SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS INDUKSI UMUM & KHUSUS KUMPULAN 1 SESI 2/2007 ISMA Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Nam Bin Marthinin, Ketua Pengarah Mara Dengan Diiringi Oleh Dif-Dif Jemputan Hadirin di minta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu MARA HANANI Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berbahagia, Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah Mara, Yang Berusaha, Tuan Haji Azmi bin Mohamad, Pengetua Ilham, Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin bin Othman, Pengarah MARA Negeri Sembilan Yang Berusaha, Barisan Fasilitator, Encik Khairul Anuar bin Mohd Jais dan Puan Arbainah bt Jalani Penghulu dan Penghuluwati Serta Tuan-tuan dan Puan-puan, peserta Kursus Induksi Umum & Khusus Kump 1 Sesi 2/07 Burung pipit si burung bayan, Hinggap sebentar di pohon berangan, Selamat datang hadirin sekalian, Moga majlis menjadi kenangan. Gemersik berdendang alunan suara, Didendang si gadis di atas jambatan, Selamat datang pembuka bicara, Semoga majlis mendapat keberkatan ISMA Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah swt, maka dapat kita sama-sama berkumpul di dewan besar PNB ILHAM Resort pada malam ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Induksi Umum dan Khusus bagi Kumpulan 1 sesi 2/2007. Terlebih dahulu, majlis ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA, atas kesudian beliau untuk hadir ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran Yg Berbahagia Datuk, akan menjadikan majlis ini lebih berseri dan lebih bermakna. Untuk makluman hadirin, seramai 99 orang pegawai MARA pelbagai jabatan dari seluruh negara, telah dihimpunkan bersama-sama selama 18 hari untuk Kursus Induksi Umum dan Khusus Kumpulan 1 bagi sesi kali ini. HANANI Berkicau merbah di pinggir hutan, Berlari lincah sianak rusa, Tangan ditadah memohon keberkataan, Moga majlis dirahmati yang esa. Dengan ini majlis menjemput al-fadhil Ustaz Wan Mukhtar bin Wan Muda, dari Kolej Profesional MARA Indera Mahkota untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis kita pada malam ini. Dipersilakan. (Bacaan Doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Wan Mukhtar bin Wan Muda. ISMA Bunga selasih di tengah bendang, Bersarang tempua di puncak ara, Sungguhlah lazat juadah dihidang, Jemputlah semua menjamu selera. Juadah yang lazat menjadi hidangan, marilah makan sambil berhibur, pelbagai persembahan menjadi dendangan, moga hati turut terhibur. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Datuk, Dif-dif Kehormat serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menjamu selera sambil menyaksikan persembahan multimedia yang telah disediakan. Dipersilakan. (15 mins pause. Wait for cue from Ina to begin) HANANI Terang bulan malam nan indah Berkicau merbah di pinggir hutan Juadah yang lazat dijamah sudah Kami disini dilupa jangan Hadirin hadirat yang dihormati, majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Zainol Bahri bin Othman selaku Penghulu kepada peserta Kursus Induksi Umum dan Khusus Kumpulan 1 pada kali ini untuk menyampaikan ucapan. Dengan dipersilakan. (Ucapan Penghulu) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zainol Bahri bin Othman di atas ucapan beliau sebentar tadi. Sesungguhnya, walau besar Stadium Bukit Jalil, besar lagi hajat kami Datuk… ISMA Baiklah, tanpa membuang masa, sekarang majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA, untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (ucapan Datuk Nam) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk, atas ucapan itu tadi. (Ulaskan ucapan) HANANI Tanam nangka tumbuh kelapa, Terbit bunga indah berseri, Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Terima Kasih Daun Keladi, Datuk. (pantun utk Datuk andai cuti ganti diberi) Bagi memeriahkan lagi majlis pada malam ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan koir yang akan dipersenbahkan oleh wakil peserta wanita. Dipersilakan. ISMA Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin hadirat yang dihormati sekalian, sepanjang kursus ini berlangsung, pihak AJK telah menganjurkan beberapa acara sukan yang telah disertai oleh para peserta. Majlis dengan ini menjemput En. Khairul Anuar bin Mohd Jais, untuk mempersilakan dan mengiringi, Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Mohamad, Pengetua