6
Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan, Buat bingkisan salam pertemuan Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid , Pengetua Smk Demak Baru, Yang Dihormati En Busman Bin Ramli Yang Dipertua Pibg, Smk Demak Baru , Yang Dihormati, Pn Misia Binti Hj Zain Penolong Kanan Akademik , Yang Dihormati En Razalie Badar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Selamat Bin Masuni, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Barisan Pendidik Yang Disayangi. Warga Kerja Smk Demak Baru , Ajk-Ajk Pibg Smk Demak Baru. Barisan Pengawas Dan Rakan-Rakan Yang Dikasihi Sekalian… Bersyukur kita pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat kita sanjungi dan hargai.. Pergi ke pasar membeli lada Tidak lupa membeli kuini PENCETUS KREATIVITI. PENJANA INOVASI Itulah tema perayaan hari guru tahun ini.. Sebagai pembuka tirai,majlis kita pada hari ini.dijemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku dan diikuti pula lagu sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian Panggilan cikgu adalah keramat Bersabar menabur jasa dan juga bakti Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan majlis kita pada har ini yang penuh bermakna in,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dlafazkan oleh al fadhil ustaz badrul hisyam bin majid. Majlis dengan segala hormanya mempersilakan. Majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz badrul hisyam bin majid atas bacaan doa itu tadi. Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya adalah membaca perutusan daripada pengaeah pelajaran malaysia.dengan itu majlis menjemput en jamal shukuri bolhassan untuk membacakan teks perutusan tersebut.. Demikanlah tadi teks ucapan daripada pengarah pelajaran malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua.terima kasih diucapkan kepada cikgu jamal . JALAN BERIRINGAN BERPEGANGAN TANGAN

Pengacaraan Tutorial 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengacaraan

Citation preview

Page 1: Pengacaraan Tutorial 6

Dari Johor hendak ke Pekan,

Singgah di Lipis membeli haruan,

Semanis senyuman kami hamparkan,

Buat bingkisan salam pertemuan

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam 1 Malaysia.Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid , Pengetua Smk Demak Baru, Yang Dihormati En Busman Bin Ramli Yang Dipertua Pibg, Smk Demak Baru, Yang Dihormati, Pn Misia Binti Hj Zain Penolong Kanan Akademik , Yang Dihormati En Razalie Badar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Selamat Bin Masuni, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Barisan Pendidik Yang Disayangi. Warga Kerja  Smk Demak Baru , Ajk-Ajk Pibg Smk Demak Baru. Barisan Pengawas Dan Rakan-Rakan Yang Dikasihi Sekalian…

Bersyukur kita pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat kita sanjungi dan hargai..

Pergi ke pasar membeli ladaTidak lupa membeli kuini

PENCETUS KREATIVITI. PENJANA INOVASIItulah tema perayaan  hari guru tahun ini..

Sebagai pembuka tirai,majlis kita pada hari ini.dijemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku dan diikuti pula lagu sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.Hadirin dan hadirat sekalian

Panggilan cikgu adalah keramatBersabar menabur jasa dan  juga bakti

Doa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada har ini yang penuh bermakna in,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dlafazkan oleh al fadhil ustaz badrul hisyam bin majid. 

Majlis dengan segala hormanya mempersilakan. 

Majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz badrul hisyam bin majid atas bacaan doa itu tadi.

Sidang majlis sekalian, agenda  seterusnya adalah membaca perutusan daripada pengaeah pelajaran malaysia.dengan itu majlis menjemput en jamal shukuri bolhassan untuk membacakan teks perutusan tersebut.. Demikanlah tadi  teks ucapan daripada pengarah pelajaran malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua.terima kasih diucapkan kepada cikgu jamal .

JALAN BERIRINGAN BERPEGANGAN TANGANKALAU TERJATUH SAMA MERASA

GURU DAN MURID MENCIPTA KEMERLANGANSAMA-SAMA MENABUR JASA..

UCAPAN MENTERI PELAJARANSeterusnya pula majlis menjemput en selamat bin masuni untuk membacakan teks ucapan menteri pelajaran malaysia.dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Selamat Masuni .

UCAPAN WAKIL PELAJAR.

BERHENTI HUJAN TERBIT PELANGIINDAH DIPANDANG TAK MAMPU DIDEKATI

Page 2: Pengacaraan Tutorial 6

IKHLAS AJARANNYA KAMI SANJUNGIBUDIMU GURU DI KENANG SAMPAI MATI

Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput perwakilan ketua pengawas selaku ketua murid smk demak baru mewakili para pelajar.iaitu saudara.........................................................untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari guru. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara .......................................... Atas ucapan sebentar tadi. LUAS SUNGGUH SAWAH DI SANA

CANTIK TERLIHAT DIWAKTU SENJAENGKAULAH GURU INSAN BIJAKSANA

GIGIH MENDIDIK BERHATI WAJA

UCAPAN YDP PIBG

Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula ustaz busman ramli yg dipertua pibg mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan.dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ...................................................... Atas ucapan itu tadi.

 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA KAIN BATIK CANTIK BERSERIDIBAWA DARI PULAU JAWA

GURU MENDIDIK ILMU DIBERIKEIKHLASAN GURU MENYENTUH JIWA

Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan segala hormatnya Mempersilakan cikgu hajah fatimah hamid pengetua smk demak baru bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan perayaan hari guru smk demak baru. Dipersilakan .

