...

Mc Teks Olahraga

by rekaan-mohamad-hashim

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

212

views

Comments

Description

teks juruacara olahraga
Download Mc Teks Olahraga

Transcript

( UMUMKAN KETIBAAN YB DUN CHINI ) MAJLIS MENGALU-ALUKAN KETIBAAN DATO ABU BAKAR B HJ HARUN, ADUN CHINI. MENGUMUMKAN KETIBAAN YG BERHORMAT DATO ABU BAKAR BIN HJ HARUN (ADUN CHINI).Selamat Datang diucapkan kpd Yg Berhormat Dato dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir memeriahkan lagi temasya sukan SK (LKTP) Chini Timur 1 sesi 2012. Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi kita akan menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembuka acara. Bagi menghormati lagu Negaraku, hadirin hadirat dijemput berdiri...Hadirin dijemput duduk. PANTUN MENYAMBUT TETAMU… Batu kecubung warna ungu, Ditatah berlian batu bermutu. Adat Melayu menyambut tetamu, Hamparkan tikar lebarkan pintu. PANTUN SEMUA SUDAH SAMPAI… Yang dari bukit datang menurun, Yang dari lembah datang mendaki. Yang dari pulau datang belayar, Yang dari hulu datang berdayung. Yang buta datang bertuntun, Yang tempang datang bertongkat. Sekarang…. Semua sudah berhimpun di majlis ini. Yang duduk sudah bertemu lutut, Yang berdiri sudah bertemu bahu. Atas nama yang empunya majlis, Atas nama yang empunya hajat, Atas nama kaum kerabat, Ketibaan jemputan yang mulia, Kami sambut dengan adat. Memburu Rusa di Bukit Rokan, Berehat sebentar di atas batu; Selamat datang kami ucapkan, Ke Kejohanan Sukan SK Felda Chini Timur Satu. PANTUN BERDOA… Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat. Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. BAGI MENAMBAH BERKAT MJLS KITA PD PG INI, MJLS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ MOHD HUSNI B. ……………………….. UTK MEMIMPIN BACAAN DOA. DGN SGLA HORMATNYA DIPERSILAKAN. ( B A C A A N D O A ) TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, SEBENTAR LAGI, KITA AKAN MENYAKSIKAN PERBARISAN MASUK DAN LINTAS HORMAT KONTINJEN RUMAH-RUMAH SUKAN. ( TUNGGU SEBENTAR… ) PERBARISAN INI DIKETUAI OLEH ADIK _____________________________DARI KELAS 6 AMANAH. DIPERSILAKAN TN GURU BESAR PN ZAIDAH BT HJ SIDEK UTK MENGIRINGI YG BERHORMAT DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN BAGI MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA PARA KONTINJEN. TUAN2 DAN PUAN2 SEKALIAN, KONTINJEN YG SEDANG MELAKUKAN LINTAS HORMAT SKRG, KONTINJEN DR RMH TEMENGGONG(MERAH) DGN SLOGANNYA MERAH MEMBARA. RUMAH MERAH MEMILIH MASKOT WATAK ___________________. KETUA GURU RMH MERAH IALAH CG _________________________. RMH MERAH TLH MENDUDUKI TMPT PERTAMA PD TEMASYA SUKAN 2012. KONTINJEN KE-2 YANG SDG MELAKUKAN LINTAS HRMT SKRG, KONTINJEN DR RMH KUNING. KONTINJEN INI MBWA SLOGAN KUNING DAHSYAT. MASKOT BAGI RUMAH KUNING, WATAK _______________________. RUMAH KUNING DIKETUAI OLEH CG.___________________________. PADA TEMASYA THN LPS, RMH KUNING TLH MENDUDUKI TMPT KE-2. KONTINJEN YG SDG MELAKUKAN LINTAS HRMT SKRG IALAH KONTINJEN DR RMH BIRU. KETUA GURU RMH BIRU IALAH CG. ________________________. RMH INI TLH MENDUDUKI TMPT KE-4 DLM TEMASYA SUKAN PADA TAHUN LEPAS. MASKOT RMH BIRU, WATAK ______________________DGN MBAWA SLOGAN BIRU TERBAIK. KONTINJEN TERAKHIR, KONTINJEN DR RMH HIJAU. KETUA GURU RMH SUKAN BAGI RMH HIJAU IALAH CG.__________________________. RMH INI TLH MENDAPAT TEMPAT KE-3 DLM TEMASYA SUKAN PADA TAHUN LEPAS. PADA THN INI RMH HIJAU MBAWA SLOGAN HIJAU HEBAT DGN MASKOTNYA WATAK _____________________________. ( SLPS SEMUA PESERTA RMH MELAKUKAN LNTS HRMT) TERIMA KASIH DIUCAPKAN KPD DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN ATAS KESUDIAN MENERIMA TABIK HORMAT ITU TD. ( TUNGGU SEMUA KONTINJEN MSK KE PDG ) TN2 DAN PN2 SEKALIAN, SETERUSNYA, LAFAZ IKRAR KEJOHANAN. LAFAZ IKRAR INI AKAN DIKETUAI OLEH ADIK ____________________________ ( LAFAZ IKRAR ) DEMIKIAN TD LFZ IKRAR YG DIKETUAI OLEH ADIK _______________________ PANTUN MEMULIAKN TETAMU… Yang besar disebut gelarannya, Yang kecil disebut namanya. Yang raja dimuliakan daulatnya, Yang dato' dimuliakan tuahnya. Yang penghulu dimuliakan ilmunya, Yang ulamak dimuliakan alimnya. Yang pandai dimuliakan bijaksananya, Yang tua dimuliakan pengalamannya. Yang kecil dikasihi, Yang muda disayangi, Yang tua dihormati. BISMILLAH……..… ASSALAMUALAIKUM…..& SLMT SEJAHTERA. YG BERHORMAT DATO ABU BAKAR B HJ HARUN ADUN CHINI, YG BERUSAHA PN. HJH ZAIDAH BT HJ SIDEK GURU BESAR SEK. KEB. LKTP CHINI TIMUR 1, EN………………………………………………………… PENGURUS FELDA CHINI TIMUR 1 YDP PIBG EN SUHAILI B. MAT TAI WAKIL PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH PEKAN GURU2 PENOLONG KANAN, GURU-GURU, AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA PEMIMPIN MASYARAKAT, TUAN2 & PUAN2, SERTA PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN. SLMT DTG KE TEMASYA SUKAN KALI KE-….. SEK. KEB. LKTP CHINI TIMUR 1 BAGI TAHUN 2012. WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA CHINI TIMUR 1, AMAT BERBESAR HATI ATAS KESUDIAN YG BERHORMAT UTK HADIR BAGI MERASMIKAN TEMASYA SUKAN PADA HR INI. MJLS MERAKAMKAN JUTAAN T.KSH ATS BACAAN DOA ITU TD. SETERUSNYA, DIPERSILAKAN PN HJH ZAIDA BT HJ SIDEK, GURU BESAR SEK KEB FELDA CHINI TIMUR 1 BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN. DGN SGLA HRMTNYA DIPERSILAKAN. ( U C A P A N G U R U B E S A R ) MJLS MERAKAMKAN RIBUAN T.KSH ATS UCPN ITU TD. SKRG DIPERSILAKAN YB DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN, ADUN CHINI UTK MENYAMPAIKAN UCPN DAN STRSNYA MERASMIKAN TEMASYA SUKAN SEK KEB FELDA CHINI TIMUR 1 KALI KE-…….. DGN SGLA HORMATNYA DIPERSILAKAN. ( U C A P A N YB ) DEMIKIAN TD UCAPAN PERASMIAN YB DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN,A DUN CHINI. MJLS MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN T.KSH. ( TUNGGU HINGGAYB ) SBG TNDA RASA T.KSH DAN KENANG-KENANGAN, MJLS MEMPERSILAKAN PN ZAIDA BT SIDEK, DIIRINGI OLEH EN SUHAILI B MD TAI, UTK MENYAMPAIKAN C/MATA KPD YB DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN, ADUN CHINI, DGN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA SELESAI) MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATS PENYAMPAIAN ITU TDI. TN2 DAN PN2 SEKALIAN, SKRG, PERBARISAN KELUAR KONTINJEN RMH SUKAN. (TUNGGU SEHINGGA KONTINJEN RMH SUKAN MASUK KE RUMAH MASING2) PANTUN PERSEMBAHAN ACARA… Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon buluh. Bukan sembah sebarang sembah, Sembah bersusun jari sepuluh. Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon nangka. Bukan sembah sebarang sembah, Sembah dengan adat pusaka. TUAN2 & PUAN2 SEKALIAN, SETERUSNYA, MARILAH KITA SAMA2 MENYAKSIKN PERSEMBAHN SENAMROBIK, DRPD PELAJAR THN 1, 2 & 3 SEK KEB FELDA CHINI TIMUR 1. PERSEMBAHN INI TLH DIPIMPIN OLEH CG. ROZANA HANIM BT. ………………………… DAN CG. UMI NURHIDAYU BT. …………………………………. DGN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKN. ( SENAMROBIK SELESAI ) MAJLIS MENGUCAPKN RIBUAN TERIMA KASIH ATS PERSEMBAHAN ITU TADI. Meneruskn baki acara 100m & 4x100m. SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN EN. MOHD BAKRI B. ABU TALIB, DIIRINGI OLEH EN. MOHD ZAIN B. BAKAR, UTK MENYAMPAIKN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG DLM TEMASYA SUKAN SEK KEB FELDA CHINI TIMUR 1. DGN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKN. ( PENYAMPAIAN HADIAH SELESAI ) Slps itu diikuti mcabut no. cabutn btuah MAJLIS MERAKAMKN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH ATS PENYAMPAIAN ITU TADI. Mempersilakn perasmi n jemputn khas menikmati jamuan dkantin. MAJLIS MENJEMPUT SEMUA TETAMU KHAS, KE KANTIN SEKOLAH UTK MENIKMATI JAMUAN. (APABILA MENDAPAT ISYARAT, UMUMKAN YB AKAN MENINGGALKAN MJLS ) MENGUMUMKAN, YB DATO ABU BAKAR B. HJ HARUN AKAN MENINGGALKAN MAJLIS. DGN SEGALA HORMATNYA, DIPERSILAKAN. (ACARA DTERUSKN DGN SUKANEKA) Acara cabutan bertuah & penyampaian hadiah sukaneka, rumah tcantik, perbarisan & rumah sukan yg menang. PANTUN PENGHUJUNG ACARA……. Bak kata orang.... Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak, Kalau menurun, sudah sampai ke lembah. Kalau terjun, sudah sampai ke tanah, Kalau berenang, sudah sampai ke pantai. Kalau mudik sudah sampai ke hulu, Kalau hanyut sudah sampai ke kuala. PANTUN MEMINTA MAAF ATAS KEKURANGAN….. Kami minta ampun, kami minta maaf... Kalau ada wajah yang tersalah pandang, Kalau ada nama yang tersalah sebut. Kalau ada gelar yang tersalah ucap, Kalau ada yang duduk di salah tempat. Kalau ada mangkuk yang pecah, Kalau ada cawan yang sumbing. Kalau pinggan kami ada yang retak, Kalau ada sudu yang bengkok. Kalau ada talam kami yang lusuh. Kalau ada tikar yang koyak Kalau ada tali yang tidak disimpul, Kalau ada cawan yang tidak beralas. PANTUN PENUTUP…. Umpama belayar sudah sampai ke pulau, Umpama berjalan sudah sampai ke batas. Yang termimpi-mimpi sudah terjadi, Yang terbayang-bayang sudah dipandang. Yang hutang sudah dibayar, Yang piutang sudah diterima. Adat sudah diisi, Lembaga sudah dituang. Pohon Selasih tumbuh di ladang, Tumbuh subur tepi perigi; Kalau ada umur yang panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. DGN INI, MAKA BERAKHIRLAH TEMASYA SUKAN SEK KEB FELDA CHINI TIMUR 1, BAGI TAHUN 2013. SEKIAN, TERIMA KASIH. PAGE 4
Fly UP