Ilham, untuk menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya muncul sebagai juara dalam acara-acara sukan tersebut. Dipersilakan. Berikut diumumkan keputusan-keputusannya: 1) Bagi acara sukan futsal yang disertai peserta lelaki, pasukan yang telah berjaya muncul sebagai NAIB JOHAN adalah TERUBUK FC Manakala gelaran JOHAN FUTSAL dirangkul oleh PS UNITED 2) Bagi acara dart yang disertai oleh peserta wanita, gelaran naib juara disandang oleh APARTMENT 5061 Gelaran JOHAN menjadi milik APARTMENT 5091 3) Seterusnya bagi acara sukan kemuncak yang berlangsung pada hari Jumaat yang lepas iaitu acara EXPLORACE,  Tempat ke-3 disandang oleh KUMP. 7  Naib Johan disandang oleh KUMP 12  JOHAN EXPLORACE adalah KUMP. 1 HANANI Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg. Berusaha Tuan Hj. Azmi bin Mohamad kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi. Bunga sena di tepi perigi, Disunting oleh Si anak dagang Kumpulan koir menyusul lagi, Warisan dan Seroja lagu didendang Dengan ini dipersilakan kumpulan koir yang mewakili para peserta lelaki untuk membuat persembahan. Dipersilakan. (Persembahan .............) Terima kasih atas persembahan itu tadi. ISMA Kini tiba kita ke acara yang dinantikan ramai iaitu acara ‘Cabutan Nombor Bertuah’. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, nombor bertuah yang bakal dicabut merupakan nombor gaji tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sebanyak 10 nombor gaji yang bertuah akan dicabut pada malam ini. Majlis dengan ini menjemput Puan Arbainah bt Jalani untuk mengiringi Yg. Berusaha, En. Zainal Abidin bin Othman, Pengarah MARA Negeri Sembilan ke pentas bagi menyempurnakan acara ini. Dipersilakan. Siapa agaknya yang bertuah pada malam ini ya… No bertuah yang pertama bermula dengan no… (isma read 5, nani read another 5) Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Zainal bin Othman kerana telah sudi untuk melakukan cabutan no bertuah itu tadi. Kepada yang bertuah no gajinya, tahniah diucapkan. Kepada yang lain, jangan bersedih hati, no gaji anda masih bertuah, durian runtuh akan anda terima, Julai nanti… HANANI Kini tibalah kita ke kemuncak acara pada malam ini iaitu penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta disamping hadiah khas multimedia serta pengumuman untuk anugerah  Kumpulan Paling Aktif  Peserta Lelaki Terbaik  Peserta Wanita Terbaik Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Azmi bin Mohamad, untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, Datuk Nam bin Marthinin ke pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Mendahului acara adalah penyampaian anugerah khas. Dengan ini, majlis menjemput En. Khairul Anuar bin Mohd Jais untuk mengumumkan pemenangpemenang bagi setiap kategori tersebut. Dipersilakan. (pemenang diumumkan) ISMA Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus. Untuk itu, majlis menjemput ketua bagi mewakili setiap kumpulan untuk tampil ke pentas bagi menerima sijil dari Yang Berbahagia Datuk. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 HANANI Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin atas kesudian menyampaikan anugerah dan sijil itu tadi. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Mohamad selaku Pengetua Ilham untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin. Dipersilakan. (Penyampaian cenderamata) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih Yang Berbahagia Datuk. ISMA Burung merpati terbang sekawan, jauhnya terbang dari seberang, terima kasih hadirin sekalian, maafkan kami apa yang kurang. HANANI Cantiknya mawar merah terserlah, tumbuh merimbun di perdu jati, kalaulah ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Saya, Nur Hanani Minhaj dan saya, Ismanor Hilmi bagi pihak pengelola, memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur bicara dan terkasar bahasa. Berpisah kita untuk sementara, semoga kita jumpa lagi di lain ketika. HANANI + ISMA Kami akhiri majlis ini dengan lafaz Wabillahitaufikwalhidayah… Wassalamualikumwarahmatuaaliwabarakatuh… Sekian, terima kasih
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Skrip Majlis Penutup Mep 2010

by hanani-minhaj

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

690

views

Comments

Description

Download Skrip Majlis Penutup Mep 2010

Transcript

Fly UP