  Cantik sungguh si anak kedidi,terima kasih di ucapkan  di atas ucapan itu tadi...segala amanat akan  kemas tersimpan di hati.

BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURUBeralih kita ke acara seterusnya dengan  menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan

diketuai oleh en saeii bisuni .mohon para guru berdiri di atas pentas …dan selepas itu,kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagu kami guru malaysia ,lagu pendidik bumi

kenyalang dan biarku menjadi lilin.Demikianlah tadi nyayian beberapa lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.

ACARA PEMOTONGAN KEKSekarang kita telah sampai ke acara pemotongan kek oleh pn pengetua dan pen.-pen kanan,mohon para guru bersama-sama  bagi mengiringi pengetua untuk acara pemotongan kek.

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru di atas kerjasama yang diberikan. Kek itu tadi adalah sumbagan dari bank rakyat.

 PERSEMBAHAN TARIAN

Bagi memerahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan satu persembahan tarian 1 malaysia  daripada pelajar pendidikan khas sebagai tatapan  khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-

Page 3: Pengacaraan Tutorial 6

samalah kita saksikan .

Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu tadi di bawah pimpinan puan kamariah kunggidan puan lina

mili. Sekalung penghargaan diucapkan.

PERSEMBAHAN NYAYIAN DARI WAKIL PELAJAR

Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyayian adik..................................dengan tajuk lagunya..............................

Begitulah merdunya  alanun suara oleh adik---------------------............... Yang dihadiahkan oleh pelajar buat guru-guru yang tersayang..sekalung penghargaan terma kasih atas persembahan istmewa itu tadi..

CABUTAN BERTUAHHadirin dan hadirat sekalian,Kita hentikan seketika acara persembahan yang seterusnya untuk memberi laluan cabutan bertuah pula.dengan segalanya hormatnya menjemput pn misia hj zain,penolong kanan pentadbiran untuk mencabut lima nombor bertuah.dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dibacakan nombor bertuah yang pertama iaitu………………………….

PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS

Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan persembahan  sketsa   daripada badan pengawas. Sama-sama lah kita saksikan..Demikianlah tadi persembahan persembahan sketsa oleh badan pengawas.

PERSEMBAHAN GURU

Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan persembahan oleh guru..Dijemput cikgu .................................untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk...............................................Dengan ini dipersilakan…

Terima kasih diucapkan

PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.

Warga pendidik,warga kerja serta rakan-rakan pelajar sekalian..Acara pada pagi  yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan penyampaian kad-kad ucapan hari guru dan tanda hati daripada badan beruniform  kelab dan persatuan kepada  insan yang kita sayangi lagi kasihi pengetua smk demak baru cikgu hajah fatimah hamid.Sebelum itu majlis dengan sukacitanya menjemput  penolong-penolong kanan bagi mengiringi tuan pengetua  ke pentas bagi menerima kad-kad dan tanda hati daripada wakil setiap kelab dan persatuan.Dengan segala hormatnya dpersilakan.Dimulakan dengan wakil dari 1.kelab pencipta alam 2.kelab koperasi 3.kelab keusahawanan ppki 4.pbsm 5.pengakapDan yang terakhir 6.kadet polis.

 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG

Page 4: Pengacaraan Tutorial 6

 ANUGERAH DIBERI SEKADAR SUKA HATIMENJADI SALAH SATU ACARA PERSEMBAHAN

 SEMUA GURU HEBAT DIHATISUNGGUH SUSAH MEMBUAT PILIHAN

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada beberapa orang guru yang telah berjaya menambat hati pelajar-pelajar smk demak baru.untuk makluman ,telah dibuka sejak sebulan yang lalu.semua guru telah dicalonkan dan pemilihan telah dilakukan oleh semua pelajar di semua tingkatan .undi tertinggi telah terpilih dianggap pemenangDimulakan dengan   * anugerah guru paling rajin. * anugerah guru paling berdedikasi * anugerah guru paling berketrampilan * anugerah guru paling periang * anugerah guru paling prihatin *anugerah guru paling penyayang *anugerah guru paling popularTerima kasih diucapkan kepada puan pengetua atas penyampaian anugerah itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.Seterusnya penyampaian hadiah kepada guru-guru tingkatan.dijemput ketua-ketua kelas disemua tingkatan mewakili kelas masing-masing untuk menyampaikan cenderamata atau tanda hati kepada guru kelas masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar smk demak baru atas tanda ingatan itu tadi..sesungguhnya..budi yang dtaburkan oleh guru selama ini tak termampu untuk dibalas.. Ucapan terima kasih kami buat cikgu..sebenarnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru selama ini.

Sekuntum terima kasih kami berikan,Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,

Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,Menjadi insan bijak bestari,

Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA.

PENUTUP

Akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga smk demak baru kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru bagi tahun ini.

Sesungguhnya guru insan kedua  selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada kitaDia memberitahu,memahamkan,mendidik dan memimpin kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia

dan akhirat.Tanpa guru siapalah kita

Ayuh bersama kita ucapkan selamat hari guru  majlis menjemput semua guru dan dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit jamuan ringan di kawasan lobi.

Kepada semua pelajar jamuan di adakan di kelas masing-masing.TERIMA KASH DAUN KELADI

PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGIBUAT GURU KAMI  SUDAHI

SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHIJASA GURU TERPAHAT DIHATI

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA