladi kalau ada ditambah lagi sekiranya umur panjang direstui kita pasti berjumpa lagi Seterusnya dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan Yang Berbahgia Tuan Hj Rooslee b Ismail diiringi Pn Kang Lee Lee dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan makan yang disediakan. . Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Seterusnya, upacara agihan limau kepada para pelajar. Mohon para pelajar bertenang 6 Sambutan Tahun Baru Cina 2015
Fly UP